Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Contoh karangan cerita “Kemalangan”

Pada suatu hari, ketika saya dan rakan pulang dari sekolah, tiba-tiba kami terdengar
bunyi dentuman yang kuat di persimpangan jalan yang berdekatan dengan sekolah.
Kami bergegas ke tempat itu. Rupa-rupanya, berlaku kemalangan yang melibatkan
sebuah kereta dengan motosikal.
Tanpa berlengah-lengah, saya berlari ke pondok telefon awam yang
berhampiran untuk menghubungi talian kecemasan. Manakala rakan saya telah
menjerit untuk meminta pertolongan daripada pengguna jalan raya. Orang ramai mulai
mengerumuni tempat kejadian itu. Tiga orang pemuda yang baik hati telah membantu
mengangkat motosikal yang ditimpa pada kaki penunggang motosikal.
Penunggang dan pembonceng motosikal itu cedera parah. Mereka meniarap
di tengah jalan. Badan mereka berlumuran darah. Pemandu kereta pula cedera ringan
tetapi dia mengerang kesakitan kerana kakinya tersepit di dalam kereta. Bahagian
hadapan kereta itu telah remuk dan cermin kereta pecah berkecai.
Beberapa minit kemudian, pasukan polis, bomba dan penyelamat pun tiba di
tempat kejadian. Anggota polis bertungkus lumus mengawal kesesakan lalu lintas.
Kesesakan lalu lintas berlaku kerana orang ramai memperlahan kereta untuk melihat
kemalangan itu. Anggota bomba pula mengeluarkan pemandu kereta yang tersepit
dari kereta. Anggota penyelamat pula sibuk mengusung mangsa-mangsa kemalangan
ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital dengan segera.
Selepas itu, ketua polis, iaitu Encik Rahmat telah mengambil keterangan
daripada saya dan rakan-rakan tentang kejadian kemalangan itu. Beliau telah
mengucapkan terima kasih dan memuji tindakan kami yang tidak gopoh-gapah
semasa berlaku kecemasan. Kami berasa berbesar hati dengan pujiannya.
Selepas pasukan polis, bomba dan penyelamat beredar, kami meneruskan
perjalanan untuk pulang ke rumah. Setiba di rumah, saya telah menceritakan kejadian
yang berlaku kepada ibu bapa. Ibu bapa amat berbangga dengan tindakan yang saya
lakukan. Melalui pengalaman ini, saya juga telah belajar bahawa kita mestilah berhati-
hati semasa berada di jalan raya kerana malang tidak berbau.

You might also like