Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

MATLAMAT

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah untuk membentuk komuniti murid
yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman
tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
aman.

OBJEKTIF
1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.
3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada memerangi
jenayah.
4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan menjalankan aktiviti
yang berfaedah.
5. Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsadan negara dalam hal
menangani jenayah.

MOTTO
‘MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MEMERANGI’
IKRAR

,
Ahli-ahli Kelab Pencegahan Jenayah,
Malaysia

Berikrar,
Bahawa Kami Akan Berusaha,
Menjadi Ahli Yang Sentiasa Mematuhi,
Peraturan dan Perlembagaan Kelab,
Peraturan Sekolah dan
Undang-undang negara
Demi Memartabatkan Nama Baik Kelab dan Sekolah,
Berlandaskan,

Taat dan Patuh Kepada Ajaran Agama,


Taat dan Patuh Kepada Perlembagaan Kelab dan,
Taat dan Patuh Kepada Peraturan Sekolah,

Kami Berjanji,
Akan Sentiasa Berusaha Menjadi Ahli Yang Berketerampilan,
Berakhlak Mulia, Bertanggungjawab, amanah,
Dan adil Dalam Melaksanakan Tanggungjawab.

Kami Berjanji,
Akan Cuba Sedaya Upaya Untuk,
Mencegah, Menghindari dan Memerangi Jenayah,
Demi Kesejahteraan Seluruh Warga Malaysia.

LAGU

‘MARI CEGAH JENAYAH’

Kelab Pencegahan Jenayah


Sekolahku Yang Tercinta
Menjunjung Rukun Negara
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di Mana Kami Berada


Kami tetap Tunaikan
Amanah, Tanggungjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
Hidup Bebas Aman Merdeka

Kelab Pencegahan Jenayah


Sekolahku Yang Tercinta
Menjujung RUKUN NEGARA
Mendukung Peraturan Sekolah

Walau Di mana Kami Berada


Kami Tetap Tunaikan
Amanah, Tanggunjawab Yang Diberi
Bermoral Beretika

C/O MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi jenayah
Tanggungjawab Kita Semua

MARI CEGAH JENAYAH


Semua Hindari Bersama
Mari Perangi Jenayah
HIDUP BEBAS AMAN MERDEKA (2X)
HIDUP BEBAS…………. AMAN MERDEKA ………….!

LAGU : HUSSEIN HAJI USIH


LIRIK : HUSSEIN HAJI USIH & ARIFA HAJI KURAGA
SUSUNAN MUZIK : HUSSEIN HAJI USIH & YAMAHA MUSIC SCHOOL
SISTEM FAIL.

1. Fail Jawatankuasa Induk. ( Guru )


2. Fail Jawatankuasa Kelab. ( Murid )

PROGRAM DAN AKTIVITI

Semua aktiviti di bawah mengambil kira 5 domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia :

1- Pembudayaan Adab Murid


2- Peningkatan Disiplin Murid
3- Perpaduan Murid
4- Patriotisme
5- Jati Diri

Bil Aktiviti Tahunan

1. Ceramah dan Dialog

i. Ceramah Pencegahan Kelab Pencegahan Jenayah kepada warga sekolah


ii. Ceramah Kes Penyalahgunaan Dadah dan Hukumannya oleh Polis Diraja Malaysia
iii. Ceramah Pencegahan Jenayah oleh Pegawai Perhubungan Polis
iv. Ceramah Peranan Polis Dalam Mencegah Jenayah
v. Ceramah keibubapaan
vi. Ceramah khas kepada murid yang berisiko tinggi
vii. Muzakarah ‘Gejala Sosial Dalam Kalangan Pelajar’
viii. Dialog bersama-sama pihak Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan
ix. Ceramah kes juvana dan undang-undang
x. Ceramah oleh Kaunselor Jabatan Penjara
xi. Dialog bersama-sama tokoh dan pemimpin masyarakat tempatan
xii. Pertandingan Keselamatan Jalan raya
xiii .Ceramah Yayasan Pencegahan Jenayah
2. Kursus,Bengkel dan Seminar

i. Kursus untuk Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah


ii. Kursus Kepimpinan dan Pengurusan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Pencegahan
Jenayah Sekolah
iii. Bengkel berkaitan dengan vandalisme
iv. Seminar sehari ‘Membentuk Ketrampilan Diri’
v. Seminar Pembentukan Sahsiah Pelajar

3. Lawatan Sambil Belajar

i. Lawatan ke Penjara
ii. Lawatan ke Balai Polis
iii. Lawatan ke Sekolah Henry Gurney
iv. Berziarah ke hospital

4. Pameran dan Kempen

i. Kempen menambahkan keahlian kelab


ii. Pameran antijenayah oleh Polis dan NGO
iii. Mengadakan kempen kesedaran gejala antisosial di sekolah
iv. Kempen memakai Lencana Pencegahan Jenayah
v. Kempen AntiMerokok
vi. Kempen dan Pameran Keselamatan Diri(Poster dan Keratan Akhbar)
vii. Mempamerkan artikel-artikel mengenai kes jenayah yang sering dilakukan oleh
remaja
viii. Kempen menunggang motosikal berhemat
ix. Kempen Minggu AntiDadah
x Minggu Sahsiah Cemerlang
xi. Kempen Pencegahan Jenayah
xii. Mengadakan ‘Sudut Polis’
xiii. Sukan dan Rekreasi

5. Perkhemahan

i. Kem Motivasi untuk murid berisiko tinggi


ii. Perkhemahan Jati Diri
6. F. Pertandingan

i. Petandingan Sketsa Jenayah pelajar sekolah.


ii. Pertandingan mencipta logo dan slogan antijenayah.
iii. Pertandingan Kuiz.
iv. Pertandingan melukis mural dan poster anti jenayah.
v. Pertandingan menulis esei cegah jenayah.

7 Penerbitan

i. Menerbitkan buletin Kelab Pencegahan Jenayah.


ii. Mengedarkan berita-berita jenayah yang melibatkan remaja.

8 Program Khas.
i. Program “Masih Ada Yang Sayang” – Wajib dilaksanakan
ii. Mengadakan ‘Sudut Pencegahan Jenayah Sekolah’ – Wajib
dilaksanakan
iii. Program Bersama PDRM - `Rakan Cop’
iv. Program Anti-Buli
v. Program `Jom Ke Sekolah’
vi. Jualan kemeja T dan rantai kunci AntiJenayah.
vii. `Road Show’ Pencegahan Jenayah Bersama Media
viii. Program Khidmat Masyarakat
ix. Karnival KPJ

9 Aktiviti-aktiviti Lain

I. Program Sukan bersama-sama Polis.


II. Tayangan video dokumentari berkaitan dengan gejala antisosial.
III. Kajian kes masalah disiplin
IV.‘5 minit Cegah Jenayah’ semasa perhimpunan mingguan

PENGAWAS
SURAT PEKELILING IKHTISAS.
1- Pelaksanaan Sistem Pilihanraya Ketua Murid Di Sekolah-Sekolah. 5 ( 10 )

You might also like