Jenis Kata Adjektif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Jenis Kata Adjektif

Terdapat 9 jenis kata adjektif mengikut fungsinya iaitu:

1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang memberi pengertian sifatan/keadaan sebagai
unsur keterangan nama.
Contoh:
baik lemah curiga kasar
cerdik berani pandai takut
gopoh sihat

2. Kata Adjektif Warna


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai
unsur keterangan.
Contoh:
merah ungu putih kelabu
biru hitam hijau kuning
perang jingga

3. Kata Adjektif Ukuran


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian ukuran sebagai unsur
keterangan.
Contoh:
panjang rendah pendek tebal
kecil nipis besar kerdil
tinggi renek

4. Kata Adjektif Bentuk


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa pengertian reka bentuk sebagai unsur
keterangan.

Contoh:
bulat bengkok lonjong lurus
bujur buncit bundar kempis
leper lekuk

5. Kata Adjektif Waktu


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur
keterangan.

Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat

6. Kata Adjektif Jarak


Kata adjektif jenis ini ialah perkataan yang membawa konsep masa sebagai unsur
keterangan.

Contoh:
baharu lampau lama lewat
segera cepat suntuk awal
silam lambat
7. Kata Adjektif Cara
Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian keadaan
kelakuan/ragam sebagai penerang kata nama.

Contoh:
cepat lincah deras laju
jelas gopoh sering lambat
perlahan selalu

8. Kata Adjektif Perasaan


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep
perasaan, sebagai penerang kata nama dan diikuti oleh kata sendi nama.

Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu

9. Kata Adjektif Pancaindera


Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian konsep rasa,
pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera, sebagai penerang kata
nama.

Contoh:
rindu suka kasih cinta
benci gembira segan marah
berahi ragu

You might also like