Ulasan Jurnal New

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH

(PD 6103)

ULASAN JURNAL UTAMA:

PERSEPSI KECEKAPAN KAUNSELING SILANG BUDAYA DALAM KALANGAN

KAUNSELOR MALAYSIA : KAJIAN PENJELASAN

Rafidah Aga Mohd Jaladin

1.0 Pengenalan

Jurnal utama ini membincangkan mengenai sifat dan pandangan kecekapan kaunseling silang

budaya terhadap Akta 508 dalam kalangan kaunselor di Malaysia dengan menggunakan

pendekatan soal selidik kebangsaan. Kajian ini mengunakan menggunakan responden

sebanyak 1500 kaunselor profesional dipilih daripada senarai yang terdapat di Lembaga

Kaunselor Malaysia. Semua kaunselor yang dipilih ini merupakan kaunselor yang telah

berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan kebanyakan daripada mereka mempunyai

sijil perakuan amalan.

Dapatan daripada kajian ini mendapati bahawa sebanyak 508 telah memberi maklum balas

terhadap soal selidik tersebut iaitu sebanyak 34%. Seramai 259 lelaki daripada pelbagai etnik

dan agama iaitu sebanyak 49% dan antara umur 30 hingga 49 tahun iaitu sebanyak 64.2%.

Secara keseluruhannya, jantina dan latarbelakang memberi refleks terhadap populasi kajian. Ini

memberikan hukti bahawa sampel tersebut mewakili populasi kajian. Menurut latarbelakang

pendidikan dan latihan yang diperolehi oleh responden, majoriti kaunselor mempunyai

pendidikan yang tertinggi di peringkat ijazah sarjana (47.6%) dan peringkat sarjana (40.4% )

yang kebanyakannya daripada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Walaupun sebahagian

besar secara kasarnya mengambil kursus kaunseling silang budaya (79.2%), lebih daripada

1
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

setengah (54%) dilaporkan bahawa mereka tidak pernah terlibat dalam bengkel pembangunan

profesionalisme dan seminar dan juga latihan kaunseling silang budaya. Ini menunjukkan

bahawa kebanyakan responden kurang kesinambungan dalam latihan pembangunan dalam

aspek budaya dan sosial dalam beberapa tahun perkhidmatan mereka.

Instrumen utama yang digunakan dalam kajian ini ialah Multicultural Counseling Competency

Survey –Malaysian yang mengandungi 32 item telah dibina berdasarkan hasil kajian

sebelumnya iaitu model yang diperkenalkan oleh Sue (1992) dan dua skala yang disemak

dengan sedikit pengubahsuaian dan penambahan. Walaupun kajian ini bukanlah berskalakan

kajian perkembangan, perkembangan daripada kajian terutamanya Multicultural Counseling

Competency Survey –Malaysian adalah berpandukan penulisan berdasarkan skala

perkembangan untuk memastikan bahawa Multicultural Counseling Competency Survey –

Malaysian adalah relevan untuk digunakan dalam konteks budaya di Malaysia. Instrumen

rujukan adalah dipilih dan dikaji semula kerana telah menjalani rujukan yang luas dan

mempunyai senarai item di dalam domain awam.

Secara teorinya, item –item yang digunakan dlam kajian ini bertujuan untuk melihat kepekaan

silang budaya dalam diri kaunselor, mengetahui pengetahuan kaunselor terhadap silang

budaya, mengetahui kemahiran kaunselor terhadap klien daripada latar belakang budaya yang

berbeza. Semua item dilihat bersesuaian untuk mengukur kompentensi silang budaya dalam

kalangan responden.

Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat 5 faktor yang dianggap sebahagian dalam

kaunseling silang budaya dan perbezaan signifikan dalam melihat kaunseling silang budaya

terhadap etnik, pendidikan tinggi dan penglibatan dalam latihan kaunseling silang budaya,

implikasi terhadap kajian akan datang, pendidikan kaunselor dan latihan kaunseling turut

dibincangkan dalam kajian ini.

2
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

2.0 Isu Pelanggaran Etika

Kod etika telah disediakan oleh Persatuan Kaunselor Malaysia (PERKAMA) sebagai ciri khas

dalam profesional untuk digunakan dalam amalan seorang kaunselor.Kod etika PERKAMA yang

pertama telah diperkenalkan pada 1994 dan versi kajian semula telah diterbitkan pada 2008

dan versi yang terbaru telah dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia pada 2011.

Semenjak diperkenalkan Akta Kaunselor 580 pada 1998, Lembaga Kaunselor Malaysia

berfungsi sebagai badan pendaftar dan akreditasi untuk memberi lesen dan pengiktirafan

seperti juga akreditasi kepada program pendidikan kaunselor di Malaysia. Untuk mematuhi Akta

580, kebanyakan majikan di Malaysia yang mempunyai kaunselor dalam pelbagai setting

pekerjaan perlu untuk berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Walaubagaimanapun, kaunselor sekolah tidak diwajibkan berdaftar kerana status perkhidmatan

mereka dilabelkan sebagai guru dalam skim perkhidmatan mereka. Ini secara tidak langsung

menjejaskan kualiti perkhidmatan di setting sekolah. Jadi, ini menjadi isu penting yang harus

ditekankan dalam aspek kaunseling silang budaya di Malaysia. Hal ini adalah kerana di setting

sekolah juga mempunyai pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang budaya dan

sudah tentunya kaunselor perlu kompeten untuk memberikan perkhidmatan kaunseling silang

budaya.

Walaupun kaunselor di Malaysia mempunyai identiti profesional yang kuat dan kaunseling telah

diperakukan secara meluas sebagai profesion di Malaysia dan Asia Pasifik, kebimbangan

wujud dalam menjelaskan tingkahlaku bahawa seorang kaunselor mestilah mempamerkan

untuk menjadi sebahagian daripada profesion tersebut dan bekerja secara efektif dan beretika

di Malaysia. Ini termasuklah memberi perhatian kepada isu kesedaran memahami dalam

budaya dan keadaan kecekapan silang budaya dalam kalangan kaunselor Malaysia dan

3
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

pendekatan kaunselor itu sendiri ketika menjalankan sesi dengan klien Malaysia yang silang

budaya.

Ulasan Jurnal : Kompetensi Kaunseling Multikultur : Bagi Kaunselor Sekolah : Satu


Kajian Teoriteris

Maria Margaretha Sri Hastuti & Ag. Krisna Indah Marheni

1.0 Pengenalan

Penulisan daripada jurnal utama turut disokong oleh jurnal “Kompetensi Kaunseling
Mulitikultur :Bagi Kaunselor Sekolah: Satu Kajian Teoriteris karya Maria Margaretha Sri Hastuti
& Ag. Krisna Indah Marheni. Penulisan ini mebincangkan bagaimana kaunselor di negara
Indonesia sememangnya perlu bekerja dengan klien dalam suasana multikultur memandangkan
kepelbagaian budaya di Indonesia adalah sangat luas dimana ia meliputi etnik, suku dan
agama, status sosial ekonomi, orientasi seksual yang berbeza. Berdasarkan statistik 2013,
terdapat 633 kelompok suku besar yang tinggal di Indonesia. Selain faktor suku/bangsa, faktor
agama juga merupakan kepelbagaian budaya yang wujud di Indonesia. Pada tahun 2010,
terdapat enam 6 agama rasmi dan satu 1 amalan kepercayaan di luar agama rasmi yang
menjadi anutan kepercayaan agama bagi rakyat Indonesia. Faktor sosial ekonomi penduduk
juga merupakan kepelbagaian budaya yang wujud di negara Indonesia. Faktor kepelbagaian
lain ialah orientasi seksual di mana negara Indonesia hanya mengiktiraf golongan
heteroseksual dan bukannya golongan lesbian, homoseksual, biseksual, Transgender (LGBT).
Kelompok hak asasi gay dan lesbian telah mula muncul bermula pada akhir tahun 1980-1990
dan ini menunjukkan kepelbagaian budaya di Indonesia.

2.0 Keperluan Pengetahuan Dalam Mendalami Ilmu Berkaitan Silang Budaya Dalam

Mewujudkan Kompetensi

Selain itu, penulisan ini turut membincangkan mengenai keperluan seorang kaunselor yang

professional dituntut mendalami ilmu pengetahuan berkenaan perbezaan budaya antara

4
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

kaunselor dan klien. Untuk menjadi seorang kaunselor yang kompeten dalam multikultural ini

ada beberapa faktor yang perlu diberi perhatian antaranya :-

1. Kepelbagaian budaya meliputi dua arah iaitu kaunselor dan klien secara timbal balik.

2. Kepelbagaian budaya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum tidak terhad

kepada dimensi etnik dan ras tetapi meliputi aspek sosial ekonomi, agama/kepercayaan,

orientasi seksual.

3. Penerimaan Orientasi seksual bagi golongan lesbian, homoseksual, biseksual,

Transgender (LGBT) sebagai salah satu multikaltural tidak boleh diaplikasi di negara

Indonesia kerana ia bertentangan dengan norma dan nilai budaya serta agama.

4. Kejayaan sesi terapi dalam kaunseling bergantung kepada teknik-teknik dan pendekatan

yang digunakan oleh kaunselor terhadap kliennya.

Menurut tiga (3) pendekatan utama yang digunakan ialah Counselor Awareness of Own

Cultural Values and biases, Counselor awareness of client’s worldwide, Culturally Appropriate

Intervention and Strategies dan dirumuskan bahawa tiga (3) elemen seperti Attitude and Beliefs,

Knowledge dan Skills ada hubungkait antara satu sama lain dalam menjadikan seorang

kaunselor sebagai kompeten dari aspek kepelbagaian budaya. Sebagai seorang kaunselor

yang professional, seorang kaunselor seharusnya mempunyai kesedaran terhadap sikap dan

nilai kepercayaan sendiri dan juga kepercayaan klien di mana keberhasilan sesuatu sesi terapi

terletak kepada kemampuan kaunselor untuk memberi nilai ke atas klien. Dalam model MCC

terdapat empat (4) pendekatan utama iaitu pedagogik (pembelajaran), keperibadian, sosial dan

Profesional dijadikan asas untuk mengasah seorang kaunselor menjadi kompeten dalam silang

budaya.

5
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

Dalam kajian yang dilakukan juga, kaunselor di negara Indonesia mengamal nilai etika

yang mengikut acuan Amerika dan mungkin tidak sesuai dengan budaya negara Indonesia.

Antara nilai-nilai yang mempunyai kepelbagaian budaya ialah seperti berikut iaitu nilai, sikap,

keterampilan dan pengetahuan.yang mana Seorang kaunselor perlu berusaha menguasai diri

sendiri dan bertindak sebagai seorang professional. Selain itu, kaunselor perlu menghormati

hak peribadi klien, integriti dan keyakinan klien.Seterusnya,kaunselor perlu menghormati

kepercayaan klien dan tidak membezakan atas warna kulit, suku, kepercayaan atau status

sosial ekonomi. Daripada acuan nilai ini, kaunselor di Indonesia perlu berhati-hati dan

mengubah metod sesi kaunseling berdasarkan kepelbagaian budaya negara Indonesia.

3.0 Keperluan Kompetensi Dalam Menangani Isu-Isu Silang Budaya Yang Timbul

Secara keseluruhan, kaunselor perlu menjadi seorang yang kompeten dalam mengatasi

isu-isu silang budaya di mana kepelbagaian budaya yang merangkumi aspek suku, bangsa,

agama, status sosial ekonomi, orientasi seksual. Hal ini adalah kerana masih wujud

pelanggaran etika di mana kaunselor di Indonesia masih tidak dapat menerima klien dari

golongan lesbian, homoseksual, biseksual, Transgender (LGBT) kerana golongan ini masih

tidak diiktiraf oleh kerajaan dan juga oleh rakyat Indonesia kerana bertentangan dengan nilai

budaya. Dengan sikap prejudis ini menyebabkan kaunselor akan memberi nilai tersendiri ke

atas klien mereka yang mengamalkan orientasi seksual berbeza dengan kepercayaan

kaunselor.

6
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

Ulasan Jurnal: Kaunseling Islam Pada Masyarakat Multikultural


Faizah Binti Awad

1.0 Pengenalan

Penulisan jurnal yang bertajuk Kaunseling Islam Pada Masyarakat Multikultural hasil tulisan

Faizah Binti Awad turut menyokong dapatan daripada jurnal utama. Jurnal ini membincangkan

aspek multikultural dari perspektif Islam dan penyesuaian ciri-ciri kaunselor yang mengamalkan

pendekatan kaunseling Islam. Penulis membincangkan tentang sejarah Islam yang mencatat

banyak peristiwa yang berkaitan dengan silang budaya masyarakat. Sebagai contoh, Piagam

Madinah merupakan perlembagaan pertama di dunia antara merupakan satu bentuk yang jelas

bagaimana interaksi masyarakat yang majmuk dalam sebuah negara. Kaunseling berteraskan

Islam secara amnya masih lagi menggunakan kemahiran kaunseling yang asas namun sudut

pandang terhadap manusia berlandaskan dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadis. Antara

ciri kaunselor yang mengamalkan pendekatan kaunseling Islam perlu menyesuaikan diri

dengan titik pertemuan seperti berikut:

1. Acceptance / Penerimaan
Penerimaan ini berkait dengan kejujuran emosi untuk mengakui orang lain dengan
berlapang dada meskipun situasi tersebut tidak sesuai dengan harapan kita. Carl
Rogers turut menyatakan self acceptance adalah penerimaan tanpa syarat.
2. Adjustment / Penyesuaian
Penyesuaian merupakan satu interaksi antara diri, orang lain dan juga dunia sekitar.
7 karakter yang diunjurkan iaitu tidak menunjukkan ketegangan emosi, tidak
menunjukkan simptom psikologi, tidak menunjukkan kekecewaan, memiliki
pertimbangan rasional, mampu belajar, menghargaai pengalaman dan bersikap
realistik dan objektif.
3. Understanding / Pemahaman
Interaksi antara diri dan orang lain memerlukan kefahaman terutamanya self-
awareness dan multicultural-awarness. Gambaran dan penilaian yang salah

7
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

mengenai diri akan menyebabkan sudut pandang yang salah juga terhadap orang
lain.
4. Knowledge / Pengetahuan
Penguasaan ilmu adalah penting untuk untuk seorang muslim dan menuntut ilmu
adalah menjadi satu kewajiban. Tanpa ilmu seseorang tidak mampu melakukan
sesuatu dengan baik atau melaksakan sesuai dengan cara yang salah.
5. Attitude / Sikap
Sikap kaunselor haruslah sebagai seorang yang membawa klien kearah solusi
permasalahannya kerana pada pandangan klien kaunselor sebagai role model.
6. Skills / Kemahiran
Kemampuan dan keterampilan seseorang terhadap sesuatu bidang adalah
kemahiran yang diperolehi daripada hasil pendidikan dan pengalaman. Islam amat
menitikberatkan untuk merujuk kepada ahli atau memiliki keterapilan dalam
bidangnya.

Sehubungan itu, adalah penting bagi seorang kaunselor menggamalkan ciri-ciri di atas yang

telah digunakan secara meluas di seluruh dunia dan jika mengabaikannya maka akan menjadi

satu konflik iaitu perlanggaran etika kaunseling. Oleh itu, kaunselor seharusnya mengamalkan

ciri-ciri yag telah disenaraikan bagi menunjukkan bahawa seorang kaunselor tersebut kompeten

dengan isu multikultural.

Apabila kaunselor kompeten dalam aspek multikultural ini, maka ia akan memberikan

2.0 Konsep Multikultural Menurut Perspektif Islam

Konsep multikultural dalam Islam pula menyatakan bahawa manusia berasal dari satu

unsur yang sama yakni keturunan yang berasal daripada Adam dan Hawa. Maka perbezaan

dari segi budaya perlu menjadikan manusia mempunyai pelbagai pilihan dan saling lengkap

melengkapi. Nabi Muhammad S.A.W dalam riwayat hadis juga turut melarang individu

berbanga-bangga dengan kaum sendiri kerana ianya menyebabkan bias dan stereotaip. Selain

itu, manusia memerlukan perhargaan sama ada dari dirinya sendiri mahupun orang lain. Aspek

yang utama disini adalah kesempurnaan hanyalah milik Alllah dan manusia itu mempunyai

kelemahannya serta memerlukan orang lain untuk bantuan dan memenuhi keperluan hidup.

8
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

Jika diselusuri agama Islam memberikan gambaran yang selari dengan garis panduan

etika yang telah dipersetujui oleh ahlinya. Secara asasnya tiada percanggahan etika berkaitan

kaunseling Islam terhadap budaya yang multikultural, namun kaunselor itu sendiri harusnya

mempunyai kepakaran atau ilmu yang cukup untuk mempraktikan. Hal ini kerana, dalam Islam

selagi garis panduan tersebut tidak melanggari larangan dalam Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias

maka sesuatu ilmu atau kemahiran boleh digunakan dan dipraktikkan.

Oleh itu, jelaslah bahawa daripada penulisan jurnal ini menunjukkan bahawa

multikultural bukan hanya diaplikasikan dalam kaunseling komtemporari, tetapi juga turut

diaplikasikan dalam pendekatan kaunseling Islam.

Ulasan Jurnal: Kompentensi Kaunseling Silang Budaya Dengan Remaja


Perempuan.Kajian Kualitatif Terhadap Pengalaman Klien.

Anusha Kassan & Ada L. Sinacore

9
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

1.0 Pengenalan

Penulisan kajian fenomenologi oleh ini, Anusha Kassan & Ada L. Sinacore meneroka

pengalaman wanita muda yang menghadiri kaunseling semasa remaja mereka di alam

persekolahan. Menggunakan rangka kerja kecekapan kaunseling pelbagai budaya dan juga

definisi inklusif bagi pelbagai budaya, fenomena utama yang disiasat adalah persepsi para

peserta mengenai kecekapan budaya kaunselor mereka. Keputusan menunjukkan bahawa,

kaunseling kesedaran diri adalah penting untuk kaunseling berwawasan budaya yang berlaku

dengan remaja perempuan, dan faktor budaya yang penting dalam kompetensi ini. Tema-tema

penting tambahan termasuk sensitiviti budaya, campur tangan keluarga dan membantu

melangkaui kaunseling. Implikasi latihan dan amalan juga dibincangkan.

Memang penting bagi kaunselor untuk menilai faktor budaya yang dianggap penting oleh para

klien terhadap kebimbangan mereka sepanjang proses kaunseling, Faktor-faktor ini boleh

berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, dengan melibatkan diri dalam kesedaran diri yang

berterusan, kaunselor dapat menghadiri peralihan identiti silang budaya yang dibicarakan oleh

remaja perempuan dalam kaunseling.

Penulisan turut memberi tumpuan khusus kepada pengalaman wanita, Persatuan Psikologi

Amerika (APA) mengenal pasti wanita dan wanita sebagai kumpulan yang lemah yang harus

diberikan perhatian khusus dalam kesusasteraan (APA, 2007). Pengenalan ini sebahagiannya

disebabkan oleh hakikat bahawa remaja wanita kini menghadapi pelbagai tekanan sosial dan

sering menjadi sasaran buli (Hymel & Swearer, 2015). Pada masa yang sama, mereka terus

merundingkan identiti budaya dan lokasi sosial mereka yang berubah dengan cepat (Kassan,

dalam akhbar). Sehingga kini, banyak biasiswa telah berpusat pada keperluan kaunseling

remaja. Di sisi lain spektrum, penyelidikan kaunseling yang dijalankan dengan remaja boleh

10
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

menjadi sangat spesifik, sering meneliti keperluan satu kumpulan etika tertentu (Lambert,

2008).

Walaupun setiap akhir spektrum mempunyai merit konseptual, mereka tidak semestinya

membenarkan kaunseling remaja wanita untuk difahami dalam konteks kepelbagaian budaya

dan lokasi sosial mereka yang pelbagai dan bersilang. Alen yang boleh mencapai matlamat

seperti itu mungkin terdiri daripada MCC. Kepentingan penyampaian perkhidmatan yang sesuai

dengan kultur telah berada di barisan hadapan bidang psikologi kaunseling untuk beberapa

waktu. Walaupun beberapa perhatian telah diberikan kepada keperluan remaja yang pelbagai,

penyelidikan di kawasan ini masih terhad.

Memandangkan MCC terus mendapat perhatian dalam bidang psikologi kaunseling, banyak

ulama telah menganjurkan pemahaman inklusif tentang pelbagai budaya, yang mengambil kira

identiti budaya dan lokasi sosial yang pelbagai dan bersilang klien (mis. Collins & Arthur, 2010).

Khususnya, definisi yang tidak termasuk multikulturalisme mengandaikan latar belakang budaya

seseorang termasuk pelbagai faktor seperti umur, bangsa, etnik, jantina, jantina, orientasi

seksual, agama / kerohanian, kecacatan, bahasa dan kelas sosial (contohnya La Roche &

Maxie, 2003 ).

Oleh itu, adalah penting untuk menilai dan meneroka identiti kebudayaan dan lokasi sosial yang

bersilang dan bersilang yang dibawa oleh remaja wanita ketika mereka memasuki kaunseling

dan merundingkan bantuan daripada masalah mereka. Penggunaan kerangka MCC serta takrif

inklusif tentang pelbagai budaya dapat membantu mengembangkan pemahaman yang lebih

luas. Mengamalkan lensa pelengkap ini, kajian ini memberi tumpuan kepada pengalaman

sekumpulan wanita.

2.0 Mengabungkan Pendidikan Multikultural Dalam Program Latihan Siswazah

11
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

Rangka kerja yang berkaitan dengan kecekapan budaya telah dibangunkan untuk memastikan

bahawa program latihan siswazah menggabungkan pendidikan multikultural yang sesuai dalam

kurikulum mereka dan seterusnya kaunselor memimpin untuk menyediakan rawatan etika,

budaya yang sensitif kepada pelanggan yang pelbagai. Sue, Arredondo, dan McDavis (1992)

adalah yang pertama untuk memperkenalkan model komprehensif MCC. Dalam rangka kerja

ini, kecekapan kaunselor disamakan dengan (a) kesedaran, mengenalpasti kecenderungan dan

andaian seseorang; (b) pengetahuan, memperoleh pemahaman yang tepat tentang latar

belakang budaya klien; dan (c) kemahiran, menggunakan campur tangan kaunseling yang

bersesuaian dengan budaya. Selain itu, sesetengah penulis telah mencadangkan bahawa

hubungan kaunseling multikultur adalah komponen penting dalam MCC (Collins & Arthur, 2010;

Vinson & Neimeyer, 2000). Sebagai contoh, dalam pembinaan Inventori Kaunseling Pelbagai

budaya, hubungan kaunseling Pelbagai Budaya muncul sebagai membina skala yang

signifikan, menyokong inklusi sebagai kecekapan budaya.

Peserta persepsi tentang kemahiran kaunselor mereka didapati sebagai faktor penting dalam

kompentensi kaunseling kaunseling silang budaya.. Oleh itu, kaunselor mendapat manfaat

apabila mereka mempertimbangkan keperluan mikrokultur pelanggan untuk memilih kemahiran

kaunseling yang sesuai dengan budaya. Lebih-lebih lagi, mengamalkan pendekatan kaunseling

holistik dapat membantu kaunselor meluaskan pemahaman mereka tentang masalah dan isu

berkaitan klien.

Kajian ini juga memberikan pandangan mengenai hubungan kaunseling silang budaya. Selain

hubungan positif dengan kaunselor klien, peserta dalam kajian ini membina hubungan

kolaboratif yang cuba mengimbangi dinamik kuasa dan disesuaikan dengan pilihan pelanggan

dengan hasil yang lebih baik. garis panduan, peranan penasihat diri kaunselor didapati berguna

kepada remaja wanita kerana ia memudahkan pengesahan dan pemahaman yang lebih

12
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

mendalam mengenai masalah yang dihadapi mereka. Walaupun kepentingan penafsiran diri

dan kaunselor sendiri telah didokumentasikan dalam kesusasteraan feminis, kajian

menyediakan bukti lanjut untuk memasukkan kemahiran ini dalam kaunseling silang budaya.

3.0 Pendidikan Multikultural Dalam Program Latihan Psikologi

Penemuan kajian ini juga menyokong usaha berterusan untuk memasukkan pendidikan

multikultural dalam program latihan psikologi. Kajian telah menunjukkan bahawa kaunselor

yang menerima lebih banyak latihan dalam bidang ini biasanya memberi perkhidmatan kepada

pelanggan yang semakin beragam dan menempatkan lebih banyak nilai MCC (Arthur &

Januszkowski, 2001; Atkinson & Isreal, 2003). Dengan fikiran ini, dimensi MCC dan faktor

budaya penting yang ditubuhkan dalam kajian ini boleh dimasukkan ke dalam program latihan

psikologi, untuk pelajar yang mempunyai minat dalam bekerja dengan remaja wanita.

Tambahan pula, memandangkan majoriti remaja mendapatkan sokongan kaunseling di sekolah

mereka, adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana hasil kajian ini dapat memberi

pelbagai profesional yang bekerja dalam suasana tersebut, meningkatkan latihan interdisiplin

dan usaha pasukan kolaboratif.

Ulasan Jurnal:Kompetensi Kaunseling Multikultural Dan Keadilan Sosial: Garis Panduan


Kepada Kaunseling Profesional

13
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

Manivong J. Ratts et.al

1.0 Pengenalan

Sebagai seorang kaunselor yang profesional, isu silang budaya dan keadilan sosial

merupakan satu aspek yang amat penting masa kini kerana klien yang hadir dengan pelbagai

isu. Multicultural Counseling Competency (MCC) telah dibina bagi memperlihatkan sejauh mana

kaunselor kompeten dengan isu multikultural ini dan seterusnya dibangunkan lagi dengan

memperlihatkan keadilan sosial dalam kompetensi dan terhasillah Multicultural and Social

Justice Counseling Competencies (MSJCC). Istilah bagi keadilan sosial telah dimasukkan ke

dalam elemen kopentesi kaunseling mencerminkan perubahan yang besar dalam profesion ini

di mata masyarakat. Antara isu yang hangat diperkatakan bagaimana seorang kaunselor

berhadapan dan membantu klien yang minat seksual yang unik seperti Lesbian, Gay, Biseksual

dan Transgender (LGBT). Dari sudut teori dan asas emperikal di bawah MSJCC, aspek utama

yang perlu dipraktikan dalam hubungan kaunseling iaitu:

a) Memahami kerumitan dalam kepelbagaian dan multikultural.


b) Mengenalpasti pengaruh negatif penindasan terhadap kesihatan dan

kesejahteraan mental.
c) Memahami individu dalam konteks persekitaran sosial; dan
d) Mengintegrasikan sokongan keadilan sosial ke dalam pelbagai modaliti

kaunseling

Identiti sosial bersifat dinamik dan kompleks seiring dengan perubahan dunia moden

yang semakin mencabar. Istilah awal multikultural ini dahulunya dilihat dalam dunia yang kecil

namun kini ianya dilihat pada sudut yang lebih luas bukannya sekadar kaum dan agama tetapi

melibatkan nilai dan identiti kelompok tersbut. Di sinilah isu kompeten kaunselor akan diuji

sama ada mampu untuk mengendalikan sesi kaunseling bersama kelompok ini secara adil.

14
ETIKA, PERUNDANGAN DAN AMALAN PROFESIONAL DALAM KAUNSELING PENYALAHGUNAAN DADAH
(PD 6103)

Kaunselor yang kompeten juga perlu memastikan bahawa klien tersebut sama ada

dipengaruhi oleh penindasan yang negatif terhadap diri mereka sehingga menyebabkan

gangguan dari sudut kesihatan dan kesejahteraan mental. Tekanan akibat penindasan ini boleh

terjadi akibat daripada stigma, andaian dan bias masyarakat terhadap individu atau kelompok.

Meyer (1995, 2003) mengunakan istilah minority stress bagi merujuk kepada proses bagaimana

pengalaman tekanan masyarakat dan stigma memberi impak terhadap kelompok yang

terpinggir ini sehingga membawa kepada masalah kesihatan.

2.0 Empat Domain Kompentensi Dalam Kaunseling Silang Budaya

Sudut kompetensi juga harus dititikberatkan yang melibatkan empat domain utama

dalam kaunseling silang budaya iaitu yang pertama kaunselor harus menunjukkan sikap dan

kepercayaan untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sesi kaunseling dan konsultasi. Kedua,

menggunakan pengetahuan yang multikultural yang releven. Ketiga iaitu menggunakan

kemahiran yang sesuai dan keempat melaksanakan tindakan yang boleh dilaksanakan.

Tujuannya adalah menyediakan satu perkhidmatan kaunseling yang profesional dengan rangka

kerja untuk menyampaikan keupayaan melaksanakan kaunseling, latihan, penyelidikan dan

sokongan. Kaunselor juga boleh menggunakan rangka MSJCC untuk mengintegrasikan

pelbagai budaya dan keadilan sosial dalam kerja mereka dan berusaha menyesuaikan diri

dengan komuniti tempatan, serantau mahupun di negara. Menguruskan klien multikultural ini

begitu mencabar kepada seorang kaunselor itu sendiri. Oleh itu, seorang kaunselor sentiasa

membuat semakan kendiri sejauhmana prejudis dan biasnya terhadap nilai sesuatu budaya.

Sehubungan itu, kesedaran kendiri adalah kunci bagi mengatasi masalah ini dan tujuannya

tidak lain adalah membina kepercayaan dan komunikasi yang selamat antara kaunselor dan

klien.

15

You might also like