Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KENYATAAN MEDIA

18 SEPTEMBER 2019
ARAHAN PENUTUPAN SESI PERSEKOLAHAN AWAM DAN SWASTA AKIBAT
CUACA JEREBU PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2019
Berikutan cuaca jerebu yang sedang berlaku di semua Daerah dalam Negeri Selangor dan
berdasarkan Kenyataan Media Jabatan Meteorologi Malaysia pada 17 September
2019 yang memaklumkan bahawa keadaan jerebu ini akan berterusan sehingga minggu
hadapan, didapati semua stesen pemantauan kualiti udara menunjukkan bacaan tidak
sihat dan sangat tidak sihat.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor


dengan ini mengarahkan semua sekolah awam dan swasta di dalam Negeri
Selangor ditutup bagi sesi persekolahan mulai 19 September 2019 (Khamis)
sehingga 20 September 2019 (Jumaat). Pendedahan terhadap jerebu yang
berpanjangan akan meningkatkan risiko terhadap kesihatan terutama kepada golongan
berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung dan paru-paru serta
wanita mengandung.

Arahan ini dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan
boleh menyebabkan masalah sistem respiratori dan keselamatan pelajar. Pihak Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah memaklumkan
kepada sekolah-sekolah dan ibubapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini
dengan kadar segera. Penutupan sementara sekolah akibat cuaca jerebu ini adalah untuk
memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas.

Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memantau perkembangan kualiti udara dan sentiasa
berhubung dengan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) berkaitan
tindakan dan langkah-langkah yang perlu diambil ketika cuaca negara sedang dilanda
bencana jerebu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana


Negeri Selangor
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

Smart Selangor Command Centre (SSCC)


Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
Telefon : 03-50350920 / 03-50350921
Faksimili : 03-50350940
Emel : pengurusan.bencana@selangor.gov.my

You might also like