Mapp

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SULTAN AZLAN SHAH

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN TAHUN 2 SEMESTER


II
KUMPULAN 42

PERKEMBANGAN PROFESIONAL (MAPP 2231)


PENULISAN REFLEKSI

TAJUK
UNIVERSAL PRECAUTION

NAMA : MUHAMMAD HAZIQ BIN WAHAD SHAH


NO. MATRIK : BPP2018-0128
NO. I/C : 980220-04-5363
TARIKH PENGHANTARAN: 29/08/2019
NAMA PENGAJAR. : EN. KARUNAGARAN A/L ARUMUGAM
PENDAHULUAN

‘Universal Precaution’ atau Pencegahan Universal merupakan satu cara untuk


mengurangkan risiko pesakit dan kakitangan kesihatan daripada jangkitan penyakit berjangkit
melalui cecair badan. Kesemua pesakit dan kakitangan kesihatan dianggap anggota yang
berpotensi tinggi terdedah kepada jangkitan berbahaya yang boleh menjangkiti orang lain
(pesakit atau perawat) melalui cecair badan atau tisu yang infektif (tercemar dengan jangkitan
patogen). Oleh itu, segala langkah hendaklah diambil untuk mencegah jangkitan ini.

Universal Precaution merupakan satu konsep yang telah lama wujud, tetapi hanya
menjadi popular setelah wujudnya wabak HIV/AIDS. Sebelum ini ia menjadi konsep
pencegahan bagi mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit seperti sifilis, Hepatitis B,
Hepatitis C dan lain-lain penyakit bawaan darah atau cecair tubuh badan. Jangkitan boleh
berlaku samada dari pesakit kepada perawat, dari perawat kepada pesakit dan dari pesakit
kepada pesakit.

Garis Panduan Kesihatan Kakitangan yang dikeluarkan oleh Center for Disease Control
and Prevention (CDC 1998), Atlanta, Amerika Syarikat mengatakan bahawa individu yang
terlibat dalam penjagaan kesihatan merujuk kepada mereka yang bekerja di dalam
perkhidmatan kesihatan dan berpotensi mendapat pendedahan kepada bahan tercemar dengan
patogen rnerbahaya melalui hasil cairan tubuh rnanusia, peralatan dan bekalan perubatan yang
tercemar serta persekitaran yang tidak selamat.
PENCARIAN LITERATURE

Menurut Prof. Dr. Sulianti Saroso (2006) berkata , Universal precaution atau
langkah berjaga-jaga sejagat adalah cara baru untuk mengendalikan bagi meminimumkan
pendedahan kepada darah dan cecair badan dari semua pesakit, tanpa mengira status jangkitan.
Langkah berjaga-jaga sejagat (Universal Precaution) perlu diikuti oleh profesional kesihatan
atau anggota kesihatan kerana ia adalah panduan untuk kawalan jangkitan yang dibangunkan
untuk melindungi pekerja kesihatan supaya pesakit boleh mengelakkan pelbagai penyakit yang
tersebar melalui darah dan cecair badan tertentu. Melalui tindakan ini, dijangka dapat
mengurangkan risiko penghantaran patogen (kuman pembawa penyakit) melalui darah dan
cecair badan lain dari sumber yang diketahui dan tidak diketahui. Pencegahan dan kawalan
jangkitan yang mesti dilakukan secara rutin untuk semua pesakit dan semua kemudahan
penjagaan kesihatan.

Menurut Isa (2006) berkata, langkah berjaga-jaga sejagat (Universal Precaution)


adalah cara rawatan untuk meminimumkan pendedahan (sentuhan) kepada darah dan cecair
badan dari semua pesakit tanpa mengira status jangkitan. Kaedah ini mula diperkenalkan di
Amerika Syarikat pada tahun 1987, salah satu tujuan utamanya adalah untuk melindungi
pekerja anggota kesihatan daripada penyebaran penyakit berjangkit di tempat kerja dengan
menekankan pentingnya merawat semua pesakit sebagai potensi pendedahan kepada jangkitan
dengan mempraktikkan langkah berjaga-jaga.

Menurut World Health Organization (WHO) (2007) : universal precautions


merupakan suatu amalan yang ditetapkan oleh ‘the Centers for Disease Control and Prevention
CDC Atlanta’ dan ‘the Occupational Safety and Health Administration (OSHA)’, untuk
mencegah transmisi daripada pelbagai penyakit yang disebarkan melalui darah terutamanya
dalam kalangan kakitangan perubatan.

Menurut Kurniawati (2007) berkata, Universal Precaution adalah salah satu cara atau
usaha sejagat untuk mencegah penularan wabak penyakit yang berpunca daripada cairan tubuh
badan, baik daripada pesakit kepada kakitangan perubatan dan sebaliknya juga dari pesakit ke
pesakit yang lain.
Menurut Nursalam (2007) berpendapat bahawa, Universal Precaution adalah suatu
cara untuk mencegah penularan penyakit dari cairan tubuh, baik daripada pesakit kepada
kakitangan kesihatan dan sebaliknya dari pesakit ke pesakit yang lain. Universal Precaution
adalah tindakan pengendalian infeksi yang digunakan oleh seluruh petugas kesihatan, untuk
semua pesakit, setiap saat pada semua tempat, dan sewaktu menjalankan prosedur perubatan
dalam langkah mengurangkan risiko penyebaran daripada sebarang jangkitan.

Menurut Depkes (2010) : Langkah berjaga-jaga am atau ‘Universal Precaution’ adalah


kini dikenali sebagai langkah berjaga-jaga yang standard, langkah berjaga-jaga yang direka
khas untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit berjangkit dalam kalangan kakitangan
kesihatan dari sumber jangkitan yang diketahui dan tidak diketahui.

Menurut Maryunani (2011) berpendapat bahawa, Universal Precaution merupakan


perkara yang penting yang diwujudkan untuk diterapkan dalam perawatan seluruh pesakit
semasa di hospital. Universal precaution merupakan strategi utama pencegahan dan
pengendalian jangkitan, kewaspadaan terhadap darah dan cairan tubuh badan. Universal
precaution merupakan gabungan komponen utama daripada garis panduan universal
precaution yang dirancang untuk mengurangi risiko penularan patogen melalui darah dan
cairan tubuh yang dirancang untuk mengurangi risiko penularan penyakit dari tisu badan.
PERBINCANGAN

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disediakan berasaskan kepada keperluan


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16 yang mana
menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatan dan kesihatan
pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut termasuklah, .
mempromosikan keselamatan dan kesihatan, mencegah kemalangan, penyakit pekerjaan,
keracunan pekerjaan dan kejadian berbahaya.

‘Universal Precaution’ adalah merujuk kepada perkara yang melibatkan amalan kerja
bagi mengelakkan sentuhan secara langsung dengan darah dan semua cecair badan dan
mengawal kecederaan jarum (needle-stick injuries). Amalan kawalan jangkitan adalah
termasuk mencuci tangan, penggunaan peralatan pelindung diri yang sesuai (PPE) seperti
sarung tangan, topeng, kaca mata (goggles), perisai muka dan gaun. Seterusnya, penggunaan
bahan buangan, pembersihan, pembasmian kuman dan pensterilan peralatan penjagaan pesakit,
pengendalian dan pengurusan sisa tumpahan yang betul, pengurusa pakaian kotor atau
tercemar serta pelupusan sisa yang tercemar.

Antara objektif ‘Universal Precaution’ diwujudkan adalah untuk melindungi anggota


kesihatan dan pesakit dengan membasuh tangan, menukar sarung tangan, memakai topeng,
bagi mengurangkan risiko menyebarkan penyakit dari pesakit ke pesakit. Selain itu, peralatan
perlindungan diri dapat mengurangkan pendedahan kepada penyakit bawaan darah dan
penyakit berjangkit lain. Langkah berjaga-jaga sejagat menjadikan tempat kerja anggota
kesihatan lebih selamat.

Satu piawai atau garis panduan dinamakan ‘Universal Precaution’ atau dalam bahasa
Malaysia adalah Pencegahan Universal telah diwujudkan untuk memberi panduan kepada
kakitangan kesihatan supaya mereka melakukan amalan yang betul semasa mengendalikan
sebarang prosedur yang terdedah dengan cairan badan seperti darah bagi mencegah dan
mengurangkan kejadian seperti kejadian cucukan jarum suntikan daripada terus berlaku.
Pencegahan Universal atau Universal Precaution ditakrifkan oleh Center for Disease Control
and Prevention (CDC) sebagai satu set kaedah berjaga-jaga yang dirancang khusus untuk
mengurangkan risiko kakitangan kesihatan dan pesakit dari mendapat jangkitan penyakit
berjangkit melalui darah dan cecair tubuh yang mengandungi darah, air mani dan lelehan
vagina. Walaubagaimanapun, ianya tidak melibatkan cecair tubuh yang lain seperti najis, air
kencing, air liur, kahak, peluh, air mata, rembesan hidung dan muntah kecuali ianya
mengandungi darah.

Pencegahan Universal atau ‘Universal Precaution’ mencadangkan semua pekerja


kesihatan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kecederaan akibat jarum dan
peralatan tajam yang lain semasa sedang melakukan prosedur iaitu semasa sedang
mengendalikan jarum, selepas digunakan dan sebelum dibuang ke tempat pelupusan. Oleh itu,
bagi mengelakkan berlakunya kecederaan, jarum suntikan sepatutnya tidak boleh ditanggalkan
dari picagari (syringe), ditutup semula dengan penutupnya, dibengkokkan atau dipatahkan atau
apa-apa sahaja perbuatan lain yang menggunakan tangan. Selepas sahaja sesuatu prosedur
dijalankan, jarum dan picagari pakai buang dan peralatan tajam yang lain hendaklah dibuang
ke dalam bekas pelupusan alatan tajam dan bekas ini perlu diletakkan berdekatan dengan
tempat sesuatu prosedur biasanya dijalankan. Di samping itu, penekanan tentang membasuh
tangan dengan betul sebelum dan selepas sesuatu prosedur dijalankan serta setiap kali menukar
sarung tangan merupakan satu amalan yang dapat mengurangkan risiko jangkitan patogen
bawaan darah. Pendekatan pencegahan penyakit lain yang terdapat dalam garis panduan ini
adalah pemberian imunisasi Hepatitis B kepada kakitangan perubatan dan kesihatan untuk
mencegah berlakunya penularan virus Hepatitis B.

‘Universal Precaution’ digunakan untuk pencegahan daripada penyakit bawaan darah


dan cecair badan yang lain. Pendedahan kepada HIV dan HBV kepada kakitangan kesihatan
adalah dikontaminasikan melalui darah. Darah adalah sumber paling penting dalam
penyebaran patogen merbahaya seperti HIV. Keupayaan pengendalian infeksi HIV, HBV, dan
patogen darah yang lainu harus fokus pada mencegah pendedahan pada darah serta pemberian
imunisasi HBV. Langkah berjaga-jaga sejagat juga digunakan untuk cecair air mani dan
vagina. Amalan rutin memakai sarung tangan untuk melakukan pemeriksaan vagina adalah
untuk melindungi anggota kesihatan daripada pendedahan kepada rembesan vagina . Langkah
berjaga-jaga sejagat juga digunakan untuk tisu dan cecair seperti cecair serebrospinal (CSF),
cecair sinovial, cecair pleura, cecair peritoneal, cecair pericardial, dan cecair amniotik. Risiko
penghantaran HIV dan HBV dari cecair ini tidak diketahui.
Peralatan pelindung diri (PPE) merujuk kepada peralatan yang boleh dipakai yang
direka untuk melindungi daripada pendedahan dengan agen berjangkit. PPE adalah sesuai
untuk pelbagai jenis interaksi pesakit dan berkesan untuk melindungi pakaian dan individu
yang mungkin diracuni dengan darah, air liur, atau bahan lain yang berpotensi boleh
menyebarkan patogen merbahaya harus dicegah. Ini termasuk sarung tangan, topeng muka,
pakaian mata pelindung, perisai muka, dan pakaian pelindung contohnya, gaun boleh guna atau
pakai buang, jaket, kot makmal. Contoh-contoh penggunaan PPE yang sesuai untuk mematuhi
piawai-piawai termasuklah penggunaan sarung tangan dalam situasi yang melibatkan
kemungkinan hubungan dengan darah atau cecair badan, membran mukus, penyakit kulit
seperti dermatitis. Penggunaan pakaian pelindung dijangka dapat melindungi kulit dan pakaian
semasa prosedur atau aktiviti yang bersentuhan dengan darah atau cecair badan. Penggunaan
penutup mulut dan hidung (mask), dan pelindung mata (goggles) semasa prosedur mungkin
dapat mengurangkan sentuhan atau semburan terhadap darah atau cecair badan lain.
RUMUSAN

Kesimpulannya, kejadian transmisi jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan


Hepatitis B dari pesakit kepada kakitangan perubatan dan sebaliknya telah banyak direkodkan.
Maka, langkah pencegahan sejagat (Universal Precaution) hendaklah dilakukan bagi
membendung perkara ini daripada berlanjutan. Antara strategi yang harus diamalkan adalah
pencegahan sentuhan darah antara kakitangan perubatan dan pesakit melalui amalan ‘Universal
Precaution’ atau pencegahan universal, penggunaan alat perubatan yang lebih baik,
penggunaan teknik cara kerja yang lebih selamat dan akhir sekali penggunaan alat
perlindungan diri (PPE). Langkah berjaga-jaga sejagat atau ‘Universal Precaution’ direka khas
anggota kesihatan seperti doktor, jururawat, pesakit, dan pekerja sokongan penjagaan kesihatan
yang mempunyai risiko untuk bersentuhan dengan pesakit atau cecair badan. Ini termasuk
kakitangan atau individu lain yang mungkin tidak mendapat hubungan secara langsung dengan
pesakit kerana patigen adalah suatu perkara yang umum yang boleh disebarkan melalui darah
yang dibawa dalam cecair badan dan udara.

Jumlah patah perkataan : 1567


RUJUKAN

1. Azmi Bin Mohd Tamil. Universiti Kebangsaan Malaysia (2007, Jun 04).
Komplians Terhadap Amalan Pencegahan Universal Di Kalangan Kakitangan
Perubatan Jabatan Kemalangan Dan Kecemasan. Retrieved from
http://pubhealthcollo.org/ff2613/KAP-UniversalPrecautions.

2. M. Y. Ayusmi dan I. Noor Hassim. Jurnal Kesihatan Masyarakat (2013, Mac


23). Fusiko Cucukan Jarum Suntikan dalam Kalangan Pelajar Perubatan.
Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/4427/1/vol9-02hidayah

3. Paula Christina. (2013, February 12). Measures Of Knowledge About Standard


Precautions. Standard Precautions involve work practices which avoid direct
contact with blood. Retrieved from
https://www.Measures_of_knowledge_about_standard_precautions

4. World Health Organization (WHO) (2007). National Infection Prevention and


Control Manual. Standard Precautions are the minimum infection prevention
Retrieved from http://www.nipcm.hps.scot.nhs.uk/resources/literature-
reviews/standard-infection-control-precautions-literature-reviews/

5. World Health Organization (WHO) (2007). Standard Precautions In Health


Care. Retrieved from https://www.who.int/csr/resources/publications/

6. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga. Kementerian Kesihatan Malaysia


(KKM) (2013). Garis Panduan Kawalan Infeksi Kawalan Infeksi Edisi 2013.
Retrieved from https://vdocuments.site/garis-panduan-kawalan-infeksi-
kawalan-infeksi-2013.html

7. Dr Daud Abd Rahim abmnd Dr Faridah Amin (2002). Occupational Health


Unit. Ministry Health Malaysia. Pocket Guidelines For Standard Precaution.
Retrieved from https://www.ppukm.ukm.my//jpmd/wp-
content/uploads/2015/03/Standard-Precaution/
LAMPIRAN

You might also like