Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Fakulti Pembangunan Manusia


KPS 6054
PENDIDIKAN
MULTIBUDAYA
(Program Eksekutif Sarjana Pendidikan - M181)

TAJUK 3
TUGASAN
INDIVIDU- SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: DASAR,
ULASAN CABARAN DAN PELAKSANAAN KE ARAH
ARTIKEL PERPADUAN NASIONAL

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

NOR NADIAH BINTI MOHD NAWAWI M20181000082 013-2457125

Tarikh Hantar: 1 MEI 2019

PENSYARAH: PROF MADYA DR ABDUL TALIB MOHAMED HASHIM


talibkps6044@gmail.com

SEMESTER 11 - SESI 2018/19

0
Penulis/Tahun/Tajuk/Terbitan/mukasurat
Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran
Dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional, Sosiohumanika, 4(1) 2011.

Sinopsis :

Berdasarkan artikel ini, penulis menyatakan bahawa sistem pendidikan merupakan asas
penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia
merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang
dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan
bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat
untuk merealisasikan perpaduan bangsa dan mencapai matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran
kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Bagaimanapun,
setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan (ketika artikel ditulis), masyarakat Malaysia yang
berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga
kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah
kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil selain
sekolah-sekolah aliran tertentu seperti sekolah aliran agama, aliran Inggeris dan sebagainya.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan
dikawal dengan sebaiknya terutamanya dari permainan ahli politik supaya hubungan
masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni;
atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik
dan telus.

Tujuan/persoalan :

Sistem pendidikan bukan sahaja saluran penting untuk meyampaikan pengetahuan berkaitan
dengan pelajaran malah menjadi wadah untuk menjalin perpaduan antara masyarakat yang
majmuk di negara ini. Oleh yang demikian, artikel ini ditulis bertujuan untuk membincangkan
dan memperdebatkan berkenaan dengan pelaksanaan dan keberkesanan sistem persekolahan
negara dalam konteks perpaduan nasional melalui analisis terhadap strategi yang telah
dirangka oleh kerajaan Malaysia sejak sebelum merdeka hingga kini. Artikel ini juga ada

1
menerangkan bagaimana pelaksanaan dan keberkesanan strategi yang telah dirangka
terhadap hubungan masyarakat, masalah-masalah yang timbul dan penyelesaian masa depan.

Idea Utama :

Penulis memfokuskan kepada strategi yang telah dibuat oleh kerajaan bermula dari zaman
penjajahan sehingga selepas merdeka. Pada awalnya, sistem pendidikan bagi orang Melayu
sebelum kedatangan penjajah adalah berlandaskan kepada Pendidikan Islam yang diajar di
surau-surau atau madrasah sehinggalah British dating ke Tanah Melayu dan melaksanakan
sistem pendidikan yang berteraskan Pendidikan Inggeris yang mana semua pelajaran diajar
dalam bahasa Inggeris. Cabaran semakin besar apabila orang Melayu ketika itu tidak mahir
berbahasa Inggeris dan pihak British pula seolah-olah sengaja menyekat kemasukan anak-
anak Melayu ke sekolah aliran Inggeris atas alas an bimbang jika orang Melayu menjadi pandai
dan kedudukan British akan tergugat. Kemudian, dasar pendidikan yang dibentuk ketika itu
bersifat perkauman kerana diwujudkan sekolah vernacular yang jelas akan menjarakkan
keharmonian semua kaum di Tanah Melayu atas kepentingan sendiri.

Penulis juga mengulas tentang pendidikan selepas Tanah Melayu merdeka dengan
terhasilnya laporan-laporan yang berkaitan dengan dasar pendidikan seperti Laporan Barnes
1950, Laporan Fenn-Wu 1951, Penyata Razak 1956), Ordinan Pelajaran 1957 dan Laporan
Rahman Talib 1960. Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah lanskap masyarakat
Malaysia ketika itu dan penubuhan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai
perpaduan dan integrasi nasional diwujudkan. Sistem pendidikan juga menerima tempiasnya
apabila rancangan pendidikan Negara diberi keutamaan dan fokus diberikan kepada tiga bidang
ketika itu iaitu: (1) menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan perpaduan negara, (2)
memperluaskan rancangan pelajaran bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga
rakyat, dan (3) memperbaiki mutu pelajaran ke arah mencapai masyarakat yang maju
berasaskan sains dan teknologi moden.

Hala tuju sistem pendidikan di Malaysia juga dinyatakan secara terperinci bermula dari
tujuan Kementerian Pendidikan Malaysia diwujudkan sehinggalah perancangan-perancangan
yang telah dilaksanakan dan dirancang oleh kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan
Negara dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan keharmonian masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Tunjang utama pendidikan juga adalah untuk merealisasikan

2
semangat integrasi nasional dikalangan semua etnik dan kaum di Malaysia. Sekolah wawasan
adalah salah satu inisiatif yang diambil oleh kerajaan dalam membentuk perpaduan di kalangan
pelajar sekolah yang berbagai bangsa dan latar belakang, memupuk semangat integrasi,
melahirkan insan yang bertoleransi dan mempunyai persefahaman yang tinggi, saling hormat-
menghormati demi merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah Negara yang bersatu
padu dan harmoni.

Namun begitu, penulis juga ada menyatakan tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi
dalam sistem pendidikan termasuklah campur tangan dari ahli politik, sekolah-sekolah yang
pelbagai aliran, isu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI), pengisian dalam kurikulum sekolah dan aktiviti kokurikulum yang juga antara penentu
kepada perkembangan pelajar. Pengisian-pengisian yang sepatutnya termasuk dalam
kurikulum dan aktiviti kokurikulum perlulah mengikut keperluan rakyat yang berbilang kaum
agar tiada isu dan masalah yang akan timbul di kemudian hari. Semangat Wawasan 2020 yang
dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat ketika itu iaitu Dr Mahathir Mohamad demi
menjadikan Malaysia sebagai Negara maju dan makmur perlu direalisasikan. Dari aspek sistem
pendidikan, perpaduan dalam masyarakat harus diperkemas agar dapat mencapai impian
wawasan tersebut.

Dan akhirnya, penulis mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak
yang berkaitan terutama kerajaan dalam menjadikan pendidikan sebagai wadah kea rah
perpaduan nasioanal tercapai. Antara langkah-langkah yang dinyatakan adalah dari sudut
peranan pihak kerajaan dalam menentukan dasar-dasar dan agenda yang bersesuaian dengan
matlamat yang ingin dicapai. Sistem penyampaian maklumat juga harus lebih efisyen dan tepat
dalam menyuarakan keputusan yang telah dibuat agar ianya sampai pada pemahaman
masyarakat dan hubungan masyarakat yang harmoni sekarang wajar dikekalkan demi
membangunkan kehidupan yang sejahtera dan menolak segala persepsi negative terhadap
keharmonian hubungan masyarakat majmuk di Negara Malaysia.

Dalam pada itu, Hassan (1994) menyatakan tentang kefahaman dan kesediaan yang
hendak diwujudkan dalam diri pelajar berkaitan unsur kepelbagaian budaya iaitu apabila
mereka dapat: (1) menerima unsur perbezaan sosiobudaya yang wujud antara kaum-kaum di
Malaysia, (2) menerima dan memahami kebudayaan setiap kaum dengan hati terbuka, (3)
mendalami keunikan budaya yang wujud, (4) mengakui perbezaan kebudayaan antara kaum

3
serta (5) mengiktiraf unsur perbezaan dan keunikan budaya setiap kaum. Kesediaan seperti ini
dapat mengelakkan segala unsur salah faham, konflik dan masalah dalam perhubungan.

Untuk menjadikan sistem pendidikan lebih berdaya saing, asas-asas pembentukan


negara bangsa melalui Falsafah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan
diberikan kefahaman secara menyeluruh kepada semua. Menurut Fathi (1997: 121), asas
kemajmukan bangsa dalam sesebuah negara sehingga menghasilkan kepelbagaian manusia
ini adalah satu keunikan dan keistimewaan yang patut dihayati bagi merangsang serta
menggalakkan berlakunya interaksi, kerjasama serta saling melengkapi dan bukannya
pengasingan atau konflik. Banks (2001) pula menyebut bahawa pendidikan kepelbagaian
budaya bertujuan untuk: (1) membangunkan kefahaman tentang budaya kaum lain, (2)
membentuk sikap terhadap kebudayaan dan kepelbagaian bangsa dan (3) merupakan proses
mempelajari pengalaman baru tentang nilai-nilai dan budaya orang lain. Ia menepati kehendak
Falsafah Pendidikan Negara dan menepati kehendak masyarakat majmuk di Negara ini.

Saya menyokong pendapat Mior tentang kepelbagaian budaya di Malaysia antara faktor
yang memberi cabaran dalam pelaksanaan integrasi nasional dalam sistem pendidikanseperti
yang dinyatakan oleh Blum (2001) “Kepelbagaian budaya merangkumi pemahaman,
penghargaan dan penilaian terhadap budaya seseorang dan etnik masyarakat. Penilaian ini
bukan bermakna bersetuju dengan budaya berkenaan tetapi melihat bagaimana anggota
sesuatu komuniti etnik mengekspresikan nilai-nilai budaya mereka”. Ramai tokoh akademik
seperti Syed Hussein al-Attas (1982); Syed Hussein Ali (1990); dan Shamsul Amri Baharuddin.
(2007) menegaskan peri pentingnya menerapkan pendidikan berasaskan kepelbagaian budaya
dan identiti kebangsaan dalam pengajaran di sekolah tetapi sehingga kini kurang dilaksanakan
secara berkesan. Jelaslah, perkembangan globalisasi telah mengubah persepsi pelajar tentang
hubungan kaum, polarisasi boleh dikurangkan dan persefahaman dapat diwujudkan melalui
kebijaksanaan guru mengelola situasi belajar dan menyediakan aktiviti yang boleh memupuk
penghayatan nilai-nilai perpaduan.

Kesimpulan

Sekolah adalah agen sosial yang mampu memupuk semangat perpaduan di kalangan kaum di
Malaysia tanpa mengira latar belakang keluarga. Kepelbagaian sekolah ini juga mampu
mewujudkan satu masyarakat yang harmoni yang saling menghormati, bertolak ansur, tolong-
menolong di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat yang sama. Berdasarkan

4
perbincangan di atas jelas menunjukkan sistem pendidikan di Malaysia kini boleh dijadikan
landasan untuk merealisasikan wadah perpaduan yang unggul seperti disarankan oleh Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya mencapai matlamat wawasan 2020
yang menjadikan Malaysia sebagai negara maju mengikut acuan sendiri.

Dalam artikel ini, kekuatannya adalah apabila penulis mencadangkan langkah-langkah


yang boleh digunapakai oleh pihak kerajaan terutamanya dalam membina dasar-dasar yang
sesuai bagi kepelbagaian masyarakat di Malaysia khususnya di peringkat sekolah. Antara
cadangan yang diberi berkaitan peranan dasar kerajaan dalam membentuk lanskap perpaduan
nasional dalam bidang pendidikan. Kemudian, memantapkan pula system penyampaian agar
dapat menyalurkan maklumat yang tepat dan berinformasi kepada semua kepada semua rakyat
serta mempromosikan dengan lebih meluaskan keunikan dan keharmonian masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia. Langkah terakhir adalah senantiasa menjaga hubungan baik
antara semua kaum di Malaysia, menghindar segala macam anasir negatif daripada
mengganggu gugat kemakmuran di Malaysia.

Menariknya dalam artikel ini apabila penulis menerangkan satu persatu isu-isu yang
sememangnya dilihat jelas dalam sistem pendidikan Malaysia dan huraiannya mudah difahami
oleh pembaca dan pengkaji lain. Isu-isu yang dikeluarkan bersesuaian dengan keadaan
semasa ketika itu dan boleh diperbaharui mengikut situasi sekarang. Selain artikel ini, banyak
artikel-artikel lain yang turut membincangkan isu yang sama tetapi dari skop yang berbeza
seperti artikel yang ditulis oleh Saadon Awang bertajuk “Sistem Pendidikan Baru Malaysia:
Suatu Pendekatan Holistik-Komprehensif”, tulisan Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri dan Dr Nur
Hanani Hussin yang bertajuk “Pembelajaran Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Harapan
dan Cabaran serta beberapa artikel dan kajian lain lagi.

Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia sentiasa dikemaskini seiring dengan


perubahan semasa walaupun sentiasa terdengar bisikan-bisikan sinis apabila kerajaan cuba
untuk memartabatkan sistem pendidikan seperti “perubahan yang bersifat politik”, “pendidikan
yang diniagakan” dan sebagainya. Penjajaran semula sistem pendidikan harus dilakukan
sebagai persediaan kerajaan mewujudkan set kemahiran baharu dalam kalangan rakyat bagi
mendepani cabaran masa hadapan selaras dengan era Revolusi Industri 4.0 kini dan
seterusnya (Utusan Online, 2018).

Rujukan berkaitan:

5
Ab Halim Tamuri & Nur Hanani Hussin (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian
Budaya: Cabaran dan Harapan. Seminar Pedagogi Antarabangsa ke-8 (PEDA8). IPG
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
Abdul Razaq Ahmad, Anisa Saleha, Zalizan Mohd Jelas & Ahmad Ali Seman (2010).
Kepelbagaian Pelajar dan Sekolah: Satu Kajian Kes di Negeri Pahang. Jurnal Pendidikan
Malaysia 35(2)(2010): 87-95
Ahmad Ali Seman, Warti Kimi & Saipo Ayob (2012). Pendidikan Multikultural (Kepelbagaian
Budaya) dalam Mata Pelajaran Hubungan Etnik dari Perspektif Islam : Satu pandangan.
Amir Hasan Dawi (2002) Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Kedua, Tanjong Malim,
Quantum Books
Fathi Osman. (1997). Concepts Of The Quran: A Topical Reading. Kuala Lumpur: Angkatan
Belia Islam Malaysia.
Habib Mat Som & Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (
Hasan, S.H., (1994) Sejarah Sebagai Alat Pendidikan, Modul: Jakarta: Universitas Terbuka.
Mohamad Rodzi Abd Razak (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan
Sejarah Dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Jebat 36 (2009) 90-106.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah (2010). Cabaran Integrasi Antara Kaum Di Malaysia: Perspektif
Sejarah, Keluarga Dan Pendidikan. Jurnal Hadhari Bil. 3 (2010) 61-84
Saadon Awang (2010). Sistem Pendidikan Baru Malaysia: Suatu Pendekatan Holistik-
Komprehensif. JGD – Journal of Governance and Development 69 Vol.6, 2010 (69 - 82)
Tan Yao Sua (2009). Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Peranan Lim Lian Geok dan
Aminuddin Baki. Jurnal Terjemah Alam dan Tamadun Melayu 1 (2009) 139-166
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pendidikan-masa-hadapan-bermula-hari-ini 1.617593
diakses pada 15 April 2019

You might also like