Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 87

KAJIAN GEJALA SOSIAL DI KALANGAN PELAJAR INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DI KOLEJ SEMBILAN (K9), KOLEJ


SEPULUH (K10), DAN KOLEJ PERDANA (KP) UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA

MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MAAYSIA
i

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS


JUDUL: KAJIAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR INSTITUSI
PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DIKOLEJ SEMBILAN (K9),
KOLEJ SEPULUH (K10) , DAN KOLEJ PERDANA (KP) UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya : MOHAMMAD ABU BAKAR SHIS

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia


dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.


2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan


Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/


badan di mana penyelidikan dijalankan)

 TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 318, TAMAN CICERLY , EN. HASSAN BIN HUSHIN


(NAMA PENYELIA)
36000 TELUK INTAN,

PERAK DARUL RIDZUAN

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.


** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii

PENGAKUAN

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :…………………………………………..
Nama Penyelia :EN HASSAN BIN HUSHIN
Tarikh :NOVEMBER 2010
iii

KAJIAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN PELAJAR INSTITUSI


PENGAJIAN TINGGI YANG MENETAP DIKOLEJ SEMBILAN (K9),
KOLEJ SEPULUH (K10) DAN KOLEJ PERDANA (KP) DI UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA

MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan


Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2010
iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali mukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah say jelaskan sumbernya”

Tandatangan : __________________________________
Nama penulis : MOHAMMAD ABU BAKAR BIN SHIS
Tarikh : __________________________________
v

DEDIKASI

Setulus Ikhlas Buat;

Untuk ibu bapa yang tersayang

Untuk kakak dan keluarga, serta rakan - rakan tersayang

Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan

Jasa dan pengorbananmu akan ku kenang...


vi

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi yang telah member saya peluang dan kekuatan untuk
menyiapkan projek ini. Semoga Allah s.w.t mencurahkan rahmat ke atas kita semua.

Di kesempatan ini sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan


terutamanya kepada En Hassan Bin Hushin, selaku penyelia tesis yang telah banyak
memberi bimbingan, nasihat, pendapat serta tunjuk ajar kepada saya dalam
menyiapkan projek ini. Segala teguran, nasihat dan tunjuk ajar serta kata-kata
semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Tidak dilupakan juga kepada ibubapa Shis Bin Baharon dan Ainan Bte Mohd
Yunus, rakan-rakan, dan lain-lain yang telah membantu secara langsung atau tidak
langsung dalam menyiapkan kajian projek ini. Akhir sekali, terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam
menyiapkan projek ini. Jasa dan pengorbanan anda semua tidak dilupakan.

Sekian Terima Kasih


vii

ABSTRAK

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari
batas-batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya
kehidupan masyarakat. Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji gejala
sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tingg (IPT) di tiga kolej kediaman
pelajar UTM. Persoalan kajian adalah untuk mengenalpasti pengaruh yang wujud
dari ibubapa dan rakan, internet, didikan agama dan masa lapang untuk pelajar
terjebak dengan gejala sosial. Rekabentuk kajian yang dijalankan adalah
mengunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik
deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik
yang menpunyai 4 bahagian iaitu bahagian A adalah latar belakang responden,
bahagian B pemahaman am tentang gejala sosial, bahagian C, menjawap persoalan
kajian berbentuk pengaruh dan bahagian D cadangan menangani masalah gejala
sosial. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik
yang mengandungi 35 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian
rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.775. Seramai 298 pelajar terlibat dalam
kajian ini dan data yang diperolehi dianalisis mengunakan perisian SPSS 15.0.
Kajian mendapati pengaruh utama adalah pengaruh internet dan pengawalan
pengunaan internet perlu dilakukan, pengaruh ibubapa dan rakan, didikan agama dan
masa lapang juga menpengaruhi pelajar tetapi tidak ketara merujuk kepada gejala
sosial. Pencegahan perlu dilakukan untuk mencegah berlakunya gejala sosial
dikalangan pelajar IPT.
viii

ABSTRACT

Social problem is a social phenomenon of human behavior that come out of


the bounds of normal and widely accepted, both in terms of religious, social and
cultural life of society. This study is a survey to identify social problems among
students of institutions of higher learning. The question of the study was to determine
the effect of parents and friends, internet, religious education and free time for
students to caught with social ills. Design of the study was descriptive using a survey
method by using descriptive statistical comparison of the mean. The instrument used
was a questionnaire that consist of 4 parts. Part A describe the background of the
respondents. Part B is general understanding of social ills and part C, to answer the
research questions. Part D is the proposal on how to deal with social ills. The
instrument used consisted of a questionnaire containing 35 items and using the Likert
scale. In the pilot study, alpha value is 0775. A total of 298 students participated in
this study and the data were analyzed using SPSS 15.0. The study found that the
main effect is the effect of controlling the use of internet and internet needs to be
done, effect from parent and friends, religous learning and student free time also
need to be monitor but its not highly show that contribute to student caught with
social ills. Prevention needs to be done to prevent social problems among students of
institutions of higher learning.
ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i


PENGESAHAN PENYELIA ii
TAJUK KAJIAN iii
HALAMAN PENGAKUAN iv
DEDIKASI v
PERHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
x

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Definasi Gejala Sosial di Universiti 6
1.2 Latar Belakang Masalah 7
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop dan Batasan Kajian 13
1.8 Definasi Istilah 13
1.8.1 Kolej Lingkaran Luar 13
1.8.2 Etika 13
1.8.3 Konsep Kendiri 14
1.8.4 Pengaruh 14
1.8.5 Ibu Bapa 14
1.8.6 Internet 14
1.8.7 Didikan 14
1.8.8 Agama 14
1.8.9 Masa Lapang 14
xi

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15
2.2 Faktor Hubungan Antara Pelajar Dengan Ibu Bapa 16
dan Rakan Sebaya
2.3 Faktor Pengaruh Internet dan Kelebihan Mengakses internet 18
2.4 Faktor Didikan Agama 19
2.5 Faktor Masa Lapang Pelajar 21
2.6 Kolej Kediaman 22
2.7 Kesimpulan 23

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Sampel Kajian 25
3.5 Intrumentasi Kajian 26
3.5.1 Soal Selidik 26
3.5.1.1 Bahagian A 26
3.5.1.2 Bahagian B 26
3.5.1.3 Bahagian C 27
3.5.1.4 Bahagian D 27
3.6 Prosedur Kajian 28
3.7 Analisis Data 28
3.8 Kajian Rintis 29
xii

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Data 30
4.3 Analisis Bahagian A 31
4.3.1 Taburan Reponden Berdasarkan Jantina 31
4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32
Kolej Penempatan.
4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32
Bangsa.
4.4 Analisis Bahagian B: Dapatan Persoalan Kajian 1 33
4.5 Analisis Bahagian C: 35
4.5.1 Dapatan Persoalan Kajian 2 35
4.5.2 Dapatan Persoalan Kajiab 3 38
4.5.3 Dapatan Persoalan Kajian 4 40
4.5.4 Dapatan Persoalan Kajian 5 42
4.6 Analisis Bahagian D: Dapatan Persoalan Kajian 6 43
4.7 Analisis Keseluruhan 46
4.8 Kesimpulan. 47

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48
5.2 Perbincangan 49
5.2.1 Pemahaman Am Tentang Gejala Sosial 49
5.2.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan 51
5.2.3 Pengaruh Internet 53
5.2.4 Pengaruh Didikan Agama. 55
5.2.5 Pengaruh Masa Lapang 57
5.2.6 Cadangan Menangani Gejala Sosial 58
5.3 Rumusan 60
5.4 Cadangan Kajian Lanjut 62
xiii

SENARAI JADUAL.

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan 8


1.2 Taburan tahap Masalah sosial berdasarkan jantina 9
3.1 Kandungan instrument kajian 29
4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina. 31
4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32
Kolej Penempatan.
4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 32
Bangsa.
4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 33
Permahamana Am
4.5 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 35
Pengaruh Ibubapa dan Rakan
4.6 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 38
Pengaruh Internet.
4.7 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 40
Didikan Agama Kepada Pelajar
4.8 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 42
Masa Lapang Pelajar.
4.9 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan 43
Cadangan Menangani Gejala Sosial.
4.10 Taburan Min Keseluruhan Persoalan Kajian 46
xiv

SENARAI RAJAH

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Rajah 5.1 Pemahaman Am 49


Rajah 5.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan 51
Rajah 5.3 Pengaruh Internet. 53
Rajah 5.4 Pengaruh Didikan Agama 55
Rajah 5.5 Pengaruh Masa Lapang 57
Rajah 5.6 Cadangan Menangani Gejala Sosial 58
1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kemajuan pembangunan dan teknologi menberikan banyak manfaat untuk


manusia sejagat. Kemajuan dalam bidang pengangkutan, perhubungan dan pendidikan
banyak memainkan aspek penting dalam kehidupan manusia. Kemajuan bidang-bidang
tersebut banyak menbantu masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian kini yang
memerlukan kita untuk bertindak lebih pantas dan cekap. Melalui kemajuan bidang
pengangkutan menberikan kita kaedah untuk bergerak dalam jarak yang lebih jauh
dalam masa yang lebih singkat dan selamat, melalui kemajuan bidang perhubungan pula
menbolehkan kita untuk berhubung antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang
agak jauh. Kemajuan dari segi perhubungan menbuatkan manusia seperti menjelajah
keseluruh dunia tanpa perlu bergerak disamping itu menberikan kita kemudahan untuk
penyebaran ilmu. Kemajuan dari segi pendidikan pula menjurus kepada penemuan
tentang fenomena baru dan pemahaman tentang fenomena yang masih belum diketahui
manusia. Contoh perkembangan pendidikan ialah kita kini mampu memahami
bagaimana aspek perhubungan antara bumi dan bulan.

Perkembangan pesat teknologi dan kemajuan ini menbuatkan nilai etika dan
moral dalam masyarakat berubah mengikut perkembangan semasa dan keadaan. Ini
menbuatkan nilai etika dan moral kini adalah suatu yang abstrak. Disamping itu gaya
kehidupan masyarakat moden yang terikat dengan teknologi yang pesat berkembangan
2

dan sistem perundangan yang kompleks merupakan salah satu faktor pebuatan yang
tidak beretika (Mohd Janib Johari 2009). Perkembangan teknologi dan kemajuan tidak
hanya menbawa perkembangan positif dalam kehidupan manusia namun terdapat impak
negatif yang wujud, contohnya seperti penyalahgunaan teknologi seperti internet,
pergaulan tanpa batasan, interaksi sosial yang kini luar batasan masyarakat.
Pembendungan kesan-kesan negatif ini dapat dilakukan dengan mendedahkan para
remaja kita dengan nilai-nilai etika yang sewajarnya. Pendedahan terhadap nilai-nilai
etika dan moral yang baik akan menbentuk sebuah masyarakat yang memahami tentang
keburukan dan kebaikan yang wujud daripada kesan perkembangan kemajuan disamping
bertindak untuk menjadi penghakis daripada melakukan perbuatan yang tidak beretika

Etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana yang buruk dengan
memperhatikan amal perbuatan manusia sejauh yang dapat diketahui oleh akal fikiran,
(H. Hamzah Ya’ qub, 1983). Moral ialah tingkat laku yang telah atau sedang dilakukan
oleh individu, penentuan baik dan buruk moral dilakukan oleh seseorang bergantung
kepada dasar etika yang dipegang, dipatuhi dan dijadikan garis panduan, (Abdul
Rahman Abdul Aziz, 2002). Etika dan moral adalah sesuatu yang abstrak bergantung
kepada tahap pemikiran seseorang. Nilai-nilai etika yang dimilikinya akan menentukan
tingkah-laku beliau. Nilai-nilai etika diperolehi melalui pembelajaran secara formal dan
juga tidak formal, pembelajaran formal seperti pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas dan kelas-kelas agama. Pembelajaran formal akan melibatkan guru ataupun
pengajar untuk menberikan tunjuk ajar kepada para pelajar. Pembelajaran yang tidak
formal pula seperti pengalaman dan juga pemerhatian oleh seseorang itu. Pembentukan
nilai-nilai etika ini perlu dimulakan dari usia muda untuk memudahkan pengisian nilai-
nilai etika dalam diri dan pembentukan sahsiah yang baik.

Para remaja perlu mengenal pasti sifat-sifat baik (mahmudah) dan sifat-sifat
buruk (mazmumah) yang ada pada hati mereka, sifat mazmudah dan mahmudah berkait
rapat dengan nafsu (Md Uqbah An-Nafiq, 2002). Remaja ialah anak muda yang berumur
yang sekitar 13 tahun hingga 25 tahun. Peringkat umur ini amat mudah terpengaruh
dengan alam persekitaran dan suasana. Kehidupan remaja selalunya inginkan segala-
3

galanya serba ideal dan segalanya tertulis indah. Kehidupan yang berwajah glamor
sering menjadi inspirasi remaja, oleh itu mereka cenderung untuk mencuba melakukan
sesuatu yang baru dan mudah untuk terpengaruh dengan hiburan dan keseronokan atas
dorongan oleh nafsu mereka. Nafsu, naluri, keinginan dan kemahuan merupakan
pendorong untuk remaja melakukan sesuatu perkara. Penerapan nilai-nilai etika dapat
membantu mereka dalam menilai baik buruk sesuatu tingkah laku tersebut. Selain itu ia
juga dapat bertindak sebagai pendinding untuk para remaja agar tidak terpengaruh
dengan perbuatan yang tidak beretika. Tumbesaran remaja seiring dengan pengisian
nilai-nilai etika dapat menbentuk masyarakat yang baik dan menpunyai sahsiah yang
terpuji.

Nilai-nilai etika dan moral adalah garis panduan untuk seseorang itu menilai baik
dan buruk tindakan yang dilakukan individu tersebut. Pertimbangan akal yang logik juga
diperlukan untuk seseorang itu menilai sama ada tingkah laku tersebut adalah wajar atau
pun tidak bergantung kepada situasi yang dialami. Sebagai contoh, seorang pelajar
dikehendaki untuk mengikuti satu perkhemahan yang diwajibkan oleh sekolah namun
tidak dibenarkan oleh ibubapa pelajar tersebut. Dalam kes ini, pelajar tersebut
menpunyai 2 pilihan samaada mengikuti perkhemahan itu ataupun tidak, kedua-dua
keputusan boleh diterima dengan alasan yang logik. Maka setiap keputusan yang
dilakukan tidak hanya bergantung kepada nilai-nilai etika, namun ia juga bergantung
kepada kebijaksanaan individu untuk menbuat keputusan.

Kejadian jenayah tidak menampakan penurunan sebaliknya semakin menjadi-


jadi, di mana saban hari ada berita mengenai kejadian bunuh, rogol, rompak dan ragut
yang sekarang hangat diperkatakan (Utusan Malaysia, 23 Ogos 2004). Kebanyakan dari
salah laku remaja kini memungkinkan mereka untuk terjebak dengan kes-kes yang lebih
berat lagi seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. Punca utama remaja kita terjebak
dengan kes-kes ini ialah kerana mereka telah terjebak dengan gejala sosial sejak dari
muda lagi. Mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang dapat memenuhi nafsu
mereka. Mereka mengangapkan bahawa tingkahlaku tersebut dapat memuaskan rasa
tidak puas hati mereka.
4

Melalui kajian-kajian lepas, dikenal pasti golongan terbesar yang terjerumus di


dalam gejala yang tidak sihat ini, ialah golongan remaja. Golongan ini ialah satu
golongan yang dianggap masih mentah, punya akar yang masih belum tunjang dan
masih tercari-cari arah matlamat yang boleh dijadikan pedoman dan panduan didalam
membina jati diri. Dalam mengarap usaha untuk menangani permasalahan ini, kita tidak
boleh lari dari perlu mengenal-pasti punca-punca dan faktor-faktor penyumbang kepada
tompok-tompok hitam yang tidak menguntungkan mana-mana pihak lebih-lebih lagi
tidak menguntungan dari segi pembangunan negara.

Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara
baru dan trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh
terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia.
Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan
sampai kepada perkara yang lebih teruk seperti pengambilan minuman keras dan
pergaulan seks bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang
lebih serius. Mungkin sesetengah orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang
biasa namun di negara yang masih berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja
(MIB) seperti Brunei Darussalam dan Malaysia, ia merupakan satu perkara yang
keterlaluan dan perlu dielakkan. Masalah gejala sosial ini bukan sahaja mencemarkan
martabat sesuatu bangsa tetapi juga boleh merendahkan lagi martabat sesebuah bangsa
itu.

Kehidupan di institusi pengajian tinggi dan kolej memberi ruang dan peluang
kepada pelajar untuk menjadi individu yang berdikari. Pelajar univesiti dan kolej berada
dalam posisi awal dewasa dalam mendapat kebebasan untuk bertindak dan perlu
bertanggungjawab dalam banyak aspek kehidupan. Antara tanggungjawab ini
termasuklah menbuat keputusan kerjaya, memilih rakan, menbina hubungan intim yang
berlainan jantina, menjaga keselamatan diri dan kesihatan diri, menguruskan masa dan
kewangan, serta melakukan inisiatif-inisiatif yang menentukan masa depan kerjaya
meraka (Sigelman & Rider, 2003). Pencapaian akademik bukan ukuran untuk
menentukan kejayaan seseorang tetapi ia perlu disertakan dengan ciri-ciri lain, seperti
5

yang dinyatakan dalam falsafah pendidikan Malaysia. Pelajar akan dibentuk supaya
mempunyai 5 sifat yang baik dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sahsiah
(JERIS). Pelajar diajar agar berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayana mencapai kesejahteran diri serta member
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Pada peringkat remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat


pesat sekali dari segi fizikal dan rohani. Pada waktu ini remaja mula terdedah kepada
alam luar rumah, malah persekitaran ini sudah merupakan rumah kedua kepada mereka.
Remaja juga akan belajar banyak perkara yang tidak semuanya datang dari ibu bapa
tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang mana ia membesar. Pada
tempoh-tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap, dan nilai,
malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang lebih matang
dan dewasa (Bettelheim, 1950). Pada tahap ini remaja mempunyai beberapa sifat seperti
suka pergaulan dengan rakan-rakan berbanding ibubapa, suka berangan-angan dan
senang terpengaruh oleh emosi. Pengawasan yang sesuai seharusnya diberikan kepada
para pelajar dan remaja, tanpa pengawasan yang betul, remaja dan pelajar ini juga
mungkin terjebak dengan gejala sosial ini.

Stanley Hall (1904) berpendapat perkembangan seseorang individu ditentukan


oleh naluri iaitu tenaga-tenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran.
Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman ‘storm and stress’ yang bersifat
biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa baligh yang
tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi
tidak stabil dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan
perubahan tersebut, remaja akhirnya akan menjadi individu yang matang dan bermoral.
Untuk sesetengah remaja, tekanan-tekanan dan juga perubahan ini tidak dapat diterima
dan remaja ini memerlukan bantuan daripada pihak luar untuk mereka menilai dan
menentukan cara bagaimana penerimaan perubahan yang terdapat dalam hidup mereka.
Pihak luar akan bertindak sebagai pemantau dan mengawasi tingkahlaku mereka dan
pihak luar ini tidak terbatas dengan hanya ibubapa dan rakan sebaya malahan ia boleh
6

juga daripada guru, jiran-jiran dan juga pihak berkuasa jika perlu. Ini menunjukan
banyak pihak bertanggungjawab dalam penbentukan sahsiah seseorang remaja.
Kerjasama adalah penting supaya remaja kini akan menbentuk dengan lebih baik lagi.

1.1.1 Definasi Gejala Sosial di Universiti

Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-
batas normal dan diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan
masyarakat (Hamzah, 2003). Gejala sosial adalah perlakuan yang dilihat tidak menbawa
sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan
dalam sesuatu masyarakat ataupun Negara. Gejala sosial wujud disetiap peringkat umur
manusia, seperti remaja, dewasa dan juga orang tua. Gejala sosial tidak terbatas dengan
hanya perilaku seseorang sahaja, ia mungkin menglibatkan sekumpulan orang. Sebagai
contohnya seperti pelajar sekolah beramai-ramai ponteng sekolah untuk pergi kepusat
hiburan.

Gejala sosial melalui perspektif seseorang adalah berbeza, ini melalui contoh
gejala seks bebas dikalangan dewasa. Jika kedua-dua pihak bersetuju ia adalah
perbuatan yang tidak salah melalui persepktif sesetengah agama, namun dalam islam
telah mengariskan bahawa seks bebas tanpa sebarang ikatan hukumnya adalah haram.
Seperti juga dengan gejala sosial, mengikut pandangan seseorang ia adalah berbeza.
Dalam kajian ini bentuk gejala sosial yang dilihat sebagai gejala sosial oleh pengkaji
ialah seperti seks bebas dikalangan pelajar, minum arak, menghisap dadah, menonton
video lucah, vandalisme, melepak,pergaulan tanpa batas dan berhibur di kelab-kelab
malam.

Kini terdapat berbagai-bagai kajian yang cuba untuk mencari punca wujud gejala
sosial kalangan masyakat kini. Berbagai-bagai faktor, punca dan teori juga telah
dibentuk dalam mencari cara untuk mengatasi permasalah ini. Antara contoh faktor yang
7

pernah dikemukakan ialah seperti pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh
internet, tahap didikan agama dan masa lapang individu. Faktor-faktor ini menpunyai
perkaitan dengan kehidupan seseorang individu, sebagai contohnya ibubapa dan rakan
sebaya banyak menberikan pengaruh mereka dalam menbentuk sahsiah seseorang itu.

1.2 Latar belakang masalah

Kajian mengenai gejala sosial ini telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu dan mengikut daripada kajian-kajian yang terdahulu mendapati golongan
remaja melayu mendominasi gejala sosial dan dilihat kian tahun kadar tangkapan yang
dilakukan semakin hari semakin meningkat. Gejala sosial yang dicatatkan seperti kes
buang bayi, sumbang mahram, maksiat, kehamilan remaja, keganasan rumah tangga,
penangihan dadah, dan juga jangkitan HIV. Negara ini turut di gemparkan dengan
masalah black metal yang semakin teruk menular dikalangan remaja islam pada akhir
tahun 2001.

Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan keatas pelajar-pelajar di instituti


pengajian tinggi didapati mereka lebih mudah berhadapan dengan penyesuaian
akademik berbanding penyesuaian sosial dan emosi. Keupayaan remaja menangani isu-
isu penyesuaian sosial dan emosi, dan seterusnya membina hubungan melalui pergaulan
yang sihat banyak dipengaruhi pengaruh-pengaruh luar seperti hubungan dengan
ibubapa, rakan sebaya, guru dan juga laman sosial yang semakin canggih kian hari.
Ibubapa, guru, dan rakan sebaya merupakan orang yang rapat dengan pelajar dalam
membentuk sifat dan gaya hidup seorang pelajar itu.

Masalah gejala sosial yang melibatkan pelajar IPT sering mendapat perhatian
daripada pihak media massa. Terdapat berbagai-bagai laporan yang berjaya dilaporkan
contohnya seperti isu gambar aksi lucah tersebar di internet yang pernah hangat sekitar
Jun 2003 yang dikatakan dilakukan oleh pelajar IPT (Utusan Malaysia, 3 Jun 2003).
8

Laporan media mengenai masalah gejala sosial pelajar IPTA sedikit sebanyak memberi
gambaran buruk terhadap institusi berkenaan. Antara kes lain yang berjaya dicatatkan
ialah seperti kes buang bayi, maksiat, kes rogol dan yang terbaru ialah kes kematian
semasa melahirkan anak.

Universiti Teknologi Malaysia merupakan antara universiti yang terbesar di


Malaysia dan mempunyai pelajar yang agak ramai. Oleh dengan itu UTM terpaksa
menbina lebih penempatan untuk menbolehkan pelajar menginap di dalam universiti.
Namun terdapatnya kolej yang berkedudukan di luar lingkaran yang bermaksud jauh
daripada bahagian pengurusan dan fakulti. Para pelajar yang menginap di kolej ini
kurang mendapat pengawalan daripada pihak pengurusan atau bahagian kawalan
universiti. Pelajar-pelajar yang berada diluar lingkaran ini lebih bebas berbanding
dengan pelajar di dalam lingkaran dan perjalanan untuk ke kolej luar juga terdapat
banyak melalui kawasan gelap.

Mohd Nasir Mansor (Persepsi pelajar terhadap isu-isu sosial: satu tinjauan di
Universiti Teknologi Malaysia, 2004) mendapati responden kes kajianya menyatakan
bahawa gejala sosial di kalangan pelajar IPT berada pada tahap yang tinggi. Daripada
52.0% pelajar yang tersebut 120 orang merupakan pelajar siswi manakala 76 responden
lagi merupakan pelajar siswa yang menyatakan gejala sosial dikalangan pelajar adalah
tinggi.

Jadual 1.1: Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan


Tahap Kekerapan Peratusan
Tinggi 196 52.0%
Sederhana 178 47.2%
Rendah 3 0.8%
Jumlah 377 100
9

Berdasarkan daripada taburan taburan responden berdasarkan jantina dilakukan


dan keputusan yang didapati bahawa responden perempuan hanya menyatakan bahawa
gejala sosial berada pada tahap yang agak tinggi dan sederhana manakala responden
lelaki terdapat responden yang menyatakan gejala sosial pada tahap rendah.

Jadual 1.2 : Taburan tahap Masalah sosial berdasarkan jantina


Tahap Lelaki Perempuan
Tinggi 76 120
Sederhana 66 112
Rendah 3 0
Jumlah 145 232

Berdasarkan maklumat dan gambaran umum berkenaan masalah sosial yang


terdapat dikalang remaja masa kini, tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial ini
berlaku dimana-mana jua. Masalah gejala sosial ini turut juga melibatkan pelajar yang
bijak pandai seperti pelajar IPT. Persoalannya sekarang ialah apakah faktor yang
menyebabakan pelajar terdorong untuk melakukan gejala sosial ini dan mencari jalan
penyelesaian agar gejala sosial dikalangan remaja IPT dapat dibendung.

1.3 Penyataan masalah

Menurut Kenny dan Rice (1995). Pelajar yang menpunyai pertautan yang baik
dengan ibubapa menpunyai konsep kendiri yang jelas, estim kendiri yang tinggi,
keupayaan sosial yang tinggi dan penyesuaian yang lebih berkesan. Melaui daripada
nilai-nilai yang telah diterapkan oleh ibubapa ini menbuatkan remaja tersebut lebih bijak
dalam menbuat keputusan. walaupun remaja banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya
namun dengan pertautan yang baik remaja pastinya dapat menbuat keputusan dengan
lebih baik.
10

Sebagai seorang pelajar, mereka seharusnya tahu untuk mencari maklumat dalam
internet. Namun tidak kesemua maklumat yang boleh diperolehi itu adalah maklumat
yang berguna, terdapat juga maklumat yang mangarah pelajar kita kearah tindakan-
tindakan negatif seperti laman web lucah, laman web yang memaparkan aksi-aksi yang
merosakan akidah dan juga cerita-cerita yang banyak menayangkan aksi-aksi yang tidak
sesuai untuk tontonan umum. Kesan negatif wujud daripada penyalahguna internet,
disini pengkaji ingin melihat internet sebagai faktor gejala sosial.

Setiap kelakuan manusia lahir dari suatu kehendak yang digerakan oleh naluri.
Naluri bertindak sebagai permangkin untuk manusia melakukan sesuatu. Naluri dapat
menberi kita banyak manfaat dan juga naluri boleh menbwa kita ke lembah yang hina.
untuk mengelakan kita daripada terjebak ke arah jalan yang salan didikan agama yang
sepatutnya harus diberikan. Dalam hal ini, kita ingin melihat bagaimana corak didikan
agama dalam menbendung gajala sosial dikalangan pelajar IPT. Mereka merupakan
pelajar yang cermerlang dalam bidang akademik, namun adakah ini termasuk dalam
bidang ilmu agama.

Masa untuk seorang pelajar tidaklah hanya tertumpu dengan pembelajaran


sahaja, mereka terlibat dengan aktiviti lain seperti majlis, persatuan, kokurikulum. Ini
menunjukan yang bahawa pelajar terdapat masa lapang. Bagi pelajar yang aktif, ia tidak
menjadi masalah. Tetapi bagaimana dengan pelajar yang kurang aktif dalam kerja-kerja
persatuan mahupun kokurikulum. Masa lapang yang tidak digunakan dengan bijak akan
mengundang masalah buat pelajar.

Dalam konteks ini masalah yang dipertengahkan oleh pengkaji adalah faktor-
faktor yang dapat dilihat pengkaji sebagai pemangkin gejala sosial dan bagaimana untuk
meminimakan faktor-faktor ini. Pengkaji juga ingin melihat bagaimana gejala sosial ini
wujud dikalangan pelajar UTM. Terdapat pelbagai faktor yang boleh dikaitkan dengan
gejala sosial kerana gejala sosial merupakan salah satu akibat daripada perkembangan
psikologi yang salah. Dalam kajian ini faktor hubungan ibubapa dan rakan sebaya,
11

internet, tahap didikan agama dan juga pengaruh masa lapang yang cuba dilihat sebagai
faktor kepada gejala sosial bagi pelajar di Kolej 10, Kolej 9 dan juga Kolej Perdana
Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Menentukan tahap pemahaman pelajar tentang gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10,
dan Kolej Perdana.
1.4.2 Menentukan pengaruh ibu bapa, dan rakan-rakan dalam penglibatan pelajar
dalam gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.
1.4.3 Menentukan pengaruh internet sebagai salah satu faktor berlakunya gejala sosial
di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.
1.4.4 Menentukan kaitan antara didikan agama dengan gejala sosial di Kolej 9, Kolej
10, dan Kolej Perdana.
1.4.5 Menentukan pengaruh aktiviti masa lapang dalam aktiviti kokurikulum dengan
gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana..
1.4.6 Cadangan menangani gejala sosial di Kolej 9, Kolej 10, dan Kolej Perdana.

1.5 Persoalan kajian

1.5.1 Adakah pelajar memahami maksud gejala sosial dikalangan pelajar IPTA?
1.5.2 Adakah hubungan antara ibu-bapa dan rakan sebaya dengan pelajar dapat
mendorong pelajar untuk terjebak dengan gejala sosial?
1.5.3 Adakah kebolehan pelajar untuk mengakses internet menjadi pengaruh untuk
terjebak dengan gejal sosial?
1.5.4 Adakah didikan agama dapat digunakan untuk menbendung gejala sosial ini?
12

1.5.5 Apakah yang dilakukan oleh pelajar semasa masa lapang mereka menjadi faktor
untuk pelajar terjebak dengan gejala sosial?
1.5.6 Apakah cadangan yang sesuai untuk mengatasi gejala sosial di kalangan pelajar
IPTA?

1.6 Kepentingan kajian

Kajian ini merangkumi pelbagai faktor yang dapat menyumbang kepada


penglibatan para pelajar ke dalam masalah gejala sosial di universiti. Faktor yang
menjadi permasalahan ini ialah ibu bapa, rakan sebaya, pensyarah, media massa,
teknologi, tahap didikan agama dan masa lapang pelajar. Melalui daripada kajian ini
pelbagai pihak akan mendapat manfaat bersama sepertinya pelajar tersebut, pihak
ibubapa, rakan-rakan,dan juga pensyarah, pihak universiti dan yang lebih penting lagi
Negara ini. Melalui dari kajian ini manfaat yang akan didapati adalah seperti:-

1.6.1 Menjadi panduan untuk pelajar memahami permasalah sosial serta kesanya pada
diri pelajar, dan memahami faktor-faktor untuk terjebak dengan gejala sosial
serta mengambil langkah untuk mengelakan masalah.
1.6.2 Meneyedarkan ibubapa dan pensyarah bagaimana bentuk pengaruh yang
menbolehkan para pelajar ini terjebak dengan gejala sosial dan hubungan yang
bagaiaman seharusnya antara pelajar dengan ibubapa dan pensyarah.
1.6.3 Menjadi panduan untuk pihak universiti dalam menetapkan peraturan keatas
pelajar untuk mengelakan gejala sosial ini terjadi.
1.6.4 Kajian ini boleh digunakan oleh pihak kawalan dan keselamatan universiti dalam
menguatkuasakan peraturan universiti.
1.6.5 Melalui kajian ini, diharapkan masalah gejala sosial akan dapat dibendung dan
para pelajar yang dikeluarkan adalah para pelajar yang cemerlang dalam aspek
akedemik dan juga sahsiah.
13

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini menfokuskan pelajar yang menetap di kolej lingkaran luar seperti
Kolej Sepuluh (K10), Kolej Sembilan (K9), dan Kolej Perdana (KP). Batasan kajian ini
meliputi faktor-faktor yang menjadi punca kepada masalah sosial dikalangan pelajar.
Kebanyakan pelajar di kolej lingkaran luar mendapat perhatian yang kurang berbanding
dengan pelajar di kolej lingkaran dalam kerana lebih hampir dengan fakulti. Disepanjang
kajian ini dijalankan, ada beberapa limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara .
Diantaranya ialah:

1.7.1 Kajian ini hanya mengambil responden daripada setiap kolej yang dikelaskan
sebagai kolej lingkaran luar dan dalam bilangan yang sama untuk setiap kolej.
1.7.2 Kajian ini melibatkan semua kaum namun akan lebih tertumpu kepada pelajar
islam kerana seperti yang dilihat kebanyakan gejala sosial ini merupakan salah
satu masalah pelajar islam
1.7.3 Kajian ini tidak akan melibatkan pelajar antarabangsa kerana item soalan yang
berbahasa melayu. Pelajar antarabangsa berkemungkinan besar tidak biasa
dengan bahasa melayu.

1.8 Definasi kajian

1.8.1 Kolej Lingkaran Luar


Kolej penempatan pelajar yang berada diluar lingkaran ilmu. Kolej-kolej ini
terletak agak jauh daripada persekitan fakulti.

1.8.2 Etika
Peraturan sosial iaitu peraturan-peraturan yang dikenakan oleh lingkungan sosial
untuk mengawal tingkah laku manusia, menberikan takrif “betul” dan “salah”
14

1.8.3 Konsep Kendiri


Penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap dirinya secara
posititf atau negatif, menurut Staats (1963) konsep kendiri turut menpunyai
proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.

1.8.4 Pengaruh
Kuasa yang terbit daripada orang lain, kekuatan batin, meninggalkan kesan
kepada orang lain.

1.8.5 Ibubapa
Orang tua yakni emak dan ayah yang telah melahirkan seseorang itu.

1.8.6 Internet
Rangkaian computer antarabangsa yang menbolehkan penguna komputer di
seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat
pengkalan data dari seluruh dunia.

1.8.7 Didikan
Kaedah mendidik atau menjaga dan melatih seseorang

1.8.8 Agama
Kepercayaan kepada tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan tuhan dan penerimaan
ajaran dan perintah-NYA, kepercayaan kepada Maha Kuasa.

1.8.9 Masa lapang


Waktu terluang, tidak sibuk dan sengang.
15

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

Krisis keruntuhan moral, akhlak dan displin dikalangan remaja kita merupakan
fenomena biasa kala kini. Remaja yang sebahagianya merupakan pelajar IPT juga tidak
terlepas daripada masalah sosial yang kini semakin tenat dikalangan remaja kini.
Masalah sosial menbabitkan pelajar IPT kebanyakanya hanya diketahui oleh pihak
pentadbiran IPT sahaja. Mengikut daripada temubual bersama Unit Displin Universiti
Teknologi Malaysia perkara ini merupakan perkara yang akan mengaibkan sesebuah
institusi pengajian tinggi dan kebanyakan maklumat terpaksa disimpan daripada
pengetahuan umum. Hal ini menyebabkan banyak perkara yang berkaitan dengan
masalah sosial perlajar tidak dapat diketahui oleh pihak awam untuk dijadikan sebagai
petunjuk dalam mendidik anak-anak mereka ataupun sebagai pengajaran bagi para
pelajar baru yang akan memasuki alam baru di IPT.

Kajian-kajian berkenaan dengan gejala sosial telah banyak dilakukan untuk


mencari punca terjadi masalah gejala sosial dikalangan pelajar IPTA. Pelbagai teori,
faktor dan punca telah dibentuk atas sebab psikologi manusia yang berbeza-beza antara
satu sama lain. Sesebuah masyarakat terdiri dari berbagai-bagai jenis peringkat umur
dan ragam masing-masing. Antara teori dan faktor yang telah diguna pakai adalah
seperti hubungan remaja dengan ibubapa, guru, dan rakan sebaya, faktor ekonomi, faktor
media massa, faktor kebebasan dan banyak lagi. Faktor, punca dan teori yang
16

dikemukakan adalah berkait rapat dengan kehidupan seseorang remaja itu ataupun disini
berkait rapat dengan pelajar tersebut.

Melalui daripada kajian ini pengkaji hanya akan mengambil empat daripada
faktor yang pernah dikemukakan untuk dijadikan objektif. Bab ini akan menbincangkan
tentang teori dan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkenaan dengan faktor-
faktor masalah gejala sosial dikalangan pelajar institusi pengajian tinggi. Dalam bab ini
faktor-faktor yang akan dibincangkan adalah seperti faktor hubungan antara pelajar
dengan ibu bapa, dan rakan sebaya, faktor internet, faktor didikan agama dan juga faktor
masa lapang.

2.2 Faktor Hubungan Antara Pelajar Dengan Ibu Bapa dan Rakan Sebaya

Institusi kekeluargaan merupakan tunjang dalam pembentukan sahsiah dalam diri


seseorang remaja. Keluarga merupakan pihak yang banyak mepengaruhi sikap, tutur
kata, dan personaliti seseorang itu. Kebanyakan perilaku seseorang itu adalah wujud
daripada latihan dan tingkah laku yang biasa dirumah mereka. Pembelajaran secara tidak
formal boleh berlaku tanpa mengira tempat dan waktu, dengan melalui pengalaman dan
juga pemerhatian seseorang itu telah menjalani pembelajaran yang tidak formal. Contoh-
contoh terladan dan nilai-nilai murni seharusnya di tunjukan oleh orang tua di dalam
rumah agar nilai-nilai ini dapat diterapkan dari rumah lagi.

Kurangnya tumpuan kepada para remaja akan menimbulkan konflik dalam diri
mereka. Kekecewaan terhadap keluarga ataupun persekitaran menyumbang kepada
tingkah laku devian bagi mencapai maksud luahan perasaan (Nor Ba’yah 2004). Sara
hidup yang tinggi masa kini menbuatkan ibu bapa menberi lebih komitmen terhadap
kerja. Ibubapa cenderung dalam melepaskan tanggungjawab terhadap pihak sekolah
ataupun pihak penjaga. Ibubapa beranggapan bahawa faktor kewangan yang stabil perlu
dalam mendidik dan menjamin masa depan anak-anak. Bagi yang tidak menpunyai
17

penjaga pula, ibubapa beranggapan bahawa remaja adalah masa untuk seseorang itu
berdikari, namun tanpa tunjuk ajar dan pengawasan yang sesuai mereka mudah lalai
dengan hiburan dan keseronokan. Tumpuan yang kurang keatas remaja ini menbuatkan
mereka mencari alternatif lain untuk mengisi kasih sayang ataupun tumpuan dari
sesebuah pihak. Selain daripada ibu bapa yang sibuk dengan kerja, contoh lain bagi
keluarga yang bermasalah ialah perceraian dan kerap berlaku pergaduhan antara ibu
bapa.

Pengawasan yang terlalu ketat terhadap remaja akan menbuatkan mereka merasa
terkongkong. Remaja yang terkongkong agak lemah dalam menilai sesuatu situasi itu.
Remaja seperti ini mudah untuk terlibat dalam gejala sosial yang banyak menberikan
kebebasan dan keseronokan kepada remaja. Sungguhpun kekuatan ikatan kekeluargaan
dan penguatkuasaan undang-undang adalah begitu rapat persamaannya dan perlu, apa
yang lebih penting ialah kebolehan kita memastikan supaya rumah, tempat kerja atau
sekolah serta persekitarannya bebas daripada pelbagai gejala sosial. (Lee Lam Thye 2
Ogos 2002). Pihak lain seperti pihak sekolah, pihak polis dan juga masyarakat haruslah
berkerjasama dalam mengawal persekitan para remaja. Persekitaran yang terkawal akan
menbuatkan para pembesaran remaja yang terkawal.

Menurut Fadhilah Kamsah (1997) terdapat 3 proses komunikasi, pertama


komunikasi dengan pencipta, kedua komunikasi dengan diri sendiri dan ketiga
komunikasi dengan alam dan makhluk. Proses yang ketiga menerangkan hubungan
antara manusia dengan manusia lain. Dalam pendidikan pula menerangkan tentang
pembelajaran tidak hanya terbatas kepada sekolah dan juga institusi pendidikan sahaja,
malahan setiap waktu kita akan belajar akan perkara baru secara formal mahupun tidak
formal. Pembelajaran tidak formal ini seperti pemerhatian seseorang dan juga
pengalaman beliau. Penilaian yang tidak diawasi oleh orang yang lebih matang akan
membuatkan remaja salah dalam menilai sesuatu tingkah laku, sebagai contohnya seperti
jika pelajar tersebut menyatakan yang bahawa menghisap rokok adalah tidak salah
padanya maka ia akan ditetapkan sebagai tidak salah. Oleh itu pengawasan yang sesuai
dan tunjuk ajar perlu diseiringkan bagi mematangkan lagi pemikiran remaja kini. Antara
18

contoh lain bagi pembelajaran tidak formal yang baik seperti, pergaduhan antara ibu
bapa, bapa ataupun rakan yang menhisap rokok, video lucah, dan sebagainya. Hal ini
mungkin menbentuk pemangkin untuk pelajar terlibat dalam gejala sosial.

Peringkat remaja merupakan peringkat dimana pelajar lebih cenderung untuk


bersosial dan berkawan. Di peringkat ini remaja lebih banyak menghabiskan masa
bersama dengan rakan sebaya berbanding dengan keluarga mereka. Perkembangan
sosial banyak berlaku dalam peringkat ini dan perhatian daripada pihak tertentu adalah
amat penting. Perkembangan sosial yang baik datang daripada pemilihan rakan yang
bijak dan akan menbentuk pelajar yang lebih baik. Masalah sosial dikalangan pelajar
adalah banyak berkait rapat dengan faktor hubungan antara rakan sebaya dengan pelajar.
Ini kerana kebanyakan kes yang diketahui bahawa rakan sebaya merupakan pengaruh
untuk mereka terjebak dalam gejala sosial. Selain daripada itu pelajar lebih mudah untuk
mengunakan rakan sebaya dalam mengisi kasih sayang yang kurang diberikan oleh ibu
bapa. Keperluan untuk disayangi menyebabkan individu risau ditinggalkan dan sanggup
melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang (Bartholomew & Horowitz,
1991). Dengan adanya rakan sebagai tempat penganti tentunya pelajar akan lebih mudah
terpengaruh dengan rakan sebaya berbanding dengan mengikut ajaran yang telah
diberikan oleh ibu bapa.

2.3 Faktor Pengaruh Internet

“Dunia tanpa sempadan”, “Maklumat hanya dihujung jari”, berdasarkan


kenyataan tersebut, maklumat kini mudah untuk diperolehi. Tidak terbatas dengan jarak
dan masa. Pelajar IPT sering kali mengunakan komputer dalam menyelesaikan tugasan
yang telah diserahkan oleh pensyarah dan ini termasuk dalam pencarian maklumat.
Terdapat berbagai bentuk maklumat dan media yang disediakan didalam internet tetapi
tidak semuanya adalah bersesuaian dengan tugasan yang diberikan. Maklumat dapat
dikategorikan sebagai maklumat yang berguna dan maklumat yang tidak baik seperti
19

video dan gambar lucah, filem-filem yang memaparkan keganasan dan perlakuan
menghisap dadah dan sebagainya lagi. Perkembangan teknologi merupakan suatu
anugerah kepada kita manusia namun masyarakat perlu bersedia dengan ledakan
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang turut membawa pengaruh-
pengaruh negatif yang boleh diperoleh oleh sesiapa saja (Utusan Malaysia, Isnin, 23
Ogos, 2004). Penapisan bentuk maklumat seperti yang dilakukan jabatan penapisan
maklumat dan media Negara merupakan satu tindakan yang baik. Penapisan maklumat
dapat mengurangkan bentuk-bentuk maklumat yang tidak berguna atau tidak sepatutnya
sampai kepada orang ramai. Penapisan dari segi maklumat internet seharusnya menjadi
perkara penting dalam menangani masalah ini. Namun penapisan maklumat melalui
internet adalah amat sukar untuk dilakukan dan ia agak mustahil untuk dilakukan dalam
lingkungan masyarakat yang besar.

Noor Azam Abdul Rahman (2003) menerangkan remaja melayu kini telah
dijangkiti ketagihan internet yang agak teruk ( cybermania). Golongan ini mengunakan
internet bukan sahaja untuk tujuan pendidikan. Tetapi sebagai sumber untuk
mendapatkan hiburan yang lebih bebas tanpa kongkongan keluarga seperti games, laman
pronografi, berkenalan (chatting). Penyalahgunaan internet bukan sahaja merugikan
masa seseorang itu, ia juga akan menberi kesan kepada persekitaran disekeliling mereka.
Contoh kesan yang wujud seperti kerja yang tidak menentu, pandangan serong dari
orang ramai, dan macam-macam lagi.

2.4 Faktor Didikan Agama

Tugas mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya, bukan setakat
pendidikan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (Rasid Rahaman Berita Minggu,
Ahad, 23 Dis. 2007). Setiap agama akan mengajar kita untuk menjadi seorang yang
berguna bukan sahaja untuk diri kita malahan untuk orang lain. Agama memainkan
20

peranan dalam menentukan sikap seseorang samada betul mahupun salah. Setiap
peraturan yang telah ditetapkan menpunyai sebab-sebab yang tertentu agar kita dapat
menjalani hidup kita dengan lebih baik lagi. Dalam agama sendiri telah menyatakan
bahawa kita seharusnya menpunyai kepercayaan kepada tuhan dan perintah-NYA.
Peraturan dan perintah yang telah diwujudkan-NYA adalah bertujuan untuk kebaikan
manusia sejagat.

Masalah sosial kini wujud adalah juga disebabkan dengan kekurangan ilmu
agama di kalangan para remaja kita masa kini. Melalui daripada Sidek Baba , Berita
Harian, Sabtu, 13 Dis. 2008, pelajar kini hanya diajar untuk menghafal bukan untuk
memahami ajaran agama, ini menyebabkan pelajar yang mendapat markah yang baik
dalam peperiksaan namun terjebak dalam gejala dadah. Tidak mustahil juga para pelajar
ini akan terlibat dengan gejala sosial lain tidak hanya gejala dadah. Beliau turut
menyebut bahawa mata pelajaran agama dapat digunakan secara berkesan dengan
mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian. Dengan cara ini pelajar akan lebih
memahami akan fungsi ilmu agama dalam kehidupan seharian dan dapat terus
mengaplikasikanya kedalam kehidupan seharian mereka.

Noor Azam Abdul Rahman (2003), dalam Islam telah mengariskan prisip
hubungan antara ibu bapa dan anak-anak berdasarkan peranan masing-masing. Peranan
dan tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian utama iaitu, pertama tanggungjawab pendidikan iman yang menerangkan
tentang dasar-dasar Iman, rukun Islam dan dasar-dasar Syariah. Kedua tanggungjawab
pendidikan moral, iaitu pendidikan mengenai dasar-dasar moral dan keutamaan perangai
atau tabiat yang harus dimiliki. Ketiga tanggungjawab pendidikan fisik iaitu
merangkumi perkara-perkara seperti mejaga kebajikan anak-anak dan mengalakan
mereka untuk berbuat baik. Prinsip yang pertama telah menyatakan bahawa ibu bapa
adalah wajib untuk menberi pendidikan agama kepada anak-anak mereka. Pendidikan
agama adalah penting untuk pelajar tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang
merosakan diri mereka.
21

2.5 Faktor Masa Lapang Pelajar

Pelajar di insitusi pengajian tinggi adalah berbeza berbanding dengan pelajar di


sekolah. Disini mereka lebih bebas untuk merancang corak pembelajaran mereka
sendiri. Bagi pelajar yang bijak, mereka akan dapat menyusun dengan baik dan teratur.
Penyusunan masa yang baik akan menbantu pelajar dalam pelajaran dan juga aktiviti
yang melibatkan mereka. Penglibatan pelajar adalah berdasarkan pilihan mereka sendiri,
namun pihak universiti telah menetapkan bahawa setiap pelajar diwajibkan untuk
mengikuti dua aktiviti kokurikulum sepanjang mereka mengikuti pengajian.

Tempoh pembelajaran yang melibatkan pihak fakulti adalah daripada hari isnin
hingga jumaat yang memakan masa lebih kurang 45 hingga 50 jam. Namun bagi setiap
pelajar UTM mereka hanya dibenarkan untuk mengambil hanya 20 jam kredit sahaja. Ini
bermakna mereka hanya perlu untuk kekelas 20 hingga 25jam sahaja. Selain daripada
masa pembelajaran, pelajar juga turut terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan persatuan
dengan waktu yang ada selain waktu pembelajaran mereka.

Bagi pelajar yang aktif mereka akan banyak menghabiskan masa dengan
melakukan aktiviti persatuan dan kokurikulum. Namun bagaimana dengan pelajar lain
yang kurang aktif? Mereka menpunyai kemungkinan untuk melakukan aktiviti lain
seperti melepak, bergaul dengan kawan, dan juga keluar bersiar-siar. Pengawasan yang
bersesuaian harusdiberikan bagi mengelaknya perkara ini dati berlaku kerana perkara-
perkara ini mungkin mengundang masalah yang lebih berat lagi pada masa akan datang.
22

2.6 Kolej Kediaman

Kolej kediaman adalah asrama untuk para pelajar Universiti tinggal atau pun
menetap. Setiap kolej merupakan bangunan yang terletak didalam kawasan Universiti
Matlamat dan falsafah penubuhan kolej kediaman adalah untuk menberikan penempatan
yang lebih baik dan selamat untuk para pelajar Universiti semasa mereka berada didalam
Universiti ini.

Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu Universiti terbesar di


Malaysia. Setiap tahun pengambilan para pelajar adalah melebihi daripada 10,000
pelajar. Untuk menampung bilangan pelajar yang begitu banyak, pihak Universiti
terpaksa menbina kolej kediaman tambahan. Hal ini di selaraskan dengan wujudnya
kolej-kolej lingkaran luar dan dengan adanya kolej ini bilangan pelajar yang ramai tidak
menjadi masalah untuk para pelajar menetap didalam Universiti ini.

Seperti juga dengan asrama sekolah biasa, seseorang akan dipertanggung-


jawabkan untuk menjaga dan mengawal tingkah laku para pelajar bagi sesetiap kolej.
Tanggungjawab ini diletakan kepada pengetua kolej dan dibantuk oleh staf-staf lain
seperti penolong pengetua kolej, felo-felo, ketua aras dan juga staf-staf lain. Mereka
berperanan untuk memastikan para pelajar mengikut setiap peraturan yang ditetapkan.
Mereka turut bertanggungjawab untuk memantau para pelajar daripada melakukan
perbuatan yang tidak baik dan bertanggungjawag untuk menentukan aktiviti yang
bermasyarakat untuk kolej masing-masing.
23

2.7 Kesimpulan

Berdasarkan kajian Mohd Nasir Mansor (2003) gejala sosial dikalangan pelajar
di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berada di tahap yang tinggi. Noor Azam Abdul
Rahman (2003) menyatakan yang bahawa pelajar sekarang adalah mudah untuk
terpengaruh dengan hiburan. Hamdan Abd Kadir (2005) pula menyatakan pelajar
sekarang mudah untuk terlibat dengan dilema antara cinta dengan cita-cita. Berdasarkan
daripada kajian yang ada ini, gajala sosial dikalangan pelajar merupakan satu topik yang
bukan lagi asing. Banyak faktor yang telah dikemukakan untuk mengatasi masalah ini,
namun masih lagi wujud masalah gejala sosial di kalangan pelajar. Dalam kajian ini,
faktor ibu bapa, rakan, faktor internet dan kebolehan mengakses internet, faktor
pendidikan agama dan faktor masa lapang pelajar diketengahkan dalam mengenalpasti
penglibatan pelajar dalam kes gejala sosial.
24

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data


melalui kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah
kajian yang dijalankan. Kaedah merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan
kesahihan dan kebolehpercayaan kajian yang dilakukan. Bab ini akan menerangkan
tentang metadologi kajian yang dijalankan dari segi reka bentuk kajian, tempat kajian,
sampel kajian, instrument kajian, prosedur kajian, kajian rintis dan kaedah menganalisis
data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah deskriptif iaitu kajian berbentuk
tinjauan yang diolah untuk mendapatkan maklum balas mengenai faktor-faktor yang
menpengaruhi pelajar untuk terjebak dalam gejala sosial. Van Dalen (1979) di dalam Ng
B.G. (1996), kajian berbentuk deskriptif dapat menerangkan fenomena dengan
menganalisis data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik dan media-media lain
dan menurut daripada Mohd Majid (1993), menjelaskan kajian berbentuk tinjauan
adalah paling sesuai digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan di mana
25

matlamatnya ialah untuk mengumpul maklumat-maklumat tetang sesuatu peristiwa yang


sedang berlaku. Tinjauan merupakan salah satu kaedah yang mana pengkaji akan
melihat persekitaran kajian yang hendak dilakukan keatas sampel kajian.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini telah dilakukan di kolej penempatan pelajar Universiti Teknologi


Malaysia UTM. Kolej-kolej yang dimaksudkan adalah seperti Kolej Perdana (KP),
Kolej Sepuluh (K10), dan Kolej Sembilan (K9). Pemilihan tempat ini adalah kerana
pihak Universiti Teknologi Malaysia mengkelaskan kolej-kolej tersebut sebagai kolej
luar lingkaran ilmu berdasarkan jarak kolej terbabit dengan fakulti dan juga pernghuni
kolej-kolej ini terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi.

3.4 Sampel Kajian

Sampel sasaran kajian ini adalah merupakan pelajar yang menetap di kolej
lingkaran luar penempatan pelajar. Seperti yang dinyatakan di dalam tempat kajian
terdapat 3 kolej yang dikelasifikasikan sebagai kolej lingkaran luar. Jumlah pelajar yang
menetap bagi ketiga-tiga kolej ini ialah seramai 2600 orang. Respoden dipilih secara
rawak kelompok memandangkan populasi yang agak besar dan terdiri daripada
berbilang bangsa, agama dan juga jantina. Persampelan mengunakan Jadual Krejcie,
R.V and Morgan D.W. menunjukan jumlah responden untuk kajian ini telah di tetapkan
sebanyak 338.
26

3.5 Intrumentasi Kajian

Jenis intrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal
selidik. Menurut Tuckman (1988), cara soal selidik mudah mendapat kerjasama dari
responden dan menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang
digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Penyelidik memilih cara ini kerana
responden tidak akan berasa takut atau serba salah untuk menberikan jawapan kerana
nama responden tidak perlu dikemukakan dan jawapan mereka dirahsiakan. Disamping
itu soal selidik menberikan kebebasan kepada responden untuk menberi respon dan
menjimatkan masa selain tidak menganggu responden dalam tugas harian mereka. Set
soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu

3.5.1 Soal Selidik

3.5.1.1 Bahagian A

Maklumat am seperti umur, jantina, bangsa, agama, dan tahun pengajian


merupakan item yang akan ditanyakan dalam bahagian ini. Bahagian ini bertujuan untuk
memudahkan pengelasan dan mengenalpasti subjek semasa penganalisa dijalankan.

3.5.1.2 Bahagian B

Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan yang berkaitan dengan


objektif kajian didalam Bab 1. Soalan adalah berkisar tentang pengetahuan am pelajar
terhadap gejala sosial. Dalam set soal selidik ini, Skala Likert digunakan untuk
mengukur darjah persetujuan dan pandangan responden terhadap sesuatu kenyataan.
Tanggapan responden dalam bahagian ini diukur dengan mengunakan Skala Likert yang
terdiri dari lima peringkat seperti yang dinyatakan dibawah
27

1 - Sangat Tidak Setuju (STS)


2 - Tidak Setuju (TS)
3 - Tidak Pasti (TP)
4 - Setuju (S)
5 - Sangat Setuju (SS)

3.5.1.3 Bahagian C

Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk soalan yang berkenaan faktor-faktor


yang difikirkan pengkaji untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial seperti faktor
hubungan ibubapa dan rakan sebaya dengan pelajar, faktor internet dan keboleh
mengakses internet, faktor tahap didikan agama, dan faktor masa lapang. Skala likert
digunakan untuk mengukur darjah persetujuan dan pandangn responden terhadap
sesuatu kenyataan.

3.5.1.4 Bahagian D

Soalan yang dikemukakan adalah berbentuk cadangan dalam menangani gejala


sosial dikalangan pelajar IPT. Cadangan diberikan berdasarkan aktiviti yang pernah
dilakukan dan juga mencuba aktiviti baru,Skala likert digunakan untuk mengukur darjah
persetujuan dan pandangan responden terhadap sesuatu cadangan.
28

3.6 Prosedur Kajian

Dalam melakukan kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang dilakukan oleh
pengkaji. Prosedur tersebut adalah seperti:-

1. Perbincangan dengan penyelia mengenai tajuk dan permasalah yang


dihadapi.
2. Pencarian sumber-sumber yang boleh digunakan dalam kajian ini.
3. Menyediakan kertas cadangan.
4. Mendapatkan kelulusan penyelia setelah kertas cadangan diterima.
5. Menjalankan kajian rintis untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal
selidik.
6. Menjalankan kajian sebenar.
7. Mengumpul set edaran soal selidik dan menganalisis data.

3.7 Analisis Data

Penganalisisan data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang
dibuat. Data yang diperolehi akan dianalisis dan diproses menggunakan komputer
dengan perisian Statistical Pakage For Social Science (SPSS) For WINDOWS.
Program SPSS ini digunakan kerana ia perisian ini memudahkan penganalisaan data,
mampu memanipulasikan data bagi bilangan sampel yang banyak dan data yang
dianalisis adalah tepat. Dengan bantuan program ini setiap data yang diperolehi dapat
dianalisis data mentah kepada bentuk kekerapan, peratusan, sisihan piawai dan min.
29

Jadual 3.1 Kandungan instrument kajian


Item Bentuk soalan
i – iii Maklumat am responden
1–6 Permahaman tentang gejala sosial
7 – 10 Faktor pengaruh ibubapa
11 – 14 Faktor pengaruh rakan
15 – 19 Faktor pengaruh internet
20 -23 Faktor tahap didikan agama
24 -27 Faktor masa lapang
28 -37 Cadangan mengatasi gejala sosial dikalangan pelajar IPT

3.8 Kajian Rintis

Kajian rintis ini dijalankan bertujuan menguji kesahan dan kebolehpercayaan


item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar dijalankan. Selain itu
juga, kajian rintis ini digunakan untuk mengkaji masalah-masalah yang akan timbul
sewaktu proses soal selidik berjalan.

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 20 orang responden yang tidak termasuk
dalam sampel kajian. Soal selidik telah disemak untuk menentukan kejelasan item.Ujian
kebolehpercayaan ataupun reliability analysis telah dijalankan dengan menggunakan
Program SPSS dan Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.775. Nilai menunjukkan
item-item dalam soal selidik mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi
dan boleh digunakan.

Jadual 3.2: Reliability Statistics

Cronbach's Alpha N of Items


0.775 35
30

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada dapatan yang telah diperolehi
hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 298 set soal selidik telah
dianalisis. Penganalisisan data dilakukan terhadap setiap item soalan yang terdapat di
dalam set soal selidik dengan bantuan komputer menggunakan perisian SPSS 15.00 for
Windows.

4.2 Analisis Data

Analisis data dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A meliputi analisis


data yang berkaitan dengan maklumat am responden seperti jantina,, kolej penempatan
dan bangsa. Bahagian B pula merupakan analisis data yang diperolehi daripada soalan-
soalan yang berkaitan dengan permahaman pelajar tentang gejala sosial. Bahagian C
akan menganalisis soalan-soalan yang berkaiatan dengan persoalan kajian yang
melibatkan pengaruh ibubapa dan rakan sebaya, kebolehan mengakses internet, didikan
agama dan akhir sekali faktor masa lapang terhadap penglibatan pelajar dalam gejala
sosial. Bahagian D pula merupakan analisis data yang diperolehi daripada soalan-soalan
yang berkaitan dengan cadangan untuk mengatasi gejala sosial dikalangan pelajar.
31

Analisis setiap item dilakukan untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min yang
mana item dikumpulkan mengikut persoalan kajian.

4.3 Analisis Bahagian A : Biodata Responden.

Analisis bahagian A iaitu maklumat am respoden melibatkan soalan yang


meliputi aspek jantina, kolej penempatan dan bangsa. Nilai kekerapan dan peratusan
bagi setiap aspek adalah dinyatakan. Data dan maklumat berkenaan responden
ditunjukkan dalam jadual – jadual di bawah :

4.3.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 4.1 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina.


Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 175 58.7
Perempuan 123 41.3

Berdasarkan kepada jadual 4.1, responden yang terlibat dalam kajian adalah
terdiri dari 175 orang pelajar lelaki (58.7%) dan 123 orang pelajar perempuan (41.3%).
Ini menunjukkan majoriti responden adalah pelajar lelaki. Perbezaan sebanyak 52 orang
pelajar (17.4%)
32

4.3.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kolej Penempatan.

Jadual 4.2 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kolej Penempatan.


Kolej Penempatan Kekerapan Peratus
Kolej 10 143 48.0
Kolej 9 89 28.9
Kolej Perdana 66 22.1

Taburan dan peratusan responden berdasarkan kolej penempatan dinyatakan


dalam Jadual 4.1. Seramai 143 orang responden menetap di Kolej 10 (48.0%), 89 orang
responden menetap di Kolej 9 (28.9%) dan 66 orang reponden menetap di Kolej Perdana
(22.1%).

4.3.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa.

Jadual 4.3 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bangsa.


Kaum Kekerapan Peratus
Melayu 201 67.4
Cina 79 26.5
India 11 3.7
Lain-lain 7 2.3

Jadual 4.3 menunjukan taburan dan peratusan responden berdasarkan bangsa.


Seramai 201 orang responden berbangsa Melayu (67.4%). 79 orang responden
berbangsa Cina (26.5%). 11 orangresponden berbangsa India (3.7%) dan 7 orang
responden lain-lain bangsa seperti Iban, Bumiputera Sarawak, Kadazan Dusun, dan
Bugis Kedayan.
33

4.4 Analisis Bahagian B: Analisa Setiap Item Mengikut Pemahaman Am.

Bahagian ini akan menganalisis item yang berkaitan dengan permahaman pelajar
tentang gejals sosial dikalangan pelajar IPTA. Sebanyak lima item soalan digunakan
untuk mengukur tahap pemahaman pelajar tentang gejala sosial.

Jadual 4.4 Taburan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Permahamana Am


No. Soalan Tidak Tidak Setuju Min
item Setuju pasti
S1 Saya memahami maksud gejala 3 22 273 4.31
sosial. (1.0%) (7.4%) (91.6%)
S2 Saya mengetahui faktor gejala 1 29 268 4.27
sosial. (0.3%) (9.7%) (90%)
S3 Saya mengetahui kesan gejala 1 22 275 4.31
sosial. (0.3%) (7.4%) (92.3%)

S4 Saya berpendapat gejala sosial 11 40 247 4.19


wujud dikalangan pelajar IPT. (3.7%) (13.4%) (81.9%)
S5 Saya sering mengambil tahu 32 97 169 3.60
tentang gejala sosial dikalangan (10.7%) (32.6%) (56.8%)
pelajar.
PURATA 3.20 14.10 82.52 4.16

Analisis item 1 menunjukan responden bersetuju adalah 91.6 peratus. Responden


tidak pasti adalah 7.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 1.0 peratus. Min item
ialah 4.31.
34

Analisis item 2 menunjukan responden setuju adalah 90 peratus. Responden


tidak pasti adalah 9.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.3 peratus. Min item
ialah 4.27.

Analisis item 3 menunjukan responden setuju adalah 92.3 peratus. Responden


tidak pasti adalah 7.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.3 peratus. Min item
ialah 4.31.

Analisis item 4 menunjukan responden setuju adalah 81.9 peratus. Responden


tidak pasti adalah 13.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 3.7 peratus. Min item
ialah 4.19.

Analisis item 5 menunjukan responden setuju adalah 56.8 peratus. Responden


tidak pasti adalah 32.6 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.7 peratus. Min item
ialah 3.60.

Min keseluruhan adalah 4.16 daripada ini dapat dibuat kesimpulan bahawa
responden menpunyai pengetahuan am tentang gejala sosial. Responden memahami
akan faktor dan kesan gejala sosial, disamping itu bersetuju wujudnya gejala sosial
dikalangan mahasiswa IPT. Dapatan daripada item 5 menunjukan responden tidak minat
untuk mengambil tahu tentang masalah gejala sosial yang berlaku disekeliling mereka.
35

4.5 Analisis Bahagian C: Analisa Setiap Item Mengikut Pengaruh Ibubapa dan
Rakan, Pengaruh Internet, Pengaruh Didikan Aama dan Pengaruh Masa
Lapang.

Analasis bahagian C akan melihat bagaimana faktor mendorong pelajar untuk


terlibat dengan gejala sosial. Persoalan kajian yang diukur dalam bahagian C ialah
pengaruh ibubapa dan rakan sebaya, pengaruh internet, pengaruh didikan agama dan
pengaruh masa lapang.

4.5.1 Pengaruh Ibubapa dan Rakan

Persoalan kedua kajian ialah tentang pengaruh ibubapa dan rakan adalah untuk
mengetahui bagaimana pengaruh pihak luar yang rapat dengan pelajar dalam kehidupan
seharian. Dibawah persoalan kajian ini terdapat lapan item dikemukakan dan jadual 4.5
dibawah adalah analisis item-item tersebut.

Jadual 4.5:Taburan Dan Peratusan Responden Pengaruh Ibubapa dan Rakan


No. Soalan Tidak Tidak Setuju Min
item Setuju pasti
S6 Saya mempunyai hubungan 2 18 278 4.45
kekeluargaan yang rapat. (0.6%) (6.0%) (93.3%)
S7 Saya kerap berhubung dengan 5 79 266 4.37
keluarga. (1.7%) (9.1%) (89.2%)
S8 Ibubapa saya merupakan idola saya 7 26 265 4.30
(2.3%) (8.7%) (88.9%)

S9 Saya sering mendapatkan 14 53 231 3.99


pandangan ibu bapa untuk menbuat (4.4%) (17.8%) (77.5%)
keputusan .
36

S10 Saya menpunyai rakan karib 4 35 259 4.26


(0.4%) (11.7%) (86.9%)
S11 Saya sering mendapatkan 9 40 249 4.09
pandangan rakan-rakan saya. (3.0%) (13.4%) (83.6%)
S12 Saya sering melakukan aktiviti 7 32 259 4.12
bersama dengan rakan saya. (2.4%) (10.7%) (87.0%)
S13 Saya mempunyai keinginan untuk 33 87 179 3.60
melakukan perkara yang dilakukan (10.7%) (29.2%) (60.1%)
rakan saya
PURATA 3.18 13.32 83.32 4.16

Analisis item 6 menunjukan responden bersetuju adalah 93.3 peratus. Responden


tidak pasti adalah 6.0 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.7 peratus. Min item
ialah 4.45.

Analisis item 7 menunjukan responden bersetuju adalah 89.2 peratus. Responden


tidak pasti adalah 9.1 peratus dan responden tidak setuju adalah 1.7 peratus. Min item
ialah 4.37.

Analisis item 8 menunjukan responden bersetuju adalah 88.9 peratus. Responden


tidak pasti adalah 8.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.3 peratus. Min item
ialah 4.30.

Analisis item 9 menunjukan responden bersetuju adalah 77.5 peratus. Responden


tidak pasti adalah 17.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 4.4 peratus. Min item
ialah 3.99
37

Analisis item 10 menunjukan responden bersetuju adalah 86.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 11.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.4 peratus.
Min item ialah 4.26.

Analisis item 11 menunjukan responden bersetuju adalah 83.6 peratus.


Responden tidak pasti adalah 13.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 3.0 peratus.
Min item ialah 4.09.

Analisis item 12 menunjukan responden bersetuju adalah 87.0 peratus.


Responden tidak pasti adalah 10.7 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.4 peratus.
Min item ialah 4.12.

Analisis item 13 menunjukan responden bersetuju adalah 60.1 peratus.


Responden tidak pasti adalah 29.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.7
peratus. Min item ialah 3.60.

Secara keseluruhan dapat dibuat kesimpulan bahawa kehidupan responden


semasa berada di IPTA banyak dipengaruhi oleh pihak luar seperti ibubapa dan rakan.
Responden mempunyai hubungan rapat dengan pihak keluarga dan juga rakan.dan
sesetangah responden untuk meminta pendapat dari ibubapa dan rakan dalam menbuat
keputusan. Daripada item 13 pula menunjukan responden kurang tertarik untuk
melakukan sesuatu berdasarkan pengamatan mereka keatas rakan mereka, ini
menunjukan kelakuan rakan kurang untuk mendorong pelajar melakukan gejala sosial.
38

4.5.2 Pengaruh Internet

Persoalan ketiga kajian menfokuskan pengaruh internet kepada pelajar. Terdapat


lima item dikemukakan dalam kajian ini tentang pengaruh internet dan jadual 4.6
dibawah adalah analisis item-item tersebut.

Jadual 4.6:Taburan Dan Peratusan Responden Pengaruh Internet.


No. Soalan Tidak Tidak Setuju Min
item Setuju pasti
S14 Saya mudah untuk mengakses 44 52 202 3.64
internet (14.8%) (17.4%) (67.8%)
S15 Saya mengakses internet untuk 83 80 135 3.18
mandapatkan maklumat pelajaran (27.8%) (26.8%) (45.3%)
sahaja.
S16 Saya memahami etika semasa 19 76 203 3.73
mengakses internet. (6.4%) (25.5%) (68.1%)

S17 Saya dapat menbezakan jenis 10 53 235 3.97


maklumat yang terdapat dalam (3.3%) (17.8%) (78.9%)
internet.
S18 Saya mengetahui akibat 8 25 265 4.17
penyalahgunaan internet. (2.7%) (8.4%) (88.9%)
PURATA 11.00 19.18 69.8 3.74

Analisis item 14 menunjukan responden bersetuju adalah 67.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 17.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 14.8
peratus. Min item ialah 3.64.
39

Analisis item 15 menunjukan responden bersetuju adalah 45.3 peratus.


Responden tidak pasti adalah 26.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 27.8
peratus. Min item ialah 3.18.

Analisis item 16 menunjukan responden bersetuju adalah 68.1 peratus.


Responden tidak pasti adalah 25.5 peratus dan responden tidak setuju adalah 6.4 peratus.
Min item ialah 3.73

Analisis item 17 menunjukan responden bersetuju adalah 78.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 17.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 3.3 peratus.
Min item ialah 3.97.
.

Analisis item 18 menunjukan responden bersetuju adalah 88.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 8.4 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.7 peratus.
Min item ialah 4.17.

Secara keseluruhan dapat dilihat bahawa majaroti responden mengetahui akan


akibat penyalahgunaan internet dan dapat menbezakan jenis maklumat dari internet.
Daripada item 14 dan item 16 pula dilihat dua per tiga daripada responden tidak mudah
untuk mengakses internet dan memahami etika semasa mengakses internet. Daripada
item 15 tujuan kebanyak responden mengakses internet tidak terhad hanya untuk
mendapatkan maklumat berkenaan dengan pelajaran sahaja.
40

4.5.3 Pengaruh Didikan Agama Kepada Pelajar

Pengaruh didikan agama kepada pelajar merupakan persoalan keempat untuk


kajian ini, terdapat 4 item dikemukakan dalam kajian ini tentang pengaruh didikan
agama kepada pelajar dan jadual 4.7 dibawah adalah analisis item-item tersebut.

Jadual 4.7: Taburan Dan Peratusan Responden Didikan Agama Kepada Pelajar
No. Soalan Tidak Tidak Setuju Min
Item Setuju pasti
S19 Saya berpendapat didikan agama 11 27 260 4.31
dan gejala sosial berkait rapat. (3.7%) (9.1%) (87.3%)
S20 Saya sering dinasihati oleh ibubapa 8 21 269 4.42
untuk melakukan amal ibadat dan (2.7%) (7.0%) (90.3%)
tidak melakukan perkara dilarang
agama.
S21 Saya berpendapat didikan agama 12 33 253 4.35
dapat menjadi pendinding dari (4.0%) (11.1%) (83.9%)
gejala sosial.
S22 Saya berpendapat bentuk 30 75 193 3.82
pendidikan agama di Malaysia (10.1%) (25.2%) (64.8%)
dapat menbentuk sahsiah pelajar
kini lebih baik.
PURATA 5.12 13.1 81.57 4.22

Analisis item 19 menunjukan responden bersetuju adalah 87.3 peratus.


Responden tidak pasti adalah 9.1 peratus dan responden tidak setuju adalah 3.7 peratus.
Min item ialah 4.31.
41

Analisis item 20 menunjukan responden bersetuju adalah 90.3 peratus.


Responden tidak pasti adalah 7.0 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.7 peratus.
Min item ialah 4.42.

Analisis item 21 menunjukan responden bersetuju adalah 83.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 11.1 peratus dan responden tidak setuju adalah 4.0 peratus.
Min item ialah 4.35.

Analisis item 22 menunjukan responden bersetuju adalah 64.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 25.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.1
peratus. Min item ialah 3.82.

Kesimpulan daripada item19, item 20 dan item 21 menunjukan rata-rata


responden berpendapat yang bahawa didikan agama berkait rapat dengan gejala sosial
dan juga didikan agama dapat bertindak sebagai pendinding untuk tidak terjebak dengan
gejala sosial. Untuk item 22, walaupun majoriti responden beranggapan bahawa bentuk
pendidikan agama di Malaysia ini dapat menbentuk sahsiah pelajar yang lebih baik
namun sesetengah daripada responden kurang yakin keberkesanan didikan agama dalam
menbentuk sahsiah pelajar yang lebih baik.

4.5.4 Pengaruh Masa Lapang Pelajar

Pengaruh masa lapang pelajar merupakan persoalan kelima untuk kajian ini.
Terdapat 4 item dikemukakan dalam kajian ini tentang pengaruh masa lapang pelajar
dan jadual 4.8 disebelah adalah analisis item-item tersebut.
42

Jadual 4.8: Taburan Dan Peratusan Responden Masa Lapang Pelajar.

No. Soalan Tidak Tidak Setuju Min


Item Setuju pasti
S23 Saya menpunyai jadual harian yang 31 90 177 3.66
penuh. (10.4%) (30.2%) (59.4%)
S24 Saya sering terlibat dengan aktiviti 63 90 145 3.42
persatuan atau kolej. (21.1%) (30.2%) (48.7%)
S25 Saya gemar menghabiskan masa 22 65 211 3.85
bersama dengan rakan. (7.4%) (21.8%) (70.9%)

S26 Saya faham kepentingan pengunaan 2 44 252 4.21


masa yang betul. (0.6%) (14.8%) (84.5%)
PURATA 9.87 24.35 65.87 3.78

Analisis item 23 menunjukan responden bersetuju adalah 59.4 peratus.


Responden tidak pasti adalah 30.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.4.
peratus. Min item ialah 3.66.

Analisis item 24 menunjukan responden bersetuju adalah 48.7 peratus.


Responden tidak pasti adalah 30.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 21.1
peratus. Min item ialah 3.42.

Analisis item 25 menunjukan responden bersetuju adalah 70.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 21.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 7.4 peratus.
Min item ialah 3.85.

Analisis item 26 menunjukan responden bersetuju adalah 84.5 peratus.


Responden tidak pasti adalah 14.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 0.6 peratus.
Min item ialah 4.21.
43

Analisis item 26 menunjukan bahawa responden memahami akan kepentingan


pengunaan masa yang betul. Item 23 dan item 24 pula menunjukan bahawa responden
sebenarnya menpunyai banyak masa terluang daripada terlibat dengan aktiviti persatuan
mahupun kolej. Item 25 dan item 26 pula menunjukan majoriti responden lebih gemar
untuk menghabiskan masa bersama rakan dalam masa lapang dan faham akan
kepentingan masa lapang.

4.6 Analisis Bahagian D: Cadangan Menangani Gejala Sosial.

Bahagian ini akan menganalisis item yang berkaitan dengan cadangan untuk
menangani masalah gejala sosial dikalangan mahasiswa IPT. Sebanyak Sembilan item
soalan digunakan.

Jadual 4.9:Taburan Dan Peratusan Responden.Cadangan Menangani Gejala Sosial.


No. Soalan Tidak Tidak Setuju Min
Item Setuju pasti
S27 Peningkatan kawalan daripada 29 55 214 3.82
pihak Keselamatan Universiti untuk (9.9%) (18.5%) (67.9%)
memantau para pelajar.
S28 Mengadakan hari bersama keluarga 30 78 190 3.81
dikampur bertujuan untuk (10.0%) (26.2%) (63.8%)
mengeratkan lagi ikatan antara
keluarga dengan pihak universiti
S29 Menyediakan booth penerangan 33 83 182 3.82
kepada ibubapa tentang gejala (11.0%) (27.9%) (61.1%)
sosial semasa upacara yang turut
melibatkan ibubapa seperti pesta
konvo
44

S30 Pihak kaunseling menbentuk satu 29 70 199 3.82


bahagian yang mudah bergerak (9.7%) (23.5%) (66.8%)
dalam menberikan kesedaran
kepada pelajar.
S31 Polisi penggunaan komputer 43 86 169 3.53
beretika. (14.4%) (28.9%) (56.7%)
S32 Pihak Universiti menghadkan 156 54 88 2.41
pengunaan internet dikalangan (52.4%) (18.1%) (29.5%)
pelajar.
S33 Kempem mari ke Masjid 17 57 224 4.01
(9.1%) (19.1%) (71.8%)
S34 Setiap kolej membentuk satu unit 24 75 199 3.84
yang mudah untuk bergerak dan (8.1%) (25.2%) (66.8%)
mendekati pelajar dalam
memahami masalah mereka.
S35 Kolej menyediakan peralatan 7 50 241 4.36
seperti meja snuker, bola, lampu (2.3%) (16.8%) (80.9%)
dan peralatan sukan yang lain.
PURATA 14.10 22.68 63.22 3.26

Analisis item 27 menunjukan responden bersetuju adalah 67.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 18.5 peratus dan responden tidak setuju adalah 9.9 peratus.
Min item ialah 3.82.

Analisis item 28 menunjukan responden bersetuju adalah 63.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 26.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 10.0
peratus. Min item ialah 3.81.
45

Analisis item 29 menunjukan responden bersetuju adalah 63.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 27.9 peratus dan responden tidak setuju adalah 11.0
peratus. Min item ialah 3.82.

Analisis item 30 menunjukan responden bersetuju adalah 66.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 23.5 peratus dan responden tidak setuju adalah 9.7 peratus.
Min item ialah 3.82.

Analisis item 31 menunjukan responden bersetuju adalah 56.7 peratus.


Responden tidak pasti adalah 28.9 peratus dan responden tidak setuju adalah 14.4
peratus. Min item ialah 3.53.

Analisis item 32 menunjukan responden bersetuju adalah 29.5 peratus.


Responden tidak pasti adalah 18.1 peratus dan responden tidak setuju adalah 52.4
peratus. Min item ialah 2.41.

Analisis item 33 menunjukan responden bersetuju adalah 71.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 19.1 peratus dan responden tidak setuju adalah 9.1 peratus.
Min item ialah 4.01.

Analisis item 34 menunjukan responden bersetuju adalah 66.8 peratus.


Responden tidak pasti adalah 25.2 peratus dan responden tidak setuju adalah 8.1 peratus.
Min item ialah 3.84.

Analisis item 35 menunjukan responden bersetuju adalah 80.9 peratus.


Responden tidak pasti adalah 16.8 peratus dan responden tidak setuju adalah 2.3 peratus.
Min item ialah 4.36.
46

Secara keseluruhan cadangan yang diberikan diterima baik oleh responden


dengan secara purata 63.22 peratus responden bersetuju dengan cadangan menangani
gejala sosial. Perbezaan yang ketara dilihat untuk item 32 dengan 52.4 peratus
responden tidak bersetuju untuk menghadkan penggunaan internet dikalangan pelajar.
Selain itu item 31, penggunaan komputer beretika juga tidak mendapat persetujuan dari
majoriti responden dengan hanya 56.7 peratus sahaja yang bersetuju.

4.7 Analisis Keseluruhan

Jadual 4.10 Taburan Min Keseluruhan Persoalan Kajian


Bil Persoalan kajian Tidak Tidak Setuju Min
Setuju pasti
1 Pengetahuan am tentang gejala 3.20 14.10 82.52 4.16
sosial
2 Pengaruh ibubapa dan rakan 3.18 13.32 83.31 4.16
3 Pengaruh internet 11.00 19.18 69.80 3.74
4 Pengaruh didikan agama 5.12 13.10 81.57 4.22
5 Pengaruh masa lapang 9.87 24.35 65.87 3.78
6 Cadangan untuk menangani 14.10 22.68 63.22 3.26
masalah gejala sosial.

Hasil keseluruhan kajian menunjukan yang bahawa majoriti pelajar menpunyai


pengetahuan am berkenaan gejala sosial dengan min 4.16. Ini menunjukan gejala sosial
bukanlah kes asing lagi pada pihak umum. Pengaruh daripada didikan kepada pelajar
menberikan nilai tertinggi dengan min 4.22.Berdasarkan item-item soalan menunjukan
yang bahawa didikan agama merupakan satu perkara yang penting dalam menbendung
pelajar dari terjebak kearah gejala social.
47

Min kedua tertinggi ialah pengaruh hubungan ibubapa dan rakan dengan min
4.16. Ibubapa dan rakan merupakan individu rapat dengan pelajar, jadi tidak asing kalau
mereka banyak menpengaruhi hidup pelajar tersebut. Min ketiga tertinggi ialah pengaruh
masa lapang dengan min 3.78. Walaupun min untuk pengaruh masa lapang agak tinggi
namun ia kurang dalam menpengaruhi hidup pelajar tersebut. Min terendah untuk
persoalan kajian ialah pengaruh wujud dari internet dengan min 3.74. Internet
menberikan banyak kemudahan kepada pengguna, tetapi dengan penyalahgunaannya
akan menbawa banyak keburukan.

4.8 Kesimpulan

Dalam Bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian hasil analisi data yang
diperolehi. Penganalisisan data ini dibuat tertumpu kepada persoalan kajian untuk
mengenalpasti apakah faktor yang mendorong pelajar Institusi Pengajian Tinggi, IPT
untuk terjebak dengan gejala sosial. Hasil analisis menunjukkan bahawa pengaruh utama
yang memberi pengaruh atau kesan keatas responden dalam terjebak kedalam gejala
sosial ialah pengaruh internet, pengaruh internet menpunyai min terendah dan
menunjukan para responden tidak bersetuju dengan item-item soalan diberikan.
48

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji membincangkan hasil kajian berdasarkan analisis data
yang telah dilakukan dalam bab empat. Perbincangan dibuat merujuk kepada enam
persoalan kajian yang telah digariskan . Persoalan kajian tersebut adalah:

1 Adakah pelajar memahami maksud gejala sosial dikalangan pelajar IPTA?


2 Adakah hubungan antara ibu-bapa dan rakan sebaya dengan pelajar dapat
mendorong pelajar untuk terjebak dengan gejala sosial?
3 Adakah kebolehan pelajar untuk mengakses internet menjadi pengaruh untuk
terjebak dengan gejal sosial?
4 Adakah didikan agama dapat digunakan untuk menbendung gejala sosial ini?
5 Apakah yang dilakukan oleh pelajar semasa masa lapang mereka menjadi
faktor untuk pelajar terjebak dengan gejala sosial?
6 Apakah cadangan yang sesuai untuk mengatasi gejala sosial dikalangan pelajar
IPTA?
49

5.2 Perbincangan

Pengkaji membincangkan dapatan kajian berdasarkan penganalisisan data


yang dibuat dalam bab empat. Perbincangan difokuskan kepada enam persoalan kajian
yang dinyatakan diatas. Perbincangan ditumpukan kepada empat pengaruh yang
dikaitkan dengan gejala sosial dikalangan pelajar. Persoalan pertama dan terakhir akan
dibincangkan secara abstrak berdasarkan dapatan dari bab empat yang menunjukan
gejala sosial bukanlah perkara asing dikalangan masyarakat umum masa kini.

5.2.1 Pemahaman Am Tentang Gejala Sosial

Rajah 5.1 Pemahaman Am

Rajah 5.1 menunjukan min bagi setiap item dibawah persoalan pemahaman am pelajar.
Dapatan menunjukan pemahaman am responden berkenaan dengan gejala sosial adalah
tinggi. Responden memahami maksud, kesan dan faktor wujud gejala sosial. Responden
juga berpendapat wujudnya gejala sosial dikalangan pelajar IPT, tetapi tidak kesemua
responden mengambil tahu tentang hal ini.

Secara purata kebanyakan responden memahami akan maksud, kesan, dan


faktor gejala sosial. Kes gejala sosial kini banyak disebut didalam akhbar, media massa,
dan yang kini banyak diperkatakan didalam blog-blog internet. Jadi adalah mustahil
50

untuk seseorang pelajar itu tidak memahami dam mengetahui akan gejala sosial.
Walaupun bentuk gejala sosial yang diketahui oleh pelajar mungkin tidak wujud
dikalangan pelajar IPT, namun ia dapat menjadi asas untuk menilai sesuatu perbuatan itu
tergolong dalam gejala sosial ataupun tidak.

Nilai min 4.19 untuk item 4 menunjukan kebanyakan responden berpendapat


berlakunya gejala sosial dikalangan pelajar IPT. Seperti yang diperkatakan di atas,
masalah gejala sosial menbabitkan pelajar IPT kini sibuk diperkatakan. Pelajar IPT
merupakan individu yang masih lagi dalam tahap perkembangan, tanpa jati diri dan iman
yang kukuh mereka mudah untuk terpengaruh kearah hiburan yang semata-mata hanya
sementara dan merugikan.

Nilai min 3.60 menunjukan hanya setengah dari responden mengambil tahu
tentang gejala sosial dikalangan pelajar. Ini menunjukan walaupun responden faham
akan maksud, kesan dan faktor serta mengetahui akan wujudnya gejala sosial mereka
kurang dalam mendapatkan infomasi terkini gejala sosial dikalangan pelajar. Responden
bersikap kurang sensetif dalam kes ini, mereka berpendapat seperti gejala sosial ini tidak
menbabitkan mereka tetapi pada hakikatnya ia adalah masalah untuk sesebuah
masyarakat.

Kesimpulanya responden mempunyai pengetahuan am yang tinggi dalam


gejala sosial tetapi kurang dalam mendapatkan informasi terkini masalah gejala sosial
yang berlaku dikalangan pelajar IPT masa kini.
51

5.2.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan

Banyak perngaruh luar yang diterima daripada berbagai-bagai pihak,


contohnya seperti daripada keluarga dan rakan. Pengalaman merupakan salah satu
bentuk pembelajaran, iaitu contoh pembelajaran tidak formal. Dari pengalaman dan
pengamatan maka wujudnya pengaruh yang menbentuk sahsiah diri daripada
pengalaman tersebut.

Rajah 5.2 Pengaruh Ibubapa dan Rakan

Rajah 5.2 menunjukan pengaruh daripada ibubapa dan rakan, nilai min purata ialah 4.16.
Ini menunjukan responden menerima pengaruh yang tinggi daripada ibubapa dan rakan.
Pengaruh untuk melakukan perkara selepas dilakukan oleh rakan adalah kurang.

Responden menpunyai hubungan rapat dengan ibubapa dan rakan, responden


juga kerap berhubungan dengan ibubapa dan rakan. Ini ditunjukan daripada item 6, item
7, item 8 dan 10. Walaupun pelajar IPT sudah berada pada tahap akhir remaja dan telah
pun boleh untuk berdikari, tetapi mereka masih lagi perlukan sokongan dari pihak luar
tidak kira dari segi fizikal ataupun mental.
52

Dapatan dari item 9 dan item 11 tidak meyakinkan bahawa pelajar sering
mendapatkan pandangan dari orang luar dalam menyelesaikan masalah. Mungkin
berfikiran mereka telah dewasa dan dapat berfikir dengan matang membuatkan pelajar
lebih senang untuk menbuat keputusan sendiri. Seperti yang diperkatakan oleh Sigelman
and Rider 2003, pelajar universiti dan kolej berada dalam posisi awal dewasa dalam
mendapatkan kebebasan untuk bertindak dan perlu bertanggungjawab dalam aspek
kehidupan. Selain dari itu pelajar mungkin tidak ingin mengangu pihak lain dengan
perkara yang mereka merasakan adala perkara yang remeh temeh.

Dapatan dari item 12 dan item 13 tidak menunjukan yang bahawa pelajar
cenderung untuk dipengaruhi oleh rakan mereka melalui pemerhatian. Selain itu mereka
juga kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang sama berulang kali. Melalui
dapatan ini menunjukan bahawa pelajar itu sendiri berkeinginan untuk melakukan
perkara tersebut menpengaruhi mereka untuk melakukannya.

Analisis pengaruh ibubapa dan rakan menunjukan pelajar menpunyai hubungan


yang rapat dengan ibubapa dan rakan. Hasil dapatan juga menunjukan pelajar kurang
cenderung dalam mendapatkan pandangan dari orang luar dan kurang cenderung untuk
dipengaruhi oleh orang luar dalam melakukan sesuatu perkara melalui pemerhatian.
53

5.2.3 Pengaruh Internet

Sebagai seorang pelajar, kebijaksanaan dalam pengunaan internet untuk


mencari maklumat merupakan salah satu skil wajib. Pencarian maklumat melalui
internet dapat memudahkan kerja disamping melancarkan perlaksanaan tugas. Dibawah
rumusan pengaruh internet kepada pelajar.

Rajah 5.3 Pengaruh Internet.

Rajah 5.3 menunjukan pengaruh daripada internet kepada pelajar, nilai min purata
keseluruhan ialah 3.74. Nilai min pengaruh internet mendapat nilai terendah antara
persoalan yang cuba dikaitkan dengan gejala sosial dikalangan responden.

Item 14 dan item 15 menpunyai nilai min 3.64 dan 3.18. berdasarkan dari
dapatan kajian ini menunjukan responden mudah untuk mengakses internetdan
mengunakan internet tidak hanya terbatas dengan pencarian maklumat sahaja.
Kebanyakan universiti kini telah menyediakan internet percuma kepada pelajar dan
pelajar tidak perlu lagi untuk keluar, hanya sekadar berada dibilik sahaja sudah boleh
untuk mendapat capaian internet.

Kemudahan ini adalah untuk memudahkan para pelajar dalam pencarian


maklumat disamping untuk menbentuk masyarakat pintar IT mengikut saranan kerajaan.
Pengunaan internet yang tidak dikawal menbuatkan pelajar untuk tidak hanya
54

mengunakan internet dalam pencarian maklumat sahaja. Berdasarkan item 15


menunjukan hampir separuh dari responden mengunakan internet tidak hanya dengan
tujuan untuk pencarian maklumat, ini mungkin disebabkan kewujudan berbagai-bagai
bentuk laman sosial seperti facebook, friendster, myspace dan bermacam-macam lagi.

Item 16, item 17 dan item 18 menpunyai min yang tinggi iaitu 3.73, 3.97 dan
4.17. berdasarkan item soalan 16, 17 dan 18, responden memahami maksud etika
mengakses internet dan cara menentukan maklumat serta memahami kesan
penyalahgunaan internet. Penguna internet adalah wajib untuk memahami etika
bagaimana untuk mengunakannya, selain itu penguna internet mesti pandai dalam
menentukan jenis maklumat yang diterima. Berbagai-bagai bentuk maklumat yang boleh
dicapai melalui pengunaan internet.
55

Pengaruh Didikan Agama.

Didikan agama adalah satu kewajipan untuk semua orang tanpa mengira kaum
dan ini menunjukan setiap orang menpunyai ilmu tentang agama. Disini ingin dilihat
bagaimana pengaruh didikan agama dapat menpengaruhi seseorang.

Rajah 5.4 Pengaruh Didikan Agama

Rajah 5.4 menunjukan pengaruh didikan agama kepada pelajar. Min purata untuk
persoalan ini.ialah 4.22.

Berdasarkan item 19, 20, 21 dan 22 responden berpendapat bahawa gejala


sosial menpunyai kaitan dengan didikan agama seseorang. Pendidikan agama telah
menerangkan akan garis panduan untuk dijadikan menilai sesuatu tingkah laku. Didikan
agama yang cukup dapat menbantu kita untuk menilai dengan lebih baik, untuk itu
adalah sememangnya didikan agama berkait rapat dengan gejala sosial. tetapi jika
seseorang itu lebih untuk memilih mengikut nafsu akan menbuatkan penilaian yang
kurang baik. Nafsu ialah satu sifat manusia yang menyukai perkara yang menyeronokan
atau hiburan yang tidak sepatutnya yang mungkin juga salah satu gejala sosial.
56

Pendidikan agama merupakan subjek wajib untuk sekolah rendah dan


menengah tetapi sistem pengajaran sekarang lebih tertumpu untuk peperiksaan
berbanding dengan mengaplikasikanya di dunia sebenar. Ini menbuatkan pelajar kita
kurang dalam mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di sekolah pada dunia
sebenar dan ini menpengaruhi mereka dalam menbuat keputusan.

Nafsu merupakan salah satu sifat yang wujud dengan manusia. Melalui didikan
agama kita akan dapat mengawal nafsu kita dari melakukan perkara yang buruk. Item 21
menunjukan kebanyakan responden untuk bersetuju bahawa didikan agama dapat
menjadi pendinding dari gejala sosial. Responden bersetuju dengan didikan agama dapat
bertindak untuk mengawal diri kita dari terlaluu mengikut nafsu.
57

5.2.5 Pengaruh Masa Lapang

Setiap pelajar diwajipkan untuk mengambil minimum 12 jam kredit dan


maksimum 18 jam kredit kuliah untuk satu-satu semester. Setiap minggu menpunyai 40
hingga 50 jam waktu belajar, disini menunjukan pelajar menpunyai masa lapang yang
banyak dan bagaimana mereka menguruskan masa lapang tersebut. Dibawah
perbincangan mengenai pengaruh masa lapang dengan gejala sosial

Rajah 5.5 Pengaruh Masa Lapang

Rajah 5.5 menunjukan pengaruh masa lapang dengan kehidupan pelajar. Min purata
untuk persoalan ini ialah 3.78. Min pengaruh masa lapang adalah min ketiga tertinggi
menunjukan tidak kesemua responden bersetuju dengan item yang diberikan.

Item 23 dan item 24 lebih kepada melihat sebanyak mana masa lapang pelajar.
Dapatan daripada hasil kajian menunjukan responden menpunyai masa lapang yang
banyak. Lebih separuh dari responden menunjukan mereka kurang untuk terlibat dengan
aktiviti kolej atau aktiviti universiti. Ini menunjukan tidak semua dikalangan pelajar
untuk aktif dalam penglibatan kokurikulum. Masa lapang yang banyak jika tidak
digunakan dengan betul mungkin menberikan kesan negatif kepada pelajar. Contohnya
seperti kerja tidak berkualiti, sukar untuk memahami subjek, dan kerap ponteng.
58

Item 25 disokong item 12 iaitu sering bersama dengan rakan. Item 26 pula
menunjukan responden faham akan bagaimana untuk mengunakan masa dengan betul.
Melalui item 26 responden yang juga merupakan pelajar seharusnya bijak dalam
mengurus masa mereka bagi memudahkan urusan harian mereka.

5.2.6 Cadangan Menangani Gejala Sosial

Rajah 5.6 Cadangan Menangani Gejala Sosial

Rajah 5.6 menunjukan min untuk cadangan menangani masalah gejala sosial dikalangan
pelajar. Purata min keseluruhan 3.26. ini menunjukan sesetengah responden bersetuju
dengan kebanyakan item soalan yang diberikan.

Kebanyakan item soalan menerima min diantara 3.80 hingga 4.20. Ini
menunjukan lebih dari setengah dari responden bersetuju dengan cadangan yang
diberikan contohnya item 27 mencadangkan untuk meningkatkan kawalan kepada
pelajar. Peningkatan kawalan dapat penghadkan pergerakan pelajar dan ini mungkin
berjaya dalam mengelakan mereka melakukan gejala sosial.
59

Item 28 dan item 29 pula lebih menekankan penyampaian maklumat kepada


penjaga. Melalui maklumat yang diterima akan menbantu pihak ibubapa dalam
bagaimana untuk menasihati anak-anak mereka dan lebih prihatin dalam kehidupan anak
mereka. Penbentukan unit kaunseling dan unit mudah bergerak seperti yang ditanyakan
dalam item 30 dan item 34 akan lebih menbantu untuk pihak berkuasa memahami akan
tingkah laku devian pelajar ini. Dengan itu jalan ataupun langkah bagi mencegah mereka
untuk melakukan gejala sosial dapat dilakukan.

Item 31 dan item 32 mendapat nilai min 3.53 dan 2.41. Ini menunjukan
responden tidak bersetuju dengan cadangan yang diberikan, cadangan yang diberikan
berkaitan dengan menghadkan pengunaan internet pada setiap pelajar. Walaupun pelajar
memerlukan pencarian maklumat yang mudah namun kebanyakannya tidak hanya
mengunakan internet sebagai capaian maklumat sahaja. Ini merisaukan jika maklumat
yang cuba dicapai adalah tidak berguna dan teruk.

Item 35 menpunyai nilai min yang tinggi iaitu menyediakan alatan sukan
seperti meja snuker, bola, dan peralatan lain. Melalui kemudahan ini responden
beranggapan masa lapang mereka akan dapat digunakan untuk sesi riadah dengan rakan-
rakan mereka.
60

5.3 Rumusan

Hasil daripada penganalisisan data serta perbincangan dapatan tersebut dapat


dirumuskan bahawa;

i. Pemahaman maksud, faktor dan kesan gejala sosial adalah tinggi


berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan. Ini menunjukan pelajar sedar
akan gejala sosial yang berlaku dikalangan pelajat IPT. Melalui
pemahaman ini pelajar akan lebih berwaspada dalam menilai tingkah laku
mereka dan ini salah satu cara untuk mencegah dari berlakunya gejala
sosial. Dalam pada itu pelajar sedar akan kewujudan gejala sosial
dikalangan pelajar IPT. Namun ini tidak menunjukan bahawa mereka
tidak terlibat dengan gejala sosial, untuk mencegahnya perlu ader jati diri
untuk menahan nafsu mereka sendiri.

ii. Pengaruh yang wujud dari ibu bapa dan rakan adalah besar dalam hidup
seseorang pelajar. Ibu bapa dan rakan merupakan pihak paling hampir
dalam tempoh mereka berada di Universiti. Namun pelajar kurang dalam
mengexploitasikan perluang yang ada ini untuk menbantu mereka dalam
menbentuk cara hidup yang lebih baik. Mereka kuran cenderung untuk
mendapatkan bantuan dari pihak luar mungkin kerana beranggapan
bahawa mereka dalam alam dewasa. Selain itu analisi menunjukan yang
bahawa mereka kurang untuk terpengaruh daripada pemerhatian mereka
keatas rakan mereka.

iii. Faktor utama untuk pelajar terjebak dengan gejala sosial ialah melalui
pengunaan internet. Melalui dapatan kajian pelajar tidak hanya
mengunakan internet sebagai alat untuk membantu mereka dalam
pelajaran sahaja, tetapi untuk tujuan lain juga. Tujuan lain ini mungkin
menjurus kepada penyalahgunaan internet dan menpengaruhi mereka
61

untuk terjebak dengan gejala sosial. Disamping mudah untuk


mendapatkan capaian internet, terdapat juga pelajar yang kurang
memahami etika semasa mengakses internet. Etika mengakses internet
adalah bertujuan untuk menjadi garis panduan agar penguna tidak
melakukan perkara yang tidak berfaedah yang merugikan.

iv. Melalui dari hasil dapatan kajian menunjukan pengaruh dari didikan
agama adalah tinggi, dan pengaruh ini dapat menbantu pelajar dalam
menilai tingkah laku devian remaja samaada baik mahupun tidak. Selain
itu pengaruh yang wujud dari didikan agama akan lebih membantu
pelajar untuk membentuk sahsiah yang lebih baik lagi. Didikan agama
tidak hanya bertindak sebagai pendinding malahan juga sebagai salah
satu cara untuk menbentuk pelajar dengan nilai-nilai murni. Melalui
pengaplikasian didikan agama dalam kehidupan seharian bukan sahaja
bertujuan untuk menbentuk sahsiah pelajar yang lebih baik, malahan juga
sebagai cara untuk menbantu pelajar yang mengalami masalah.

v. Faktor kedua ialah masa lapang. Melalui dari kajian menunjukkan pelajar
menpunyai masa lapang yang berlebihan. Masa lapang yang berlebihan
mungkin sering kali digunakan untuk mendapatkan hiburan. Untuk
berhibur bukanlah larangan bagi para pelajar, tetapi jika hiburan yang
melalaikan akan menpengaruhi pelajar dan ini akan merugikan pelajar.
Tetapi melalui item 26 dilihat kebanyak pelajar memahami akan
kepentingan masa dan ini akan menbantu pelajar untuk mengurus masa
dengan lebih baik dan dapat membahagikan masa untuk berhibur dan
melakukan kerja lain.

vi. Cadangan yang dicadangan mendapat sambutan dari responden


menunjukan pelajar dapat menerima perubahan peraturan jika dilakukan.
Pelajar memahami cadangan ini bertujuan untuk menbendung gejala
62

sosial dikalangan pelajar. Disamping itu melalui item 35, pelajar


bersetuju dengan cadangan untuk pihak kolej atau universiti menyediakan
kemudahan untuk mereka berekreasi. Namun cadangan menghadkan
pengunaan internet mendapat tentangan, ini mungkin disebabkan
walaupun internet menberikan kesan negative tetapi jika digunakan
dengan cara yang betul akan menberikan kesan positif yang sangat besar.

5.4 Cadangan Kajian Lanjut

Hasil kajian menunjukan internet dan masa lapang menjadi faktor untuk pelajar
terjebak dengan gejala sosial. Internet dan masa lapang menberikan banyak faedah yang
berguna jika digunakan dengan cara yang betul. Penyalahgunaan internet dan masa
lapang yang menberikan kesan negatif dan mengakibatkan pelajar terjebak dengan
gejala sosial. Disinilah dicadangkan kajian lanjut apakah bentuk corak maklumat yang
menpengaruhi pelajar terjebak dengan gejala sosial ataupun apakah aktiviti yang
dilakukan pelajar semasa menpunyai masa lapang.

Kajian yang lebih lanjut juga dicadangkan untuk mendapat hasil yang lebih tepat.
Kajian lanjut dirasakan lebih baik untuk dijalankan dikolej-kolej yang menempatkan
mahasiswa dan mahasiswi ataupun yang lebih berdekatan dan mereka tidak dihadkan
pergerakan mereka. Jarak yang dekat sering memudahkan lagi pengumpulan data dan
juga memudahkan untuk melakukan pemerhatian gejala sosial yang melibatkan
mahasiswa dan mahasiswi.

Kajian lanjut juga diharapkan dapat menilai dengan lebih mendalam tentang
gejala sosial yang wujud dikalangan pelajar. Contohnya mendapatkan maklumat tentang
masalah gejala sosial yang dilakukan oleh mereka. Instrumen kajian iaitu soal selidik
mungkin harus diubah, selain itu kaedah temuramah boleh dijadikan alternatif lain.
63

Selain itu mendapatkan kerjasama dari pihak kaunseling mungkin dapat menbantu
dalam menilai bagaimana bentuk dan corak hidup seseorang pelajar bermasalah.

Selain dari menilai apakah punca untuk pelajar terlibat dengan gejala sosia.
Kajian lanjut juga mungkin dapat dilakukan dalam menilai bagaimana perilaku
seseorang pelajar yang menpunyai masalah gejala sosial. Melalui dari kajian itu dapat
menbantu pihak-pihak yang berkuasa untuk menangani pelajar yang berkemungkinan
besar untuk terjebak dengan gejala sosial.

Hasil kajian juga menunjukan kesan dari pengaruh ibubapa,dan rakan


menpunyai nilai yang tinggi. Diharapkan kajian lanjut akan cuba untuk menilai
bagaimana jika pengaruh ibubapa dan rakan tidak bertindak dalam mencegah gejala
sosial. Bagaimana caranya jika pengaruh ini bertindak sebagai pemangkin untuk pelajar
terjurumus kedalam masalah gejala sosial. Kajian lanjut ini dapat digunakan untuk
menjadi garis panduan untuk ibubapa dan rakan dalam mengelakan dari mempengaruhi
pelajar dari terjebak ke dalam gejala sosial.
64

Bibliografi

Azizi Yahaya et al (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn


Bhd.

Abdul Rahmat Abdul Aziz (2002). Pemikiran Etika Hamka. Utusan Publication and
Distribution Sdn Bhd.

Dr Hamzah Ya’qub (1983) Etika Islam. Publicita, Jakarta

Jerome B. Dusek (1996). Adolesent Development and Behaviour, Prentice Hall Upper
Saddle River, New Jersey.

K. Bertens (2003). Etika dan Moral ,Pnerbit Universiti Malaya

Mohd Janib Johari (2009) Etika Profesional Universiti Teknologi Malaysia.

Md, Uqbah An-Nafiq (2002). Jati Diri Remaja. Kokka The Wood.

Monika Kiel-hinricksen ( 2006). Why Children Don’t Listen, Floris Book.

Hemalatha A/P Segar (2004). Persepsi Pelajar Tahun 4 SPH Terhadap Bidang
Usahawan Siswa Universiti Teknologi Malaysia

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005).: Dewan Bahasa dan Pustaka

Moha Nasir Masroom (2004). Persepsi Pelajar Terhadap Isu-Isu Sosial: Satu
Tinjauan Di Universiti Teknologi Malaysia Skudai. : Universiti Teknologi Malaysia

Gejala Sosial – Semua Pihak Perlu Bekerjasama (23 Ogos 2004) Utusan Malaysia
65

Atasi Gejala Sosial Menerusi Pendekatan Pendidikan Islam ( 13 Dis 2008). Berita
Harian

Kelalaian Ibu Bapa Punca Gejala Sosial Remaja (23 Dis 2007) Berita Minggu
66

BORANG SOAL SELIDIK /QUESTIONNAIRE


FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Kajian Gejala Sosial Dikalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang Menetap Di
Kolej Sembilan (K9), Kolej Sepuluh (K10) dan Kolej Perdana (KP) Di Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohammad Abu Bakar Shis


861010-56-6273
AP050098

Soal selidik ini adalah untuk tujuan akademik semata-mata dan segala maklumat yang
diberikan dalam soal selidik ini adalah sulit.
This survey is only for the academical purpose and all the info had be given is
cofidential
67

Bahagian A

Panduan : sila tandakan √ pada petak yang disediakan

1. Jantina
Lelaki
perempuan

2. Kolej Penempatan
Kolej 10
Kolej 9
Kolej Perdana

3. Bangsa
Melayu
Cina
India
Lain-lain

Nyatakan:______________________________

Bahagian B

Pemahaman Am tentang gejala sosial

Arahan : Jawab semua soalan. Pilih satu jawapan sahaja. Bulatkan jawapan pilihan
anda tanpa meninggalkan sebarang soalan tidak dijawab. Jawapan adalah berpandukan
kepada Skala Likert seperti di bawah .

1 Sangat Tidak Setuju STS


2 Tidak Setuju TS
3 Tidak Pasti TP
4 Setuju S
5 Sangat Setuju SS
68

STS TS TP S SS
Contoh : Saya sentiasa mengulangkaji pelajaran 1 2 3 4 5

STS TS TP S SS
1. Saya memahami maksud gejala sosial 1 2 3 4 5
2. Saya mengetahui faktor gejala sosial 1 2 3 4 5
3. Saya mengetahui kesan gejala sosial 1 2 3 4 5
4. Saya berpendapat gejala sosial wujud dikalangan 1 2 3 4 5
pelajar IPT
5. Saya sering mengambil tahu tentang gejala sosial 1 2 3 4 5
di kalangan pelajar.

Bahagian C

Pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, didikan agama, internet dan masa lapang

STS TS TP S SS
6. Saya mempunyai hubungan kekeluargaan yang 1 2 3 4 5
rapat
7. Saya kerap berhubungan dengan keluarga 1 2 3 4 5
8. Ibu bapa saya merupakan idola saya 1 2 3 4 5
9. Saya sering mendapatkan pandangan ibu bapa 1 2 3 4 5
untuk menbuat keputusan
10. Saya mempunyai rakan karib 1 2 3 4 5
11. Saya sering mendapatkan pandangan rakan-rakan 1 2 3 4 5
saya
12. Saya sering melakukan aktiviti bersama dengan 1 2 3 4 5
rakan saya
13. Saya menpunyai keinginan untuk melakukan 1 2 3 4 5
perkara yang dilakukan rakan saya
14. Saya mudah untuk mengakses internet 1 2 3 4 5
15. Saya mengakses internet untuk mendapat 1 2 3 4 5
maklumat pelajaran sahaja.
16. Saya memahami etika semasa mengakses internet 1 2 3 4 5
17. Saya dapat menbezakan jenis maklumat yang 1 2 3 4 5
terdapat dalam internet
69

18. Saya mengetahui akibat penyalahgunaan internet 1 2 3 4 5


19. Saya berpendapat didikan agama dan gejala sosial 1 2 3 4 5
berkait rapat.
20. Saya sering dinasihati oleh ibu-bapa untuk 1 2 3 4 5
melakukan amal ibadat dan tidak melakukan
perkara dilarang agama.
21. Saya berpendapat didikan agama dapat menjadi 1 2 3 4 5
pendinding dari gejala sosial.
22. Saya berpendapat bentuk pendidikan agama di 1 2 3 4 5
Malaysia dapat menbentuk sahsiah pelajar kini
lebih baik.
23. Saya mempunyai jadual harian yang penuh 1 2 3 4 5
24. Saya sering terlibat dengan aktiviti persatuan atau 1 2 3 4 5
kolej
25. Saya gemar menghabiskan masa bersama dengan 1 2 3 4 5
rakan-rakan
26. Saya faham kepentingan pengunaan masa yang 1 2 3 4 5
betul

Bahagian D

Cadangan untuk menangani masalah gejala sosial di kalangan pelajar IPT.

STS TS TP S SS
27. Peningkatan kawalan daripada pihak Keselamatan 1 2 3 4 5
Universiti untuk memantau para pelajar
28. Mengadakan hari bersama keluarga di kampus
bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan antara 1 2 3 4 5
keluarga dengan pihak universiti
29. Menyediakan booth penerangan kepada ibu bapa
tentang gejala sosial semasa upacara yang turut 1 2 3 4 5
melibatkan ibu bapa seperti Pesta Konvo
30. Pihak kaunseling menbentuk satu bahagian yang 1 2 3 4 5
mudah bergerak dalam menberikan kesedaran
kepada pelajar.
31. Polisi pengunaan komputer beretika 1 2 3 4 5
32. Pihak universiti menghadkan pengunaan internet
dikalangan pelajar. 1 2 3 4 5
70

33. Kempem mari ke masjid. 1 2 3 4 5


34. Setiap kolej meMbentuk satu unit yang mudah
untuk bergerak dan mendekati pelajar dalam 1 2 3 4 5
memahami masalah mereka.
35. Kolej menyediakan peralatan seperti meja snuker, 1 2 3 4 5
bola, lampu dan peralatan sukan yang lain.

-Terima kasih atas kerjasama anda-


71

Mohammad Abu Bakar Shis


SPF
(AP050098)
861010-56-6273

Memohon Pengesahan Soal Selidik

1. Tujan: Mendapatkan pengesahan soal selidik Kajian Gejala Sosial di Kalangan


Pelajar IPT yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia.

2. Saya dapati soal selidik ini boleh digunapakai dalam menjalankan kajian Projek
Sarjana Muda (PSM). Soal selidik telah dilakukan beberapa penambahbaikan
seperti yang dinyatakan.
72

Mohammad Abu Bakar Shis


SPF
(AP050098)
861010-56-6273

Memohon Pengesahan Soal Selidik

1. Tujan: Mendapatkan pengesahan soal selidik Kajian Gejala Sosial di Kalangan


Pelajar IPT yang dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia.

2. Saya dapati soal selidik ini boleh digunapakai dalam menjalankan kajian Projek
Sarjana Muda (PSM). Soal selidik telah dilakukan beberapa penambahbaikan
seperti yang dinyatakan.

You might also like