Kerja Projek Sejarah Abid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KERJA PROJEK SEJARAH

TINGKATAN 1

2018

SENI BINA TAMADUN


ROM COLOSSEUM

NAMA: MUHD ABID QAYYUM


TINGKATAN: 1 MUMTAZ

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 1
Tajuk:

SENI BINA
TAMADUN ROM
COLOSSEUM

SENARAI KANDUNGAN
M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 2
BIL PERKARA HALAMAN

1 TAJUK 2
2 SENARAI KANDUNGAN 3
3 OBJEKTIF KAJIAN 4
4 KAEDAH KAJIAN 5
5 LAPORAN KAJIAN 6
5.1 PENGENALAN 7
5.2 CIRI-CIRI REKABENTUK 8
COLOSSEUM
5.3 PERANAN COLOSSEUM 10
5.4 PERBANDIGAN PERANAN 11
COLOSSEUM
DAN STADIUM PADA MASA
KINI
5.5 LANGKAH-LANGKAH 12
PEMELIHARAAN
DAN PEMULIHARAAN PADA
MASA KINI
6 RUMUSAN 15
7 RUJUKAN 16
8 LAMPIRAN 17

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 3
OBJEKTIF KAJIAN
Pelaksanaan kerja projek tingkatan 1 ini adalah
untuk mencapai beberapa objektif kajian
Antara objektif kajian tersebut ialah:
1) Menyenaraikan ciri-ciri reka bentuk Colosseum
2) Membuat perbandingan peranan Colosseum dalam
stadium
merdeka dan sukan antarabangsa pada hari ini
3) Menghuraikan langkah-langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan
stadium merdeka

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 4
KAEDAH KAJIAN
Terdapat enam kaedah kajian telah dijalankan oleh saya bagi
memastikan tugasan kajian Seni Bina Tamadun Rom
Colosseum disiapkan dengan sempurna dan bersistematik
berdasarkan fakta yang tepat

1) Bimbingan Dari Guru


Saya telah mendapat bimbingan dari guru Sejarah saya, iaitu
Cikgu
Hasiah
2) Penyelidikan Perpustakaan
Saya bersama rakan sekolah juga turut megunjungi
perpustakaan di SMK Geliga untuk menjalankan
penyelidikan sumber-sumber arkib yang terdapat di situ.
Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti koleksi
buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan
menguatkan lagi fakta-fakta dalam kajian saya
3) Melayari Internet
Dengan kemajuan yang pesat pada teknologi maklumat
masa kini, saya telah mencari maklumat dengan melayari
Internet di rumah kerana saya mempunyai kemudahan
tersebut

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 5
LAPORAN KAJIAN

1) PENGENALAN
2) CIRI-CIRI REKABENTUK COLOSSEUM
3) PERANAN COLOSSEUM
4) PERBANDINGAN PERANA COLOSSEUM DAN
STADIUM PADA MASA KINI
5) LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN PADA MASA KINI

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 6
PENGENALAN

Tamadun Rom merupakan kesinambungan daripada


Tamadun Yunani kerana kedua-dua zaman ini sering kali
dirujuk sebagai zaman klasik dalam sejarah Eropah. Beberapa
ciri Tamadun Yunani seperti kebebasan pemikiran dan sikap
ingin tahu menjadi asas yang penting dalam pembinaan
Tamadun Rom dan Tamadun Eropah. Tamadun Rom muncul
sebagai sebuah kuasa paling kuat di Mediterranean apabila
berjaya mengalahkan pesaing-pesaing yang wujud,
termasuklah Etruscan, Macedonia, Seleucid dan Mesir.
Keadaan ini menyebabkan Rom berjaya membentuk sebuah
empayar yang luas berpusat di Rom, Itali

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 7
CIRI – CIRI REKABENTUK
COLOSSEUM

1) Berbentuk oval
Colosseum atau Coliseum (nama asalnya Flavian
Amphitheatre atau Amphitheatrum Flavium adalah
amfiteater berbentuk oval yang terletak di pusat kota Rom,
Itali. Bangunan ini adalah salah satu peninggalan paling
ikonik peradaban Romawi Kuno.

2) Bangunan ini terdiri setinggi 4 tingkat Colosseum


Tersusun setinggi 4 tingkat, dimana penonton duduk
menikmati pertandingan gladiator dan pertunjukan lain-
lain.

3) Tersusun dari tiang gaya Yunani dan Romawi


Tingkat ini tersusun dari tiang-tiang dengan gaya Yunani
dan Romawi. Tingkat ini disokong oleh batu-batuan yang
membentuk gerbang melingkar.

4) Tingkat Colosseum terbuat dari batu dan Marmar


Secara arkitektur (reka bentuk), Colosseum adalah
amfiteater dengan bentuk oval. Colosseum diperbuat dari
batuan, marmar dan pasir.

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 8
5) Arena di tengah terbuat daripada pasir
Bahagian tengah Colosseum adalah arena yang diperbuat
daripada pasir sebagai tempat pertandingan dan
pertunjukan. Pasir ini digunakan sebagai tempat gladiator
bertanding dengan sesama gladiator atau dengan haiwan
liar, juga tempat pertunjukan lain seperti perlumbaan kuda.
Pasir ini juga meresap darah mayat dalam pertandingan
gladiator.

6) Di bawah arena terdapat ruang bawah tanah tempat


gladiator dan
haiwan liar
Di bawah arena terdapat bahagian bawah tanah yang
mempunyai lorong dan ruangan tempat manusia,
gladiator dan haiwan liar yang akan ditunjukkan atau
disimpan. Ketika pertandingan di mulai, gladiator dan
haiwan liar keluar dari ruang bawah tanah ke arena
pertandingan di atasnya.

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 9
PERANAN COLOSSEUM

Colosseum berperanan sebagai tempat untuk persembahan


yang hebat, iaitu pertarungan antara haiwan (venetaiones),
pertarungan antara tahanan dan haiwan, pelaksanaan tahanan
(noxii), memerangi air (naumachiae) dengan cara banjir arena,
dan melawan antara gladiator (munera).Colosseum juga
berfungsi sebagai tempat perjuangan pahlawan atau gladiator
roman ke titik darah akhirnya.

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 10
PERBANDINGAN PERANAN
COLOSSEUM DAN STADIUM
PADA MASA KINI

Colosseum atau Flavian Amphitheatre adalah sebuah


monumen bersejarah yang terdiri daripada bangunan terbuka
separa bulat dan berpentas. Merupakan stadium yang hebat
dan digunakan sebagai tempat pertunjukan pada Zaman Rom
Kuno. Tempat ini dikatakan sebagai stadium yang hebat
disebabkan oleh bentuk dan struktur penciptaan Colosseum
itu sendiri.

Kegunaan atau peranan stadium pula ialah sebagai


tempat perlawanan bola sepak tetapi ia juga mempunyai
kelengkapan untuk olahraga. Selain itu, stadium juga selalu
digunakan sebagai tempat pertunjukkan pentas atau konsert
kerana ia dapat menampung jumlah penonton yang ramai.

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 11
LANGKAH-LANGKAH
PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN STADIUM PADA
MASA KINI

Pemeliharaan stadium adalah bertujuan untuk menjaga


bangunan tersebut. Pemuliharaan pula boleh dimaksudkan
dengan menjaga dan memperbaiki bahagian-bahagian
stadium yang rosak.

LANGKAH PEMELIHARAAN

1) Perketatkan kawalan keselamatan di semua kawasan


stadium.
Memasang kamera keselamatan dan menempatkan
pengawal
keselamatan di semua kawasan.

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 12
2) Meguatkuasa undang-undang dan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh semua pengunjung. Menulis peraturan
keselamatan di belakang tiket masuk ke stadium dan
mengenakan tindakan tegas bagi mereka yang melanggar
peraturan.
Contoh : Penonton dilarang membawa barang
yang
merbahaya seperti pisau, mercun, senjata api
dan sebagainya

3) Menjaga kebersihan semua kawasan di dalam atau di


luar
stadium
4) Memberi kesedaran kepada masyarakat untuk mencintai
dan menghargai stadium, sehingga lahir tanggung jawab
bersama untuk menjaganya.
5) Mengadakan seminar atau forum-forum diskusi untuk
memberikan informasi tentang kepentingan stadium
6) Menjadikan stadium sebagai tempat untuk pembelajaran
murid-murid berkaitan seni bina yang akhirnya tempat
tersebut akan lebih dihargai Menjadikan stadium sebagai
tempat untuk pembelajaran murid-murid berkaitan seni
bina yang akhirnya tempat tersebut akan lebih dihargai
M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 13
7) Menggunakan stadium dengan lebih efektif seperti
perlawanan bola sepak, konsert, pertunjukkan pentas dan
lain-lain supaya ia tidak terbengkalai begitu saja dan
tetap memberikan manfaat.

LANGKAH PEMULIHARAAN

1) Menggantikan semua peralatan yang rosak kepada yang


baru
Contoh : Kerusi dan Lampu spotlight

2) Menaiktaraf kemudahan awam di kawasan stadium


seperti
Surau, tandas dan tempat letak kereta

3) Mengecat semula bahagian-bahagian dan bangunan


stadium akan

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 14
dapat mengekalkan keindahan dan keceriaan kawasan
stadium.

4) Melibatkan syarikat-syarikat swasta untuk menaja atau


memperbaiki stadium tanpa menghilangkan nilai yang
terkandung di dalamnya dan tanpa merubah bentuk
bangunan tersebut.

RUMUSAN

Kesimpulan yang saya dapati dari kerja kursus ini ialah saya
dapat mengenali kehebatan tamadun Rom sebuah kuasa yang
unggul di Mediterranean suatu masa dulu. Keagungan
tamadun Rom ini dapat dibuktikan dengan kemajuan
senibinanya. Bangunan-bangunan yang unik di Rom memberi
gambaran kehebatan kerajaan ini. Antara bangunan

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 15
bersejarah yang juga merupakan struktur terbesar yang
pernah dibina oleh empayar Rom ialah COLOSSEUM.
Bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat Rom ini, masih
kekal utuh hingga kini, dan menjadi pusat tumpuan para
pelancong yang datang ke Rom.

Kemampuan Rom untuk mengekalkan keindahan dan


keutuhan banguan bersejarah di negara mereka, khususnya
COLOSSEUM, perlu kita contohi. Sesungguhnya, Malaysia
juga mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang unik.
Malaysia juga memiliki beberapa Stadium yang seharusnya
jadi kebanggaan kita. Bangunan-bangunan dan stadium ini,
seharusnya kita jaga, pelihara dan pulihara agar tetap kekal
keindahan dan keutuhannya. Manfaatkan tempat-tempat
bersejarah ini sebaiknya. Kerana ia lambang keagungan
bangsa dan negara kita.

SUMBER RUJUKAN

1. Mohd bin Samsudin, (2016), Sejarah Tingkatan 1 Buku


Teks, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 16
2. (28.Julai.2012), Tamadun Rom,
http://sejarahproject2012.blogspot.com/

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 17
LAMPIRAN

STADIUM MERDEKA

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 18
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

M.AbidQayyum/kerjasejarahting.1/2018 Page 19

You might also like