Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Rumusan [15 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan yang lengkap.
Panjangnya rumusan tidak melebihi 100 patah perkataan.

Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya
sejak seabad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala
yang besar terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan
moden. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700,000
orang diperdagangkan pada setiap tahun. Amat malang sekali kerana Malaysia dilihat
sebagai tempat menarik oleh sindiket permerdagangan manusia untuk menjalankan
aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi aktiviti permerdagangan manusia
berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana isu ini merupakan jenayah rentas
sempadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya
negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan geografinya, Orang yang
diperdagangkan direkrut olah agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun
secara paksa. Pada mulanya , mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan
pekerjaan yang baik di negara yang menjadi destinasi. Mereka juga diyakinkan bahawa
aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada


ramai warga asing dari seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka
yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa
selepas dijanjikan pekerjaan dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu.
Keadaan ini merancakkan aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pada
masa yang sama kewujudan pusat hiburan yang beroperasi secara haram
menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini. Hal ini ditambah oleh,
kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean yang menjadikan antara lokasi
strategic untuk aktiviti permerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta
Antipemerdagangan orang 2007 telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat
untuk menghalang jenayah ini. Selain itu, modus operandi sindiket yang membawa
masuk mangsa sukar dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki
Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita,
malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan terutama untuk tujuan pengeksloitasian
buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan yang tinggi bagi aktiviti
meminta sedekah.

Selain itu juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih
rendah tentang isu ini turut menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan
lumayan yang diperoleh oleh sindiket dengan jumlah yang besar hasil daripada aktiviti
pemerdagangan manusia juga menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa. Kanak-
kanak dan bayi diperdagangkan untuk dijadikan anak angkat kepada pasangan yang
tidak mempunyai zuriat sendiri. Kemiskinan di negara asal membuatkan mangsa hilang
pertimbangan kerana percaya akan janji-janji manis pihak sindiket. Penguatkuasaan
undang-undang yang lemah seperti hukuman yang ringan turut menyebabkan kegiatan
yang tidak bermoral ini terus berlaku. Kesimpulannya, sindiket pemerdagangan
manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari dan mengugat hak asasi
manusia. Kerjasama masyarakat dunia diharap merupakan jalan terbaik bagi
membendung jenayah ini daripada terus menjadi barah kepada masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana. “


Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia”,
informasiglobalisasi, blogspot.com, 22 Jun 2015)
Soalan 2: Pemahaman
[10markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak


diperdagangkan
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Pemerdagangan orang bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara terlibat


tetapi mendatangkan implikasi negatif kepada semua pihak terutamanya kepada
keluarga mangsa. Oleh sebab itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani
isu ini.

(iii)Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah proaktif untuk menangani


aktiviti pemerdagangan orang?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Kata kunci tugasan :


LATIHAN 2

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan yang lengkap.
Panjangnya rumusan tidak melebihi 100 patah perkataan.

Kes penderaan kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi perkara biasa di


negara kita. Kejadian yang menimpa Mohd. Hafiz dan Balasundram seperti yang
dipaparkan melalui media massa pada suatu ketika dahulu merupakan salah satu
peristiwa ngeri yang menimpa kanak-kanak sejak belakangan ini. Kanak-kanak yang
diibaratkan seperti kain putih telah menjadi mangsa penderaan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab sama ada penderaan secara seksual, fizikal, mahupun
mental. Masalah kekeluargaan yang berkaitan dengan masalah kewangan keluarga,
krisis rumah tangga seperti pertengkaran dan penceraian ibu bapa dikenal pasti
sebagai punca utama ibu bapa sering hilang kewarasan akibat tekanan emosi yang
terlalu kuat. Anak-anak pula dianggap membebankan lagi masalah mereka. Tanpa
pertimbangan yang wajar mereka menjadikan si kecil sebagai tempat untuk
melepaskan perasaan geram mereka.
Selain itu, terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak mempunyai
pengetahuan agama yang boleh dijadikan panduan bagi mendidik anak-anak. Keadaan
yang sedemikian menyebabkan mereka tidak mengerti tanggungjawab seorang ibu
atau bapa. Dalam perkataan lain, mereka tidak dapat menilai erti kasih sayang yang
sebenar. Mendengar tangisan anak-anak sahaja dianggap bunyi ‘halilintar’ lantas anak-
anak yang tidak berdosa itu didera dengan sewenang-wenangnya. Mereka yang
‘kurang siuman’ ini kelihatan begitu puas apabila dapat melepaskan perasaan geram
terhadap anak-anak mereka.
Sebenarnya,setiap kanak-kanak berhak mendapatkan kasih sayang,
pemakanan seimbang serta pelajaran yang secukupnya untuk mencapai
perkembangan mental dan fizikal yang sempurna.Oleh hal yang demikian, langkah-
langkah pencegahan amat diperlukan daripada semua pihak. Dalam hal ini, kempen-
kempen diadakan supaya kesedaran dapat disemai dalam diri masyarakat tentang
tanggungjawab masing-masing. Ceramah-ceramah hendaklah dipergiatkan bagi
menimbulkan rasa penghargaan terhadap anak-anak yang dianugerahi Tuhan.

Masyarakat Malaysia harus sedar bahawa penderaan kanak-kanak merupakan


satu amalan yang terkutuk dan tidak sepatutnya berlaku pada zaman yang bertamadun
ini. Kita semua mengharapkan anak-anak dididik dan dipelihara dengan sempurna
supaya mereka dapat memegang teraju pemerintahan negara pada masa hadapan.
Dengan kesedaran semua pihak diharapkan hasrat ‘Masyarakat Penyayang’ dan
Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan jayanya.
(diubahsuaikan daripada Masyarakat Penyayang?: Suatu Tinjauan oleh Baharom
Basyah, Utusan Malaysia, Mei 2011)
LATIHAN 3 : RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan yang lengkap.
Panjangnya rumusan tidak melebihi 100 patah perkataan.

Mendengar saja perkataan petai, pasti ada yang terus memikirkan bau nafas
yang kurang menyenangkan apabila kita menikmatinya. Oleh itu, berkemungkinan
besar ada yang tidak menjamahnya sekiranya menjadi menu makanan pada siang hari
ketika waktu bekerja. Petai merupakan sejenis tanaman yang berasal dari negara
tropika, seperti di negara kita Malaysia dan juga Indonesia. Dengan nama
saintifik parkia speciosa dan dimakan sebagai ulam ini, di sebalik ketidakenakan bau
nafas, sebenarnya petai sejenis ulam yang banyak memberikan manfaat kesihatan
kepada kita.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pakar kesihatan, petai ialah sumber gizi
penting terhadap kesihatan manusia. Penelitian menunjukkan bahawa buah petai
memiliki kandungan sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Ketiga-tiga jenis zat ini ialah
sumber gula semula jadi yang boleh menghasilkan tenaga segera bagi mereka yang
memakannya. Bahkan, kandungan protein dalam petai empat kali lebih banyak
daripada buah epal. Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai sangat bermanfaat
untuk mengurangkan masalah anemia dalam badan manusia. Petai memiliki
kandungan kalium yang cukup tinggi untuk mengatasi stres dan depresi yang kita alami.
Kalium dalam petai juga dapat meningkatkan konsentrasi dan kemampuan otak
seterusnya berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan semasa belajar.

Di samping kandungan kalium yang tinggi, ciri-ciri petai yang rendah garam
mampu menstabilkan degupan jantung sekali gus mengurangkan penyakit
kardiovaskular. Tekanan darah yang terjaga akan menurunkan risiko diserang sakit
jantung dan merendahkan risiko gejala strok di samping mengurangkan masalah
migrain. Dalam jurnal perubatan baharu edaran The New England Journal of Medicine,
hasil penelitian turut mengatakan bahawa pemakanan petai secara teratur mampu
melancarkan sistem pencernaan dalam usus.Serat yang banyak terkandung dalam
petai berguna melancarkan proses penghadaman dan perkumuhan. Bagi yang sering
mengalami gangguan pencernaan seperti sembelit, pemakanan petai akan dapat
membantu mengurangkan penderitaan sembelit. Dengan amalan pemakanan
petai, toksin tubuh yang mengganggu kesihatan dapat diatasi segera.

Petai juga memiliki manfaat yang pelbagai. Kementerian Kesihatan Malaysia


harus menjalankan kajian yang lebih mendalam untuk mengenal pasti khasiat petai
kepada kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana khasiat dalam petai yang
mudah dicari di Malaysia mampu memberikan impak baharu kepada bidang perubatan
tradisional. Amalan pemakanan yang sihat mampu memberikan nikmat kesihatan yang
baik dan menyejahterakan kehidupan manusia.

(Dipetik dan diubah suai daripada


rencana Khasiat Petai kepada Manusia
dalam blog akademik www.cikgutancl.blog.spot.com)

You might also like