Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Drama Tingkatan Satu

Hadiah
(Aripin Said)
Sinopsis

Setelah kematian Sarjan Akhbar, keluarga Sarjan Akhbar mengalami masalah


kewangan. Hayati tidak dapat menjelaskan bayaran asrama lalu mengambil keputusan
pulang ke kampung buat sementara waktu. Keluarga Hayati hanya bergantung hidup
kepada datuknya, Pak Mail yang menerima pencen yang sedikit. Masalah mereka telah
diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu
keluarga Hayati. Nasib menyebelahi Hayati sekeluarga apabila wakil daripada
Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000.00 atas jasa
ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara. Dengan bantuan yang
diperoleh, Hayati dapat meneruskan persekolahannya.

Pemikiran
Pemikiran drama Hadiah tulisan Aripin Said ialah hikmah kesabaran ketika berhadapan
dengan dugaan hidup. Buktinya, Hayati dan keluarganya bersabar dalam mendepani
masalah kewangan. Kesabaran mereka terbalas apabila mereka memperoleh hadiah
berbentuk wang tunai.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam drama ini, antaranya:
i. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan
Contoh : Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Sarjan Akhbar yang
terkorban semasa bertempur di sempadan.

ii. Persoalan penghargaan terhadap jasa seseorang


Contoh : Kementerian Pertahanan telah menghantar Encik Musa sebagai wakil
mereka untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM10,000.00 kepada Fauziah
sekeluarga sebagai penghargaan atas jasa Sarjan Akhbar.
46
Drama Tingkatan Satu

iii. Persoalan berusaha untuk menyelesaikan masalah


Contoh : Pak Mail berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi
oleh keluarganya dengan mengadukan hal mereka kepada Datuk Penghulu.

iv. Persoalan adab menerima tetamu


Contoh : Pak Mail menjemput Datuk Penghulu dan Encik Musa naik ke rumah lalu
menjemput mereka duduk sebagai adab melayan tetamu.

47

You might also like