Lecture 2 - JUPEM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KULIAH 2

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

Sebelum tahun 2004, JUPEM adalah dibawah Kementerian Tanah dan


Pembangunan Koperasi. Sekarang Kementerian Alam Sekitar dan Sumber
Asli bertanggungjawab dalam semua aktiviti JUPEM. Tanah adalah dibawah
bidang kuasa kerajaan negeri. Untuk memudahkan pelaksanaan aktiviti kerja-
kerja pengukuran yang melibatkan hakmilik maka setiap negeri di
Semenanjung Malaysia mempunyai Jabatan Ukur yang dikenalai sebagai
Jabatan Ukur Negeri.

TUGAS UTAMA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN (JUPEM)

a) Menentukan dan Menerangkan Kedudukan Tapak Tanah Supaya.-


i) Tiada keraguan sempadan timbul.
ii) Tiada celahan (gap) atau tindihan (overlap) beriaku di antara
mana-mana tapak tanah.
iii) Segala perubahan dimensi tapak tanah dicatatkan.

b) Menurut Peraturan Ukur 1976


i) Memberi maklumat yang lengkap dan tepat untuk
memperkenalkan tanah yang mempunyai suratan hakmilik yang
dikeluarkan oleh Kerajaan.
ii) Menyusun rekod pemberimilikan yang diperlukan untuk
pentadbiran tanah yang bijak.
iii) Mengeluarkan peta-peta untuk kegunaan tentera / keselamatan dan
orang awam.

PERANAN JABATAN UKUR DAN PEMETAAN SECARA AM


a) Menjalankan pengukuran tanah supaya kerajaan boleh mengeluarkan
suratan hakmilik muktamat mengikut kehendak undang-undang yang
ada seperti Kanun Tanah Negara, Akta GSA, Akta Pengmabilan Tanah,
Enakmen Lombong dan sebagainya. Menjalankan pengukuran tanah
supaya Kerajaan boleh mengeluarkan suratan hakmilik muktamad
mengikut kehendak undang-undang - Kanun Tanah Negara, Akta GSA,
Akta undang-undang - Kanun Tanah Negara, Akta GSA, Akta
Pengambilan Tanah, Enakmen Lombong.
b) Memeriksa pengukuran yang dibuat oleh Juruukur Tanah Berlesen
mematuhi kelulusan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
c) Menyediakan Pelan Akui (PA) (Certified Plan (CP)) bagi lot yang
diukurkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan.
d) Menyediakan Syit Piawai (Peta Kadaster) yang merupakan susunan lot-
lot yang diukur.
e) Menyediakan Pelan untuk suratan hakmilik.

JENIS-JENIS PENGUKURAN
Kerja-kerja pengukuran yang dijalankan oleh Jabatan Ukur Negeri adalah :-
a) Ukuran untuk pemberimilikan
b) Ukuran untuk pecah sempadan
c) Ukuran untuk penyatuan tanah
d) Ukuran untuk pecah bahagian bangunan
e) Ukuran untuk pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah
1960
f) Ukuran untuk pajakan melombong di bawah Akta Galian.
g) Ukuran untuk rezab-rezab tanah.
h) Ukuran untuk Akta Tanah (kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
i) Ukuran untuk hak lalufalang Pentadbir Tanah.
j) Ukuran pengesahan untuk menentukan sempadan atau tanda sempadan

UKURAN HAKMILIK
Ukuran hakmilik memberi erti bahawa sebarang ukuran yang dibuat melalui
undang-undang tanah berkaitan u'ntuk sesuatu tujuan adalah untuk
membolehkan hakmilik tanah dikeluar dan didaftarkan yang melibatkan
tindakan-tindakan berikut:-
a) Penentuan sempadan-sempadan tanah
b) Penggantian semula tanda-tanda sempadan
c) Ukuran untuk membetulkan kedudukan sempadan-sernpadan tanah.
d) Merekodkan segala butir-butir berkaitan pengukuran dan hitungan
yang supaya petan-pelan dapat dilukis dan catatan dapat dibuat ke
atas data-data ukuran terdahulu yang direkodkan.

PEJABAT JURUUKUR DAERAH


Kerjaluar di jabatan ukur-jabatan ukur negeri dijalankan oleh para pegawai
kerialuar di Pejabat Juruukur Daerah di bawah pengawasan Juruukur Daerah
(District Surveyor – DS). Beliau bedanggungjawab di datam memastikan
sesuatu hasil kerjaluar itu dijalankan mengikut kehendak peraturan ukur,
arahan ukur dan permohonan ukur.

Sebetum sesuatu tugas pengukuran diberikan kepada seseorang pegawai


kerjaluar, Juruukur Daerah hendaklah memastikan bahawa 'Arahan Ukur
yang diterima daripada Jabatan Ukur Negeri masing-masing adalah lengkap
iaitu terkandung Permohonan Ukur, Surehan Kerjaluar dan minit-minit yang
berkaitan. lni bagi memudahkan Juruukur Daerah mengeluarkan arahan
kepada Pegawai Kerjaluar. Kebanyakan kerja-keria ukur yang dijalankan di
bahagian kadaster adatah kerja-keria ukuran hakmilik,

SUREHAN KERJALUAR
Surehan Kerjaluar adalah satu gambarajah petak-petak tanah dilukis dengan
berskala untuk membekalkan maklumat-maklumat bagi tindakan kerjaluar.
fa hendaklah dilukis atau disalin dari peta-peta kadaster, pelanpelan akui dan
rekod-rekod ukur yang lain berdasrkan Permohonan Ukur yang diterima
daripada Pejabat-Pejabat Tanah dan juga permohonan daripada agensi-agensi
saperti FELDA, FELCRA dan lain-lain.

Di Jabatan Ukur ianya dijalankan dibawah satu cawangan/unit yang


dinamakan Cawangan Surehan Kerjaluar.

Fungsi-fungsi Cawangan Kerjaluar adalah saperti berikut:-


(a) menyediakan surehan kerjaluar yang revelen daripada permohonan
ukur dan rekod sedia ada untuk membekal data dan maklumat kepada
pegawai ukur bagi menjalankan kerja ukur ;
(b) memberikan nombor lot kepada lot-lot yang perlu diukur; dan
(c) membekalkan maklumat kepada pejabat tanah untuk penyelesaian
atau penyelesaian awalan dan bagi tujuan-tujuan lain.

PENGUKURAN OLEH JURUUKUR TANAH BERLESEN


Ordinan Juruukur Tanah Berlesen 1958 membenarkan Juruukur-Juruukur yang
berkelayakan untuk menjalankan ukuran untuk hakmilik muktamad. Peranan
Juruukur Berlesen ini adalah penting sebab banyak kerjaukur hakmilik
terutamanya untuk pembangunan dan rancangan pihak swasta sekarang
dijalankan oleh Juruukur Tanah Beriesen. Sungguhpun ukuran ini dibuat oleh
Juruukur Tanah Berlesen, pelan ukurannya hendaklah diluluskan oleh
Pengarah Ukur Negeri. Bagi memantau semua hasil kerja pengukuran yang
dilakukan oleh Juruukur Tanah Berlesen ini maka setiap Jabatan Ukur Negeri
telah mengadakan satu unit yang dikenali sebagai Cawangan juruukur
Berlesen.

You might also like