Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengenalan

Baru-baru ini, pelajar daripada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda


Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2018 telah selesai menjalankan setiap tugasan
kerja kursus bagi subjek Kesihatan Diri Dan Kecergasan (GKK 1043) . Alhamdulillah
segala perjalanan berjalan dengan lancar serta tiada masalah besar yang telah
menimpa saya dan juga rakan seperjuangan .

1.0 Sebelum (Pre-Test)

Sebelum menjalani Ujian Standar Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK)


dan ‘Bleep Test’, kelas saya iaitu Unit BM (SK) 2 telah mengadakan satu mesyuarat
bagi memudahkan urusan pembagian tugas. Setiap orang pelajar perlu melibatkan
diri dalam setiap stesen yang ada. Alhamdulillah saya telah diberi tugas untuk
mengendalikan Indeks Jisim Badan (BMI) di stesen A bersama Nur Qamarnisa Binti
Muhammad Ali. Mesyuarat ini dikendalikan oleh ketua kami iaitu saudara Muhammad
Zuiqmal Bin Kassim@Saad.

Apabila tiba pada tarikh ‘Pre-Test’ iaitu 16 Ogos 2018, kami diminta untuk hadir
awal bagi mempersiapkan segala barangan yang ingin digunakan. Pada waktu ini,
ujian ‘Bleep Test’ tidak dijalankan. Hanya Ujian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan (SEGAK) sahaja dijalankan. Pada waktu itu, terdapat tiga kelas
dijalankan dengan serentak. Kelas yang pertama ialah Unit BM (SK) 2 , Unit BM (SK)
1 dan Unit BT (SJKT) . Kami diberi taklimat ringkas oleh Tuan Haji Roslee Bin Ismail
selaku pensyarah kami. Ketua dari dua unit iaitu Unit BM (SK) 1 dan 2 iaitu
Muhammad Fazrul Bin Zulkarnain dan Muhammad Zuiqmal Bin Kassim@Saad telah
memberikan sedikit panduan pada kami sebelum menjalankan tugas. Seterusnya,
kami semua memanaskan badan sebelum bermulanya tugasan ini. Kelas kami
diminta untuk menjalankan tugasan ini terlebih dahulu di bawah kelolaan Unit BM (SK)
1. Saya mendapat Indeks Jisim Badan (BMI) yang normal , mendapat bilangan 25
dalam ringkuk tubi separa , berjaya melakukan 24 kali bagi tekan tubi, mendapat
keputusan yang baik dalam jangkauan melunjur serta melakukan naik turun bangku
dengan selamat.

1
Setelah selesai, kami kemudian betukar kepada pengelola bagi tugasan ini.
Kami diberikan mandate untuk mengelola kelas daripada Unit BT (SJKT). Saya dan
sahabat saya, saudari Nur Qamarnisa Binti Muhammad Ali berada di stesen A iaitu
stesen BMI. Alhamduillah kami berjaya menjalankan tugas dengan baik. Setiap ahli
kelas memberikan komitmen yang baik dan bekerja dalam satu pasukan yang jitu bagi
memastikan ‘Pre-Test’ berjalan dengan lancar.

2.0 Semasa (Post-Test)

Pada 27 September 2018, ‘Post-Test’ bermula. Pada waktu ini, hanya dua
kelas sahaja yang melibatkan diri iaitu Unit BM (SK)1 dan BM (SK) 2. Unit BM (SK) 2
telah menjalani ujian (SEGAK) terlebih dahulu. Kami berjaya menjalankan tugasan
dengan jayanya. Berlaku perubahan daripada setiap stesen yang saya lalui. Kami
diberikan taklimat oleh Tuan Haji Roslee Bin Ismail di awal waktu pagi. Kemudian, dua
orang ketua yang kami sanjungi terus mengambil tempat dengan memberi kata-kata
semangat serta arahan yang perlu dijalankan dalam masa yang ditetapkan. Saya
dapat menjalani ujian naik turun bangku dengan baik, ringkuk tubi separa dengan baik,
jangkauan melunjur dengan betul dan berada pada Indeks Jisim Badan (BMI) yang
normal. Namun, saya telah mengalami penurunan pada ujian tekan tubi. Terdapat
sedikit penurunan yang berlaku. Hal ini mungkin berlaku kerana kurang latihan yang
saya lakukan.

Setelah selesai, Unit BM (SK) 2 pula perlu mengendalikan Ujian SEGAK. Saya
dan sahabat saya seperti biasa berada di stesen A iaitu stesan BMI. Alhamdulillah,
segala tugasan pada hari itu berjalan dengan lancar. Satu per satu pelajar daripada
Unit BM (SK) 1 berjaya kami uruskan.

Sesudah tamat ujian SEGAK, kami daripada pelajar BM (SK) 2 pula perlu
menjalani ujian yang sangat ramai geruni iaitu ujian ‘Bleep Test’. Ujian ini bermula
pelajar lelaki terlebih dahulu. Pada waktu ini, sepuluh orang lelaki mengambil tempat
manakal pelajar BM (SK) 1 mengendalikan kami pada waktu ini. Mereka berjaya
mengelola dengan cemerlang dan jayanya. Alhamudillah, saya berjaya melakukan
ujian ini pada tahap 7.3. Amat jauh sekali berbeza dengan tahap yang saya targetkan.
Saya mendapat 6.1 ketika menjalani pemilihan sebagai guru pelatih. Saya berasa
amat bersyukur dengan segala keputusan yang diterima.

2
Setelah berhempas pulas menjalani ujian ‘Bleep Test’, kami pula diberi giliran
untuk mengelola Unit BM(SK)1 . Saya mengambil tempat sebagai pemerhati dengan
memegang kad kuning dan kad merah. Kad-kad ini bertujuan untuk memberi penalti
atau tanda amaran bagi pelajar yang tidak dapat mengikuti masa larian yang
dilakukan. Pelajar BM (SK) 1 memberikan komitmen dengan baik serta memberikan
kerjasama yang jitu. Kami terpaksa mengelola ujian ini sebanyak tiga kali, berbeza
dengan mereka yang mengelola ujian ini sebanyak dua kali. Pelajar BM (SK) 1
mempunyai bilangan sebanyak 21 orang manakala BM (SK) 2 sebanyak 20 orang.
Setelah selesai satu per satu, kami berehat seketika di dalam gymnasium sebelum
mendengar taklimat yang seterusnya.

3.0 Selepas

Selepas selesai segala ujian yang penuh liku, kami berjaya menjalani ujian ini.
Semua pelajar berkumpul di bahagian luar gymnasium. Kami berteduh di sebuah
pokok yang redang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seperti menandakan kami
sudah berjaya mengharungi segala onak duri dalam menempuh tugasan ini. Kami
diberikan ucapan-ucapan terakhir oleh setiap ketua kumpulan yang sungguh
berwibawa. Setelah itu, Tuan Haji Roslee Bin Ismail mengambil tempat dengan
menyampaikan segala komen terhadap apa yang dilihat. Alhamdulillah, kami diberi
pujian atas segala kepatuhan dan kerjasama dalam menjalankan ujian ini. Beliau amat
gembira kerana ujian yang kami lakukan amat teratur dan masalah yang berlaku
berada pada tahap minimum. Akhirnya, sesi bergambar bersama-sama diadakan bagi
menjadi bukti terhadap segala kenangan yang dicipta. Kami kemudiannya diberikan
makanan iaitu nasi bersama ayam kicap serta air teh O ais. Kami berpuas hati dan
bersyukur. Setelah selesai, kami bersiap-siap dan pulang ke kelas bagi menjalani
aktiviti seperti biasa.

You might also like