Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj Tuan :

Ruj. Kami : JKKP/WPL.127/100/21 ( )


Tarikh : 03 April 2018

Pengarah
Jabatan Pendidikan W.P. Labuan
Kompleks Ujana Kewangan
Blok 4, Aras 10
Peti Surat 81097
87020 Wilayah Persekutuan Labuan
u/p : Pn. Caroline Binti Boni

Tuan,

PROGRAM LAWATAN PEMBELAJARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN


EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini sedang dalam usaha untuk mendapatkan
pengiktirafan pelaksanaan sistem pengurusan EKSA. Oleh yang demikian, Jabatan ini ingin
mengadakan program lawatan pembelajaran ke pejabat tuan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 April 2018 (Khamis)


Masa : 3.00 petang
Bilangan Pegawai Terlibat : 10 orang

3. Kesudian dan kesediaan pihak tuan untuk menerima kunjungan lawatan Jabatan ini
amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Untuk sebarang
pertanyaan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi En. Fazdhley Hafiz Bin A Wahid
(Seksyen Promosi dan Sumber) di talian 087-424857. Segala perhatian dan kerjasama pihak
tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


"Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara"

Saya yang menurut perintah,

(RADIN HANIDA BINTI RADIN HARUN)


Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Wilayah Persekutuan Labuan

fhaw-sps eksa 2018

You might also like