Bab 3

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

BAB 3 : PERMINTAAN, PENAWARAN & KESEIMBANGAN PASARAN

BAHAGIAN A
2006
1. Antara yang berikut, yang manakah yang tidak mempengaruhi permintaan?
A Saiz penduduk
B Dasar kerajaan
C Kestabilan politik
D Cita rasa pengeluar

2. Keluk penawaran firma menunjukkan bahawa


A semakin tinggi tingkat harga,semakin banyak untung yang diperoleh
B semakin rendah tingkat harga,semakin rendah untung yang diperoleh
C semakin tinggi tingkat harga,semakin sedikit kuantiti barang yang diminta
D semakin rendah tingkat harga,semakin sedikit kuantiti barang yang ditawarkan

3. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta oleh pengguna P dan Q serta kuantiti
ditawarkan oleh penjual R dan S bagi barang X.

Harga Kuantiti diminta (unit) Harga Kuantiti ditawar (unit)


(RM) P Q (RM) R S

1.00 15 16 7.00 18 16
2.00 13 12 6.00 16 13
3.00 9 11 5.00 15 12
4.00 6 8 4.00 14 9
5.00 4 5 3.00 12 8
6.00 1 3 2.00 6 3
7.00 0 2 1.00 2 1

Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan?

Harga (RM) Kuantiti (unit)


A 2.00 25
B 3.00 20
C 5.00 9
D 6.00 4

4. Andaikan bahawa pasaran bagi perkhidmatan tuisyen di Bandar Z berada di tahap


keseimbangan. Jika permintaannya meningkat, apakah yang akan berlaku pada titik
keseimbangan yang baru?
A Penurunan harga dan kuantiti
B Peningkatan harga dan kuantiti
C Peningkatan harga dan penurunan kuantiti
D Penurunan harga dan peningkatan kuantiti

5. Antara yang berikut, yang manakah yang menyebabkan keluk permintaan beras tempatan
beralih ke kanan?
A Peningkatan harga beras import
B Peningkatan kos pengeluaran beras
C Penemuan benih beras bermutu tinggi
D Pengawalan terhadap harga beras tempatan
2007
1. Persamaan permintaan dan penawaran bagi suatu barang diberikan sebagai
Qs = 33 + 15P
Qd = 75 – 15P
dengan
Qs = kuantiti penawaran (unit)
Qd = kuantiti permintaan (unit)
P = harga (RM)
Kuantiti keseimbangan ialah
A 42 unit B 48 unit C 54 unit D 60 unit

2. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan dan SS ialah keluk penawaran
bagi suatu barang. Keseimbangan asal adalah di E0.

Harga D1 S0
P3 D 0 S1

P2
E0
P0
P1
S0
D1
S1 D0

0 Q0 Q1Q2 Q3 Kuantiti

Kemajuan teknologi dan pengurangan cukai pendapatan individu akan menyebabkan


A harga tetap di P0 dan kuantiti bertambah ke Q3
B harga turun ke P1 dan kuantiti bertambah ke Q2
C harga naik ke P2 dan kuantiti bertambah ke Q1
D harga naik ke P3 dan kuantiti tetap di Q0

3. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan.

Harga D0
D1

D0
D1
0 Kuantiti
Apakah yang menyebabkan keluk permintaan beralih dari D0D0 ke D1D1?
A Penurunan cukai persendirian B Penurunan harga barang tersebut
C Kenaikan harga barang penggenap D Kenaikan harga barang pengganti
4. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pengguna W( Dw ) dan keluk
permintaan pasaran ( DP ) bagi barang X.

Harga(RM) Harga(RM)
DP
Dw
20.00 20.00

15.00 15.00

10.00 10.00

5.00 5.00
DP
Dw
0 1 3 5 8 Kuantiti(unit) 0 3 5 9 12 Kuantiti (unit)

Jika terdapat dua orang pengguna sahaja dalam pasaran, berapakah unit permintaan
oleh pengguna Z pada harga RM10.00?
A 3 unit B 6 unit C 9 unit D 12 unit
5. Persamaan permintaan dan penawaran untuk suatu barang diberikan sebagai
Qd = 100 – 20P Qs = 40 + 10P
Qd = kuantiti diminta (unit) Qs = kuantiti ditawarkan (unit) P = harga (RM)
Disebabkan perkembangan teknologi, fungsi penawaran telah berubah menjadi Qs = 70 +
10P. Pada tingkat keseimbangan yang baru,
A harga tidak berubah dan kuantiti menjadi 90 unit
B harga akan turun daripada RM6.00 kepada RM3.00 dan kuantiti tidak berubah
C harga akan naik daripada RM4.70 kepada RM5.70 dan kuantiti bertambah daripada
87 unit kepada 127 unit
D harga akan turun daripada RM2.00 kepada RM1.00 dan kuantiti bertambah daripada
60 unit kepada 80 unit

6. Pertambahan permintaan dan pengurangan penawaran pada kadar yang sama akan
menyebabkan
A harga dan kuantiti meningkat B harga meningkat dan kuantiti tetap
C harga menurun dan kuantiti meningkat D harga meningkat dan kuantiti menurun
7. Gambar rajah di bawah menunjukkan DD ialah keluk permintaan bagi pasaran kamera.
Harga D1
D0
D2
●X

●Y

●Z

D1
D0
D2
0 Kuantiti
7. Jika harga filem meningkat, maka
A keluk permintaan akan berpindah dari D0D0 ke D1D1
B keluk permintaan akan berpindah dari D0D0 ke D2D2
C permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik X
D permintaan akan berpindah dari titik Y ke titik Z
8. Yang berikut adalah faktor yang mempengaruhi permintaan kecuali
A daya pengeluaran meningkat
B kerajaan meningkatkan cukai
C keadaan ekonomi dijangka meleset
D minat pengguna terhadap barang tempatan meningkat
9. Dalam gambar rajah di bawah, DD ialah keluk permintaan terhadap suatu barang.

Harga D1
D0

P0

D1
D0
Kuantiti
0 Q0 Q1

Berdasarkan gambar rajah di atas, penyataan yang manakah yang benar?


A Permintaan terhadap petrol meningkat kerana harga kereta turun
B Kuantiti diminta terhadap durian meningkat kerana harganya turun
C Permintaan terhadap mentega meningkat kerana harga marjerin turun
D Kuantiti diminta terhadap gas meningkat kerana harga dapur gas naik

10. Keluk penawaran bagi kereta tempatan akan beralih ke kiri jika
A harga kereta tempatan dinaikkan
B harga kereta tempatan diturunkan
C cukai terhadap kereta import dinaikkan
D cukai terhadap pengeluaran kereta tempatan dinaikkan

11. Andaikan bahawa permintaan terhadap suatu barang ialah Qd = Y - 3P, dan fungsi
penawaran ialah Qs = 2P - 30, dengan Qd, Qs dan P masing-masing ialah kuantiti diminta,
kuantiti ditawarkan dan harga. Berapakah nilai Y jika harga keseimbangan ialah
RM20.00?
A 60 B 70 C 84 D 90

12. Yang manakah yang akan menyebabkan keluk permintaan teh beralih ke kiri?
A Kenaikan harga the B Penurunan harga gula
C Penurunan harga kopi D Kenaikan pendapatan pengguna

13. Faktor yang menyebabkan pengurangan permintaan pasaran terhadap barang X ialah
peningkatan harga
A barang modal B barang neutral
C barang bawahan D barang penggenap

3. Andaikan terdapat 10 buah firma di pasaran yang mengeluarkan barang Y. Fungsi


penawaran setiap firma adalah sama, iaitu Qs = 20 + 5P, dengan Qs ialah kuantiti ditawar
dan P ialah harga. Berapakah kuantiti ditawarkan di pasaran jika harga barang Y ialah
RM2.00?
A 30 unit B 200 unit C 250 unit D 300 unit

4. Jadual menunjukkan kuantiti ayam yang diminta & ditawarkan pada pelbagai harga.
Harga ayam Kuantiti diminta Kuantiti ditawarkan
(RM) (unit) (unit)
3 250 120
4 210 152
5 160 184
6 135 216
7 115 248
Sebagai akibat penyakit selesema burung, permintaan dan penawaran ayam telah
menurun masing-masing sebanyak 20% dan 50%. Harga keseimbangan yang baharu
A RM4.00 B RM5.00 C RM6.00 D RM7.00

1. Mengapakah keluk penawaran beralih ke kiri?


A Kos pengeluaran meningkat B Bilangan pengeluar bertambah
C Harga barang berkenaan meningkat D Teknologi pengeluaran berkembang

2. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran kereta.


Harga S1
S0

S1 S0
0 Kuantiti
Peralihan keluk penawaran kereta dari S0S0 ke S1S1 mungkin disebabkan oleh
peningkatan
A harga kereta B subsidi petrol
C cukai eksais kereta D bilangan pengedar kereta

3. Kuantiti barang Z yang ditawarkan akan bertambah apabila


A harga barang Z meningkat B permintaan barang Z bertambah
C harga input barang Z meningkat D pendapatan pengguna bertambah

4. Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS)
bagi suatu barang. Keluk DD dan keluk SS yang asal adalah D0D0 dan S0S0.

Harga D1 S0
D0
J S1
D2
H M

S0 D1
D0
S1 D2
0 Kuantiti

Jika pendapatan pengguna meningkat, titik keseimbangan yang baharu ialah


A H B J C K D M

5. Persamaan permintaan dan persamaan penawaran bagi suatu barang masing-masing


ialah
P = 50 - 2Q P = 10 + 3Q
dengan P ialah harga(RM) dan Q ialah kuantiti barang (unit). Jika persamaan permintaan
berubah menjadi P = 40 - 3Q, harga keseimbangan akan
A menurun sebanyak RM3.00 B menurun sebanyak RM9.00
C meningkat sebanyak RM25.00 D meningkat sebanyak RM34.00

6. Dalam pasaran sesuatu barang, harga keseimbangan akan meningkat manakala kuantiti
keseimbangan akan menurun jika pertambahan permintaan
A melebihi pengurangan penawaran
B melebihi pertambahan penawaran
C lebih kecil daripada pertambahan penawaran
D lebih kecil daripada pengurangan penawaran

7. Jadual di bawah menunjukkan harga, permintaan, dan penawaran barang X di pasaran.

Harga (RM) Permintaan Penawaran


(unit) (unit)
10.00 180 145
20.00 160 160
30.00 140 175
40.00 120 190
50.00 100 205

Kenaikan pendapatan telah meningkatkan permintaan terhadap barang X sebanyak 25%


pada setiap tingkat harga dalam pasaran. Berapakah harga keseimbangan selepas
kenaikan pendapatan
A RM20.00 B RM30.00 C RM40.00 D RM50.00

8. Andaikan fungsi permintaan dan penawaran bagi suatu barang masing-masing adalah

Qd = 100 – 5P
Qs = 60 + 3P
dengan P ialah harga(RM) dan Q ialah kuantiti barang (unit). Apabila kos pengeluaran
meningkat dan fungsi penawaran yang baharu Qs = 30 + 2P, maka kuantiti
keseimbangan akan menurun sebanyak

A 10 unit B 25 unit C 50 unit D 75 unit

BAHAGIAN B

2006
1. Huraikan tiga factor yang boleh menghalang peningkatan penawaran sesuatu barang. [6]

2007
1. Gambar rajah di bawah masing-masing menunjukkan keluk permintaan milo dan keluk
permintaan horlicks.

Harga Harga
D0 D0 D1

P1

P0 P0

D1
D0 D0
0 0
Q1 Q0 Kuantiti Q2 Q3 Kuantiti

Berdasarkan gambar rajah di atas, jelaskan hubungan antara milo dengan horlicks jika
harga asal adalah di P0. [6]

2008
1. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran minyak
kelapa sawit akibat kenaikan harga minyak kacang soya. [6]

2009
1. Terangkan kesan terhadap keluk penawaran ikan apabila berlaku perkara yang berikut :
(a) Peningkatan subsidi diesel oleh kerajaan [3]
(b) Peningkatan kegiatan pelancongan pantai di kawasan nelayan [3]

2010
1. Jelaskan dua sebab harga dan kuantiti diminta berhubungan secara negative. [6]

2. Terangkan kesan terhadap penawaran minyak kelapa sawit apabila:


(a) upah pekerja di ladang kelapa sawit meningkat [2]
(b) keluasan penanaman kelapa sawit meningkat, dan [2]
(c) kemajuan teknologi pengeluaran minyak kelapa sawit meningkat [2]
BAHAGIAN C

2006
1. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perubahan yang berlaku pada keluk
permintaan bagi kek apabila
(a) harga kek meningkat [3]
(b) tiba musim perayaan [3]
(c) citarasa pengguna beralih kepada kuih tradisional [4]

2007
1. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti
keseimbangan apabila
(a) pertambahan permintaan dan pertambahan penawaran adalah sama besar, [5]
(b) pertambahan penawaran lebih besar daripada pertambahan permintaan. [5]

2008
1. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan bagaimana keseimbangan pasaran
tercapai jika berlaku lebihan penawaran di pasaran. [3]
(b) Barang X dan barang Y adalah barang penggenap. Dengan menggunakan gambar
rajah, jelaskan apa yang berlaku pada harga dan kuantiti keseimbangan barang Y jika
penawaran barang X meningkat. [7]

2009
1. (a) Apakah maksud permintaan dan penawaran ? [2]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran
barang. [8]

2010
TIADA

BAHAGIAN D
2006
1. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah seperti yang berikut

QD = 18 - 0.5Px QS = Px - 12
dengan Px = harga barang X(RM)
QD = kuantiti diminta barang X (unit)
QS = kuantiti ditawar barang X (unit)
(a) Adakah pasaran berada pada keseimbangan jika tingkat harga ialah RM30.00 [4]
(b) Apakah yang akan berlaku pada kuantiti dan harga jika pasaran mencapai
keseimbangan? [4]
(c) Andaikan cita rasa pengguna berubah dan permintaan barang X meningkat kepada
33 - 0.5Px. Hitung harga dan kuantiti keseimbangan yang baru. ` [2]

2007
1. Persamaan penawaran motosikal tempatan (PL), penawaran motosikal import (PM), dan
permintaan motosikal (PD) di Malaysia diberikan sebagai

PL =3+Q PM =5 PD = 15 - 2Q

dengan P = harga motosikal (RM’000) Q = kuantiti motosikal (‘000 unit)

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk penawaran bagi motosikal tempatan
motosikal import serta keluk permintaan motosikal. [4]
(b) Pada tingkat keseimbangan PD = PM, hitung
(i) kuantiti motosikal yang di minta, [1]
(ii) jumlah nilai motosikal yang di import. [1]
(c) Sekiranya kerajaan mengenakan cukai sebanyak RM1000 per unit atas motosikal
yang di import, hitung
(i) kuantiti motosikal yang diimport, [1]
(ii) jumlah cukai yang diperoleh oleh kerajaan. [1]
(d) Jika kerajaan tidak lagi mengimport motosikal, hitung kuantiti dan harga motosikal
tingkat keseimbangan. [2]

2. Seorang penternak udang galah menjual udangnya kepada dua orang pengusaha
restoran sahaja, iaitu pengusaha X dan pengusaha Y. Persamaan permintaan bagi
kedua-dua pengusaha restoran itu diberikan sebagai

5P = 110 - QX
4P = 150 - QY
dengan
Q = kuantiti udang galah (kg) P = harga (RM)
(a) Jika penternak itu menetapkan harga jualan udang galah pada RM19.00 per kg,
hitung
(i) jumlah kuantiti yang dapat di jual, [1]
(ii) jumlah hasil yang diperoleh. [1]
(b) Penternak itu mempertimbangkan dua alternative seperti yang berikut:
Alternatif A : menaikkan harga daripada RM19.00 per kg kepada RM20.00 per kg,
Alternatif B : menurunkan harga daripada RM19.00 per kg kepada RM18.00 per kg.

Jelaskan alternative yang akan dipilih oleh p enternak itu jika beliau ingin
meningkatkan
(i) jumlah hasil [4]
(ii) keuntungan [4]

2008
1. Fungsi permintaan barang X adalah seperti yang berikut :

Qd = 12 – 0.5P

dengan Qd = permintaan barang X (000 unit) P = harga barang X (RM)

(a) Hitung kuantiti barang X yang diminta jika barang X diberi percuma. [1]
(b) Andaikan kerajaan menetapkan harga barang X ialah RM10.00, hitung kuantiti
barang X yang diminta. Jika penawaran barang X adalah 6000 unit, tentukan apakah
yang akan berlaku di pasaran. [2]
(c) Akibat daripada perubahan cita rasa terhadap barang X, fungsi permintaan barang X
telah berubah kepada Qd= 12 – 0.8P.
(i) Lukis keluk permintaan sebelum dan selepas berlakunya perubahan
cita rasa. [3]
(ii) Hitung perubahan kuantiti permintaan apabila berlaku perubahan cita rasa.
[2]
(iii) Apakah yang berlaku di pasaran jika penawaran tidak berubah? [1]
(iv) Hitung jumlah hasil apabila cita rasa berubah [1]

2009
1. Persamaan permintaan dan penawaran bagi daging adalah seperti yang berikut :

Qd = 150 – 5P
Qs = 30 + 5P
dengan
Qd = kuantiti daging diminta (kg)
Qs = kuantiti daging ditawarkan (kg)
P = harga daging (RM)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan [2]


(b) Dengan menggunakan kertas graf,lukis keluk permintaan dan keluk penawaran.
[2]
(c) Apabila berlaku peningkatan pendapatan sebanyak 20%,kuantiti permintaan
meningkat sebanyak 30 unit untuk setiap tingkat harga. Berdasarkan maklumat ini,
(i) nyatakan persamaan permintaan yang baharu, [1]
(ii) lukis keluk permintaan yang baharu dalam gambar rajah yang sama, [1]
(iii) hitung kuantiti dan harga keseimbangan yang baharu, [2]
(iv) hitung keanjalan permintaan pendapatan. [2]

2010
1. Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang X adalah

Qd = 150 - 5Px Qs = 30 + 3Px


dengan
Px = harga barang X(RM) Qd = kuantiti diminta barang X (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang X (unit)
(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang X. [2]
(b) Andaikan kerajaan melaksanakan dasar harga minimum pada RM20.00, hitung
(i) kuantiti diminta dan kuantiti ditawarkan, [2]
(ii) perbelanjaan pengguna sekiranya semua lebihan barang X dalam pasaran dibeli,
[1]
(iii) jumlah perbelanjaan kerajaan, dan [2]
(iv) perubahan pendapatan pengeluar [3]

NORWAHIBA ABBAS.SMK KUHARA TAWAU

You might also like