SEJARAHAISYAH

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Raja mahadi

Faktor penentangan :
*british campur tangan dalam pentadbiran Klang dan
perusahaaan biji timah
*British melantik Tengku Kudin sebagai yamtuan
Selangor
Peristiwa penentangan:
*Tengku Kudin dan Raja Abdullah berkerjasama mentang
Raja Mahadi
*Raja Mahadi menyerang Yap Ah Loy di kuala lumpur
kerana berkerjasama dengan Tengku Kudin
Kesan penentangan:
*Raja Mahadi tewas dalam pentempuran.
*Beliau dihantar ke johor dan meninggal dunia di sana.
Pak Sako
Beliau adalah tokoh Melayu yang seangkatan dengan Ibrahim
Yaacob, Ahmad Boestamam, Mokhtaruddin Lasso dan Samsiah
Fakeh yang memperjuangkan gagasan penyatuan Sumatera,
Brunie, Sabah Sarawak dan Tanah Melayu dalam gabungan
Melayu Raya. Dalam dunia kesusteraan, beliau adalah satu nama
besar yang cukup terkemuka dan menggunakan pelbagai nama
samaran yang amat disenangi oleh pencinta karya-karyanya
seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pak Pandir Moden.
Gelaran Isakosan yang diberi Jepun akhirnya meletak pada
namanya yang dipanggil Pak Sako.

Pak Sako dilahirkan pada 14 November 1909 di Kampung Balik


Gantang, Temerloh Pahang telah mendapat pendidikan awal di
Sekolah Melayu kampung tengah, Temerloh. Beliau kemudian
melanjutkan pelajaran ke Sekolah Clifford Kuala Lipis dari tahun
1924 hingga 1928. Pada tahun 1930, beliau mendapat tawaran
belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan kemudian
mendapat tawaran kerja sebagai pegawai kadet dalam
Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu(Malayan Civil Servant)
apabila menamatkan pengajian pada tahun 1935. Beliau juga
pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Penolong Pegawai
Daerah, Majistret Kelas III dan guru bahasa sebelum meletakkan
jawatan dan menyertai dunia penulisan secara sepenuh masa.

Oleh kerana pernah bekerja dengan British, banyak


penyelewengan penjajah diketahui oleh Pak Sako. Hal inilah yang
mendorong beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan dan
menjelajah ke seluruh semenanjung untuk menyebarkan
semangat anti-penjajah serta giat menghasilkan penulisan dalam
media cetak. Akibatnya, beliau ditangkap dan dipenjarakan
sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1948 sehingga 1953 dan
1965 hingga 1966. Namun beliau tidak pernah mengenal erti
takut dan putus asa. Perjuangan beliau masih diteruskan
meskipun mendapat tentangan hebat British.
Lily eberwein

Lily Eberwein atau lebih dikenali sebagai Cikgu Lily, anak kelahiran Kuching,
Sarawak merupakan seorang Tokoh Pendidikan dan Ahli Politik yang sangat
dikagumi oleh masyarakat di Sarawak pada suatu ketika dahulu.

Pengalaman pertama beliau dalam bidang politik apabila terlibat dalam


gerakan Anti-Penyerahan 1946 menentang penyerahan Sarawak kepada
Kolonel British.

Sebagai Pemimpin Perintis dan Pengerusi bagi Persatuan Wanita Melayu


Sarawak yang juga dikenali sebagai Pergerakan Wanita (Gerakan Kaum Ibu),
Lily Eberwein memainkan peranan utama dalam perjuangan dalam menuntut
kemerdekaan.

Pergerakan Anti-Penyerahan 1946 di Sarawak melahirkan generasi pertama


pemimpin wanita seperti Lily Eberwein (1900-1980). Beliau merupakan
Pengerusi Persatuan Melayu Sarawak dan seorang pejuang kemerdekaan
Sarawak yang terlibat dalam banyak demonstrasi menentang penjajah
dalam Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak (1946-1950).

“Kami Kaum Ibu Sarawak sama berjuang dengan kaum Bapa dan tidak henti
menuntut Kemerdekaan tanah ayer kami supaya kembali saperti dahulu”.
Berkat daripada semangat perjuangan yang tinggi, akhirnya beliau berjaya
mendapat sokongan daripada kumpulan ibu dan bapa daripada pelbagai
kaum.

Untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Dayak, kaum ibu yang


diketuai oleh Cikgu Lily Eberwein menjalankan kempen dari rumah ke rumah
(rumah panjang) dengan menaiki bot dan juga berjalan kaki.

Mereka sanggup mengorbankan segala wang ringgit dan barang kemas bagi
menampung perbelanjaan untuk ke kawasan pedalaman di Sarawak.
Mereka telah mempertaruhkan nyawa mereka sama ada dengan berjalan
kaki melalui perjalanan darat dan juga menggunakan perahu untuk
kawasan kampung yang terpencil.

Berkat kesungguhan mereka, akhirnya ramai wanita dari pelbagai lapisan


kaum terutamanya di rumah-rumah panjang dan kawasan kampung tanpa
mengira bangsa dan budaya mahupun agama bersama-sama menyokong
Gerakan Anti-Penyerahan 1946.

Penglibatan Lily Eberwein di dalam gerakan Anti-Penyerahan 1946 telah


membuktikan kepimpinan beliau sebagai seorang wanita Melayu yang
pertama dalam Pesatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).

Atas kesungguhnya, beliau dihormati oleh kaum Melayu Sarawak dan beliau
pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Besar pada tahun 1977.

Semoga semangat perjuangan Lily Eberwein dapat menjadi inspirasi kepada


semua wanita bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di seluruh Malaysia
dalam memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air.
S.A. Ganapathy

- Merupakan pemimpin india yang berjuang


untuk membela nasib dan kebajikan pekerja
estet,menuntut upah yang adil dan
mengishtiharkan 1mei sebagai hari cuti
bekerja(Hari Pekerja)
-Pada tahun 1947,S.A. Ganapathy dilantik
menjadi presiden kesatuan Pekerja Se-Malaya.
-beliau memperjuangkan kebajikan pekerja
estet india melalui akhbar pattali murasu
(suara pekerja) dan munnani (barisan
pertama).
-kesungguhan dan kelantangan beliau
menyebabkan british menangkapnya atas
tuduhan memiliki senjata api.
-beliau dijatuhi hukuman mati
ISI KANDUNGAN
-PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN
(DOL SAID,RENTAP, SHARIF
MASAHOR,DATO’ MAHARAJA LELA,
YAMTUAN ANTAH,DATO’
BAHAMAN,TOK JANGGUT, MAT
SALLEH,ANTANOM,HAJI ABDUL
RAHMAN LIMBONG,RAJA MAHADI)
-TOKOH KEDIAMAN
(PAK SAKO, TUN TAN CHENG
LOCK,S.A. GANAPATHY, LILY
EBERWEIN)
Dato’ Haji Abdul Wahab bin Haji Aziz

Datuk Panglima Bukit Gantang Haji


Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul
Aziz merupakan bekas Menteri Besar
Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1
Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran
Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima
Bukit Gantang dari Perakiaitu
pembesar Perak empat.
Beliau dari keturunan bangsawan
Perak (Pembesar Empat Perak) dan
merupakan anak pembesar Melayu
yang pertama dapat melanjutkan
pelajaran ke England.
Datuk Panglima Bukit Gantang Haji
Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul
Aziz merupakan bekas Menteri Besar
Perak dari 1 Februari 1948 hingga 1
Ogos 1957. Beliau mendapat gelaran
Orang Kaya-kaya Dato’ Panglima
Bukit Gantang dari Perakiaitu
pembesar Perak empat.
Beliau dari keturunan bangsawan
Perak (Pembesar Empat Perak) dan
merupakan anak pembesar Melayu
yang pertama dapat melanjutkan
pelajaran ke England.
Tun H.S. Lee

1900 - 1988
Tun Lee Hau Shik atau lebih dikenali
sebagai Tun H.S Lee merupakan
seorang tokoh dan pemimpin Cina
yang berpegaruh pada awal zaman
kemerdekaan. Beliau
bertanggungjawab sebagai perintis
penubuhan MCA dan rundingan
kerjasama dengan UMNO. Dengan
kata lain, beliau antara tokoh Cina
terawal yang bertanggungjawab
mewujudkan kerjasama politik antara
orang Cina dan Melayu, seterusnya
mewujudkan Parti Perikatan. Tokoh ini
merupakan anak kelahiran negara
China yang dilahirkan pada tahun
1900 di Guandong, Hong Kong yang
merupakan Tanah jajahan mahkota
Inggeris. Beliau kemudiannya
berhijrah ke Tanah Melayu untuk
menjalankan perusahaan
perlombongan bijih timah pada tahun
1924. Beliau turut dikenali kerana
menjadi pengasas China Press pada
tahun 1946. Dua bidang perniagaan
ini sebati dengan kehidupan beliau,
sehingga ke akhir hayat beliau pada
tahun 1988.
Tun H.S Lee mendapat pendidikan
awal di Queen College,Hong Kong
sehinggalah beliau berjaya
menamatkan pengajian dalam bidang
perundangan dan ekonomi dari
University Cambridge, England.
Setelah itu, beliau memulakan kerjaya
di Hainan sebagai Pegawai
Perhubungan Awam di Bank Hong
Kong. Apabila tiba di Tanah Melayu
dan berjaya dalam perniagaan bijih
timah, beliau bersama-sama dengan
Leong Yew Koh dan Lim Chong
Eu(Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang)
telah menubuhkan Malayan Chinese
Association(MCA) pada tahun 1949.

You might also like