Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

TEKS JURUACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 21

SK RUNCHANG 2017
(Perasmian)

BIL PERKARA TEKS


1. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat Dato Mohamad Fakhruddin Bin Mohd Arif


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar

(Wakil KBS)

(Wakil JPN)

(Wakil PPD)

diiringi oleh

Encik Ali bin Koming,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Runchang

bersama
Puan Fatimah binti Ahmad,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Runchang

Ke Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang


Kali ke-21 bagi tahun 2017.

2. Kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan selamat datang ke


Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali
ke-21 bagi tahun 2017.

Yang Berhormat Dato Mohamad Fakhruddin Bin Mohd Arif


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar

(Wakil KBS)

(Wakil JPN)

(Wakil PPD)

Yang Berbahagia Encik Ali bin Koming


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Runchang

Yang Berusaha Puan Fatimah binti Ahmad

1
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Runchang

Yang Dihormati Encik Mohd Ahmad bin Mohd Taib


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Puan Norazima binti Mansor


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Encik Mohd Affendi bin Kassim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati Puan Fatimah binti Abdul Rahim


Guru Penolong Kanan PPKI

Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Runchang, guru-


guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SKRU yang
dikasihi sekalian.

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan


mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali
ke-21 bagi tahun 2017. Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan akan menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit
muda yang akan beraksi dalam acara pada pagi ini.

3. Perbarisan Hadirin yang dihormati,


masuk
Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan perbarisan masuk dan
lintas hormat oleh kontijen-kontijen rumah sukan.
Untuk itu, majlis dengan sukacita dan berbesar hati menjemput
Yang Berhormat Dato Mohamad Fakhruddin Bin Mohd Arif
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar
bagi menerima lintas hormat oleh para kontijen rumah sukan
dengan diiringi oleh Wakil KBS ,
Wakil JPN , Wakil PPD ,
Guru Besar SK Runchang dan YDP PIBG SK Runchang Majlis
mempersilakan.

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


kejohanan yang terdiri daripada :

Adik Aiman Nizam A/L Solek


Adik Saiful A/L Chanda Kumar Dhar
Adik Faisal A/L Dulai
Adik Is A/L Mat Dom

2
Dan diketuai oleh Adik Raizan A/L Rasid. Mereka adalah pelajar
yang sering mewakili sekolah dalam bidang sukan dan
kokurikulum ke peringkat Daerah Pekan dan Negeri Pahang.

Untuk makluman Yang Berhormat dan para hadirin, perbarisan


rumah sukan pada tahun ini memilih tema PAHLAWAN.
Pahlawan menggambarkan semangat juang, gagah berani
melawan musuh dan kegigihan memperoleh kemenangan dalam
arena pertempuran.

Seperti yang anda semua saksikan sekarang ini, mendahului


perarakan ialah Kontijen Rumah Hijau atau Dato Bahaman
dengan slogan mereka……………………………………….
Kontijen ini diketuai oleh Adik ……………………………………
dan pembawa sepanduk Adik ………………………………….
Rumah Hijau memilih tema Pahlawan Sparta dari Kota Yunani.
Mereka memiliki pepatah ‘datang kembali dengan perisai atau
lebih dari itu’ yang bererti jangan kembali kecuali
menang.Pasukan perang Sparta adalah pasukan perang yang
kuat dan menakutkan.

Segak serba biru itulah Rumah Biru Dato Syahbandar.yang


diketuai oleh Adik………………………………………………………
dan pembawa sepanduk Adik………………………………………
Motto mereka …………………………………………………………
Rumah biru memilih tema Pahlawan Melayu dari Zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Membawa semangat Hang Tuah
‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’. Mereka a.kan menunjukkan
persembahan pencak silat sebagai salah satu seni
mempertahankan diri Pahlawan Melayu

Kecil-kecil cili padi, itulah kontijen Pra Sekolah. Murid-murid pra


sekolah seramai ………….murid di bawah bimbingan Cikgu
Daliza binti Mohd Afendi dan dibantu oleh Cik Nurulakma binti
Othman

Tampil merah garang itulah kontijen Rumah Merah Mat Kilau


yang diketuai oleh Adik ……………………………………………
dan pembawa sepanduk Adik …………………………………...
Mengambil inspirasi Pahlawan Muay Thai dari Negara Thai.
Slogan mereka ialah…………………………… yang bermaksud
Kami Hebat dalam Bahasa Thai. Mari saksikan persembahan
muay thai dari kontinjen Rumah Merah.

Kontijen Rumah Kuning mewakili Tok Gajah. Slogan mereka


…………………………………………………………………………..

3
Begitulah bersemangat sekali Rumah Kuning. Rumah Kuning
diketuai oleh Adik …………………………………………………..
dan pembawa sepanduk Adik ………………………………...
Rumah Kuning memilih Pahlawan Kesatria iaitu Pasukan Perang
dari Eropah. Persembahan mereka adalah simbolik pertempuran
kesatria di medan perang.

Demikianlah tadi lintas hormat oleh kontijen-kontijen rumah sukan


Sekolah Kebangsaan Runchang. Terima kasih diucapkan kepada
Yang Berhormat atas kesudian menerima lintas hormat sebentar
tadi.

4. Nyanyian Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu


Lagu Rasmi iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah.
Hadirin sekalian diminta untuk berdiri dan sama-sama
menyanyikan lagu. Dipersilakan.

Terima kasih atas nyanyian itu tadi

5. Bacaan doa Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali


ke-21 diteruskan dengan mempersilakan Tuan Haji Rosli bin
Long untuk mengetuai dan memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tuan Haji Rosli.


Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan
dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya Allah.

Promosi Hadirin yang dihormati,


KL2017
Sukan Sea Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun ini mencipta sejarah baru
kepada warga Sekolah Kebangsaan Runchang dan masyarakat
orang asli setempat, kerana kita telah terpilih sebagai salah
sebuah sekolah yang terlibat di bawah program
KL2017@Sekolah. Sebanyak 33 buah sekolah di seluruh negara
dipilih untuk mempromosikan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di
bawah program KL2017@Sekolah. Program yang bermula pada
2 Mac lalu dijangka akan berakhir pada 20 Mei 2017.

Tujuan utama program ini dijalankan untuk memupuk kesedaran


dan menyebarkan semangat BANGKIT BERSAMA sebagai tema
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Masyarakat setempat juga diberi
pendedahan tentang acara-acara yang bakal berlansung dalam
Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 serta merasai sendiri
kehangatan Temasya Dwi Tahunan antara negara-negara Asia
Tenggara.

4
6. Ucapan YDP Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Dipertua
PIBG PIBG Sekolah Kebangsaan Runchang, Encik Ali bin Koming.
Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.

7. Ucapan Guru Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan


Besar Fatimah binti Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Runchang untuk menyampaikan ucapan sempena Kejohanan
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali ke-21 bagi
tahun 2017. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan itu tadi.

8. Ucapan Kalau tuan pikat kenari,


Perasmian Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Gimik Mohon rasmikan majlis kami.
Perasmian
Tanpa melengahkan masa, majlis berbesar hati menjemput dan
mempersilakan Yang Berhormat Dato Mohamad Fakhruddin
Bin Mohd Arif, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar
bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali ke-21 bagi
tahun 2017. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dato Mohamad


Fakhruddin Bin Mohd Arif kerana sudi merasmikan kejohanan
kali ini.

9. Bacaan Ikrar Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


Kejohanan bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi
lafaz ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik Raizan A/L
Rasid untuk mengetuai bacaan ikrar kejohanan. Majlis
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas lafaz ikrar sebentar tadi.

10. Persembahan Bagi memeriahkan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-
murid sama saksikan Persembahan Senam Cergas daripada murid-
murid Sekolah Kebangsaan Runchang. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada murid-murid Sekolah


Kebangsaan Runchang. Untuk makluman semua, pasukan
senam cergas ini dibimbing oleh Cikgu Mohd Faizal bin Che Nat
dan Cikgu Qurratu Hamizah binti Jamhari

5
11. Penyampaian Kuning emas masaknya padi,
cenderamata Mawar merah dalam jambangan,
kepada Terima kasih daun keladi,
perasmi Budi tuan jadi kenangan

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis menjemput


Yang Dipertua PIBG, Encik Ali bin Koming untuk menyampaikan
cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Mohamad
Fakhruddin Bin Mohd Arif. Majlis mempersilakan.

12. Perbarisan Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh
keluar kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian


Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali
ke-21 bagi tahun 2017. Majlis merakamkan terima kasih kepada
peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan
lintas hormat.

13. Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali
ke-20 bagi tahun 2016..
Acara pada pagi ini dimulakan dengan acara

Berikut diumumkan kedudukan lorong para peserta.


Lorong 1 (no. Peserta) : ( nama peserta) (rumah)

Sekarang marilah sama-sama kita saksikan acara

Demikian tadi berakhirnya acara

6
14. Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,
hadiah Kejohanan sukan berehat sebentar untuk memberi laluan kepada
upacara penyampaian hadiah.
Seterusnya majlis penyampian hadiah bagi acara ......

Untuk menyempurnakan penyampian hadiah ini, pihak majlis


mempersilakan:
Nama:
Jawatan:
Dengan diiringi oleh
Nama:
Jawatan:
Dipersilakan tuan.

Bagi acara ...............................


Tempat ketiga/ pingat gangsa dimenangi oleh ......................
dari Rumah..........................
Naib Johan/ pingat perak dimenangi oleh ...................... dari
Rumah..........................
Johan/ pingat emas jatuh kepada ...................... dari
Rumah..........................

Majlis merakamkan terima kasih


kepada .................................... kerana telah sudi
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Seterusnya dipersilakan .............................. menyampaikan


cenderahati kepada ...................................
Pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.

7
TEKS JURUACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 20
SK RUNCHANG 2016
(Penutup)

BIL PERKARA TEKS


1, Kata Aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk
ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara
penyampaian hadiah dan majlis penutupan Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali ke-21 bagi tahun
2017.

Yang Berhormat Dato Mohamad Fakhruddin Bin Mohd Arif


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bebar

(Wakil KBS)

(Wakil JPN)

(Wakil PPD)

Yang Berbahagia Encik Ali bin Koming


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Runchang

Yang Berusaha Puan Fatimah binti Ahmad


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Runchang

Yang Dihormati Encik Mohd Ahmad bin Mohd Taib


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati Puan Norazima binti Mansor


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Encik Mohd Affendi bin Kassim


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati Puan Fatimah binti Abdul Rahim


Guru Penolong Kanan PPKI

Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Runchang, guru-


guru, tuan-tuan, puan-puan seterusnya murid-murid SKRU yang
dikasihi sekalian.

8
2. Penyampaian Para pelajar dan hadirin sekalian,
Hadiah dan
cenderamata Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya, pihak
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………………………………………………… dengan diiringi
oleh………………………………………………….................untuk
menyampaikan hadiah. Majlis dengan ini mempersilakan.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan


perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

 Tempat ketiga disandang oleh pasukan Rumah __________.


 Seterusnya tempat kedua berjaya jatuh kepada pasukan
Rumah________.
 Dan Johan berjaya disandang oleh pasukan
Rumah___________.

Hadirin sekalian,

 Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang


Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
 Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati
Sekolah ialah ____________________________.
 Untuk makluman semua, beliau telah memenangi
acara____________________________________________
 Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini.
Olahragawan Sekolah pada tahun ini
ialah ____________________.
 Beliau telah meraih pingat____________________________

Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara


rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah
bertanding.

 Tempat ketiga berjaya dirampas oleh pasukan


Rumah____________ dengan __________ mata .
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan_______________ untuk
menerima hadiah.

 Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan


Rumah______ dengan kutipan mata____________.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan____________________
untuk menerima hadiah.

 Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan

9
Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Runchang Kali ke-21
bagi tahun 2017 jatuh kepada:

Rumah ________________dengan_________mata.
Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________untuk
menerima hadiah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


…………………………………………………atas kesudian beliau
menyempurnakan majlis sebentar tadi.

3. Penutupan Dengan itu, maka berakhirlah Kejohanan Sukan Tahunan


Sekolah Kebangsaan Runchang Kali ke-21 bagi tahun 2017

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan atlit-atlit yang berjaya.


Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Sukan Tahunan
pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya
daripada Yang Maha Kuasa dan setiap kesilapan yang ada
datangnya aripada kesilapan kami berdua.
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

10

You might also like