Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

UJIAN PRA UPSR (AR1)


PERINGKAT DAERAH SUBIS
TAHUN 2017

BAHASA MELAYU — PEMAHAMAN 011


MAC
1¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C, dan
D. Bagi setiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda
yang telah dibuat kemudian hitamkan jawapan yang baru.
4. Ceraikan Bahagian B daripada kertas soalan ini.

Kertas soalan ini mengandungi 09 halaman bercetak


2
011
SULIT
BAHAGIAN A

[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 16
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “Negara kita semakin makmur semenjak ____________ memerintah,” sembah Bendahara Tun
Perak kepada sultan.

A anda

B patik

C tuanku

D kalian

2 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat
seperti isi dengan kuku.

A dia

B kita

C kami

D mereka

3 Sultan yang mangkat itu telah ______________ dengan penuh adat istiadat.
A dikebumikan
B dimakamkan
C disemadikan
D dikuburkan

[Lihat halaman sebelah]


011 SULIT
SULIT 3 011

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4 Adila Adriana memilih pokok bongsai yang ______________ sebagai hiasan di dalam
ruang tamu rumahnya.

A renek
B pendek
C rendah
D kecil

5 Beberapa ___________ lembing peninggalan datuk telah dicuri semasa rumahnya


dipecah masuk oleh pencuri.

A puntung

B batang

C laras

D bilah

6 Sementara menunggu giliran uji bakat, para peserta Tiga Juara 1 _______________
di luar bilik rakaman.

A berlegar-legar

B berbolak-balik

C mundar-mandir

D bersiul-siul
[Lihat halaman sebelah]

011 SULIT
SULIT 011
4

7 Setiap hari akhbar-akhbar tempatan _________________kisah mengenai kanak-kanak


yang didera oleh ibu bapa kandungnya.

A menceritakan

B memaparkan

C mendedahkan

D memberitakan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Encik Lokman duduk di _____________ perahu sambil menikmati keindahan di


sekelilingnya.

A bucu
B sudut
C pinggir
D hadapan

9 Kejadian banjir kilat itu berpunca _____________ sistem perparitan yang tidak
terancang.

A di

B dari

C pada

D daripada
[Lihat halaman sebelah]
011 SULIT
5

SULIT 011

10 Inspektor Wan Ibrahim telah mengadakan sesi _______________ dengan beberapa orang
saksi untuk menyelesaikan kes rompakan itu.

A soal jawab

B soal siasat

C temu bual

D kaji selidik

11 Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Aidil Zakuan ingin ________________ dalam permainan bola sepak.

A menarik diri

B membawa diri

C membuka pintu

D mencuba nasib

12 Pasukan pengakap itu berjaya menuruni gunung yang curam itu.

Pilih perkataan antonim bagi menuruni.

A menaiki

B mendaki

C merentasi

D mengharungi

[Lihat halaman sebelah]

011 SULIT
6 011
SULIT

13 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Sebagai adik-beradik, kamu semua hendaklah selalu bertolak-ansur dan jangan


berdendam sesama sendiri,” pesan ayah kepada anak-anaknya.

A Ayah selalu mengingatkan kami supaya sentiasa bertolak-ansur dan tidak


berdendam antara satu sama lain.

B Ayah selalu mendesak kami supaya sentiasa bertolak-ansur dan tidak berdendam
antara satu sama lain.

C Ayah seringkali menyarankan kami supaya sentiasa bertolak-ansur dan tidak


berdendam antara sesama sendiri.
D Ayah selalu bertolak-ansur dengan kami dan beliau tidak pernah berdendam
dengan perangai kami.

14 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Cikgu Anne masih memandu kereta lama suaminya walaupun dia sudah ada
kereta yang baharu.

II Tok Wan yang sudah lama usia itu masih kuat dan bertenaga.

III Saya ke Dubai tidak lama dan akan pulang minggu depan.

IV Calon yang bertanding dalam pilihan raya kawasan Tanjung Datu terdiri
daripada muka-muka lama.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I,III dan IV sahaja

D I,II,III dan IV

[Lihat halaman sebelah]

011 SULIT
SULIT 011
7

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat di bawah.

15 Jurulatih pasukan bola sepak sekolah kami memberikan kata-kata semangat kepada para
pemain sebelum mereka turun ke padang untuk memulakan perlawanan.

A Bilakah jurulatih pasukan bola sepak sekolah kamu memberikan kata-kata


semangat kepada para pemain?

B Apakah perkara yang dilakukan oleh para pemain sebelum mereka turun ke
padang untuk memulakan perlawanan?

C Di manakah para pemain mendapat kata-kata semangat daripada jurulatih pasukan


bola sepak sekolah kami sebelum memulakan perlawanan?

D Mengapakah jurulatih memberi kata-kata semangat kepada para pemain sebelum


mereka turun ke padang?
.
16 Pilih ayat yang betul.

A Kain yang baru dibelinya itu belum berjahit.

B Pertandingan kelas terbersih sekali akan diadakan pada setiap bulan.

C Gasing itu berpusing dengan lincah bila dilemparkan ke tanah.

D Para murid-muid dikehendaki untuk masuk ke kelas selewat-lewatnya sebelum


pukul 7.15 setiap pagi.

[Lihat halaman sebelah]


011 SULIT
8

SULIT 011

Soalan 17 - 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sampai sahaja di rumah, Anis menyambut ayahnya di muka pintu. Encik Yusof
tersenyum sambil menghulurkan begnya kepada Anis. Encik Yusof meminta segelas air sejuk.
Cuaca panas tengah hari itu membuatkan dia berasa begitu haus. Puan Marina menghulurkan
segelas air sejuk kepada suaminya. Dia kasihan melihat suaminya berkerja tidak kira siang
ataupun malam. Mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan usaha keras suaminya
selama ini.

Siapa kata hidup bersandarkan kerja melukis dan kreatif tidak mampu hidup senang?
Perkara yang amat penting, jika ada kemahuan dan kesungguhan pasti beroleh kejayaan.
“Datangkah pembeli lukisan abang itu?” tanya Puan Marina. “Pemandunya sahaja yang datang.
Datuk Kamal tidak dapat datang kerana ada mesyuarat penting,” beritahu Encik Yusof kepada
isterinya. “Datuk Kamal bayar seperti dijanjikah?” tanya Puan Marina. “Datuk Kamal seorang
yang menepati janji. Abang suka berurusan dengannya. Dia tahu menilai kreativiti orang seni
seperti kita ini,” kata Encik Yusof kepada isterinya.

Encik Yusof membuka dompet duitnya seraya menunjukkan sekeping cek kepada
isterinya. Puan Marina tersenyum memandang ke arah cek tersebut. Berbaloi juga penat lelah
suaminya selama ini. “Alhamdulilah. Berkat rezeki Tuhan berikan kepada kita sekeluarga,” kata
Puan Marina. “Esok abang hendak pergi ke bank. Hendak tunaikan cek tersebut. Sebahagiannya
kita simpan, sebahagian lagi kita gunakan untuk keperluan kita sekeluarga. Sambil itu, bolehlah
saya hantar awak ke klinik. Sejak kebelakangan ini, awak asyik demam sahaja,” kata Encik
Yusof kepada isterinya. “Tidak payahlah. Saya demam biasa sahaja. Telan panadol sihatlah.
Bukannya sakit tenat,” kata Puan Marina. “Sebelum tenatlah kita perlu bertindak. Esok kalau dah
melarat tiada penawarnya,” kata Encik Yusof lagi. “Jangan buang dan membazir duitlah. Beli
ubat di farmasi pun sudah memadai,” kata Puan Marina lagi. “Itu sahajalah alasan awak.
Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Kalau duit melimpah ruah tetapi kesihatan tergadai
tiada gunanya,” kata Encik Yusof lagi.

[Lihat halaman sebelah]


011 SULIT
9
011
SULIT

17 Di manakah Anis menyambut ayahnya yang baru pulang dari tempat kerja?

A Di muka rumah
B Di muka pintu
C Di muka jendela
D Di muka tingkap

18 Rangkai kata menepati janji dalam petikan bermaksud

A mengikat persetujuan
B menyampaikan kehendak
C menunaikan persetujuan
D membuat kenyataan

19 Yang berikut merupakan cerita tentang keluarga Encik Yusof kecuali

A Isteri Encik Yusof, Puan Marina kurang sihat.


B Bagi Encik Yusof duit lebih penting daripada kesihatan.
C Anggota keluarga Encik Yusof seramai tiga orang sahaja.
D Hasil pendapatan Encik Yusof bergantung kepada jualan lukisannya.

20 ‘Kesihatan adalah harta yang paling berharga.’


Pernyataan ini bermaksud………..

A Kesihatan boleh dijual beli oleh sesiapa sahaja.


B Kesihatan dapat diselesaikan dengan wang ringgit.
C Kesihatan adalah sesuatu yang paling penting dan tidak ternilai dalam kehidupan.
D Kesihatan ialah sesuatu yang kita boleh perolehi di mana-mana sahaja.

BAHAGIAN A TAMAT

011 SULIT

You might also like