Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

BAB 1 PENGENALAN KEPADA FIZIK

Fizik Kajian tentang fenomena semula jadi meliputi hubungan antara jirim, tenaga dan cahaya.

Kuantiti Fizik Kuantiti yang boleh diukur.

Kuantiti Asas Kuantiti fizik yang tidak dapat ditakrifkan daripada kuantiti fizik yang lain.

Kuantiti Terbitan Kuantiti fizik hasil daripada gabungan kuantiti asas secara pendaraban atau pembahagian
atau kedua-duanya.

Imbuhan Perihalan bagi kuantiti fizik yang terlalu besar atau kecil.

Bentuk Piawai Menyatakan kuantiti yang terlalu besar atau kecil dengan cara yang lebih mudah.

Kuantiti Skalar Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud sahaja.

Kuantiti Vektor Kuantiti fizik yang mempunyai magnitud dan arah.

Pengukuran Proses untuk menentukan nilai suatu kuantiti fizik dengan menggunakan peralatan saintifik.

Angkup Vernier Alat untuk mengukur diameter dalam, diameter luar dan kedalaman.

Rahang Dalam Mengukur diameter dalam objek.

Rahang Luar Mengukur diameter luar objek.

Ekor Mengukur kedalaman objek.

Tolok Skru Alat untuk mengukur objek yang sangat kecil.


Mikrometer

Anvil Dan Spindal Mengepit objek untuk mendapatkan pengukuran.

Racet Mengelakkan tekanan berlebihan dikenakan pada objek.

Kepersisan Kebolehan mengukur kuantiti fizik dengan sedikit atau tiada sisihan antara pengukuran.

Kejituan Berapa hampir nilai pengukuran kepada nilai sebenar.

Kepekaan Kebolehan alat pengukuran mengesan perubahan yang kecil.

Ralat Perbezaan antara nilai pengukuran dengan nilai sebenar.

Ralat Sistematik Ralat yang disebabkan oleh alat pengukuran.

Ralat Sifar Penunjuk bacaan tidak berada di sifar walaupun tiada pengukuran dibuat.
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Ralat Rawak Ralat yang disebabkan oleh pemerhati atau perubahan persekitaran.
Ralat Paralaks Kedudukan mata yang salah ketika mengambil bacaan suatu pengukuran.

Inferens Kesimpulan awal berdasarkan pemerhatian yang berkemungkinan betul atau salah.

Hipotesis Hubungkait antara dua atau lebih pemboleh ubah.

Pemboleh Ubah Kuantiti fizik yang boleh diubah nilainya semasa eksperimen.

Pemboleh Ubah Kuantiti fizik yang nilai-nilainya diubah dan ditentukan sebelum eksperimen.
Dimanipulasikan

Pemboleh Ubah Kuantiti fizik yang nilai-nilainya bergantung kepada pemboleh ubah dimanipulasikan dan
Bergerak Balas diperoleh melalui pengukuran atau pengiraan dalam eksperimen.

Pemboleh Ubah Kuantiti fizik yang tidak diubah sepanjang eksperimen.


Dimalarkan

BAB 2 DAYA DAN GERAKAN

Gerakan Linear Gerakan sepanjang garis lurus.

Jarak Jumlah panjang lintasan.

Sesaran Jarak garis lurus yang menyambungkan kedudukan awal ke akhir dalam arah tertentu.

Laju Kadar perubahan jarak.

Laju Purata Jumlah jarak yang dilalui dibahagikan dengan jumlah masa yang diambil.

Halaju Kadar perubahan sesaran.

Pecutan Kadar perubahan halaju.

Nyahpecutan Kadar perubahan halaju dengan nilai negatif.

Jangka Masa Detik Peralatan untuk menganalisis gerakan linear di mana bilah pengetuk akan bergetar 50 kali
sesaat apabila dihidupkan.

Detik Selang masa antara dua titik.

Kecerunan Nisbah perubahan nilai pada paksi-y dengan perubahan nilai pada paksi-x dalam graf.

Pegun Dalam keadaan rehat.


Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Malar Seragam / tetap / tidak berubah.

Inersia Keupayaan objek mengekalkan keadaan asalnya.

Hukum Newton Objek akan kekal dalam keadaan asalnya sama ada dalam keadaan pegun atau bergerak
Pertama dengan halaju seragam selagi tiada daya luar yang bertindak ke atasnya.

Momentum Hasil darab jisim dengan halaju.

Prinsip Keabadian Jumlah momentum sebelum perlanggaran sentiasa sama dengan jumlah momentum selepas
Momentum perlanggaran.

Diabadikan Nilai sebelum adalah sama dengan nilai selepas.

Daya Kesan tindakan ke atas objek yang boleh mengubah saiz, bentuk, keadaan dan arah
gerakannya.

Daya Paduan Daya bersih yang tunggal bertindak ke atas objek hasil penambahan vektor dua atau lebih
daya.

Leraian Daya Daya tunggal dileraikan kepada dua komponen yang saling berserenjang iaitu mengufuk dan
mencancang.

Daya Seimbang Daya paduan adalah sifar.

Daya Tidak Terdapat daya paduan yang bertindak ke atas objek.


Seimbang

Hukum Newton Pecutan berkadar terus dengan daya paduan dan berkadar songsang dengan jisim.
Kedua

Hukum Newton Setiap tindakan terdapat daya tindak balas yang sama magnitud tetapi bertentangan arah.
Ketiga

Impuls Perubahan momentum.

Daya Impuls Kadar perubahan momentum yang berlaku dalam masa singkat.

Graviti Daya tarikan yang bertindak antara zarah.

Medan graviti Kawasan yang mengalami daya tarikan graviti.

Jatuh Bebas Objek yang jatuh di bawah daya tarikan graviti tanpa pengaruh daya luar.

Vakum Ruang yang tidak mengandungi jirim.

Jirim Sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.


Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Jisim Kuantiti jirim dalam objek.

Berat Daya akibat tindakan graviti ke atas objek.

Kerja Hasil darab sesaran dengan daya yang selari dengan arah sesaran.
Tenaga Keupayaan sistem melakukan kerja.

Tenaga Kinetik Tenaga objek yang disebabkan pergerakannya.

Tenaga Keupayaan Tenaga yang disebabkan oleh kedudukan atau ketinggian.


Graviti

Tenaga Keupayaan Tenaga yang tersimpan dalam objek kenyal.


Kenyal

Tenaga Keupayaan Tenaga yang dibekalkan oleh sumber kepada semua komponen elektrik dalam suatu litar.
Elektrik

Tenaga Kimia Tenaga yang tersimpan dalam ikatan kimia.

Tenaga Haba Tenaga yang dibebaskan oleh objek panas.

Tenaga Bunyi Tenaga yang dihasilkan oleh objek bergetar.

Tenaga Nuklear Tenaga yang dibebaskan oleh pembelahan atau pelakuran nuklear.

Prinsip Keabadian Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan tetapi boleh berubah daripada satu bentuk ke
Tenaga bentuk yang lain.

Kuasa Kadar perubahan kerja atau tenaga.

Kecekapan Peratusan tenaga input yang telah ditukar menjadi tenaga yang berguna.

Kekenyalan Kebolehan bahan kembali ke bentuk asalnya apabila daya yang dikenakan kepada bahan itu
dialihkan.

Hukum Hooke Pemanjangan spring berkadar terus dengan daya yang dikenakan selagi tidak melebihi had
kenyal.

Had Kenyal Had di mana bahan tidak dapat kembali ke bentuk asalnya apabila daya yang dikenakan
kepada bahan itu dialihkan.

BAB 3 DAYA DAN TEKANAN

Tekanan Daya yang bertindak secara normal per unit luas permukaan sentuhan.
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Tekanan Dalam Tekanan yang disebabkan oleh berat cecair.


Cecair

Tekanan Gas Tekanan yang disebabkan oleh perlanggaran antara molekul-molekul gas juga dengan
dinding bekas tertutup.

Tekanan Atmosfera Tekanan yang disebabkan oleh berat udara dalam lapisan atmosfera.
Altitud Paras ketinggian.

Ketumpatan Jisim per unit isipadu.

Barometer Alat untuk mengukur tekanan atmosfera.

Manometer Alat untuk mengukur tekanan gas yang rendah.

Tolok Bourdon Alat untuk mengukur tekanan gas.

Prinsip Pascal Tekanan yang dikenakan pada bendalir dalam bekas tertutup dipindahkan secara seragam ke
semua bahagian bendalir.

Daya Apungan Daya yang bertindak ke arah atas akibat daripada objek yang tenggelam sebahagian atau
sepenuhnya di dalam bendalir.

Prinsip Archimedes Apabila objek terendam sebahagian atau sepenuhnya dalam bendalir, ia mengalami daya
apungan yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.

Hidrometer Alat untuk mengukur ketumpatan cecair.

Prinsip Bernoulli Apabila laju aliran bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir itu berkurang dan
sebaliknya.

Aerodinamik Bentuk larus di hadapan.

Bendalir Benda yang boleh mengalir sama ada dalam bentuk cecair atau gas.

BAB 4 HABA

Haba Tenaga yang dipindahkan daripada objek panas kepada objek sejuk.

Suhu Darjah kepanasan objek.

Keseimbangan Dua objek dalam sentuhan terma di mana tiada pemindahan haba bersih berlaku dan kedua-
Terma duanya mempunyai suhu yang sama.

Penentukuran Menentukan ukuran skala termometer baharu yang belum mempunyai sebarang skala.
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Termometer

Muatan Haba Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu bahan sebanyak 1°C.

Muatan Haba Tentu Kuantiti haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 kg bahan sebanyak 1°C.

Haba Pendam Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah fasa bahan pada suhu malar.

Haba Pendam Tentu Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah fasa 1 kg bahan pada suhu malar.

Haba Pendam Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah fasa bahan antara pepejal dan cecair pada
Pelakuran suhu malar.

Haba Pendam Kuantiti haba yang diperlukan untuk mengubah fasa bahan antara cecair dan gas pada suhu
Pengewapan malar.

Teori Kinetik Gas Dalam bekas tertutup, bilangan molekul adalah tetap dan bergerak secara rawak. Molekul-
molekul berlanggar antara satu sama lain dan juga berlanggar dengan dinding bekas. Purata
tenaga kinetik berkadar terus dengan suhu gas itu.

Suhu Mutlak Suhu yang diukur pada skala Kelvin.

Hukum Boyle Tekanan gas berkadar songsang dengan isipadu gas di mana suhu mutlak gas adalah malar.

Hukum Charles Isipadu gas berkadar terus dengan suhu mutlak gas di mana tekanan gas adalah malar.

Hukum Tekanan Tekanan gas berkadar terus dengan suhu mutlak gas di mana isipadu gas adalah malar.

BAB 5 CAHAYA

Garis Normal Garis khayalan yang bersudut tegak dengan satah.

Sinar Tuju Sinar cahaya yang menuju ke satah.

Sudut Tuju Sudut di antara sinar tuju dengan garis normal.

Sinar Pantulan Sinar cahaya yang dipantul balik dari cermin.

Sudut Pantulan Sudut di antara sinar pantulan dengan garis normal.

Cermin Satah Cermin dengan permukaan rata.

Hukum Pantulan Sinar tuju, sinar pantulan dan garis normal berada pada satah yang sama. Sudut pantulan
adalah sentiasa sama dengan sudut tuju.

Cermin Lengkung Cermin dengan permukaan melengkung.


Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Cermin Cekung Cermin penumpu yang melengkung ke dalam.

Cermin Cembung Cermin pencapah yang melengkung ke luar.

Paksi Utama Garis lurus yang melalui pusat lengkungan dan kutub cermin / kanta.

Pusat Lengkungan Pusat sfera yang membentuk cermin melengkung.

Titik Fokus Titik di mana semua sinar cahaya tertumpu ke atasnya.

Panjang Fokus Jarak di antara titik fokus dengan kutub cermin / kanta.
Pembiasan Cahaya Pembengkokan cahaya di sempadan apabila cahaya merambat dari suatu medium ke
medium yang lain.

Hukum Snell Sinar tuju, sinar biasan dan garis normal terletak dalam satu satah. Nisbah sinus sudut tuju
kepada sinus sudut biasan ialah suatu pemalar.

Sudut Genting Sudut tuju dalam medium yang lebih tumpat dan sudut biasannya dalam medium kurang
tumpat adalah 90° dengan garis normal.

Pantulan Dalam Cahaya merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dan
Penuh sudut tujunya melebihi sudut genting.

Kanta Cembung Kanta penumpu yang melengkung ke luar.

Kanta Cekung Kanta pencapah yang melengkung ke dalam.

Imej Nyata Imej yang terbentuk boleh dilihat pada skrin.

Imej Maya Imej yang terbentuk boleh dilihat tetapi tidak dapat dipaparkan pada skrin.

Kuasa Kanta Keupayaan kanta untuk menumpu atau mencapah.

Pembesaran Linear Nisbah saiz imej dengan saiz objek atau nisbah jarak imej dengan jarak objek.

BAB 6 GELOMBANG

Gelombang Gangguan daripada sumber bergetar atau berayun yang mempunyai pergerakan ulang-alik.

Gelombang Zarah-zarah medium bergetar secara serenjang dengan arah perambatan gelombang.
Melintang

Gelombang Zarah-zarah medium bergetar secara selari dengan arah perambatan gelombang.
Membujur
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Puncak Titik gelombang dengan sesaran positif maksimum.

Lembangan Titik gelombang dengan sesaran negatif maksimum.

Muka Gelombang Garisan khayalan yang menyambung titik-titik gelombang yang berada dalam fasa yang
sama.

Ayunan Lengkap Objek bergerak dari suatu kedudukan dan kembali ke kedudukan itu semula.

Kedudukan Kedudukan objek di mana daya paduan adalah sifar.


Keseimbangan

Amplitud Sesaran maksimum daripada kedudukan keseimbangannya.

Tempoh Masa yang diambil untuk membuat satu ayunan lengkap.

Frekuensi Bilangan ayunan lengkap dalam masa satu saat.

Panjang Gelombang Jarak di antara dua titik berturutan yang berada dalam fasa yang sama.

Pelembapan Sistem ayunan kehilangan tenaga ke sekeliling yang menyebabkan amplitud berkurang.

Pelembapan Luar Pelembapan yang disebabkan oleh geseran atau rintangan udara.

Pelembapan Dalam Pelembapan yang disebabkan oleh mampatan dan regangan molekul dalam sistem.

Frekuensi Asli Frekuensi sistem yang berayun sendiri di mana tiada daya luar dikenakan ke atasnya.

Ayunan Paksa Daya luar yang dikenakan untuk membekalkan tenaga supaya sistem itu berayun secara
berterusan.

Resonans Sistem ayunan yang dipaksa berayun pada frekuensi aslinya lalu menerima penambahan
tenaga untuk menghasilkan amplitud yang maksimum.

Pantulan Keseluruhan atau sebahagian gelombang dibalikkan selepas melalui penghalang atau
Gelombang pemantul.

Tangki Riak Peralatan untuk mengkaji ciri-ciri gelombang dalam makmal.

Stroboskop Peralatan untuk membekukan pergerakan gelombang.

Pembiasan Perubahan arah perambatan atau pembengkokan gelombang disebabkan perubahan halaju
Gelombang apabila gelombang merambat dari suatu medium ke medium lain yang berbeza
ketumpatannya.

Pembelauan Penyebaran gelombang apabila melalui celah atau penghalang.


Gelombang
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Cahaya Cahaya yang hanya terdiri daripada satu warna dan satu panjang gelombang.
Monokromatik

Interferens Dua gelombang yang bertemu dan menghasilkan kesan gabungan.


Gelombang

Koheren Gelombang yang mempunyai amplitud, frekuensi dan perbezaan fasa yang sama.

Prinsip Superposisi Dua gelombang yang bertindih pada titik yang sama menghasilkan jumlah sesaran bagi
setiap gelombang individu pada titik itu.

Interferens Kesan superposisi dua puncak atau lembangan gelombang dari sumber koheren
Membina menghasilkan amplitud maksimum.

Interferens Kesan superposisi puncak dan lembangan gelombang daripada sumber yang koheren untuk
Memusnah menghasilkan amplitud sifar.

Antinod Titik di mana interferens membina terbentuk.

Nod Titik di mana interferens memusnah terbentuk.

Gelombang Bunyi Gelombang membujur atau gelombang mekanikal yang dihasilkan oleh getaran objek.

Kenyaringan Kekuatan bunyi yang dipengaruhi oleh amplitud.

Kelangsingan Ketajaman bunyi yang dipengaruhi oleh frekuensi.

Gelombang Gelombang bunyi berfrekuensi < 20 kHz.


Infrasonik

Gelombang Audio Gelombang bunyi berfrekuensi 20 Hz - 20 kHz yang dapat didengar oleh telinga normal
manusia.

Gelombang Gelombang bunyi berfrekuensi > 20 kHz.


Ultrasonik

Gema Bunyi yang berbalik.

SONAR Sound Navigation Ranging / Julat Navigasi Bunyi.

Gelombang Gelombang melintang yang terdiri daripada ayunan medan elektrik dan medan magnet
Elektromagnet berserenjang antara satu sama lain.

Spektrum Siri gelombang elektromagnet mengikut tertib panjang gelombang menurun atau frekuensi
Elektromagnet menaik.
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

BAB 7 KEELEKTRIKAN

Cas Elektrik Sumber daya elektrik.

Penjana Van De Peralatan untuk menghasilkan cas elektrostatik dalam makmal.


Graaff

Arus Elektrik Kadar pengaliran cas elektrik.

Elektrostatik Cas elektrik yang tidak bergerak.

Medan Elektrik Kawasan di mana cas mengalami daya elektrik.

Garis Medan Garisan berarah yang mewakili garis daya elektrik.


Elektrik

Neutral Bilangan cas positif sama dengan bilangan cas negatif.

Konduktor Elektrik Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Penebat Elektrik Bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

VLT Voltan Lampau Tinggi.

Beza Keupayaan Kerja atau tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan 1 Coulomb cas di antara dua titik.

Hukum Ohm Arus yang mengalir melalui konduktor elektrik berkadar terus dengan beza keupayaan jika
suhu dan sifat fizikalnya adalah tetap.

Rintangan Nisbah beza keupayaan konduktor kepada arus yang mengalir melaluinya.

Rintangan Berkesan Nilai rintangan yang setara hasil daripada gabungan beberapa perintang.

Reostat Perintang boleh laras di mana rintangannya boleh diubah untuk mengawal arus yang
mengalir.

Superkonduktor Konduktor di mana rintangannya sifar apabila suhu menurun kepada suhu genting.

Suhu genting Suatu keadaan genting yang berlaku apabila mencapai suhu tertentu.

Litar Sesiri Semua komponen disusun dalam satu lintasan.

Litar Selari Semua komponen disusun dalam dua atau lebih lintasan.

D.g.e Daya gerak elektrik iaitu jumlah tenaga yang dibekalkan kepada 1 Coulomb cas untuk
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

mengalir dalam suatu litar lengkap.

Rintangan Dalam Rintangan bagi tindak balas kimia di dalam sel.

BAB 8 KEELEKTROMAGNETAN

Elektromagnet Magnet sementara di mana kemagnetannya bergantung kepada kehadiran arus elektrik.

Medan Magnet Kawasan yang mengalami daya magnet.

Fluks Magnet Kekuatan garis magnet yang dihasilkan oleh magnet.

Solenoid Gegelung yang mempunyai lebih daripada satu lilitan.

Teras Besi Lembut Teras besi tulen.

Peraturan Menentukan arah medan magnet / kutub magnet.


Genggaman Tangan
Kanan
Geganti Komponen elektronik yang menyambungkan litar primer kepada litar sekunder.
Elektromagnet

Medan Lastik Medan magnet paduan yang mempunyai garis medan magnet yang diregang mengelilingi
konduktor.

Peraturan Tangan Menentukan arah daya magnet.


Kiri Fleming

Aruhan Penghasilan arus teraruh pada suatu konduktor dalam medan magnet yang berubah.
Elektromagnet

Peraturan Tangan Menentukan arah arus aruhan.


Kanan Fleming

Hukum Lenz Arus aruhan mengalir dalam arah yang menentang perubahan fluks magnet yang
menghasilkan arus aruhan itu.

Hukum Faraday Magnitud d.g.e. teraruh berkadar terus dengan kadar perubahan fluks magnet.

Arus Terus Arus yang mengalir dalam satu arah sahaja.

Arus Ulang-alik Arus yang mengalir pergi dan balik dalam arah yang bertentangan.

Komutator Komponen yang menyongsangkan arah pengaliran arus.

Gelang Gelincir Komponen yang dipasang dan diputarkan bersama aci.


Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Berus Karbon Komponen yang mengalirkan arus antara wayar pegun dan bahagian bergerak.

Transformer Komponen yang menaikkan atau menurunkan voltan a.u. melalui aruhan elektromagnet.

Gegelung Primer Gegelung yang disambungkan dengan voltan input.

Gegelung Sekunder Gegelung yang disambungkan dengan voltan output.

Transformer Injak Menaikkan voltan apabila bilangan lilitan gegelung sekunder melebihi primer.
Naik

Transformer Injak Menurunkan voltan apabila bilangan lilitan gegelung primer melebihi sekunder.
Turun

Transformer Unggul Tiada kehilangan tenaga berlaku semasa proses mengubah voltan dan memindahkan kuasa.

Arus Pusar Arus aruhan yang berputar dalam suatu konduktor.

Rangkaian Grid Rangkaian kabel yang menyambungkan semua stesen kuasa kepada pengguna dalam satu
Nasional sistem rangkaian tertutup.

BAB 9 ELEKTRONIK

Pancaran Termion Proses pembebasan elektron daripada permukaan logam yang dipanaskan.

Sinar Katod Alur elektron yang bergerak pada halaju yang tinggi.

Tiub Vakum Tiub kaca yang telah divakumkan daripada molekul-molekul udara.

Anod Elektrod positif.

Katod Elektrod negatif.

Pendarflour Proses penukaran tenaga kinetik alur elektron kepada tenaga cahaya.

Osiloskop Sinar Peralatan yang menukarkan isyarat elektrik kepada imej yang dapat dipaparkan pada skrin.
Katod

Grid Kawalan Mengawal kecerahan dengan cara mengawal bilangan elektron yang boleh melaluinya.

Anod Memfokus Mengawal ketajaman dengan cara memfokuskan elektron supaya membentuk alur yang
halus.

Plat-Y Memesongkan alur elektron secara menegak.

Plat-X Memesongkan alur elektron secara mengufuk.


Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Lapisan Grafit Membumikan elektron yang menghentam skrin.

Anjakan-X Melaraskan kedudukan mengufuk tompok cahaya pada skrin.

Anjakan-Y Melaraskan kedudukan menegak tompok cahaya pada skrin.

Gandaan-Y Mengawal amplitud pemesongan tompok cahaya secara menegak.

Dasar Masa Mengawal frekuensi pemesongan tompok cahaya secara mengufuk.

P.m.k.d Punca min kuasa dua.

Semikonduktor Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik lebih baik daripada penebat tetapi kurang baik
daripada konduktor.

Semikonduktor Semikonduktor tulen tanpa kewujudan atom bendasing dalam struktur atom.
Intrinsik

Semikonduktor Semikonduktor tidak tulen dengan kewujudan atom bendasing dalam struktur atom.
Ekstrinsik

Pendopan Proses menambahkan atom bendasing ke dalam struktur atom untuk meningkatkan
kekonduksiannya.
Atom Trivalen Atom yang mempunyai tiga elektron di petala luar.

Atom Pentavalen Atom yang mempunyai lima elektron di petala luar.

Semikonduktor Elektron bebas adalah pembawa cas majoriti apabila didopkan.


Jenis-n

Semikonduktor Lohong adalah pembawa cas majoriti apabila didopkan.


Jenis-p

Elektron Bebas Elektron lebihan yang tidak terikat dalam ikatan kovalen.

Lohong Lohong yang bercas positif.

Diod Semikonduktor Peranti yang dibuat daripada simpang p-n iaitu cantuman semikonduktor jenis-p dan jenis-n.

Lapisan Susutan Lapisan di tengah (simpang) antara cantuman semikonduktor jenis-p dan jenis-n yang
mempunyai kerintangan yang tinggi.

Voltan Simpang Beza keupayaan yang menghalang pembawa cas merentasi simpang.

Pincang Ke Depan Arus dapat mengalir melalui diod.


Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Pincang Songsang Arus tidak dapat mengalir melalui diod.

Diod Peranti yang membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.

Rektifier Peranti yang menukarkan arus ulang-alik kepada arus terus.

Rektifikasi Proses penukaran arus ulang-alik kepada arus terus dengan menggunakan diod.

Rektifikasi Proses membenarkan arus mengalir satu arah dalam separuh kitaran sahaja.
Gelombang Separuh

Rektifikasi Proses membenarkan arus mengalir satu arah pada kedua-dua separuh kitaran arus ulang-
Gelombang Penuh alik.

Rektifier Tetimbang Sambungan empat diod dalam rektifikasi gelombang penuh.

Kapasitor Menyimpan dan menyah cas elektrik untuk meratakan arus yang direktifikasi.

Transistor Perintang boleh ubah yang mengawal arus dan beza keupayaan dalam litar elektronik.

Pengeluar (E) Membekalkan pembawa cas.

Tapak (B) Mengawal aliran pembawa cas antara pengeluar dan pengumpul.

Pengumpul (C) Menerima pembawa cas.

Transistor n-p-n Arus mengalir dari C ke E.

Transistor p-n-p Arus mengalir dari E ke C.

Penguat Arus Menguatkan arus yang kecil dengan membenarkannya mengawal arus yang besar.

Gandaan Arus Nisbah antara arus pengumpul dengan arus tapak.

Mikrofon Menukarkan gelombang bunyi kepada arus ulang-alik.

Pembesar Suara Menukarkan arus ulang-alik kepada gelombang bunyi.

Pembahagi Voltan Beza keupayaan dibahagikan melalui sambungan dua perintang secara sesiri.

PPC Perintang peka cahaya di mana rintangannya tinggi dalam keadaan gelap.

Termistor Perintang peka haba di mana rintangannya tinggi dalam keadaan suhu rendah.

Get Logik Litar elektronik yang mempunyai satu atau lebih input tetapi hanya mempunyai satu output.

Jadual Kebenaran Jadual yang menyenaraikan semua kemungkinan input dan output get logik.
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Algebra Boolean Ungkapan yang meringkaskan operasi get logik.

Sistem Binari ‘0’ mewakili 0 V dan ‘1’ mewakili voltan bukan sifar.

Get DAN Output dihidupkan jika kedua-dua input dalam keadaan tertutup.

Get ATAU Output dihidupkan jika salah satu atau kedua-dua input dalam keadaan tertutup.

Get TAK Output dihidupkan jika input dalam keadaan terbuka.

Get TAKDAN Output dimatikan jika kedua-dua input dalam keadaan tertutup.

Get TAKATAU Output dimatikan jika salah satu atau kedua-dua input dalam keadaan tertutup.

BAB 10 KERADIOAKTIFAN

Nukleus Terdiri daripada proton dan neutron.

Nukleon Proton dan neutron.

Proton Zarah bercas positif.

Elektron Zarah bercas negatif.

Neutron Tidak mempunyai sebarang cas.

Nombor Nukleon Jumlah bilangan proton dan neutron dalam nukleus.

Nombor Proton Bilangan proton dalam nukleus.

Nuklid Struktur atom yang mempunyai nombor nukleon dan nombor proton tersendiri.

Isotop Struktur atom yang mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang
berbeza.

Radioisotop Isotop tidak stabil yang mereput dan membebaskan sinaran radioaktif.

Keradioaktifan Reputan spontan nukleus tidak stabil untuk menjadi lebih stabil dengan membebaskan
sinaran radioaktif.

Proses Spontan Proses yang tidak dipengaruhi oleh faktor luaran seperti suhu, tekanan, medan elektrik dan
medan magnet.

Sinaran Radioaktif Zarah bertenaga atau foton seperti zarah alfa, zarah beta dan sinar gama.
Cikgu Fauzie 012 - 229 6440

Reputan Radioaktif Proses perubahan nukleus tidak stabil untuk menjadi lebih stabil dengan membebaskan
sinaran radioaktif.

Separuh Hayat Masa yang diambil untuk keradioaktifan berkurang menjadi separuh daripada yang asal.

Zarah Alfa Nukleus Helium.

Zarah Beta Elektron bertenaga tinggi.

Sinar Gama Gelombang elektromagnet.

Lencana Sinaran Pengesan radioaktif di mana bahagian filem yang terdedah kepada sinaran radioaktif
menjadi gelap.

Tiub Geiger-Muller Pengesan radioaktif di mana meter kadar yang dipasang menunjukkan kadar pembilangan.

Kebuk Awan Pengesan radioaktif di mana runut dihasilkan dengan ciri-ciri tertentu.

Pembilang Bunga Pengesan radioaktif di mana bunga api terhasil dan didengar antara kasa dawai dan dawai di
Api bawahnya.

u.j.a. Unit jisim atom iaitu satu per dua belas daripada jisim satu atom karbon-12.

Pembelahan Pembelahan satu nukleus yang berat kepada dua nukleus yang lebih ringan.
Nukleus

Tindak Balas Tindak balas berterusan di mana hasil tindak balas boleh memulakan tindak balas lain yang
Berantai serupa.

Jisim Genting Jisim minimum untuk mengekalkan tindak balas berantai.


Pelakuran Nukleus Gabungan dua nukleus yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat.

Cacat Jisim Jisim yang hilang di mana jisim tersebut telah berubah menjadi tenaga.

Kesan Somatik Berlaku kepada individu yang terdedah kepada sinaran dan tahap kemudaratan bergantung
kepada dos sinaran yang diterima.

Kesan Genetik Mempengaruhi sel pembiakan dan menyebabkan kecacatan pada zuriat.

You might also like