Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN MAMBAU,

70300 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN


…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)


BILANGAN SATU TAHUN 2019

Tarikh : 7 Januari 2019


Hari : Isnin
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :

1. Pn. Noormaah Binti Hj. Mansor Guru Besar


2. Pn. Yusnita Binti Mohamad PK Pentadbiran
3. En. Zaifullah Bin Zainal Abidin PK Hem
4. Pn. Yussahrina Binti Md.Yusop
5. Pn. Hasnah Binti Hamid
6. Pn. Siti Hanisah Binti Zamzam
7. En. Ridzham Amir Bin Riduan
8. Pn. Fatimah Binti Hj. Ghapal Pencatat Minit

1. Perutusan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AKP ke Mesyuarat Pengurusan Anggota


Kumpulan Pelaksana (AKP) Bilangan 1 Tahun 2019.

1.2 Ucapan tahniah buat semua AKP SK Mambau kerana telah melaksanakan kerja dengan
baik awal tahun.

2. Pengesahan minit

Tiada

3. Perkara Berbangkit

Tiada
4. Perkara yang Dibincangkan

4.1 Pengerusi melantik Pn.Yussahrina menjadi Ketua Anggota Kumpulan Pelaksana


(AKP).

4.2 Pembantu Tadbir akan memasukkan data kehadiran guru dalam APDM setiap pagi.

Tindakan : Makluman
PT

4.3 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) perlu menghantar buku Catatan Kerja Harian
ke pejabat.

4.4 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) perlu berada di Tapak Perhimpunan bersama
murid untuk Perhimpunan Pagi pada setiap hari Isnin. Setiap Program Sekolah PPM
perlu berada bersama murid.
Tindakan : Makluman PPM

4.5 Juruteknik Komputer perlu kerap ke Makmal Bahasa dan pejabat untuk membantu
pihak pengurusan dan guru dalam hal-hal berkaitan komputer.

4.6 Juruteknik Komputer perlu mencatat data kehadiran guru dan kakitangan yang
datang lewat setiap hari melalui sistem TMS puch card.
Tindakan : Makluman JTK

4.7 Pembantu Am Pejabat akan mengambil alih tugasan memasukkan data kehadiran
murid dalam APDM. Semua guru perlu menghantar data maklumat kehadiran murid
kepada Pembantu Am Pejabat sebelum jam 8.45 pagi setiap hari.

4.8 Pembantu Am Pejabat juga akan membantu kerja HEM bagi memantau pekerja-
pekerja swasta di pihak sekolah. En.Amir juga perlu memastikan semua JAGA
sentiasa memakai uniform kerja dan perlu memastikan JAGA sentiasa berada di
pondok JAGA.
Tindakan : PAP

4.9 Semua AKP perlu sertai setiap Program Sekolah. Semasa cuti sekolah atau cuti
selepas perayaan semua AKP bercuti secara bergilir kerana pejabat tidak bolih
ditinggalkan kosong. Jika Pembantu Tadbir atau PO bercuti atau tiada di pejabat
PPM akan berada dan membantu di pejabat sekolah.

4.10Semua AKP perlu mengisi borang cuti manual dan online seminggu sebelum bercuti
dan serahkan kepada PT serta maklumkan kepada Pihak Pentadbir. AKP perlu tulis
nama sendiri di papan putih pejabat.
4.11 Puan Yusnita memaklumkan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) perlu diisi
mengikut ketetapan yang telah ditetapkan.

4.12Puan Yusnita juga meminta AKP yang hendak bercuti memaklumkan kepadanya
setelah mengisi dalam sistem HRMIS untuk disokong . Kelulusan cuti mestilah
diperoleh oleh Guru Besar.

5. Hal-hal lain

Cuti Gantian AKP masa dikumpulkan 9 jam.

6. Ucapan Pengguhan

6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat kali ini dengan harapan semua AKP dapat
menjalankan tugasan dengan lebih efisyen.

6.2 Mesyuarat Pengurusan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bilangan Satu Tahun
2019 ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

6.3 Mesyuarat Pengurusan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bilangan Dua Tahun
2019 akan diadakan pada 17 Jun 2019 / pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Disediakan oleh ,

……………………………………………………
(FATIMAH BINTI HJ.GHAPAL)
Pencatat Mesyuarat Pengurusan Anggota Kumpulan (AKP)
Bilangan Satu Tahun 2019
Bertarikh 15 Januari 2019

You might also like