Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (RTBK) PONDOK TANJONG,

34130 Kubu Gajah,


Selama,
Perak Darul Ridzuan.

Kod Sekolah: ABA6050


No. Tel/Faks: 05-8392314
E-mel: ABA6050@1bestarinet.yes.my

Ruj. Kami : ABA6050/800/08/003(04)


Tarikh : 05/08/2019
Pengurus,
Penang 3D Trick Art Museum,
10 Lebuh Penang,
George Town,
10200 George Town,
Pulau Pinang.

Tuan,
LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling SK. RTBK akan mengadakan satu lawatan sambil belajar ke
Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan am murid serta melihat
tempat-tempat ilmiah, menarik dan bersejarah. Salah satu destinasi yang ingin kami kunjungi ialah
Penang 3D Trick Art Museum.

3. Berikut adalah maklumat lengkap lawatan tersebut:-


Hari : Sabtu
Tarikh : 28/9/2019
Masa : 2.00 pm
Bilangan murid : 40 orang
Guru Pengiring : 4 orang

4. Diharap pihak tuan dapat menerima kunjungan kami dan sudi memberi potongan harga
tiket masuk kepada murid-murid sekolah ini. Sebarang pertanyaan tuan boleh hubungi pihak
sekolah atau Pn. Suzana bt. Sulaiman ditalian 011-10759974.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................
(NURHAIDAWATI BT. RAMLI)
Guru Besar.

ILMU, SULUH, HIDUP

You might also like