Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MESYUARAT PERSEDIAAN PROGRAM SRS

DEKAT DI HATI KRT KAMPUNG LUPAK


(BIL 2/13)

Tarikh : 28 Februari 2013


Hari : Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat: Bilik Gerakan Kg Lupak
Kehadiran :

1. Hj. Jaafar b. Asin (Pengerusi)


2. Hj. Mijin b. Musah (Bendahari)
3. Zulkifli b. Kamar (Setiausaha)
4. Dully Lunggi
5. Mat Juri Liman
6. Muslim b. Hj Amsah
7. Rimen b. Sulaiman
8. Limin b. Tahir
9. Sulin b. Rusneh
10. Loknih Gabok
11. John Agustine
12. Mattasim Paun
13. Samneh Anzmah
14. Hanin Okrih
15. Zuari Jandreh
16. Musnin Okrih
17. Laidin b. Jaafar
18. Julianah Okrih
19. Rossimah bt Samih
20. Samalih Sanawang
21. Hj Johari Samih
22. Hakman Jisrin

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli KRT yang terlibat
dalam kehadiran mesyuarat kali ini.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa KRT Kampung Lupak telah diberikan
penghormatan sebagai tuan rumah bagi Program SRS Dekat Di Hati
peringkat Daerah Beaufort yang akan diadakan pada 9 Mac 2013.
1.3 Beliau turut menjelaskan bahawa semua SRS daerah Beaufort dan Sipitang
akan turut terlibat dalam program kali ini.
2.0 Agenda Mesyuarat Program SRS Dekat Di Hati

2.1 Pengerusi menjelaskan bahawa Program SRS dekat di hati adalah program
di bawah agensi kerajaan iaitu Jabatan Perpaduan Negara. Program ini
juga akan melibatkan pihak Polis, RELA dan pemimpin setempat.
2.2 Pengerusi menyatakan bahawa program ini akan dijalankan pada tarikh 9
Mac 2013.
2.3 Pengerusi turut menjelaskan secara ringkas mengenai perjalanan program
SRS dekat di hati. Program ini akan dimulakan dengan ceramah
keselamatan yang akan disampaikan oleh agensi keselamatan iaitu pihak
polis. Setelah itu rondaan SRS bersama pemimpin akan singgah ke rumah
warga emas terpilih. Akhir sekali rondaan berakhir dengan kembali ke
dewan Kampung Lupak.
2.4 Pengerusi telah memutuskan bahawa sebanyak enam buah rumah warga
emas akan dipilih untuk program kali ini dan membuka cadangan.

2.4.1 En Mat Juri Liman telah mencadangkan rumah En Daham b.


Anggung dan disokong oleh En. Samneh Anzmah.
2.4.2 En. John Agustine telah mencadangkan rumah En. Maidin b.
Agung dan En. Anew bt Agung dan disokong oleh En Hanin
Okrih.
2.4.3 En. Musnin Okrih telah mencadangkan rumah En. Sanawang b.
Basar dan disokong oleh En. Laidin Jaafar.
2.4.4 En. Sulin Rusnih telah mencadangkan rumah Puan Sanah bt Hj.
Salleh dan rumah Puan Serayah bt Basar dan disokong oleh En
Mattasim Paun.

2.5 Pengerusi menjelaskan bahawa semasa rondaan bersama pemimpin ke


rumah-rumah warga emas yang terpilih setiap rumah akan menerima
bantuan berupa barang-barang makanan yang akan disampaikan oleh Yang
Berhormat Datuk Kamarlin b. Hj Ombi.
2.6 Pengerusi turut mengingatkan bahawa anggota Rela dan SRS yang terlibat
dengan rondaan perlulah memakai pakaian Uniform penuh untuk RELA
dengan lengkap dan anggota SRS memakai jeket khas yang akan
dibekalkan kepada mereka semasa rondaan itu nanti.
2.7 Pengerusi menyatakan bahawa Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam
program ini ialah semua ahli KRT lupak.

3.0 Pengeluaran Wang KRT Lupak

3.1 Laporan Kewangan

3.1.1 Tuan Hj. Mijin Musah selaku bendahari KRT menjelaskan


bahawa terdapat sejumlah RM 15’000.00 wang di dalam akaun
KRT Kampung Lupak. Jumlah wang yang ada cukup untuk
menjalankan program SRS Dekat di Hati ini.
3.1.2 Pengerusi dan Bendahari seterusnya meminta cadangan jumlah
pengeluaran wang sebagai kos menganjurkan program SRS
Dekat di Hati.
3.1.3 En. Dully Lunggi mencadangkan sebanyak RM 5000.00 perlu
dikeluarkan sebagai belanja menganjurkan program ini.
Cadangan ini disokong oleh En Mat Juri Liman.
3.1.4 Pengerusi memutuskan bahawa semua kos perbelanjaan
diputuskan dalam mesyuarat ini.

3.2 Perbelanjaan dan Kos Program

3.2.1 En Sulin Rusneh menyatakan bahawa beberapa perkara penting


yang melibatkan perbelanjaan dalam program ini iaitu, makan
dan minum, barang-barang sumbangan, P.A Sistem, banner,
cenderahati dan gotong-royong dan kos luar jangka.

3.2.2 En Dully Lunggi mencadangkan bahawa kos makan dan


minum adalah sebanyak RM 4000.00. RM 3000.00 adalah kos
makan dan minum kepada tetamu yang hadir untuk jangkaan
300 orang tetamu. Manakala RM 1000.00 adalah kos makan
dan minum untuk tetamu khas dan VIP untuk jangkaan 40
orang.
3.2.3 Pengerusi mencadangkan sebanyak RM 500.00 wang
diperuntukkan untuk belanja barang-barang sumbangan semasa
ziarah warga emas bersama pemimpin.
3.2.4 En Sulin Rusneh mencadangkan sebanyak RM 250.00 untuk
kos banner.
3.2.5 En Mat Juri Liman menyatakan untuk perbelanjaan sewaan P.A
Sistem sebanyak RM 250.00 diperlukan manakala kos
cenderahati sebanyak 250.00.
3.2.6 En Musnin Okrih menyatakan sebanyak RM 100.00 diperlukan
untuk belanja gotong-royong dan kos luar jangka.
3.2.7 Pengerusi memutuskan untuk menerima cadangan kos dan
menyatakan akan mengusahakan kos perbelanjaan yang
melebihi kewangan sedia ada. Berikut adalah cadangan
perbelanjaan bagi Program SRS Dekat di Hati;

i. Makan dan minum – RM 4000.00


ii. Barang-barang sumbangan ziarah – RM 500.00
iii. Banner – RM 250.00
iv. P.A Sistem – RM 250.00
v. Cenderahati – RM 250.00
vi. Goyong-royong dan kos luar jangka – RM 100.00

Jumlah keseluruhan = RM 5350.00

4.0 Hal-hal lain


4.1 En Mattasim Paun mencadangkan agar diusahakan baju khas program
untuk kegunaan petugas dan AJK. Cadangan disokong oleh En Samneh
Anzmah.
4.2 En John Agustine mencadangkan bahawa surat makluman kepada individu
yang terlibat rumah mereka diziarahi oleh YB Kamarlin Hj Ombi sebagai
makluman persediaan.
4.3 En Dully Lunggi menyarankan agar diadakan program yang melibatkan
pembangunan ekonomi dan kemahiran kepada penduduk kampung. Ianya
bertujuan memberikan pendedahan kepada penduduk kampung dan
memperbaiki taraf hidup sedia ada.
4.4 En Hanin Okrih mencadangkan diadakan aktiviti cabutan tiket bertuah
bertujuan memeriahkan lagi suasana program SRS Dekat di Hati. Di
samping itu juga bagi menarik minat belia dan remaja beliau turut
mencadangkan agar diadakan pertandingan sukan dan permainan.
Sehubungan dengan cadangan tersebut beliau turut mencadangkan bahawa
hadiah bagi cabutan bertuah dan pertandingan sukan dan permainan
tersebut diperoleh melalui sumbangan. Cadangan ini dipersetujui oleh En
Dully Lunggi.
4.5 En Raimen b. Sulaiman meminta pengerusi menyatakan jumlah anggota
RELA yang bertugas dan yang turut serta dalam rondaan tersebut.
Pengerusi memberi respon sehingga 10 orang anggota RELA lengkap
dengan pakaian diperlukan dalam rondaan tersebut.
4.6 En Mat Juri Liman terlebih dahulu menyatakan terima kasih atas
sumbangan KRT dalam Biro Pendidikan dan menyatakan komitmen penuh
dalam biro tersebut sekiranya sumbangan yang sedia ada berterusan.
4.7 Tn. Hj Mijin Musah menyatakan perlunya seorang pengacara majlis untuk
mengendalikan program tersebut. En Sulin Rusneh mencadangkan En
Majalim b.Manan adalah orang yang sesuai dan disokong oleh En Hanin
Okrih.

5.0 Penutup
5.1 Mesyuarat di tangguhkan pada jam 9.50 malam.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

______________________ ______________________
(ZULKIFLI BIN KAMAR) (TN. HJ JAAFAR B. ASIN)
Setiusaha Pengerusi
KRT Kg Lupak KRT Kg Lupak

You might also like