Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 266

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

MPU2213/MPU3213
Bahasa Kebangsaan A

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MPU2213/
MPU3213
BAHASA
KEBANGSAAN A
Prof Madya Dr Yousof @ Saat Md Yasin

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil
Prof Madya Dr Chung Han Tek
Open University Malaysia

Penulis Modul: Prof Madya Dr Yusof @ Saat Md Yasin

Penyederhana: Lt Kol (B) Hamid Awang


Open University Malaysia

Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi


Open University Malaysia

Edisi Pertama, Disember 2008


Edisi Kedua, Ogos 2013 (rs)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Ogos 2013, MPU2213/MPU3213


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-
mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia
(OUM).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Isi Kandungan
Panduan Kursus vi-xvii

Topik 1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 1


1.1 Asal Usul Bahasa Melayu 2
1.1.1 Bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia 6
1.1.2 Bahasa Melayu pada Zaman Sriwijaya 8
1.2 Sejarah Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di Nusantara 10
1.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perdagangan 12
1.2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan 15
Bahasa Rasmi
1.2.3 Bahasa Melayu dan Penyebaran Agama Islam 20
Rumusan 22
Kata Kunci 23

Topik 2 Dasar Bahasa 24


2.1 Bahasa Melayu dan Peranan 25
2.1.1 Bahasa Melayu Sebelum Merdeka 27
2.1.2 Dasar Bahasa Kebangsaan 29
2.1.3 Bahasa Pengantar Sistem Pendidikan 30
2.2 Fungsi Bahasa Melayu 32
2.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan 33
2.2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik 35
2.2.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi 36
2.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Urusan Perniagaan 37
2.3 Kedudukan dan Taraf Bahasa Melayu 37
2.3.1 Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan 38
2.3.2 Akta Bahasa Kebangsaan 40
2.3.3 Akta Pendidikan 41
Rumusan 44
Kata Kunci 44

Topik 3 Sistem Bahasa Baku 45


3.1 Sejarah Bahasa Baku di Malaysia dan di Indonesia 46
3.2 Sejarah Ejaan Bahasa Melayu di Malaysia dan Indonesia 47
3.2.1 Ejaan Bahasa Melayu di Indonesia sebelum 48
Ejaan Baku diperkenalkan
3.2.2 Ejaan yang digunakan di Malaysia sebelum Ejaan 50
Baku diperkenalkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


iv  ISI KANDUNGAN

3.2.3 Sistem Ejaan Bahasa Melayu Terkini 53


3.3 Panduan Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu 54
3.3.1 Huruf 54
3.3.2 Huruf Vokal 55
3.3.3 Huruf Diftong 57
3.3.4 Huruf Konsonan 57
3.3.5 Perubahan Lima Huruf Konsonan daripada Ejaan 59
Rumi Lama kepada Ejaan Rumi Sekarang
3.3.6 Penghapusan Tanda Koma di Atas 60
3.3.7 Keselarasan Vokal 61
3.3.8 Contoh Bentuk Kesalahan yang Tidak 64
Mengikut Keselarasan Vokal
3.3.9 Ejaan Perkataan-perkataan yang Dipinjam 68
daripada Bahasa Jawa dan Bahasa Inggeris
3.3.10 Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Inggeris 70
3.3.11 Pola Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Inggeris 71
3.3.12 Kata Ganti Singkat „ku‰, „kau‰, „mu‰ dan „nya‰ 75
3.3.13 Pengejaan dan Penulisan „di‰ dan „ke‰ sebagai 77
Kata Awalan dan Kata Sendi
3.3.14 Pengejaan dan Penulisan Kata-kata yang Berakhir 79
dengan „-i‰, „-an‰ dan „-kan‰
3.4 Usaha untuk Melaksanakan Sebutan Baku 80
3.4.1 Prinsip Sebutan Baku 82
3.4.2 Sebutan Baku Bahasa Melayu 82
Rumusan 86
Kata Kunci 86

Topik 4 Tatabahasa 87
4.1 Definisi Tatabahasa 88
4.1.1 Mengapa Anda Perlu Belajar Tatabahasa? 88
4.2 Bidang Tatabahasa 89
4.2.1 Imbuhan 89
Rumusan 101
Kata Kunci 102

Topik 5 Ayat Bahasa Melayu 103


5.1 Definisi Ayat 104
5.2 Binaan Ayat 105
5.2.1 Ayat Dasar 105
5.2.2 Pola Ayat 106
5.2.3 Ayat Selapis 107
5.2.4 Frasa 113
5.2.5 Klausa 113

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  v

5.2.6 Ayat Majmuk 114


Rumusan 122
Kata Kunci 123

Topik 6 Jenis-jenis Ayat 124


6.1 Ayat Penyata 125
6.2 Ayat Perintah 125
6.2.1 Ayat Suruhan 126
6.2.2 Ayat Larangan 127
6.2.3 Ayat Silaan 127
6.2.4 Ayat Permintaan 128
6.3 Ayat Seruan 129
6.4 Ayat Tanya 129
6.4.1 Ayat Tanya tanpa Kata Tanya 130
6.4.2 Ayat Tanya dengan Kata Tanya 132
6.5 Intonasi dalam Ayat 135
6.6 Bentuk Ayat Tunggal 136
6.7 Susunan dalam Ayat 137
6.7.1 Susunan Biasa 137
6.7.2 Susunan Songsang 137
6.8 Pola-pola Ayat Tunggal 139
Rumusan 146
Kata Kunci 146

Topik 7 Ragam dan Laras Bahasa Melayu 147


7.1 Ragam Bahasa 147
7.1.1 Bentuk Formal 148
7.1.2 Bentuk Tidak Formal 148
7.2 Laras Bahasa 150
7.2.1 Laras Bahasa Akademik 151
7.2.2 Laras Bahasa Sastera 151
7.2.3 Laras Bahasa Sejarah/Ekonomi 152
7.2.4 Laras Bahasa Geografi 152
7.2.5 Laras Bahasa Perniagaan 153
7.2.6 Laras Bahasa Undang-undang 155
7.2.7 Laras Bahasa Pentadbiran dan Undang-undang 157
7.2.8 Laras Bahasa Media Massa 158
7.2.9 Laras Bahasa Agama 161
7.2.10 Laras Bahasa Sains dan Teknologi 163
7.2.11 Laras Bahasa Sukan 166
7.3 Retorik 169
7.3.1 Retorik Lisan atau Ucapan 170
7.3.2 Retorik dalam Perdagangan dan Perniagaan 171

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


vi  ISI KANDUNGAN

Rumusan 174
Kata Kunci 174

Topik 8 Gaya dalam Bahasa Melayu 175


8.1 Gaya Bahasa 176
8.1.1 Gaya Bahasa Bersahaja 176
8.1.2 Gaya Bahasa Puitis 176
8.1.3 Gaya Bahasa Tinggi dan Abstrak 178
8.2 Wacana Bahasa Melayu 179
8.2.1 Wacana Kesepaduan 179
8.2.2 Wacana Kerapian 180
8.3 Kesantunan Bahasa 183
8.3.1 Kesantunan Bahasa Bangsawan 183
8.3.2 Kesantunan Orang Atasan dan Rakyat Jelata 184
8.3.3 Kesantunan Orang Biasa 184
Rumusan 188
Kata Kunci 188

Topik 9 Penulisan dalam Bahasa Melayu 189


9.1 Bahasa Melayu dalam Aplikasi Penulisan 190
9.1.1 Bahasa Wawancara 190
9.1.2 Penulisan Kertas Kerja 192
9.2 Bahasa Melayu dalam Penulisan Rencana 194
9.2.1 Rencana Menerangkan Konsep 195
9.2.2 Rencana Menggunakan Pertanyaan 195
9.2.3 Rencana Berbentuk Ulasan 196
9.2.4 Rencana Berbentuk Polemik 196
9.2.5 Rencana Berbentuk Politik 197
9.2.6 Rencana Ketenteraan 198
9.3 Penulisan Kreatif (Puisi) 199
9.3.1 Sajak Berlambang dan Imej 200
9.3.2 Sajak Artistik dan Puitis 201
9.3.3 Sajak Protes dan Kabur 204
9.3.4 Sajak Berunsur Agama 206
9.3.5 Sajak Eksperimental 208
9.4 Penulisan Kreatif (Cerpen) 208
9.4.1 Permulaan Cerpen dengan Deskripsi 210
9.4.2 Permulaan Cerpen dengan Pertanyaan 210
9.4.3 Permulaan Cerpen dengan Bidalan 211
9.4.4 Penceritaan Cerpen dengan Bahasa Puitis 212
9.4.5 Penceritaan Cerpen dalam Bentuk Surat 213

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


ISI KANDUNGAN  vii

9.5 Apresiasi Bahasa Melayu dalam Penulisan 215


9.5.1 Apresiasi Bahasa Melayu Becara Harafiah 215
dan Makna di Sebaliknya
Rumusan 217
Kata Kunci 217

Topik 10 Komunikasi Lisan 218


10.1 Bentuk-bentuk Pengucapan 219
10.2 Ciri-ciri Persamaan 220
10.2.1 Persiapan Rapi 220
10.2.2 Mencungkil Maklumat 221
10.2.3 Mengetahui Jenis Ucapan 221
10.2.4 Memancing Pendengar 222
10.2.5 Mengadun Maklumat 222
10.2.6 Tumpuan kepada Tema 223
10.2.7 Penghargaan Melalui Tepukan Gemuruh 223
10.2.8 Statistik dan Anekdot 224
10.2.9 Contoh dan Perbandingan 225
10.2.10 Bermain dengan Retorik 225
10.2.11 Stail Penyampaian 226
10.2.12 Pola Urutan 227
10.2.13 Menyemak dan Menyunting 228
10.2.14 Reka Letak Slaid 229
10.3 Perbezaan-perbezaan Komunikasi Lisan 230
10.3.1 Ucapan 230
10.3.2 Syarahan 231
10.3.3 Temu Ramah 232
10.3.4 Pengacaraan Majlis 233
10.3.5 Taklimat 234
10.3.6 Pidato 234
10.3.7 Forum 235
10.3.8 Bahas 236
10.3.9 Pengendalian Mesyuarat 237
10.3.10 Ulasan dan Komentar 240
Rumusan 242
Kata Kunci 242

Jawapan 243

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
PANDUAN KURSUS  xi

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS


Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati dari awal sehingga
akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan
membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah
tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan
sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda
membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu dalam menjelaskan
komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas
pandang.

PENGENALAN
MPU2213/MPU3213 Bahasa Kebangsaan A ialah kursus Open University
Malaysia (OUM) yang diuruskan oleh Fakulti Pendidikan dan Bahasa. Kursus ini
bernilai 3 jam kredit yang akan diliputi selama 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN


Kursus ini ialah kursus wajib Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ke atas semua
pelajar Diploma dan Sarjana Muda, di semua institusi pengajian tinggi. Sebelum
mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus dan bagaimana
kursus ini dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu, anda perlu
membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan


pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan
persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan
anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus
tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN


Berdasarkan piawai OUM yang memerlukan pelajar mengumpulkan masa
sebanyak 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus yang bernilai
3 jam kredit ini memerlukan tumpuan masa selama 120 jam pembelajaran.
Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xii  PANDUAN KURSUS

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Jam
Aktiviti Pembelajaran
Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam


3
perbincangan awal

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Membezakan bahan bertulis yang beraneka jenis dan gaya, dan seterusnya
mengungkapkan fikiran secara lisan dan tulisan dengan bahasa yang betul;

2. Merumuskan butiran dan memperluas sesuatu idea dengan cara yang


tersusun, padat, dan meyakinkan, secara lisan dan tulisan;

3. Meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi, sistem ejaan, dan kosa


kata bahasa Melayu;

4. Menggunakan bahasa yang berkesan dari segi sebutan dan laras, intonasi,
ejaan, tatabahasa, kosa kata, dan ungkapan;

5. Berkomunikasi di khayalak ramai secara berkesan dengan menggunakan


unsur-unsur dinamika bahasa; dan

6. Berkomunikasi dengan penuh sopan, di samping menyuburkan nilai-nilai


murni masyarakat Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xiii

SINOPSIS KURSUS
Mata pelajaran Bahasa Kebangsaan A ini disediakan untuk membolehkan
pelajar-pelajar menguasai kecekapan berbahasa, setaraf dengan peringkat intelek
mereka supaya dapat berkomunikasi dengan berkesan. Ia penting untuk
menghayati dan melahirkan fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal-hal
persendirian dan kemasyarakatan dalam konteks rasmi, kreatif dan bukan
kreatif melalui lisan dan penulisan. Ia juga mampu memupuk daya
perkembangan berbahasa pelajar bagi kepentingan pendidikan tinggi dan
kerjaya.

Untuk membolehkan anda mencapai enam objektif kursus di atas, kursus ini
dibahagikan kepada 10 topik berikut:

Topik 1 akan meninjau perkembangan bahasa Melayu dari zaman silam hingga
masa kini. Kita akan meninjau apakah halangan-halangan yang harus kita lalui
sekiranya aspirasi dan wawasan bahasa ingin direalisasikan. Kejayaan sesuatu
bahasa sebenarnya bergantung pada penutur-penutur bahasa tersebut. Sekiranya
bahasa Melayu perlu didaulatkan setanding dengan bahasa-bahasa dunia seperti
bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis, bahasa Cina atau
bahasa Rusia, maka seluruh kepulauan Nusantara yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pertuturan perlu sama-sama membantu memperkasakan
bahasa Melayu setanding dengan bahasa-bahasa antarabangsa.

Topik 2 melihat fungsi dan peranan bahasa Melayu dalam mendaulatkan bahasa.
Dasar Bahasa Kebangasaan serta Akta Bahasa bertujuan mewujudkan bahasa
Melayu ke peringkat yang lebih tinggi setanding dengan bahasa-bahasa asing
yang telah melampaui batasan geografi, agama dan bangsa.

Topik 3 memberikan penekanan kepada sistem bahasa Melayu. Bahasa Melayu


yang menjadi bahasa rasmi di Malaysia dan di Indonesia adalah berteraskan
bahasa Melayu dialek Johor-Riau. Dialek ini telah dipilih kerana mempunyai ciri-
ciri bahasa yang standard dan diperakui oleh penutur-penutur dialek lain sebagai
lebih bersistem, mudah dipelajari dan lebih mudah disebut. Bahasa Melayu dialek
Johor-Riau ini telah berkembang berasingan antara Indonesia dengan Malaysia.

Topik ini akan memberikan penekanan kepada penggunaan tatabahasa bahasa


Melayu. Setiap bahasa manusia di dunia mempunyai tatabahasa yang tersendiri.
Pengetahuan tentang tatabahasa sesuatu bahasa itu akan membolehkan seseorang
berkomunikasi dengan ahli-ahli masyarakat bahasa berkenaan dengan berkesan.

Topik 4 memberikan penekanan kepada penggunaan imbuhan-imbuhan yang


sesuai dalam bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xiv  PANDUAN KURSUS

Topik 5 akan memberi penekanan tentang analisis dan huraian tentang ayat-ayat
dalam bahasa Melayu. Analisis bahagian-bahagian ayat akan membolehkan kita
mengenali binaan ayat, pola ayat dasar, frasa dan klausa. Kemampuan
menggunakan ayat-ayat dengan berpandukan tatabahasa akan membolehkan
anda memahami dan menghargai pelbagai bentuk penulisan dalam bahasa
Melayu.

Topik 6 memberikan penekanan kepada jenis-jenis ayat yang terdapat dalam


bahasa Melayu. Perhatian juga akan diberikan kepada „Bentuk ayat tunggal ‰ dan
„susunan dalam ayat‰. „Bentuk ayat tunggal‰ dan „Susunan dalam ayat‰ akan
menghuraikan bagaimana kita menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu
pada tempatnya yang betul dalam ayat-ayat tunggal.

Topik ini akan memberikan penekanan kepada konteks dinamik dan apresiasi
bahasa. Sifat dinamik ini merupakan satu ciri yang mendasari semua bahasa di
dunia ini. Namun bagi bahasa Melayu, hal ini dipermudah dan dijayakan dengan
lebih cepat oleh sebab perancangan yang teratur dan berkesan. Unsur dinamis
bahasa ini dapat dicapai melalui dua cara, iaitu proses pengekodan, yang
bertujuan menentukan peraturan-peraturan bahasa dengan disertai proses
penyeragaman, dan proses pembinaan, yang meliputi pemupukan istilah-istilah
khusus dan gaya bahasa yang lengkap, dengan tujuan untuk mencapai taraf
keintelektualan.

Topik 7 menumpukan kepada ragam bahasa dan bentuk-bentuk laras bahasa yang
terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap laras yang dikemukakan ini akan
dilampirkan dengan contoh-contoh sebagai panduan kepada pelajar.

Topik 8 membincangkan gaya dalam bahasa Melayu. Penggunaan gaya dalam


bahasa Melayu ini haruslah digunakan tepat pada masa dan tempat, jika tidak
bahasa yang anda gunakan mungkin menyebabkan orang tersinggung.
Pengetahuan tentang gaya bahasa Melayu juga amat berguna apabila anda
mengarang, tidak kira untuk urusan penulisan karya kreatif atau untuk kehidupan
harian.

Topik 9 bertumpu kepada bahasa Melayu dalam aplikasi penulisan. Kemahiran


menulis bahasa Melayu merupakan kemahiran asas yang perlu ada pada setiap
individu Malaysia. Hal ini berlaku kerana bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan dan adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menguasai
kemahiran ini.

Topik 10 menumpukan perhatian kepada komunikasi lisan. Kebolehan


berkomunikasi secara lisan adalah amat penting untuk meyakinkan khalayak
terutama dalam bentuk perbahasan dan ceramah. Seseorang yang dapat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xv

menyusun hujah-hujah yang bernas disertai dengan penggunaan ungkapan-


ungkapan yang mencuit hati membolehkan penonton tidak dapat melupakannya.
Para pelajar akan berlatih untuk menguasai bentuk-bentuk komunikasi lisan agar
membiasakan diri untuk menyatakan sesuatu dengan kesan yang dirancangkan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS


Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu
akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda
untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan.
Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau
capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap
topik, anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan
untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan
seperti ini dapat membantu anda mengukur dan mempertingkatkan penguasaan
kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang
anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam
perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-
soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah
memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda
menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-
soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam


sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan
prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga
memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan
anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat,
berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca
artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Pada akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan.
Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula
keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap
pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik
berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xvi  PANDUAN KURSUS

Kata Kunci: Pada akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting
yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap
perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel,
kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan
dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam
beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di
akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-
bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan
maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS
Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN
Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN
Abdullah Hassan (Pent), (1999). Perancangan bahasa di Asia Tenggara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada
perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan, (1995). Sebutan baku dan ejaan rumi. Semenyih: Synergymate
Sdn Bhd.
Ismail bin Dahaman, (2000). Pedoman ejaan dan sebutan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussein, (1981). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Omar Mohd. Hashim (Pengkaji dan Penyusun), ( 1968). Pertentangan ă Antologi
cherpen Melayu sa-lepas Perang Dunia Kedua. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


PANDUAN KURSUS  xvii

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR


ABDULLAH SANUSI (TSDAS)
Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas
talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang
boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30
pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik
serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest,
SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary
Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan
sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


xxvi X COURSE ASSIGNMENT GUIDE

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Sejarah
1 Perkembangan
Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Merumuskan bagaimana bahasa Melayu memainkan peranannya


sebagai bahasa lingua franca semenjak zaman Sriwijaya sampailah ke
zaman kemerdekaan Malaysia dan Indonesia daripada penjajahan;

2. Menghuraikan perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi satu


bahasa penyatuan dan perpaduan rakyat di Malaysia, Indonesia,
Negara Brunei Darussalam dan Singapura; dan

3. Membincangkan mengapa bahasa Melayu menjadi bahasa


penyebaran agama Islam dan agama Kristian di Nusantara.

 PENGENALAN
Penggunaan bahasa Melayu di Nusantara berakar umbi hampir dua ribu tahun
yang lalu. Dari bermulanya empayar Sriwijaya pada permulaan kurun pertama
Masihi sehinggalah kini, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa lingua franca
antara para pedagang, pihak pemerintah dan rakyat yang berbilang suku bangsa.
Kini bahasa Melayu digunakan dalam semua aktiviti kehidupan, terutamanya di
Malaysia dan Indonesia.

Topik ini akan meninjau perkembangan bahasa Melayu dari zaman silam
sehingga kini. Kita akan meninjau bentuk-bentuk halangan yang harus kita lalui
sekiranya aspirasi dan wawasan bahasa ingin direalisasikan. Kejayaan sesuatu
bahasa sebenarnya bergantung kepada penutur-penutur bahasa tersebut.
Sekiranya bahasa Melayu hendak didaulatkan setanding dengan bahasa-bahasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


2  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sepanyol, bahasa Perancis,
bahasa Cina, atau bahasa Rusia, maka rakyat Malaysia dan Indonesialah yang
bertanggungjawab untuk berusaha ke arah kemajuan yang dicita-citakan.

1.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU


Apabila direnungkan, kita akan bertanya mengapakah bahasa Melayu dipilih
menjadi bahasa rasmi negara-negara tersebut? Adakah disebabkan oleh bilangan
suku bangsa Melayu paling banyak di Nusantara atau adakah kerana bahasa
Melayu merupakan bahasa yang paling sempurna?
Tahukan anda bahawa suku bangsa yang bertutur dalam bahasa Melayu sebagai
bahasa ibunda adalah antara suku bangsa yang kecil bilangannya. Suku bangsa
Melayu hanya menduduki daerah-daerah yang terhad, iaitu di Semenanjung
Tanah Melayu, di wilayah-wilayah selatan Thailand, di pesisiran pantai Sarawak,
di pesisiran pantai timur Sumatera, di Kepulauan Riau dan di pesisiran pantai
Kalimantan dan negara Brunei Darussalam.
Jumlah suku bangsa Melayu di Nusantara tidak melebihi 40 juta orang daripada
jumlah semua penduduk Nusantara yang lebih kurang berjumlah 240 juta orang.
Jumlah ini hanya satu per enam atau hampir 17% sahaja daripada jumlah
penduduk Nusantara. Bahasa Melayu juga bukanlah bahasa yang terulung
kerana bahasa Jawa merupakan bahasa yang telah mencapai tahap kemajuan
yang paling tinggi di Nusantara pada suatu ketika dahulu.

Untuk makluman anda, bahasa Jawa mempunyai empat bentuk bahasa yang
berbeza, iaitu bahasa Jawa Kromo Inggil, Kromo, Madyo dan Ngoko. Bahasa
Jawa yang berbeza ini timbul kerana wujudnya kelas-kelas yang berbeza, seperti
keluarga diraja di keraton atau istana, keluarga bangsawan yang terdiri daripada
pembesar-pembesar negeri dan kaum terpelajar yang dikenal sebagai kelas
santri. Kaum petani pula dikenal sebagai abangan. Setiap satu bentuk bahasa
Jawa ini mempunyai perbendaharaan kata yang berlainan, yang tidak dapat
difahami oleh orang Jawa daripada kelas yang berbeza.

Sebagai contoh, orang Jawa kelas bawahan yang menggunakan bahasa Jawa
Ngoko tidak akan memahami bahasa yang dituturkan oleh golongan istana,
yang menggunakan bahasa Jawa Kromo Inggil atau bahasa kelas bangsawan.
Oleh itu, sekiranya orang Jawa hendak berkomunikasi dengan orang yang
berlainan kelas, mereka terpaksa belajar bahasa-bahasa tersebut sebelum dapat
berkomunikasi. Dari sudut karya sastera pula, bahasa Jawa lebih maju kerana
karya-karya yang ditulis dalam bahasa Jawa lebih tua dan lebih banyak
diperkatakan. Namun begitu, bahasa Melayu telah dipilih menjadi bahasa
pertuturan berdasarkan ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri. Oleh itu, mari
kita sama-sama membincangkannya dengan lebih lanjut.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  3

AKTIVITI 1.1

Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu ini mudah diterima


oleh masyarakat dahulu berbanding dengan penutur bahasa Jawa?
Apakah faktor-faktor yang dapat anda huraikan terhadap penerimaan
bahasa Melayu ini dalam kalangan masyarakat dahulu?

(a) Ciri-ciri keistimewaan Bahasa Melayu


Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi adalah berasaskan
beberapa ciri istimewa yang terdapat dalam bahasa Melayu, yang tidak
terdapat dalam bahasa-bahasa lain di Nusantara. Antara ciri-cirinya ialah:
(i) Bahasa Melayu senang dipelajari;
(ii) Tatabahasa dan sebutan kata-katanya lebih mudah dipelajari; dan
(iii) Bunyi kata-katanya lunak dan indah.

Oleh itu, semenjak dari zaman silam, bahasa Melayu telah pun dipilih
sebagai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara satu sama
lain. Bahasa Melayu telah memainkan peranan sebagai bahasa lingua
franca, atau bahasa perhubungan, di Nusantara.

Bahasa Melayu juga banyak mempunyai rumpun bangsa. Bahasa ini


serumpun dengan banyak bahasa lain di Nusantara dan mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan bahasa-bahasa di Kepulauan Polinesia
yang tersebar luas di Lautan Pasifik dari utara ke selatan. Di Malaysia,
bahasa Melayu serumpun dengan bahasa-bahasa Bumiputera lain seperti
bahasa Iban, bahasa Bidayuh dan bahasa Melanau di Sarawak. Di Sabah,
bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu ialah bahasa rakyat
peribumi, iaitu bahasa Kadazan-Dusun, bahasa Bajau, bahasa Murut,
bahasa Visaya dan bahasa-bahasa rakyat peribumi yang lain.

Di Malaysia dan di Indonesia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa


rasmi telah dimanfaatkan. Bahasa Melayu yang digunakan di kedua-dua
negara ini berasal dari bahasa Melayu Johor-Riau, tetapi kedua-dua bahasa
tersebut telah mengikut haluan masing-masing. Di Indonesia, bahasa
Melayu dinamakan bahasa Indonesia, manakala di Malaysia bahasa ini
dikenal sebagai bahasa Malaysia. Sekiranya kedua-dua negara itu mengikut
haluan masing-masing, tanpa komunikasi antara satu sama lain, apakah
yang anda fikir akan berlaku? Apa yang berlaku adalah bahasa Melayu itu
akhirnya akan menjadi dua bahasa yang berasingan dan berbeza.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


4  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Jika keadaan itu terjadi, kedua-dua negara akan rugi. Oleh itu, untuk
mengelakkan berlakunya perpisahan yang berkekalan, negara-negara yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, iaitu Malaysia,
Indonesia, Negara Brunei Darussalam dan Singapura telah mengadakan
beberapa perbincangan untuk menyelaraskan istilah, ejaan dan sebutan
bahasa Melayu. Pembakuan bahasa Melayu ini akhirnya dapat
menyatupadukan bahasa Melayu di keempat-empat buah negara ini
supaya menjadi salah satu daripada bahasa antarabangsa.

Usaha untuk menimbulkan minat dalam kalangan rakyat Malaysia


mempelajari bahasa Melayu dan memperjuangkannya supaya menjadi
lebih maju dalam semua lapangan memerlukan komitmen daripada
kalangan para pendidik dan para pelajar serta masyarakat untuk
memanfaatkan penggunaannya. Bahasa Melayu akan dimartabatkan
sebagai bahasa akademik apabila bidang ilmu diperkaya dengan pelbagai
penulisan dan penyelidikan yang dilakukan dalam bahasa Melayu.

Bahasa Melayu dapat dijadikan bahasa antarabangsa apabila digunakan


dalam komunikasi dan perhubungan antara negara jiran dengan negara-
negara di luar daerah Nusantara. Bahasa Melayu juga akan lebih dikenali
sekiranya digunakan sebagai alat komunikasi melalui media massa seperti
karya-karya filem, penyebaran maklumat menerusi Internet, penciptaan
lagu-lagu yang merdu, novel-novel bermutu, dan penerbitan-penerbitan
hasil kajian dan penyelidikan.

Kejayaan sesuatu dasar, termasuk dasar bahasa, amat bergantung pada


iltizam pemerintah, terutamanya di negara-negara yang sedang
membangun seperti Malaysia. Iltizam yang ditunjukkan oleh pemerintah
akan merangsangkan rakyat untuk bergiat dalam usaha memajukan
sesuatu bahasa. Aktiviti-aktiviti yang merangsangkan penggunaan bahasa
Melayu dalam penulisan seperti penciptaan novel, puisi, dan rencana
mampu menggalakkan pencungkilan bakat. Lebih banyak bakat yang
dapat diasah, lebih pesatlah perkembangan penggunaan sesuatu bahasa.
Sesuatu bahasa yang tidak digunakan sepenuhnya, tidak akan mencungkil
dan menonjolkan potensi masyarakat dalam penggunaan sesuatu bahasa
secara kreatif dan produktif.

Seperti yang diketahui, bahasa Melayu bukanlah bahasa yang baru wujud
pada zaman kerajaan Melayu Melaka. Sebaliknya, bahasa Melayu telah
wujud dengan megahnya semenjak hampir dua ribu tahun. Bahasa Melayu
telah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara semenjak empayar
Sriwijaya terbentuk lagi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  5

AKTIVITI 1.2

Kerajaan Sriwijaya telah meletakkan asas yang kukuh terhadap


perkembangan bahasa Melayu di seluruh pelosok Nusantara.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong
perkembangan bahasa Melayu ini?

(b) Faktor-faktor perkembangan Bahasa Melayu


Menurut Sejarah Melayu, bangsa Melayu ini ada mitosnya sendiri.
Permulaan kewujudan orang Melayu diketahui melalui riwayat dalam
buku Sejarah Melayu oleh Tun Sri Lanang, Bendahara Johor. Legenda ini
bermula dengan termeterainya perjanjian antara Demang Lebar Daun
dengan Sang Sapurba di Palembang, Sumatera Selatan. Dalam mitos ini
diceritakan bahawa rakyat jelata Melayu telah bersumpah untuk taat setia
kepada tuannya, iaitu rajanya selagi raja itu bersifat adil. Apabila seseorang
raja mengingkari janjinya, rakyat berhak untuk memalingkan kesetiaan
mereka yang dikenal sebagai menderhaka. Mitos ini menjadi asas kepada
etika kepemimpinan Melayu dan ketaatan rakyat kepada pemimpinnya.
Mitos ini mungkin wujud pada masa kerajaan Sriwijaya berada di puncak
kecemerlangannya.

Kerajaan Melayu Sriwijaya ini dibuktikan kewujudannya dengan terjumpanya


batu bersurat di Gandasuli, sebuah daerah di Jawa Tengah. Batu-batu bersurat
itu bertarikh 827 Masihi dan 832 Masihi. Bahasa Melayu yang digunakan ialah
bahasa Melayu Kuno dengan menggunakan tulisan Pali yang berasal dari
India Selatan seperti yang diperlihatkan pada Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Contoh Skrip Pali (Pallava) yang terdapat pada Inskripsi Kota Kapur 686 M.
Sumber: J.T. Collins, (1998), Malay, World Language, A Short History,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
6  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Kerajaan Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan Buddha dan telah menerima


pengaruh kebudayaan Hindu dari India Selatan. Dari sudut bahasa, kemasukan
perbendaharaan kata daripada bahasa Sanskrit bermula seawal kerajaan
Sriwijaya ini lagi. Oleh sebab pengaruh ini telah bertapak begitu lama, maka
perkataan-perkataan itu telah sebati dengan bahasa Melayu. Banyak
perbendaharaan kata yang kita gunakan setiap hari merupakan perkataan yang
berasal daripada bahasa Sanskrit tanpa kita sedari.

Sebagai contoh, perkataan-perkataan yang berikut lazim kita gunakan setiap


hari, iaitu warna, jiwa, wira, sateria, pujangga, raja, mahkota, singgahsana, saya,
setia, puja, dosa, pahala, syurga, neraka, mergas tua, bumi, negeri, negara,
putera, dan beratus-ratus perkataan lain.

Perkataan-perkataan Sanskrit telah sebati sehinggakan kekal dalam


perbendaharaan kata Melayu, walaupun orang Melayu telah menganut agama
Islam. Sebaliknya, orang Hindu yang bertutur dalam bahasa Hindi pula
menggunakan istilah-istilah Arab bagi menggantikan perkataan-perkataan
Sanskrit kerana kuatnya pengaruh Islam di India pada masa pemerintahan Dinasti
Moghul dahulu. Sebagai contoh, penutur-penutur bahasa Hindi menggunakan
perkataan-perkataan seperti jannah bagi syurga dan jahanam bagi neraka.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca oleh semua orang yang
berurusan dengan daerah-daerah di Nusantara bermula dengan empayar
Sriwijaya semenjak awal kurun pertama Masihi. Penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang menyatupadukan rakyat di Nusantara ini kekal sampai ke
hari ini.

1.1.1 Bahasa Melayu-Polinesia dan Austronesia


Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan „Rumpun Bahasa‰? Rumpun
bahasa ialah kumpulan-kumpulan bahasa yang telah lama wujud, iaitu antara
2,500 dan 5,000 tahun sejarahnya. Kumpulan yang kurang daripada 2,500 tahun
lama-waktu disebut sebagai „Keluarga‰.

Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun Austronesia. Sesetengah ahli bahasa


juga menyatakan bahawa bahasa Melayu tergolong dalam rumpun bahasa
Melayu-Polinesia. Bahasa-bahasa serumpun ini terdapat di Nusantara dan di
Kepulauan Pasifik. Hal ini menjadikan rumpun ini mempunyai bilangan penutur
yang agak besar. Sekiranya bilangan penduduk di negara-negara yang bertutur
dalam bahasa Austronesia sebagai bahasa ibunda dicampurkan, kita dapati
bahawa jumlahnya adalah sekitar 300 juta orang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  7

Bahasa Austronesia ini dituturkan di Malaysia, Indonesia, Filipina, Negara


Brunei Darussalam dan Singapura sebagai pusatnya. Selatan Thailand dan
Taiwan, iaitu dalam kalangan penduduk-penduduk asli pulau tersebut, adalah
kawasan pinggiran bahasa Austronesia ini. Di luar daerah asas bahasa ini
terdapat juga kawasan rumpun bahasa Austronesia digunakan, iaitu di Pulau
Madagaskar. Republik Madagaskar didiami oleh orang rumpun Melayu
semenjak beberapa abad yang lalu. Mereka telah membentuk kerajaan yang
dikenal sebagai kerajaan Merina di kawasan dataran tinggi pulau itu. Hingga
hari ini, rupa orang daripada golongan puak Merina ini, yang mendiami dataran
tinggi Madagaskar, masih mirip orang Melayu di Nusantara. Rajah 1.2
menunjukkan pembahagian rumpun bahasa, namun begitu tumpuan akan
diberikan kepada rumpun Polinesia sahaja.

Rajah 1.2: Pembahagian rumpun bahasa

Menurut pendapat ahli-ahli bahasa, bangsa-bangsa ini adalah dalam rumpun


Melayu-Polinesia. Hal ini bermakna orang Melayu adalah bersaudara dengan
orang Polinesia. Sungguhpun bilangan mereka kecil, mereka berselerak di pulau-
pulau Lautan Pasifik yang tersebar luas dari utara ke selatan. Orang dalam
kumpulan Polinesia ini ialah penduduk-penduduk asli Pulau Hawaii, Pulau
Tahiti, Pulau Easter dan pulau-pulau lain di Lautan Pasifik. Di New Zealand,
orang Maori adalah daripada golongan yang sama.

Walaupun orang Polinesia telah lama terpisah daripada orang Melayu, namun
masih dapat kita temukan ciri-ciri yang menunjukkan bahawa kita pernah
bersama pada zaman silam melalui perkataan-perkataan asas dalam kedua-dua
kelompok. Sebagai contoh, penduduk Pulau Easter menyebut patung yang
dibentuk daripada bongkah-bongkah batu yang besar di pantai pulau itu sebagai
„mata-mata‰, yang membawa makna yang sama dengan „mata‰ dalam bahasa
Melayu. Orang Maori pula menggunakan perkataan „ranggi‰ bagi „langit‰.
Mereka juga telah membawa tanaman-tanaman yang berasal dari Asia Tenggara,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


8  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

seperti pokok sukun dan keladi untuk menjadi makanan ruji mereka. Dari segi
paras rupa, mereka tidak berbeza daripada orang Melayu, melainkan saiz badan.
Saiz badan mereka lebih besar daripada kebanyakan orang Melayu kerana
kelaziman pemakanan yang berbeza. Lihat kawasan rumpun Austronesia dalam
Rajah 1.3.

Rajah 1.3: Kawasan rumpun bahasa Austronesia


Sumber: The New Encylopedia Britannica, 2 (1974): 485

1.1.2 Bahasa Melayu pada Zaman Sriwijaya


Semasa Sriwijaya berkuasa di Nusantara, empayarnya berpusat di kedua-dua
belah Selat Melaka. Di Sumatera, pemerintahannya berpusat di Palembang,
Sumatera Selatan manakala di Semenanjung Tanah Melayu, pusat
pemerintahannya ialah di Kedah. Kedua-dua wilayah ini hingga kini merupakan
wilayah berbahasa Melayu. Selat Melaka mesti dilalui oleh para pedagang Barat
untuk berniaga ke Negeri China dan begitu juga peniaga-peniaga dari sebelah
timur harus melalui Selat Melaka untuk ke India dan seterusnya ke barat. Lihat
Rajah 1.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  9

Rajah 1.4: Empayar Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi

Pedagang-pedagang ini perlu singgah di pelabuhan-pelabuhan yang terdapat di


kedua-dua wilayah Sriwijaya ini. Pelabuhan-pelabuhan itu pula merupakan
pusat perdagangan bagi pedagang-pedagang dari Nusantara, China, India dan
dari negara-negara lain. Dalam menjalankan urusan, mereka memerlukan satu
bahasa yang dapat digunakan sebagai alat komunikasi antara mereka. Oleh
sebab pelabuhan-pelabuhan ini berada di bawah kuasa Sriwijaya, maka bahasa
perantaraan atau lingua franca yang digunakan ialah bahasa Melayu.

Selain faktor kerajaan Sriwijaya itu kerajaan Melayu, terdapat juga beberapa
faktor lain menyebabkan bahasa Melayu diterima sebagai lingua franca. Di
wilayah Sriwijaya ini, rakyatnya bukan terdiri daripada suku bangsa Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


10  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

sahaja, tetapi juga terdiri daripada suku-suku bangsa lain, seperti suku bangsa
Jawa dan Sunda di Pulau Jawa, Batak dan Aceh di Sumatera dan Dayak di
Kalimantan.

Bahasa Melayu dipilih kerana suku bangsa Melayu mendiami pesisiran pantai
tempat pelabuhan-pelabuhan itu didapati. Selain itu, bahasa Melayu lebih
mudah dipelajari daripada bahasa suku-suku bangsa yang lain. Bahasa Jawa jauh
lebih sukar dipelajari kerana perkataannya sukar disebut dan mempunyai
bentuk atau dialek yang berbeza dan dengan perbendaharaan kata yang berbeza
pula. Kesukaran ini menjadikan para pedagang memilih untuk belajar dan
berkomunikasi dalam bahasa yang lebih mudah, iaitu bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu dari semenjak zaman Sriwijaya dalam pelbagai
lapangan seperti perdagangan, penyebaran agama dan akademik. Potensi bahasa
ini akan dibincangkan dalam topik yang selanjutnya.

1.2 SEJARAH BAHASA MELAYU SEBAGAI


LINGUA FRANCA DI NUSANTARA
Sejarah kegemilangan Sriwijaya telah pun berakhir pada kurun yang ke-13,
tetapi selepas itu muncul satu lagi kerajaan Melayu di Nusantara. Kerajaan yang
dimaksudkan itu ialah Kesultanan Melayu Melaka. Walaupun kesultanan yang
dipimpin oleh Parameswara yang berhijrah dari Sumatera ini bermula sebagai
sebuah kerajaan Hindu, tetapi akhirnya baginda telah memeluk agama Islam dan
mengasaskan Kesultanan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.

Kesultanan Melaka menjadi kuat dan berjaya menakluki negeri-negeri yang


berhampiran di Semenanjung Tanah Melayu dan beberapa buah negeri yang
terletak di pesisiran pantai timur Sumatera. Bahasa Melayu masih terus
memainkan peranannya sebagai lingua franca bagi menyambung tradisi
kerajaan Sriwijaya. Rasional pemilihan bahasa Melayu sebagai lingua franca
sama seperti pada masa pemerintahan Sriwijaya dahulu. Bahasa Melayu adalah
bahasa pemerintah di Sriwijaya dan Kesultanan Melaka. Oleh itu sesiapa yang
membuat perhubungan diplomatik atau perniagaan di kawasan takluk Sriwijaya
dan Melaka mestilah menggunakan bahasa Melayu. Rasional yang sama juga
digunakan pada zaman ini apabila memilih bahasa Melayu sebagai lingua
franca. Lihat Rajah 1.5 yang menunjukkan empayar kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  11

Rajah 1.5: Empayar Kerajaan Melayu Melaka Abad Ke-14


Sumber: Mohd. Jamil Mukmin, (1994), Melaka Pusat Penyebaran Islam
di Nusantara, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Bahasa Melayu menjadi pilihan semula jadi kerana selain merupakan bahasa
pemerintah Sriwijaya dan Kesultanan Melaka, bahasa ini juga mempunyai ciri-
ciri lain yang menjadikannya dipilih sebagai bahasa perhubungan dan
komunikasi dalam kalangan suku bangsa yang serumpun di Nusantara. Oleh
sebab bahasa Melayu belum berkembang sehingga munculnya pelbagai bentuk
bahasa seperti bahasa Jawa, maka proses pembelajaran bahasa Melayu adalah
lebih mudah. Selain itu, sebutan perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu pun
mudah. Seseorang itu tidak perlu memutarkan lidahnya untuk bertutur dalam
bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga dianggap mempunyai bunyi sebutan yang
merdu didengar seperti yang diakui oleh William Marsden pada tahun 1811:
„Bahasa Melayu yang pada pendapat kebanyakan orang berasal dari
Semenanjung Tanah Melayu, dan dari situ bahasa itu telah tersebar ke
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
12  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

seluruh pulau-pulau timur, sehingga menjadi lingua franca di bahagian


dunia sebelah sini, dituturkan di serata tempat di sepanjang pesisiran pantai
Sumatera, mengatasi yang lain-lain tanpa campuran bahasa-bahasa lain, di
negeri Minangkabau dan jajahan takluknya yang berdekatan, dan bahasa ini
difahami hampir di semua tempat di pulau Sumatera. Bahasa Melayu sangat
digemari dan disanjung, memang sepatutnya demikian, kerana kelunakan
dan kemerduan bunyinya, yang telah digelar sebagai bahasa Itali Timur. Ini
adalah disebabkan oleh banyaknya bunyi vokal dan kelancaran dalam kata-
katanya (dengan banyak bunyi sengau yang mungkin difikirkan sebagai
tidak digemari) dan jarang-jarang terdapat kombinasi bunyi konsonan
senyap yang kasar atau keras. Kualiti ini menjadikannya sangat sesuai untuk
puisi, di mana orang Melayu telah menjadi ketagih terhadapnya.‰

Tarikan yang ada pada bahasa Melayu telah mendorong Indonesia memilih
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi untuk menyatupadukan rakyat Indonesia
yang terdiri daripada pelbagai suku kaum. Sekiranya Indonesia memilih bahasa
yang paling banyak penuturnya, iaitu bahasa Jawa sebagai bahasa rasmi, maka
peranan bahasa Jawa sebagai lingua franca mungkin tidak dapat diterima
dengan mudah oleh suku-suku bangsa lain di Indonesia. Sesuatu lingua franca
bukan muncul hasil daripada paksaan. Penerimaan ini mesti datang daripada
kerelaan hati orang yang menggunakannya. Bahasa Melayu menjadi lingua
franca kerana semua suku bangsa di Nusantara telah dengan rela hati
menerimanya.

Penutur-penutur yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda kecil


jumlahnya jika dibandingkan dengan penutur bahasa Jawa, tetapi orang Jawa
tidak pernah mempersoalkan peranan bahasa Melayu walaupun di Indonesia.

1.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perdagangan


Sebab utama bahasa Melayu menjadi lingua franca adalah kerana bahasa ini
dipilih oleh para pedagang di Nusantara sebagai alat komunikasi apabila mereka
mengadakan hubungan perniagaan antara satu sama lain. Pemilihan ini bermula
pada zaman Sriwijaya lagi. Apabila bahasa itu didapati memenuhi objektif
mereka, mereka terus menggunakannya. Bagi pedagang-pedagang baharu yang
mahu ke Nusantara, mereka akan mempelajari bahasa Melayu terlebih dahulu.
Perihal ini menunjukkan bahawa pada masa itu wujudnya organisasi yang
mengajarkan bahasa ini, walaupun secara tidak formal.

Senario di atas boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku kepada bahasa Inggeris
sekarang. Oleh sebab bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa perdagangan
di seluruh dunia, maka pedagang-pedagang lebih cenderung untuk
mempelajarinya daripada bahasa-bahasa lain. Institusi-institusi yang
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  13

mengajarkannya terdapat dengan mudah dan guru-guru yang mengajarkan


bahasa Inggeris juga mudah didapati. Antara sebab mereka lebih gemar
mempelajari bahasa Inggeris adalah kerana secara relatifnya bahasa Inggeris
lebih mudah dipelajari daripada bahasa-bahasa lain seperti bahasa Perancis,
bahasa Rusia atau bahasa Jerman. Bahasa Inggeris juga telah dipilih sebagai
lingua franca oleh ahli-ahli perdagangan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang digunakan


oleh pedagang-pedagang semakin menurun setelah kedatangan Inggeris dan
Belanda. Perdagangan bentuk moden telah mengambil alih perdagangan bentuk
tradisional. Bersama-samanya, mereka membawa bahasa-bahasa mereka dan
secara perlahan-lahan bahasa Inggeris mengambil alih peranan bahasa Melayu di
Malaysia dan bahasa Belanda di Indonesia. Kemerosotan penggunaan bahasa
Melayu ini telah dibantu dengan kedatangan pedagang-pedagang asing dari
China yang menetap di Nusantara. Pedagang-pedagang Cina berperanan
sebagai orang tengah dalam perniagaan. Mereka bukan sahaja menjadi orang
tengah antara pengguna Melayu yang kebanyakannya di luar bandar, bahkan
juga menjadi pembekal-pembekal perkhidmatan dan barangan yang diperlukan
oleh pihak penjajah. Dengan ini, peranan orang Melayu sebagai ahli perniagaan
semakin berkurangan dan bersama-samanya penggunaan bahasa Melayu dalam
urusan perdagangan dan perniagaan juga turut merosot. Lihat Rajah 1.6 yang
memperlihatkan penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


14  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Rajah 1.6: Contoh bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perdagangan – Salinan surat
izin berdagang Sultan Aceh, Sultan Alaudin Shah kepada Kapten Harry Middleton (1602)
Sumber: Dipetik daripada Noriah Muhamed, (1999). Sejarah sosiolinguistik
bahasa melayu lama, Universiti Sains Malaysia

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu menjadi asing dalam


bidang komunikasi perdagangan. Urusan perniagaan yang melibatkan ahli-ahli
perniagaan Cina Malaysia dengan ahli-ahli perniagaan Cina di negara-negara
Asia Tenggara dijalankan dalam bahasa Mandarin. Dalam konteks perdagangan
antarabangsa di Asia, sebahagian besar daripada perdagangan Asia Tenggara
dikendalikan oleh orang-orang Cina. Oleh itu, penggunaan bahasa Mandarin
atau dialek-dialek Cina yang lain untuk berkomunikasi menjadi suatu fenomena
semula jadi. Perniagaan pada peringkat antarabangsa yang melibatkan negara-
negara Eropah, Amerika, Arab, Jepun atau Korea pula menggunakan bahasa
Inggeris.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  15

SEMAK KENDIRI 1.1

1. Mengapakah bahasa Melayu telah dipilih sebagai lingua franca di


Nusantara pada zaman empayar Sriwijaya?
2. Apakah peranan bahasa Melayu pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka?

1.2.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


dan Bahasa Rasmi
Kedaulatan bahasa Melayu muncul kembali apabila bahasa Melayu dipilih
sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Negara Brunei Darussalam
dan Singapura. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia
adalah suatu pemilihan semula jadi. Semenanjung Tanah Melayu dikatakan
tempat asal bahasa Melayu; oleh kerana itulah Semenanjung ini dinamakan
Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun suku-suku bangsa Melayu yang lain
berpindah ke negara ini, mereka telah mengambil identiti suku bangsa Melayu.

Pahlawan-pahlawan Bugis dan pengikut-pengikutnya yang datang ke Tanah


Melayu dan kemudian menjadi raja di Johor, Selangor dan Pahang telah
mengambil identiti Melayu. Mereka seterusnya menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa komunikasi dengan suku-suku bangsa Melayu yang lain seperti
orang Jawa, Banjar, Mandailing dan Aceh. Suku-suku bangsa Melayu ini
kemudiannya menerima identiti Melayu dan menggunakan bahasa Melayu
dalam semua bentuk komunikasi.

Tradisi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca telah


menjadikan bahasa Melayu diterima oleh semua lapisan masyarakat yang
menjadikan Tanah Melayu sebagai tempat tinggal mereka. Orang Cina dan India
yang berhijrah ke Tanah Melayu juga menerima bahasa Melayu sebagai bahasa
lingua franca dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa ini. Apabila Sarawak
dan Sabah memilih untuk bergabung dalam Persekutuan Malaysia, rakyat
kedua-dua buah negeri itu juga tidak mempersoalkan pemilihan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan bahasa lingua franca dalam kalangan rakyat walaupun
orang yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di kedua-dua
buah negeri itu kecil bilangannya.

Dialek bahasa Melayu yang dipilih untuk menjadi asas bahasa kebangsaan di
Malaysia dan Indonesia ialah dialek Johor-Riau. Dialek ini dipilih mungkin
kerana kaitannya dengan kedudukan wilayah Johor-Riau itu sendiri yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


16  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

terletak di selatan Selat Melaka yang menghubungkan Sumatera, kepulauan


Riau dan Johor. Daerah ini ialah daerah kerajaan Melayu terakhir sebelum
kedatangan Belanda dan Inggeris. Kerajaan Johor-Riau juga merupakan suatu
kesinambungan daripada kerajaan Melayu Melaka. Selain faktor tersebut, dialek
Johor-Riau adalah dialek yang merentasi beberapa negeri dan mempunyai
penutur yang agak banyak jika dibandingkan dengan dialek-dialek lain. Dialek
ini dituturkan juga di Selangor, pesisiran pantai Negeri Sembilan, Melaka dan di
selatan Pahang. Dialek ini mempunyai sebutan yang mudah berbanding sebutan
dialek daerah-daerah lain di Semenanjung Tanah Melayu. Lihat Rajah 1.7 yang
menunjukkan empayar Johor-Riau.

Rajah 1.7: Empayar Johor-Riau


Sumber: Mohd. Jamil Mukmin, (1994), Melaka pusat penyebaran islam di nusantara, Kuala
Lumpur: Nurin Enterprise

Perkataan Johor-Riau itu sendiri mempunyai konotasi bahawa dialek ini


dikongsi bersama oleh Malaysia dan Indonesia. Dengan ini, tidak
menghairankan apabila dialek ini dipilih oleh Indonesia untuk menjadi bahasa
yang menyatupadukan rakyat Indonesia. Setelah bahasa Melayu dialek Johor-
Riau dipilih, kedua-dua negara itu memajukan dan mengembangkannya dengan
cara yang tersendiri. Setelah Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1947,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  17

bahasa Melayu yang kini dikenal sebagai bahasa Indonesia berkembang


mengikut caranya tersendiri dan berpisah daripada yang berlaku di Malaysia.

Di Malaysia, pada masa Indonesia mencapai kemerdekaan, pendidikan dalam


bahasa Melayu masih berada pada peringkat sekolah rendah sahaja dan bahasa
Melayu belum lagi diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Pengiktirafan ini telah
memartabatkan bahasa Melayu sekali lagi. Setelah tumbangnya Kesultanan
Melaka, Kesultanan Johor pula mendaulatkan bahasa Melayu. Oleh itu, apabila
Malaysia mencapai kemerdekaan, tindakan menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi Malaysia rasional dan wajar.

Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, iaitu pada tahun 1957, bahasa
Melayu mula dijadikan sebagai bahasa pengantar di Tingkatan Satu, di sekolah
menengah kebangsaan. Bahasa Melayu mula diperkenalkan sebagai bahasa
rasmi mula-mula di jabatan-jabatan kerajaan. Pada mulanya, penerimaan bahasa
Melayu agak dingin kerana bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa rasmi,
dan dalam kalangan masyarakat kelas menengah bahasa Inggeris mendapat
penghormatan dan menjadi alat perhubungan. Oleh itu, penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi, walaupun telah diterima sepenuhnya secara teori,
namun pada amalannya terpaksa bergerak perlahan-lahan dan pada masa yang
sama mengalami proses pemantapan dalam semua bidang.

Sebagai contoh, semasa pengisytiharan Malaysia 1963 bahasa Melayu telah


digunakan dalam buku cenderamata sebagai lambang perpaduan dan penyatuan
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


18  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Rajah 1.8: Buku cenderamata Pengisytiharan Malaysia –


16–19 September 1963 dalam bahasa Melayu
Sumber: http://www.jaloperak.kempen.gov.my/

AKTIVITI 1.3
1. Berdasarkan pemahaman anda, bilakah sebenarnya bahasa Melayu
telah diterima secara rasmi sebagai bahasa kebangsaan dan apakah
harapan yang diletakkan kepada bahasa Melayu ini?
2. Pembinaan dan perancangan bahasa Melayu, di Malaysia
khususnya telah melalui pelbagai proses dan langkah yang diambil
untuk mendaulatkannya. Pada pendapat anda, apakah langkah
yang paling penting telah diambil oleh kerajaan selepas negara
mencapai kemerdekaan?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  19

LATIHAN 1.1

Susun silang kata di bawah berdasarkan kepada petunjuk yang


diberikan.

1. Bahasa Melayu merupakan bahasa ⁄⁄⁄⁄⁄⁄⁄⁄⁄⁄.


antara para pedagang dengan rakyat yang berbilang suku
bangsa.

2. Bahasa Jawa terbahagi kepada empat bentuk bahasa yang


berbeza antaranya ialah Kromo Inggil, Kromo, Madyo dan
⁄⁄⁄⁄⁄⁄..

3. Bahasa Melayu tergolong dalam rumpun ⁄⁄⁄⁄⁄..

4. Batu-batu bersurat bertarikh 827 dan 837 Masihi yang ditemui


di Gandasuli telah membuktikan kewujudan sebuah kerajaan.
Kerajaan tersebut adalah Kerajaan Melayu ⁄⁄⁄⁄⁄⁄⁄..

5. Bahasa Melayu mempunyai sifat ⁄⁄⁄⁄⁄⁄. yang


menjadikannya dinamik dan sentiasa dapat menyesuaikan diri
dengan perkembangan terbaru.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


20  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1.2.3 Bahasa Melayu dan Penyebaran Agama Islam


Bahasa Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama,
terutamanya agama Islam. Pada masa pemerintahan Kerajaan Melayu Sriwijaya,
bahasa Melayu telah memainkan peranannya dalam penyebaran agama Hindu dan
Buddha kerana pada masa itu kedua-dua agama itulah yang mempengaruhi budaya
Melayu. Bahasa Melayu dalam bentuk bahasa Melayu kuno telah pun digunakan
dalam penyampaian idea-idea abstrak seperti konsep falsafah dan agama bagi
mengajarkan agama Hindu dan Buddha. I Tsing, pada tahun 671 Masihi, menyatakan
bahawa jika ada orang yang hendak mendalami pengetahuan tentang agama Buddha,
dia perlu pergi ke Palembang, Sriwijaya, sebagai tempat untuk menuntut ilmu itu.

Pada masa agama Islam disebarkan di Nusantara, bahasa yang digunakan ialah
bahasa Melayu juga. Daerah awal penyebaran agama Islam ialah di pelabuhan-
pelabuhan yang terletak di pesisiran pantai timur Sumatera. Negeri-negeri ini
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan sebagai bahasa lingua
franca dengan suku-suku bangsa lain di Nusantara. Bahasa Melayu digunakan juga
oleh pedagang-pedagang yang singgah di pelabuhan-pelabuhan tersebut.
Penggunaan bahasa Melayu dalam penyebaran agama Islam ini menjadi semakin
rancak apabila Kesultanan Melayu Melaka terbentuk dan berkembang. Hal ini dapat
dilihat dalam Rajah 1.9 yang menunjukkan penyebaran agama Islam pada abad ke-14.

Rajah 1.9: Penyebaran Agama Islam Abad Ke-14


(Sumber: Mohd. Jamil Mukmin, (1994), Melaka Pusat Penyebaran Islam
di Nusantara, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  21

Agama Islam yang diperkenalkan dan diterima oleh orang Melaka telah
disebarkan melalui pedagang-pedagang dari Nusantara ke daerah masing-
masing. Dengan ini, dalam masa beberapa kurun, agama Islam telah
berkembang secara berperingkat-peringkat ke seluruh Nusantara. Bahasa
Melayulah yang digunakan dalam penyebaran agama Islam ini.

Perkembangan Islam ini juga telah mengubah bentuk bahasa Melayu itu sendiri.
Pada masa penyebaran agama Hindu dan Buddha, bahasa Melayu telah
menggunakan tulisan dari India dan perkataan-perkataan Sanskrit telah mula
menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa Melayu. Apabila
Islam diterima sebagai agama anutan sebahagian besar penduduk di Nusantara,
bahasa Melayu telah mengalami perkembangan yang lebih pesat. Orang
Melayu telah meninggalkan tulisan Pali yang berasal dari India Selatan, dan
sebagai gantinya mereka menggunakan tulisan Jawi yang berasal dari tulisan
Arab, yang telah disesuaikan dengan bahasa Melayu. Rajah 1.10 menunjukkan
contoh tulisan tersebut.

Rajah 1.10: Beberapa contoh kitab dan manuskrip keagamaan Islam berbahasa Melayu
Sumber: Manuskrip Islam di Muzium Islam Malaysia, (1992), Engku Ibrahim Ismail dan
Osman Bakar (Penyelenggara), Bahagian Hal Ehwal Islam Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan penting dalam penyebaran


agama Kristian di Nusantara. Semasa mubaligh-mubaligh Kristian menyebarkan
agamanya dalam kalangan penduduk di Kepulauan Maluku, mereka telah
menggunakan bahasa Melayu, walaupun mereka mempunyai bahasa mereka
sendiri. Pada masa itu, Kitab Injil telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


22  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

untuk memudahkan penyebaran agama itu dalam kalangan penduduk


Nusantara.

Sebagai hasil daripada penggunaan bahasa Melayu dalam penyebaran agama


Kristian, bahasa Melayu telah mengambil alih bahasa tempatan. Orang Kristian
ini akhirnya menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka.
Anehnya, orang Maluku yang beragama Islam menggunakan bahasa suku kaum
mereka sendiri, yang sangat berbeza daripada bahasa Melayu.

Sila layari laman web di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan
sejarah perkembangan bahasa Melayu.

http://www.tutor.com.my

AKTIVITI 1.4
1. Mengapakah bahasa Melayu menjadi bahasa yang digunakan oleh
mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka
di Kepulauan Maluku sehingga bahasa Melayu telah
menggantikan bahasa ibunda penduduk pulau tersebut?
2. Mampukah bahasa Melayu mencapai tahap yang dicapai oleh
bahasa Inggeris?
3. Jika mampu, nyatakan bagaimana bahasa Melayu dapat mencapai
tahap tersebut. Jika tidak mampu, berikan alasan-alasan yang
kukuh.

 Bahasa Melayu yang ada pada hari ini telah dapat menghayati istilah-istilah
dan perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa asing.

 Apabila orang Melayu di Nusantara menerima agama Islam sebagai anutan


agama, mereka telah menggunakan bahasa Melayu untuk menghuraikan
konsep-konsep keislaman.

 Perkataan-perkataan dalam bahasa Arab bagi menerangkan konsep-konsep


agama telah dijadikan perkataan-perkataan bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU  23

 Sifat kebolehlenturan ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang


dinamik dan sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan-
perkembangan terbaru.

 Bahasa Melayu diyakini oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa yang dapat
digunakan dalam semua lapangan.

Austronesia Lingua franca


Bahasa melayu Polinesia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Dasar Bahasa
2
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan dasar-dasar bahasa kebangsaan;
2. Mengenal pasti fungsi dan peranan bahasa Melayu;
3. Menyatakan status bahasa Melayu mengikut Perlembagaan
Malaysia; dan
4. Menjelaskan peranan Akta Pendidikan dalam membantu
perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

 PENGENALAN
Pernahkah anda mendengar slogan „Maju Bahasa, Majulah Bangsa‰? Kebenaran
dan kebijaksanaan kata-kata ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini
disedari melalui usaha-usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu menerusi
penerapan falsafah dan dasar bahasa kebangsaan. Konsep „Satu Bahasa Satu
Bangsa‰ akan membolehkan usaha-usaha yang berterusan bagi mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan rakyat yang berbilang kaum dan
sebagai bahasa yang mencerminkan masyarakat yang berdaulat dan berjaya.

Bagi bahasa Melayu, ciri-ciri yang membolehkannya menjadi bahasa yang maju
telah wujud sejak sekian lama. Perlembagaan Persekutuan yang digubal bagi
membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan Akta Bahasa, adalah asas yang
kukuh bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang disegani oleh
masyarakat Malaysia dan juga masyarakat antarabangsa. Walau bagaimanapun,
status yang dicita-citakan itu belum lagi menjadi kenyataan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  25

Perbincangan kita akan menjurus kepada fungsi dan peranan bahasa Melayu
dalam mendaulatkan bahasa. Dasar Bahasa Kebangsaan serta Akta Bahasa
bertujuan untuk mewujudkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi,
setanding dengan bahasa-bahasa asing.

2.1 BAHASA MELAYU DAN PERANAN


Dalam membincangkan peranan bahasa Melayu pada hari ini, kita akan
mengkategerikan kepada dua sektor utama, seperti berikut:

(a) Sektor kerajaan


Setelah Malaysia mencapai kemerdekaannya dan bahasa Melayu telah
menjadi bahasa rasmi Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan untuk
memajukannya. Hasil daripada usaha tersebut ialah bahasa pengantar di
sekolah-sekolah menengah kerajaan dan institusi-institusi pengajian tinggi
kerajaan telah pun menggunakan bahasa Melayu dengan sepenuhnya pada
hari ini.

Sungguhpun bahasa Melayu telah menjadi bahasa akademik,


penggunaannya belum lagi dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Buku-buku
rujukan yang digunakan di peringkat pengajian tinggi masih belum banyak
ditulis dalam bahasa Melayu. Status sesuatu bahasa itu ditentukan oleh
banyak perkara, antaranya termasuklah jumlah buku yang ditulis dalam
bahasa tersebut kerana jumlah buku ini dapat menggambarkan sejauh
mana bahasa itu telah mencapai kemajuan. Keluasan bidang pengurusan
dan pentadbiran yang menggunakan sesuatu bahasa itu juga akan
menentukan statusnya.

Sekiranya sesuatu bahasa itu telah digunakan secara menyeluruh di sektor


kerajaan dan swasta, maka bahasa itu dapat dianggap telah mendapat
penghormatan dan status yang sepatutnya sebagai bahasa rasmi. Dengan
yang demikian, barulah dapat kita katakan bahawa bahasa Melayu telah
didaulatkan. Pada masa ini, bahasa Melayu di Malaysia hanya digunakan
dengan secara menyeluruh di sektor kerajaan sahaja. Kejayaan penggunaan
bahasa Melayu dalam bidang perundangan dan kehakiman, yang
merupakan perkembangan terakhir dalam mendaulatkan bahasa Melayu,
menandakan bahawa bahasa Melayu telah benar-benar menjadi bahasa
rasmi Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


26  TOPIK 2 DASAR BAHASA

(b) Sektor swasta


Di sektor swasta, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam
semua bentuk komunikasi di Malaysia agak terhad. Bahasa Inggeris dan
bahasa Mandarin agak dominan dalam bidang swasta, khususnya, yang
merangkumi bidang perniagaan, perdagangan antarabangsa, perbankan
dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat persendirian
atau swasta. Faktor yang menjadikan mengapa bahasa Melayu tidak kerap
digunakan dalam bidang swasta ini adalah kerana orang yang bertutur
dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda tidak banyak terlibat dalam
bidang ini.

Walaupun bahasa Inggeris dominan, kerajaan Malaysia masih tetap


memperjuangkan penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti swasta. Pada
masa ini, semua syarikat swasta yang berurusan dengan jabatan-jabatan
kerajaan perlu menggunakan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, urusan
antara syarikat swasta bergantung pada pilihan masing-masing.
Sebagaimana yang kita ketahui, semua syarikat swasta bermotifkan
keuntungan. Oleh itu, mereka akan menggunakan apa sahaja bahasa asalkan
mereka dapat melaksanakan tugas mereka dengan cepat dan berkesan.
Sekiranya bahasa Melayu dapat memenuhi objektif mereka, maka mereka
akan menggunakan bahasa itu. Dengan ini, dasar bahasa yang dilaksanakan
hendaklah dapat memenuhi objektif masyarakat yang terlibat.

Untuk memastikan bahasa Melayu terus berkembang, pelbagai rancangan


telah dilaksanakan bertujuan memajukan lagi penggunaan bahasa Melayu.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (Rajah 2.1) dan Institut Terjemahan
Negara Malaysia (ITNM) merupakan dua buah badan yang bergiat dalam
meningkatkan lagi martabat bahasa Melayu. DBP berfungsi dalam
menggalakkan penulisan dalam bahasa Melayu, manakala ITNM melatih
penterjemah supaya dapat menterjemah buku-buku ilmu pengetahuan dari
bahasa-bahasa asing ke dalam bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  27

Rajah 2.1: Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, badan yang
dipertanggungjawabkan untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia

AKTIVITI 2.1
Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan bahasa Melayu masih
tidak memuaskan dan terdapat sebahagian masyarakat yang kurang
berupaya untuk menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan
harian mereka? Bincangkan bersama rakan anda.

2.1.1 Bahasa Melayu Sebelum Merdeka


Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu kurang penting dan
hanya dianggap sebagai bahasa vernakular. Bahasa Melayu adalah salah satu
daripada bahasa yang dituturkan di Malaysia bersama-sama bahasa Cina dan
bahasa Tamil. Di sekolah menengah, Bahasa Melayu menjadi satu mata
pelajaran sahaja dan bukan sebagai bahasa pengantar. Hanya pada tahun 1957,
barulah sekolah menengah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa
Melayu ditubuhkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


28  TOPIK 2 DASAR BAHASA

Dalam bidang pengurusan di jabatan-jabatan kerajaan, terutamanya di Negeri-


Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu), bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi. Semua urusan dengan pihak
kerajaan menggunakan bahasa Melayu dan penggunaan tulisan Jawi agak
meluas. Oleh itu, status bahasa Melayu dalam pentadbiran kerajaan begitu
unggul walaupun pada masa penjajahan. Penghormatan terhadap bahasa
Melayu oleh pihak British tetap wujud walaupun di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, tetapi komunikasi dalam bahasa Inggeris adalah lebih ketara.

Bagi masyarakat Malaysia, bahasa Melayu merupakan lingua franca mereka.


Orang Cina dan India apabila berkomunikasi antara satu sama lain akan
menggunakan bahasa Melayu, tetapi dalam bentuk bahasa pasar. Bahasa pasar
adalah bahasa yang lebih kerap digunakan daripada bahasa persuratan atau
bahasa standard. Masalah kurangnya penguasaan bahasa Melayu persuratan ada
kaitan dengan kedudukan bahasa Melayu yang hanya diajarkan sebagai satu
mata pelajaran sahaja, terutama di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina
(SRJKC) dan sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT).

Bahasa pasar ialah bahasa Melayu yang dituturkan tanpa mengikut peraturan
tatabahasa dan sebutan bahasa Melayu yang betul. Yang dipentingkan ialah
orang yang mendengarnya faham akan apa-apa yang dimaksudkan. Bagi orang
bukan Melayu, mereka mahu mempelajarinya dengan seberapa cepat yang boleh
supaya mereka dapat berkomunikasi dengan orang Melayu, terutamanya dalam
urusan perniagaan mereka. Oleh itu, bahasa Melayu pasar yang dituturkan
mereka sangat dipengaruhi oleh bahasa ibunda penuturnya. Jika orang yang
menuturnya itu orang India, maka gaya bahasanya ialah gaya bahasa India dan
begitulah juga halnya dengan orang Cina dan sebagainya.

Penggunaan bahasa pasar ini agak meluas sehinggakan orang Melayu yang
berkomunikasi dengan orang Cina atau India dengan secara spontan
menukarkan gaya bahasa standardnya ke dalam gaya bahasa pasar. Sikap ini
menjadikan penutur-penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kedua tidak
berusaha ataupun tidak berpeluang untuk memperbaiki kemahiran bahasa
Melayu mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  29

AKTIVITI 2.2
Tahukah anda bahawa isu penggunaan bahasa „pasar‰ telah
diutarakan oleh ZaÊba yang menganggap bahawa, „Bahasa ÂPasarÊ ini
perkataannya ialah perkataan Melayu juga tetapi tiada cukup, hanya
diketahui dan pakainya sekadar yang tak boleh tidak bagi segala
perhubungan yang senang-senang dalam perkara berjual beli dan
dalam pergaulan yang cetek apabila berjumpa sekali‰, dalam
Persuratan Melayu III, 1960. Pada pendapat anda, adakah
penggunaannya masih berleluasa pada hari ini dan bagaimanakah
penggunaannya dapat ditingkatkan?

2.1.2 Dasar Bahasa Kebangsaan


Sungguhpun bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi Malaysia semenjak merdeka lagi, pelaksanaannya adalah secara beransur-
ansur. Kerajaan Malaysia, yang mengamalkan sistem demokrasi dalam semua
urusannya, percaya bahawa pendekatan yang diambil dalam melaksanakan
dasar bahasa kebangsaan akan mendatangkan hasil yang berkekalan. Pada masa
yang sama, kesedaran tentang pentingnya mempunyai satu bahasa kebangsaan
yang dapat menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang
kaum, dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Kerajaan juga percaya kepada
konsep bahawa pembangunan bahasa itu hendaklah seiring dengan
pembangunan ilmu pengetahuan dan sosioekonomi.

Pada peringkat awal bahasa kebangsaan dilaksanakan, penggunaan bahasa


Melayu di sekolah hanyalah setakat Tingkatan Satu sahaja. Namun secara
beransur-ansur, peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mula
menjadi semakin berkembang. Lebih banyak buku ilmu pengetahuan ditulis dan
diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu apabila lebih banyak buku rujukan
diperlukan. Apabila lulusan institusi pengajian tinggi yang menggunakan
bahasa Melayu semakin banyak, maka semakin banyak bidang yang menerima
bahasa Melayu. Setelah berjaya melalui beberapa rintangan, kini masyarakat
tidak lagi mempersoalkan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa ilmu pengetahuan.

Dalam bidang pentadbiran awam, penggunaan bahasa Melayu dalam semua


urusan telah pun dilaksanakan. Bahagian perundangan dan kehakiman adalah
badan yang terakhir yang melaksanakan penggunaan bahasa kebangsaan dalam
semua urusannya, setelah semua bahagian dalam sistem pemerintahan negara
melaksanakannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


30  TOPIK 2 DASAR BAHASA

Sektor swasta merupakan sektor terakhir yang melaksanakan dasar bahasa


kebangsaan. Hal ini berlaku kerana Malaysia tidak menggunakan sebarang
paksaan dalam penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor swasta. Malaysia
adalah sebuah negara berbilang bangsa dan berbilang bahasa yang pragmatik.
Kita beranggapan bahawa, lebih banyak bahasa yang kita kuasai, lebih baik lagi
kedudukan Malaysia di mata dunia.

Dalam konteks Malaysia, kita percaya bahawa sesuatu hasil positif yang didapati
oleh masyarakat adalah hasil daripada kerjasama dan tolak ansur ahli-ahli
masyarakatnya.

Walaupun matlamat Dasar Bahasa Kebangsaan kita berkehendakkan semua


rakyat dapat menggunakan bahasa Malaysia dalam semua urusan dalam negeri,
sama ada di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta, pelaksanaannya adalah
secara beransur-ansur dan dengan sukarela. Dasar Bahasa Kebangsaan dijangka
dapat membawa pencapaian matlamat yang dicita-citakan apabila Malaysia
mencapai status negara maju pada tahun 2020. Pada masa itu, bahasa
kebangsaan Malaysia akan dapat bersaing dengan bahasa-bahasa lain dan
mungkin mencapai status bahasa antarabangsa apabila digunakan sebagai
bahasa rasmi di rantau ASEAN.

2.1.3 Bahasa Pengantar Sistem Pendidikan


Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sistem pendidikan pada masa
ini tidak lagi dipersoalkan. Pelajar-pelajar yang lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dapat bersaing dengan
pelajar-pelajar di mana-mana pusat pengajian tinggi di dunia. Hakikat ini
menunjukkan keupayaan bahasa Melayu dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan.

Pada masa ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik agak kukuh.
Bahasa Melayu dapat digunakan hingga peringkat ijazah kedoktoran.
Sungguhpun buku-buku ilmiah yang ditulis dalam bahasa Melayu kurang
berbanding dengan buku-buku dalam bahasa Inggeris, ia mencukupi. Pada masa
yang sama, cendekiawan yang menguasai bahasa Melayu pada hari ini sedang
menulis buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu. Lihat contoh latihan ilmiah
pada Rajah 2.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  31

Rajah 2.2: Tesis-tesis yang menggunakan bahasa Melayu dalam latihan ilmiah di
universiti-universiti tempatan

Abad ke-21 berbeza daripada abad yang lalu. Abad ini memperlihatkan revolusi
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Melalui penggunaan
komputer dan Internet, timbunan maklumat boleh berlaku, yang datang dari
seluruh dunia (Rajah 2.3). Maklumat ini amat penting bagi masyarakat yang
ingin mencapai kemajuan.

Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan konsep


„Negara Tanpa Sempadan‰. Sehubungan dengan hal itu, perjuangan hari ini
ialah perjuangan untuk menguasai ilmu pengetahuan sebanyak mungkin. Pada
pendapat anda, sejauh manakah bahasa Melayu mampu menghadapi fenomena
ini dan apakah usaha-usaha yang anda jangka akan diambil oleh pihak kerajaan
serta para akademik bagi mengemaskinikan bahasa Melayu ini?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


32  TOPIK 2 DASAR BAHASA

Rajah 2.3: Bahasa Melayu diharapkan tidak terpinggir dalam arus perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi

Bagi Malaysia, kita perlu melihat fenomena ini sebagai suatu cabaran kepada
keupayaan kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat
memberikan maklumat yang dikehendaki oleh orang ramai di seluruh dunia.
Bahasa asal yang digunakan untuk menulis sesuatu maklumat penting akan
dipelajari kerana akan memberikan maklumat daripada sumber asli. Kerjasama,
terutamanya, antara Malaysia dan Indonesia, dari segi penulisan dan
penggunaan bahasa Melayu dalam bidang ilmu pengetahuan akan menjadikan
bahasa Melayu diterima di peringkat antarabangsa.

Untuk mencapai matlamat ini, sistem pendidikan perlu memainkan peranan


yang aktif. Institusi pendidikan tinggi adalah tempat menjana ilmu pengetahuan
yang dapat disebarkan melalui pelbagai media, terutama Internet. Lebih banyak
ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui bahasa Melayu, lebih tinggilah mutu
bahasa itu. Oleh itu, apabila ilmu berkembang maka lebih banyak konsep dan
teori dihuraikan dalam bahasa tersebut. Dengan cara ini, bahasa itu akan dapat
diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

2.2 FUNGSI BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu semenjak zaman Empayar Sriwijaya telah memainkan
peranannya sebagai bahasa lingua franca di Nusantara secara berterusan sampai
sekarang. Penjajahan kuasa asing tidak menjejaskan penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa lingua franca. Ciri ketahanan ini menunjukkan bahawa bahasa
Melayu mempunyai potensi untuk terus berkembang pada masa akan datang.
Bahasa Melayu telah terbukti menyatupadukan pelbagai suku kaum di

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  33

Nusantara. Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa penyatuan, walaupun


bukan bahasa yang dituturkan oleh suku bangsa yang terbesar di Nusantara.

Bahasa Melayu adalah bahasa yang fleksibel dan dapat disesuaikan dengan
perkembangan ilmu pengetahuan. Pada zaman Sriwijaya, bahasa Melayu telah
mengambil istilah-istilah agama Hindu dan Buddha daripada bahasa Sanskrit.
Kemudian, pada zaman Kesultanan Melaka, bahasa Arab mendapat tempat
dalam bahasa Melayu untuk menghuraikan ajaran-ajaran agama Islam.
Walaupun Portugis adalah musuh kepada orang Melayu setelah mereka
menawan Melaka, bahasa Melayu sekali lagi telah diperkaya. Akhir sekali,
apabila British menakluki Tanah Melayu, perbendaharaan bahasa Melayu telah
diperkaya oleh istilah-istilah bahasa Inggeris.

Kita akan melihat bagaimana bahasa Melayu menjadi alat perpaduan di


Malaysia dan Indonesia. Kita akan tinjau bagaimana bahasa Melayu menjadi
bahasa akademik dan melihat sejauh mana bahasa Melayu digunakan dalam
urusan perniagaan. Tinjauan terhadap penggunaannya dalam semua aspek
kehidupan membolehkan kita mengetahui bagaimana sesuatu bahasa itu
menjadi bahasa yang diterima oleh masyarakatnya dan kemudian diterima pula
sebagai bahasa antarabangsa.

2.2.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan


Sepanjang bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa lingua franca dari zaman
Sriwijaya hingga hari ini, bahasa Melayu telah berperanan sebagai alat
perpaduan. Pada masa Sriwijaya berkuasa, kemudian diikuti pula oleh
Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau, bahasa Melayu telah
menjadi alat perpaduan yang menyatupadukan suku-suku bangsa di
Nusantara. Pada masa penjajahan Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu masih
memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Apabila Malaysia dan Indonesia
didatangi oleh suku-suku bangsa yang bukan serumpun dengan suku-suku
bangsa di Nusantara, iaitu orang Cina dan India, sekali lagi bahasa Melayu
memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan. Bangsa-bangsa pendatang ini
bersedia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan antara
pelbagai kaum di Malaysia.

Penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh
semua kaum adalah suatu tanda bahawa mereka menerima konsep bahasa
Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia.
Mereka menerima bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh semua kaum
agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain. Oleh itu,
mata pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar pada semua

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


34  TOPIK 2 DASAR BAHASA

peringkat sekolah, sebaik sahaja bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan


Malaysia.

Selain penggunaan bahasa Melayu, kerajaan juga menerima sistem pendidikan


yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah. Tolak
ansur antara rakyat yang berbilang kaum ini mewujudkan perasaan saling
percaya antara satu sama lain. Lihat Rajah 2.4 yang menggambarkan perpaduan
kaum perlu dipupuk di peringkat paling asas, khususnya melalui penggunaan
bahasa Melayu sebagai perantaraan.

Rajah 2.4: Penggunaan bahasa Melayu dapat menjamin perpaduan kaum di Malaysia

AKTIVITI 2.3
1. Bagaimanakah bahasa kebangsaan memainkan peranannya
sebagai bahasa perpaduan di Malaysia?
2. Apakah kelebihan dan kelemahan sistem pendidikan yang
mengizinkan rakyatnya memilih sekolah rendah mengikut aliran
bahasa ibunda masing-masing?
3. Penggunaan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan sering
dilaungkan oleh kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan.
Pada pendapat anda, kenapakah perkara ini penting dalam
kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia? Bincangkan bersama
rakan sekelas anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  35

2.2.2 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Akademik


Status sesuatu bahasa itu dapat ditentukan melalui sejauh mana meluasnya
penggunaan bahasa tersebut. Antara kriteria penting yang digunakan untuk
mengukurnya adalah melalui penggunaan bahasa itu dalam bidang akademik.
Bahasa Melayu telah digunakan hingga ke peringkat pendidikan yang paling
tinggi dalam semua jenis kursus. Oleh itu, secara dasarnya bahasa Melayu dapat
dianggap telah mencapai puncak kejayaan. Walau bagaimanapun, bahasa
Melayu perlu melalui proses kematangannya dahulu sebelum menjadi mantap.

Bagi mencapai tahap kematangan seperti yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris
atau bahasa Perancis, rakyat Malaysia perlu terus menghasilkan karya-karya
akademik yang bermutu dalam semua bidang. Dengan itu, pelajar-pelajar tidak
perlu merujuk kepada buku-buku dalam bahasa lain bagi mendapatkan
maklumat dan pengetahuan mereka. Sekiranya ilmu pengetahuan banyak
terdapat dalam karya berbahasa Melayu, masyarakat lain akan mempelajarinya
untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Pada masa ini, seorang pelajar yang hendak memperoleh maklumat bagi
menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarahnya,
dapat memperolehinya melalui buku-buku dalam bahasa Melayu. Sekiranya dia
mahu maklumat yang lebih terperinci dan mendalam, dia terpaksa mencarinya
daripada buku-buku atau jurnal dalam bahasa Inggeris. Keadaan ini
menandakan bahawa bahasa Melayu masih belum lagi mencapai tahap
kecemerlangan seperti yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Lihat contoh-
contoh buku ilmiah pada Rajah 2.5 yang terdapat di pasaran.

Rajah 2.5: Antara buku ilmiah yang terdapat di pasaran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


36  TOPIK 2 DASAR BAHASA

2.2.3 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi


Komunikasi membawa maksud perhubungan antara seseorang dengan
seseorang atau antara organisasi dengan organisasi, dengan menggunakan
bahasa atau isyarat. Komunikasi ini boleh berbentuk lisan atau tulisan dalam erti
kata yang tradisional. Sebaliknya, pada zaman serba canggih ini, komunikasi
boleh mengambil bentuk-bentuk yang berbeza. Sebagai contoh, filem dapat
menjadi alat komunikasi yang sangat berkesan. Cerita yang dipaparkan dapat
menimbulkan pelbagai perasaan atau emosi. Oleh itu, sesebuah filem juga akan
dapat menaikkan imej seseorang atau sesebuah negara. Lihat Rajah 2.6 yang
merupakan salah satu daripada filem-filem Tan Sri P. Ramlee.

 
Rajah 2.6: Tan Sri P. Ramlee, melalui filem-filemnya telah meletakkan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang mampu merentasi batasan bangsa dan budaya dan telah diterima
oleh masyarakat pada ketika itu sehingga kini

Bahasa Melayu dalam konteks komunikasi tradisional telah memainkan


peranannya sebagai bahasa lingua franca semenjak zaman Empayar Sriwijaya lagi.
Pada hari ini, hampir semua rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan
menggunakan bahasa kebangsaan kita. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa dalam semua bentuk komunikasi secara meluas melainkan dalam sektor
swasta. Bahasa Melayu sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi bahasa
antarabangsa kerana empat buah negara Asia Tenggara, iaitu Malaysia, Indonesia,
Brunei dan Singapura menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

„Era digital‰, „k-ekonomi‰, „kampung sejagat‰ dan „dunia tanpa sempadan‰


adalah istilah-istilah yang menggambarkan senario masa depan dunia. Era baru
ini dapat dijadikan jentera untuk memperkaya sesuatu bahasa dan
memperkenalkannya ke seluruh dunia. Salah satu cara untuk
memperkenalkannya ke seluruh dunia adalah dengan menggunakan rangkaian
Internet. Karya berbentuk kreatif, seperti puisi dan novel atau karya yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  37

berbentuk ilmiah, seperti penulisan sejarah dan dapatan-dapatan kajian


berasaskan sains dan bidang ilmiah yang lain dapat disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, bahasa Melayu dapat diperkenalkan melalui program
„Belajar Bahasa Melayu‰ melalui Internet.

2.2.4 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Urusan


Perniagaan
Kadar penggunaan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan amat bergantung
pada sejauh mana penutur-penutur ibunda bahasa itu menggunakannya
dalam urusan perniagaan mereka. Sekiranya banyak antara mereka terlibat
dalam perniagaan, maka bahasa yang digunakan mereka akan dijadikan alat
komunikasi dalam urusan perniagaan dengan meluas. Bahasa Inggeris, sebagai
contoh, menjadi pilihan ahli-ahli perniagaan pada masa kini kerana besarnya
jumlah perniagaan yang dijalankan oleh negara-negara yang menggunakan
bahasa Inggeris seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Britain.
Sebaliknya, bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa perantaraan dalam
kalangan ahli perniagaan sekiranya negara-negara yang menggunakan bahasa
Melayu tidak cergas terlibat dalam bidang tersebut.

2.3 KEDUDUKAN DAN TARAF BAHASA


MELAYU
Status bahasa Melayu amat bergantung pada sejauh mana pengguna-pengguna
bahasa tersebut berjuang untuk menjadikannya suatu bahasa yang mulia,
dihormati dan digunakan dengan meluas. Jika dibandingkan dengan bahasa
Inggeris atau bahasa Jepun, bahasa Melayu belum lagi mencapai tahap yang
dicapai oleh kedua-dua bahasa itu. Bagi bahasa Inggeris, orang Inggeris tidak
perlu memperjuangkan bahasanya kerana bahasa tersebut telah diangkat sebagai
bahasa antarabangsa yang utama.

Pada peringkat awal perkembangan bahasa Melayu, ada antara orang Melayu
tidak yakin bahawa taraf bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan menjadi
kenyataan. Perasaan curiga ini telah dikurangkan apabila beberapa akta yang
berkaitan dengan pelaksanaan dasar bahasa dan pendidikan digubal,
terutamanya Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan.

Jaminan perlembagaan tidak akan bermakna sekiranya penutur-penutur bahasa


ibunda itu sendiri tidak berusaha untuk menjamin bahawa bahasa mereka akan
mencapai kemajuan dan status yang dicita-citakan. Kerajaan dan rakyat Malaysia
semenjak merdeka dahulu telah berusaha dengan sedaya upaya mereka untuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


38  TOPIK 2 DASAR BAHASA

mendaulatkan bahasa Melayu. Kedaulatan itu telah pun dicapai dengan


meluasnya penggunaan bahasa Melayu di Malaysia. Walau bagaimanapun,
masih banyak perkara yang perlu dilaksanakan bagi menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa yang unggul dan mantap setanding dengan bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa lain. Di sini kita akan meninjau sejauh mana jaminan
Perlembagaan Persekutuan tentang kemajuan bahasa dan akta-kata yang digubal
bagi menyokong pelaksanaan dasar tersebut.

AKTIVITI 2.4

Apakah peranan anda sebagai warganegara Malaysia bagi mendorong


perkembangan dan penguasaan bahasa Melayu ketika ini?

2.3.1 Perkara 152 perlembagaan Persekutuan

Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan hal-hal


seperti yang berikut:

1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dengan


apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-
undang oleh Parlimen. Dengan syarat bahawa:
(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud
rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain;
dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi
memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa
mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.‰

Fasal 1 memberikan jaminan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan


Malaysia. Bahagian kedua fasal pertama ini juga memberikan jaminan bahawa
bahasa Melayu ini boleh ditulis dengan apa-apa tulisan. Maksud „apa-apa
tulisan‰ ini ialah tulisan Rumi ataupun tulisan Jawi.

Pada masa ini, tulisan yang dipopularkan ialah tulisan Rumi melalui sistem
pendidikan Malaysia. Akibat pemilihan ini, kemahiran menulis dalam tulisan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  39

Jawi semakin menurun di kalangan generasi Melayu zaman sekarang. Kalau


perkara ini dibiarkan, kita akan kehilangan khazanah kita yang amat berharga.
Yang perlu dilakukan sekarang ialah menyemarakkan tulisan Jawi semula
melalui pelbagai cara. Sistem pendidikan adalah saluran yang paling berkesan
untuk membawanya ke aliran perdana semula.

Fasal 1(a) pula digunakan untuk mengimbangi bahasa Melayu yang telah
dijadikan bahasa kebangsaan. Tujuan pengimbangan ini adalah untuk
memastikan rakyat Malaysia daripada kaum-kaum bukan Melayu berasa
bahawa bahasa mereka juga tidak diabaikan. Strategi ini jarang-jarang diambil
oleh negara-negara lain. Kebebasan menggunakan dan mempelajari bahasa
ibunda adalah satu faktor positif yang mampu membantu proses integrasi
rakyat. Jaminan inilah yang membolehkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan
Cina dan Tamil beroperasi bersama-sama sekolah-sekolah kebangsaan. Dengan
dasar ini, Malaysia mempunyai sekolah-sekolah rendah yang menggunakan
bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

Dengan termaktubnya peruntukan Perlembagaan tentang kebebasan


penggunaan bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan, penguasaan bahasa
Melayu seperti yang dikehendaki menjadi masalah. Oleh itu, guru-guru bahasa
Melayu perlu menerima masalah ini sebagai suatu cabaran. Pelbagai kaedah dan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlu diusahakan. Proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan akan menghasilkan pembelajaran yang
berkesan. Bagi para pelajar yang bahasa ibunda mereka bukan bahasa Melayu,
kesedaran untuk menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah
suatu tanggungjawab. Mereka perlu sedar bahawa kebolehan menguasai bahasa
kebangsaan membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain,
terutamanya dengan rakan-rakan daripada kaum lain.

Bagi pelajar-pelajar yang bahasa ibundanya bahasa Melayu, mereka harus sedar
bahawa bahasa yang digunakan mereka setiap hari itu tidak semestinya bahasa
yang betul dan bertaraf tinggi.

Mereka perlu mempelajari susur galur sesuatu bahasa yang mempunyai


tatabahasa dan peraturan-peraturan yang diterima pakai sebagai bahasa yang
baik dan bahasa persuratan. Pembacaan buku-buku dalam bahasa Melayu
adalah suatu cara untuk memastikan bahawa taraf bahasa yang kita gunakan
mencapai tahap bahasa yang canggih. Pada masa yang sama, kita harus dapat
menyesuaikan diri dalam penggunaan bahasa mengikut situasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


40  TOPIK 2 DASAR BAHASA

2.3.2 Akta Bahasa Kebangsaan


Perlembagaan Malaysia menjamin bahawa bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan negara, tetapi Perlembagaan itu tidak menunjukkan cara-cara untuk
melaksanakannya. Oleh itu, untuk menjamin bahasa kebangsaan mencapai
status yang dihormati masyarakat, beberapa akta diperlukan. Akta-akta ini
memberikan garis panduan tentang bagaimana bahasa kebangsaan itu harus
digunakan.

Laporan Razak 1956 amat penting kerana menggariskan jalan untuk pelaksanaan
sistem pendidikan Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah, manakala bahasa Inggeris pula ialah bahasa kedua
terpenting. Sungguhpun begitu, pelaksanaan sepenuhnya hanya berlaku pada
tahun 1970, iaitu setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.

Laporan Razak ini memberikan garis panduan tentang sistem pendidikan di


Malaysia yang menjamin penggunaan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah pada peringkat rendah. Pada masa itu, selain
daripada dasar bahasa pengantar bahasa Melayu, bahasa Cina, dan bahasa
Tamil, bahasa pengantar bahasa Inggeris lebih dominan daripada yang lain-lain.
Di kawasan-kawasan bandar, aliran bahasa Inggeris menjadi pilihan utama ibu
bapa untuk anak-anak mereka, terutama anak-anak daripada keluarga kelas
pertengahan. Pelaksanaan Laporan Razak 1956 untuk membentuk sekolah
menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, telah
dilaksanakan pada tahun 1957. Pada tahun 1957, beberapa buah sekolah
menengah telah dipertanggungjawabkan untuk memulakan Tingkatan Satu
dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pada masa yang sama, bahasa kebangsaan telah dikuatkuasakan juga di semua
sekolah, tanpa mengira bahasa pengantar sekolah-sekolah tersebut. Bahasa
kebangsaan wajib dipelajari oleh semua murid bukan Melayu, manakala murid-
murid Melayu mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu. Kurikulum bagi kedua-
dua mata pelajaran tersebut berbeza. Dalam hal ini, kurikulum Bahasa
Kebangsaan lebih mudah daripada kurikulum Bahasa Melayu.

Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu mula dijadikan bahasa


rasmi dalam semua bentuk komunikasi di jabatan-jabatan kerajaan. Sungguhpun
begitu, pelaksanaannya adalah secara berperingkat-peringkat. Untuk
membolehkan pegawai-pegawai kerajaan mengubah bahasa rasmi yang
digunakan dalam urusan pentadbiran kepada bahasa kebangsaan, kelas-kelas
bahasa kebangsaan telah diadakan untuk mereka. Sedikit demi sedikit,
kemahiran itu diperoleh dan akhirnya, sistem pentadbiran negara telah
dikendalikan dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya pada hari ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  41

Pelaksanaan bahasa kebangsaan di sektor swasta tidak serata kerana terdapatnya


pelbagai badan penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan yang mempunyai
kuasa autonomi mereka sendiri. Sebagai contoh, kita ambil pelaksanaan akta
tersebut di Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada hujung tahun 1977.
Peraturan penggunaan bahasa kebangsaan itu adalah untuk mengawal
penggunaan iklan dan papan tanda. Peraturan itu adalah seperti yang berikut:
1. Bahasa Melayu mestilah digunakan dalam semua bentuk pengiklanan,
tanpa mengira sama ada disertakan bersama-sama atau tidak satu versi
dalam bahasa-bahasa lain.
2. Sekiranya bahasa Melayu digunakan bersama-sama dengan bahasa-bahasa
lain, huruf-huruf dalam bahasa Melayu itu mestilah tidak lebih kecil
daripada bahasa-bahasa lain dan versi bahasa Melayu itu mestilah
diletakkan di tempat yang lebih menonjol.
3. Sekiranya sesuatu iklan itu telah diterbitkan mengikut Peruntukan
Peraturan (Iklan) 1954 yang digubal oleh Majlis Perbandaran Kuala
Lumpur, dengan atau tanpa lesen, iklan ini mestilah dipinda, supaya dapat
memenuhi kehendak peraturan yang baharu.
4. Pengubahsuaian boleh dilakukan dengan mengadakan iklan tambahan
dengan menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia.

Kesungguhan pelaksanaan bahasa kebangsaan ini dapat disaksikan dalam


tahun-tahun 70an dengan pejuang-pejuang bahasa terdiri daripada semua
golongan masyarakat, termasuk para guru. Hasil usaha mereka dapat dilihat
pada hari ini, apabila bahasa Melayu digunakan dalam semua aspek kehidupan
di Malaysia, walaupun tidak secara keseluruhan. Kebebasan untuk
menggunakan bahasa-bahasa lain masih utuh kerana era abad ke-21
memerlukan pendekatan-pendekatan yang terbuka dan secara sukarela.

2.3.3 Akta Pendidikan


Tahukah anda bagaimana Akta Pendidikan memainkan peranannya terhadap
perkembangan dan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia? Laporan Razak
1956 dianggap sebagai titik permulaan sejarah perkembangan penggunaan
bahasa Melayu di Malaysia. Laporan ini telah mendaulatkan bahasa Melayu di
tanah airnya sendiri. Pada tahun itu, bahasa pengantar yang menggunakan
bahasa Melayu telah dimulakan di Tingkatan Satu. Sebelum tahun 1957,
kepercayaan rakyat terhadap kebolehan diri sendiri sangat rendah.
Bagaimanakah mereka dapat membentuk keyakinan terhadap kebolehan diri
sendiri kalau pendidikan yang menggunakan bahasa Melayu setakat Darjah
Enam di sekolah rendah sahaja?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


42  TOPIK 2 DASAR BAHASA

Pada masa bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar untuk Tingkatan Satu
pada tahun 1957, murid-murid Tingkatan Satu ini mengalami pelbagai
kekurangan. Pada masa itulah banyak buku teks perlu ditulis dengan
menggunakan bahasa Melayu. Buku-buku teks yang ditulis itu kadangkala amat
sukar difahami kerana penterjemah-penterjemah dan penulis-penulis buku
tersebut merupakan orang yang bukan mengkhusus dalam bidang yang
ditulisnya. Selain itu, guru-guru yang mengajar dalam bahasa Melayu
sebenarnya tidak mendapat latihan untuk mengajar dalam bahasa tersebut.
Situasi yang terdapat pada masa itu amat mencabar. Ibu bapa yang menghantar
anak-anak untuk melanjutkan pelajaran di sekolah menengah kebangsaan
kebanyakannya terdiri daripada orang-orang berpendapatan rendah dan dari
luar bandar. Dengan senario ini, bagaimanakah murid-murid daripada aliran
bahasa Melayu ini dapat menyaingi pelajar-pelajar yang mengikuti aliran bahasa
Inggeris yang terdapat di satu sekolah yang sama? Namun demikian eksperimen
ini terus berjalan antara tahun 1957 hingga tahun 1960, sehingga satu lagi
laporan dikeluarkan, iaitu Laporan Rahman Talib 1960.

Laporan Rahman Talib 1960 mengesahkan Dasar Pendidikan yang dilaksanakan


berdasarkan Laporan Razak 1956. Selain itu, laporan ini juga telah
mencadangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah menengah. Walau bagaimanapun, cadangan ini tidak
dilaksanakan sehingga tahun 1970.

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan oleh
rakyat Malaysia. Selepas tragedi itu, rakyat Malaysia benar-benar berazam untuk
tidak lagi melalui peristiwa pahit itu. Oleh itu, pada tahun 1970, DatoÊ Abdul
Rahman Yaacob menyatakan bahawa mulai tahun 1970 semua murid yang
belajar dalam Darjah Satu di sekolah rendah jenis kebangsaan (Inggeris) akan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Kemudian, pada
tahun yang berikutnya, semua murid yang sama akan mengikuti pelajaran
darjah dua dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Akhirnya, pada tahun 1983, berakhirlah sudah tradisi menggunakan bahasa


Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Pada peringkat universiti,
permulaan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar adalah
pada tahun 1983. Hasil daripada dasar itu, pada hari ini bahasa kebangsaan telah
dibuktikan sebagai bahasa akademik dan ilmu pengetahuan. Konsep-konsep
ilmu pengetahuan telah dapat diterbitkan dalam bahasa Melayu dan dapat
difahami oleh para pelajar dengan baik. Universiti-universiti tempatan telah pun
berjaya menghasilkan siswazah-siswazah sarjana dan kedoktoran dalam semua
bidang dengan menggunakan bahasa kebangsaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 2 DASAR BAHASA  43

SEMAK KENDIRI 2.1


1. Apakah yang anda fahami dengan ungkapan „sekiranya sesuatu
bahasa itu digunakan untuk penyelidikan dan penulisan tentang
ilmu pengetahuan, maka bahasa itu akan dianggap sebagai bahasa
yang maju‰?
2. Bagaimanakah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mampu
memainkan peranan untuk meninggikan martabat bahasa Melayu?

LATIHAN 2.1

1. Yang manakah antara kenyataan berikut merupakan tujuan


utama Dasar Bahasa diwujudkan di negara yang terdiri daripada
berbilang kaum?
A. Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah kecekapan
berkomunikasi.
B. Sebagai alat pembangunan atau kemajuan negara dalam
pelbagai bidang.
C. Sebagai alat perpaduan bangsa dan lambang jati diri
bangsa.
D. Sebagai alat kawalan budaya dan sosial.

2. Yang manakah antara kenyataan berikut BUKAN merupakan


ciri-ciri bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan?
A. Ia diangkat sebagai bahasa utama di dalam sebuah negara
yang berdaulat.
B. Bahasa kebangsaan pada prinsipnya juga adalah bahasa
rasmi.
C. Ia digunakan dalam wacana politik dan undang-undang
negara
D. Ia diangkat dan mempunyai persamaan dengan bahasa
yang umum.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


44  TOPIK 2 DASAR BAHASA

 Bahasa Melayu mampu mencapai kegemilangan dalam zaman moden ini


kerana menjadi bahasa yang paling banyak penuturnya di Asia Tenggara.

 Bahasa Melayu telah mula digunakan dengan meluas dalam pelbagai bidang.

 Sekiranya negara-negara yang menggunakan bahasa Melayu ini mencapai taraf


negara-negara maju, maka bahasa ini juga akan mendapat status bahasa maju.

 Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah mempunyai kebolehan menggunakan


bahasa Melayu dalam semua peringkat perhubungan.

Akta Bahasa Kebangsaan Bahasa persuratan


Bahasa kebangsaan Dasar bahasa kebangsaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Sistem Bahasa
3 Baku

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan sejarah perkembangan pembakuan bahasa Melayu;
2. Menyenaraikan bentuk ejaan asal bahasa Melayu di Malaysia dan
di Indonesia sebelum proses pembakuan dilaksanakan;
3. Mengenal pasti prinsip-prinsip sebutan baku bahasa Melayu; dan
4. Menjelaskan sebutan-sebutan baku bahasa Melayu.

 PENGENALAN
Bahasa Melayu, di Malaysia dan di Indonesia, berteraskan bahasa Melayu dialek
Johor-Riau. Dialek ini telah dipilih kerana mempunyai ciri-ciri bahasa yang
memenuhi piawaian dan diperakui oleh penutur-penutur dialek lain sebagai
lebih bersistem, mudah dipelajari, dan mudah disebut. Bahasa Melayu dialek
Johor-Riau ini telah berkembang berasingan antara Indonesia dan Malaysia.

Indonesia telah membakukan bahasa Melayu dialek Johor-Riau itu sebaik-baik


sahaja bahasa itu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Indonesia.
Percubaan untuk membakukan bahasa Melayu dibuat dengan bersungguh-
sungguh dalam tahun 1972 apabila Majlis bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM)
telah ditubuhkan antara Indonesia dan Malaysia. Majlis ini kemudiannya
dianggotai pula oleh negara Brunei pada tahun 1985 yang membawa kepada
Majlis Bahasa Brunei Darulsalam-Indonesia-Malaysia (MBBIM). Majlis ini
berperanan untuk mewujudkan keseragaman ejaan dan sebutan di kalangan
anggotanya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


46  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

3.1 SEJARAH BAHASA BAKU DI MALAYSIA


DAN DI INDONESIA
Perkembangan yang berbeza di negara-negara yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan menimbulkan kesukaran untuk menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang serupa dalam semua segi.

Ahli-ahli bahasa di ketiga-tiga buah negara tersebut telah bekerjasama bagi


memastikan bahasa Melayu dapat berkembang secara bersepadu dan menjadi
lebih mantap. Perkembangan bahasa Melayu di Malaysia Indonesia dan Brunei
memberikan gambaran kepada kita sejauh mana perubahan-perubahan telah
berlaku kepada ketiga-tiga bahasa Melayu itu disebabkan oleh faktor politik,
sosial, dan pengaruh bahasa sukuan yang terdapat di negara masing-masing.

Dengan adanya kesedaran tentang penyatuan bahasa, melalui kewujudan


MABIM pada 1972 dan MABBIM pada 1985, bagi mengkaji semua masalah
bahasa yang timbul dan mencari jalan penyelesaian bersama, agar tindakan-
tindakan yang diambil akan memperkukuh perkembangan bahasa ini.
Persetujuan-persetujuan bersama yang dicapai oleh semua pihak yang terlibat
telah membantu pembangunan bahasa dan penggunaannya dalam bidang-
bidang lain.

Kedua-dua negara, iaitu Malaysia dan Indonesia, telah memilih bahasa Melayu
dialek Johor-Riau sebagai bahasa kebangsaan masing-masing sebaik-baik sahaja
mencapai kemerdekaan. Indonesia mencapai kemerdekaannya sepuluh tahun
lebih awal daripada Malaysia dan telah memajukan bahasa Melayu Johor-Riau
itu sebagai bahasa Indonesia dengan caranya yang tersendiri. Oleh sebab
penjajah Indonesia adalah Belanda, maka kaedah ejaan Belanda telah digunakan.

Dari segi perbendaharaan kata, Indonesia telah mengembangkannya dengan


menggunakan kaedah yang sama seperti yang berlaku di Malaysia dengan
bahasa dan budaya tempatan telah mempengaruhi perkembangannya. Selain
meminjam bahasa-bahasa asing, seperti bahasa Belanda dan bahasa Inggeris,
terdapat juga perkataan-perkataan yang diambil daripada bahasa sukuan bangsa
yang terdapat di Indonesia, misalnya bahasa Jawa.

Malaysia juga telah memilih bahasa Melayu Johor-Riau sebagai bahasa


kebangsaannya dan bahasa Melayu itu pula berkembang sebagai bahasa
Malaysia. Bahasa Melayu di Malaysia mempunyai sejarah perkembangan yang
berbeza daripada Indonesia, sebelum titik-titik persamaan cuba dicari melalui
persetujuan untuk bekerjasama dalam membangunkan kedua-dua bahasa. Pada
mulanya, bahasa Melayu di Malaysia mengekalkan nama bahasa Melayu tetapi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  47

kemudian telah mengambil identiti baru sebagai bahasa Malaysia dengan tujuan
untuk membentuk perpaduan rakyat melalui bahasa.

Perkembangan bahasa Melayu di Malaysia telah mengambil pola yang sama


seperti di Indonesia. Kalau di Indonesia, perbendaharaan katanya diperkaya
dengan kata-kata pinjaman daripada Belanda, Inggeris dan Jawa; di Malaysia
pula kata-kata pinjaman itu adalah daripada bahasa Inggeris, Arab, dan dialek-
dialek bahasa Melayu tempatan, seperti dialek Kelantan dan Kedah. Walaupun
wujud ketidakseragaman ini, kewujudan MABBIM telah banyak membantu
menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

3.2 SEJARAH EJAAN BAHASA MELAYU DI


MALAYSIA DAN INDONESIA
Pada pandangan anda, kenapakah wujudnya perbezaan-perbezaan ejaan dan
sebutan dalam kalangan penduduk-penduduk di Malaysia dan di Indonesia?

Ejaan bahasa Melayu di Malaysia dan di Indonesia mengikut kaedah ejaan yang
tersendiri. Ejaan bahasa Indonesia dipengaruhi oleh bahasa Belanda, manakala
di Malaysia disesuaikan dengan sebutan bahasa Melayu dialek Johor-Riau. Oleh
itu, kita dapati perkataan seperti „tudung‰ dieja „tudong‰ yakni menggunakan
vokal „o‰ bukan „u‰, kerana dalam sebutan harian di Malaysia ejaan perkataan
tersebut adalah „tudong‰ berdasarkan bunyi sebenarnya apabila disebutkan.

Gaya bahasa dan ejaan kedua-dua bentuk bahasa Melayu ini telah mengikut
jalan yang berlainan, sebelum persetujuan dicapai untuk menyatukannya.
Penyatuan bahasa yang berasal daripada sumber yang sama, iaitu bahasa
Melayu dialek Johor-Riau, dapat menjadikan bahasa Melayu ini mencapai
kemajuan yang lebih bermakna. Selain Malaysia dan Indonesia, Brunei dan
Singapura juga telah turut serta dalam perkembangan ini. Dengan adanya
kesepaduan dalam memajukan bahasa ini, maka faedah yang lebih besar dapat
diperoleh oleh semua pihak. Ilmu pengetahuan melalui bahasa yang sama dapat
dikongsi bersama dan proses perkongsian bijak ini dapat mempercepat
kemajuan bahasa Melayu. Objektif inilah yang diharapkan oleh negara-negara
berkenaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


48  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

3.2.1 Ejaan Bahasa Melayu di Indonesia Sebelum


Ejaan Baku Diperkenalkan
Sebelum ejaan baku digunakan di Indonesia, sukar bagi orang Malaysia
membaca tulisan yang digunakan mereka. Oleh sebab orang Indonesia telah
biasa dengan bahasa Belanda, mereka menggunakan prinsip-prinsip ejaan
Belanda apabila menulis dalam bahasa Indonesia.

Sebagai contoh, yang berikut diperturunkan suatu petikan yang ditulis oleh Prof.
Dr. Poerbatjaraka pada tahun 1951 dalam buku Perancangan Bahasa dengan
Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof. Asmah Haji
Omar (1993):

Tidak sadja pendeta Hwei-ning dikatakan pergi dari Cri-wijaya ke Melaju,


melainkan I-tsing sendiri, ketika ia berangkat dari Kanton ke Hindustan pada
tahun 671 ia singgah dulu di Cri-wijaya 6 bulan lamanja, buat mempeladjari
tatabahasa (Sanskreta). Sesudah itu ia pergi ke Melaju, dan setelah di situ 2
bulan lamanja, baru ia terus ke Hindustan, tempat ia tinggal sepuluh tahun
lamanja di sekolah tinggi ilmu ke- Buddhaan yang termasjhur, jakni Nalanda.
Ketika kembali dari Hindustan ia singgah lagi, buat sementara waktu, di Cri-
wijaya. Ketika itu ialah pada tahun 685. Setelah tinggal di situ 4 tahun
lamanja, maka mendapat kejakinanlah ia, bahawa pekerdjaan menjalin dan
menterdjemahkan kitab-kitab sutji agama Buddha itu buat dia seorang, terlalu
berat; oleh kerana itu, pada tahun 689 ia pulang ke Kanton, lalu kembali pula
ke Cri-wijaya dengan membawa pembantu empat orang.

Perkataan-perkataan yang berhuruf condong adalah perkataan-perkataan yang


dieja dengan menggunakan sistem ejaan bahasa Belanda. Terdapat beberapa ciri
yang membezakannya dengan ejaan baku pada hari ini, seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  49

Jadual 3.1: Beberapa Perbezaan Ejaan Lama dan Ejaan Baku Berdasarkan Petikan

Ejaan lama Ejaan baku

sadja saja
Cri-wijaya Sriwijaya
Melaju Melayu
mempeladjari mempelajari
lamanja lamanya
termasjhur termasyhur
jakni yakni
kejakinanlah keyakinanlah
pekerdjaan pekerjaan
menterdjemahkan menterjemahkan
sutji suci
peladjar pelajar
Perantjis Perancis
nama-nja namanya
bukunja bukunya
jang yang
ichtisar ikhtisar
tatatjara tatacara
berdjiarah berziarah

Huruf-huruf yang berbentuk condong dalam ejaan lama itu adalah huruf-huruf
yang berbeza bunyinya setelah ejaan bahasa Melayu dibakukan. Sebagai contoh,
dalam ejaan lama „dj‰ ialah „j‰ apabila dibakukan. Seterusnya „tj‰ ialah „c‰,
„Cri‰ ialah „Sri‰ dan lain-lain yang tersenarai di atas. Hal ini dapat dilihat dalam
contoh Rajah 3.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


50  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

Rajah 3.1: Contoh sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 1957 yang memperkatakan
sejarah dan perkembangan bahasa Indonesia.

3.2.2 Ejaan yang Digunakan di Malaysia Sebelum


Ejaan Baku Diperkenalkan
Pada masa Indonesia mengeja mengikut gaya Belanda, Malaysia pula
mempunyai gaya ejaannya yang tersendiri. Kepada para pembaca yang telah
menerima pendidikan ejaan baku, ejaan lama ini adalah ganjil dan tidak
mempunyai sistem yang seragam. Sebagai contoh, lihat petikan cerpen yang
yang berjudul „Kesah Nana Maidin‰ karangan Asamin yang diterbitkan dalam
Utusan Zaman, 25 April 1954 dan telah dimuatkan dalam Antologi Cherpen
Melayu Sa-Lepas Perang Dunia Kedua oleh Omar Mohd. Hashim, yang
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1968).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  51

Maidin menjilat2 bibir-nya sendiri, tangan-nya di-kesat2kan pada kain


sarong-nya. Kain sarong hijau yang di-lipatkan-nya itu memperlihatkan
karat2 yang basah kering. Baju singlet-nya juga sudah separoh belapok
dan di-jalori juga oleh warna kekuningan yang basah kering.

Gadis kechil chantek yang sedang minum ayer batu di-depan-nya meminta
tambah sedikit gula, dan Maidin yang baharu mengesat2 kain sarong-nya itu
chepat2 menyambut gelas yang di-ulurkan gadis tersebut di-tuangkan-nya
gula serta di-tambah-nya lagi sa-sudu kachang.

„Taroh-lah susu Maidin,‰ gadis itu merengek2, tetapi Maidin yang


belum berapa tahu chakap Melayu itu hanya tertawa2 kechil sambil
menggeleng2kan kepala, tangan-nya sa-kali lagi menyapu2 kain sarong-nya.

Daripada petikan itu, anda dapat melihat bahawa perkataan-perkataan yang


berhuruf condong adalah perkataan-perkataan yang dieja dengan menggunakan
kaedah ejaan sebelum dibakukan. Untuk melihat perbezaan-perbezaan yang
terdapat antara gaya ejaan lama dengan gaya ejaan baharu, lihat senarai seperti
dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Beberapa Perbezaan Ejaan Lama dan Ejaan Baku Berdasarkan Petikan

Ejaan lama Ejaan baku


menjilat2 menjilat-jilat
di-kesat2kan dikesat-kesatkan
di-lipatkan-nya dilipatkannya
singlet-nya singletnya
belapok berlapuk
kechil kecil
ayer air
mengesat2 mengesat-ngesat
di-ulurkan dihulurkan
di-tuangkan-nya dituangkannya
di-tambah-nya ditambahnya
kachang kacang
merengek2 merengek-rengek
menggeleng2kan menggeleng-gelengkan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


52  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

menyapu2 menyapu-nyapu
tangan-nya tangannya
sarong-nya sarungnya
karat2 karat-karat
separoh separuh
di-jalori dijaluri
chantek cantik
di-depan-nya di depannya
chepat2 cepat-cepat
sa-sudu sesudu
taroh-lah taruhlah
tertawa2 tertawa-tawa
sa-kali sekali

Daripada contoh-contoh tersebut, kita dapati bahawa ejaan dalam bahasa


Melayu telah mengalami banyak perubahan. Perubahan yang berlaku
sebenarnya menunjukkan betapa dinamiknya bahasa Melayu menyesuaikan diri
mengikut perubahan zaman. Kita dapati bahawa bentuk ejaan baku lebih kemas.

Rajah 3.2 pula menunjukkan sebuah buku bertajuk Kesah Sa-Ribu Satu Malam
terbitan Pustaka Antara (1962) yang memperlihatkan bentuk-bentuk tulisan yang
terdapat pada masa dahulu sebelum diwujudkan penyeragaman.

Rajah 3.2: Contoh dari buku tulisan „Kesah Sa-Ribu Satu Malam‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  53

Bagi bahasa Melayu, perubahan bentuk ejaan adalah praktikal kerana bahasa
Melayu masih dalam proses perkembangan. Hasil-hasil karya yang ditulis
dengan menggunakan ejaan bentuk lama tidak begitu banyak. Oleh itu,
sekiranya generasi baharu yang menggunakan ejaan baharu mahukan maklumat
yang didapati dalam buku-buku yang ditulis dengan gaya ejaan lama, mereka
masih dapat membacanya dengan mudah. Perubahan-perubahan ejaan yang
berlaku dalam bentuk ejaan baku tidak banyak dan bersistem. Pada dasarnya,
permintaan terhadap maklumat yang ditulis dalam bentuk ejaan lama tidak
begitu besar. Dengan ini, perubahan ejaan tidak menyebabkan kesukaran yang
besar. Sebaliknya, sekiranya ejaan yang digunakan oleh orang Inggeris hendak
dibakukan, maka masalah yang akan timbul lebih besar. Selain buku-buku ilmu
pengetahuan yang telah ditulis dalam bahasa Inggeris sangat banyak, ejaan
bahasa Inggeris yang digunakan pada hari ini, jika dibakukan akan menjadikan
orang ramai tidak akan mengenali langsung bahawa ejaan-ejaan itu adalah
bahasa Inggeris. Sebagai contoh, cuba lihat ayat bahasa Inggeris berikut yang
dibakukan:

„I want to go to the beach for a picnic‰ akan bertukar kepada ejaan-ejaan yang
berikut jika ayat itu dibakukan. „Ai wan tu go tu de beec fo e piknik‰. Dapatkah
anda mengenalinya sebagai bahasa Inggeris?

3.2.3 Sistem Ejaan Bahasa Melayu Terkini


Bahasa Melayu ialah suatu bahasa yang dinamik kerana semenjak mencapai taraf
bahasa rasmi di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura, perkembangannya
berlaku dengan pesat. Keempat-empat buah negara telah bersepakat untuk
berbincang tentang pelbagai hal yang berkaitan dengan perkembangan bahasa
Melayu di negara masing-masing. Semua masalah yang timbul dalam proses
perkembangan bahasa ini dibincangkan. Penyelesaian masalah serta persetujuan
bersama dicari supaya segala keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan
secara sistematik. Dengan ini, bahasa Melayu akan dapat berkembang dengan
pesat untuk menjadikannya bahasa yang maju, setanding dengan mana-mana
bahasa yang maju di dunia.

Langkah pertama yang dianggap paling utama ialah membakukan ejaan bahasa
Melayu, supaya ejaan yang sama bagi perkataan yang sama digunakan di
keempat-empat buah negara. Dengan itu, karya yang dihasilkan di Malaysia
dapat dibaca dengan mudah oleh pembaca-pembaca di Indonesia, Brunei dan
Singapura. Peristilahan dan sebutan yang mempunyai perbezaan sedikit
sebanyak tidak akan menjejaskan kesepaduan bahasa, kerana setiap negara yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mempunyai keunikan
masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


54  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

3.3 PANDUAN UMUM EJAAN RUMI BAHASA


MELAYU
Sistem ejaan Rumi yang digunakan sekarang adalah hasil daripada perjanjian
penyatuan ejaan Rumi bagi bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia yang
dipersetujui bersama pada tahun 1967. Usaha-usaha untuk mengubah ejaan lama
kepada ejaan baharu dijalankan selepas persetujuan itu dicapai, dan akhirnya
pada 16 Ogos 1972, „Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia‰ diperkenalkan.
Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kerjasama
dan kesepakatan „Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia (MABIM)‰ bagi pihak
kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Di Malaysia, badan yang
ditugaskan untuk menyusun panduan ejaan Rumi ini ialah Jawatankuasa Tetap
Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia, dan
Jawatankuasa ini diletakkan di bawah pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maklumat-maklumat penting yang menjadi sumber kepada panduan umum


ejaan Rumi ini boleh dirujuk dalam buku-buku yang berikut:
(a) Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975
(Edisi Kedua 1987);
(b) Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1975 (Edisi Semakan 1991); dan
(c) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981
(Edisi Kedua 1988).

3.3.1 Huruf
Abjad Rumi dalam bahasa Melayu mengandungi 26 huruf seperti dalam Jadual
3.3, menurut susunan yang lazim.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  55

Jadual 3.3: Abjad Rumi dalam Bahasa Melayu

Huruf Nama
A a a (seperti „saya‰)
B b bi
C c si
D d di
E e i
F f ef
G g ji
H h ec
I i ai
J j je
K k ke
L l el
M m em
N n en
O o o
P p pi
Q q kiu
R r ar
S s es
T t ti
U u yu
V v vi
W w dabliu
X x eks
Y y wai
Z z zet

3.3.2 Huruf Vokal


Dalam sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu, terdapat enam fonem atau bunyi
vokal, tetapi bunyi-bunyi itu dilambangkan oleh lima huruf vokal seperti dalam
Jadual 3.4.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


56  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

Jadual 3.4: Lima Vokal Melambangkan Enam Fonem

Contoh Penggunaan
Huruf Fonem
di depan di tengah di belakang
a /a/ adu sapi rasa
e (i) /e/ pepet enau pening komunisme
(ii) /e/ taling elok petah tauke
i /i/ isu sikap dahi
o /o/ oleh bolos kuno
u /u/ ular buluh abu

Rajah 3.3: Vokal Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu, ejaan baku huruf „e‰ melambangkan dua fonem atau
bunyi vokal, iaitu:
(a) Fonem e  pepet  [ə] yang dahulunya dikenali sebagai e bertanda di atas,
seperti dalam perkataan e’mbun, le’mak  dan se’mak. Dalam penulisan ini, e
pepet akan ditandakan sebagai [ə]; dan
(b) Fonem e taling [é] seperti dalam perkataan elak, ekar dan ekor.

Tahukah anda bahawa sebelum tahun 1972, e pepet ini dikenal sebagai e
bertanda dan dalam tulisan huruf e ini ditandakan di atas untuk
membezakannya daripada e taling yang tidak bertanda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  57

3.3.3 Huruf Diftong


Huruf diftong terdiri daripada gabungan dua huruf vokal. Dalam bahasa
Melayu, terdapat tiga bentuk huruf diftong, iaitu ai, au dan oi. Walaupun huruf
diftong ini ialah gabungan dua huruf vokal tetapi bunyinya hanyalah satu. Hal
ini terjadi demikian kerana bunyi diftong terhasil apabila satu vokal
menggeluncur dengan cepatnya ke satu vokal lain. Perkataan-perkataan dalam
Jadual 3.5 adalah contoh-contoh bunyi diftong yang terdapat dalam bahasa
Melayu:

Jadual 3.5: Contoh-contoh Bunyi Diftong

Huruf Fonem Contoh Penggunaan


ai /ai/ aising, abai, mahligai, ghairah
au /au/ aurat, arau, danau, saudari
oi /oi/ oidium, amboi, boikot, kaloi

3.3.4 Huruf Konsonan


Dalam sistem ejaan Rumi, terdapat 26 huruf konsonan yang digunakan untuk
melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan seperti yang dicatatkan dalam
Jadual 3.6.
Jadual 3.6: Konsonan yang Melambangkan 27 Fonem
Contoh penggunaan
Huruf Fonem
di depan di tengah di belakang
/b/ bahaya rebut adab
c /c/ cukup baca Mac
d /d/ dua ada abad
f /f/ fakir tafsir maaf
g /g/ gula tiga beg
gh /gh/ ghaib maghrib mubaligh
h /h/ hipokrit yahid buah
j /j/ joran ganja kolej
k /k/ kati pakar kotak
/?/ · · kakak
// · nikmat jamik
// kadi · ·
kh /kh/ khas akhbar tarikh
l /l/ lemas alas gesel
m /m/ muka kamu talam
n /n/ nama panah daun
ng /ng/ ngilu angin kuning

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


58  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

ny /ny/ nyala punya ·


p /p/ pasung api siap
q /q/ qurban wuquf buraq
r /r/ raih para gusar
s /s/ sampai asal kemas
sy /sy/ syabas isytihar skuasy
t /t/ tuli rata tepat
v /v/ vitamin subversif -
w /w/ wajah bawa straw
x /x/ xerox · ·
y /y/ yang duyung ·
z /z/ zaman azam Majaz

Daripada 26 huruf konsonan itu, terdapat lima huruf gabungan iaitu gh,  kh, ng, 
ny dan sy. Huruf gabungan kh dan sy  telah menjadi sebahagian daripada huruf
konsonan bahasa Melayu apabila bahasa Melayu meminjam perkataan-
perkataan Arab untuk dijadikan perkataan-perkataan Melayu seperti perkataan
akhir, khabar, syarat dan syubahat. 
 
(a) Huruf q  juga dipadankan dengan huruf Jawi qaf  yang digunakan untuk
mengeja istilah-istilah agama Islam, dan perkataan-perkataan yang dipinjam
daripada bahasa Arab. Contohnya:
qariah wuquf Quran fiqah

(b) Huruf v  ialah huruf yang digunakan untuk mengeja perkataan-perkataan


yang dipinjam daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang
lain. Huruf v  biasanya digunakan pada pangkal kata atau pada pangkal
suku kata seperti perkataan-perkataan yang berikut:
van vitamin karnival revolusi
universiti vokasional subversif evolusi

(c) Huruf ‐ve  di akhir kata bahasa Inggeris pula diambil oleh bentuk huruf f 
dalam bahasa Melayu. Contohnya:

subversive : menjadi : subversif


passive : menjadi : pasif
active : menjadi : aktif
negative : menjadi : negatif
reflective : menjadi : reflektif
generative : menjadi : generatif

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  59

(d) Huruf x  hanya digunakan pada pangkal kata untuk istilah khusus yang
tidak ditukar kepada z. Contohnya:

xenon : menjadi : xenon


xylophone : menjadi : xilofon
xenomorph : menjadi : xenomorf

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Mengapakah bahasa Jawa yang dianggap paling banyak dituturkan


di Nusantara tidak dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan di
Indonesia?

2. Mengapakah bahasa Melayu Johor-Riau, yang dijadikan bahasa


kebangsaan di Indonesia, dapat dibakukan dengan cepat berbanding
dengan yang berlaku di Malaysia?

3.3.5 Perubahan Lima Huruf Konsonan daripada


Ejaan Rumi Lama kepada Ejaan Rumi Sekarang
Jadual 3.7 berikut menunjukkan perubahan lima huruf konsonan daripada ejaan
rumi lama kepada ejaan rumi sekarang.

Jadual 3.7: Perubahan Lima Huruf Konsonan

Huruf lama Huruf sekarang Contoh penggunaan


ch c chinta menjadi cinta
chuba menjadi cuba
Mach menjadi Mac
dh d dharab menjadi darab
dharurat menjadi darurat
kadhi menjadi kadi
dz z dzalim menjadi zalim
dzat menjadi zat
bedza menjadi beza

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


60  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

sh sy sharikat menjadi syarikat


sharat menjadi syarat
skuash menjadi skuasy

th s Thalatha menjadi Selasa


mithal menjadi misal
thabit menjadi sabit

3.3.6 Penghapusan Tanda Koma di atas


Dalam bahagian ini, kita akan melihat empat situasi di mana tanda koma di atas
dihapuskan. Situasi-situasi tersebut adalah seperti berikut:

(a) Tanda koma di atas (Â) yang sepadan dengan huruf Jawi ain dihapuskan
jika digunakan untuk membuka suku kata. Contohnya:

saÊat : menjadi : saat


Âalam : menjadi : alam
Âamal : menjadi : amal
raÊi : menjadi : rai

(b) Tanda koma di atas yang sepadan dengan huruf Jawi ain digantikan
dengan huruf konsonan k untuk menutup suku kata. Contohnya:

raÊayat : menjadi : rakyat


maÊna : menjadi : makna
tamaÊ : menjadi : tamak

(c) Tanda koma di atas (Â) yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah 
dihapuskan untuk membuka suku kata. Contohnya:

masaÊalah : menjadi : masalah


soÊal : menjadi : soal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  61

(d) Tanda koma di atas (Â) yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah digantikan
dengan huruf konsonan k untuk menutup suku kata. Contohnya:

encheÊ : menjadi : encik


DatoÊ : menjadi : Datuk
ruÊyah : menjadi : rukyah

3.3.7 Keselarasan Vokal


Dalam Sistem Ejaan Baru (Rumi) Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan
vokal. Daftar yang berikut memberikan pola-pola keselarasan vokal yang perlu
diketahui:

(a) Praakhir Akhir tertutup Contoh


a a asah, galak, sempadan

Menurut ejaan baharu, vokal praakhir a yang terletak dalam suku kata
yang pertama diikuti oleh vokal akhir tertutup a, seperti contoh-contoh
yang diberikan. Hal ini ialah pola yang biasa terdapat dalam bahasa
Melayu. Contoh-contoh lain ialah bangkai, teladan, kembang.

(b) Praakhir Akhir tertutup Contoh


a i adik, balik, sumbangsih

Pola yang kedua ialah vokal praakhir a yang diikuti oleh vokal akhir
tertutup i. Pola ini lazim ditemukan, sama seperti pola pertama. Contoh-
contoh lain adalah seperti banting, calit, malik, kekasih, cenderawasih.

(c) Praakhir Akhir tertutup Contoh


a u datuk, patuk, kerayung

Pola ketiga ialah yang dimulakan dengan vokal praakhir a dan diikuti oleh
vokal akhir tertutup u. Pola ini ialah jenis terakhir bagi perkataan yang
dimulakan dengan vokal a. Perkataan-perkataan yang berikut mempunyai
pola ejaan yang sama, iaitu batuk, ampun, tangguh, sambung.

(d) Praakhir Akhir tertutup Contoh


e (pepet) a emas, ketam, tembelang

Pola keempat ialah vokal praakhir yang bermula dengan e (pepet) dan
diikuti oleh vokal akhir tertutup a. Perkataan-perkataan yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


62  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

menggunakan pola tersebut termasuklah enau, lebam, kelam, gelam,


keretam, selam, selak, serembap.

(e) Praakhir Akhir tertutup Contoh


e (pepet) i lebih, betik, sembelih

Pola kelima ialah vokal praakhir yang bermula dengan e pepet yang diikuti
oleh vokal akhir tertutup i. Perkataan lain yang menggunakan pola yang
sama termasuklah cebis, betis, kelip, keris, detik, terik, sering, penting.
(f) Praakhir Akhir tertutup Contoh
e (pepet) u belut, telur, temenggung

Pola yang keenam ialah vokal praakhir yang bermula dengan e pepet dan
diikuti oleh vokal akhir tertutup u. Perkataan lain yang mengikut pola ini
termasuklah telus, berus, celup, betung, semberung.

(g) Praakhir Akhir tertutup Contoh


e (taling) a elak, dewan, belerang

Pola yang ketujuh ialah vokal praakhir yang bermula dengan e taling dan
diikuti oleh vokal akhir tertutup a. Contoh-contoh yang berikut ialah
perkataan-perkataan yang mengikut pola yang sama, iaitu selak, letak,
ledang, perang, temberang.

(h) Praakhir Akhir tertutup Contoh


e (taling) e (taling) belek, gelek, selekeh

Pola yang kelapan ialah vokal praakhir yang bermula dengan e taling dan
diikuti pula oleh vokal akhir tertutup e taling juga. Perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama termasuklah seret, beres, teres, tembereng,
gelek.

(i) Praakhir Akhir tertutup Contoh


e (taling) o telor, esok, tempoh

Pola yang kesembilan ialah vokal praakhir yang bermula dengan e taling
dan diikuti pula oleh vokal akhir tertutup o. Perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama termasuklah serong, bengkok, tembok, lentok,
kelentong.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  63

(j) Praakhir Akhir tertutup Contoh


i a insaf, silang, saliran

Pola yang kesepuluh ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan i
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup a. Perkataan lain yang mempunyai
pola yang sama termasuklah indah, silap, giliran, pindah, hisap, perintah,
butiran, kisar.

(k) Praakhir Akhir tertutup Contoh


i i intip, sisip, belimbing

Pola yang kesebelas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan i dan
diikuti oleh vokal akhir tertutup i. Perkataan lain yang mempunyai pola
yang sama termasuklah mirip, minit, sirip, seiring, selidik.

(l) Praakhir Akhir tertutup Contoh


i u bingung, rimbun, singgul

Pola yang kedua belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan i
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup u. Perkataan lain yang mempunyai
pola yang sama termasuklah hirup, ribut, timbus, belitung, simpul,
kecimpung.

(m) Praakhir Akhir tertutup Contoh


o a corak, borang, terompah

Pola yang ketiga belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan o
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup a. Perkataan lain yang mempunyai
pola yang sama termasuklah bontang, gelombang, lobak, tombak.

(n) Praakhir Akhir tertutup Contoh


o e (taling) oleh, toleh, celoteh

Pola yang keempat belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan
o dan diikuti oleh vokal akhir tertutup e taling. Perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama ialah boleh, colek, toreh, serondeng, molek.

(o) Praakhir Akhir tertutup Contoh


o o obor, dorong, longgok

Pola yang kelima belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan o
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup o. Contoh perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama ialah sondol, rogol, botol, tolok, gerobok.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


64  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

(p) Praakhir Akhir tertutup Contoh


u a ulat, sumbang, ketupat

Pola yang keenam belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan u
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup a. Contoh perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama ialah bulat, julap, kurap, tumbang, seludang.

(q) Praakhir Akhir tertutup Contoh


u i usik, guling, pulih

Pola yang ketujuh belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan u
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup i. Contoh perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama ialah butir, cungkil, pusing, umpil, bunting.

(r) Praakhir Akhir tertutup Contoh


u u untuk, cukur, selubung

Pola yang kelapan belas ialah bunyi vokal praakhir yang bermula dengan u
dan diikuti oleh vokal akhir tertutup u. Contoh perkataan lain yang
mempunyai pola yang sama ialah cukup, kurus, gugur, tempurung,
gelupur.
 
Setelah ejaan-ejaan dibakukan, maka barulah terdapat satu sistem ejaan yang
seragam. Pola-pola yang dinyatakan itu hendaklah dijadikan asas rujukan
apabila timbul keraguan dalam mengeja perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu. Kecekapan mengeja dapat diperoleh setelah digunakan dengan kerap
dalam penulisan. Secara spontan, kita dapat mengesan kesilapan ejaan yang
telah dilakukan.

3.3.8 Contoh Bentuk Kesalahan yang Tidak Mengikut


Keselarasan Vokal
Kesalahan-kesalahan yang kerap berlaku kerana tiada keselarasan vokal
biasanya disebabkan oleh ejaan baku yang digunakan tidak sama dengan bunyi
sebutan perkataan-perkataan tersebut oleh penutur-penutur jati bahasa Melayu,
terutama yang menggunakan dialek Johor-Riau. Sebagai contoh, kita ambil
perkataan „fasih‰. Perkataan ini, apabila dituturkan oleh orang Melayu di
Malaysia, tidak banyak berbeza dengan sebutan yang dieja dengan „faseh‰. Di
Indonesia, sebutan sesuatu perkataan itu dilakukan sebagaimana dieja. Dalam
contoh tadi, perkataan „fasih‰ akan disebut sebagai [fa.sih] bukan [fa.seh]. Yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  65

berikut ini disenaraikan perkataan-perkataan yang dieja dengan salah, disertai


dengan ejaan yang betul.

(a) Contoh kesalahan pola a – i (b) Contoh kesalahan pola a – u

Salah Betul Salah Betul


faseh fasih basoh basuh
tarek tarik taboh tabuh
sabet sabit asoh asuh
daceng dacing kampong kampung
calet calit lampong lampung
maseh masih sambong sambung
faker fakir lambong lambung
kaseh kasih sarong sarung
paser pasir tarohan taruhan
maseh masih patong patung

(c) Contoh kesalahan pola e pepet – i (d) Contoh kesalahan pola e pepet – u

Salah Betul Salah Betul


betek betik betok betuk
cerdek cerdik ketok ketuk
cekek cekik celor celur
lebeh lebih telor telur
pelek pelik penoh penuh
jeret jerit ketol ketul
peret perit serbok serbuk
serek serik merbok merbuk
sengeh sengih serbok serbuk
sepet sepit mabok mabuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


66  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

(e) Contoh kesalahan pola e taling – o (f) Contoh kesalahan pola e taling –
e taling

Salah Betul Salah Betul


beluk belok telik telek
besuk besok belik belek
ceduk cedok gelik gelek
ekur ekor kelidek keledek
herut herot singet senget
kekuk kekok gelitek geletek
kecuh kecoh getik getek
lelung lelong keretik keretek
tenguk tengok

(g) Contoh kesalahan pola e taling – a (h) Contoh kesalahan pola i – i

Salah Betul Salah Betul


anika aneka bilek bilik
diwan dewan bisek bisik
keciwa kecewa didek didik
simbang sembang itek itik
rika reka titek titik
merika mereka risek risik
sehat sihat pileh pilih
sileh silih
sisek sisik
milek milik

(i) Contoh kesalahan pola i – u (j) Contoh kesalahan pola o – o

Salah Betul Salah Betul


bisol bisul pelusuk pelosok
tidor tidur tulul tolol
periok periuk serumbung serombong
timon timun suruk sorok
timbol timbul lumbung lombong
timbon timbun sundul sondol
simpol simpul pelupur pelopor
hirok-pikok hiruk-pikuk tunjul tonjol
ribot ribut tungkul tongkol
tiros tirus kelumpuk kelompok

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  67

(k) Contoh kesalahan pola o – e (l) Contoh kesalahan pola o – a

Salah Betul Salah Betul

serunding serondeng burang borang


guris gores curak corak
tungging tonggeng dungak dongak
sumpik sompek guncang goncang
kupik kopek kuntang kontang
lucing loceng rumbak rombak
jungkit jongket surak sorak
turih toreh tudak todak

(m) Contoh kesalahan pola u – i (n) Contoh kesalahan pola u – u

Salah Betul Salah Betul

bueh buih susor susur


kueh kuih burong burung
cuit cuit busok busuk
puteh putih tusok tusuk
putek putik burok buruk
rumet rumit guroh guruh
puleh pulih buloh buluh
buretan buritan suroh suruh
cubet cubit lumpoh lumpuh
usek usik buroh buruh

Apabila sesuatu perkataan dieja dengan salah, maka makna perkataan tersebut
sama ada berubah kepada makna lain atau maknanya hilang terus. Sebagai
contoh, kita ambil perkataan-perkataan yang berikut sebagaimana digunakan
dalam ayat, untuk melihat bagaimana makna perkataan-perkataan berubah
apabila dieja dengan salah.

Contoh 1

Ayat (1) Ayat (2)


Ahli keluarga Pak Samad sedang Ahli keluarga Pak Samad sedang
menonton televisyen di ruang tamu. menuntun televisyen di ruang tamu.

Ayat yang pertama membawa maksud bahawa keluarga Pak Samad sedang
menyaksikan program televisyen di rumah mereka, tetapi apabila ejaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


68  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

„menonton‰ dieja dengan salah, iaitu „menuntun‰ maknanya telah berubah


kepada „menarik‰ televisyen, mungkin untuk membuangnya.

Contoh 2

Ayat (1) Ayat (2)

Ali dan Osman lewat sampai ke Ali dan Osman liwat sampai ke sekolahnya
sekolahnya kerana hari hujan. kerana hari hujan.

Ayat yang pertama menjelaskan sebab mengapa Ali dan Osman lambat sampai
ke sekolahnya, tetapi maksud ayat yang kedua hilang sama sekali kerana apabila
„lewat‰ dieja sebagai „liwat‰ perkataan tersebut tidak menggambarkan apa-apa
makna kerana perkataan „liwat‰ itu digunakan dalam konteks yang salah.

3.3.9 Ejaan Perkataan-Perkataan yang Dipinjam


daripada Bahasa Jawa dan Bahasa Inggeris
Sungguhpun terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam Sistem Baru Ejaan Rumi
Bahasa Melayu seperti yang telah dihuraikan, masih terdapat lagi sebanyak 13
kekecualian dalam pola-pola vokal tersebut. Kekecualian itu timbul kerana
terdapatnya bahasa- bahasa pinjaman dalam bahasa Melayu, terutamanya
pinjaman daripada bahasa Jawa dan bahasa Inggeris. Pola-pola kekecualian itu
adalah seperti yang berikut:

(a) Pola vokal a – e taling

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


aneh, awet, pamer, panen balet, panel, kaset, pakej

(b) Pola vokal a – o

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


lakon, lapor, keraton, jago, calon batalion, atom, operator, kontraktor

(c) Pola vokal e (pepet) – e taling

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


gembleng setem

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  69

(d) Pola vokal e (pepet) – o

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


jempol, bendok gabenor, canselor

(e) Pola vokal e (taling) – i

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


hipotesis enjin

(f) Pola vokal e (taling) – u

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


elaun
(g) Pola vokal i – e
 
Bahasa Jawa Bahasa Inggeris
imlek parlimen, filem

(h) Pola vokal i – o

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


ijon diftong, simbol

(i) Pola vokal o – e pepet

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


nitrogen

(j) Pola vokal o – i

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


polis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


70  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

(k) Pola vokal o – u

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


bonus, forum, fokus

(l) Pola vokal u – e taling

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


tulen subjek

(m) Pola vokal u – o

Bahasa Jawa Bahasa Inggeris


lelucon kupon, tutor

3.3.10 Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Inggeris


Peminjaman bahasa Inggeris untuk digunakan dalam bahasa Melayu menimbulkan
beberapa kesulitan, kerana ketidakserasian ejaan-ejaan bahasa Inggeris apabila
dipindahkan ke dalam bahasa Melayu. Peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
apabila mengeja perkataan-perkataan bahasa Melayu tidak boleh digunakan. Oleh
itu, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia telah menggunakan beberapa prinsip
untuk menentukan ejaan kata-kata pinjaman tersebut.

Antara prinsip yang penting adalah seperti yang berikut:


(a) Bentuk ejaan asal atau bentuk visual asalnya, yang digunakan dalam
bahasa Inggeris seberapa boleh hendaklah dikekalkan. Perubahan fonem
atau bunyi hanya dilakukan apabila perlu. Sebagai contoh, kata „dialogue‰
dieja sebagai „dialog‰ bukan „dailog‰. Perkataan yang menggunakan huruf
c, seperti „contractor‰, akan berubah kepada „kontraktor‰. Fonem [c]
ditukar dengan fonem [k] untuk mengelakkan kesalahan sebutan, oleh
sebab fonem [c] dalam bahasa Melayu bukan alofon fonem [k]. Fonem [c]
dalam bahasa Melayu melahirkan bunyi yang lain daripada fonem [k].

(b) Pola keselarasan vokal yang telah dipersetujui untuk mengeja kata-kata
dalam bahasa Melayu bukanlah suatu kemestian dalam pengejaan kata
daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain. Sebagai
contoh, perkataan „bonus‰ kekal dieja sebagai „bonus‰ bukan „bonos‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  71

Ejaan gugus konsonan, iaitu dua konsonan dalam satu gugus, yang terdapat
dalam bahasa Inggeris dikekalkan bentuknya tetapi dengan beberapa
penyesuaian. Sebagai contoh, perkataan Inggeris „block‰ dieja sebagai „blok‰
dengan gugus konsonan bl dikekalkan tetapi fonem atau bunyi [c] dipinggirkan,
kerana dalam ejaan bahasa Melayu, ia tiada sebarang fungsi.

Sungguhpun begitu, dasar mengekalkan gugus konsonan ini pula ada


kekecualiannya. Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa perkataan yang berasal
daripada bahasa Inggeris yang telah sebati dengan bahasa Melayu, kerana telah lama
digunakan. Perkataan-perkataan itu telah mengambil bentuk ejaan bahasa Melayu,
maka ejaannya kekal dalam bentuk bahasa Melayu. Perkataan-perkataan itu ialah:

gelas bukan glas


sepana bukan spana
kelas bukan klas
setem bukan stem
geran bukan gran
pelan bukan plan

3.3.11 Pola Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Inggeris


Ejaan kata-kata yang diambil daripada bahasa Inggeris mempunyai 14 pola yang
perlu diketahui. Pola-pola tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) Kata-kata yang bermula dengan ejaan au-

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

audit audit
auditorium auditorium
automobile automobil
automatic automatik
autograph autograf

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


72  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

(b) Kata-kata yang bermula dengan ejaan dia-

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

dialect dialek
diagram diagram
dialogue dialog
diameter diameter
diaphragm diafragma

(c) Kata-kata yang bermula dengan ejaan elect-

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

electric elektrik
electronic elektronik

(d) Kata-kata yang bermula dengan ejaan psy-

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

psychology psikologi
psychiatry psikiatri
psychoanalysis psikoanalisis

(e) Kata-kata yang bermula dengan ejaan tele-

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

telecommunication telekomunikasi
telephone telefon
television televisyen
telegram telegram

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  73

(f) Kata-kata yang berakhir dengan ejaan –isme

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


nationalism nasionalisme
egoism egoisme
liberalism liberalisme
nepotism nepotisme

(g) Kata-kata yang berakhir dengan ejaan –ive

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


positive positif
negative negatif
sensitive sensitif
incentive insentif

(h) Kata-kata yang berakhir dengan ejaan –or

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


factor faktor
sector sektor
operator operator
generator generator
governor gabenor

(i) Kata-kata yang berakhir dengan ejaan -sion, -sional, -tion, -tional

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


national nasional
professional profesional
section seksyen
commission komisen

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


74  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

(j) Kata-kata yang berakhir dengan ejaan ‐um dan –us 

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

album album
focus fokus
maximum maksimum
bonus bonus
quorum korum

(k) Kata-kata yang mengandungi konsonan g pada awal dan tengah kata

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agency agensi
anthropology antropologi
generation generasi
gymnasium gimnasium
strategy strategi

Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia telah membuat dasar bahawa semua


huruf g yang diucapkan dengan bunyi [j] dalam kata bahasa Inggeris
dikekalkan sebagai g dalam ejaan bahasa Melayu, kecuali beberapa kata
seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu


college kolej
engine enjin
general jeneral
image imej
logic lojik
ledger lejar
magistrate majistret

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  75

(l) Kata-kata yang mengandungi konsonan ganda, contohnya ss, ll, dan mm

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

ballet balet
billiard biliard
illustration ilustrasi
professor profesor
professional profesional
tissue tisu

(m) Kata-kata yang mengandungi gugus konsonan seperti bl, dr, cl, pr, rt, sc, st,
dan tr.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

block blok
classic klasik
draft draf
drama drama
driver drebar
protocol protokol

(n) Kata-kata yang mengekalkan huruf vokal a, e, dan huruf konsonan v:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

academic akademik
battery bateri
calendar kalendar
van van
university universiti
cassette kaset

3.3.12 Kata Ganti Singkat “Ku”, “Kau”, “Mu” dan


“Nya”
(a) Kata Ganti Singkat „Ku‰ dan „Kau‰ sebagai Penanda Ayat Bentuk Pasif
Kata ganti singkat „ku‰ sebagai penanda bentuk ayat pasif pelaku pertama
dan „kau‰ sebagai penanda ayat bentuk pasif pelaku kedua hendaklah
dicantumkan dengan kata kerja pasif yang mengikutinya. Kesalahan-

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


76  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

kesalahan ejaan kerap berlaku dalam penggunaan kata ganti „ku‰ dan
„kau‰, seperti contoh-contoh yang diberikan di bawah ini:

Salah Betul

Surat itu ku hantarkan semalam. Surat itu kuhantarkan semalam.


Pakaian yang ku beli itu murah. Pakaian yang kubeli itu murah.
Akan ku sunting bunga di taman. Akan kusunting bunga di taman.
Ku makan segera kuih-muih itu. Kumakan segera kuih-muih itu.
Baju yang kau beli itu mahal. Baju yang kaubeli itu mahal.
Rumah yang kau bina telah roboh. Rumah yang kaubina telah roboh.

(b) Kata Ganti „ku‰, „mu‰ dan „nya‰ sebagai Objek Kata Kerja Transitif
Kata ganti singkat „ku‰, „mu‰ dan „nya‰ yang berfungsi sebagai objek kata
kerja transitif hendaklah disatukan dengan kata kerja itu. Yang berikut
ialah contoh-contoh kesalahan yang berlaku dalam ejaan:

Salah Betul

Ia selalu menyebut nama mu. Ia selalu menyebut namamu.


Saya menjemput nya. Saya menjemputnya.
Mereka mengundang ku. Mereka mengundangku.
Perompak itu mengugut nya. Perompak itu mengugutnya.

(c) Kata Ganti „ku, „mu‰ dan „nya‰ sebagai Objek Kata Sendi

Salah Betul

Saya menghantar emel Saya menghantar e-mel


kepada mu. kepadamu.
Hadiah ini adalah untuk nya. Hadiah ini adalah untuknya.
Pesanan ini adalah untuk ku. Pesanan ini adalah untukku.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  77

(d) Kata Ganti „ku‰, „mu‰ dan „nya‰ digunakan sebagai Penerang Kepunyaan
atau Milik
Kata ganti „ku‰, „mu‰ dan „nya‰ bertugas sebagai penjelas kepunyaan
atau milik digabungkan dengan kata utama. Lihat contoh-contoh yang
berikut:

Salah Betul
Abang ku di seberang laut. Abangku di seberang laut.
Ibu mu di mana? Ibumu di mana?
Ini kedai ku. Ini kedaiku.

(e) Kata Ganti „nya‰ sebagai Penanda Pasif Pelaku Ketiga


Kata ganti nama „nya‰ sebagai penanda pasif pelaku yang ketiga
digabungkan dengan kata kerja pasif dalam ayat berkenaan. Lihat contoh-
contoh yang berikut:

Salah Betul

Wang ganjaran itu diserahkan nya Wang ganjaran itu diserahkannya


kepada anak-anak yatim. kepada anak-anak yatim.
Dilaksanakan nya arahan itu. Dilaksanakannya arahan itu.
Bayang-bayang Bayang-bayang
disangka nya hantu. disangkanya hantu.

3.3.13 Pengejaan dan Penulisan “Di” dan “Ke”


Sebagai Kata Awalan dan Kata Sendi
„Di‰ dan „ke‰ dalam bahasa Melayu dapat digolongkan dalam dua kategori
tatabahasa, iaitu sama ada sebagai awalan atau kata sendi. Dalam sistem ejaan
Rumi yang baharu, „di‰ dan „ke‰ yang berfungsi sebagai awalan digabungkan
dengan kata yang mengikutinya. Sekiranya „di‰ dan „ke‰ digunakan sebagai
kata sendi, maka pengejaannya dipisahkan daripada kata yang mengikutinya.
Untuk mengetahui bagaimana „di‰ dan „ke‰ digunakan sebagai kata awalan
atau kata sendi, sila lihat penjelasannya dan penggunaannya seperti yang
dihuraikan dan digambarkan di bawah ini:

(a) Sebagai awalan, „di‰ dan „ke‰ mempunyai sifat-sifat yang berikut:
(i) Apabila „di‰ digunakan sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk
pelaku yang ketiga seperti dipakai, dijulang, dimakan, dijual, diadili,
dizalimi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


78  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

(ii) Apabila „ke‰ digunakan dalam kata nama terbitan seperti kemahuan
daripada perkataan mahu, kejahilan daripada perkataan jahil,
kekebalan daripada perkataan kebal, kebiruan daripada perkataan
biru.
(iii) Apabila „ke‰ digunakan dalam kata kerja pasif yang berimbuhan „ke-
⁄ -an‰, maka „ke‰ hendaklah dicantumkan dengan kata yang
menggunakannya. Contohnya ialah „Dia kehilangan wang yang
banyak‰, „Ali ketinggalan bas malam tadi‰, „Dia ponteng sekolah
kerana dia kesiangan pagi tadi‰.

(b) „Di‰ dan „ke‰ sebagai kata sendi mempunyai sifat-sifat yang berikut:
(i) Sendi „di‰ dan „ke‰ adalah sama dengan kata-kata sendi seperti
„dari‰, „daripada‰, „pada‰, „kepada‰, dan lain-lain sepertinya.
Semua kata sendi ini memerlukan objek. Objek itu pula terbentuk
daripada frasa nama.
(ii) Objek sendi „di‰ dan „ke‰ ialah frasa nama yang menunjukkan arah
atau tempat, contohnya di bandar, di atas, di sempadan, ke Kuala
Lumpur, ke luar negara. Objek sendi „ke‰ dapat mengambil bentuk
frasa nama yang menunjukkan masa, contohnya ke hari Isnin, ke saat
ini, ke jam dua belas nanti.

Kesilapan-kesilapan ejaan apabila menggunakan „di‰ dan „ke‰ sebagai awalan


kerap berlaku. Contoh-contoh kesilapan yang berikut dan pembetulannya akan
memberikan panduan untuk menggunakan ejaan yang betul:

Salah Betul
di gunakan digunakan
di salai disalai
di terbangkan diterbangkan
di belasah dibelasah
ke akraban keakraban
ke pandaian kepandaian
ke jantanan kejantanan
ke empat keempat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  79

Berikut pula adalah kesilapan-kesilapan ejaan apabila menggunakan „di‰ dan


„ke‰ sebagai kata sendi. Pembetulannya adalah seperti yang berikut:

Salah Betul
dirumah di rumah
diatas kerusi di atas kerusi
diantara di antara
dihulu di hulu
kehadapan ke hadapan
kebulatan ke bulatan
kebawah ke bawah
kekebun ke kebun

3.3.14 Pengejaan dan Penulisan Kata-kata yang


Berakhir dengan “-i”, “-an” dan “-kan”
Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tajuk di atas seperti berikut:

(a) Kesalahan Ejaan Menggunakan Akhiran „-i‰


Biasanya kesilapan ejaan penggunaan akhiran „-i‰ adalah berkaitan dengan
kata dasar yang berakhir dengan huruf „k‰. Kesilapan itu berlaku apabila
wujud kecenderungan untuk menambahkan satu lagi huruf „k‰
menjadikannya „ki‰, iaitu suatu akhiran yang tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.

Contoh-contoh yang berikut ialah kesilapan-kesilapan yang kerap berlaku


dan pembetulannya:

Salah Betul

menaikki menaiki
membaikki membaiki
menjejakki menjejaki
memasukki memasuki
memilikki memiliki

(b) Kesalahan Ejaan Menggunakan „-an‰ dan „-kan‰


Akhiran „-an‰ berfungsi membentuk kata nama terbitan seperti
„ketimuran‰, daripada perkataan „timur‰ dan „tarikan‰ daripada
perkataan „tarik‰. Akhiran „-kan‰ pula digunakan untuk membentuk kata
kerja transitif seperti „menidurkan‰ daripada kata „tidur‰. Kesilapan ejaan
selalunya berlaku kerana kurang teliti tentang tujuan akhiran digunakan,

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


80  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

iaitu sama ada „-an‰ untuk kata nama terbitan atau „-kan‰ untuk kata kerja
transitif.

Contoh-contoh yang berikut ialah kesilapan-kesilapan ejaan yang kerap


berlaku apabila menggunakan akhiran „-an‰ dan pembetulannya:

Salah Betul
galakkan galakan
teriakkan teriakan
tarikkan tarikan
tembakkan tembakan
kegemukkan kegemukan

Contoh-contoh yang berikut ialah kesilapan-kesilapan ejaan yang kerap


berlaku apabila menggunakan akhiran „-kan‰ dan pembetulannya:

Salah Betul
menjolokan menjolokkan
menidakan menidakkan
dicucukan dicucukkan
menebukan menebukkan
menundukan menundukkan
dirosakan dirosakkan

3.4 USAHA UNTUK MELAKSANAKAN


SEBUTAN BAKU
Tahukah anda apa yang membezakan „bahasa baku‰ dengan „sebutan baku‰?

Bahasa baku membawa maksud bahasa yang bersistem, teratur, dan mempunyai
sistem rujukan yang betul. Sebutan baku amat berkait rapat dengan ejaan yang
digunakan bagi perkataan tersebut. Oleh itu, betul atau salahnya sebutan sesuatu
perkataan dapat disemak berdasarkan ejaan yang digunakan. Sebutan yang
berdasarkan ejaan itulah yang disebut sebagai sebutan baku. Bahasa kebangsaan
Malaysia adalah berasaskan bahasa Melayu Johor-Riau. Di Malaysia, dialek
Johor-Riau ini mempunyai penutur yang lebih banyak kerana dialek ini pada
asasnya dituturkan di negeri Johor, Melaka, dan Selangor sebagai daerah
utamanya, manakala selatan negeri Pahang dan pesisiran pantai Negeri
Sembilan juga menggunakan dialek yang serupa. Pada masa yang sama, saluran

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  81

komunikasi melalui radio dan televisyen juga menggunakan sebutan bahasa


Melayu mengikut sebutan dialek Johor-Riau.

Di Indonesia, usaha membakukan sebutan bahasa Indonesia telah mendapat


sambutan dari awal lagi, kerana faktor yang menyukarkan pelaksanaan bahasa
baku seperti di Malaysia, tidak wujud di Indonesia. Penutur asli bahasa Melayu
terutama yang menggunakan dialek Johor-Riau sangat kecil bilangannya dan
tidak mempunyai pengaruh ke atas sistem komunikasi di Indonesia. Oleh itu,
sebutan baku di Indonesia telah dipraktikkan dengan jayanya dari awal lagi.

Di Malaysia, usaha ke arah penggunaan sebutan baku telah dilakukan dengan


bersungguh-sungguh hanya dalam tahun 80an. Sebutan baku yang hendak
dilaksanakan adalah sebutan yang digunakan dalam situasi formal dan rasmi.
Kegiatan yang ditakrifkan sebagai formal atau rasmi ialah:
(a) Pengajaran dan pembelajaran formal yang digunakan di institusi-institusi
pendidikan oleh guru, pensyarah dan para pelajar;
(b) Ucapan yang digunakan di khalayak ramai seperti perbahasan, pidato,
syarahan, forum, ceramah, kuliah dan pengumuman;
(c) Komunikasi rasmi dan perbincangan antara kakitangan jabatan-jabatan
kerajaan di sektor awam, seperti dalam mesyuarat rasmi, temu duga,
ucapan rasmi dan wawancara; dan
(d) Siaran melalui media elektronik seperti, radio, televisyen dan filem,
termasuk pembacaan berita, hebahan rancangan dan ulasan, dibuat
menggunakan sebutan baku.

Pelaksanaan penggunaan sebutan baku dalam bidang pendidikan telah


dimulakan pada penggal dua tahun 1988, berdasarkan arahan surat „Pekeliling
Ikhtisas Bil. II/1988: Pelaksanaan Penggunaan Sebutan Baku Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia di Sekolah-sekolah‰ yang bertarikh 2 April 1988 yang dikeluarkan oleh
Pengarah Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sungguhpun di sekolah-sekolah, arahan penggunaan bahasa baku telah dibuat,


dalam bidang-bidang lain belum ada apa-apa arahan rasmi daripada kerajaan
tentang penggunaannya. Walau bagaimanapun, sektor kerajaan, swasta dan
orang ramai digalakkan berbuat demikian.

Tampaknya, pelaksanaan sebutan baku di seluruh Malaysia memerlukan masa


yang lebih lama. Selain negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah, dan
Sarawak yang menuturkan bahasa Melayu mirip sebutan baku, negeri-negeri
lain di Malaysia agak sukar melaksanakannya. Dijangkakan bahawa generasi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


82  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

baharu yang telah melalui sistem persekolahan yang menggunakan bahasa dan
sebutan baku akan menjadikannya suatu kenyataan.

3.4.1 Prinsip Sebutan Baku


Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor atau alasan-alasan yang diambil kira
dalam menentukan untuk penggunaan sebutan baku?

Dasar umum yang telah ditetapkan tentang sebutan baku dalam bahasa Melayu
ialah sebutan bahasa Melayu hendaklah berdasarkan ejaan. Sebutannya hendaklah
mengikut perlambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsinya dalam ayat.
Sebagai panduan tentang sebutan baku bahasa Melayu, perhatian harus diberikan
kepada ciri-ciri seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.8 di bawah.

Jadual 3.8: Prinsip-prinsip Sebutan Baku

Ciri-ciri Penjelasan
Sebutan huruf Setiap huruf dalam ejaan Rumi hendaklah disebut dengan jelas
mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.
Sebutan kata Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan
dan berdasarkan pola-pola suku kata, sama ada kata dasar atau
terbitan.
Intonasi Intonasi ialah suara yang turun naik dan tinggi rendah ketika
bertutur berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam
bahasa Melayu dengan mengambil perhatian tentang keperihalan
keadaan yang berkenaan.

3.4.2 Sebutan Baku Bahasa Melayu


Dasar sebutan baku seperti yang telah dinyatakan lebih awal ialah kata-kata disebut
seperti yang dieja. Oleh itu, cuba kita lihat keterangan-keterangan yang berikut:

(a) Lambang Bunyi huruf Vokal


Jadual 3.9 menunjukkan lambang bunyi huruf vokal dalam sebutan baku
Bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  83

Jadual 3.9: Lambang Bunyi Huruf Vokal dalam Sebutan Baku Bahasa Melayu

Huruf Lambang
Penjelasan
Vokal Bunyi
a [a] Bunyi vokal depan luas menjadi bunyi baku bagi huruf a seperti:
„saya‰ disebutkan sebagai [sa.ya].
e [é] Bunyi vokal depan separuh sempit menjadi bunyi baku bagi huruf e
taling seperti: „sepet‰ yang disebutkan [sé.pét] dan „leher‰ yang
disebut [lé.hér].
e [] Bunyi vokal depan separuh luas yang tidak dijadikan bunyi baku
bagi huruf e taling dan digunakan bagi kata-kata pinjaman yang
telah disebatikan seperti „teks‰, „beg‰ yang disebut [téks], [bég] atau
[tEks], [bEg]. Lambang rasmi bagi bunyi vokal ini ialah [ ].
ə [ə] Bunyi vokal tengah menjadi baku bagi huruf e pepet seperti:
„segera‰ yang disebut [se.ge.ra] Lambang rasmi bagi bagi bunyi
vokal tengah ini ialah [ə].
i [i] Bunyi vokal depan sempit menjadi baku bagi huruf i seperti „diri‰
yang disebut [di.ri].
o [o] Bunyi vokal belakang separuh sempit menjadi baku bagi huruf o
seperti „botol‰ yang disebut [bo.tol].
[O] Bunyi vokal belakang separuh luas yang tidak dijadikan bunyi baku
bagi huruf o tetapi boleh diterima bagi menyebut bagi kata-kata
pinjaman yang telah disebatikan, biasanya daripada bahasa Inggeris,
seperti: „kos‰ yang disebut se [kos] atau [kOs]. Lambang rasmi bagi
bunyi vokal ini ialah [ɔ].
u [u] Bunyi vokal belakang sempit menjadi baku bagi huruf u seperti
perkataan „dulu‰ yang disebut se [du.lu].

~ [~] Lambang yang menandai bunyi vokal sengau.

(b) Lambang Bunyi Huruf Konsonan


Lambang-lambang bunyi huruf-huruf konsonan yang digunakan bagi
modul ini sama seperti yang digunakan dalam buku Pedoman Umum
Ejaan Bahasa Malaysia (1975), kecuali lambang-lambang bagi bunyi huruf-
huruf gabungan (digraf), iaitu gh, kh, ng, ny dan sy yang menggunakan
huruf yang sama sebagai lambang bunyi.

Senarai huruf konsonan Rumi dan lambang bunyi bagi setiap satu huruf
disertakan dalam Jadual 3.10 berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


84  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

Jadual 3.10: Huruf Konsonan dan Lambang Bunyinya

Huruf Konsonan Penjelasan Lambang Bunyi


B [b] Letupan dua bibir bersuara, misalnya „bibit‰ yang disebut
[bi.bit].
C [c] Letusan lelangit keras-gusi tidak bersuara, misalnya „caci‰
yang disebut [ca.ci].
D [d] Letusan gusi bersuara, misalnya „dodol‰ yang disebut
[do.dol].
F [f] Geseran gigi-bibir tidak bersuara, misalnya „fitnah‰ yang
disebut [fit.nah].
G [g] Letupan lelangit lembut bersuara, misalnya „gagah‰ yang
disebut [ga.gah].
Gh [gh] Geseran lelangit lembut bersuara, misalnya „ghaib‰ yang
disebut [gha.ib].
H [h] Geseran glotis tidak bersuara, misalnya „hentam‰ yang
disebut [hen.tam].
J [j] Letusan lelangit keras-gusi tidak bersuara, misalnya „janji‰
yang disebut [jan.ji].
K [k] Letupan lelangit lembut tidak bersuara, misalnya ‰kaku‰
yang disebut [ka.ku].
(ii) [ ] Letupan glotis atau hentian glotis, misalnya „koyak‰ yang
disebut [ko.ya ].
K [ ] Letupan rongga tekak bersuara (penutup), misalnya
„nikmat‰ yang disebut [ni .mat].
K [q] Letupan lelangit lembut glotis (pembuka, penutup)
misalnya „kadi‰ yang disebut [qa.di].
Kh [kh] Geseran lelangit lembut tidak bersuara, misalnya „khabar‰
yang disebut [kha.bar].
L [l] Konsonan sisian, misalnya „lilin‰ yang disebut sebagai
[li.lin]
M [m] Sengau dua bibir, misalnya „mampu‰ yang disebut sebagai
[mam.pu]
N [n] Sengau gusi, misalnya „nanti‰ yang disebut sebagai [nan.ti]

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU  85

Ny [ny] Sengau lelangit keras, misalnya „nyanyuk‰ yang disebut


sebagai [nya.nyuk]
Ng [ng] Sengau lelangit lembut, misalnya „nganga‰ yang disebut
sebagai [nga.nga]
P [p] Letupan dua bibir tidak bersuara, misalnya „pipi‰ yang
disebut sebagai [pi.pi]
Q [q] Letupan lelangit lembut glotis, misalnya „qari‰ yang
disebut sebagai [qa.ri]
R [r] Getaran gusi, misalnya „duri‰ yang disebut sebagai [du.ri]
S [s] Geseran gusi tidak bersuara, misalnya „sisi‰ yang disebut
sebagai [si.si]
Sy [sy] Geseran lelangit keras-gusi tidak bersuara, misalnya
„syabas‰ yang disebut sebagai [sya.bas]
T [t] Letupan gusi tidak bersuara, misalnya „tutup‰ yang
disebut sebagai [tu.tup]
V [v] Geseran gigi-bibir bersuara, misalnya „veto‰ yang disebut
sebagai [ve.to]
W [w] Separuh vokal lelangit lembut, misalnya „wawancara‰ yang
disebut sebagai [wa.wan.ca.ra]
X (awal) [z] Geseran gusi bersuara, misalnya „xilofon‰ yang disebut
sebagai [zi.lo.fon]
Y [y] Separuh vokal lelangit keras, misalnya „yoyo‰ yang disebut
sebagai [yo.yo]
Z [z] Geseran gusi bersuara, misalnya „zamzam‰ yang disebut
sebagai [zam.zam]

SEMAK KENDIRI 3.2


1. Mengapakah Malaysia dan Indonesia mengikut haluan sendiri
setelah mereka menjadikan bahasa Melayu Johor-Riau sebagai
bahasa kebangsaan negara masing-masing?
2. Nyatakan sebab-sebab mengapa akhirnya Indonesia dan
Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dalam proses memajukan
bahasa kebangsaan masing-masing.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


86  TOPIK 3 SISTEM BAHASA BAKU

LATIHAN 3.1

Tandakan A untuk ejaan yang betul dan B untuk ejaan yang salah

Bil Ejaan Jawapan


1. Tauge (sayuran)
2. Murtabak (makanan)
3. Trompah (alas kaki)
4. Lambong (perbuatan)
5. Panen (menuai)
6. Nitrojen (gas)
7. Batalion (organisasi tentera)
8. Diftong (sistem ejaan)
9. Gembleng (bersatu)
10. Lakun (aksi)

 Bahasa Melayu pada hari ini telah pun mempunyai sistem ejaan yang agak
lengkap dengan prinsip-prinsip yang sempurna walaupun ada kekecualian.

 Kekecualian ini tidak dapat dielakkan kerana adanya perkataan-perkataan


pinjaman daripada bahasa-bahasa lain yang telah disebatikan dengan bahasa
Melayu.

 
Lambang bunyi huruf konsonan Prinsip sebutan baku
Lambang bunyi huruf vokal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Tatabahasa
4
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menggunakan imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dengan
betul;
2. Menghuraikan maksud perkataan atau ayat akan berbeza apabila
menggunakan imbuhan yang berlainan; dan
3. Membetulkan kesilapan-kesilapan dalam penggunaan imbuhan.

 PENGENALAN
Menurut Tatabahasa Dewan, bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak
terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang
bermakna. Penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari dua segi,
iaitu dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa, dan dari
segi cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat. Contoh pembentukan
pada peringkat perkataan ialah perbincangan tentang awalan dan akhiran, dan
contoh pembentukan pada peringkat ayat dan binaan ayat-ayat tertentu. Dalam
istilah ilmu linguistik, bidang huraian pada peringkat perkataan disebut
morfologi sementara bidang huraian pada peringkat ayat diberi nama sintaksis.

Topik ini akan memberikan penekanan kepada penggunaan imbuhan-imbuhan


yang sesuai dalam bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


88  TOPIK 4 TATABAHASA

4.1 DEFINISI TATABAHASA


Tatabahasa ialah perkataan yang berasal daripada dua perkataan Sanskrit „tata‰
dan „bahasa‰. „Tata‰ membawa maksud „peraturan‰ atau „petua‰ yang
digunakan bagi meletakkan sesuatu pada tempat yang betul. „Bahasa‰ pula
membawa maksud kata- kata yang dituturkan oleh sesuatu kelompok manusia
untuk berhubung antara satu sama lain. Bunyi kata-kata itu membawa makna
yang tertentu yang dipersetujui bersama dan difahami oleh masyarakat penutur
bahasa yang berkaitan.

Dalam konteks modul ini, tumpuan diberikan kepada kemahiran menggunakan


bahasa Melayu dalam penulisan dan komunikasi lisan. Oleh itu, tumpuan modul
ini ialah penggunaan bahasa dan bukan teori-teori tentangnya.

4.1.1 Mengapa Anda Perlu Belajar Tatabahasa?


Sekiranya anda tidak mempelajari tatabahasa sesuatu bahasa yang ingin anda
gunakan untuk berkomunikasi, besar kemungkinan pertuturan anda sukar
difahami. Bagi rakyat Malaysia yang bukan Melayu, apabila bertutur dalam
bahasa Melayu, tanpa mempelajari tatabahasanya, akan bertutur mengikut gaya
bahasa ibunda masing-masing.

Tatabahasa sesuatu bahasa berbeza antara satu sama lain. Umpamanya, apabila
orang Melayu menjelaskan warna sesebuah rumah, dia akan meletakkan
perkataan warna rumah itu selepas kata nama seperti „rumah hijau‰, tetapi
dalam bahasa Inggeris, kata untuk warna diletakkan sebelum kata nama menjadi
„green house‰.

Seorang penutur asli bahasa Melayu, apabila bertutur dalam bahasa Inggeris,
akan mengikut tatabahasa Melayu sekiranya dia tidak mempelajari tatabahasa
Inggeris. Begitu juga halnya apabila seorang India atau Cina yang tidak pernah
belajar bahasa Melayu secara formal akan menggunakan bahasa pasar. Bahasa
pasar ini dituturkan tanpa mengikut peraturan tatabahasa Melayu kerana
pengaruh tatabahasa bahasa masing-masing mewarnai bahasa Melayu yang
dituturkan.

Tatabahasa akan memberikan garis panduan kepada pelajar-pelajar bahasa.


Tatabahasa juga akan membimbing seseorang pelajar menggunakan bahasa
menulis dan bertutur dengan betul. Dengan ini, pertuturan mereka akan mudah
difaham. Pada masa yang sama, mendapat penghormatan daripada penutur-
penutur asli bahasa tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  89

4.2 BIDANG TATABAHASA


Dalam topik ini, kita akan membincangkan prinsip-prinsip utama tatabahasa
yang akan membantu seseorang mempelajari bahasa Melayu dengan betul.
Untuk mengelakkan kebiasaan berbahasa yang salah, seseorang pelajar harus
menguasai perkara-perkara penting dalam tatabahasa, seperti mengetahui cara-
cara menggunakan imbuhan dengan betul. Imbuhan-imbuhan yang digunakan
pada kata-kata dasar akan menjadikan kata-kata dasar itu mempunyai makna
dan fungsi yang berbeza.

Kata-kata yang berimbuhan itu pula harus digabung bagi membentuk frasa, dan
frasa ini pula dapat membentuk klausa. Gabungan frasa, klausa, dan ayat-ayat
dasar ini akan membentuk ayat-ayat yang kompleks yang dapat menyampaikan
buah fikiran. Kebolehan menyampaikan buah fikiran ini membezakan seseorang
yang telah menguasai penggunaan sesuatu bahasa dengan yang hanya mampu
memahami, tetapi tidak dapat menggunakannya dengan berkesan bagi
menyampaikan pandangan dan buah fikiran. Lihat Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Ilustrasi lakaran kartun seringkali digunakan untuk


membincangkan penggunaan imbuhan dalam bahasa Melayu
Sumber: Pelita Bahasa, September 1992

4.2.1 Imbuhan
Dalam bahasa Melayu, imbuhan berperanan sebagai pengubah ataupun penetap
golongan kata dasar. Umpamanya, sepatah kata dasar daripada golongan „kata
sifat‰ dapat berubah menjadi golongan „kata kerja‰. Sebagai contoh, perkataan
daripada golongan sifat, iaitu „besar‰, apabila ditambah dengan imbuhan
akhiran „-kan‰, maka jadilah kata kerja „besarkan‰ yang berubah golongan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


90  TOPIK 4 TATABAHASA

katanya menjadi kata kerja. Dalam bahasa Melayu, imbuhan-imbuhan terdiri


daripada imbuhan:
(a) Awalan;
(b) Akhiran;
(c) Apitan; dan
(d) Sisipan.

Dalam bahagian ini, kita akan membincangkan tiga daripada imbuhan-imbuhan


ini.

(a) „Imbuhan Awalan‰ serta Fungsi dan Maknanya


Di bawah ini, disertakan huraian tentang penggunaan imbuhan-imbuhan
yang dianggap penting bagi penguasaan bahasa Melayu. Sungguhpun
begitu, tidak semua imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu
dibincangkan. Antara imbuhan awalan yang dibincangkan fungsi dan
maknanya, ialah:
(i)  ber-;
(ii)  ter-;
(iii)  me-;
(iv)  di-; dan
(v)  ke-.

Setiap imbuhan mempunyai makna yang tersendiri dan memberikan


„nyawa‰ kepada perkataan dasar yang menggunakan imbuhan tersebut.

(i) Rujuk Jadual 4.1 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "ber-".

Jadual 4.1: Penggunaan Imbuhan Awalan "ber-"

Imbuhan Maksud Contoh


Awalan
ber- „melakukan (i) Malam tadi saya telah berjumpa
perbuatan‰ dengannya.
(ii) Dia berlari ke rumahnya dengan
ketakutan.
(iii) Mereka sedang bermesyuarat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  91

„perbuatan yang (i) Murid-murid itu suka bergaduh antara


berbalas‰, „saling‰ satu sama lain.
(ii) Kami sudah berjanji untuk berjuang
hingga ke titisan darah terakhir.
(iii) Murid-murid di kelas itu digalakkan
berbahas.
„melakukan (i) Penari itu sedang bersolek.
perbuatan untuk (ii) Dia sedang bergunting rambut.
diri sendiri‰
(iii) Sambil bersikat, dia melihat cermin.

„telah berlaku‰ (i) Nota yang dikehendaki oleh guru belum


lagi bertulis.
(ii) Suami isteri itu telah bercerai kerana
masalah yang kecil.
(iii) Pakaian itu belum berbasuh.

„memakai‰ atau (i) Dia berbasikal sejauh dua puluh


„menggunakan‰ kilometer setiap pagi.
(ii) Nelayan itu berperahu untuk memancing
di laut.
(iii) Semasa bermain bola sepak dia berseluar
panjang.

„memiliki‰ atau (i) Pemuda itu telah pun berumahtangga.


„mempunyai‰ (ii) Ali belum beristeri.
(iii) Bilik pejabat itu merbahaya kerana tidak
bertingkap.

„bekerja sebagai‰ (i) Dia bercucuk tanam di kebunnya setiap


hari.
(ii) Pada musim bersawah, air sungai itu
dilepaskan ke bendang.
(iii) Selama ini dia berkedai di kampungnya.

„meminta (i) Ibu-ibu suka berurut selepas bersalin.


pertolongan atau (ii) Dia berkeluarga angkat di rantau orang.
bantuan‰
(iii) Siapa mahu bertuan dengan raja yang
zalim?

„keadaan‰ (i) Tanah itu berpasir.


(ii) Kanak-kanak itu bergembira.
(iii) Sungai itu berbahaya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


92  TOPIK 4 TATABAHASA

„mengeluarkan‰ (i) Pokok yang baru ditanam itu sudah


berdaun muda.
(ii) Pokok durian itu telah berbuah.
(iii) Pokok mangga itu lebat berbunga.

„menjadi‰ (i) Kalau kita berpecah kita akan gagal.


(ii) Setelah dicuci cat keretanya berkilat.
(iii) Mari kita bersatu untuk membangunkan
negara.

„mendapat‰ atau (i) Membantu orang yang susah itu


„memperoleh‰, berpahala.
(ii) Buatlah sesuatu yang berhasil.
(iii) Dia berjaya mendaki Gunung Tahan.

„kumpulan‰ (i) Hang Tuah berlima mempertahankan


Melaka.
(ii) Pada malam ini kita berkampung di sini.
(iii) Kami berdua hendak ke Kuala Lumpur.

(ii) Rujuk Jadual 4.2 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "ter-".

Jadual 4.2: Penggunaan Imbuhan Awalan "ter-"

Imbuhan Maksud Contoh


Awalan
ter- „paling‰ (i) Bangunan yang tertinggi di dunia ialah
bangunan Menara Berkembar Petronas, di
Kuala Lumpur.
(ii) Sungai Pahang ialah sungai yang
terpanjang di Semenanjung Malaysia.
(iii) Dia pelajar yang terpandai di kelasnya.

„tersedia‰ atau (i) Jamuan telah terhidang di atas meja.


„selesai dilakukan‰ (ii) Bendangnya terbentang luas.
(iii) Barang-barangnya teratur kemas di
biliknya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  93

„tidak sengaja‰ (i) Keretanya terhumban ke dalam gaung.


(ii) Mereka terlihat perompak itu memasuki
bank berkenaan.
(iii) Kakinya berdarah kerana tersepak batu.

„terdaya‰ (i) Saya tidak terbuat tugas itu dalam masa


yang singkat.
(ii) Jasa baiknaya tidak akan terbalas.
(iii) Oleh sebab makanan yang dihidangkan
terlalu banyak mereka tidak termakan.
 
(iii)  Rujuk Jadual 4.3 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan ʺme‐ʺ. 

Jadual 4.3: Penggunaan Imbuhan Awalan "me-"

Imbuhan Maksud Contoh


Awalan

me- „melakukan kerja (i) Dia merotan anaknya.


dengan (ii) Mereka menimba air dalam perigi itu.
menggunakan alat
(iii) Saya mengail ikan pada waktu malam.
atau perkakas‰

„pergi ke‰ (i) Orang-orang Indonesia merantau ke


Malaysia untuk mencari pekerjaan.
(ii) Mat Kilau menghulu Sungai Pahang
setelah dikejar British.
(iii) Askar-askar Jepun telah mendarat di Kota
Bahru.

„menjadi‰ (i) Sungai itu membesar kerana hakisan.


(ii) Permintaan terhadap komputer menurun
apabila ekonomi merosot.
(iii) Pada musim luruh semua daun
menguning.

„melakukan (i) Suara Siti Nurhaliza sungguh merdu ketika


perbuatan‰ menyanyi.
(ii) Dia sedang mengarang sajak.
(iii) Ibunya sedang menggoreng ikan di dapur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


94  TOPIK 4 TATABAHASA

(iv)  Rujuk Jadual 4.4 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan ʺdi‐ʺ 

Jadual 4.4: Penggunaan Imbuhan Awalan "di-"

Imbuhan Maksud Contoh


Awalan

di- „perbuatan pasif‰ (i) Bola itu disepak oleh Ali ke dalam golnya
sendiri.
(ii) Isterinya dibunuh kerana cemburu buta.
(iii) Dia dihukum penjara kerana kesalahan
mencuri.

(v) Rujuk Jadual 4.5 untuk melihat penggunaan imbuhan awalan "ke-".

Jadual 4.5: Penggunaan Imbuhan Awalan "ke-"

Imbuhan Maksud Contoh


Awalan
ke- „tingkat bilangan‰ (i) Abad kedua puluh satu adalah abad yang
penuh cabaran.
(ii) Agenda keempat ialah pemilihan ahli
jawatankuasa.
(iii) Hari jadinya yang kelapan belas jatuh pada
hari esok.

„semua‰ (i) Kebakaran itu meragut nyawa ketiga-tiga


ahli keluarga itu.
(ii) Kelima-lima beranak itu berpindah ke
rumah baru.
(iii) Kesemua penduduk diperintahkan
berpindah ke tempat selamat.

„tugas‰ dan (i) Din menemui kekasihnya setiap malam.


„peranan‰ (ii) Dia dipilih sebagai ketua kami.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  95

(b) Imbuhan Akhiran serta Fungsi dan Maknanya


Sekarang kita kan melihat huraian tentang penggunaan imbuhan-imbuhan
akhiran yang memberikan kesan terhadap penguasaan bahasa Melayu.
Antara imbuhan akhiran yang dibincangkan adalah:

(i) Rujuk Jadual 4.6 untuk melihat imbuhan akhiran "-an".

Jadual 4.6: Penggunaan Imbuhan Akhiran "-an"

Imbuhan Maksud Contoh


Akhiran
-an „hasil perbuatan‰ (i) Inilah hasil karangannya.
(ii) Masakan di kedai itu enak sekali.
(iii) Rundingan damai antara Palestin dan
Israel menemui kegagalan.

„sifat‰ atau „ciri‰ (i) Dia menanam pokok rambutan di halaman


rumahnya.
(ii) Haruman pelbagai bunga tersimpan di
dalam kamar tidurnya.
(iii) Manisan nipah dijual di restoran itu.

„besar‰ atau „luas‰ (i) Lembangan Sungai Mekong ialah kawasan


pertanian yang subur.
(ii) Jangan menduga lautan dalam dengan kail
panjang sejengkal.
(iii) Lapangan terbang yang baru dibina itu
yang terbesar di Asia.
„alat‰ atau (i) Saluran paip gas telah dibina di seluruh
„perkakas‰ dan Semenanjung Malaysia.
„tempat‰ (ii) Pokok-pokok durian di dusun itu ditanan
dengan tersusun seperti ampaian kain.
(iii) Kos pembinaan landasan pesawat terbang
adalah tinggi.
„kiraan‰ atau (i) Gaji kakitangan kerajaan dibayar secara
„ukuran‰ bulanan.
(ii) Elaun harian yang diterima adalah
lumayan.
(iii) Ribuan penonton menyaksikan Pesta Port
Dickson setiap tahun.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


96  TOPIK 4 TATABAHASA

(ii) Rujuk Jadual 4.7 untuk melihat penggunaan imbuhan akhiran "-kan".

Jadual 4.7: Penggunaan Imbuhan Akhiran "-kan"

Imbuhan Maksud Contoh


Akhiran
-kan „membuat sesuatu (i) Belikan saya sebungkus nasi lemak.
untuk orang lain‰ (ii) Tolong bacakan surat itu.
(iii) Jangan sampaikan berita ini kepadanya.

„menyebabkan‰ (i) Tolong hidupkan enjin kereta saya.


(ii) Dia besarkan rumah yang baru dibelinya.
(iii) Anak itu habiskan harta ibu bapanya.

(iii) Rujuk Jadual 4.8 untuk melihat penggunaan imbuhan akhiran "-i".

Jadual 4.8: Penggunaan Imbuhan Akhiran "-i"

Imbuhan Maksud Contoh


Akhiran
-i „menyebabkan‰ (i) Baiki kesalahan-kesalahan bahasa dalam
karangan kamu.
(ii) Jangan khianati rakyat.
(iii) Halusi segala katamu.

„tempat dan orang (i) Jangan naiki bangunan yang usang itu.
yang dikenai oleh (ii) Dia membebani dirinya dengan kerja-kerja
sesuatu perbuatan‰ yang tidak berfaedah.
(iii) Jangan zalimi binatang-binatang liar itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  97

(c) Imbuhan Apitan serta Fungsi dan Maknanya:


Setelah melihat penggunaan imbuhan awalan dan akhiran, kini kita akan
melihat penggunaan imbuhan apitan. Antara imbuhan apitan yang akan
dibincangkan fungsi dan maknanya adalah seperti berikut:

(i) Rujuk Jadual 4.9 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan


"me-⁄-kan".

Jadual 4.9: Penggunaan Imbuhan Apitan "me-...-kan"

Imbuhan Apitan Maksud Contoh


me-..kan „perbuatan‰ (i) Dia menyalakan lampu di sekeliling
rumahnya pada waktu malam.
(ii) Orang ramai menamakannya „Bandar Sri
Menanti‰.
(iii) Saya menafikan tuduhan itu terhadapnya.
„menjadikan‰ (i) Lebih baik kita memudahkan daripada
menyukarkannya.
(ii) Bapanya telah mengecilkan elaun anaknya
kerana sifat anaknya yang boros itu.
(iii) Jangan memalukannya di khalayak ramai.

„melakukan (i) Suzana membuatkan minuman untuk


sesuatu untuk tetamu-tetamu.
orang lain‰ (ii) Ibu muda itu sedang menidurkan anaknya.
(iii) Dia menjualkan rumah itu untuk saya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


98  TOPIK 4 TATABAHASA

(ii) Sila rujuk Jadual 4.10 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan
"me-⁄-i".

Jadual 4.10: Penggunaan Imbuhan Apitan "me-...-i"

Imbuhan Apitan Maksud Contoh


me-..-i „benda atau (i) Fatimah mewarnai rambutnya merah.
tempat yang (ii) Dia meniduri rumah berpuaka itu tanpa
terkena oleh perasaan takut.
perbuatan‰
(iii) Damak mengepalai kumpulan perompak
bersenjata itu.
„menyebabkan‰ (i) Dia tetap mencintai isterinya walaupun
atau „menjadi‰ dia cacat.
(ii) Kita mesti memperbaharui cukai jalan
kereta ini.
(iii) Ahmad melepasi semua sasaran yang
telah ditetapkannya.

(iii) Sila rujuk Jadual 4.11 untuk melihat penggunaan imbuhan apitan
"pe-⁄-an".

Jadual 4.11: Penggunaan Imbuhan Apitan "pe-...-an"

Imbuhan Apitan Maksud Contoh


pe-..-an „proses‰ (i) Dia telah membuat pengakuan akan
menyokong pencalonan kita.
(ii) Usahawan yang berjaya itu telah
mendapat pengajaran daripada
kegawatan ekonomi yang lalu.
(iii) Mengikut pengamatannya, dia akan
menjadi pemimpin yang baik.
„tempat‰ (i) Kampung-kampung di pedalaman masih
tidak mempunyai bekalan kuasa elektrik.
(ii) Dia memancing di pelabuhan pada waktu
malam.
(iii) Perompak itu akan dibawa ke pengadilan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  99

(iv)  Sila  rujuk  Jadual  4.12  untuk  melihat  penggunaan  imbuhan  apitan  
ʺke‐…‐anʺ 
 
Jadual 4.12: Penggunaan Imbuhan Apitan "ke-...-an"

Imbuhan Apitan Maksud Contoh


ke-..-an „tempat‰ (i) Tempat kediamannya jauh dari tempat dia
bertugas.
(ii) Kedudukannya di syarikat itu stabil.
(iii) Perlumbaan itu dianjurkan oleh
kementerian.
„perihal‰ atau (i) Kesusilaan rakyat sesebuah negara dapat
„cerita‰ menarik pelancong-pelancong kerap
datang ke negara tersebut.
(ii) Pelajar-pelajar yang menumpukan
perhatian kepada pelajaran mereka akan
mencapai kejayaan yang cemerlang.
(iii) Dia tidak sepatutnya mengaku kalah
setelah hanya menemui satu kegagalan.
„terkena‰ (i) Dia kedinginan di dalam bilik sejuk itu.
(ii) Nasibnya sungguh malang kerana
kecurian berturut-turut.
(iii) Semenjak kehilangan kucing
kesayangannya, dia asyik termenung
sahaja.
„yang di‰ (i) Anak kebanggaannya telah lari dari
rumah semenjak sebulan yang lalu.
(ii) Menunggu isterinya bersolek telah
menjadi kebenciannya.
(iii) Menonton pertandingan bola di televisyen
adalah kegemarannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


100  TOPIK 4 TATABAHASA

AKTIVITI 4.1

Baca petikan yang berikut dan cari kesilapan-kesilapan penggunaan


imbuhan. Gantikan imbuhan-imbuhan tersebut dengan imbuhan-
imbuhan yang betul.

Ketidakpuasan bekerja mungkin juga berkait dengan prestasi yang


baik. Sebagai contoh, sekiranya pekerja dipaksakan menjalani tugas,
dan diancam jika tidak melakukannya, dia akan menghasilkan kerja
sebagaimana yang diharap walaupun berasa tertindas dan tidak
gembira. Dengan sebab itu kepuasan kerja yang tinggi juga mungkin
tidak berkaitan dengan produktiviti yang tinggi. Rasa puas dan tidak
puas ini sebenarnya datang dari dalam diri seseorang. Jika seseorang
itu dapat laksanakan tugas yang berfungsi dan berguna dia akan
berasa puas, jadi kepuasan di sini muncul hasil daripada prestasi yang
didapati. Secara umumnya kepuasan akan wujud apabila prestasi
yang didapat bernilai pada individu. Kepuasan yang didapat selepas
melaksana kerja akan dipengaruhi faktor input pekerja. Sebagai
contoh, sekiranya pekerja mempunyai keperluan untuk kejayaan
tinggi, dia bukan sahaja puas tetapi mengusahakan untuk
meninggikan tahap orientasi penjayaannya.

AKTIVITI 4.2
Gunakan seberapa banyak imbuhan yang sesuai pada kata-kata dasar
yang berikut. Kemudian, bina satu ayat dengan menggunakan kata-
kata dasar yang berimbuhan tadi bagi menggambarkan maksudnya:
(i) Besar
(ii) Hutan
(iii) Khianat
(iv) Sebar
(v) Korban
 

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 4 TATABAHASA  101

LATIHAN 4.1

Padankan fungsi imbuhan (perkataan condong) berikut berdasarkan


ayat yang ditulis.

Bil Ayat Fungsi


Imbuhan
1. Murid-murid itu suka bergaduh antara satu sama lain
2. Sungai Pahang ialah sungai yang terpanjang di
Semenanjung Malaysia.
3. Saluran paip gas telah dibina di seluruh Semenanjung
Malaysia
4. Dia menyalakan lampu di sekeliling rumahnya pada
waktu malam.
5. Dia tetap mencintai isterinya walaupun dia cacat.

 Dalam bahasa Melayu, imbuhan memainkan peranan yang amat penting


bagi memberikan makna kepada kata-kata yang digunakan dalam ayat.

 Kesilapan penggunaan imbuhan dapat mengubah makna ungkapan.

 Penggunaan imbuhan yang tepat dalam bahasa Melayu adalah melalui


pembacaan dan latihan.

 Membaca akhbar, majalah, dan buku-buku dalam bahasa Melayu dapat


membantu penguasaan imbuhan.

 Menulis dalam bahasa Melayu mempercepat kemahiran, bukan sahaja dalam


bentuk tulisan, tetapi juga dalam bentuk lisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


102  TOPIK 4 TATABAHASA

Imbuhan akhiran Imbuhan awalan


Imbuhan apitan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ayat Bahasa
5 Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menghuraikan konsep ayat dasar, pola ayat dasar dan jenis-jenis
ayat bahasa Melayu;
2. Menggunakan ayat-ayat bahasa Melayu dengan betul dan tepat;
dan
3. Menganalisis ayat-ayat bahasa Melayu menggunakan kaedah yang
betul.

 PENGENALAN
Dalam topik ini, analisis dan huraian tentang ayat-ayat dalam bahasa Melayu
akan dilakukan dengan terperinci. Analisis bahagian-bahagian ayat akan
membolehkan kita mengenali binaan ayat, pola ayat dasar, frasa dan klausa.
Kemampuan menggunakan ayat-ayat dengan berpandukan tatabahasa akan
membolehkan anda memahami dan menghargai pelbagai bentuk penulisan
dalam bahasa Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


104  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

5.1 DEFINISI AYAT


Apakah yang anda faham mengenai „ayat‰? Tatabahasa Dewan, menyatakan
bahawa, „Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi
intonasi yang sempurna‰. Ayat lazimnya terdiri daripada sekumpulan perkataan
yang membawa makna. Ayat juga mengandungi dua bahagian, iaitu subjek dan
predikat (rujuk Rajah 5.1). Unsur subjek sesuatu ayat itu boleh terdiri daripada
perkataan nama, ganti nama, kata kerja dan kata sifat. Subjek adalah mengenai
sesuatu hal manakala predikatnya pula adalah perihal atau cerita mengenai
subjek.

Rajah 5.1: Dua bahagian ayat

Binaan ayat boleh terdiri daripada:


(a) Ayat selapis;
(b) Ayat berlapis; dan
(c) Ayat berkait.

Jenis-jenis ayat pula terdiri daripada:


(a) Ayat penyata;
(b) Ayat tanya;
(c) Ayat perintah; dan
(d) Ayat seruan.

Bentuk ayat juga dapat dilihat sama ada berbentuk ayat aktif atau ayat pasif.
Dalam topik ini, kita akan meninjau dan mempelajari serta mengulang kaji
pelbagai jenis ayat untuk membantu kita menggunakan bahasa Melayu dengan
berkesan, tepat dan sesuai pada tempatnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  105

5.2 BINAAN AYAT


Ayat-ayat dalam bahasa Melayu mempunyai binaan dan pola yang tersendiri.
Dalam topik ini, kita akan mempelajari pola-pola tersebut. Pada dasarnya,
sesuatu ayat mesti mempunyai dua bahagian yang dikenali sebagai subjek dan
predikat. Ayat mungkin terdiri daripada dua perkataan sahaja manakala pada
masa yang sama terdapat ayat yang berlapis-lapis.

5.2.1 Ayat Dasar


Ayat dasar ialah ayat pokok atau ayat inti yang terbentuk daripada unsur-unsur
penting yang wajib ada dan tidak mengandungi sebarang keterangan di
dalamnya. Setiap ayat dasar mesti mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Subjek sesuatu ayat boleh terdiri daripada jenis berikut:
 Nama
 Ganti nama
 Kata sifat
 Kata kerja

Kata sifat dan kata kerja yang berfungsi sebagai subjek ini memainkan peranan
sebagai nama. Contohnya adalah seperti berikut:

(a) Dia/menangis.
„Dia‰ ialah ganti nama yang berfungsi sebagai subjek, manakala
„menangis‰ ialah kata kerja yang berfungsi sebagai predikat.

(b) Melukis/hobinya.
„Melukis‰ ialah kata kerja yang berfungsi sebagai subjek, manakala
„hobinya‰ ialah kata nama yang berfungsi sebagai „predikat‰.

(c) Bercerita/kerjanya.
„Bercerita‰ ialah kata kerja yang berfungsi sebagai subjek, manakala
„kerjanya‰ ialah kata nama yang berfungsi sebagai predikat.

(d) Gadis itu/Melayu.


„Gadis‰ ialah kata nama yang berfungsi sebagai subjek, manakala
„Melayu‰ ialah kata nama yang berfungsi sebagai predikat.

Ayat-ayat dasar tersebut ialah jenis ayat-ayat selapis yang terdiri daripada satu
perkataan untuk subjek dan satu perkataan untuk predikat. Ayat-ayat selapis ini

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


106  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

boleh menjadi ayat-ayat selapis yang lebih panjang yang mengandungi rangkai-
rangkai kata atau frasa. Contohnya adalah seperti berikut:
(a) Yang sedang bernyanyi-nyanyi itu pelajar sekolah ini.
(b) Rumah cantik dan baharu itu/rumah orang kaya baru.

Ayat-ayat dasar ini boleh berdikari. Tanpa bantuan ayat-ayat lain, ayat dasar
dapat memberikan gambaran yang jelas tentang perkara atau hal yang
diperkatakan. Ayat-ayat dasar yang berbentuk ayat selapis ini dapat
digabungkan dengan ayat-ayat lain. Ayat- ayat yang terdiri daripada gabungan
dua atau lebih ayat dikenali sebagai ayat majmuk.

5.2.2 Pola Ayat


Bahasa Melayu mempunyai pola-pola ayat yang tersendiri. Kata kerja dalam
bahasa Melayu tidak berubah bentuk sama ada dilakukan pada masa sekarang
atau pada masa lepas. Ayat-ayat dalam bahasa Melayu mempunyai pelbagai
bentuk. Ayat-ayat itu boleh berbentuk ayat-ayat mudah, yang merupakan ayat
dasar, yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan subjek dan satu
perkataan lagi yang membentuk predikat. Ayat-ayat jenis ini dikenali sebagai
ayat selapis. Ayat-ayat yang lebih panjang juga didapati dan dikenali sebagai
ayat berlapis atau ayat majmuk. Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang dikenali
sebagai ayat kecil dan ayat besar. Di sini, kita akan bermula dengan melihat pola-
pola ayat yang digunakan dalam bahasa Melayu. Pola ayat dasar menjadi asas
kepada pembentukan ayat-ayat yang lebih rumit seperti ayat majmuk dan ayat
berkait.

Berikut adalah contoh pola-pola ayat dalam bahasa Melayu:

(a) Subjek nama · predikat nama


Contoh:
(i) Saya/Ahmad.
(ii) Bapa saya/seorang kerani.
(iii) Yang ini/kereta saya.

(b) Subjek nama · predikat sifat


Contoh:
(i) Buah ini/cantik.
(ii) Anak ini/cerdik.
(iii) Ikan saya/jinak.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  107

(c) Subjek nama · predikat kopula


Ayat-ayat yang digolongkan dalam pola ini mempunyai predikat yang diisi
oleh perkataan „ada‰ atau „ada‰ yang diikuti oleh „pencukup‰. Contoh:
(i) Kelengkapan/ada.
(ii) Dia/ada harta.
(iii) Rumah itu/ada kolam renang.

(d) Subjek nama · predikat rangkai kata depan


Ayat-ayat yang digolongkan dalam pola ini mempunyai predikat yang diisi
oleh rangkai kata depan seperti kata sendi „di‰ dan „pada‰.
Contoh:
(i) Ibu/di dapur.
(ii) Kerbau/di sawah.
(iii) Wang saya/di bank.

(e) Subjek nama · predikat kata kerja tak transitif


Contoh:
(i) Kereta mereka/terjatuh ke dalam parit kecil.
(ii) Dia/tergelak mendengarnya.
(iii) Mereka/sedang berdebat.

(f) Subjek nama · predikat kata kerja transitif


Contoh:
(i) Mereka/sedang memburu seekor harimau buas.
(ii) Ali/menyaksikan kemalangan itu.
(iii) Murid-murid itu/menghadiahi gurunya sebuah buku.

5.2.3 Ayat Selapis


Ayat-ayat bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis yang utama seperti dalam
Rajah 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


108  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

Rajah 5.2: Jenis-jenis ayat

Mari kita bincangkan jenis-jenis ayat ini satu persatu.

(a) Ayat Selapis (Ayat Mudah)


Ayat selapis atau ayat mudah ialah ayat yang terbentuk daripada satu
subjek dan satu predikat. Ayat selapis ini pula boleh terbahagi kepada
beberapa jenis (Rajah 5.3):

(i) Ayat Setimpal (Ekuatif)


Ayat setimpal ialah ayat yang dibina dengan subjek nama dan
predikat yang boleh terdiri daripada nama, sifat, rangkai kata depan
dan kopula „ada‰ atau „ada‰ yang diikuti dengan satu penggenap.

Contoh-contoh ayat tersebut adalah seperti yang berikut:


• Makanan itu/ kegemaran pelancong-pelancong dari Eropah.
• Adik-beradiknya/selalu ada di sekolah pada masa petang.
• Pemuda yang tampan itu/orang kampung rupa-rupanya.

(ii) Ayat Aktif


Ayat jenis ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu ayat aktif transitif dan
ayat aktif tak transitif. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

• Ayat Aktif Transitif


Ayat jenis ini mengandungi kata kerja yang memerlukan
penyambut dalam rangkai kata predikatnya. Contoh-contoh ayat
tersebut adalah seperti yang berikut:
– Askar-askar itu/mempertahankan tanah air mereka.
– Pekerja-pekerja itu/memerlukan penghargaan.
– Tindakannya/merugikan negara.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  109

• Ayat Aktif tak Transitif


Ayat jenis ini ialah ayat yang predikatnya mempunyai kata kerja
yang tidak mengambil sebarang penyambut selepasnya. Contoh-
contoh ayat jenis ini adalah seperti berikut:
– Kanak-kanak itu/sedang berlari di tengah padang permainan.
– Ali/sedang berjalan-jalan di tepi pantai.
– Dia/selalu berkomunikasi dengan adik-adiknya.

(iii) Ayat Pasif


Ayat pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja pasif dalam rangkai
kata predikatnya, sama ada dinyatakan oleh penyambut pelakunya
ataupun tidak. Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada
ayat aktif transitif. Contoh-contoh ayat tersebut adalah seperti yang
berikut:
• Buah betik itu/ telah dimakan burung
• Pakaian raya/ belum berjahit lagi.
• Mereka /diberi upah oleh majikan.

 
Rajah 5.3: Ayat selapis

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


110  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

(b) Ayat Berlapis


Ayat berlapis ialah ayat gabungan yang terdiri daripada dua atau lebih
ayat selapis dengan menggunakan kata sendi. Kata sendi yang digunakan
ialah kata sendi penambah seperti dan, tetapi, sama ada ⁄ atau, serta, dan
lalu. Ayat berlapis pula mempunyai dua pola, iaitu:

(i) Pola yang subjeknya sama tetapi berlainan predikatnya. Contohnya:


• Sabrilah mengajar dan membimbing saya.
• Budak itu kecil tetapi berani menjawab soalan.
• Sama ada bapa dia datang atau tidak, teruna dan dara ini tetap
dinikahkan.

(ii) Pola yang predikatnya sama tetapi subjeknya berlainan. Contohnya:


• Menyelidik dan menghebahkannya ialah tugas seorang saintis.
• Sama ada elaun rumah atau elaun sara hidup hendaklah
dikurangkan daripada gaji pegawai-pegawai yang tinggi
pendapatannya.
• Sama ada dia atau Sudin mesti bertanggungjawab terhadap
pembayaran balik kerugian ini.

(c) Ayat Berkait


Ayat berkait ialah ayat yang subjeknya atau predikatnya mengandungi
ayat kecil. Ayat kecil ini juga dikenali sebagai frasa. Ayat kecil berfungsi
menerangkan perkataan yang menjadi subjek atau predikat setelah
dikaitkan dengan kata sendi. Pada umumnya, ayat berkait dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(i) Ayat berkait dengan ayat kecilnya menjadi keterangan.


Ayat kecil dalam ayat berkait jenis ini dapat berfungsi sebagai
keterangan subjek dan keterangan predikat

• Keterangan Subjek
Ayat berkait jenis ini mengandungi ayat kecil yang menerangkan
subjek kepada ayat itu setelah dikaitkan. Ayat kecil dalam ayat ini
boleh mengambil ganti nama hubungan yang untuk berfungsi
sebagai pengait antara subjek dan ayat kecil yang memberikan
keterangan kepada subjek. Contohnya adalah seperti yang
berikut:
– Buah rambutan yang kita petik kelmarin telah habis dimakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  111

– Harimau ganas yang kita buru tempoh hari telah masuk ke


dalam hutan.
– Gadis yang digila-gilakan pemuda itu telah meninggal dunia.

• Keterangan Predikat
Ayat berkait jenis ini mengandungi ayat kecil yang menerangkan
predikat setelah dikaitkan. Ayat kecil jenis ini juga menjadi unsur
atau pelengkap makna kepada ayat berkait tersebut. Hal ini
bergantung pada ayat yang „dilengkapkannya‰. Ayat kecil ini
mesti mengambil salah satu daripada kata sendi penambat seperti
jika, kalau, jikalau, kerana, sebab, sambil, semenjak, hingga,
apabila, sungguhpun, walaupun, dan lain-lain yang mempunyai
fungsi yang sama. Contoh-contoh ayat berkait jenis ini adalah
seperti berikut:
– Sungguhpun dia kaya, dia tidak pernah mendermakan
wangnya.
– Kamu akan terlepas bas kalau kamu tidak bertolak sekarang
juga.
– Walaupun dia berhati lembut, dia amat tegas.

(ii) Ayat berkait dengan ayat kecilnya menjadi unsur penubuh ayat
selapis
Ayat berkait jenis ini mengandungi ayat kecil yang berfungsi sebagai
unsur atau anggota tubuh ayat yang asalnya ayat selapis tetapi
kemudiannya menjadi ayat berkait kerana kehadiran ayat kecil jenis
ini. Ayat kecil ini dapat berperanan sebagai subjek atau penyambut
kepada sesuatu ayat. Ayat kecil ini dapat mengambil kata penegas
bahawa atau ganti nama hubungan yang. Contoh ayat-ayat berkait
yang ayat kecilnya berfungsi sebagai subjek:
• Yang diberhentikan kerja telah ditawarkan pekerjaan di tempat
lain.
• Bahawa dia akan pergi ke London untuk melanjutkan pelajaran
telah diketahui oleh semua penduduk kampung.

Contoh-contoh ayat berkait yang ayat kecilnya berfungsi sebagai


penyambut:
• Saya tidak mengetahui apa-apa yang kamu katakan tadi.
• Ahmad telah berjaya dalam tugasan pertama yang juga
melibatkan kejayaan bersama dengan Abu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


112  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

AKTIVITI 5.1

1. Analisis petikan karangan yang berikut dengan menyatakan


jenis-jenis ayat yang digunakan.

Dalam percubaan penulis menentukan teknik-teknik mengajar


imbuhan bahasa Malaysia yang dicadangkan itu, ada dua
perkara yang perlu dinyatakan di sini. Pertama, teknik-teknik
yang dihuraikan dalam topik ini biasanya didasarkan kepada
cara-cara mengajar sesuatu imbuhan tertentu yang
diketengahkan sebagai antara contoh yang mungkin dapat
digunakan oleh kaum guru sebagai panduan sahaja. Aplikasi
daripada sesuatu teknik yang telah dihuraikan itu untuk
pengajaran berbagai imbuhan bahasa Malaysia pada
keseluruhannya tidak dapat dihuraikan dengan panjang lebar
dalam topik yang tidak luas ruangannya, malahan sebaliknya
diserahkan kepada kebijaksanaan guru-guru yang mengajar di
sekolah menentukan setiap cara dan langkah yang terperinci
serta dengan contoh-contoh yang banyak dan konkrit untuk
pengajarannya di bilik darjah. (Dipetik daripada Mengajar
Tatabahasa oleh Arbak bin Othman, DBP, hlm. 137–138).

2. Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat-ayat pasif


mengikut jenis ayat-ayatnya.
(i) Pemuda itu memandang saya ketika dia sedang duduk di
bangku taman tadi.
(ii) Mereka menonton teater yang menyeronokkan itu.
(iii) Bapa memberitahu kami bahawa kami akan bercuti di
New Zealand selama seminggu.
(iv) Zul akan menunggang basikal itu kalau ibu
mengizinkannya.
(v) Zai menebas rumput dan Jamal mengecat rumah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  113

5.2.4 Frasa
Frasa ialah sekumpulan perkataan yang disebut oleh ZaÊba sebagai rangkai kata
yang terdiri daripada beberapa perkataan. Sungguhpun begitu, satu perkataan
boleh menjadi frasa (Rajah 5.4). Sebagai contoh, lihat ayat-ayat yang berikut:

(a) Sekawan burung/ terbang tinggi.


Ayat ini mengandungi dua frasa yang terdiri daripada:
(i) Frasa 1: sekawan burung
(ii) Frasa 2: terbang tinggi

Rajah 5.4: Frasa

(b) Pengarah Eksekutif/ akan merasmikan/ ÂSeminar Cabaran GlobalisasiÊ.


Ayat ini mengandungi tiga frasa yang terdiri daripada:
(i) Frasa 1: Pengarah Eksekutif
(ii) Frasa 2: akan merasmikan
(iii) Frasa 3: seminar Cabaran Globalisasi

5.2.5 Klausa
Ayat majmuk terdiri daripada beberapa klausa. Klausa juga dikenali sebagai ayat
kecil dan ayat majmuk pula dikenali sebagai ayat berlapis dan ayat berkait.
Klausa, seperti juga ayat dasar, mempunyai „subjek‰ dan „predikat‰, tetapi ada
kalanya klausa di dalam ayat tidak jelas maksudnya. Klausa yang tidak jelas
maksudnya disebut ayat yang tergantung maknanya dan memerlukan bantuan
satu klausa lain supaya dapat membantunya menjelaskan maksud ayat tersebut.
Yang berikut ini ialah klausa yang tidak lengkap dan memerlukan bantuan
klausa yang berfungsi sebagai ayat dasar:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


114  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.


Ayat majmuk di atas terdiri daripada dua klausa, iaitu:
(a) Klausa 1 : Kamu pandai
(b) Klausa 2 : kerana kamu rajin belajar

Klausa 2 telah dipancangkan ke dalam klausa 1. Oleh itu, klausa 1 ialah klausa
utama manakala klausa 2 ialah klausa pancangan. Klausa 1 ini dikenali juga
sebagai klausa induk, ayat besar, ayat induk atau kalimat induk. Klausa
pancangan pula dikenali sebagai klausa kecil, ayat kecil, klausa subordinat atau
anak kalimat. Klausa 1 bebas dan dapat berdikari. Klausa 1 menjadi tapak untuk
memancangkan klausa 2 dan dengan ini klausa 1 disebut klausa utama,
manakala klausa 2 disebut klausa tidak bebas atau klausa pancangan.

Dalam ayat „Sahabatnya telah berkhidmat di Brunei dan dia telah berhijrah ke
Sabah‰ kita dapati dua klausa yang dapat berdikari. Setiap satu ayat mempunyai
binaan dan makna yang lengkap. Oleh itu, kedua-duanya disebut klausa utama.
Kedua-dua klausa itu telah digabungkan oleh perkataan sendi „dan‰. Dengan
ini, ayat majmuk itu disebut ayat majmuk gabungan. Ada kalanya, kedua-dua
bentuk ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan digunakan dalam
satu ayat. Ayat itu dikenali sebagai ayat majmuk campuran.

5.2.6 Ayat Majmuk


Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat dan
dihubungkan dengan kata hubung tertentu. Sebagai contoh, lihat ayat yang
berikut: Ibu saya pergi ke Kuala Lumpur tetapi adik saya pergi ke Johor Bahru.
Kelompok perkataan itu terdiri daripada dua ayat, seperti yang boleh dilihat
dalam Rajah 5.5.
Ayat 1 : Saya pergi ke Kuala Lumpur
Kata hubung : tetapi
Ayat 2 : adik saya pergi ke Johor Bahru

Rajah 5.5: Ayat majmuk

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  115

Dalam ayat 1, ibu saya ialah halnya atau subjek, manakala pergi ke Kuala
Lumpur ialah perihalnya atau predikat. Begitu juga dalam ayat yang kedua, adik
saya ialah halnya dan pergi ke Johor Bahru ialah perihalnya. Kedua-dua ayat
tersebut ialah ayat tunggal atau ayat selapis yang berasingan. Apabila
digabungkan, kedua-dua ayat tersebut menjadi ayat majmuk.

Ayat-ayat majmuk pula terdiri daripada empat jenis seperti dalam Rajah 5.6.

Rajah 5.6: Jenis-jenis ayat majmuk

Mari kita lihat jenis-jenis ayat majmuk satu persatu.

(a) Ayat Majmuk Gabungan


Ayat majmuk gabungan terbentuk dengan menggabungkan dua atau lebih
ayat tunggal. Ayat yang digabungkan ini sama taraf dan sama sifatnya.
Ayat-ayat ini dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi,
lalu, sambil, dan sebaliknya. Ayat-ayat ini juga boleh dihubungkan dengan
tanda koma (,) sahaja.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


116  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

Contoh- contohnya:
(i) Rambutan masak tidak berbau tetapi durian masak mengeluarkan
bau. Contoh pembahagian ayat majmuk gabungan ini dapat dilihat
dalam Rajah 5.7.

Rajah 5.7: Ayat majmuk gabungan

(ii) Sambil menyelam minum air.


(iii) Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. (Ayat ini
dihubungkan dengan tanda koma sahaja).
(iv) Dia masuk lalu duduk.

Kaedah Penggabungan – Kalau semua bahagian ayat yang hendak


digabungkan itu tidak serupa, maka semua unsur asal dikekalkan.
Contohnya:

Datuk saya menanam padi dan nenek saya menoreh getah.


Kalau ada bahagian ayat yang sama, maka satu daripadanya
digugurkan. Contohnya: Dia suka makan durian dan manggis.

Satu daripada subjek yang sama dalam ayat itu digugurkan. Dalam ayat di
bawah ini pula, terdapat dua predikat yang sama. Satu daripadanya perlu
digugurkan.

Ahmad dan abangnya suka bermain hoki.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  117

Jenis Gabungan – Ada dua jenis gabungan, iaitu gabungan susunan dan
gabungan pertentangan.

(i) Gabungan Susunan: Ayat-ayat gabungan susunan menyusun ayat


tersebut dengan menggunakan kata hubung, dan, lalu, lagi, serta,
sambil, tambahan pula, kemudian, malahan dan akhirnya. Kadang-
kadang tanda koma (,) sahaja digunakan untuk menghubung.
Contohnya adalah seperti yang berikut:
 Dia berdiri lalu keluar.
 Dia menyanyi sambil bermain piano.
 Mula-mula dia membuat ijazah pertama kemudian dia
meneruskan ke ijazah sarjana.

(ii) Gabungan Pertentangan: Dua atau lebih ayat tunggal yang


mempunyai maksud yang bertentangan digabungkan dengan
menggunakan kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal
dan demi. Contohnya adalah seperti yang berikut:
 Budak kecil itu menangis tetapi rakannya ketawa
 Dia tidak pulang ke rumahnya sebaliknya dia pergi ke pejabat.
 Dia tidak memujuk anaknya malahan dia memukulnya lagi.

(b) Ayat Majmuk Pancangan


Ayat majmuk pancangan menggabungkan dua atau lebih klausa yang tidak
sama taraf. Ayat ini mesti ada klausa utama dan klausa pancangan. Klausa
pancangan juga dikenali sebagai klausa kecil atau ayat kecil. Klausa kecil
itu dipancangkan ke dalam klausa utama melalui tiga cara iaitu:

(i) Menentukan dengan Klausa Relatif


Klausa relatif ialah klausa penentu yang menentukan sesuatu kata
nama yang berkenaan. Klausa relatif ini ditandai oleh ganti nama
yang. Yang menentukan kata nama atau frasa berkenaan. Contohnya
ialah:

Saya memakai baju yang berwarna biru.


Klausa utama: Saya memakai baju
Klausa relatif: yang berwarna biru.

Ayat asal: Saya memakai baju + baju itu berwarna biru. Ayat-ayat itu
menjadi Saya memakai baju yang berwarna biru. Oleh sebab objek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


118  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

ayat satu serupa dengan subjek ayat dua, maka kedua-duanya


digabungkan. Subjek ayat kedua digantikan dengan ganti nama yang.

(ii) Melengkapkan dengan Klausa Komplemen


Komplemen bermakna pelengkap dan ia adalah klausa kecil. Klausa
komplemen akan melengkapkan klausa utama yang belum lengkap.
Klausa komplemen digabungkan dengan klausa utama oleh kata
hubung komplemen seperti bahawa, untuk, demi, supaya, semoga,
yang dan agar.

Klausa yang menjadi komplemen ini boleh terdiri daripada klausa


nama, klausa sifat, dan klausa kerja. Contoh-contohnya adalah seperti
yang berikut:

• Dia tahu bahawa sakitnya tenat.


Klausa utama : Dia tahu
Klausa komplemen : Sakitnya tenat (klausa sifat)
Kata hubung : bahawa
Klausa komplemen itu boleh juga melengkapkan subjek.

• Untuk berjaya dalam perniagaan, adalah cita-citanya.


Klausa utama : Adalah cita-citanya
Klausa komplemen : berjaya dalam perniagaan
Kata hubung : untuk
Klausa komplemen melengkapkan subjek klausa utama. Ada
sesuatu yang tidak dinyatakan atau tidak lengkap.

• Bahawa dia penipu telah diketahui orang.


Klausa utama : Telah diketahui orang
Klausa komplemen : dia penipu (klausa nama)
Kata hubung : bahawa
Klausa komplemen telah menjadi subjek ayat pasif.

(iii) Menerangkan dengan Klausa Keterangan


Ayat majmuk yang mengandungi klausa keterangan terbentuk
daripada satu klausa utama dan satu atau lebih klausa kecil
keterangan. Klausa keterangan ini selalunya menerangkan predikat.
Klausa kecil keterangan ini dihubungkan dengan klausa utama
dengan menggunakan kata-kata hubung seperti sebab, kerana,
dengan, apabila, jika, jikalau, sejak, semenjak, sewaktu, sungguhpun,
walaupun, ketika, setelah dan semoga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  119

Klausa keterangan juga menjelaskan perkara yang berkaitan dengan


perbuatan, iaitu musabab, waktu, syarat, pertentangan, harapan, cara,
tempat, tujuan, alat, penyertaan dan bagai.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:

• Keterangan Musabab
Dia tidak pergi kerana dia uzur
Klausa utama : Dia tidak pergi
Klausa keterangan : dia uzur
Kata hubung : kerana

• Keterangan Waktu
Saya tiba setelah jamuan selesai
Klausa utama : Saya tiba
Klausa keterangan : jamuan selesai
Kata hubung : setelah

• Keterangan Syarat
Saya setuju kalau saudara ikut bersama
Klausa utama : Saya setuju
Klausa keterangan : saudara ikut sama
Kata hubung : kalau

• Keterangan Pertentangan
Walaupun pasukan Malaysia diramalkan kalah mereka bermain
bersungguh-sungguh.
Klausa utama : Mereka bermain bersungguh-sungguh
Klausa keterangan : Pasukan Malaysia diramalkan kalah
Kata hubung : walaupun

• Keterangan Harapan
Dia minum ubat supaya cepat sembuh.
Klausa utama : Dia minum ubat
Klausa keterangan : cepat sembuh
Kata hubung : supaya

• Keterangan Cara
Dia menumbuk pencuri itu dengan menggunakan buku lima.
Klausa utama : Dia menumbuk pencuri itu
Klausa keterangan : menggunakan buku lima
Kata hubung : dengan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


120  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

(c) Ayat Majmuk Campuran


Ayat majmuk campuran mengandungi kedua-dua ayat majmuk gabungan
dan ayat majmuk pancangan pada satu masa. Ayat majmuk campuran juga
dikenali sebagai ayat berkait atau ayat kompleks. Cuba kita lihat contoh
yang berikut bagi menjelaskan ayat ini.

Kuala Lumpur dan Petaling Jaya maju kerana menjadi pusat pentadbiran
negara dan pusat perdagangan, sedangkan Pelabuhan Kelang yang terletak
di kuala Sungai Kelang penting sebagai pelabuhan.

Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat majmuk seperti huraian yang
berikut:

Ayat majmuk 1 : Kuala Lumpur dan Petaling Jaya maju kerana menjadi
pusat pentadbiran negara dan pusat perdagangan.

Ayat majmuk 2 : Pelabuhan Kelang yang terletak di kuala Sungai Kelang


penting sebagai pelabuhan.

Ayat majmuk satu ialah ayat majmuk gabungan. Ada dua klausa yang
terkandung di dalamnya.

Klausa utama 1:
Kuala Lumpur maju kerana menjadi pusat pentadbiran negara dan pusat
perdagangan.

Klausa utama 2:
Petaling Jaya maju kerana menjadi pusat pentadbiran negara dan pusat
perdagangan.

Ayat majmuk dua ialah ayat majmuk pancangan. Ada dua klausa yang
terkandung di dalamnya.
Klausa utama : Pelabuhan Kelang penting sebagai pelabuhan
Klausa relatif : yang terletak di kuala Sungai Kelang.
Kata hubung : sedangkan.

(d) Ayat Majmuk Pasif


Ayat majmuk yang telah dipelajari berbentuk aktif. Sekarang, akan kita
tinjau ayat majmuk pasif pula.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  121

(i) Bentuk pasif majmuk gabungan: Ayat aktif dalam ayat majmuk
gabungan dapat ditukarkan kepada pasif. Contohnya adalah seperti
yang berikut:

Aktif: Saya membaca buku tetapi sahabat saya membaca majalah.


Pasif: Buku saya baca tetapi majalah dibaca sahabat saya.

(ii) Bentuk pasif majmuk pancangan: Dalam ayat majmuk pancangan ada
klausa utama dan klausa kecil. Hanya klausa utama aktif sahaja yang
dipasifkan manakala yang lain kekal aktif. Sebagai contoh, sila lihat
ayat-ayat yang berikut:

• Ayat majmuk pancangan relatif


Aktif : Dia menerima pemberian yang berharga itu
Pasif : Pemberian yang berharga itu diterima oleh dia
Aktif : Pemain yang menendang kaki lawannya menolak
pengadil perlawanan.
Pasif : Pengadil perlawanan ditolak oleh pemain yang
menendang kaki lawannya.

• Ayat majmuk pancangan komplemen


Aktif : Kementerian Pelajaran mengumumkan bahawa sekolah
ditutup selama dua hari.
Pasif : Bahawa sekolah ditutup selama dua hari diumumkan oleh
Kementerian Pelajaran.

• Ayat majmuk pancangan keterangan


Aktif : Salim akan menjual kereta lamanya setelah dia mendapat
kereta baharunya.
Pasif : Kereta lamanya akan dijual oleh Salim setelah dia
mendapat kereta baharunya.

AKTIVITI 5.2

1. Apakah yang anda fahami dengan Ayat Majmuk Gabungan dan


apakah istilah lain yang digunakan bagi jenis ayat yang sama?

2. Huraikan maksud Ayat Majmuk Pancangan dan berikan contoh


ketiga-tiga ayat majmuk pancangan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


122  TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU

LATIHAN 5.1

Tandakan (A) untuk betul dan (B) untuk salah setiap kenyataan
berikut:

Bil Kenyataan Tentang Ayat Jawapan

1. Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi


letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap.

2. Pola ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada


FN+FN, FN+FK, FN+Fadj, FN+FS.

3. Ayat Aktif tak Transitif ialah ayat yang predikatnya


mempunyai kata kerja yang ada penyambut
selepasnya.

4. Ayat „pakaian raya belum berjahit lagi „ ialah contoh


ayat pasif bahasa Melayu.

5. Terdapat dua binaan penting dalam ayat bahasa


Melayu iaitu subjek dan predikat.

 Bahasa lisan berbeza daripada bahasa tulisan.

 Bahasa lisan memerlukan ayat-ayat yang ringkas supaya mudah difahami,


tetapi bahasa tulisan pula memerlukan ayat-ayat yang lebih canggih.

 Ayat bahasa tulisan memerlukan penggunaan ayat majmuk yang banyak.


Begitu juga halnya dengan penggunaan ayat aktif dan ayat pasif.

 Walaupun ayat aktif biasa digunakan untuk menyampaikan maklumat,


tetapi sekali-sekala ayat pasif diperlukan untuk tujuan-tujuan yang tertentu.

 Penggunaan ayat majmuk dan ayat pasif banyak memerlukan latihan


sebelum seseorang dapat menguasai penggunaannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 5 AYAT BAHASA MELAYU  123

Ayat berkait Ayat selapis


Ayat berlapis Frasa
Ayat majmuk gabungan Klausa
Ayat majmuk pancangan Predikat
Ayat majmuk pasif Subjek

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Jenis-jenis
6 Ayat
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menggunakan jenis-jenis ayat pada tempat yang betul dalam
komunikasi lisan dan bertulis;
2. Menukarkan bentuk jenis-jenis ayat dari satu bentuk ke satu bentuk
ayat;
3. Mengenal pasti nada dan intonasi yang betul bagi menyampaikan
maksud sesuatu ayat; dan
4. Membentuk ayat tunggal dengan susunan frasa.

 PENGENALAN
Manusia menggunakan kata-kata yang membawa makna khusus kepada
masyarakat penutur bahasa itu untuk menyampaikan maksud. Kata-kata
disusun dengan kaedah yang khusus bagi menyampaikan maksudnya. Susunan
ayat yang berbeza dapat membawa maksud yang berbeza. Dalam
menyampaikan sesuatu maksud, manusia mungkin menggunakan emosi yang
disampaikan melalui nada bunyi atau lagu bahasa. Lagu yang berbeza
membawa maksud yang berbeza pula. Oleh itu, apabila seseorang itu belajar
sesuatu bahasa, dia perlu belajar tentang tatabahasa, struktur ayat dan juga lagu
bahasa. Lagu bahasa ini menentukan jenis-jenis ayat. Dalam bahasa Melayu, ayat
terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
 Ayat penyata;
 Ayat tanya;
 Ayat perintah; dan
 Ayat seruan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  125

Perhatian juga akan ditumpukan kepada „bentuk ayat tunggal‰ dan „susunan
ayat dalam‰. „Susunan ayat dalam‰ akan menghuraikan bagaimana kita
menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu pada tempatnya yang betul
dalam ayat-ayat tunggal. Ayat-ayat tunggal pula ialah asas kepada pembentukan
ayat-ayat majmuk.

6.1 AYAT PENYATA


Ayat penyata digunakan untuk membuat sesuatu pernyataan. Ayat ini bertujuan
untuk menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis
ini kerap digunakan dalam penulisan dan lisan untuk menjelaskan sesuatu dan
selalu juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Berikut ialah contoh-contoh ayat penyata:


(a) Shamsudin nelayan.
(b) Jamaludin sedang tidur lena.
(c) Anak petani yang kita temukan dua puluh tahun yang lalu telah berjaya
menjadi seorang doktor.
(d) Penjenayah itu telah ditangkap oleh pihak polis.
(e) Pengorbanan ibu bapanya telah menjadikan beliau seorang yang
berpendidikan tinggi.

Daripada contoh-contoh yang diberikan, kita dapati bahawa kesemua ayat


tersebut, sama ada ayat selapis ataupun ayat berlapis, dikategorikan sebagai ayat
penyata.

6.2 AYAT PERINTAH


Kita seringkali membuat arahan, sama ada secara langsung atau tidak langsung,
kepada orang lain. Dalam proses membuat arahan tersebut, pernahkah anda
menilai jenis-jenis perintah atau arahan yang anda berikan itu? Ayat perintah
diucapkan dengan tujuan untuk menyebabkan sesuatu tindakan diambil. Ayat
perintah ditujukan kepada orang yang kedua.

Berdasarkan perkataan yang digunakan, ayat perintah dapat dibahagikan


kepada empat jenis perintah, iaitu:
(a) Ayat suruhan
(b) Ayat larangan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


126  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

(c) Ayat silaan; dan


(d) Ayat permintaan.

Mari kita lihat jenis-jenis ayat perintah ini satu persatu.

6.2.1 Ayat Suruhan


Ayat suruhan diucapkan dengan tujuan memberikan arahan atau perintah.
Dalam ayat suruhan, subjeknya ialah ganti nama orang yang kedua, seperti
kamu, engkau, awak dan anda; tetapi biasanya digugurkan. Sungguhpun begitu,
atas tujuan penegasan, subjek boleh juga diucapkan. Nama khas atau nama
orang yang disuruh itu kadang kala disebutkan untuk menguatkan lagi suruhan
itu terhadap orang berkenaan.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:


(a) Mat, masuk ke dalam!
(b) Kamu buat tugas ini sekarang juga!
(c) Telan ubat ini!

Ayat-ayat suruhan boleh menggunakan partikel -lah untuk melembutkan


suruhan, di samping menegaskan predikat. Partikel -lah ini diletakkan selepas
kata kerja dalam ayat seruan itu.

Contohnya adalah seperti berikut:


(a) Bertolaklah sekarang supaya tidak ketinggalan.
(b) Jenguklah dia di hospital.
(c) Pakailah kereta itu.

Bagi kata kerja transitif yang menerima awalan me-, awalan itu digugurkan
dalam ayat suruhan jenis ini. Dalam ayat-ayat 1 hingga 5, awalan me- itu telah
digugurkan. Dalam binaan ayat suruhan dan ayat perintah jenis lain yang
mengandungi kata kerja tak transitif dan menerima awalan, awalan tersebut
tidak boleh digugurkan seperti dalam contoh-contoh yang berikut:
(a) Menjeritlah sepuas-puas hatimu.
(b) Bersedekahlah kepada fakir-fakir miskin di kampung anda.
(c) Bertenanglah pada masa anda menjawab soalan-soalan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  127

AKTIVITI 6.1
Berdasarkan kepada contoh-contoh ayat suruhan tersebut, bina empat
lagi bentuk ayat suruhan dengan menggunakan ayat-ayat yang lebih
kompleks. Bentangkan di dalam kelas.

6.2.2 Ayat Larangan


Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, tak
usah atau usah sahaja sebelum kata kerja dengan tujuan melarang seseorang
melakukan sesuatu.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:


(a) Jangan ambil harta anak yatim.
(b) Tak usah kau tangisi pemergiannya.
(c) Awak tak usah pergi lagi ke sana.

Dengan menambahkan partikel -lah, ayat-ayat itu dapat dilembutkan lagi.

Jika kita melihat papan-papan tanda, akan kita temukan satu lagi ayat larangan
yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima -lah.

Contohnya:
(a) Dilarang membuang sampah di sini.
(b) Dilarang merokok.
(c) Dilarang berludah di sini.

6.2.3 Ayat Silaan


Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila  atau jemput 
sebelum kata kerja dengan tujuan meminta seseorang dengan cara berbudi
bahasa untuk berbuat sesuatu. Biasanya, kata silaan digunakan pada permulaan
ayat seperti yang terdapat dalam contoh-contoh yang berikut:
(a) Jemput masuk ke dalam.
(b) Sila beredar ke bilik seminar.
(c) Jemput makan hidangan ini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


128  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Seperti ayat-ayat lain juga, ayat-ayat ini dapat dilembutkan dengan


menggunakan partikel penegas -lah seperti contoh-contoh yang berikut:
(a) Jemputlah masuk ke dalam.
(b) Silalah beredar ke bilik seminar.
(c) Jemputlah naik ke rumah.

6.2.4 Ayat Permintaan


Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong dengan tujuan memohon pertolongan atau permintaan seperti dalam
contoh-contoh yang berikut:
(a) Minta tuan-tuan masuk ke dalam dewan.
(b) Tolong senyap kerana ujian sedang berjalan.
(c) Minta kamu semua bertenang.

Bentuk-bentuk ayat permintaan biasanya tidak membawa makna yang negatif.


Oleh itu contoh-contoh ayat yang berikut dianggap tidak betul.

(a) Sila jangan merokok.


(b) Tolong jangan bising.
(c) Tolong jangan tidur di sini.

Bentuk ayat-ayat larangan yang betul bagi ayat-ayat itu adalah seperti yang
berikut:
(a) Jangan merokok.
(b) Jangan bising.
(c) Jangan tidur di sini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  129

6.3 AYAT SERUAN


Ayat seruan diucapkan dengan intonasi atau nada seruan tertentu dengan tujuan
untuk melahirkan perasaan atau emosi, seperti marah, takut, takjub, geram,
sakit, hairan dan sebagainya. Intonasi seruan dalam penulisan digambarkan
dengan simbol (!) yang biasanya terletak di akhir ayat. Kata-kata seru yang
sering digunakan, ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas, dan sebagainya.

Contoh-contohnya adalah seperti berikut:


(a) Amboi, besarnya!
(b) Cis, rasalah tikaman ini!
(c) Aduh, sakitnya!

6.4 AYAT TANYA


Kita seringkali bertanya akan sesuatu perkara untuk mendapatkan jawapan.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu hal.
Berdasarkan nada suara serta penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat
dikategorikan kepada dua jenis (Rajah 6.1), iaitu:

Rajah 6.1: Ayat Tanya

Mari kita lihat ayat tanya ini satu persatu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


130  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

6.4.1 Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya


Ayat jenis tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum
kesenyapan di akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan
tanda soal (?).

Contoh-contohnya adalah seperti yang berikut:


(a) Halim menangis?
(b) Zul pemandu bas?
(c) Emak ke bandar?

Ayat tanya seperti ini boleh disertai partikel -kah yang biasanya diletakkan di
hujung ayat seperti contoh-contoh yang berikut:

(a) (i) Dia ke pasar?


(ii) Dia ke pasarkah?

(b) (i) Kereta itu cantik?


(ii) Kereta itu cantikkah?

(c) (i) Ibu tidur?


(ii) Ibu tidurkah?

Ayat-ayat (b) dalam ketiga-tiga contoh tersebut mengandungi unsur yang


dijadikan fokus yang ditandai oleh partikel -kah, iaitu ke pasarkah, cantikkah
dan tidurkah. Daripada contoh-contoh itu, kita dapati bahawa tidak berlaku apa-
apa perubahan pada struktur ayat yang menerima partikel -kah. Dalam bahasa
tulisan, unsur fokus dalam sesuatu ayat mengalami proses penjudulan, iaitu
proses menjadi ungkapan perkataan yang diutamakan atau dikedepankan.
Struktur ayat berubah kepada susunan yang berikut:

{Ungkapan kata yang dijadikan fokus diikuti oleh -kah} + subjek} + {unsur
predikat lain} (jika ada)

Ayat Dia ke pasarkah? sebagai contoh, bertukar menjadi Ke pasarkah dia? Frasa
ke sekolahkah? merupakan ungkapan yang diutamakan atau dikedepankan,
iaitu mendahului subjek dia. Unsur predikat lain tidak wujud dalam ayat ini.
Perkara yang sama juga berlaku dalam ayat yang kedua dan ketiga.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  131

Contoh-contoh lain bagi menghuraikan ayat tanya tanpa kata tanya adalah
seperti yang berikut:
(a) Mereka bertolak petang tadikah?
(b) Petang semalam kamu ke Muarkah?
(c) Engkau hendak pergi ke pasar sekarang jugakah?

Ketiga-tiga ayat ini bertukar kepada bentuk yang berikut setelah dijadikan
bahasa tulisan.

Ungkapan kata yang dijadikan Subjek Unsur


fokus diikuti oleh -kah predikat lain (jika ada)

1. Petang tadikah mereka bertolak?


2. Ke Muarkah kamu petang semalam?
3. Sekarang jugakah engkau hendak pergi ke pasar?

Ayat-ayat tersebut telah mengalami proses pendepanan predikat. Subjek tidak


boleh sama sekali mengalami proses pendepanan dengan partikel -kah.
Sungguhpun begitu, terdapat juga subjeknya kelihatan mengalami proses
pendepanan dengan partikel –kah seperti contoh-contoh yang berikut:
(a) Cik Mariamkah kerani itu?
(b) Orang tua itukah bapanya?

Sebenarnya, ayat-ayat itu ayat songsang akibat daripada proses pendepanan


predikat. Ayat-ayat asalnya adalah seperti yang berikut:
(a) Kerani itu Cik Mariam.
(b) Bapanya orang tua itu.

Selain daripada itu, ada juga ayat-ayat yang mempunyai perkataan yang seolah-
olah mengalami pendepanan partikel -kah. Contohnya adalah seperti yang
berikut:
(a) Diakah yang sulung?
(b) Merekakah yang bertugas malam tadi?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


132  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Sebenarnya, ayat-ayat itu ialah ayat-ayat songsang juga, akibat daripada proses
pendepanan predikatnya, yang berasal daripada ayat-ayat yang berikut:
(a) Yang sulung dia.
(b) Yang bertugas malam tadi mereka.

Sebenarnya, ayat-ayat itu berasal daripada beberapa ayat tunggal. Ayat-ayat


pasif yang berikut juga daripada jenis yang sama; iaitu ayat-ayat tunggal.
(a) Surat layang itu ditulis oleh Ali.
(b) Surat layang itu ditulis oleh Ali?
(c) Ditulis oleh Alikah surat layang itu?

Kesemua ayat yang dinyatakan itu ialah ayat tanya tanpa kata tanya yang dapat
dijawab dengan jawapan ya atau tidak/bukan seperti yang berikut:

(a) (i) Pak Zulkifli ayahnya?


(ii) Ya, Pak Zulkifli ayahnya.

(b) (i) Diakah yang ke rumah saya kelmarin?


(ii) Tidak, dia tidak ke rumah awak kelmarin.

(c) (i) Encik Kasim suaminya?


(ii) Bukan, Encik Kasim bukan suaminya.

6.4.2 Ayat Tanya dengan Kata Tanya


Ayat tanya dengan kata tanya menggunakan kata tanya seperti apa, siapa,
berapa, mengapa, bagaimana, dan lain-lain yang berfungsi menyoal. Ayat-ayat
ini terdiri daripada dua kategori (Rajah 6.2)seperti yang berikut:

Rajah 6.2: Ayat tanya dengan kata tanya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  133

(a) Ayat Tanya dengan Ganti Nama Tanya


Ayat-ayat tanya dengan ganti nama tanya terdiri daripada ayat-ayat yang
mengandungi ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana. Dalam
susunan biasa, ganti nama tanya menduduki unsur predikat seperti dalam
contoh-contoh yang berikut:
(i) Anaknya siapa?
(ii) Ibu kamu mana?
(iii) Benda ini apa?

Bentuk ini boleh mengalami proses pendepanan predikat, menghasilkan


bentuk ayat- ayat yang berikut:
(i) Siapa anaknya?
(ii) Mana ibu kamu?
(iii) Apa benda ini?

Sungguhpun begitu, ayat-ayat tersebut berbentuk bahasa lisan. Apabila


bentuk bahasa lisan itu ditukarkan ke bentuk bahasa tulisan, ayat-ayat itu
perlu menerima partikel –kah pada unsur yang dikedepankan seperti yang
berikut:
(i) Siapakah anaknya?
(ii) Manakah ibunya?
(iii) Apakah benda ini?

(b) Ayat Tanya dengan Frasa Sendi Nama Tanya


Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi
nama tanya seperti di mana, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila,
bagaimana, dengan siapa, daripada siapa dan sebagainya. Dalam susunan biasa,
kata tanya wujud dalam predikat. Contohnya adalah seperti yang berikut:
(i) Encik bekerja di mana?
(ii) Tuan datang dari mana?
(iii) Kamu hendak pergi ke mana?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


134  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Ayat-ayat ini boleh mengalami proses pendepanan predikat untuk


menghasilkan ayat- ayat yang berbentuk seperti yang berikut:
(i) Di manakah encik bekerja?
(ii) Dari manakah tuan datang?
(iii) Ke manakah kamu hendak pergi?

Selain daripada itu, terdapat juga ayat tanya terbuka dan ayat tanya
tertutup.

Ayat tanya tertutup memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan, manakala


ayat tanya terbuka pula ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad
kepada jawapan ya atau tidak/bukan, tetapi sebaliknya bergantung pada
maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. Berikut ialah contoh-
contoh ayat-ayat tersebut:

(i) Ayat tanya tertutup


• Tuan Yusuf gurunya?
Tidak, Tuan Yusuf bukan gurunya.
• Besarkah rumah itu?
Ya, rumah itu besar.
• Ke bandarkah budak-budak itu?
Ya, budak-budak itu ke bandar.

(ii) Ayat tanya terbuka


• Apakah benda ini?
Benda ini aksesori bas.
• Datuknya siapa?
Datuknya Wak Ali.
• Bilakah kita akan makan?
Kita akan makan apabila ibu pulang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  135

AKTIVITI 6.2
1. Apakah peranan partikel -lah dalam bahasa Melayu? Berikan
contoh-contoh penggunaannya dalam ayat.

2. Tukarkan ayat-ayat yang berikut kepada ayat-ayat tanya.


(i) Besarnya rumah dia!
(ii) Zaman ini zaman dunia tanpa sempadan.
(iii) Dia berkata-kata sesuatu.

6.5 INTONASI DALAM AYAT


Intonasi ialah naik turun nada suara apabila kita berkata-kata. Dalam
percakapan kita, nada suara kita tidak sama sepanjang masa, iaitu ada kalanya
tinggi dan ada kalanya rendah. Nada suara yang berbeza ini menggambarkan
maksud dan keadaan emosi penuturnya. Jika semua ayat yang kita lafazkan
dituturkan dengan nada yang serupa, agak sukar bagi orang lain yang
mendengarnya untuk memahami kita.

Sebagai contoh, mula-mula cuba lafazkan ayat-ayat yang berikut dengan nada
suara yang mendatar dan kemudian cuba pula melafazkannya mengikut makna
dan emosi yang digambarkan dalam ayat-ayat tersebut:
(a) Berambus!
(b) Saya akan meninggalkan tempat ini buat selama-lamanya.
(c) Kamu lapar?

Intonasi amat penting dalam bahasa Melayu. Intonasi dapat mengubah maksud
ayat yang dituturkan. Sebagai contoh, ayat yang berikut dapat membawa
maksud atau emosi yang berlainan jika menggunakan intonasi yang berlainan.
(a) Suzana pegawai – jika dua perkataan ini disebut dengan nada biasa tanpa
membezakan nada pada kedua-dua perkataan tersebut, maka ayat ini
adalah ayat penyata.
(b) Suzana pegawai – jika ungkapan ini disebut dengan nada yang berlainan
maka maknanya akan berubah. Umpamanya jika perkataan „pegawai‰
ditinggikan nadanya, ayat ini menjadi pertanyaan. Dalam tulisan, tanda
soal (?) ditambah di hujungnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


136  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

(c) Suzana pegawai – jika seseorang berasa kagum terhadap kejayaan yang
dicapai oleh Suzana, maka nada sebutannya juga berubah. Sekali lagi
intonasi perkataan „pegawai‰ ditinggikan dan dipanjangkan sedikit. Dalam
tulisan, tanda seruan (!) dituliskan di hujungnya.

Selain daripada tiga nada yang berbeza dalam menyebut dua perkataan di atas
bagi menukarkan maksudnya, terdapat juga ayat-ayat yang tidak
menggambarkan emosi penuturnya. Perasaan sedih umpamanya, tidak
digambarkan dengan tanda bacaan seperti seruan dan soalan. Konteks ayat itu
sahaja yang dapat membayangkan emosinya.

Sebagai contoh, lihat ayat yang berikut:

Dia akan meninggalkan tempat ini.

Jika tidak ada apa-apa emosi yang terlibat, ayat ini akan dilafazkan dengan nada
biasa. Sekiranya penuturnya mempunyai perasaan sedih, nadanya berlainan,
yakni yang menggambarkan kesedihannya. Oleh itu, sekiranya orang-orang
yang melafazkan sesuatu kenyataan ingin memberikan kesan kepada
pendengarnya, dia harus menggunakan intonasi yang berbeza-beza. Kejayaan
guru dan pelakon bergantung pada penggunaan intonasi dan nada yang
berlainan.

6.6 BENTUK AYAT TUNGGAL


Ayat tunggal dibentuk dengan menggabungkan subjek dan predikat. Apabila
satu unsur subjek digabungkan dengan satu unsur predikat, terbentuklah ayat
tunggal. Ayat-ayat tunggal ini ialah asas bagi membentuk ayat-ayat majmuk
yang telah dipelajari dalam Topik 5. Keterangan lanjut mengenai susunan ayat
tunggal ini dibincangkan dalam Bahagian 5.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  137

6.7 SUSUNAN DALAM AYAT


Susunan ayat tunggal terbahagi kepada dua jenis seperti dalam Rajah 6.3 di
bawah.

Rajah 6.3: Susunan dalam ayat

Setiap susunan ini, kita akan bincangkan satu persatu dalam bahagian
seterusnya.

6.7.1 Susunan Biasa


Dalam susunan biasa, subjek ayat terletak di pangkal ayat manakala predikatnya
terletak di belakang subjek.

Contohnya adalah seperti berikut:


(a) Banyak orang datang menziarahinya.
Subjek : Banyak orang
Predikat : datang menziarahinya.

(b) Datuk kami pergi ke Makkah


Subjek : Datuk kami
Predikat : pergi ke Makkah

6.7.2 Susunan Songsang


Susunan songsang terbahagi kepada dua jenis. Yang pertama, seluruh predikat
dikedepankan manakala yang kedua pula sebahagian daripada predikat sahaja
dikedepankan (Rajah 6.4).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


138  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Rajah 6.4: Susunan songsang

(a) Pendepanan Seluruh Predikat


Seluruh predikat dapat dikedepankan. Sebagai contoh, lihat ayat ini:
(i) • Bulan belum terbit.
• Belum terbit bulan.
(ii) • Shamsudin melancong ke luar negeri.
• Melancong ke luar negeri Shamsudin.

(b) Pendepanan Sebahagian Predikat


Terdapat tiga jenis pendepanan sebahagian predikat, seperti yang dapat
dilihat dalam Rajah 6.5.

Rajah 6.5: Pendepanan sebahagian predikat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  139

(i) Pendepanan Frasa Kata Kerja


Frasa kerja dalam predikat dikedepankan. Contohnya adalah seperti
yang berikut:
• Mereka bersiar-siar di taman bunga pada setiap hari.
• Bersiar-siar mereka di taman bunga pada setiap hari.
• Dia menguruskan hal-hal anaknya, pada hari Ahad lalu.
• Menguruskan hal anaknya, dia pada hari Ahad lalu.

(ii) Pendepanan Frasa Kata Keterangan


Hanya keterangan dalam predikat dikedepankan. Sebagai contoh,
lihat ayat-ayat yang berikut:
• Buah kelapa itu dibelah dengan parang.
• Dengan parang buah kelapa itu dibelah.
• Dia berkorban demi kepentingan keluarganya.
• Demi kepentingan keluarganya dia berkorban.

(iii) Pendepanan Frasa Kata Sendi Nama


Frasa sendi nama sahaja boleh dikedepankan. Sebagai contoh, lihat
ayat-ayat yang berikut:
• Pemain hoki itu memukul bola ke gol.
• Ke gol, pemain hoki itu memukul.
• Mereka berserah kepada takdir.
• Kepada takdir, mereka berserah.

6.8 POLA-POLA AYAT TUNGGAL


Unsur yang dapat menjadi subjek ialah hal. Unsur yang dapat menjadi hal pula
ialah frasa nama. Predikat ialah perihal atau cerita. Unsur yang dapat menjadi
perihal atau memerihalkan suatu frasa nama ialah frasa nama, frasa kerja, frasa
sifat dan frasa sendi nama. Oleh sebab terdapat empat jenis frasa predikat, maka
terdapat empat jenis binaan ayat tunggal atau pola.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


140  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Pola-pola ayat tunggal itu adalah seperti yang berikut:

Pola Subjek Predikat


Pola 1 Frasa nama Frasa nama

Pola 2 Frasa nama Frasa kerja


Pola 3 Frasa nama Frasa sifat
Pola 4 Frasa nama Frasa sendi nama

(a) Pola 1: Frasa Nama dengan Frasa Nama


Sila rujuk Rajah 6.6 untuk melihat pola ayat tunggal yang mana subjeknya
dan predikat adalah frasa nama.

Rajah 6.6: Pola 1

Contoh-contoh pola ini adalah seperti yang berikut:

(i) Kakaknya Hamidah.


Subjek: Kakaknya (frasa nama)
Predikat: Hamidah (frasa nama)

Pola Subjek Predikat


Pola 1 Frasa nama Frasa nama

Kakaknya Hamidah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  141

(ii) Hadiahnya sebuah motokar.


Subjek: Hadiahnya (frasa nama)
Predikat: sebuah motokar (frasa nama)

(b) Pola 2: Frasa Nama dengan Frasa Kerja


Sila rujuk Rajah 6.7 yang menunjukkan ayat tunggal mana subjeknya
adalah frasa nama dan predikatnya frasa kerja.

Rajah 6.7: Pola 2

Contoh-contoh pola ini adalah seperti yang berikut:

(i) Ali telah mencapai kejayaan.


Subjek: Ali (frasa nama)
Predikat: telah mencapai kejayaan (frasa kerja transitif)

Pola Subjek Predikat


Pola 2 Frasa nama Frasa kerja

Ali telah mencapai kejayaan

(ii) Seth sedang membaca akhbar Berita Harian.


Subjek: Seth (frasa nama)
Predikat: sedang membaca akhbar Berita Harian (frasa kerja transitif)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


142  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Frasa kerja mempunyai lima jenis, iaitu, frasa kerja tak transitif tanpa
pelengkap, frasa kerja tak transitif berpelengkap, frasa kerja transitif satu
objek, frasa kerja transitif dua objek dan frasa kerja dengan keterangan.

Pola 2a: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Tak Transitif Tanpa
Pelengkap

(i) Salmi sedang bernyanyi-nyanyi.


Subjek: Salmi (frasa nama)
Predikat: sedang bernyanyi-nyanyi (frasa kerja tak transitif)

(ii) Datuk sedang berehat.


Subjek: Datuk (frasa nama)
Predikat: sedang berehat (frasa kerja tak transitif)

Pola 2b: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

(i) Dia berundur ke belakang.


Subjek: Dia (frasa ganti nama)
Predikat: berundur ke belakang (frasa tak transitif berpelengkap)

(ii) Jefri beredar dari situ.


Subjek: Jefri (frasa nama)
Predikat: beredar dari situ (frasa tak transitif berpelengkap)

Pola 2c: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Transitif Satu Objek

(i) Guru sedang menulis surat.


Subjek: Guru (frasa nama)
Predikat: sedang menulis surat (frasa kata kerja transitif satu objek)

(ii) Kerajaan mesti mengkaji semula dasarnya.


Subjek: Kerajaan (frasa nama)
Predikat: mesti mengkaji semula dasarnya (frasa kata kerja transitif
satu objek)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  143

Pola 2d: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja Transitif Dua Objek

(i) Murid-murid menghadiahi guru sebuah buku.


Subjek: Murid-murid (frasa nama)
Predikat: menghadiahi guru sebuah buku (frasa kerja transitif dua
objek)

(ii) Ravi membelikan isterinya sehelai sari.


Subjek: Ravi (frasa nama)
Predikat: membelikan isterinya sehelai sari (frasa kerja transitif dua
objek)

Pola 2e: Frasa Nama dengan Frasa Kata Kerja dan Keterangan

(i) Mereka selalu berdebat dalam mesyuarat Dewan Rakyat.


Subjek: Mereka (frasa ganti nama)
Predikat: selalu berdebat dalam mesyuarat Dewan Rakyat (frasa kata
kerja dengan keterangan)

(ii) Hilmi membaca buku sepanjang malam.


Subjek: Hilmi (frasa nama)
Predikat: membaca buku sepanjang malam (frasa kata kerja dengan
keterangan)

(c) Pola 3: Frasa Nama dengan Frasa Sifat


Rajah 6.8 menunjukkan ayat tunggak dengan subjeknya frasa nama dan
predikat adalah frasa sifat.

Rajah 6.8: Pola 3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


144  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

Pola Subjek Predikat


Pola 3 Frasa nama Frasa sifat

Kakaknya cantik

(i) Kakaknya cantik.


Subjek: Kakaknya (frasa nama)
Predikat: cantik (frasa sifat)

(ii) Pemimpin itu bijaksana.


Subjek: Pemimpin itu (frasa nama)
Predikat: bijaksana (frasa sifat)

(d) Pola 4: Frasa Nama dengan Frasa Sendi Nama


Rajah 6.9 pula menunjukkan ayat tunggal yang mana subjeknya
merupakan frasa nama dan predikatnya pula adalalah frasa sendi nama.

Rajah 6.9: Pola 4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT  145

(i) Neraka untuk manusia zalim.


Subjek: Neraka (frasa nama)
Predikat: untuk manusia zalim (frasa sendi nama)

Pola Subjek Predikat


Pola 4 Frasa nama Frasa sendi nama

Neraka untuk manusia zalim

(ii) Bahan ini daripada besi keluli.


Subjek: Bahan ini (frasa nama)
Predikat: daripada besi keluli (frasa sendi nama)

AKTIVITI 6.3

1. Jeniskan pola ayat-ayat tunggal yang berikut:


(i) Saya suka menonton dokumentari.
(ii) Jusuh polis.
(iii) Fatimah cantik.
(iv) Basikal ini daripada tungsten.
(v) Anak itu menangis sepanjang perjalanan.

2. Apakah yang anda fahami dengan ayat tunggal susunan biasa


dan ayat tunggal susunan songsang? Berikan contoh-contoh bagi
setiap satunya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


146  TOPIK 6 JENIS-JENIS AYAT

LATIHAN 6.1
Padankan jenis-jenis ayat yang berikut:

Bil Contoh Ayat Jenis Ayat


1. Bertolaklah sekarang supaya tidak ketinggalan
2. Penjenayah itu telah ditangkap oleh Polis
3. Jangan ambil harta anak yatim
4. Jemputlah masuk ke dalam
5. Tolong jangan tidur di sini

• Terdapat pelbagai jenis ayat dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan


maksud penuturnya.

• Susunan kata dan nada yang berbeza dapat menggambarkan makna dan
emosi yang menyertainya.

• Bahasa dalam bentuk tulisan dapat difahami oleh pembacanya, sekiranya


pembacanya menggambarkan emosi di sebalik kata-kata itu.

• Pembaca biasa bukan sahaja perlu memahami sepatah demi sepatah


perkataan, tetapi pada masa yang sama perlu memahami budaya penulis,
jika mahu menyelami maksud penulisan yang sebenarnya.

Ayat penyata Ayat tanya


Ayat perintah Intonasi dalam ayat
Ayat seruan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik  Ragam dan
7 Laras Bahasa
Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan dua bentuk ragam bahasa formal dan tidak formal;
2. Mengenal pasti sebelas bentuk laras bahasa dalam bahasa
Melayu; dan
3. Menghuraikan dua bentuk retorik.

 PENGENALAN
Tahukah anda bahawa dalam membicarakan isu bahasa Melayu ini, kita tidak
akan terkecuali dalam membicarakan topik ragam dan laras dalam bahasa. Laras
bahasa merupakan ciri-ciri tersendiri yang perlu dikuasai sewaktu
membicarakan satu-satu perkara tersebut.

Topik ini akan menumpukan perhatian kepada ragam bahasa dan bentuk-bentuk
laras bahasa Melayu yang wujud. Setiap laras yang dikemukakan ini akan
dilampirkan dengan contoh-contoh sebagai panduan kepada pelajar.

7.1 RAGAM BAHASA


Jika diteliti dengan mendalam, ternyata bahasa Melayu mempunyai pelbagai
ragam bahasa. Sesuai dengan sifatnya yang dinamik, bahasa Melayu dikesan
mempunyai bentuk formal dan tidak formal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


148  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

7.1.1 Bentuk Formal


Seperti bahasa-bahasa lain di dunia, bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri tertentu
dalam formalitinya. Bahasa Melayu yang formal terikat dengan struktur ayat,
pola ayat, dan sintaksis yang tetap dalam hukum atau tabii bahasa Melayu.
Perhatikan bentuk-bentuk formal yang berikut:
(a) Apakah yang ingin anda lakukan sekiranya anda mempunyai wang RM1
juta?
(b) Saya mempunyai sejuta ringgit. Apa yang harus saya lakukan dengan
wang sebanyak itu?
(c) Saya bercadang mengundang tetamu khas dalam jamuan yang saya akan
adakan kelak.
(d) Saya akan mendirikan empat buah khemah di atas padang lengkap dengan
segala keperluan untuk jamuan itu.

Berdasarkan ayat-ayat tersebut, kita dapati dalam bentuk formal, ayat bahasa
Melayu lengkap dengan subjek dan predikatnya. Oleh hal yang demikian, dalam
bentuk formal, struktur ayat mempertahankan sintaksis bahasa Melayu yang
pada asasnya mengandungi dua segmen mudah.

AKTIVITI 7.1

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep „formal‰ dalam bahasa


Melayu? Apakah boleh dianggap bahawa bentuk formal ini
bermaksud sebagai satu garis panduan atau aturan-aturan yang
perlu dipatuhi dan dipelajari oleh masyarakat yang menggunakan
bentuk bahasa tersebut? Sila berbincang perkara ini dengan rakan-
rakan anda untuk mendapat pandangan masing-masing.

7.1.2 Bentuk Tidak Formal


Dalam penggunaan sehari-harian, bentuk tidak formal sering digunakan dalam
pengucapan, perbualan, dialog tidak rasmi dan dialog dalam drama. Dalam
konteks tersebut, struktur bahasa Melayu menjadi ringkas. Yang dipentingkan
bukan unsur-unsur dramatiknya, tetapi komunikasi, dan komunikasi itu
difahami. Perhatikan beberapa contoh yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  149

(i) „Awak tidak ke laut semalam?‰


„Tidak. Hari asyik ribut saja. Gelombang kuat. Takut dibuatnya. Kut-kut
karam, maut kita dibuatnya.‰

(ii) „Kita makan tengah hari. Saya suruh pemandu saya jemput Datuk.
Jangan lupa pulak.‰
(Dewan Siswa, 1992, hlm. 37)

(iii) Wak Pandiran  :   Tu! Lebai Malang, Pandir. 


  Wak Pandiran  :  Lebai? Ha? Aku ingat Lebai Umar. Inilah lebai 
yang aku cari‐cari sangat. Eh! Pak Lebai, sudilah 
datang ke rumah saya malam ini. 
       Andihku nak buat arwah. Cukur kepala anak aku. 
  Wak Kampung Tergadai :   Pandir! Pandir! Bukan lebai itu. Ini Lebai 
Malang. Wakil kita, Panel Seminar. 
(Zakaria Ariffin, 1984. Drama Tiga Zaman,
hlm. 185)

Antara bentuk formal dan tidak formal, kedua-duanya mempunyai peranan


yang berbeza. Bentuk formal lebih digunakan dalam persuratan ataupun
penulisan yang memerlukan disiplin berbahasa formal yang terkawal, manakala
bentuk tidak formal diucapkan dalam konteks pergaulan dan perbualan. Sila
rujuk Rajah 7.1 yang menunjukkan penggunaan bahasa dalam bentuk tidak
formal.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


150  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

Rajah 7.1: Contoh bentuk tidak formal


Sumber: Majalah Gila-Gila

AKTIVITI 7.2
Apakah yang anda faham dengan maksud „Ragam Bahasa‰? Adakah
bahasa Melayu mempunyai kerenahnya tersendiri seperti manusia
yang mempunyai ragam masing-masing? Pada pendapat anda, dalam
bahasa Melayu, terdapat berapa bentukkah ragam bahasa ini?

7.2 LARAS BAHASA


Bahasa Melayu mempunyai laras-laras melalui kaedah yang tertentu. Laras
bahasa tersebut mempunyai gaya dan disiplin sesuai dengan maksudnya.
Dengan adanya laras bahasa itu, kita dapat mengenal pasti laras yang sesuai
digunakan, seperti dalam bidang akademik, sastera, undang-undang,
perniagaan, agama Islam, media massa, ataupun untuk sukan dan rekreasi.
Rajah 7.2 merupakan contoh-contoh penulisan berhubung dengan laras bahasa
tersebut seperti yang terdapat di pasaran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  151

Rajah 7.2: Laras bahasa

7.2.1 Laras Bahasa Akademik


Laras bahasa akademik bermakna bahasa yang bertaraf ilmiah. Dengan itu,
bahasa yang dipakai dan polanya mengikut tatacara akademik, bukan sahaja
susun kata malah istilah yang digunakan dalam bidang-bidang tertentu. Bahasa
akademik tidak disampaikan secara kreatif, tetapi bersifat informatif. Begitu juga
laras yang digunakan dalam bidang sastera (non-kreatif), sains sosial, ekonomi,
sains dan teknologi yang ditulis mengikut disiplin yang berbeza.

Bahasa akademik lebih menekankan makna, konsep, dan huraian bidang selain
daripada menyampaikan informasi bidang tersebut. Oleh itu, bahasa akademik
berbentuk formal yang terikat dengan mekanisme dan teknikalnya.

7.2.2 Laras Bahasa Sastera


Laras bahasa sastera berbeza daripada gaya bahasa susastera. Laras bahasa
sastera menjurus kepada penggunaan kata, istilah dan gaya yang tersendiri,
tetapi mempertahankan maksud yang jelas dengan pola ayat tidak berlapis-lapis.
Bahasa sastera kebanyakannya menggunakan ayat-ayat selapis yang mudah
difahami. Contohnya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


152  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

Teks sastera lama Melayu penglipurlara zaman ini amat sukar ditemui
kerana sudah terlalu lama. Jika ada pun, manuskrip itu sudah tidak
boleh dibaca atau kalau tersimpan di Barat, tentunya di dalam bentuk
mikrofilem.
(Teks Cermin Nilai Budaya Bangsa, 1997, hlm. 193)

7.2.3 Laras Bahasa Sejarah/Ekonomi


Laras bahasa sejarah menggunakan istilah sejarah dalam gaya penyampaian
fakta. Demikian juga, apabila laras bahasa sejarah itu menganalisis sejarah
ekonomi dan politik, maka gaya laras bahasa sejarah itu menjurus kepada
disiplin berkenaan. Perhatikan contoh di bawah ini:

Rousseau menegaskan semua orang mempunyai hak kebebasan.


Sebagai satu doktrin ekonomi faham liberal bergantung kepada
pemikiran yang praktikal. Sebagai satu doktrin sosial pula, ianya
bergantung pada faham kemanusiaan yang idealis.
(J. S. Furnibal, 1983. Hindia Belanda, hlm. 109)

7.2.4 Laras Bahasa Geografi


Laras bahasa geografi, walaupun ada kalanya banyak menggunakan ayat
berlapis, namun mempertahankan penggunaan istilah-istilah, terutamanya
dalam bidang geografi fizikal. Istilah-istilah tersebut diguna pakai sebagai
menunjukkan kesaintifikan perkara yang dibincangkan. Sebagai contoh, kita
lihat petikan di bawah ini:

Air bebas menempati lorong di antara zarah-zarah atau agregat mineral


lempung dan sedia dihilangkan oleh tekanan ⁄ apabila tekanan
mencapai sehingga 600 lb setiap inci persegi, maka ketebalannya
berubah-ubah secara songsang.
(Serbon Hills, 1970. Geologi Struktur, hlm. 48)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  153

7.2.5 Laras Bahasa Perniagaan


Masyarakat hari ini hidup dalam lingkungan perniagaan yang serba moden
dalam pelbagai bidang, dari perniagaan yang mudah seperti barang-barang
tradisional, pertanian dan restoran hinggalah kepada pasaran saham yang
lebih kompleks. Oleh yang demikian, laras bahasa perniagaan juga mengikut
bentuk perniagaan itu. Contohnya seperti berikut:

(a) Data dan Perkhidmatan


Kita lihat bentuk dan gaya dalam laras bahasa perkhidmatan bank seperti
di bawah ini:
(i) Bank akan memastikan data dan keselamatan urusan perbankan
melalui telefon bimbit yang dikendalikan oleh sistem perbankan,
dihubungkan secara automatik ketalian dalam mengenal pasti dan
mengesahkan ketulenan data.
(Berita Harian, 7 Oktober 2002)
(ii) Ketika menghidangkan nasi, seorang pramusaji hendaklah berdiri di
kiri tetamu sambil menyenduk nasi dari talam sajian yang ditampung
tangan kiri dengan menggunakan sudu dan garfu servis. Kuah-kuah
dituangkan dengan menggunakan mangkuk sos, dari sebelah kanan
tamu dengan tangan kanan pramusaji. Makanan sampingan,
umpamanya rojak buah, boleh digaulkan di hadapan tetamu oleh
ketua pramusaji di atas gueridon.
(Fatimah Musa, 1993. Panduan Mengendalikan Restoran, hlm. 75)

(b) Perniagaan Saham


Laras bahasa saham juga, seperti laras bahasa perniagaan perkhidmatan,
mengandungi istilah-istilah tertentu bagi menyatakan konsep-konsep yang
khusus untuk difahami selaras dengan corak perniagaan yang dijalankan.
Lihat contoh di bawah ini:
(i) Suatu pepatah lama yang biasanya mengiringi strategi beli tinggi/jual
lebih tinggi ialah⁄
(ii) Beli atas khabar angin, jual atas maklumat. Pepatah ini dapat
dijadikan satu strategi yang efektif dalam banyak cara tetapi pelabur
mestilah bersedia menerima beberapa syarat tertentu. Contohnya,
khabar angin direka atau sengaja dicetuskan dengan niat atau tujuan
menolak harga saham naik ke atas.
(Jamil Hashim, 1995. Memahami Pasaran Saham, hlm. 69)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


154  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

(c) Laras Bahasa Iklan


Laras bahasa dalam perniagaan termasuklah laras bahasa yang dipakai
dalam iklan bagi mempromosikan satu-satu barangan bagi menarik
pembeli untuk membelinya. Bahasa tersebut ada kalanya bahasa selapis,
dalam struktur ayat ringkas, ataupun menggunakan bidalan,
perumpamaan, dan simpulan bahasa. Secara ringkas, bahasa iklan ini
padat, ada nilai komersial dan dipersembahkan secara kreatif (lihat Rajah
7.3). Ada kalanya, bahasa tersebut disampaikan dalam bentuk retorik.

Perhatikan contoh-contoh yang berikut:


(i) Cepat beli sekarang sebelum terlambat.
(ii) Alah membeli, menang memakai.
(iii) Hanya yang bijak memilih beg tangan ini.
(iv) Sertai promosi kami untuk menjelajah dunia.

Laras bahasa iklan yang bersifat retorik akan dibincangkan dalam bahagian
retorik.

Rajah 7.3: Contoh laras bahasa iklan


Sumber: Utusan Malaysia, 18 Mac 2003

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  155

7.2.6 Laras Bahasa Undang-undang


Laras bahasa undang-undang terikat kepada tatacara dan laras tertentu untuk
memenuhi keperluan undang-undang. Ciri-ciri utamanya mempunyai fokus
kepada peruntukan- peruntukan undang-undang itu. Yang penting dalam laras
bahasa undang-undang itu ialah maksud dan pemakaiannya dinyatakan secara
khusus, misalnya undang-undang syariah ataupun undang-undang sivil.
Undang-undang syariah lebih menumpukan perhatian terhadap penggunaan
laras bahasa yang condong kepada keagamaan serta istilahnya.

(a) Undang-undang Syariah


Berasaskan hukum-hukum al-Quran, hadis, ataupun ijmak, laras bahasa
dalam undang-undang syariah lebih jelas dan terang kepada sesuatu
peruntukan, misalnya:

Hukum hudud tidak ada hak keampunan sama sekali sama ada
daripada pihak mangsa atau pemerintah. Aspek ini berbeza
daripada hukum qisas di mana pihak mangsa atau keluarga ada
hak mengampunkan kesalahan penjenayah, sama ada
pengampunan yang diberikan dengan syarat bayaran atau tanpa
bayaran. Dengan keampunan itu penjenayah bebas daripada
kesalahan.

(Abd. Halmi El-Muhammady, 1998. Undang-undang Jenayah dalam


Islam dan Enakmen Negeri-negeri, hlm. 4)

(b) Undang-undang Sivil


Undang-undang sivil berbeza daripada undang-undang syariah.
Penggubalannya berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Parlimen dan
Dewan Undangan Negeri. Pemakaian bahasanya khusus dan unik,
mengikut peruntukan dan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat,
dan Dewan Negara. Pemakaian bahasa undang-undang itu terkhusus
kepada peruntukan yang diberikan mengikut fasal-fasal atau seksyen yang
dinyatakan. Pemakaian bahasa undang-undang ini tidak dipakai
untuk bahasa biasa, contohnya:

„Maka inilah diperbuat undang-undang oleh Duli Yang Maha


Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat
dan persetujuan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang bersidang
dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


156  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

BILANGAN 1

Permulaan

1. Akta ini boleh dinamakan Akta Makanan 1983 dan terpakai di


seluruh Malaysia⁄

2. Seorang pegawai berkuasa boleh, pada bila-bila waktu yang


munasabah bagi melaksanakan dengan patut lebih baik
kewajipannya:
(a) Memasuki mana-mana premis di mana dia mempunyai apa-
apa makanan yang akta ini terpakai baginya adalah
disediakan, diawet, dibungkus, disimpan, dikirimkan,
diedarkan atau dijual, memeriksa mana-mana makanan itu
dan mengambil sampelnya dan memeriksa apa-apa jua dan
dia percaya digunakan bagi menyediakan pengawetan,
pembungkusan, penyimpanan, pengurusan, pengedaran
atau jualan atau apa-apa yang sama maksudnya.
(Akta Makanan 1993 & Peraturan-peraturan
Makanan 1985, hlm. 1–5)

Ada kalanya pemakaian laras bahasa undang-undang awam ini mirip gaya
bahasa Inggeris kerana pemakaian bahasa Melayu untuk undang-undang
ini terpengaruh oleh undang-undang British, di samping banyak
menggunakan istilah Inggeris atau rangkai kata bercorak Inggeris seperti
yang dilihat di atas itu. Hal yang sama dapat dilihat dalam contoh
seterusnya:

Mengikut kamus Dwibahasa, „orang gila‰ ditakrifkan sebagai


orang yang tidak waras fikirannya. Mozley and ComtseleyÊs Law
Dictionary mentakrifkan „orang gila‰ sama seperti apa yang
ditakrifkan oleh Seksyen 4, Akta Kesihatan Mental (United
Kingdom) 1959, iaitu orang yang sakit otak, orang yang
pengembangan otaknya tertahan atau berfikir tidak sempurna,
sewel atau gangguan psikopatik (psychopathic disorder) dan fikiran
orang yang tidak seimbang atau sebarang orang yang menunjukkan
tidak berfikir secara seimbang ataupun menunjukkan tanda-tanda
tidak waras.
(Aziz Husin, 1990. Undang-undang Kesalahan Terhadap
Diri, hlm. 59)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  157

7.2.7 Laras Bahasa Pentadbiran dan Undang-undang


Oleh sebab bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia, maka bidang
pentadbiran kerajaan menggunakan bahasa Melayu dalam urusannya.

Hal ini termasuklah dalam menggubal peraturan-peraturan dan bidang kuasa


yang diperuntukkan undang-undang. Sebagai contoh Perintah Am, Peraturan-
peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, Arahan Perbendaharaan,
Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor, ataupun Akta Acara
Kewangan yang dipakai bagi menggerakkan jentera pentadbiran kerajaan
Persekutuan menggunakan bahasa Melayu. Laras bahasa yang dipakai terikat
kepada takrif, peruntukan, dan seterusnya operasional pengurusannya. Pada
umumnya, bahasa Melayu itu adalah teratur mengikut piawaian bahasa Melayu
struktural. Dengan kata lain, arahan yang diberikan menggunakan bahasa yang
terus dan terungkap dalam ayat-ayat yang terkawal, contohnya yang terdapat
dalam buku Tatacara Pengurusan Pentadbiran Awam:

Takrif
Dalam arahan ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki
makna yang lain:
„Kehilangan‰ termasuk kehilangan wang awam, setem, barang-
barang awam dan lain-lain harta benda yang berharga disebabkan
oleh kecurian, penipuan atau kecuaian pegawai; kekurangan
bayaran terlebih, pembayaran tanpa kuasa, hutang yang tidak boleh
dapat balik, hasil yang tidak boleh didapatkan dan perbelanjaan
remeh⁄
 

Apabila terdapat apa-apa kehilangan wang awam, barang awam


atau lain-lain harta benda awam adalah menjadi tanggungjawab
Ketua Jabatan untuk melaporkan segera kepada pihak polis jika ada
alasan untuk mempercayai bahawa sesuatu kesalahan jenayah telah
dilakukan berhubung dengan kehilangan itu. Apa-apa tindakan
yang diambil atau dicadangkan di bawah Arahan ini hendaklah
dimaksukkan di dalam laporan itu di bawah Arahan 316.
(MALAYSIA, 1994, hlm. 282)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


158  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

7.2.8 Laras Bahasa Media Massa


Bahasa Melayu dalam media massa adalah bahasa komunikasi bagi tujuan
menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Yang nyata, laras bahasa dalam
konteks ini mempunyai ciri-ciri tertentu dan teknik yang khusus. Ada kalanya
bahasa Melayu dalam media, khasnya akhbar, terpengaruh oleh bahasa serta
cara dan kaedah media Barat. Namun begitu, laras bahasa Melayu secara
umumnya dipertahankan. Oleh sebab laras bahasa dalam media massa
mementingkan maklumat, maka terlalu sedikit laras bahasa yang bersifat emotif
dan kreatif, walaupun ada kalanya laras bahasa itu dipakai untuk ruang tertentu,
misalnya ruangan sastera atau tokoh seni yang membicarakan karya-karya
seniman. Untuk lebih memahami, ada baiknya dibicarakan tiap-tiap laras bahasa
berdasarkan jenis media itu.

(a) Laras Bahasa Akhbar


Laras bahasa akhbar mempunyai format yang tertentu dalam menulis
berita. Perhatikan contoh yang berikut:
(i) Ramallah: Tebing Barat, 6 Okt. – Presiden Yassir Arafat semalam
menandatangani undang-undang yang secara rasmi mengiktiraf
Baitul Muqaddis sebagai ibu negara bagi sebuah negara Palestin.
(ii) Tehran: 6 Okt. – Paderi Kristian Jerry Falwell semalam
membangkitkan kemarahan Iran setelah menganggap Nabi
Muhammad S.A.W. seorang pengganas. Media negara itu memetik
Menteri Luar Kamal Kharazi sebagai berkata, ia suatu perbuatan
menghina Nabi Muhammad oleh seorang paderi Kristian yang
merupakan daripada perang propaganda oleh media massa Amerika
Syarikat dan puak Zionis.
(Utusan Malaysia, 6 Oktober 2002)

Rajah 7.4 juga menunjukkan contoh laras bahasa akhbar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  159

Rajah 7.4: Contoh laras bahasa akhbar


Sumber: Utusan Malaysia, 18 Mac 2003

Akhbar juga ada kalanya menggunakan laras bahasa rencana yang


merupakan suatu rumusan terhadap satu-satu topik berkaitan dengan
pengetahuan sebelum dibuat huraian, misalnya:

Rangkaian penjagaan kulit peribadi UN White teh hijau Ginvera


mengandungi pati teh hijau, biogel dan ginseng yang menjadikan
produk tersebut amat unik di pasaran masa kini. Kandungan pati
teh hijau ialah agen antioksidan yang dapat mencerahkan kulit dan
ia juga dapat mengimbangkan radikal bebas bagi melambatkan
penuaan kulit.
(Berita Harian, 8 Oktober 2002)

Laras bahasa dalam rencana ada kalanya juga menggunakan bahasa puisi
dan memasukkan kias ibarat dalam rencana itu. Sila, perhatikan contoh
yang berikut.

Tidak tumbuh tidak melata,


Tidak sungguh orang tak kata.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


160  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

(b) Laras Bahasa Radio-Televisyen


Laras bahasa yang digunakan dalam penyiaran, khususnya RTM, adalah
bahasa piawai yang mempunyai sebutan seragam. Bahasa tersebut adalah
bahasa biasa yang dikawal struktur serta pola ayat dalam bahasa Melayu.
Ada kalanya, bahasa RTM itu menggunakan bahasa percakapan,
terutamanya ketika melayan pendengar ataupun mengadakan drama
bersiri dalam siarannya. Namun begitu, bahasa Melayu RTM itu dirujuk
sebagai bahasa rasmi Melayu yang berasaskan kepada sebutan bahasa
Johor-Riau.

Contohnya:
(i) Assalamualaikum, selamat sejahtera, dalam ruangan Selamat Pagi
Malaysia pagi ini, anda dihidangkan dengan pelbagai berita,
maklumat, dan hiburan. Mudah-mudahan segalanya itu akan dapat
memberikan informasi dan keceriaan anda pada pagi ini. Kita
mulakan dengan menu pagi ini. Pada pukul 7.30 pagi, selepas berita
pagi, anda akan dapat mengikuti berita-berita yang dipaparkan
dalam akhbar-akhbar terbitan pagi ini.
(ii) Saudara-saudara sekalian, Majalah 3 hari ini akan memaparkan
sebuah kisah yang menarik menjadi isu pada hari ini. Pukau adalah
kegiatan yang berkait rapat dengan kejadian curi, pecah rumah dan
rompak, khasnya yang melibatkan masyarakat Melayu.
Apakah sebenarnya pukau itu? Daripada beberapa pandangan orang
yang ditemui, pukau dikatakan amalan yang ada kaitan dengan ilmu
hitam. Daripada sumber-sumber tertentu, asal pukau daripada
kepercayaan magik yang membolehkan pengamalnya menjadikan
mangsa tidak sedar diri, lupa, dan tertidur.
Mangsa hanya tersedar beberapa jam kemudian setelah pengamal
pukau itu melarikan diri. Pada ketika itu barulah mangsa menyedari
bahawa mereka telah dipukau. Untuk tontonan anda, saya bawa anda
mengikuti temu ramah dengan salah seorang yang pernah menjadi
mangsa pukau.

Laras bahasa berita pula ringkas, tepat, dan terus kepada maksud yang
hendak disampaikan. Laras bahasa berita bukan bahasa berbunga-bunga
atau bersifat ekspresi, sebaliknya bahasa yang kemas terungkap di dalam
struktur berita yang hendak disampaikan. Hakikat ini menjadi semakin
jelas apabila siaran berita disampaikan, contohnya:

Assalamualaikum, sekarang disampaikan berita dalam negeri.


Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  161

Mohamad menegaskan orang Melayu akan ketinggalan sekiranya


masih terus mengamalkan sikap mudah berpuas hati. Amalan
sekarang yang bergantung kepada subsidi hendaklah ditinggalkan.

Sebaliknya beliau menegaskan orang Melayu mestilah bekerja kuat,


menggunakan ilmu pengetahuan terkini, dan membuat konsortium
perniagaan supaya orang Melayu boleh menjadi peniaga yang kuat.

Perdana Menteri menegaskan hal tersebut ketika berucap dalam


majlis pecah tanah membina Bangunan Konsortium Produk Asli
malam tadi. 

Secara umumnya, laras bahasa Melayu dalam media massa terkawal dari
segi ayat, struktur ayat, rangkai kata, perkataan, dan ejaan. Namun begitu,
ada kalanya bahasa Melayu di dalam media cetak melanggar tatabahasa,
kebanyakannya dalam akhbar tabloid dan majalah-majalah hiburan.
Mereka lebih cenderung menggunakan bahasa rojak yang dapat
memudaratkan bahasa Melayu, sama ada dari segi strukturnya mahupun
dari sudut ejaannya .

7.2.9 Laras Bahasa Agama


Laras bahasa Melayu yang dipakai untuk menyampaikan kefahaman agama
adalah laras bahasa Melayu yang bercorak ala Arab. Sehubungan dengan itu,
bahasa Melayu menerima perkataan-perkataan Arab atau susuk ayat bahasa
Arab dalam rangkai kata dan struktur ayatnya. Selain itu, kita dapat mengenali
stail bahasa Arab yang dalam penyampaian dogmatik agama, dakwah dan
huraian berkaitan dengan ilmu serta perintah Allah kepada hamba-Nya. Contoh
yang berikut jelas sekali menunjukkan gaya bahasa yang mengikut lunas-lunas
yang terdapat dalam bahasa Arab.

Hai orang yang beriman! Kalau kamu berhutang, si piutang dengan


hutang, si piutang dengan hutang yang ditetapkan waktunya hendaklah
kamu tuliskan. Dan seorang penulis antara kamu hendaklah menulisnya
dengan jujur. Janganlah penulis itu enggan menulisnya sebagaimana
yang diajar oleh Allah.
(Surah al- Baqarah: ayat 282)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


162  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

Sebagai lanjutan daripada gaya menyeru ini, terdapat juga pola ayat yang
mempunyai ciri-ciri demikian dalam hadis Nabi Muhammad SAW. Gaya bahasa
yang digunakan ada kalanya bercorak lisan seperti yang berikut:

„Dikhabarkan kepada kami oleh Malik, dari Nafi dan dari Abdullah
Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW melarang jual buah-buahan hingga
tampak bagusnya sebagai larangan daripada menjual dan membeli.‰
(Imam Asy-Shafie, 1982. Kitab al‐Umum, hlm. 104–06)

Daripada ayat itu, dapat kita lihat gaya lisan, iaitu dengan menggunakan
perkataan „dikhabarkan kepada kami‰ ataupun „diriwayatkan oleh⁄ kepada
kami akan perkara yang berkaitan dengan hadis itu‰. Dalam pada itu, gaya
bahasa yang sering dipakai ialah bersifat meminta, menyeru dan menghendaki
manusia patuh kepada kehendak agama dan suruhan Tuhan. Perhatikan contoh
yang berikut:

„Dikatakan bahawa: Barang siapa memuliakan 10 hari dalam bulan


Zulhijjah, maka Allah SWT memuliakannya; keberkatan dalam
umurnya, pertambahan dalam hartanya , pemeliharaan untuk
keluarganya, hapus atas kesalahannya, pergandaan untuk amalan-
amalan kebaikannya, sakaratul-mautnya akan dipermudahkan, cahaya
terang bagi kegelapannya (kuburnya), timbang berat amalan
kebaikannya di Mizan, keselamatan dari azab neraka jahanam dan
dipertingkatkan di dalam darjatnya (kedudukannya di dalam akhirat).‰
(Abul Khairi Al-Latif, 1993. Kelebihan Bulan dan Hari, hlm. 215–16)

Jika kita lihat contoh ayat tersebut, penyampaian ajaran dan peringatan itu
ditulis dalam ayat yang sangat panjang. Ayat tersebut terlalu banyak
menggunakan koma bagi mencerai-ceraikan perkara tersebut dan tidak
menggunakan ayat pendek bagi menyampaikan faktanya. Pengaruh gaya bahasa
Arab ini jelas dalam kitab-kitab agama ataupun dalam sastera Melayu bercorak
hikayat ataupun kepahlawanan. Dalam konteks tersebut, selalu digunakan
perkataan „al-kisah sahibul hikayat⁄‰ dan ada kalanya ditulis: „diriwayatkan
oleh yang empunya cerita⁄‰. Kesimpulannya, dalam gaya bahasa Arab ini,
tidak dapat dinafikan suatu bentuk gaya bahasa khutbah, iaitu menyeru
khalayak dan memberikan nasihat yang panjang dalam ayat, tidak
menggunakan titik bagi memadatkan ayat tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  163

7.2.10 Laras Bahasa Sains dan Teknologi


Perubahan tamadun dan pencapaian manusia dalam sains teknologi, khususnya
dari Barat, telah menyebabkan bahasa Melayu mengikut perubahan itu. Istilah
dan huraiannya menggunakan terminologi sains dan menggunakan konsep-
konsep teknikal dalam bidang tersebut (rujuk Rajah 7.5). Ada kalanya,
pemakaian istilah dan rangkai kata menyebabkan suatu perubahan besar dalam
bahasa Melayu yang menjadikan bahasa itu lebih rumit.

Rajah 7.5: Contoh laras bahasa sains dan teknologi


Sumber: Md. Hanapi Md. Noor, 1990, Biologi Vertebrat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka

Dalam bidang sains, konsep-konsep sains, huraian terhadap sesuatu formula


menunjukkan bahasa Melayu mampu mencapai tahap tinggi dan bersifat
saintifik, misalnya seperti yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


164  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

Mikroorganisma merupakan benda hidup yang seni dan tidak dapat


dilihat dengan mata kasar kita. Sebaliknya mikroorganisma dapat
diperhatikan menerusi mikroskop cahaya tetap yang lazimnya
cahaya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop elektron.
Mikroorganisma di alam ini berbeza antara satu sama lain dari segi ciri,
rupa bentuk, saiz dan habitat. Secara amnya, mikrooranisma boleh
dibahagikan kepada lima kumpulan yang utama iaitu bakteria, virus,
kulat, protozoa, dan alga.
(Lee dan Jamilah Man, 1994. Sains Tingkatan 5. Pustaka Yakin Pelajar)

Demikian juga dalam bidang matematik ataupun statistik, yang merupakan


bidang saintifik, menyebabkan bahasa Melayu terikat dengan istilah-istilah serta
gaya saintifik dalam bidang tersebut sehingga menjadikan bahasa Melayu
berada pada tahap tinggi. Perhatikan contoh yang berikut:

Di dalam masalah harian, ada kalanya kita ingin mengukur atau


menyukat peratus kebarangkalian atau kekerapan relatif berlakunya
sesuatu peristiwa. Jika sesuatu berlaku x kali daripada 10n kali yang
mungkin kekerapan relatifnya berlaku peristiwa ini ialah x/n
umpamanya. Jika 200 orang daripada 500 orang guru lebih cenderung
menggunakan papan putih, maka x/n = 200/500 = 0.4. Seandainya
sampel tersebut bersifat rawak, angka tersebut boleh digunakan sebagai
anggaran kepada perkadaran sebenar guru yang lebih cenderung
kepada pilihan tersebut.
(Statistik 1: Pusat Pengajian Asas Sains dan Pendekatan
Asas Unitem 2002, hlm. 12)

Seterusnya, dalam bidang teknologi, walaupun bidang ini luas, namun bahasa
Melayu mampu mengisi bidang ini dan dapat dijadikan bahasa ilmu dalam
bidang tersebut. Kemampuan bahasa Melayu menguasai bidang teknologi bukan
terhad dalam bidang elektronik sahaja, malah mampu digunakan dalam
menghuraikan aspek persenjataan dan teknologi peperangan moden, contohnya:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  165

Peluru berpandu AGM-114 Hellfire adalah nama yang sangat digeruni


dan tidak asing lagi sebagai senjata antiarmor jarak jauh. Senjata
tersebut digunakan secara intensif pertama kali semasa Perang Teluk.
Peluru berpandu ini telah membuktikan keupayaannya memusnahkan
kereta kebal T-72 Iraq yang digeruni. Peluru berpandu Hellfire
menggunakan panduan semi aktif laser. Di hadapan peluru berpandu
ini terdapat penderia optik yang berfungsi mengesan pancaran laser dan
menurutinya hingga ke sasaran. Walaupun sasaran biasanya ditanda
oleh laser penanda sasaran helikopter, namun begitu ia juga boleh
ditanda oleh pihak ketiga seperti helikopter peninjau atau pasukan
infanteri.
(Tempur, Oktober 2000, hlm. 25–26)

Demikian juga bahasa Melayu telah terbukti dalam mengembangkan ilmu


perubatan, yang suatu masa dahulu sangat diragukan kemampuannya. Hari ini,
bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya menjadi bahasa ilmu dalam
bidang perubatan. Seperti dalam bidang sains dan teknologi, bahasa Melayu
tetap mempertahankan struktur ayatnya, walaupun menerima pakai istilah
saintifik, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa Latin. Perhatikan
bahasa Melayu yang diguna pakai di sini:

Di dalam bidang anatomi, suatu aspek penting untuk diketahui ialah


berkaitan dengan rangka pelvis. Ada bermacam-macam jenis pelvis
yang dikenali antaranya pelvis ginekoid, pelvis android, pelvis
antropoid dan pelvis platipeloid. Pelvis tersebut dalam keadaan sihat
mungkin tidak perlu untuk diberi perhatian tetapi apabila kecacatan
berlaku pada pelvis maka proses bersalin menjadi sulit. Keadaan ini
dikenali sebagai distosia (dystocia). Pelvis yang sempit boleh menyekat
perjalanan normal untuk fetus keluar. Ia boleh menyebabkan presentasi
kepala yang abnormal, kedudukan abnormal fetus di dalam uterus,
selaput amnion pecah secara pramatang dan pengecutan uterus yang
lemah atau tidak berkemampuan.
Punca kecacatan pelvis mungkin bersifat kongenitel atau perolehan
akibat suatu penyakit, kedudukan badan yang tidak baik atau frektur.
Kecacatan pelvis lebih kerap ditemui pada wanita yang besar dalam
suasana kemiskinan dan kekurangan zat makanan. Kemungkinan juga
mereka ini sewaktu kecil menghidap rikets.
(Abdul Hamid Abdul Rasyid, 1994. Anatomi Asas dan Klinikal, hlm. 21)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


166  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

7.2.11 Laras Bahasa Sukan


Kita seringkali melihat di kaca TV, pengulas-pengulas sukan yang
berpengalaman seperti DatoÊ Rahim Razali atau Hasbullah Awang,
menggunakan perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang bertepatan dengan
jenis sukan yang diulaskan. Dapatkah dianggap bahawa profesion sebagai
pengulas sukan ini juga perlu menguasai laras bahasa sukan untuk menjadi
pengulas yang benar-benar dapat memberikan maklumat yang menyeluruh
kepada pendengar?

Laras bahasa Melayu yang dipakai bagi menyampaikan ilmu kesukanan ternyata
mempunyai ciri yang tertentu. Laras bahasa tersebut, walaupun
mempertahankan pola ayat Melayu, berupaya menyerap perkara-perkara
teknikal yang mencakupi pelbagai jenis sukan. Kemampuan tersebut dapat
dilihat sama ada dalam acara balapan ataupun padang. Dalam acara padang,
kita dapat melihat istilah-istilah larian, lompatan, dan rejaman. Kadangkala,
perkataan dan istilah dalam bahasa Inggeris terpaksa dipakai kerana jenis sukan
tersebut tidak dimainkan di negara ini. Bagaimanapun, ada jenis sukan yang
menggunakan bahasa serta istilah-istilah Melayu yang tulen, umpamanya
silat olahraga. Lihat contoh yang berikut:

Serangan tumbuk adalah serangan dengan tangan yang digenggam atau


dikepal dengan kejap untuk memukul sasaran supaya musnah. Dalam
seni pencak silat Melayu, tumbuk menjadi lumrah sebagai alat
memusnahkan lawan. Tumbukan yang baik mempunyai lejang dan
tolakan daripada badan pesilat.
(Anwar Abdul Wahab, 1987. Silat Olahraga, hlm. 157)

Seperti yang dinyatakan tadi, bahasa Melayu dapat menerima istilah asing, tanpa
merosakkan struktur bahasa itu. Maka, kita dapat melihat dalam sukan padang
atau gelanggang, bahasa Melayu mampu menyerap istilah-istilah asing bagi
menjelaskan permainan tersebut, umpamanya dalam permainan skuasy.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  167

Terdapat dua bentuk pukulan ataupun servis. Pukulan servis tersebut


terdapat dua jenis pukulan rancung iaitu pukulan rancung Pakistan dan
pukulan rancung Mesir. Pukulan rancung Pakistan adalah dipotong
tetapi rancung Mesir adalah terapung. Bola yang terapung itu lebih
senang dikawal tetapi ia juga mudah bagi lawan menjangkakannya.
Untuk itu, pukulan deras lintang gelanggang (cross-court drive) dibuat
supaya ia menyilang bagi menyukarkan pihak lawan. Ada juga servis
lob (lob service) dilakukan kepada pihak lawan daripada kotak servis
kanan seperti melakukan pukulan deras pepat melintang gelanggang.
(C. F. Wong & T. H. Bang, 1992. Skuasy, hlm. 38–42)

Walaupun bahasa teknikal dalam sukan olahraga ataupun permainan


gelanggang digunakan, namun bahasa Melayu biasa tetap terpakai, terutamanya
yang bersifat emotif ataupun retorik dalam ulasan sukan, sama ada di RTM
ataupun dalam akhbar tempatan. Kadangkala, bahasa tersebut bersifat sinikal
berhubung dengan permainan tersebut. Perhatikan contoh yang berikut:

Bagaimanapun, kesempurnaan orang Korea itu dicacatkan pula oleh


keghairahan mereka untuk memenangi pingat emas. Korea sejak dulu
lagi sudah menetap sasaran untuk berada di belakang China dan
mengatasi Jepun. Lantas mereka sanggup melakukan apa saja asalkan
hajat mereka tercapai.
(Berita Harian, 14 Oktober 2002)

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dilihat bagaimana dinamiknya


bahasa Melayu itu. Suatu yang unik ialah bahasa Melayu dapat diguna pakai
dalam apa jua bentuk, dan larasnya dapat dilihat bagi membezakan setiap
operasional bidangnya. Dengan kata lain, bahasa Melayu adalah bersifat
dinamik dan boleh digunapakai untuk pelbagai bidang termasuk yang bersifat
formal, akademik, bahasa Melayu tinggi dan lain-lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


168  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

AKTIVITI 7.3

Soalan-soalan latihan
ini dipetik daripada laman web
http://www.tutor.com. Anda digalakkan juga untuk melawat
laman web ini untuk mendapatkan latihan yang lebih banyak lagi
berhubung dengan topik ini. Anda diharap mencuba pelbagai
latihan, sama ada berbentuk objektif ataupun esei, bagi
memantapkan pengetahuan anda.

1. Variasi pilihan yang sesuai dengan bidang dan situasi bahasa


dikenali sebagai .

A. dialek D. bidang bahasa


B. tatabahasa E. laras bahasa
C. idiolek

2. Yang berikut ialah contoh-contoh laras bahasa, kecuali


I doa III ucapan politik
II bahasa Istana IV tatabahasa

A. I dan III sahaja D. I, II, dan III sahaja


B. II dan IV sahaja E. I, II, III, dan IV
C. III dan IV sahaja

3. Pada umumnya, penggunaan bahasa halus meliputi hal-hal


yang berikut, iaitu _________.
I bahasa istana III bahasa pasar
II bahasa surat-menyurat IV bahasa kesat

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja


B. II dan III sahaja D. I, II, III, dan IV

4. Idiolek, dialek kawasan atau loghat, dan dialek sosial


merupakan ciri-ciri yang menentukan .

A. tatabahasa C. variasi bahasa


B. sintaksis D. kesantunan bahasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  169

7.3 RETORIK
Retorik dapat diertikan secara dinamik berkaitan dengan keupayaan bahasa
Melayu melindungi maksud-maksud tertentu. Menurut Asmah Hj. Omar, retorik
ialah suatu bahasa yang berkesan atau juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa.
Namun demikian, retorik bukan setakat kesan tetapi jauh daripada itu.
Maksudnya, bahasa tersebut secara artistik, mampu melindungi makna yang
tersirat daripada yang tersurat. Keistimewaan retorik ialah bahasa tersebut dapat
membungkus makna yang tersimpul di dalam rangkai kata. Ada kalanya untuk
memahami bahasa tersebut, kita memerlukan kekuatan imaginasi dan daya fikir
yang tinggi.

Secara mudah dan biasa, bahasa berbentuk retorik ini terdapat dalam peribahasa,
bidalan, ataupun perumpamaan bertujuan menyatakan maksud secara berkias
atau berselindung dengan harapan tidak menyinggung perasaan seseorang
secara langsung. Peribahasa, bidalan, dan simpulan bahasa biasa digunakan
dalam ucapan, tulisan, ataupun iklan. Bahasa tulisan dapat kita ikuti dalam
pelbagai bentuk teks. Teks ialah komunikasi yang menghubungkan pengucap,
penulis, dengan pendengarnya atau pembacanya secara fizikal atau mental
ataupun emosional. Yang penting ada amanat yang hendak disampaikan.
Perhatikan petikan yang berikut:

Usia Poseng bukan hanya disaratkan dengan ketuaan masjid dan


ketuaan anak buahnya yang hanya menunggu keremukan dan
kemusnahan tetapi usaha yang digelumangi dengan kegilaan kuasa dan
kedengkian hati. Pertumbuhannya sejak dari awal hinggalah kini
adalah pertumbuhan sebuah tubuh yang cergas, penuh dengan darah-
darah bernas yang banyak menyumbang perkembangannya tetapi
terarah akhirnya kepada matlamat kehancuran.
(Shahnon Ahmad, 1988. Tunggul‐tunggul Gerigis, hlm. 305)

Berdasarkan petikan itu, perhatikan ayat kedua yang berbunyi


„pertumbuhannya sejak dari awal hingga kini⁄ tetapi terarah akhirnya kepada
matlamat kehancuran‰ sebagai suatu rangkai kata yang membungkus makna
petikan tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


170  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

AKTIVITI 7.4

Pernahkah anda mendengar atau anda sendiri yang menggunakan


bahasa-bahasa kiasan dalam pertuturan anda? Penggunaan bahasa
kiasan ini selalunya mempunyai makna-makna yang tersembunyi oleh
orang yang bertutur yang mungkin mempunyai agendanya tersendiri.
Setujukah anda?

7.3.1 Retorik Lisan atau Ucapan


Retorik terdapat juga dalam pengucapan lisan bagi menyampaikan makna yang
tersirat daripada yang tersurat. Cuma gaya penyampaiannya kadangkala
bergantung pada ekspresi dan intonasi pengucapnya. Kita perhatikan suatu
ketika dahulu seorang presiden di sebuah negara ketika berucap kepada ratusan
ribu rakyatnya dengan mengatakan:

„Beri saya seorang pemuda atau sepuluh pemuda ataupun seratus pemuda,
nescaya Gunung Merapi akan dapat diruntuhkan tetapi jika saya dibekalkan
seribu atau ratusan ribu orang tua, saya tidak bisa berbuat apa-apa.‰

Daripada ucapan itu, maksud yang tersembunyi ialah mengenai kekuatan orang
muda, betapa gagahnya mereka berbanding orang tua yang dianggapnya tidak
berguna. Di sinilah amanat tersebut suatu retorik, walaupun bukan semua orang
tua tidak berguna. Demikian juga dalam contoh yang berikut:

Ancaman konvensional tidak pernah hilang walaupun ancaman bukan


konvensional kini semakin meningkat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  171

AKTIVITI 7.5
Dalam lipatan sejarah dunia, kita sering diuar-uarkan bahawa Adolf
Hitler dan Presiden Soekarno merupakan pemimpin yang seringkali
menggunakan bahasa retorik yang mampu membangkitkan semangat
dan perasaan para pendengar. Pada pendapat anda, apakah isu-isu
yang dimainkan dan apakah fungsinya penggunaan retorik ini? Sila
semak kembali apa yang telah anda belajar.

7.3.2 Retorik dalam Perdagangan dan Perniagaan


Dunia perniagaan ialah dunia yang mencabar, bukan sahaja dari sudut industri
itu, tetapi juga dari segi pasaran dan jualan. Oleh hal yang demikian, retorik
terdapat dalam iklan perniagaan. Ada kalanya iklan tersebut dibuat secara
natural bagi menyatakan nilai, keunggulan produk, di samping mencuba
meyakinkan pelanggan melalui iklan tersebut. Perhatikan retorik iklan seperti
berikut:

(i) Ubat batuk cap kelapa sungguh baik untuk anda.


(ii) Mesin basuh terunggul dicipta oleh pakar suri rumah tangga.
(iii) Nama yang kita sama tahu dan percayai kerana ketahanan dan baik
tentunya jenama X.
(iv) Hadiah istimewa menyampaikan perasaan anda untuk seumur hidup.
(v) Lebih nilai untuk wang anda.
(vi) Yang jelik itu mereka, yang menawan seisi keluarga ialah saya. Kenapa
pilih mereka?
(vii) Walau ditimpa ribut, cuaca panas atau hujan lebat dinding rumah ini
tetap berseri. Cat kami tahan kulat dan dipercayai melindungi rumah
anda.
(Asmah Hj. Omar. 1992. Bahasa Iklan Perniagaan:
Satu Kajian Bahasa Retorik, hlm. 4–14)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


172  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

Retorik ialah suatu ragam bahasa Melayu yang artistik, dan kadangkala
mempunyai kekuatan menyampaikan maksud yang tersembunyi tetapi
memikat. Kemampuan beretorik dalam bahasa Melayu mencerminkan
kemampuan pengucap dan penulisnya membungkus maksud yang berupaya
meninggalkan kesan.

SEMAK KENDIRI 7.1

Apakah fungsi „laras‰ dalam bahasa Melayu dan mengapakah


pengelasan bagi laras-laras bahasa ini perlu ada?

AKTIVITI 7.6

Soalan-soalan latihan
ini dipetik daripada laman web
http://www.tutor.com.my. Anda digalakkan melawat laman web ini
untuk mendapatkan latihan yang lebih banyak lagi berhubung dengan
topik ini.

1. „Seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik


untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar.
Kepandaian menggunakan bahasa secara efektif sehingga
menimbulkan rasa indah. Penggunaan bahasa yang baik, berkesan
dan menarik, sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan‰. Ke
semua ungkapan di atas menjelaskan peranan _________ .

A. bahasa daerah D. neka bahasa


B. laras bahasa E. bahasa halus
C. retorik bahasa

2. Untuk tujuan „memujuk‰ orang, retorik dapat dikembangkan


melalui cara-cara yang berikut, iaitu ________.
I naratif III eksposisi
II deskriptif IV penghujahan

A. III sahaja D. I, III, dan IV sahaja


B. III dan IV sahaja E. I, II, III, dan IV
C. I, II, dan III sahaja

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU  173

3. Jika anda mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk


khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan, anda
sebenarnya telah menggunakan teknik penulisan secara .

A. induktif D. rujukan
B. deduktif E. objektif
C. analogi

4. „Anda hanya perlu menceritakan kejadian, peristiwa, kegiatan,


rupa dan bentuk sesuatu, atau watak seseorang. Perkara yang
hendak anda ceritakan „ada di hadapan‰ anda atau setidak-
tidakya „sudah anda alami.‰ Antara bahan yang sesuai untuk
perkembangan penceritaan ialah laporan berita, laporan aktiviti,
minit mesyuarat, atau ceramah/syarahan yang menerangkan
sesuatu‰. Petikan di atas merujuk kepada cara penceritaan .

A. naratif D. penghujahan
B. deskriptif E. objektif
C. eksposisi

LATIHAN 7.1
Pilih jawapan yang betul

1. Variasi pilihan yang sesuai dengan bidang dan situasi bahasa


dikenali sebagai ____________.
A. dielek
B. tatabahasa
C. idiolek
D. laras bahasa

2. Idiolek, dialek kawasan atau loghat, dan dialek sosial merupakan


ciri-ciri yang menentukan _______________.
A. tatabahasa
B. sintaksis
C. variasi bahasa
D. kesantunan bahasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


174  TOPIK 7 RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU

3. Jika anda mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus


dan kemudian membuat contoh serta huraian, anda sebenarnya
telah menggunakan teknik penulisan secara __________.
A. Induktif
B. Deduktif
C. Analogi
D. Rujukan

 Perbincangan menjurus kepada aspek–aspek ragam dan laras dalam


bahasaMelayu.

 Perbincangan ini juga memberi penekanan kepada gaya dalam bahasa


Melayu.

 Pendedahan juga diberikan kepada penguasaan bahasa sebagai penentu


kepada kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Ragam bahasa Laras bahasa sejarah


Laras bahasa akademik Laras bahasa geografi
Laras bahasa sastera Retorik lisan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Gaya dalam
8 Bahasa Melayu

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membezakan gaya bahasa bersahaja, gaya bahasa, puitis serta
gaya bahasa tinggi dan abstrak;
2. Mengenal pasti wacana kesepaduan dan wacana kerapian; dan
3. Menghuraikan ciri-ciri kesantunan bahasa bangsawan,
kesantunan orang atasan dan rakyat jelata dan kesantunan orang
biasa.

 PENGENALAN
Topik ini membincangkan gaya dalam bahasa Melayu. Gaya bahasa perlu
digunakan tepat pada masa dan tempat, jika tidak bahasa yang anda gunakan
dapat menyebabkan orang tersinggung. Pengetahuan tentang gaya bahasa
Melayu juga amat berguna apabila anda mengarang, tidak kira untuk
peperiksaan atau untuk kehidupan harian. Topik ini dipecahkan kepada
beberapa tajuk kecil. Antaranya adalah gaya bahasa. Ia menerangkan gaya
bahasa bersahaja, gaya bahasa puitis, serta gaya bahasa tinggi dan abstrak.
Berikutnya, wacana bahasa Melayu, memerihalkan wacana kesepaduan dan
wacana kerapian. Topik seterusnya kesantunan bahasa memberikan sedikit
maklumat tentang kesantunan bahasa bangsawan, kesantunan orang atasan dan
rakyat jelata dan kesantunan orang biasa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


176  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

8.1 GAYA BAHASA


Pernahkah anda mendengar kenyataan-kenyataan seperti, „Wow, bergayalah
orang itu‰ atau „Bergaya sungguh dia!‰? Kenyataan-kenyataan seperti ini
selalunya melambangkan perwatakan seseorang. Begitu juga dalam bahasa
Melayu yang mempunyai gayanya tersendiri untuk melambangkan sesuatu
perkara atau keadaan. Bahasa Melayu mempunyai gayanya yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, gaya tersebut bergantung pada bagaimana bahasa itu
disampaikan atau diucapkan. Ada yang menyamakan gaya bahasa seolah-olah
pakaian fikiran, manakala yang lain pula menyatakan gaya bahasa itu adalah
fesyen kepada pakaian tersebut. Ada gaya bersahaja dan tidak kurang pula gaya
bahasa yang digunakan itu berirama, bersifat puitis, dan ada kalanya gaya
bahasanya adalah bahasa tinggi ataupun bahasa yang abstrak.

8.1.1 Gaya Bahasa Bersahaja


Dalam penulisan ataupun pengucapan, sesetengah orang menggunakan gaya
bahasa yang bersahaja, tidak dibumbui dengan bunga-bunga ataupun meleret-
leret untuk menyampaikan sesuatu maksud. Gaya bahasa yang bersahaja tidak
terikat kepada sekatan-sekatan kelancarannya. Kita perhatikan contoh gaya
bahasa yang bersahaja di bawah ini:

Sial! Kutuknya. Barangkali isterinya yang menelefon tadi. Lalu didailnya


ke sekolah. Engaged. Hatinya berdebar-debar. Sial! Siapa yang bercakap
agaknya? Didailnya, brr⁄brr⁄. Suara perempuan lain, lembut dan
merdu. „Saya Jalal. Cikgu Hani ada di sana?‰ Tiada jawapan.
(Koleksi Terpilih Abdullah Hussain, Sasterawan Negara, 2000, hlm. 32)

Daripada petikan itu, gaya bahasa yang digunakan oleh Abdullah Hussain mirip
bahasa percakapan. Bahasanya lancar dan tidak tersekat, seolah-olah bahasa itu
keluar meluncur dari hatinya, tidak terganggu oleh apa-apa sekatan emosi. Gaya
bahasa cara ini merupakan gaya bahasa biasa yang diucapkan kepada khalayak
tanpa apa-apa yang berselindung di sebalik bahasa itu.

8.1.2 Gaya Bahasa Puitis


Pernahkah anda melihat atau mendengar pendeklamasian sajak atau puisi di
tempat-tempat anda atau di dalam siaran TV? Seringkali kelihatan pendeklamasi
ini cenderung untuk menyampaikan dengan pelbagai gaya, sesuai dengan puisi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU  177

atau sajak yang ingin disampaikan. Gaya bahasa bentuk ini dilahirkan secara
halus dan ada kalanya bersifat sentimental. Sesetengah pengucap ataupun
penulis yang sensitif menggunakan gaya bahasa puitis ini bagi menyampaikan
perasaan, fikiran dan maksud secara halus tetapi berkesan. Dalam pola ayat
Melayu, kata-kata berirama telah wujud dalam pantun ataupun syair.
Kelangsungan wujudnya bahasa puitis ini juga meneruskan bentuk-bentuk
puitis dalam puisi tersebut. Dalam dunia sastera Melayu terdapat beberapa
karya yang ditulis secara puitis dan bersifat sentimental seperti yang
ditunjukkan dalam petikan yang berikut:

Detik masa berlangsung terus membentuk hari-hari yang pahit dalam


suasana menyeliputi kehidupan mereka. Dan hampir setiap hari berakhir
dengan kematian, darah luka dan titisan air mata. Tiap-tiap titis darah,
air mata dan kesedihan yang diberikan oleh kedua-dua pihak – orang-
orang menguasai bahagian hutan, belukar dan pasukan polis yang
memburunya – segalanya tercurah kepada bumi yang satu, yang
menumpangnya dan menerima dengan dada kasih yang terluka.
(Usman Awang, 1992. Tulang-tulang Berserakan.
Edisi Khas Sasterawan Negara, hlm. 148)

Perhatikan ayat yang digunakan dalam petikan tersebut, iaitu „detik masa yang
berlangsung terus membentuk hari-hari yang pahit‰, menunjukkan keadaan
yang tidak menyenangkan. Seterusnya, dalam ayat „hampir setiap hari berakhir
dengan kematian, darah luka dan air mata‰ memperteguh hari-hari yang pahit
itu sebagai mencerminkan suasana yang bersifat sentimental. Demikian juga di
bahagian akhir petikan itu dirasakan gaya yang puitis terungkap dalam,
„segalanya tercurah kepada bumi yang satu yang menampungnya dan
menerima dengan dada kasih yang terluka‰.

Ada banyak lagi gaya bahasa puitis dan berirama ini dalam karya-karya sastera,
sama ada dalam bentuk cerpen, novel ataupun drama. Gaya tersebut dirasakan
indah disebabkan perkataan yang digunakan saling melengkapi antara vokal
ataupun konsonan yang digunakan. Sebagai contoh, kita boleh merujuk kepada
bahasa Melayu yang ada kias ibaratnya: „Tak sungguh tak melata, tak sungguh
orang tak kata‰.

Dalam pada itu, ada juga penggunaan gaya bahasa tinggi dan bersifat abstrak.
Gaya ini telah wujud sejak tahun 1960-an apabila timbulnya sajak-sajak kabur
yang dipelopori oleh A.S. Amin. Walau bagaimanapun, gaya bahasa yang
abstrak dan bersifat bombastik dengan menggunakan kata-kata atau ungkapan
bersifat personal tidak meluas. Gaya bahasa abstrak serupa itu hanya sebagai

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


178  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

percubaan lari daripada kebiasaan sahaja. Namun begitu, perubahan masa dan
pendidikan gaya bahasa tinggi dan bersifat abstrak timbul kembali di dalam
karya-karya tertentu.

Rajah 8.1: Puisi „Tulang-Tulang Berserakan‰ karya Usman Awang

8.1.3 Gaya Bahasa Tinggi dan Abstrak


Dalam penulisan tertentu, ada penulis yang mempunyai kemampuan tinggi
menggunakan bahasa Melayu pada tahap yang di luar kemampuan orang biasa.
Pemilihan kata-kata dan gaya penulisannya menunjukkan penguasaan bahasa
Melayu yang tinggi. Dalam konteks ini, kita dapat melihat gaya tersebut di
dalam cerpen yang berikut:

Dia teringat semula akan hari-hari hanyut di lautan selama 60 hari.


Bagaimana boleh dilupakan penyeksaan yang menjadi isi tubuh dan
semangatnya? Tubuhnya tinggal kulit dan rangka waktu ditemui.
Sesudah dirawat dan sembuh, tiba-tiba dia memasuki dunia warna-warni
di Ogonshoto – menjadi terkenal, orang kaya, dihormati dan
dikehendaki. Sekarang selepas terbaring dia tidak menyesali betapa
pendeknya zaman indah itu; tetapi menyedari betapa palsunya dunia
warna-warni Ogonshoto yang dikenalinya itu.
(Anwar Ridhwan, 2001. Naratif Ogonshoto, hlm. 115)

Petikan tersebut ternyata menunjukkan gaya bahasa yang berbeza dengan gaya
bahasa Tulang-tulang Berserakan. Dalam Naratif Ogonshoto, walaupun
perkataannya perkataan biasa tetapi maknanya tersangat abstrak di sini
disebabkan gaya penceritaannya mempunyai teknik yang berlainan. Gaya

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU  179

bahasa dalam Naratif Ogonshoto bergerak atas landasan cerita dengan imej-imej
yang tersembunyi. Di sinilah perubahan pendidikan penulisnya membezakan
dengan gaya bahasa zaman romantis tahun 1950-an.

SEMAK KENDIRI 8.1


„Gaya bahasa tinggi dan abstrak yang digunakan dalam satu-satu
bentuk penulisan, seringkali menimbulkan persoalan dan
memerlukan tumpuan untuk memahami sesuatu senario yang ingin
disampaikan‰. Bersetujukah anda dengan kenyataan ini dan pada
pendapat anda kepada siapakah sasaran tulisan-tulisan ini ingin
disampaikan?

8.2 WACANA BAHASA MELAYU


Dalam bahasa Melayu, selain daripada kewujudan gaya bahasa dan struktur
bahasa, terdapat juga wacana bahasa tersebut. Wacana bahasa merupakan suatu
keistimewaan dalam pemakaian yang berkait rapat dengan gaya bahasa.
Memperkatakan wacana, bermakna bahasa Melayu ada kesepaduan (kohesif)
dan kerapiannya (koheren) sama ada dalam bentuknya, makna dan teks. Untuk
menjelaskan persoalan tersebut, kita lihat wacana dalam bahasa Melayu itu.

8.2.1 Wacana Kesepaduan


Dalam memperkatakan kesepaduan bahasa Melayu ataupun kohesif itu, suatu
sifat yang penting adalah terdapat di dalamnya ayat penghubung pada suatu
rentetan ayat. Sebagai contoh, kita lihat ayat yang berikut:

Pertama-tama kita semua harus mendaftarkan diri sebagai anggota


kumpulan. Kedua, kita mestilah membayar yuran. Yang berikutnya, kita
mengikuti segala kegiatan, baik berupa latihan mahupun kursus-kursus.
Kemudian, kita mengikuti ujian dan selanjutnya kita lulus dan sesudah itu
barulah kita diterima sebagai anggota tetap.

Melihat kepada petikan itu, ada semacam urutan dalam memberikan sesuatu
keterangan. Perhatikan susunan yang menggunakan urutan bilangan dengan
menggunakan pertama, kedua, yang berikutnya, kemudian, dan selanjutnya.
Kehadiran ciri-ciri ini terdapat dalam penuturan lisan, ucapan, dan juga tulisan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


180  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahamkan bahawa kesepaduan setiap butiran


sangat jelas dan terungkap dalam suatu kepadatan.

Selain daripada bentuk kesepaduan itu, terdapat juga bentuk kerapiannya.


Bentuk kerapian ini merupakan pemakaian kata-kata ganti di dalam ayat.

8.2.2 Wacana Kerapian


Sehubungan dengan kerapian, terdapat suatu penggunaan yang menggunakan
kata ganti diri dalam ayat-ayat bahasa Melayu. Perhatikan bentuk kerapian ini
dalam contoh yang berikut:

Ani, Halimah dan Rohani sedang duduk di beranda depan rumah En. Ali.
Mereka sedang asyik berbincang-bincang. Sebenarnya, mereka menanti
saya dan Osman untuk belajar bersama-sama. Saya tiba dan menyapa
mereka dengan ucapan selamat petang. Osman belum juga tiba. Mungkin
dia terlambat datang kerana keretanya rosak⁄.
(H. G. Tariqan, 1987. Pengajaran Wacana. hlm. 112–124)

Pola ayat yang terdapat dalam petikan itu menunjukkan suatu kelangsungan
peristiwa yang berturutan melibatkan beberapa orang. Untuk tidak
menggunakan nama orang berturut-turut, maka digunakan beberapa kata ganti
dalam ayat seperti saya, dia, dan mereka. Bentuk ini semacam satu gaya bahasa
yang terdapat dalam beberapa teks, sama ada teks sastera mahupun pidato.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU  181

AKTIVITI 8.1

Soalan-soalan latihan ini dipetik dan diubahsuaikan daripada laman


web http://www.tutor.com.my/stpm/latihan wacana.htm. Anda
digalakkan melawat laman web ini untuk mendapatkan latihan yang
lebih banyak lagi berhubung dengan topik ini.

1. Yang manakah antara yang berikut merupakan sebuah wacana?


I Esei III Minit mesyuarat
II Laporan IV Perbincangan

A. I dan II sahaja D. III dan IV sahaja


B. I dan III sahaja E. I, II, III, dan IV
C. II dan III sahaja

2. Yang berikut merupakan beberapa definisi wacana yang dapat


diterima, kecuali  .
(i) keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan,
pertuturan, percakapan
(ii) kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan
(seperti pidato, khutbah) atau tulisan (seperti surat, artikel,
novel, cerpen)
(iii) satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di
atas kalimat atau klausa dengan koheren dan kohesi tinggi
yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir
yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis
(iv) mempunyai struktur, iaitu ada pendahuluan, tubuh, dan
penutupnya, dan dapat disampaikan secara lisan dan bertulis
(v) bentuk teks sahaja dan terdiri daripada novel-novel sastera
dan satira

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


182  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

3. „Berbentuk penceritaan sesuatu peristiwa mengikut urutan kejadian


yang berlaku dengan tersusun dan logik. Sesuai untuk laporan
berita sesuatu kejadian, laporan kegiatan, laporan tahunan
persatuan, minit mesyuarat, dan penerangan tentang sesuatu
kegiatan‰.

Penyataan di atas merupakan penyataan kepada gaya, atau


merupakan pilihan mod wacana jenis______ .

A. deskriptif D. penghujahan
B. naratif E. cereka klasik
C. eksposisi

4. „Seramai 5,000 pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta


(IPTS) didakwa gagal meneruskan pengajian ke tahun akhir kerana
ketiadaan sokongan kewangan daripada penaja masing-masing.
Beberapa pelajar memberitahu Utusan Malaysia, masalah itu timbul
kerana kegawatan ekonomi yang melanda negara baru-baru ini.
Sementara itu⁄‰.

Penyataan tersebut merupakan penyataan kepada gaya, atau


merupakan pilihan mod wacana jenis_________ .

A. deskriptif D. penghujahan
B. naratif E. cereka klasik
C. eksposisi

5. „Seramai 5,000 pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta


(IPTS) didakwa gagal meneruskan pengajian ke tahun akhir kerana
ketiadaan sokongan kewangan daripada penaja masing-masing.
Beberapa pelajar memberitahu Utusan Malaysia, masalah itu timbul
kerana kegawatan ekonomi yang melanda negara baru-baru ini.
Sementara itu.....ÊÊ

Penyataan di atas merupakan gaya penulisan berbentuk .

A. naratif D. penghujahan
B. deskriptif E. cereka klasik
C. eksposisi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU  183

8.3 KESANTUNAN BAHASA


Pernahkah anda melihat filem-filem Melayu yang menceritakan kisah raja-raja
Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sebagai contoh, dalam filem
Hang Tuah, lakonan P. Ramlee, dapat dilihat penggunaan bahasa bagi golongan
diraja dengan rakyat biasa. Pada pandangan anda, apakah signifikasi
penggunaan bentuk bahasa ini dalam kalangan masyarakat Melayu, khususnya,
dan masyarakat Malaysia, amnya?

Kehidupan orang Melayu berkait rapat dengan sosiobudayanya. Umumnya,


orang Melayu hidup dalam lingkungan budaya dan adat resam. Sebahagian
daripada kehidupan itu ada hubung kait dengan pola perlakuan serta
kesantunan. Hakikat ini dapat ditunjukkan melalui pemakaian bahasa mengikut
susun lapis masyarakat yang mendukungnya. Setiap kelompok masyarakat
dihormati melalui susun kata yang sesuai dengan darjat, pangkat dan
kedudukan seseorang. Umpamanya, dalam masyarakat Melayu terdapat
golongan bangsawan, pegawai, dan rakyat jelata yang menggunakan kata-kata
mengikut hierarki masyarakat tersebut.

8.3.1 Kesantunan Bahasa Bangsawan


Berdasarkan pengucapan lisan dan cerita-cerita hikayat, dapat dikesan
kesantunan bahasa antara golongan atasan dengan orang biasa. Kesantunan
tersebut memperlihatkan rasa hormat oleh rakyat kepada orang bangsawan itu.
Perhatikan contoh yang berikut:

Raja Abdullah : Baiklah. Sekarang molek kita beri nama. Sudahkah Datuk
Bendahara fikirkan?
Tun Seri Lanang : Sudah, Tuanku. Apa fikir tuanku kita namakan Sulalatu
al-Salatin yakni Peraturan Segala Raja-raja.
Raja Abdullah : (Raja Abdullah termenung sebentar.)
Tun Seri Lanang : Atau boleh juga disebut Sejarah Melayu.
Raja Abdullah : Baiklah, Datuk. Sudahkan hikayat Sulalatu al-Salatin atau
Sejarah Melayu ini. Mudah-mudahan segera sudah
seberapa yang dapat.
(Mana Sikana, 1990. Matinya Seorang Pahlawan, hlm. 23–24)

Skrip drama itu dapat dijadikan landasan untuk melihat kata-kata yang ada
hubung kait dengan status seseorang. Antara raja dan orang besarnya, ada
perkataan yang mencerminkan hormat serta kesantunan dalam masyarakat

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


184  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

Melayu. Walau bagaimanapun, gaya bahasa istana itu bukan sahaja terdapat
dalam teks bahkan juga realiti sekarang yang berkait dengan pemerintahan
beraja di Malaysia. Rasa hormat dan kesantunan ini terdapat juga dalam
percakapan atau penulisan dalam kalangan rakyat biasa dan orang atasan.

8.3.2 Kesantunan Orang Atasan dan Rakyat Jelata


Sehubungan dengan hal itu, wujud bahasa yang terungkap antara orang atasan
dan rakyat jelata. Lihat contoh di bawah ini:

Setelah dilihat oleh Bendahara, orang empat itu maka kata Bendahara,
„Wah, kusangka orang mana-mana gerangan yang empunya anak ini?
Tiada aku sangka akan kakak Dolah, kakak Samut, Hang Mansur dan
Hang Samsu. Jika aku tahu akan tuan-tuan ini beranak laki-laki, dari
selamanya aku pinta kakak sekalian, kupersembahkan ke bawah Duli
Baginda Yang Dipertuan akan jadi biduanda kerana tuan-tuan ini pun
orang berasal juga.‰
(M. G. Emis, 1988. Bunga Rampai Melayu Kuno, hlm. 81)

Dalam petikan itu, Datuk Bendahara menghormati bapa keempat-empat kanak-


kanak dengan menyebut „kakak‰ selain menggunakan perkataan „aku‰ dan
„tuan-tuan sekalian‰. Kesantunan Bendahara menghormati tetamunya
memperlihatkan hormat-menghormati antara orang atasan dan rakyat biasa.
Gaya sedemikian banyak terdapat dalam teks sastera tradisional sebagai sumber
rujukan akan kewujudan kesantunan bahasa Melayu.

8.3.3 Kesantunan Orang Biasa


Seperti golongan masyarakat atasan, orang biasa juga ada sopan santunnya
dalam hubungan sosial mereka. Walaupun ada kalanya menggunakan bahasa
kasar, umpamanya „aku‰ dan „engkau‰, wujud juga bahasa hormat di kalangan
mereka seperti yang terdapat di bawah ini:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU  185

„Wahai kakanda, mengapakah sayur tidak kakanda sentuh? Sengaja


adinda masak sayur ini untuk santapan kakanda.‰
„Adindaku sayang, buah hati pengarang jantung, ingatlah kakanda ini
bukan kambing. Hari-hari kakanda dihidangkan daun, daun sahaja oleh
adinda. Bosanlah kakanda. Kakanda takut nanti akhirnya kakanda
dihidangi adinda daun pintu.‰
(Luthfi Abas, 1995. Kritikan Karya Sastera Sebagai Karya Seni, hlm. 166)

Dialog tersebut seolah-olah terungkap antara suami isteri daripada kalangan


bangsawan. Sebenarnya, dialog tersebut bukan daripada golongan tersebut,
tetapi diucapkan oleh orang biasa sebagai suami isteri. Penggunaan kata
„kakanda‰ dan „adinda‰ mencerminkan kesantunan suami isteri, walaupun ada
unsur-unsur kelucuan di dalamnya.

Ada banyak lagi contoh kesantunan bahasa Melayu yang merupakan ciri-ciri
penting yang berhubung kait dengan kehidupan masyarakat sehingga
melahirkan suasana yang harmoni. Penggunaan kesantunan berbahasa
sebenarnya serasi dengan masyarakat bertatasusila. Oleh hal yang demikian,
dalam pertuturan ataupun teks, kita melihat kata sapaan yang berhubung rapat
dengan gelaran seseorang. Petikan tadi menunjukkan gelaran orang besar, orang
bangsawan dan rakyat biasa yang berinteraksi dengan mereka ataupun sesama
mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


186  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

AKTIVITI 8.2

Soalan-soalan latihan ini dipetik dan diubahsuaikan daripada laman


web http://www.tutor.com.my/stpm/latihansantun.htm.

1. Kesantunan bahasa adalah alat untuk .


I menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan
II menyampaikan perasaan
III menjaga perasaan orang lain
IV meletakkan taraf seseorang pada kedudukan yang sesuai
dengan darjat kedudukan, kuasa, umur dan sebagainya
A. I sahaja
B. IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II, dan III sahaja
E. I, II, III, dan IV

2. Yang berikut ialah perintah yang bertatasusila, kecuali .


A. jemput makan
B. janganlah berjalan di situ
C. pergi dari sini
D. sila tulis nama penuh
E. tolong jangan conteng dinding

3. Ayat-ayat yang berikut menunjukkan kesantunan berbahasa,


kecuali .
A. Mak, Yan hendak ke sekolah sebentar.
B. Cikgu minta Ali tulis mengenai orang yang paling berjasa di
kampung ini. Siapa yang patut Ali pilih, ibu?
C. Bolehkah encik beritahu saya kenapa lelaki itu ditahan di
dalam lokap?
D. Silakan Yang Berhormat naik ke pentas menerima
cenderamata.
E. Orang gaji itu sudah balik ke Indonesia. Kau nak balik juga ke?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU  187

4. Yang manakah antara yang berikut menunjukkan kesantunan ganti


nama diri ketika menulis sepucuk surat?
I Ayahanda dan bonda III Nenda dan cucunda
II Kakanda dan adinda IV Anakanda dan abangku

A III dan IV sahaja D II, III, dan IV sahaja


B I, II, dan III sahaja E I, II, III, dan IV sahaja
C I, II, dan IV sahaja

LATIHAN 8.1

1. Yang berikut ialah perintah yang bertatasusila. Kecuali


A. Jemput makan
B. Pergi dari sini
C. Sila tulis nama penuh
D. Janganlah berjalan di situ

2. Yang manakah antara yang berikut merupakan sebuah wacana


I. Esei
II Laporan
III Minit mesyuarat
IV Perbincangan

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, II, III, dan IV

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


188  TOPIK 8 GAYA DALAM BAHASA MELAYU

 Gaya dalam bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai


menyimpang daripada tatabahasa baku bahasa Melayu.

 Gaya bahasa ini melibatkan penyusunan kata-kata dalam sesuatu keadaan


untuk menyatakan sifat individu dan idea-idea berdasarkan aspek budaya
dan maksud yang ingin disampaikan.

 Gaya bukan sahaja terbatas kepada cara berbahasa, tetapi sejauh mana dapat
memanipulasikan pemakaian bahasa, sama ada dalam pertuturannya atau
penghasilan karya-karyanya.

Gaya bahasa bersahaja Kesantunan bahasa


Gaya bahasa puitis Wacana kerapian
Gaya bahasa tinggi dan abstrak Wacana kesepaduan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Topik   Penulisan
9 dalam Bahasa
Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan ciri-ciri penting dalam bahasa wawancara dan
penulisan kertas kerja;
2. Membina jadual persamaan dan perbezaan enam bentuk penulisan
rencana; dan
3. Membincangkan peraturan asas dalam penulisan kreatif puisi dan
cerpen.

 PENGENALAN
Topik ini lebih tertumpu kepada bahasa Melayu dalam aplikasi penulisan.
Kemahiran menulis bahasa Melayu merupakan kemahiran asas yang perlu ada
pada setiap individu. Ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan
dan menjadi tanggungjawab anda untuk menguasai kemahiran ini. Topik ini
dipecahkan kepada bahasa wawancara dan penulisan kertas kerja. Kita juga akan
membincangkan perihal bahasa Melayu dalam penulisan rencana. Hal ini
diperincikan lagi dengan menyentuh rencana menerangkan konsep, rencana
menggunakan pertanyaan, rencana berbentuk ulasan, rencana berbentuk
polemik, rencana berbentuk politik dan rencana ketenteraan. Anda yang
berminat dalam sajak dan yang ingin mendapatkan pengetahuan asas tentang
sajak akan mendapat maklumat terperinci dalam tajuk seterusnya. Aspek
merangkumi tajuk-tajuk seperti sajak berlambang dan imej, sajak artistik dan
puitis, sajak protes dan kabur, sajak berunsur agama dan sajak eksperimental.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


190  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

9.1 BAHASA MELAYU DALAM APLIKASI


PENULISAN
Salah satu kemahiran berbahasa ialah penulisan. Penulisan yang teratur
mencerminkan tatacara bahasa Melayu, selain daripada mencerminkan sama ada
tulisan itu suatu yang formal atau tidak formal. Bahasa Melayu mempunyai sifat
yang tertentu dalam surat rasmi, laporan, minit mesyuarat ataupun
pengumuman. Penulisan bidang ini banyak terdapat dalam urusan rasmi
sesuatu organisasi. Format bahasa dan tulisannya adalah mengikut tatacara
pentadbiran dan pengurusan. Di sini, penulisan tersebut tidak dibincangkan
kerana penulisan itu dapat dikatakan lumrah dalam urusan rasmi. Walau
bagaimanapun, bahasa Melayu yang penting adalah dalam aplikasi yang lebih
relevan dengan tahap dan statusnya sebagai bahasa di luar lingkungan itu.
Bahasa penulisan yang dipilih ialah bahasa dalam rencana, wawancara, kertas
kerja, puisi dan cerpen yang dirasakan penting memperlihatkan bahasa Melayu
sebagai alat menyampaikan fikiran, butiran maklumat dan kreativiti
terutamanya dalam penulisan puisi dan cerpen.

9.1.1 Bahasa Wawancara


Wawancara biasanya menggunakan bahasa lisan. Ada kalanya wawancara itu
diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Sama ada dalam bentuk lisan ataupun
tulisan, bahasa yang dipakai ialah bahasa yang berstruktur mengikut pola ayat
bahasa Melayu. Ada kalanya bahasa yang dipakai terlalu ringkas dan ada
kalanya bahasanya disunting kembali dalam bentuk yang lebih sistematik.
Biasanya, wawancara ini dibuat terhadap tokoh-tokoh dalam lapangan yang
terkemuka, sama ada politik, pentadbir, ahli ekonomi, ataupun saintis. Tujuan
wawancara adalah, selain mendapat maklum balas tentang sesuatu isu dalam
bidang-bidang tertentu, ia juga menjadi landasan bagaimana bahasa Melayu
berwibawa dalam konteks tersebut.

Kita perhatikan wawancara yang diadakan antara wartawan Lorraine Hann,


pengacara CNN  Talk  Asia  dengan Tun Dr. Mahathir dan transkripsinya
diturunkan seperti yang berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  191

Hann : Selama 57 tahun, jika saya betul dan 20 tahun di


dalam politik sepenuh masa lebih dua dekad di
puncak kepimpinan negara, tentunya anda
merasakan kehilangan kuasa.
Tun Dr. Mahathir : Sudah tentu saya merasa kehilangan jawatan itu.
Saya fikir saya akan terus bersama parti. Saya mahu
memastikan parti terus menang dalam pilihan raya
Jadi,  saya mempunyai lebih masa untuk turun dan
berjumpa rakyat di peringkat akar umbi.
Hann : Jika anda bukan Melayu tipikal, apakah kualiti
warisan Melayu?
Tun Dr. Mahathir : Mereka bekerja keras sekarang tetapi masih belum
cukup. Mereka masih suka ikut jalan pintas dan suka
mendapat sesuatu dengan segera. Mereka tidak
melihat jauh ke hadapan. Mereka hidup seperti
peribahasa Melayu: kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang. Itu peribahasa mereka tetapi
tidak baik untuk mereka. Mereka perlu merancang
untuk masa depan.
Hann : Anda kini 76 tahun dan menuju 77 tahun. Melihat
anda seolah-olah tidak merasakannya. Bagaimana
anda memastikan anda begitu sihat?
Tun Dr. Mahathir : Soalan ini banyak ditanyakan kepada saya. Saya fikir
macam biasa dan saya tidak makan terlalu banyak.
Saya cuba mendapatkan tidur secukupnya setiap
hari, sekurang-kurangnya 6 jam, jika dapat. Saya fikir
kehidupan yang menarik amat penting dan lebih
penting lagi minat yang mendalam terhadap kerja.
(Mingguan Malaysia, 13 Oktober 2002)

Pada asalnya, wawancara tersebut berbentuk lisan dalam bahasa Inggeris tetapi
transkripsi wawancara itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Di sini,
terlihat unsur kecekapan menulis kembali wawancara itu dalam struktur bahasa
yang teratur dan bahasa formal. Editor yang menterjemahkannya mencuba
menjaga tatabahasa dalam penulisannya sebaik yang mungkin. Oleh yang
demikian, dalam wawancara, kepintaran menyoal semestinya diikuti oleh
kepintaran menulis temu bual daripada wawancara itu. Yang penting, dalam
wawancara itu, objektif utamanya mendapat pandangan seorang tokoh, tetapi

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


192  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

yang lebih penting lagi penulisan jawapan itu dapat mempertahankan kekuatan
bahasanya. Kekuatan bahasa orang yang diwawancara hendaklah dilihat sebagai
kekuatan berbahasa. Lihatlah jawapan Tun Dr. Mahathir yang menggunakan
peribahasa Melayu: kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

AKTIVITI 9.1

Wawancara dilakukan untuk mendapatkan maklum balas tentang satu-


satu isu yang dikemukakan. Pernahkah anda meneliti bentuk-bentuk
penggunaan ayat dalam satu-satu wawancara yang diadakan, sama
ada di dalam siaran TV atau di tempat- tempat anda?

9.1.2 Penulisan Kertas Kerja


Pernahkah anda menulis sebuah kertas kerja untuk satu-satu tujuan? Apakah
yang diperlukan dalam menghasilkan sesebuah kertas kerja yang baik? Tahukah
anda, terdapat pelbagai kaedah dalam penghasilan sesebuah kertas kerja yang
bermutu? Tajuk ini akan mengupas lebih dalam kaedah penghasilan kertas kerja
yang bermutu.

Kertas kerja adalah suatu penulisan yang terikat pada fakta. Malahan sesuatu
kertas kerja tidak dianggap ilmiah ataupun kuat sekiranya tidak dimuatkan
dengan data. Dengan demikian, fakta dan data menjadi kekuatan sesuatu kertas
kerja. Namun begitu kekuatan kertas kerja dilihat juga dari sudut kekuatan
berbahasa. Bahasa yang baik mencerminkan kematangan penulisnya.

(a) Kertas Kerja Berdasarkan Fakta


Sesuai dengan sifatnya, kertas kerja mestilah menunjukkan fakta-fakta
tentang satu-satu topik. Walau bagaimanapun, fakta akan menjadi salah
jika disampaikan dengan menggunakan istilah, rangkai kata dan ayat yang
bercelaru. Fakta itu perlu dipersembahkan dalam bahasa yang sistematik
dan boleh jadi juga dengan teknik yang baik. Perhatikan petikan yang
berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  193

Meskipun beberapa teori atau pendekatan susastera Melayu


berunsur Islam diperkenalkan, hanya dua teori atau pendekatan
Islam sahaja yang agak menonjol, iaitu teori Takmilah yang
dipelopori Dr. Shafie Abu Bakar (Dewan Sastera, Ogos/September
1994 dan Dewan Sastera, Januari 1995). Satu lagi teori Harmutik
Kerohanian dipelopori Dr. Salleh Yaapar. Bagaimanapun, teori
Takbudiah yang diperkenalkan Dr. Rahman Napiah (Dewan Sastera
2001) masih dalam kerangka idea lagi.
(Mohd. Daud Mohammad, 2002. Seminar Teori Takmilah, Oktober 2002)

(b) Kertas Kerja Fakta dan Data


Salah satu bentuk kertas kerja ilmiah ialah menggunakan fakta dan
disokong dengan data. Oleh hal yang demikian, bahasa yang dipakai ialah
bahasa yang langsung kepada maklumat supaya maklumat itu menjadi
jelas dan kukuh. Corak bahasa yang terdapat di dalamnya terikat pada
struktur dan urutan mengikut topik yang dibincangkan. Penulisan kertas
kerja ini menunjukkan penulisan tersebut berada pada tahap tinggi, yang
kadangkala menggunakan istilah-istilah khusus. Perhatikan petikan yang
berikut:

Hingga tahun 1995, pemilikan modal saham sektor syarikat yang


dimiliki oleh bumiputera telah meningkat menjadi 27.4%, manakala
bukan bumiputera 24.5%, dan bukan pemastautin Malaysia pula
25.1%. Pada akhir Dasar Ekonomi Baru (1990), hak milik dan
penguasaan sektor syarikat menunjukkan suatu pertambahan yang
menarik, iaitu penguasaan bumiputera dalam hak milik tersebut
terus meningkat kepada 22 298.5 juta (20.3%) berbanding 82 272.9
juta (74.9%) bagi pemastautin Malaysia.
(Adnan Kamis, 1993. „Koopratisma Etnik dan
Integrasi Nasional‰ dlm. Kecemerlangan Berfikir, hlm. 39)

(c) Kertas Kerja Berdasarkan Huraian


Walaupun penulisan kertas kerja mempertahankan fakta, tetapi demi
keperluan kejelasan maklumat, kertas kerja perlu dipersembahkan bersama
huraiannya sekali. Menarik atau tidak huraian tersebut, berkait rapat
dengan keupayaan berbahasa yang kemas, tersusun dan sistematik. Walau
bagaimanapun, tidak semua penulis kertas kerja mampu menguasai bahasa

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


194  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

yang baik tatkala membuat huraian. Berikut merupakan satu lagi contoh
kertas kerja:

Potensi: Dalam erti kemungkinan-kemungkinan dalaman yang


tersedia ada. Dalam sesuatu yang dengan adanya usaha yang sesuai
yang dilakukan maka kesediaan dalaman itu akan terzahir,
menjelmakan kebaikan atau kegemilangan serta kesempurnaannya
atau aspek-aspek yang ada kesempurnaannya: seperti potensi yang
ada pada benih, dengan adanya usaha-usaha dengan kesuburan
tanah dan kebaikan hawanya, maka keluarlah keindahan dan
kesempurnaan pokok dari potensi benih itu.
(Uthman El-Muhammady, 2002 . „Potensi Teori dan Kritikal Takmilah
dalam Pembinaan Karya Sastera Islam‰)

Sekiranya diteliti, penulis kertas kerja ini cuba menghuraikan potensi berkaitan
teori dan kritikal berdasarkan kepada Teori Takmilah dalam pembinaan karya
sastera Islam dalam bahasa Melayu. Ternyata huraian yang dibuat mirip kepada
bahasa Arab. Ayat yang dipakai terlalu panjang dan terlalu banyak
menggunakan perkataan „yang‰, selain tanda bacaan (:). Dengan demikian,
huraian yang dibuat menjadi kabur kerana tidak ada ayat pendek dan
huraiannya mengikut satu-satu perkara. Dalam konteks ini, sewajarnya kertas
kerja ini ditulis dalam bahasa Melayu tulen dan tidak mirip kepada bahasa Arab.

9.2 BAHASA MELAYU DALAM PENULISAN


RENCANA
Salah satu aktiviti dalam tulisan ialah penulisan rencana, sama ada untuk
majalah ataupun akhbar. Bahasa Melayu yang digunakan dalam penulisan
tersebut terikat dengan format atau bentuk rencana itu. Pada dasarnya, sebuah
rencana menggunakan bahasa untuk menerangkan konsep, huraian konsep dan
perkara, seterusnya membuat analisis topik tersebut. Dengan demikian, bahasa
yang dipakai terdapat dalam pelbagai bentuk terangkum di dalamnya bahasa
mudah, terus dan terfokus. Perhatikan bentuk-bentuk rencana yang berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  195

9.2.1 Rencana Menerangkan Konsep


Bahasa Melayu yang digunakan dalam menulis rencana bentuk ini ialah bahasa
yang langsung kepada konsep yang hendak dibincangkan. Lihat petikan yang
berikut:

Pada umumnya, industri kecil ditakrif sebagai industri yang


menggunakan modal kurang daripada RM250 000 atau menggunakan
pekerja kurang daripada 50 orang. Industri ini boleh ditempatkan di
bandar ataupun di luar bandar.
(Chamuri Siwar, 1998. „Industri Kecil: Strategi, Masalah dan
Prospek‰ dlm. Dewan Masyarakat, hlm. 10)

9.2.2 Rencana Menggunakan Pertanyaan


Rencana dalam bentuk ini mengemukakan beberapa pertanyaan dalam bentuk
ayat tanya berkaitan dengan satu-satu topik atau isu dengan tujuan menarik
perhatian pembaca. Lazimnya, cara demikian bertujuan menggerakkan minda
pembaca kepada persoalannya. Lihat petikan yang berikut:

Kecoh surat layang ini mengingatkan kita kepada peribahasa Inggeris


yang berbunyi, „Mereka yang tinggal dalam rumah kaca, jangan baling
batu‰. Kenapa? Rata-rata surat layang adalah bermotif hitam. Pihak
lawan diserang habis-habisan secara peribadi oleh pembuat surat layang
itu. Dapatkah mangsa surat layang itu mempertahankan dirinya?
(Shamsul Amri Baharudin, 1993. Dewan Masyarakat, hlm. 6)

Sebenarnya, ada banyak contoh rencana menggunakan ayat tanya itu dalam
majalah ataupun akhbar. Ayat tanya ini terdapat juga secara lisan ataupun dalam
teks ucapan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


196  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

9.2.3 Rencana Berbentuk Ulasan


Keupayaan seorang penulis bukan sahaja menyampaikan fakta, tetapi juga
membuat ulasan berkaitan sesuatu fakta ataupun isu. Menarik atau tidak ulasan
yang diberikan bergantung pada penggunaan kata-kata dan gaya bahasanya.
Sesetengah penulis mempunyai keistimewaan berbahasa mengulas sesuatu
secara artistik dengan memanipulasi bahasanya. Walau bagaimanapun, bukan
semua orang mampu menulis atau mengulas demikian. Pada umumnya,
kebanyakan penulis menggunakan bahasa biasa. Lihat contoh yang berikut:

Setelah banyak menghasilkan novel untuk bacaan kanak-kanak dan


remaja, akhirnya Othman Puteh menceburkan diri dalam penulisan novel
untuk orang dewasa. Novel Munajat di Perkebunan ialah novel sulung
Othman Puteh dalam kategori novel dewasa. Namun, minat beliau
terhadap tema yang dikemukakan dalam novel ini bukanlah suatu yang
baru. Novel ini lahir berdasarkan dua buah cerpennya, iaitu „Seorang
Pengembara‰ (Dewan Masyarakat, Jun 1991) dan „Sang Pengembara,
Isteri dan Perkebunan Teh‰ (Dewan Masyarakat, September 1992).
(Hamzah Hamdani, 1991. „Munajat di Perkebunan‰ dlm.
Siri Buku Dewan Masyarakat, April, hlm. 4)

9.2.4 Rencana Berbentuk Polemik


Apakah yang anda faham dengan konsep polemik? Apakah kaedah yang anda
rasakan perlu dalam penulisan rencana berbentuk polemik? Rencana bentuk
polemik berkait rapat dengan satu-satu isu berhubung dengan topik-topik
tertentu. Penulis menggunakan bahasa dalam pelbagai ragam selaras dengan
hujah-hujah sesuatu polemik. Seorang penulis yang baik akan menggunakan
bahasa yang menarik, padat, dan kadangkala penuh dengan kias ibarat. Tidak
kurang juga dalam rencana bentuk ini, ada bentuk bahasa yang bersifat sindiran.
Pendek kata, terpulanglah kepada kemampuan penulis itu menggunakan bahasa
biasa atau sebaliknya. Ikuti petikan yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  197

Berdasarkan dua idealisme yang berbeza inilah, maka „faedah‰


sebagaimana diamalkan dalam sistem kewangan Barat sekarang, tidak
dikenali dalam Islam. Dalam sistem Islam, pemberi hutang diasaskan atas
semangat persaudaraan dan bantu-membantu dan bukan suatu cara
untuk mencari untung. Sebaliknya, dalam sistem Barat, soal riba tidak
pernah dibangkitkan kerana dalam sistem tersebut, keuntungan itulah
yang menjadi asas kepada pemberian ataupun penerima hutang.
(Mahmood Zuhdi Majid, 1993. Antara RibaÊ dan Faedah Bank, hlm. 25)

Petikan tersebut menunjukkan bahasa biasa yang tersusun dalam struktur ayat
bahasa Melayu yang dipakai bagi menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu.
Isu di sini ialah riba dan pinjaman berdasarkan sistem kewangan Barat dan
Islam. Penulis berjaya menjelaskan secara kasar akan isu itu dengan bahasa
mudah.

9.2.5 Rencana Berbentuk Politik


Rencana dalam bentuk ini disampaikan dalam bahasa yang mudah, namun
kadangkala bahasa Melayu yang digunakan dalam rencana ini menjadi sulit
disebabkan terdapatnya istilah-istilah politik. Perhatikan rencana yang berikut:

Perasaan anti-Semitisme memberi peluang untuk melepaskan kebencian


terhadap orang kaya dan hal ini berjaya tanpa melibatkan golongan
sosialis proletar. Sebenarnya, bukannya kapitalisme orang kaya tetapi
orang yang mencari keuntungan berlebihan yang menjadi bahan
kemarahan. Sesetengah orang menjadi ternama sebagai ahli bank
antarabangsa dan menjadi pengetahuan ramai bahawa mereka membina
dasar bagi mengukuhkan pengaruh mereka.
(H. Lasswell, 1978. Politik: Siapa Mendapat Apa,
Bila dan Bagaimana (terjemahan), hlm. 31)

Berdasarkan contoh-contoh tersebut, ternyata bahasa Melayu mengisi keperluan


penulisan rencana. Penggunaan bahasa Melayu mampu mengikuti apa jua
format rencana, sama ada bahasa biasa, ayat selapis, ayat berlapis, ataupun ayat
majmuk. Sehubungan dengan itu, rencana juga dapat dipersembahkan dalam
bahasa yang dilengkapkan dengan peribahasa, puisi, ataupun kata-kata hikmah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


198  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Terpulanglah kepada gaya bahasa yang dipilih. Contoh-contoh lain dapat


diperoleh dalam majalah dan akhbar.

AKTIVITI 9.2

Istilah-istilah politik seringkali digunakan dalam penulisan berbentuk


politik. Pada pandangan anda, adakah seseorang penulis itu perlu
mempunyai asas yang baik dalam bidang politik untuk menghasilkan
rencana yang bermutu? Bincangkan.

9.2.6 Rencana Ketenteraan


Sesuai dengan perkembangan masa, bahasa Melayu turut mengisi bidang
ketenteraan dan pertahanan. Beberapa istilah dan konsep dalam bidang tersebut,
dapat dijana dalam bahasa Melayu selain daripada menerima kemasukan bahasa
Inggeris. Hal ini menunjukkan bahasa Melayu mampu digunakan dalam bidang
ini. Selain daripada istilah persenjataan, bahasa Melayu digunakan juga dalam
arahan, pentadbiran, dan strategi peperangan. Sila rujuk Rajah 9.1 untuk melihat
contoh majalah rencana ketenteraan.

Rajah 9.1: Contoh majalah Perajurit yang banyak memaparkan rencana berbentuk
ketenteraan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  199

AKTIVITI 9.3

1. Anda diminta menulis kembali suatu temu ramah terhadap seseorang


tokoh yang terkemuka dalam bidangnya. Tulisan tersebut hendaklah
diolah sebagai suatu artikel yang menarik. Panjangnya tulisan tersebut
adalah antara 1,500 dan 2,000 patah perkataan.
2. Anda diminta menulis dalam bahasa Melayu satu konsep atau
konsep-konsep disiplin ilmu (akademik) yang menjadi teras
pengajian anda pada peringkat Sarjana Muda ini. Tulisan anda itu
sedapat-dapatnya sesuai untuk dijadikan teks sekolah rendah
ataupun menengah rendah. Panjangnya tulisan itu hendaklah
antara 1,000 dan 1,500 patah perkataan.
3. Bina jadual persamaan dan perbezaan enam bentuk rencana yang
telah dibincangkan.

9.3 PENULISAN KREATIF (PUISI)


Bahasa Melayu telah menunjukkan kemampuan yang tinggi dalam penulisan
deskriptif dan juga kreatif. Dalam bidang kreatif, bahasa Melayu menunjangi
penghasilan karya puisi tradisional seperti pantun, syair dan gurindam.

Hasil daripada pertembungan dengan budaya Barat, sajak muncul sebagai genre
baharu dalam penulisan puisi. Berbeza dengan puisi tradisional, sajak
merupakan cetusan perasaan, fikiran dan tanggapan penulisnya terhadap diri,
alam sekitar dan persoalan manusia.

Bertolak daripada sifatnya yang bebas, walaupun terikat dalam bait-bait, sajak
dicetuskan secara seni dengan menggunakan bahasa yang ekonomi tetapi
berkesan. Keistimewaan sajak itu, bukan di dalam kata-kata semata-mata, tetapi
terhimpun di dalam imej dan mesejnya. Ada pelbagai bentuk sajak yang
dihasilkan dalam penulisan kreatif.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


200  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

AKTIVITI 9.4
Dalam satu-satu persembahan kebudayaan berbentuk tarian kreatif,
seringkali kelihatan para penari berusaha menjelmakan gerak tari
yang indah dan sempurna serta mempunyai bahasanya yang
tersendiri. Pada pandangan anda, adakah penulisan kreatif juga
mempunyai bahasanya yang tersendiri yang perlu dihayati secara
mendalam untuk memahami maksudnya? Bincangkan.

9.3.1 Sajak Berlambang dan Imej


Selain dicipta untuk mengungkapkan permasalahan dan rasa peribadi, sajak
yang baik mempunyai lambang-lambang dan imej tertentu. Ada kalanya, sajak
tersebut memaparkan hal yang berkait rapat dengan pergolakan tanah air.
Perhatikan puisi ciptaan Puzi Hadi di bawah ini.

aku rakyat BALING


balingnya BALING
Kedah hak BALING
BALING BALING
Raja Bersiung pun BALING
Ayam tak makan padi BALING
Ba alif lam ya nga BALING
darurat BALING
Bandit tu komunis BALING
Tunku Abdul Rahman BALING
Chin Peng BALING

Berdasarkan puisi itu, pelbagai tafsiran dapat dibuat dari sudut lambang dan
imej dalam puisi. Persoalannya, bagaimanakah sajak ini menyatakan lambang
dan imej dalam bahasa dengan ejaan yang berbeza? Di sinilah istimewanya
ciptaan kreatif itu. Menghimpunkan persoalan rakyat di Kedah, khususnya di
daerah Baling, dengan kisah darurat, komunis, dan rundingan damai antara
Tunku Abdul Rahman dengan setiausaha agung komunis Chin Peng. Jauh dari
sudut pandangan kasar, apakah maksud BALING itu? Persoalan ini meminta
anda memerah minda memecah lambang dan imej itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  201

9.3.2 Sajak Artistik dan Puitis


Seorang penulis sajak mestilah berupaya mencari kata-kata puitis bagi
menghasilkan sajak untuk membangunkan sajak yang bersifat puitis. Di
kalangan penulis Malaysia, Usman Awang adalah salah seorang penulis puisi
aliran romantisme yang banyak menghasilkan sajak puitis bersifat artistik
dengan persoalan-persoalan kemanusiaannya. Ada banyak sajak yang dihasilkan
oleh Usman Awang sepanjang pelibatannya dalam Angkatan Sasterawan Â50.
Sekadar contoh, perhatikan sajak yang berikut:

Sajak buat Kekasih

Akan kupintal buih-buih menjadi tali


mengikatmu
akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu
akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

Sajak ini begitu romantis diucapkan dalam bahasa puitis berdasarkan kepada
alam sekitar yang digarap melalui laut, gelombang dan bintang-bintang. Ciptaan
Usman Awang ini kemudiannya dijadikan lagu dengan irama sentimental oleh
Saree seorang penyanyi dari Seremban.

Usman Awang juga menulis sajak „Gadis di Kuburan‰, „Ke Makam Bonda‰ dan
„Pengembara yang Pulang‰. Perhatikan sajak yang berikut pula:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


202  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Kujabat mesra tangan ayah


urat-urat daging-daging tua keras terasa
mataku tersenyum, matanya menyapa
anak yang pulang disambut mesra.
Tapi matanya, mata yang menatapku
kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi
garis-garis putih lesu melingkungi hitam suram
suatu kelesuan yang tidak pernah dipancarkan dulu.
kelibat senyum matanya masih jua ramah
akan menutup kepadaku kelesuan hidup sendiri
bagai dalam suratnya dengan kata-kata riang
meminta kupulang menikmati beras baru.
(Kamaruzzaman A. Kadir, 1989. Puisi Sepanjang Zaman, hlm. 217)

Berdasarkan sajak „Mata Ayah‰ tersebut, perhatikan bait-bait dalam sajak itu
ditulis dengan bahasa yang halus dengan makna yang tajam bagi melindungi
maksud yang tersirat di dalam mata ayah secara artistik di dalam: „urat-urat
daging-daging tua keras terasa, kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi, garis-
garis putih lesu melingkungi hitam suram‰.

Dalam kalangan generasi muda, terdapat penulis yang menulis sajak secara
artistik dengan bahasa yang puitis. Antara penulis itu termasuklah Zaihasra
yang menulis sajak berjudul „Lautan di Waktu Subuh‰. Sajak ini memenangi
Hadiah Sastera 1973. Ikuti sajak ciptaan Zaihasra ini:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  203

Lautan di Waktu Subuh

Ianya tidak mengharukan sepi tidak juga. Lautan di waktu subuh


ianya tidak bengis tidak juga dahsyat
Lautan di waktu subuh
ianya seorang gadis yang baru merasai
nikmat keriaan hidup di malam pernikahan
melimpah keriangan membanjiri jasadnya
nikmat meliputi mempesonakan.
Mau disuarakan ke seluruh dunia
tapi dalam genta keriaan subuh itu
ianya malu apabila mengenang sekian
yang mengerikan buat pertama kalinya
namun itulah kemesraan – lembut dan malu!
Lautan di waktu subuh
ianya gadis yang menghirup rindu
dengan rahsia sebuah malu.
Lautan di waktu subuh
di mana langit dan lautan bertemu di hujungnya
adalah pemandangan yang menakjubkan
riak mengusik gelombang beralun, ombak berteriak
adalah peralihan waktu, fajar sinar dewasa.
(Kumpulan Sajak-sajak Hadiah Sastera 1971–73, hlm. 129)

Pengucapan sajak ini dalam nada yang lembut, dituturkan dalam bahasa yang
puitis tersimpul di dalam bait-baitnya. Perhatikan: „ianya tidak mengharukan
sepi tidak juga, ianya tidak bengis tidak juga dahsyat, ianya seorang gadis yang
baru merasai nikmat keriaan hidup di malam pernikahan, melimpah keriangan
membanjiri jasadnya, nikmat meliputi mempesonakan‰. Bait-bait itu
menunjukkan penyusunan kata-kata begitu rapi dalam perkataan yang halus,
tetapi mampu melindungi maksud yang tersembunyi dalam menceritakan di
malam pernikahan gadis itu. Pengucapan sajak ini dalam irama yang sangat
romantis tetapi berkesan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


204  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

9.3.3 Sajak Protes dan Kabur

Rajah 9.2: Ilustrasi lakaran kartun berhubung dengan konsep „kabur‰


Sumber: Pelita Bahasa, November 1992, hlm. 11

Dalam sejarah perkembangan karya kreatif puisi ini, terdapat karya-karya kabur
dan bersifat protes. Rajah 9.2 menunjukkan satu contoh penggunaan konsep
kabur dalam lakaran kartun. Karya tersebut ditulis dalam bahasa yang sinikal,
menyindir dan mengkritik kehidupan sosial di negara ini, terutamanya pada
sekitar tahun 1960-an dan 1970-an. Pengucapan sajak ini, ada kalanya dalam
nada yang keras dan ada kalanya penuh rahsia. Walau bagaimanapun, bahasa
dalam sajak itu menempuh suatu keadaan yang sukar difahami disebabkan
kemahuan penulisnya menghapuskan struktur ayat yang biasa. Dalam masa
yang sama, penyair memutuskan satu-satu hubungan idea dan melindungi
maksud dalam kata-kata yang simbolik. Antara penulis yang dapat digolongkan
di sini termasuklah Noor S.I., A.S. Amin dan Kasim Ahmad. Perhatikan sajak
yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  205

Senja
Di laut. Ada cermin di muka air berwarna.
Usia berlalu di bawah neraca. Tua.
Bulan mengambang sedang wajah di kamar. Mengalir
Seribu kepala menghitung rancangan beracun.
Ombak menempa di pantai. Hatinya di pasir.
Terbenam sebilah belati di dada berdarahlah setahun.
Di bumi. Tinggal petualang di pintu cinta buta.
Hidup berhias rasa manusia. Bersama.

Puisi tersebut diucapkan seolah-olah tergantung-gantung dan melantun antara


satu situasi kepada satu situasi yang lain disebabkan penghapusan struktur ayat
pada bait-baitnya. Apakah yang ada di laut? Apakah ada cermin di muka air
berwarna? Apakah kaitannya dengan usia yang berlalu di bawah neraca itu dan
apakah hubungannya dengan perkataan tua? Begitu juga dalam bait-baitnya,
iaitu „mengalir seribu kepala menghitung rancangan beracun‰ dengan „pantai
berombak‰ ataupun „hatinya di pasir‰ dan „terbenam sebilah belati di dada
berdarahlah setahun‰. Oleh itu, sajak ini menyimpang daripada kebiasaan
struktur berbahasa yang berkait walaupun dipuisikan.

Seterusnya, lihat pula sajak yang ditulis Noor S.I. dalam sajak „Rahsia Sajak‰
yang berikut:

Ada sajak telanjang di dalam daerah neraka panjang


Bonda menangis panjang pada anak neraka miang
Mati anak petualang terlalu dahaga di tengah padang 
Antara suara jalang dalam pertukaran musim memanjang.
Sekarang sajak liar pemeluk cerita daerah terbiar.
Antara tangisan menggelepar di tanah jajahan yang melebar
Seluruh manusia lapar dalam rindu kasih mendapar.

Walaupun sajak „Rahsia Sajak‰ ini lebih mudah daripada sajak „Senja‰ yang
ditulis oleh A.S. Amin, namun sajak ini mula menunjukkan maksud yang nyata
iaitu protes. Penyair memprotes daerah yang terbiar, iaitu sebuah jajahan dengan
manusia yang dibelenggu kemiskinan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


206  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Sehubungan dengan hal itu, sajak-sajak protes mula muncul dengan


menggunakan bahasa puitis dalam sajak-sajak yang ditulis terutamanya oleh
Kasim Ahmad. Selain daripada sajaknya yang kontroversi, iaitu „Tuhan Sudah
Mati‰, Kasim juga mencetuskan sajak protes bertajuk „Dialog‰. Ikuti sajak yang
berikut:

Tidurlah ibu
Kita manusia kerdil
Siang membanting tulang
Malam menanggung bimbang.
Ada besok maka pasti ada suria
Aku akan pergi
Dengan seribu Jebat si anak tani
Kian lama kita mati dalam setia
Kali ini kita hidup dalam derhaka!
(Kamaruzzaman A. Kadir, 1989. Puisi Sepanjang Zaman, hlm. 103)

Berdasarkan sajak „Dialog‰ itu, penggunaan bahasa yang puitis dalam ayat
pendek mendorong kita mencari makna tersembunyi dalam bait-bait itu.
Perhatikan kehalusan bahasa dalam; „tidurlah ibu, kita manusia kerdil‰,
semacam perasan pesimistik mengenai kehidupan rakyat miskin. Namun, dalam
bait yang berikutnya ditegaskan perubahan masa akan menyebabkan perubahan
perjuangan yang dilambangkan dalam bait „seribu Jebat si anak tani‰ yang
dikuatkan pula dalam baris yang berikutnya: „kian lama kita mati dalam setia,
kali ini kita hidup dalam derhaka‰.

9.3.4 Sajak Berunsur Agama


Meneliti perkembangan sajak dalam bahasa Melayu, selain daripada bertemakan
cinta dan persoalan alam persekitaran, terdapat juga sajak-sajak berunsur agama
dan dakwah. Sajak tersebut dihasilkan dalam bahasa yang puitis, kemas dan
dicetuskan dengan perasaan yang halus bagi menggambarkan maksud
kekerdilan manusia di sisi Tuhan. Antara penyair yang menulis sajak ini
termasuklah A. Samad Said. Sajak yang dimaksudkan itu berjudul „Kita Ini
Tetamu Senja‰. Ikuti sajak tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  207

Kita datang ini hanya tetamu senja


Bila cukup detik kan baliklah kita kepada-Nya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada.
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.
Pada tetamu yang datang kenal jalan pulang
Bawa balik mesra pada Tuhan kepada insan
Pada tetamu datang dan lupa jalan pulang
Usah derhaka pada Tuhan pada insan
Bila kita lihat manusia punya tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf – kita ini punya kiblat
Segera kita ingat – kita ini punya tekad.

Puisi yang dicipta oleh A. Samad Said (Rajah 9.3) ini penuh dengan kata-kata
simbolik berkaitan dengan manusia yang hidup sebentar saja di dunia ini.
Seperti yang terungkap dalam bait pertamanya: „kita datang ini sebagai tetamu
senja‰. Bait tersebut diungkapkan dalam ayat yang sempurna. Demikian juga
dalam bait-bait yang berikut yang menggambarkan kehidupan manusia yang
akan menghadapi Tuhan dengan segala amalannya. Puisi itu menyimpulkan
ingatan kepada manusia seperti yang terungkap dalam bait: „segera kita insaf –
kita ini punya kiblat‰. Kehalusan puisi ini dengan bahasa yang puitis dirasakan
lebih puitis lagi apabila kumpulan Kopratasa menyanyikan lagu ini sebagai
sebuah lagu puisi.

Rajah 9.3: A.Samad Said – Sasterawan Negara

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


208  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

9.3.5 Sajak Eksperimental


Dalam tahun 1970-an dan 1980-an, telah muncul sajak eksperimen dengan
bahasa yang mengubah tabii bahasa Melayu. Antara sajak eksperimen itu,
termasuklah sajak yang langsung tidak menggunakan bahasa, hanya berstruktur,
berselindung dan amat ekonomik. Ada sajak eksperimen yang ditulis
berdasarkan bunyi-bunyi bukan kata-kata, kononnya sajak 2V: visual dan vokal.
Perhatikan sajak yang ditulis oleh A. Ghafar Ibrahim.

„Tak tun tak


Tak tun tak
Tak tun tak tun
Tak tun tak tun
Tak tun tak tun tak
Tak tak tun tak tun
Tak tun tun tun tak
Tak tun tak tun tak
Tak tun tak tun tak tun tak tun
(A.Ghafar Ibrahim, 1990. Tan Sri Bulan)

Sesungguhnya, karya puisi adalah suatu karya kreatif yang unik – dapat
menggunakan bahasa yang cukup ekonomik, tetapi puitis bagi menyampaikan
mesej tertentu. Bahasa Melayu yang digunakan ialah bahasa artistik yang
menunjangi kehalusan pengucapan puisi itu. Kekuatan bahasanya menjadi
prasyarat kepada kehalusan karya tersebut bagi menyampaikan mesej melalui
lambang-lambang atau imej tertentu. Kebijaksanaan seorang penyair dan
keistimewaannya terhimpun dalam kata-kata lewat puisi itu, sama ada ia
seorang yang menguasai kekuatan berbahasa ataupun sebaliknya. Demikian juga
dalam karya kreatif yang lain seperti novel dan cerpen.

9.4 PENULISAN KREATIF (CERPEN)


Dalam erti kata yang ringkas, sebuah cerpen ialah hasil karya kreatif yang
menceritakan kisah manusia, haiwan dan alam sekitar yang terbatas kepada
sesuatu peristiwa. Penulisan cerpen menggunakan bahasa yang beragam, sama
ada dalam bentuk prosa ataupun diselang-selikan dengan puisi dan ada kala
juga cerpen ditulis dalam bentuk drama. Walau apa pun sifatnya, ada cerpen
yang ditulis lebih daripada 10,000 perkataan. Kesimpulan yang dapat dibuat,
sebuah cerpen terikat dalam satu tema, satu persoalan, dan satu kesatuan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  209

pengalaman yang digubah melalui beberapa teknik. Dalam pada itu, cerpen
dipersembahkan kepada pembaca dengan kekuatan imaginasi dan menyatakan
mesejnya sama ada secara terang ataupun tersembunyi dalam lambang-lambang
yang tertentu. Rajah 9.4 menunjukkan contoh illustrasi kartun yang
menggunakan penulisan kreatif.

Rajah 9.4: Ilustrasi lakaran kartun bertemakan „Penulisan‰


Sumber: Harian Metro, 2 April 2003

AKTIVITI 9.5
Karya-karya penulisan bersifat eksperimental seringkali dianggap
sebagai cubaan untuk mewujudkan kelainan. Pada pandangan anda,
adakah penghasilan karya- karya seperti ini dapat membantu
memperkaya penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat?
Bincangkan bersama rakan anda dan bentangkan di dalam kelas.

Meneliti perkembangan cerpen di Malaysia, terdapat beberapa corak penulisan


yang digunakan, sama ada pada permulaannya, pertengahannya, ataupun di
akhir cerpen itu. Salah satu unsur yang menyebabkan cerpen diminati ramai
adalah kerana kemampuan penulisnya memilih kata-kata ataupun ayat-ayat
yang cukup menarik. Kita ambil contoh beberapa cerpen yang akan
dibincangkan dalam bahagian seterusnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


210  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

9.4.1 Permulaan Cerpen dengan Deskripsi

Pagi masih muda. Pancaran matahari belum mampu menyebarkan


cahayanya ke setiap inci rimba alam. Keredupan pagi berpadu bersama
kedinginan rimbun hijau pepohon kayu yang memagari Kampung Paya
Redang. Sana sini masih berlagu-lagu lagi bunyi kokokan ayam yang
serak-serak basah. Siulan burung yang berkicau bersama kokok ayam
merupakan mukadimah bagi Paya Redang untuk menerima pagi.
(Haslinda Nasir, 1987. „Hitam‰ dlm. Dewan Siswa, hlm. 29)

Bahagian permulaan cerpen ini ditulis dengan menggunakan bahasa alam yang
mengadunkan matahari, rimba alam bersama kedinginan rimbun hijau pepohon
kayu. Kesyahduan itu dilengkapi pula dengan kokok ayam dan nyanyian
beburung di Kampung Paya Redang bagi menyambut kedatangan pagi.
Kelembutan bahasa ini meresap ke dalam rasa indah yang sesuai dengan
kehidupan Kampung Paya Redang pada pagi yang bening.

9.4.2 Permulaan Cerpen dengan Pertanyaan


Salah satu gaya bahasa dalam cerpen ialah menggunakan dialog antara watak
dengan mengemukakan pertanyaan-pertanyaan bagi mengembangkan
penceritaannya. Teknik pertanyaan itu menghidupkan suasana dan rasa ingin
tahu dalam kata-kata yang digunakan. Kekuatan bahasa dalam pertanyaan ini
menunjukkan kehalusan dan ketepatan maksud yang hendak disampaikan.
Lihat cerpen yang berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  211

„Pagi ini hendak suruh Azman beli kuih apa?‰ Pak Zahar tidak
menjawab.
„Hendak beli kuih apa?‰ ulang Mak Jah.
„Celaka!‰ Tiba-tiba sepatah Pak Zahar menjawab.
„Apa?‰ soal Mak Jah. Dia seolah-olah tidak pecaya pada apa yang
didengarnya.
„Saya tanya hendak beli kuih apa?‰ ulang Mak Jah sekali lagi.
„Celaka!‰ jawab Pak Zahar.
„Hah, mengapa abang jawab macam itu? Mengapa Abang maki macam
itu?‰ Mak Jah berkata dengan perasaan terharu.
(Ismail Restu, 2001. „Angin Ahmar‰ dlm. Dewan Sastera, hlm. 24)

Persoalan yang timbul dalam menggunakan ayat tanya itu ialah mengapa Pak
Zahar menyebut celaka? Apa yang celaka? Siapakah yang celaka? Atau, kejadian
celaka yang mana menimpa keluarga itu? Oleh hal yang demikian, satu
pendekatan ayat tanya merupakan ciri bahasa Melayu yang dinamik.

9.4.3 Permulaan Cerpen dengan Bidalan


Penceritaan dengan menggunakan bidalan, perumpamaan, ataupun peribahasa
Melayu merupakan kebiasaan dalam pertuturan ataupun penceritaan dengan
harapan maksud yang hendak dinyatakan itu dapat disampaikan secara halus
namun berkesan. Dengan menggunakan bidalan, penggunaan kata dapat
dijimatkan dan maksud yang hendak disampaikan lebih bermakna. Ikuti petikan
cerpen yang berikut:

Sampai mati pun ayah tak akan tunduk. Abang pun hampir-hampir sama
perangainya dengan ayah, degil dan keras kepala, kepala batu. Bengkok
batang, bengkoklah bayangnya, kata orang-orang tua. Dan untuk
mendamaikan dua orang berkepala batu, adalah suatu perkara yang
betul-betul rumit.
(Shahnon Ahmad. „Di Tengah Keluarga‰ dlm. Mohd. Yusuf Hasan, 1990.
Shahnon Ahmad Sasterawan Negara, hlm. 75)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


212  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Berdasarkan petikan cerpen tersebut, penggunaan bidalan bagi menggambarkan


watak ayah dan abang terhimpun dalam bidalan kepala batu, bengkok batang,
dan bengkoklah bayang. Bidalan tersebut cukup kuat bagi menyatakan dua
orang yang keras hati serta sukar bertolak ansur. Penggunaan bidalan itu sudah
cukup bagi menyatakan sifat wataknya.

AKTIVITI 9.6

Pernahkah anda membaca hasil-hasil karya cerpen atau „cereka


pendek‰ dalam majalah-majalah atau akhbar-akhbar tempatan? Pada
pandangan anda, apakah sumbangan karya-karya seperti ini kepada
masyarakat? Sejauh manakah syarikat-syarikat korporat tempatan
dapat membantu mengembangkan penghasilan karya-karya penulisan
cerpen ini, khususnya dalam kalangan golongan remaja?

9.4.4 Penceritaan Cerpen dengan Bahasa Puitis

Walaupun bahasa puitis jarang-jarang dijadikan media penceritaan, namun


dalam sejarah perkembangan cerpen Melayu, penceritaan dalam bahasa yang
puitis ini tetap wujud. Di Indonesia dan Malaysia, dua tokoh yang menulis
cerpen secara puitis ialah Amir Hamzah dan Usman Awang. Kedua-dua penulis
ini merupakan penulis romantisisme tetapi mempunyai kekuatan berbahasa
yang luar biasa. Kita ikuti tulisan Amir Hamzah:

Tuan Puteri Kedayung Kapas itu, kesepuluhnya menyembah, lalu


mengundur diri, mengesot ke belakang perlahan-lahan. Bangkitlah mak
inang lalu duduk di tepi tilam tujuh bertindih, lalu mengumpul bunga
melur yang terselit-selit di urai Tuan Puteri yang terajah itu.

„Engkau yang tidur dengan daku, mengharumkan rambutku dan


mengawani daku sepanjang malam tapi engkau hanya bunga. Tidak ada
hati, bermata kepala, tak tahukan suka-duka, dan tidak sedar hati rindu
yang memanggil-manggil. Maka, bagaimanakah rupanya rasa menjadi
permaisuri, dijunjung tinggi, ditayang-tayang, dirum-rum, dipuja- puja
tapi semuanya hampa belaka. Aku sendiri kesunyian⁄.‰

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  213

Jatuhlah permata dua buah ke atas bantal seragam itu lalu hancur
membasahi bunga seroja terapung dipuja. Angin membawa lagu biduan,
keras lemah, timbul tenggelam, lagu Melayu, suara orang seberang.

„Biduan yang baru, gadis Siak itu,‰ bisik mak inang, „yang digila-gilakan
oleh baginda.‰
(Amir Hamzah, 1962. Raja Penyair Pujangga Baru.
Himpunan H. B. Jassin, hlm. 83–84)

Meneliti penggunaan bahasa dalam cerpen itu, beberapa tanggapan dapat


disimpulkan. Cerpen ini, walaupun mengisahkan sejarah di Siak suatu ketika
dahulu, dipersembahkan dalam bahasa yang cukup puitis pada zaman Pujangga
Baru dalam tahun 1930-an. Amir Hamzah, yang berasal daripada keluarga diraja
Langkat, Sumatera dikenali sebagai penulis yang mempunyai bahasa puitis,
lembut dan bersifat sentimental. Perhatikan dalam cerpen itu, lukisan suasana
puteri yang dikelilingi dayang-dayangnya. Seterusnya, ikuti luahan perasaan
puteri yang tertekan walaupun disanjung, dilayani atau dipuja- puja tetapi
penuh dengan kesunyian. Penyeksaannya tergambar pada akhir petikan itu, iaitu
kehadiran seorang biduan gadis dari Siak yang digilai oleh raja – suaminya.

9.4.5 Penceritaan Cerpen dalam Bentuk Surat


Salah satu teknik penceritaan dalam cerpen ialah menggunakan bentuk surat.
Terdapat beberapa buah cerpen yang ditulis dalam bentuk ini. Sebagai contoh,
Hamka, pengarang tersohor dalam tahun 1930-an menggunakan bentuk surat
dalam cerpen-cerpennya yang terhimpun dalam Menunggu Beduk Berbunyi.
Lihat petikan cerpen tersebut:

Saudara Shamsudin!

Dengan ringkas, saya menyatakan kepada saudara bahawa surat saudara


yang saudara kirimkan kepada Shamsiar telah saya baca dan saya fahami.
Kesilapan saudara kerana saudara tidak tahu kedudukan perkara,
patutlah saya maafkan. Untuk menjelaskan, harus juga saya jelaskan
sudah lebih dari delapan bulan lamanya kami berkahwin.

Hasan
(Suami Shamsiar)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


214  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

Sebagai balasan Shamsudin terhadap surat Hasan itu, diperturunkan surat


tersebut.

Saudara Hasan!

Surat saudara telah saya terima dan telah saya maklumkan pula.
Dapatkah saudara kira- kirakan bagaimana tebalnya muka saya sehingga
dirasakan karam di bumi Allah ini saya pijak ketika saya membaca surat
itu. Seketika ternyata, Shamsiar itu telah menjadi isteri saudara. Maka
sebagai saudara baca sendiri, surat itu saya kirimkan ialah balasan
daripada suratnya sendiri yang dikirimkan kepada saya. Sesungguhnya,
saya sangka bahawa dia belum berkahwin.
Wassalam, (Shamsudin)
(Hamka, 1976. Menunggu Beduk Berbunyi, hlm. 78–79)

Setelah dibincangkan tentang penulisan cerpen dalam pelbagai teknik


pengucapan, ternyata bahasa Melayu yang digunakan mempunyai kemampuan
mengisi karya-karya kreatif. Bahasa Melayu ternyata berkeupayaan, bukan
sahaja untuk melukis suasana, menyampaikan cerita dalam bentuk surat, tetapi
juga mengisahkan suasana yang sangat puitis. Berdasarkan situasi itu, ternyata
bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang istimewa baik dari segi kata, rangkai
kata, ataupun ayat-ayatnya.

AKTIVITI 9.7

1. Dengan mengambil contoh-contoh tertentu, anda diminta menulis


dan menghuraikan bahasa retorik dalam bahasa Melayu mengikut
penggunaannya, sama ada politik, ekonomi, sosial, sukan,
ataupun komunikasi massa. Tulisan dan huraian itu mestilah
antara 1,000 dan 1,500 patah perkataan.

2. Anda dikehendaki menulis mana-mana genre penulisan kreatif,


sama ada dalam bentuk cerpen, skrip drama, ataupun ulasan
berkaitan dengan karya kreatif yang sesuai untuk sekolah rendah
ataupun menengah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  215

9.5 APRESIASI BAHASA MELAYU DALAM


PENULISAN
Sebagai suatu bahasa yang dinamik, bahasa Melayu mempunyai kekuatan dalam
kata- katanya, rangkai kata dan ayat-ayat yang dipakai. Sehubungan dengan itu,
bahasa Melayu bukan sahaja mampu digunakan seharian tetapi juga berupaya
menyampaikan maksud, amanat dan juga fikiran. Pada tahap yang tinggi,
bahasa Melayu mempunyai kekuatan mengungkap falsafah dalam diri,
kehidupan dan hubung kaitnya dengan persekitaran. Kekuatan tersebut bukan
sahaja terdapat dalam ucapan, syarahan, temu ramah, wawancara, pidato, tetapi
juga digunakan dalam forum-forum. Oleh itu, bahasa Melayu mempunyai
pendekatan yang tertentu untuk direalisasikan sebagai bahasa komunikasi
dalam khalayak ataupun menyampaikan ilmu kepada massa. Oleh yang
demikian, kita mestilah mempunyai tatacara yang tertentu untuk membuat
apresiasi terhadap bahasa Melayu dengan memahaminya secara harafiah, kosa
kata ataupun melalui analisis sintaksis ataupun yang bersifat menyeluruh.

9.5.1 Apresiasi Bahasa Melayu Secara Harafiah dan


Makna di Sebaliknya
Bahasa Melayu mempunyai keistimewaan dan untuk itu kita hendaklah
memahami kedudukan bahasa Melayu itu mengikut pendekatan tertentu. Secara
harafiah, kita melihat makna yang tersurat melalui pembentukan kata, tetapi lebih
jauh daripada itu bagaimana kata-kata itu terbentuk dan bagaimana pula maksud
yang timbul bukan sahaja dilihat dengan mata kasar tetapi hendaklah dilihat
dengan mata hati. Justeru, dalam pendekatan ini, kekuatan fikiran adalah penting
bagi melihat apa yang tersurat dan yang tersirat dalam bahasa Melayu itu.

Dalam bahasa Melayu, peribahasa, bidalan dan perumpamaan adalah suatu


bentuk bahasa yang mempunyai kekuatan dan makna yang ada di sebaliknya.
Secara harafiah, kita hanya melihat makna selapis sahaja, tetapi kita perlu
menyusur galur bagaimana terbentuknya peribahasa itu dan apakah yang
membangunkan kekuatannya. Kita perhatikan dalam simpulan bahasa ini:

Seperti tikus membaiki labu.

Dalam simpulan bahasa itu, ada dua benda yang berlainan dan berkaitan, iaitu
tikus dan labu. Yang nyata, dilihat dengan mata memang wujudnya tikus dan
labu. Namun dalam rangkai kata itu, tikus membaiki labu; apakah benar tikus
membaiki labu? Jelas tikus memang menjadikan labu sebagai makanannya. Oleh
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
216  TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU

hal yang demikian, bagaimana labu boleh dibaiki? Di sini ada dua alam yang
berbeza, iaitu kita boleh melihat tikus makan labu, tetapi yang terselindung di
sebalik itu ialah kemusnahan labu itu.

Demikian juga dalam pantun-pantun atau syair Melayu. Sebagai contoh, kita
perhatikan pantun yang berikut:

Kalau roboh kota Melaka,


Papan di Jawa saya dirikan;
Jika sungguh bagai dikata,
Nyawa dan badan saya serahkan

Secara harafiah, kita dapat melihat dua unsur alam dalam pantun itu, iaitu kota
yang runtuh dibangunkan dengan papan dari Jawa, manakala di satu pihak yang
lain, kita melihat jika benar kesungguhan kasih sayang itu nyawa dan badan
diserahkan. Namun begitu, secara lebih mendalam, bukan pantun kasih yang
dilambangkan pada kota, tetapi apakah yang berada di balik kota dan papan itu?
Melalui tafsiran mata hati, pantun ini bukan sebuah pantun kasih yang biasa, tetapi
adalah suatu simpulan kepada sejarah kota Melaka itu sendiri dalam konteks yang
lebih besar. Sejarah Melaka ada kaitannya dengan orang-orang di Jawa. Keruntuhan
Melaka juga ada kaitan dengan askar Jawa. Oleh hal yang demikian, kita memahami
bahasa puisi bukan secara harfiah sahaja, tetapi lebih daripada itu.

LATIHAN 9.1

Padankan jenis rencana berdasarkan petikan berikut :

1. Pada umumnya industri kecil ditakrifkan sebagai industri yang


menggunakan modal kurang daripada RM 250,000,00 atau
menggunakan pekerja kurang daripada 50 orang.
_____________________.

2. Setelah banyak menghasilkan novel untuk bacaan kanak-kanak


dan remaja, akhirnya Othman Puteh menceburkan diri dalam
penulisan novel untuk orang dewasa pula.
_____________________.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 9 PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU  217

 Dalam penulisan bahasa Melayu, terdapat pelbagai bentuk dan kaedah


penulisan.

 Penulisan-penulisan yang dihasilkan oleh masyarakat ini telah dijadikan


bahan kajian oleh pengkaji-pengkaji di peringkat universiti tempatan dan
luar negara.

 Menurut Muhammad Haji Salleh, keindahan puitika Melayu dapat


diapresiasikan dalam kehalusan kata, kedalaman makna dan kemerduan
melodinya.

 Kehalusan bahasa Melayu dapat dilihat daripada falsafah sosiobudaya


Melayu itu sendiri.

 Keistimewaan ini terpancar, bukan sahaja dalam pantun-pantun, syair,


gurindam dan seloka; malah dalam genre sastera Melayu yang lain
kemudiannya.

 Beberapa contoh dapat dikutip daripada puisi, cerpen, ataupun novel yang
ditulis oleh penulis-penulis tanah air dalam mengungkap perasaan dan
fikiran serta penyebatiannya berfalsafah.

Bahasa wawancara Rencana menerangkan konsep


Cerpen Rencana menggunakan pertanyaan
Puitis Sajak berlambang
Rencana berbentuk ulasan Sajak artistik

 
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik   Komunikasi
10 Lisan

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Membezakan bentuk-bentuk pengucapan;
2. Menyediakan bahan-bahan daripada beberapa sumber seperti
pengetahuan dan pengalaman sendiri;
3. Mengolah semula bahan yang dikumpul dalam bentuk ucapan
lisan yang dapat menarik perhatian khalayak; dan
4. Menyampaikan ucapan-ucapan yang berbeza mengikut jenis
khalayak dan tajuk dengan berkesan.

 PENGENALAN
Komunikasi lisan memainkan peranan penting untuk berinteraksi antara ahli
dalam masyarakat. Karya-karya sastera, adat istiadat, dan segala hukum-hakam
dihafal dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Setelah terciptanya tulisan, karya bertulis menggantikan karya lisan. Namun


begitu, bahasa lisan masih memainkan peranan yang penting kerana bahasa lisan
dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan lebih berkesan.

Idea-idea dan hujah-hujah bernas yang dikarang dalam bentuk tulisan dalam
sesuatu perbicaraan di mahkamah perlu disampaikan dalam bentuk lisan
dengan tujuan untuk meyakinkan para juri dan hakim. Untuk memberi kesan
yang mendalam, peguam perlu menggunakan kaedah pidato atau perbahasan
dengan petikan-petikan daripada perbendaharaan kata, peribahasa dan
penggunaan analogi yang dapat menarik perhatian dan memberi kesan kepada

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  219

para pendengar. Keberkesanan pendekatan yang digunakan, akan memberi


kesan yang lebih baik.

10.1 BENTUK-BENTUK PENGUCAPAN


Kita selalu mendengar dari khalayak ramai tentang ceramah yang diberikan oleh
tokoh-tokoh. Antaranya, „Ceramah yang disampaikan itu menusuk kalbu saya.
Kata-katanya tidak mudah saya lupakan.‰ Komen seperti itu adalah hasil
daripada penyampaian ucapan yang berkesan. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa kebolehan berpidato itu adalah kebolehan semula jadi dan tidak semua
orang boleh menyampaikan sesebuah ucapan. Apa pendapat anda?

Sebenarnya, walaupun secara semula jadi ada orang lebih berbakat daripada
orang lain dalam penyampaian komunikasi lisan tetapi hakikatnya ialah semua
orang boleh belajar untuk memperolehi bakat tersebut. Anda boleh
menyampaikan sesuatu ucapan dengan baik sekiranya anda mempelajari dan
melatih diri anda untuk menjadi seorang penceramah yang hebat. Dalam topik
ini, anda akan mengetahui beberapa teknik berkomunikasi secara lisan dengan
berkesan.

Pengucapan-pengucapan lisan dapat kita jeniskan kepada beberapa kategori.


Antara kategori tersebut ialah:
(a) Ucapan
(b) Syarahan
(c) Temu ramah
(d) Pengacaraan majlis
(e) Taklimat
(f) Pidato
(g) Forum
(h) Bahas
(i) Pengendalian mesyuarat
(j) Ulasan dan komentar

Ucapan komunikasi lisan yang dinyatakan di atas mempunyai ciri-ciri


persamaan yang dikongsi bersama. Dengan mengetahui ciri-ciri tersebut anda
telah bersedia untuk mengambil bahagian dalam semua jenis komunikasi
tersebut. Perbezaan yang terdapat antara jenis-jenis ucapan lisan itu akan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


220  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

dibincangkan setelah mengetahui ciri-ciri yang terdapat di dalam pengucapan


lisan tersebut.

10.2 CIRI-CIRI PERSAMAAN


Jenis-jenis pengucapan yang dinyatakan di atas walaupun berbeza-berbeza tetapi
mempunyai banyak persamaan. Ciri-ciri yang dikongsi ini boleh menjadi
pedoman kepada anda yang mahu berkomunikasi secara lisan. Persamaannya
akan dibincangkan dalam bahagian-bahagian seterusnya.

10.2.1 Persiapan Rapi


Walaupun komunikasi lisan adalah melalui pengucapan kata-kata tanpa tulisan,
ia masih memerlukan persiapan yang rapi. Persiapan rapi ini memerlukan anda
menulis kata- kata yang hendak anda ucapkan sebagai persediaan supaya tidak
terlupa apa yang ingin diperkatakan. Adakah mungkin anda dapat memberi
ucapan dengan berkesan sekiranya anda tidak membuat persiapan terlebih
dahulu? Persiapan ini bermula dengan mempunyai pengetahuan yang cukup
dalam skop ucapan yang anda akan sampaikan. Pada masa yang sama, anda
juga mesti mempunyai kecekapan berbahasa dalam bahasa yang akan digunakan
dalam komunikasi itu.

Pengetahuan yang mendalam dan luas serta cekap menggunakan bahasa dengan
berkesan adalah hasil daripada pendidikan dan latihan yang panjang. Kedua-
dua faktor tersebut adalah syarat utama sebelum seseorang itu boleh menjadi
jurucakap kepada sesebuah organisasi. Sebelum anda dipilih untuk menjadi
jurucakap anda tentu telah dikenal pasti oleh majikan anda sebagai orang yang
mengetahui semua perkara tentang organisasi anda.

Selain daripada penguasaan dalam kedua-dua perkara yang dinyatakan di atas,


seseorang pemidato dan penceramah yang berjaya harus mempunyai sikap suka
bertanya, suka mendengar, mempunyai kemahiran menganalisis dan berfikiran
kritis. Anda juga perlu mahir dalam menggunakan komputer. Ia adalah alat
yang tidak dapat dipisahkan daripada seseorang yang perlukan maklumat dan
pengetahuan terkini.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  221

10.2.2 Mencungkil Maklumat


Peter Drucker pernah berkata „Maklumat adalah kuasa. Setiap daripada kita
perlu bertanggungjawab memperoleh maklumat kerana maklumat adalah alat
utama bagi melakukan segala-galanya‰. Oleh itu seseorang pembahas harus
memiliki perbendaharaan maklumat yang boleh pada bila-bila masa dijadikan
hujah-hujah untuk mematahkan pendapat lawannya selain daripada fakta-fakta
kukuh untuk menegakkan pendapatnya sendiri.

Sumber maklumat yang paling penting ialah minda anda sendiri. Minda
berperanan mengumpulkan pelbagai maklumat hasil daripada proses
pembelajaran dan pembacaan sepanjang hayat anda. Bukalah „perpustakaan‰
minda anda dan dapatkan kembali fakta yang anda ingini.

Pengalaman dan pengetahuan peribadi kadangkala tidak cukup. Oleh itu


pelajarilah pengalaman orang lain dengan bertanya dan mewawancara mereka
untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain daripada itu, maklumat
boleh juga diperolehi daripada akhbar, majalah, buku dan ensiklopedia yang
boleh diperolehi di perpustakaan.

Internet juga berperanan sebagai sumber maklumat daripada berjuta-juta laman


web. Awas! Jika anda tidak memfokus kepada pencarian anda, anda mungkin
akan tersasar kepada laman-laman web yang tidak diingini.

10.2.3 Mengetahui Jenis Ucapan


Walaupun dari segi persediaan, keperluannya adalah sama bagi semua jenis
komunikasi lisan tetapi pendekatan penyampaian ucapan adalah berbeza.
Umpamanya „perbahasan‰ adalah berbeza daripada penyampaian „pidato‰.

Penyampaian dalam perbahasan memerlukan seseorang pembahas mencari


hujah-hujah yang meyakinkan para pendengar serta menimbulkan kesukaran di
pihak lawan. Pada masa yang sama, pembahas mesti mendengar dengan teliti
hujah-hujah lawannya agar dia dapat mematahkan hujah-hujahnya.

Pidato pula memerlukan kepakaran penyampaian yang berbeza seperti fakta,


rasional dan hujah-hujahnya yang diguna pakai dalam perbahasan. Anda perlu
memberi tumpuan kepada fakta yang ingin dibentangkan dengan menggunakan
kepakaran bahasa bagi memenangi hati pendengar. Antaranya penggunaan
retorik, peribahasa, analogi dan lain-lain. Dalam perbahasan, penyampaian
berpidato boleh digunakan untuk mendapatkan kesan tetapi anda tidak bolehlah
menggunakan kaedah taklimat dalam perbahasan dan pidato.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


222  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.2.4 Memancing Pendengar


Mulakanlah sesuatu ucapan dengan ungkapan-ungkapan yang dapat menarik
perhatian pendengar untuk terus mendengar. Selidikilah terlebih dahulu siapa
yang akan hadir dalam majlis ucapan tersebut. Sekiranya yang mendengar
adalah kaum wanita, pastikan anda menggunakan kisah-kisah positif yang
memberangsang mereka untuk menyukai anda. Anda jangan lupa mencari
anekdot-anekdot yang membuktikan anda menyayangi wanita.

Untuk mendapatkan perhatian mereka anda harus memfokuskan kepada


pendahuluan ucapan anda kerana sesuatu permulaan yang baik akan berakhir
dengan baik. Jeniri Amir (2006) mencadangkan tujuan utama pendahuluan
ucapan sebagai berikut:
(a) Menarik perhatian khalayak;
(b) Menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan
khalayak;
(c) Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikut ucapan itu;
(d) Menjelaskan idea, fokus ataupun batasan ucapan itu;
(e) Mewujudkan tanggapan awal pada pengucap;
(f) Mewujudkan kredibiliti pengucap; dan
(g) Mempersembahkan tajuk.

Sekiranya anda dapat memenangi hati khalayak, maka anda telah memenangi
satu daripada perjuangan anda. Lepas itu adalah lebih mudah mendapat
sokongan mereka untuk memihak kepada anda.

10.2.5 Mengadun Maklumat


Setelah anda mengumpulkan maklumat, data dan statistik daripada pelbagai
sumber, anda perlu mengadun bahan-bahan tersebut mengadun bahan-bahan
untuk membuat kek. Keenakan sebiji kek tersebut kerana sukatan-sukatan untuk
membuat kek itu telah diadun dengan baik sehingga menghasilkan kek yang
enak dimakan. Begitulah juga halnya sekiranya anda mahu menghasilkan
ucapan yang dapat menjadikan khalayak terpukau dengan ucapan anda; maka
anda mesti pandai mengadunkan semua maklumat yang dikumpulkan dengan
mengambil perhatian kepada beberapa perkara seperti berikut:
(a) Siapakah khalayaknya?
(b) Apakah yang mereka minati?
(c) Apakah peribahasa yang akan digunakan?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  223

(d) Apakah kaedah retorik yang akan dipakai?


(e) Apakah humor yang akan menarik minat mereka?

Kepakaran dalam penyampaian adalah terletak kepada persediaan dan latihan.


Maklumat sama yang disampaikan oleh pemidato yang berbeza akan
menghasilkan sambutan yang berbeza.

AKTIVITI 10.1

Ramai orang berasa gementar apabila diminta memberikan ucapan


di khalayak ramai. Cuba fikirkan sebab-sebab perasaan itu timbul
dan cadangkan langkah-langkah untuk menghapuskan perasaan
tersebut.

10.2.6 Tumpuan kepada Tema


Tema sesuatu ucapan adalah penting untuk mempastikan bahawa ucapan itu
memberi kesan yang dikehendaki. Apabila anda diminta memberi ucapan, anda
akan diberitahu bukan sahaja temanya tetapi juga jumlah masa dan juga
khalayak yang akan mendengar ucapan anda itu.

Untuk menajamkan fokus, anda perlu mencari seberapa banyak maklumat


berkaitan dengan tajuk ucapan anda. Selain daripada majalah-majalah, buku-
buku dan akhbar, anda perlu mencari maklumat melalui internet. Baca dengan
teliti maklumat-maklumat yang berkaitan itu dan asingkan maklumat yang akan
diguna pakai dan dengan yang tidak diperlukan. Lepas itu anda perlu
mengarang semula maklumat tersebut dan memberi tumpuan kepada tema
ucapan anda. Pastikan bahawa tidak ada maklumat yang terkeluar daripada
tumpuan anda dalam persiapan anda.

10.2.7 Penghargaan Melalui Tepukan Gemuruh


Semua orang yang memberi ucapan mahukan ucapannya disambut dengan baik,
begitu juga anda. Tentu sekali anda tidak ingin khalayak tertidur dan
mendengkur ketika mendengar ucapan anda. Anda mahu semua orang
menumpukan perhatian mereka kepada anda di hadapan. Anda mahu mereka
bukan sahaja tersenyum tetapi sekali-sekala gelak gembira dan bertepuk. Ini
adalah tanda-tanda bahawa mereka menikmati dan menghargai ucapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


224  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Untuk mendapatkan penghargaan daripada orang ramai yang mendengar


ucapan anda, anda perlu bersedia dengan statistik, anekdot, contoh,
perbandingan dan retorik. Jangan ambil sebarang statistik atau contoh kerana
statistik atau contoh yang tidak kena pada tempatnya akan membosankan dan
menghilangkan kepercayaan mereka. Sekiranya anda mahu menyatakan tentang
betapa ramainya penagih dadah di Malaysia anda perlu mendapatkan statistik
terperinci daripada Kementerian Kesihatan atau daripada Organisasi Kerajaan
dan Bukan Kerajaan yang mengumpul data tersebut. Anda gunakan humor
apabila menyampaikannya. Contohnya sekiranya anda seorang wanita, maka
anekdot ini mungkin sesuai: ‰Dengan bilangan yang melebihi suku juta penagih
yang mana daripada jumlah itu 90% daripadanya adalah lelaki, tidak hairanlah
mengapa sangat sukar sekali bagi saya mendapatkan calon suami!‰ (Jika anda
masih belum berumah tangga). Namun anda tidak seharusnya berterusan
menggunakan humor kerana ucapan anda itu tidak lagi menjadi ucapan yang
serius. Anekdot yang relevan dan menarik berkaitan fokus ucapan akan juga
mendapat perhatian. Anekdot adalah peristiwa-peristiwa lalu yang
mengukuhkan lagi ucapan anda. Ucapan anda harus mengintegrasikan contoh-
contoh, perbandingan dan penggunaan retorik agar dapat menarik minat para
pendengar yang mempunyai pelbagai kerenah.

10.2.8 Statistik dan Anekdot


Untuk menjadikan ucapan anda boleh dipercayai, anda perlu menggunakan data
yang sebenar, iaitu statistik terutama sesuatu yang membuktikan bilangan atau
peratus yang tinggi atau rendah. Sebagai contoh; sekiranya anda mahu
menunjukkan bahawa pencapaian Bumiputera dalam bidang penguasaan ekuiti
dalam bidang perdagangan anda perlu menyatakan peratus penguasaan
Bumiputera dalam bidang itu. Jangan lupa sumber statistik itu. Sumber ini
penting kerana ia membuktikan kebolehpercayaan maklumat dan data yang
diperolehi.

Anekdot adalah cerita atau peristiwa sebenar yang digunakan untuk


mengukuhkan lagi ucapan anda. Sebagai contoh anda mahu membuktikan
bahawa pembangunan fizikal Malaysia adalah setanding dengan negara-negara
maju, tetapi masyarakat Malaysia adalah masyarakat dunia ketiga. Anekdot
yang berikut boleh digunakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  225

„Pada suatu hari saya sedang memandu di lebuh raya, tiba-tiba saya
terdengar bunyi sesuatu benda yang memukul cermin kereta saya. Alamak!
Habislah cermin kereta saya yang baru saya beli! Saya meneliti jika sekiranya
ada cermin yang pecah. Nasib saya baik tiada yang pecah. Saya memandang
ke hadapan.Saya terlihat ada benda-benda yang keluar dari tingkap kereta
BMW di hadapan saya itu. Rupa-rupanya ada orang yang mencampakkan
kulit dan biji rambutan daripada tingkap kereta mewah itu!‰

Banyak anekdot lain yang boleh kita gunakan bagi ucapan-ucapan yang
berlainan.

10.2.9 Contoh dan Perbandingan

Apabila kita memberikan sesuatu pendapat kita harus mengemukakan contoh


dan perbandingan untuk mengukuhkan ucapan kita. Sekiranya kita berucap
tentang perangai buruk kita yang perlu dikikis sebelum kita menjadi rakyat
negara maju, kita boleh gunakan contoh yang berikut:

‰Cuba kita renungkan tabiat dan perangai kita dan rakan-rakan kita. Kita
memiliki kereta canggih dan mahal tetapi apabila ada kesesakan jalan raya,
kita memotong dari sebelah kiri, dan membuang sampah dari dalam kereta ke
jalan raya! Apabila menggunakan tandas duduk kita berdiri di atasnya dan
lepas itu tidak mengepam tandas pula! Cuba lihat di tepi-tepi jalan di bandar-
bandar di tanah air kita. Ia penuh dengan sampah-sarap! Apakah yang telah
kita lakukan!‰

Contoh yang dapat menusuk hati sanubari kita adalah contoh-contoh yang boleh
menyentuh perasaan pendengar-pendengar ucapan kita.

10.2.10 Bermain dengan Retorik


Retorik adalah ungkapan-ungkapan yang diulang-ulang dalam sesuatu ucapan
untuk menekankan maksud yang disampaikan selain daripada dapat menaikkan
semangat khalayak yang mendengar ucapan anda. Retorik ini biasa digunakan
oleh ahli politik terutama pada masa kempen pilihan raya untuk mendapatkan
sokongan daripada para pengundi. Ia juga digunakan dalam ceramah-ceramah
motivasi bagi menaikkan semangat para peserta.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


226  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Retorik ini menggunakan ungkapan-ungkapan yang indah dan menarik seperti


penggunaan peribahasa, bahasa yang bersajak dan kata-kata simbolik dengan
nada suara yang berapi-api. Sebagai contoh apabila seorang pemimpin politik
memberi ucapan untuk upacara merasmikan bengkel.

„Satu keluarga satu usahawan‰ beliau akan menggunakan ungkapan-


ungkapan retorik yang berikut, „Semua orang tahu bahawa sembilan
daripada sepuluh kekayaan di dunia adalah datangnya daripada perniagaan.
Maka kalau Bumiputra mahu mencapai kemajuan dan kekayaan, tuan-tuan
dan puan-puan mesti menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan
seorang dalam seribu, bukan seorang dalam seratus tetapi seorang usahawan
dalam setiap keluarga. Kalau ada satu juta keluarga Bumiputera, maka kita
memiliki satu juta usahawan. Satu juta usahawan boleh menjana seratus
bilion ringgit nilai harta. Kalau seratus ribu usahawan gagal, sembilan ratus
ribu yang lain boleh membantu.‰

Anda lihat angka-angka „satu juta‰ diulang-ulang, begitu juga angka „ribu‰
diulang- ulang untuk memberikan kesan kepada para peserta bengkel.

10.2.11 Stail Penyampaian


Ada orang mampu menjadikan ucapan yang hambar kepada ucapan yang
menggegar. Kejayaan sesuatu penyampaian adalah berkait rapat dengan stail
penyampaian anda. Ucapan takziah tidak boleh disampaikan dengan nada ceria!

Untuk memilih stail yang paling sesuai dengan sesuatu ucapan anda perlu
menimbangkan beberapa perkara seperti berikut:

(a) Sesuai dengan khalayak


Anda mestilah mengenali khalayak yang akan mendengar ucapan anda.
Jangan pula gunakan humor yang boleh difahami oleh orang dewasa
sekiranya khalayak ucapan anda adalah kanak-kanak.

(b) Masa
Sekiranya anda dijadualkan berucap pada sebelah petang, pastikan ucapan
anda diselang seli dengan humor. Jika tidak, anda akan dapati ramai yang
tertidur ketika mendengar ucapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  227

(c) Majlis
Majlis yang berbeza memerlukan gaya penyampaian yang berbeza.
Sekiranya anda diminta berucap dalam majlis kenduri arwah, tentu sekali
humor tidak sesuai untuk menggembirakan ahli keluarga yang bersedih.

(d) Tempat
Tempat ucapan diadakan juga menentukan gaya atau pendekatan yang
anda gunakan. Sekiranya anda menjadi juruacara dalam sebuah majlis
makan malam, tentu sekali anda dikehendaki menghiburkan para hadirin.
Di sinilah humor diperlukan, para hadirin dijemput ke hadapan untuk
menyanyi dan sebagainya.

(e) Sesuaikan dengan tajuk, isi dan persoalan


Sekiranya tajuk ucapan anda adalah mengenai „Motivasi pelajar‰ maka
jangan pula anda memfokus kepada „Penagihan dadah‰ walaupun anda
mahu menyampaikan nasihat supaya pelajar-pelajar tidak mendekatkan
diri kepada dadah.

(f) Gunakan bahasa lisan


Ucapan hanya dapat disampaikan dengan berkesan sekiranya anda
gunakan bahasa lisan. Bahasa lisan perlu menggunakan ayat-ayat yang
pendek kerana khalayak akan hilang pedoman dan fokus sekiranya
ayatnya panjang.

(g) Diksi yang sesuai 


Diksi adalah nada suara yang anda gunakan. Sekiranya mendatar maka ia
akan melenakan pendengar. Oleh itu anda perlu mengubah-ubah nada
suara dengan meninggi dan merendahkan suara pada tempat-tempat yang
tertentu.

(h) Citraan
Citraan adalah unsur penting untuk memberikan gambaran yang jelas dan
hidup dalam minda khalayak ramai yang mendengarnya. Ia dapat
merangsang imaginasi yang akan memberi kesan yang mendalam.

10.2.12 Pola Urutan


Apabila sesuatu ucapan ditulis, perenggan adalah aspek penting. Perenggan-
perenggan itu membantu dalam penyusunan idea yang hendak disampaikan
supaya mudah khalayak mengikutinya. Ia dapat membina pertautan antara
suatu pemikiran ke suatu pemikiran.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


228  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Jeniri Amir (2006) mencadangkan bahawa perenggan berperanan memudahkan


khalayak ucapan itu memahami idea utama dalam ucapan. Bagi mempastikan
kelancaran ucapan, beliau telah mencadangkan strategi yang berikut:
(a) Mengulang kata kunci;
(b) Menggunakan subjek yang sama daripada ayat ke ayat;
(c) Menggunakan susunan ayat yang dapat mengindahkan paralelisma;
(d) Menggunakan kata ganti secara berkesan; dan
(e) Menggunakan kata penghubung yang jelas.

Selain daripada penguasaan kata-kata yang memudahkan khalayak mengikuti


ucapan anda, ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil perhatian.
(a) Kronologi atau waktu dengan mendahulukan peristiwa/perkara masa
dahulu yang diikuti oleh peristiwa masa sekarang;
(b) Mendahulukan perkara yang pertama dan diikuti oleh perkara-perkara
seterusnya;
(c) Memulai ucapan daripada hal-hal yang tidak begitu penting kepada yang
terpenting;
(d) Daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagian yang kurang dikenali
atau sebaliknya;
(e) Logik serta menggunakan kaedah deduktif ataupun induktif. Deduktif
bermula daripada umum kepada khusus, manakala induktif bermula
daripada yang khusus kepada yang umum; dan
(f) Menyanggah pendapat orang lain dahulu sebelum mengemukakan
pandangan sendiri.

Walaupun pada mulanya anda mungkin tersasul tetapi setelah


mempraktikkannya secara kerap ia akan sebati dengan peribadi anda.

10.2.13 Menyemak dan Menyunting


Kedua-dua aktiviti ini adalah penting untuk memastikan bahawa ucapan yang
akan disampaikan adalah seperti yang dirancangkan. Penyemakan menjadi lebih
penting sekiranya orang yang menyampaikan ucapan adalah berbeza daripada
orang yang menulis ucapan tersebut.

Suntingan ucapan perlu dilakukan kerana pada masa penulisannya, penulis


mungkin terlalu khusyuk untuk menyampaikan ideanya hingga dia terpesong
daripada sasarannya dan tidak fokus kepada objektifnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  229

10.2.14 Reka Letak Slaid


Kebanyakan komunikasi lisan pada masa ini disampaikan dengan bantuan
projektor slaid digital. Apa yang diperlukan oleh seseorang penceramah ialah
sebuah komputer bimbit, sebuah projektor slaid dan skrin layar. Ketiga-tiga alat
ini adalah mudah alih dan boleh dibawa ke mana sahaja.

Dengan adanya kemudahan ini ucapan boleh menjadi lebih berkesan dengan
syarat slaid-slaid yang digunakan adalah direka dengan mengikut prinsip-
prinsip yang betul.

AKTIVITI 10.2

1. Anda diminta memberikan ucapan yang bertajuk „Kemalangan Maut


di Jalan Raya adalah Berpunca daripada Sikap Pengguna-pengguna
Jalan Raya itu Sendiri.‰ Jelaskan persiapan yang perlu anda lakukan
bagi memastikan bahawa ucapan saudara itu dapat memberi
kesedaran kepada khalayak yang mendengar ceramah anda.
2. Karangkan sebuah ucapan yang mengandungi tidak lebih daripada
100 patah perkataan menggunakan unsur-unsur retorik. Anda
boleh menumpu kepada satu tajuk yang anda minati.
3. Bezakan kandungan ucapan yang sesuai apabila anda diminta
memberi ceramah kepada sekumpulan belia dan kepada
sekumpulan warga emas berkenaan dengan ‰Menuntut Ilmu
adalah Proses yang Dilakukan Sepanjang Hayat‰.
4. Penggunaan projektor slaid digital adalah sangat penting dalam
penyampaian sesuatu komunikasi lisan. Berikan pendapat anda
tentang berapakah jumlah slaid yang akan anda gunakan dalam
sesuatu penyampaian ceramah selama satu jam. Berikan rasional
pemilihan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


230  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3 PERBEZAAN-PERBEZAAN KOMUNIKASI


LISAN
Setelah memahami persediaan-persediaan yang perlu dilakukan sebelum anda
menyediakan ucapan anda dan mengetahui ciri-ciri persamaan antara
komunikasi lisan yang berlainan itu, mari kita lihat pula apakah perbezaan-
perbezaan yang wujud.

10.3.1 Ucapan
Ucapan biasanya dikategorikan sebagai ucapan formal dan tidak formal. Pada
lazimnya sesuatu ucapan adalah ringkas tetapi padat. Walaupun ia ringkas
tetapi untuk menjadikannya bernas adalah lebih sukar daripada memberi
ucapan yang panjang lebar. Oleh itu anda perlu memilih perkara-perkara
penting sahaja agar memberi kesan kepada khalayak.

Sebagai contoh, anda mungkin diminta memberikan sepatah dua kata dalam
satu majlis perpisahan. Salah seorang daripada rakan anda telah tamat kontrak
pekerjaannya dan terpaksa berhenti. Anda perlu berhati-hati memilih kata-kata
supaya sahabat anda itu dapat menghargai ucapan anda. Anda mungkin tidak
sempat bersedia. Oleh itu secara spontan anda perlu berfikir apa yang mahu
diucapkan.

Anda mungkin seorang guru besar yang telah diminta memberi ucapan
merasmikan bengkel motivasi akademik di sekolah anda. Oleh sebab anda ada
masa untuk memikirkan kandungan ucapan anda, maka carilah bahan-bahan
ucapan yang akan dapat menarik khalayak yang terdiri daripada para pelajar.
Ucapan anda akan memberi kesan yang mendalam sekiranya anda berpandukan
kepada panduan umum yang telah dinyatakan di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  231

AKTIVITI 10.3

CONTOH UCAPAN TAHNIAH

„Assalamualaikum w.r.w.b. dan salam sejahtera. Hari ini adalah suatu


hari yang amat bersejarah yang tidak dapat kita lupakan. Hari ini
adalah hari yang kita nanti-nantikan. Syabas dan tahniah kita ucapkan
kepada saudari Farah Fadzli. Saudari telah berjaya menjadi johan
dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan yang diadakan
beberapa hari yang lalu. Saudari adalah yang terbaik. Bukan calang-
calang orang boleh memenangi pertandingan itu. Wakil-wakil
daripada setiap negeri telah bertanding tetapi anda telah
menjuarainya. Kemenangan saudari akan menjadi rangsangan kepada
kami untuk berusaha lebih keras bagi mencapai kejayaan demi
kejayaan. Mari kita berikan tepukan gemuruh tanda penghargaan kita
yang tidak terhingga.‰
1. Apakah pendapat anda tentang ucapan yang dicatatkan di atas?
2. Jika anda diminta memberi ucapan tahniah atas kejayaan rakan
anda, berikan versi ucapan anda itu.

10.3.2 Syarahan
Syarahan adalah ucapan yang mempunyai tema khusus yang ditentukan lebih
awal dan diberikan masa yang mencukupi untuk menyediakan syarahannya.
Pada lazimnya khalayak yang akan hadir menanti-nantikan syarahan itu.
Terdapat sekurang- kurangnya dua situasi sesuatu syarahan diadakan:
(a) Syarahan ilmu pengetahuan seperti yang lazim terdapat di institusi
pengajian tinggi.
(b) Syarahan yang berfokus kepada sesuatu tajuk yang biasanya menjadi tajuk
perbahasan di kalangan masyarakat atau yang menjadi bahan ceramah
politik.

Lazimnya syarahan memerlukan persediaan yang berfokus kepada tajuk


syarahan dengan objektif-objektif yang khusus.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


232  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.3 Temu Ramah


Temu ramah memerlukan kedua-dua pihak yang menyoal dan menjawab soalan
bertutur secara lisan. Jika anda adalah orang yang menemuramah; anda perlu
menyediakan tajuk atau tema yang akan dijadikan bahan temu ramah.
Andaikata anda ingin mengetahui tentang kedudukan industri permotoran
terkini daripada seorang yang arif tentangnya, maka anda perlu menyediakan
soalan-soalan yang akan mencungkil maklumat daripada pakar tersebut.

Orang yang akan ditemu ramah perlu diberitahu tema temu ramah yang akan
diadakan supaya dia dapat menyediakan segala maklumat yang diperlukan. Jika
perlu soalan- soalan yang akan dikemukakan diberikan lebih awal kepada
personaliti yang hendak ditemu ramah.

AKTIVITI 10.4

1. Anda dikehendaki menyediakan satu syarahan yang akan


disampaikan kepada ibu-ibu tunggal. Tajuk syarahan tersebut
adalah, „Anak yang berdisiplin adalah anak yang akan mencapai
kejayaan.‰ Anda adalah dianggap sebagai seorang ibu/bapa
tunggal yang telah berjaya mendidik anak-anak anda sehingga
mereka mencapai kelulusan akademik yang cemerlang.
(a) Berikan isi-isi penting yang akan anda sampaikan dalam
syarahan anda.
(b) Apakah yang akan anda gunakan untuk mendapatkan
perhatian dan sokongan khalayak?

2. Anda adalah seorang pemberita sebuah akhbar harian. Anda


dikehendaki menemuramah seorang usahawan yang berjaya.
Anda mempunyai masa 30 minit untuk mewawancara usahawan
tersebut.
(a) Apakah soalan-soalan yang akan anda tanya yang sesuai
dengan masa sebanyak 30 minit?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  233

10.3.4 Pengacaraan Majlis


Pengacara majlis korporat adalah suatu profesion yang biasanya dimonopoli
oleh juruacara-juruacara profesional yang bertugas di syarikat-syarikat
penyiaran seperti pengacara radio dan televisyen. Mereka berkecimpung dengan
tugas mengacara setiap hari. Oleh itu prestasi mereka sebagai pengacara adalah
bersahaja dan menarik khalayak. Mereka mempunyai pengikut-pengikut setia
yang menyayangi mereka. Perhatikan ciri- ciri pengacaraan mereka. Anda boleh
belajar daripada mereka tetapi mereka bukan sempurna; mereka juga boleh
membuat kesilapan.

Anda mungkin diminta menjadi pengacara majlis di dalam organisasi anda


kerana kebolehan anda mengambil hati rakan-rakan anda. Anda berbudi bahasa,
pandai berjenaka, pandai memilih ungkapan dan kata-kata yang sesuai pada
tempatnya hingga menyebabkan orang yang belum mengenali anda berasa
seperti mereka telah lama mengenali anda.
Ciri-ciri itulah perlu dipupuk pada diri anda untuk berjaya sebagai pengacara.
Anda boleh melatih diri untuk memperkemaskan penampilan anda sebagai
pengacara majlis.

AKTIVITI 10.5
1. Anda telah diundang untuk menjadi Pengacara Majlis dalam
sebuah majlis jamuan makan malam „menyambut menantu‰ di
sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Anda perlu membuat
nota pengacaraan tersebut. Sila catat kandungan ringkas
pengacaraan yang akan anda gunakan dalam majlis tersebut.

2. Karangkan serangkap pantun untuk „pengantin dan mempelai‰


yang akan anda gunakan dalam ucapan pengacaraan majlis itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


234  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.5 Taklimat
Ketua sesebuah organisasi atau jabatan kerap diminta memberi taklimat kepada
anak buahnya. Taklimat adalah penjelasan tentang sesuatu arahan atau perintah
yang diterima daripada pihak atasan.

Kemahiran memberi penjelasan memerlukan anda memahami makna yang


tersirat. Dengan kebolehan tersebut anda dapat menjelaskan sesuatu arahan atau
perintah yang biasanya berbentuk ringkas tetapi membawa maksud yang
tersirat.

10.3.6 Pidato
Pidato adalah ceramah yang disampaikan kepada khalayak ramai seperti dalam
rapat umum politik. Pidato boleh diertikan juga sebagai ceramah atau syarahan
tetapi lazimnya khalayak yang mengikuti pidato itu adalah lebih besar
jumlahnya. Oleh sebab itu ia lebih merupakan ucapan yang penuh semangat
dengan tujuan untuk memukau khalayak agar memberikan sokongan
sepenuhnya kepada pemidato. Untuk mendapatkan sokongan padu itu,
pemidato perlu memiliki ciri kepetahan berbahasa dengan menggunakan
gabungan pelbagai peribahasa, pantun, bahasa yang berirama, nada suara yang
menarik dan retorik.

Pemidato-pemidato agung di dunia mempunyai karisma yang boleh mempesona


khalayak ramai sepanjang hari atau sepanjang malam untuk mendengar pidato
itu tanpa bergerak dari tempat mereka. Bung Karno, Bapak Presiden Indonesia
adalah dikategorikan sebagai pemidato yang berkarisma.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  235

AKTIVITI 10.6

CONTOH PIDATO

„Assalamualaikum w.r.w.b dan salam sejahtera. Malam ini kita


sungguh bertuah. Malam ini sungguh baik dan nyaman dengan
bintang berkerlipan di langit. Ini tanda Tuhan merestui
perhimpunan kita ini, kerana kita mahu berjuang untuk
menegakkan keadilan. Keadilan untuk rakyat Palestin yang dijajah
oleh regim Israel. Keadilan untuk Palestin adalah keadilan untuk
semua rakyat yang tertindas di dunia. Kita semua
bertanggungjawab memberitahu dunia tentang kezaliman terhadap
rakyat Palestin. Rakyat dunia tidak tahu tentang kezaliman ini.
Penderitaan mereka sengaja tidak dipedulikan oleh media. Tiada
berita bererti tiada penderitaan. Tiada berita bermakna semuanya
aman. Dengan berdiam diri kita bersekongkol dengan penjenayah
perang itu. Oleh itu kita di sini bertanggungjawab untuk
memberitahu seluruh dunia tentang kezaliman itu. Kita
bertanggungjawab untuk menamatkan kezaliman itu walaupun kita
hanya mampu bersuara sahaja. Itu adalah kemampuan yang paling
lemah. Kita mesti sedarkan dunia. Kita mesti menimbulkan rasa
simpati dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin. ...........‰
1. Apakah ciri-ciri yang ada dalam ucapan itu yang menjadikannya
sebagai “pidato‰?
2. Cuba tukarkan pidato itu kepada bentuk “ucapan‰. Apakah
perbezaan antara ucapan dan pidato?

10.3.7 Forum
Forum adalah sebuah majlis perbincangan yang terbuka mengenai sesuatu
perkara atau persoalan. Khalayak yang hadir dalam majlis ini boleh bertukar-
tukar pendapat dengan penceramah. Forum adalah dikawal oleh seorang
fasilitator atau pemudah cara. Fasilitator akan melicinkan perjalanan majlis itu
agar semua pendapat yang berbeza tidak membawa kepada keadaan yang tidak
terkawal. Dalam sesebuah majlis forum lazimnya terdapat tiga atau empat orang
penceramah yang telah diminta menyediakan maklumat berdasarkan tajuk-tajuk
yang diberikan kepada mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


236  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Prosiding sesebuah forum itu adalah dicatat atau dirakamkan oleh pencatat-
pencatat supaya hasil forum itu dapat didokumenkan dan diedarkan kepada
para peserta forum tersebut. Forum yang diikuti dengan tindakan yang diambil
boleh memberi manfaat kepada organisasi atau individu yang mahu
melaksanakan kebaikan yang berterusan.

10.3.8 Bahas
Perkataan lain bagi bahas adalah „debat‰. Bahas bermaksud „penyelidikan,
pengupasan dan perbincangan‰ dengan tujuan untuk mencari kebenaran. Dalam
sesebuah perbahasan terdapat dua pasukan. Satu pasukan menjadi „pencadang‰,
manakala satu pasukan lagi menjadi „pembangkang‰.

Pasukan pencadang yang terdiri daripada empat orang pembahas perlu mencari
seberapa banyak bahan yang boleh untuk menyokong pendapat dengan hujah-
hujah yang mantap supaya „cadangan‰ yang dikemukakan dapat
dipertahankan. Sebagai contoh, sila teliti tajuk perbahasan yang berikut,
„Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains telah
membantutkan usaha memartabatkan bahasa Melayu‰ . Ahli-ahli pasukan
pencadang perlu mencari maklumat dan memikirkan hujah-hujah untuk
meyakinkan khalayak ramai yang mendengar perbahasan tersebut.

Pasukan pembangkang pula yang terdiri daripada empat orang pembahas perlu
mencari maklumat untuk membuktikan bahawa, „Penggunaan bahasa Inggeris
dalam pengajaran Matematik dan Sains telah tidak memberi kesan yang negatif
dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu‰. Kedua-dua pasukan akan
membentangkan hujah-hujah masing-masing untuk menegakkan pendapat
masing-masing.

Untuk mengadili perbahasan tersebut, beberapa orang hakim dilantik untuk


memberikan markah bagi setiap fakta dan hujah yang meyakinkan mereka.
Akhirnya kumpulan pemenang diisytiharkan. Pasukan yang menang adalah
pasukan yang mempunyai hujah-hujah yang kukuh dengan bukti yang jelas
sehingga tidak boleh dipatahkan oleh pihak lawan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  237

AKTIVITI 10.7
TAJUK PERBAHASAN

Anda adalah pembahas utama mewakili pihak pencadang dalam satu


pertandingan perbahasan yang diadakan di universiti anda. Tajuk
perbahasan tersebut adalah, „Penggunaan Bahasa Pengantar yang
Berbeza di Sekolah-sekolah Rendah Menghalang Pencapaian
Perpaduan Rakyat Negara ini.‰
1. Sebagai pencadang utama, berikan satu hujah penting untuk
membuktikan bahawa ia adalah penghalang utama kepada
perpaduan.
2. Sekiranya anda berperanan sebagai pembangkang utama,
bagaimanakah anda berhujah untuk membangkang pendapat
pencadang tadi?

10.3.9 Pengendalian Mesyuarat


Mesyuarat boleh memainkan peranannya yang positif sekiranya mesyuarat itu
mencapai matlamatnya seperti yang telah dirancang. Jika tidak ia akan
membuang masa sahaja. Oleh itu sekiranya anda mahu menjadikan mesyuarat
sebagai alat untuk membuat keputusan dan mendapatkan persetujuan daripada
ahli-ahli, anda perlu merancangnya dengan teliti. Sebagai panduan, perkara-
perkara berikut harus dipertimbangkan apabila anda mahu mengadakan sesuatu
mesyuarat:

(a) Memilih ahli-ahli yang dijemput untuk hadir


Pastikan bahawa ahli-ahli yang anda undang adalah individu-individu
yang akan memberi sumbangan dan ahli-ahli yang mempunyai kaitan
dengan mesyuarat yang akan diadakan.

(b) Membentuk agenda


Terlebih dahulu anda perlu menuliskan hasil yang dikehendaki daripada
mesyuarat itu. Lepas itu barulah agenda itu ditulis. Jika perlu, anda boleh
meminta ahli-ahli mesyuarat itu menyatakan agenda masing-masing.

(c) Memulakan mesyuarat


Pastikan anda sentiasa menepati waktu yang telah dijanjikan. Alu-alukan
kedatangan ahli-ahli dan ucapkan terima kasih kerana kehadiran mereka.
Semak semula agenda bersama-sama ahli dan buat pindaan jika perlu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


238  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

Semak semula minit mesyuarat yang lalu dan pastikan bahawa tindakan-
tindakan sewajarnya daripada keputusan mesyuarat yang lalu telah dan
akan diambil.

(d) Membentuk Peraturan Asas


Anda perlu mempunyai beberapa peraturan asas yang boleh digunakan
untuk mengendalikan mesyuarat. Peraturan-peraturan asas ini adalah
suatu keperluan untuk dapat menjayakan sesuatu mesyuarat. Terdapat
empat peraturan asas yang perlu anda ingati:
(i) Mengambil bahagian
(ii) Berfokus
(iii) Kekalkan kerancakan
(iv) Capai matlamat/keputusan
Masukkan Peraturan Asas ini dalam agenda anda dan pastikan bahawa
semua ahli memahaminya.

(e) Menguruskan Masa


Satu daripada tugas yang sukar diuruskan ialah masa. Lazimnya anda
sentiasa merasakan bahawa anda tidak cukup masa untuk menyiapkan
sesuatu tugas. Oleh itu anda boleh:
(i) Meminta ahli-ahli mesyuarat membantu anda menjaga masa; dan
(ii) Sekiranya anda tidak dapat mengawal masa yang telah anda
peruntukkan, anda boleh meminta ahli-ahli majlis mesyuarat itu
memberikan input mereka supaya resolusi dapat dicapai.

(f) Menilai Proses Mesyuarat


Kita sering mendengar ramai orang bersungut sambil mengatakan bahawa
mesyuarat adalah sesuatu yang membuang masa. Biasanya mereka berkata
begitu setelah selesainya sesebuah mesyuarat. Justeru itu;
(i) Dapatkan maklum balas daripada ahli-ahli pada masa mesyuarat
sedang berlangsung. Anda boleh memperbaiki proses mesyuarat itu
pada masa itu juga.
(ii) Anda perlu meminta setiap ahli memberikan pandangan tentang
perjalanan mesyuarat itu. Mereka boleh memindanya dengan
persetujuan ramai supaya matlamat mesyuarat itu dicapai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  239

(g) Menilai Keseluruhan Mesyuarat


(i) Berikan masa dari 5 hingga 10 minit di akhir mesyuarat untuk menilai
mesyuarat yang baru berlangsung.
(ii) Setiap ahli memberi nilai antara 1 hingga 5, dan minta mereka
menjelaskan mengapa mereka memberi nilai itu.
(iii) Hasil penilaian ini harus dijadikan panduan supaya mesyuarat yang
akan datang lebih produktif lagi.

(h) Menutup Mesyuarat


(i) Pastikan bahawa anda menutup mesyuarat pada masa yang
ditetapkan dan ia harus membawa suasana yang positif.
(ii) Pada penghujung mesyuarat, lihat semula tindakan dan tugasan yang
patut dilaksanakan oleh ahli-ahli dan tetapkan masa dan tarikh
mesyuarat yang akan datang serta tanya ahli-ahli sama ada mereka
dapat hadir atau tidak dengan tujuan untuk mendapatkan komitmen
mereka.
(iii) Pastikan anda dapat menyiapkan dan mengedarkan minit mesyuarat
tersebut dalam masa seminggu selepas mesyuarat itu berlangsung.

AKTIVITI 10.8

MASALAH DALAM MENGENDALIKAN MESYUARAT

1. Bayangkan anda sedang mempengerusikan satu mesyuarat. Salah


seorang daripada ahli mesyuarat suka memonopoli mesyuarat.
Beliau lebih banyak bercakap berbanding ahli-ahli yang lain.
Bagaimanakah anda mengatasi masalah ini?
2. Apakah tindakan anda untuk memastikan bahawa semua tindakan
yang perlu diambil oleh ahli-ahli dilaksanakan seperti yang
dipersetujui?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


240  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

10.3.10 Ulasan dan Komentar


Memberi ulasan atau komentar memerlukan kepakaran dalam bidang yang
mahu diulas atau dikomen. Khalayak biasanya menanti-nantikan pandangan
pengulas. Mereka mahu mengetahui sama ada pandangan mereka sehaluan
dengan pandangan pengulas atau berbeza sekali dengan pendapat mereka. Anda
dapat saksikan bagaimana reaksi peminat-peminat terhadap pengulas-pengulas
peserta pertandingan Akademi Fantasia pada setiap minggu ketika „demam‰
Akademi Fantasia melanda masyarakat Malaysia.

Oleh itu jika anda dilantik menjadi pengulas anda perlulah mengetahui serba
sedikit tentang perkara-perkara yang hendak diulas. Sekiranya anda diminta
mengulas tentang „Biodiversity Malaysia‰ anda mesti mengetahui tentang
semua spesies haiwan dan tumbuh-tumbuhan Malaysia sebelum anda boleh
memberikan pendapat tentangnya.

Sungguhpun anda seorang pakar, anda perlu patuh kepada etika dalam
memberikan ulasan atau komentar. Umpamanya sebelum anda memberi komen
tentang sesuatu anda perlu menyatakan bahawa pendapat anda merupakan satu
daripada sudut pandangan yang berdasarkan kepada pengetahuan anda tentang
perkara tersebut. Dengan cara ini anda membuka pintu untuk menerima
komentar pakar-pakar lain. Anda sedia maklum bahawa pandangan dan
komentar seseorang adalah berbeza-beza. Oleh itu anda tidak perlu bermati-
matian mempertahankan pendapat anda. Terima pandangan orang lain sebagai
satu lagi sudut pandangan yang dapat memberikan gambaran keseluruhan yang
lebih jelas.

AKTIVITI 10.9

MEMBERI ULASAN DAN KOMENTAR

1. Anda adalah peminat bola sepak kebangsaan dan antarabangsa.


Anda mengetahui perkembangan dan mutu bola sepak negara
dibandingkan dengan mutu bola sepak antarabangsa. Berikan
ulasan anda tentang sebab-sebab mutu bola sepak Malaysia tidak
dapat meningkat semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.
2. Berikan komen anda tentang bahasa Melayu baku yang
dilaksanakan di Malaysia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN  241

LATIHAN 10.1
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

1. Syarahan adalah ucapan yang mempunyai _______________ yang


ditentukan lebih awal dan diberikan masa yang mencukupi untuk
menyediakan syarahannya.
2. Pidato ialah ucapan yang penuh bersemangat dengan tujuan untuk
memukau khalayak agar memberikan ____________ sepenuhnya
kepada pemidato.
3. Bahas bermaksud „penyelidikan, pengupasan, dan perbincangan‰
dengan tujuan untuk mencari ______________.
4. Komunikasi lisan boleh membantu sesebuah organisasi untuk
membentuk__________ yang lebih bermakna melalui individu-
individu yang berkebolehan.

AKTIVITI 10.10

Bentangkan bentuk ucapan-ucapan di bawah ini di hadapan rakan-


rakan anda di dalam kelas. Minta rakan-rakan anda memberi
komentar tentang ucapan-ucapan anda.

1. Tuliskan satu ucapan yang bertajuk, „Berani Mengalami Kegagalan


adalah Kunci kepada Kejayaan.‰ Anda diberi masa selama 10 minit
untuk menyampaikan ucapan tersebut.
2. Anda telah dilantik oleh rakan-rakan anda untuk menjadi pengacara
majlis dalam satu majlis hari jadi salah seorang daripada rakan-rakan
anda. Lakonkan majlis itu bersama rakan-rakan dan anda
dikehendaki mengacarakan majlis itu sebaik mungkin.
3. Buat satu simulasi di mana anda telah mengundang tiga orang
pakar dalam bidang memancing sebagai satu hobi. Anda perlu
melantik tiga orang rakan anda untuk menjadi wakil pakar
memancing manakala anda sendiri adalah pemudah cara forum
tersebut. Rakan-rakan lain dikehendaki membuat catatan dan
memberikan ulasan mereka selepas simulasi itu selesai.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


242  TOPIK 10 KOMUNIKASI LISAN

 Komunikasi lisan adalah amat penting dalam perhubungan antara individu


sama ada dalam perhubungan sosial harian atau perhubungan formal antara
organisasi dengan organisasi.

 Walaupun komunikasi bertulis merupakan komunikasi yang rasmi tetapi


komunikasi lisan yang boleh menentukan sama ada ahli-ahli dalam
organisasi itu mempunyai perhubungan yang mesra atau sebaliknya.

 Komunikasi bertulis boleh ditulis dengan menggunakan bentuk dan format


tulisan yang telah dicipta khas untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau
permohonan secara rasmi.

 Komunikasi lisan boleh membantu sesebuah organisasi untuk membentuk


perhubungan yang lebih bermakna melalui individu-individu yang
mempunyai kebolehan dalam komunikasi lisan yang berkesan.

Anekdot Statistik
Pidato Syarahan
Pola urutan Ucapan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  243

Jawapan
TOPIK 1: SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Latihan 1.1

1. Lingua Franca
2. Ngoko
3. Austronesia
4. Sriwijaya
5. Kebolehlenturan

TOPIK 2: DASAR BAHASA


Latihan 2.1

1. C
2. D

TOPIK 3: SISTEM BAHASA BAKU


Latihan 3.1

1. A
2. A
3. B
4. B
5. A
6. B
7. A
8. A
9. A
10. B

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


244  JAWAPAN

TOPIK 4: TATABAHASA
Latihan 4.1

1. Perbuatan yang berbalas


2. Menunjukkan paling atau amat
3. Alat atau perkakas
4. Menunjukkan perbuatan
5. Menyebabkan atau menjadi

TOPIK 5: AYAT BAHASA MELAYU


Latihan 5.1

1. A
2. A
3. B
4. A
5. A

TOPIK 6: JENIS-JENIS AYAT


Latihan 6.1

1. Ayat suruhan
2. Ayat penyata
3. Ayat larangan
4. Ayat silaan
5. Ayat permintaan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


JAWAPAN  245

TOPIK 7: RAGAM DAN LARAS BAHASA MELAYU


Latihan 7.1

1. D
2. C
3. B

TOPIK 8: GAYA DALAM BAHASA MELAYU


Latihan 8.1

1. B
2. D

TOPIK 9: PENULISAN DALAM BAHASA MELAYU


Latihan 9.1

1. Rencana
2. Rencanan berbentuk

TOPIK 10: KOMUNIKASI LISAN


Latihan 10.1

1. Tema khusus
2. Sokongan
3. Kebenaran
4. Perhubungan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


MODULE FEEDBACK
MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to modulefeedback@oum.edu.my

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE.

Thank you.

Centre for Instructional Design and Technology


(Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )
Tel No.: 03-27732578
Fax No.: 03-26978702

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

You might also like