Ujian Z

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TUTORIAL 5

Ujian Z dan Ujian t Satu Sampel

1. Anda ingin menguji pencapaian pelajar dalam suatu ujian pemahaman Bahasa Melayu.
Kebiasaanya, ujian seperti ini mempunyai soalan beranika pilihan dan soalan-soalan yang diberikan
akan berdasarkan kepada satu petikan. Pelajar perlu membaca dan memahami petikan yang
diberikan sebelum menjawab soalan.

Dalam kajian anda, hanya soalan diberikan tetapi petikan tersebut tidak diberikan. Anda ingin
mengkaji jika pelajar yang menjawab soalan, tanpa diberikan petikan, akan cuba untuk menjawab
dengan menggunakan logik atau akan memilih jawapan secara rawak. Jika jawapan dipilih secara
rawak, maka dalam kes ini, n darap dengan p (kebarangkalian mendapat jawapan betul) = 100 x
0.2 (kerana ada 5 pilihan), maka μ = 20%.

Pelajar dalam kajian ini telah diberikan 100 soalan beranika pilihan. Setiap soalan mempunyai lima
pilihan. Berikut adalah skor markah sampel kajian anda. Sampel saiz anda adalah 28 orang pelajar.

ID Markah ID Markah
1 58 15 47
2 48 16 33
3 48 17 47
4 41 18 40
5 34 19 46
6 43 20 53
7 38 21 40
8 53 22 45
9 41 23 39
10 60 24 47
11 55 25 50
12 44 26 53
13 43 27 46
14 49 28 53

a. Dengan mengikut enam langkah pengujian hipotesis, lakukan pengujian hipotesis untuk menjawab
persoalan kajian ini.

Kirakan juga 95% confidence interval untuk menganggarkan min populasi sampel anda (pelajar yang
tidak diberikan petikan).

Tuliskan satu laporan ringkas dapatan anda.


2. Min skor IQ pelajar sekolah menengah di Malaysia adalah 100. (σ = 15). Anda ingin mengkaji jika
IQ pelajar di sekolah anda mempunyai skor IQ yang berbeza dengan populasi pelajar di seluruh
Malaysia atau tidak.

Berikut merupakan data daripada sampel anda:

ID Skor IQ ID Skor IQ
1 83 11 127
2 122 12 115
3 126 13 98
4 110 14 136
5 114 15 87
6 129 16 138
7 106 17 84
8 82 18 93
9 112 19 111
10 131 20 148

a. Dengan mengikut enam langkah pengujian hipotesis, lakukan pengujian hipotesis untuk menjawab
persoalan kajian ini.

Kirakan juga 95% confidence interval untuk menganggarkan min populasi sampel anda (pelajar yang
tidak diberikan petikan).

Tuliskan satu laporan ringkas dapatan anda.

b. Masukkan data skor yang diberikan di soalan (2) dalam SPSS dan lakukan ujian statistik yang sama
dengan menggunakan SPSS. Adakah jawapan yang diberikan oleh SPSS sama dengan jawapan
pengiraan anda? Jika tidak, sila bincang dengan tutor anda atau bincang atas talian dengan
kumpulan tutorial anda.

3. Jelaskan dalam keadaan apakah ujian Z satu sampel sesuai digunakan berbanding dengan ujian t
satu sampel?

4. Bina satu persoalan kajian dan nyatakan pembolahubah serta ciri-ciri pembolehubah dimana ujian
yang sesuai bagi menjawab persoalan tersebut adalah ujian t satu sampel.

You might also like