Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Yang dihormati Puan Pengerusi Majlis, guru-guru dan para hadirin

serta rakan-rakan yang dikasihi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Selaku


wakil murid, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang
untuk berucap dalam majlis sambutan Hari Kanak-kanak ini.

Hadirin sekalian,

Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak diadakan adalah untuk meraikan


kanak-kanak iaitu terdiri daripada murid-murid sekolah ini. Hari Kanak-
kanak amat besar maknanya kepada saya dan rakan-rakan. Hal ini kerana
alam kanak-kanak merupakan alam pertama bagi kami sebelum
menempuh alam remaja dan dewasa.

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda penghargaan orang dewasa


terhadap kita. Penghargaan ini terdapat dalam pelbagai bentuk seperti
kasih sayang, perhatian dan hadiah. Oleh itu, sewajarnya penghargaan
yang diberikan ini kita balas dengan berjanji untuk menjadi kanak-kanak
yang baik dan berbudi bahasa.

Dalam majlis ini, kami memohon kepada guru-guru agar menjadikan


kami sebagai kanak-kanak yang berjaya dalam pelajaran. Kami memohon
kepada guru-guru agar mendidik kami dengan penuh kasih sayang. Jika
kami ada melakukan kesilapan, tegurlah kami seperti menegur anak
sendiri.

Hadirin yang dikasihi,

Pada kesempatan ini juga, saya mewakili rakan-rakan berjanji untuk


menjadi anak murid yang baik dan berhemah tinggi. Segala teguran dan
nasihat cikgu akan kami sematkan di dada. Kami juga berikrar untuk
menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran dan seterusnya menjadi
insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Sekian sahaja ucapan saya untuk kali ini. Sebelum saya mengundurkan
diri, terimalah serangkap pantun;

Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan. Sekian, terima kasih.
 尊敬的各位老师和来宾以及亲爱的同学们:
  大家好!今天本校庆祝儿童节。在这个快乐的日子里,首先
让我代表全体同学,向大家表示节日的祝贺,并向辛勤培育我们的
全体教师,致以衷心的感谢。
  儿童节,是全世界儿童的节日,也是为争取儿童生存、健
康和受教育的权利而斗争的日子。这是我们的节日,这是是保障儿
童权利的节日,因此,我再次向全体同学祝贺。我知道,同学们都
期待着这一天的来临。因为,到了这一天,大家可以展现出自己多
才多艺的一面,如弹钢琴、朗诵诗歌、说笑话、表演魔术、表演话
剧、唱歌等。
作为儿童,我们是无比幸福的。在家里我们得到父母无微不致
的照顾,在学校我们得到老师的精心呵护、同学的关心帮助。学校
是我们热爱的家园,在这里我们健康成长,快乐无比。校园中的我
们,总是无忧无虑,因为在这里老师能解开我们所有的好奇,告诉
我们很多奥秘,教我们做人的道理,带给我们生活的乐趣,让我们
真正懂得爱的真谛。
  校园里,同学们一起学习、一起游戏,我们幸福的相聚在
一起,如同姊妹兄弟,笑声在校园回荡,动听的歌声伴随我们成长
的足迹,我们生活在爱的世界里。
老师们,您们就放纵放纵你们的学生吧,让他们在这天能够尽
情地玩耍,尽情地表演吧。同学们,你们就放开学习中的烦恼和成
绩吧,不要让它们占据了你的思绪,一年就这么一次,玩吧,跳吧,
没有人会阻止你。
    在这个美好的节日里,我们每个同学都要珍惜自己的
节日,努力学习,全面发展,不辜负老师和家长对我们的希望。最
后再次祝同学们:节日快乐!我的发言到此结束,谢谢。

You might also like