Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Perpaduan kaum mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat dan negara. Isu perpaduan
kaumtidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Terdapat beberapa cara bagi memupuk
perpaduan kaumdi negara kita.

Keluarga boleh memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum. Hal ini kerana ibu
bapaboleh mendidik anak-anak agar berbaik-baik dengan kaum lain. Oleh itu, ibu bapa mesti
menjadi contohkepada anak-anak dengan mengamalkan nilai hormat-¬menghormati terhadap jiran
berbilang kaum.Semasa hari perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak menziarahi
rumah jirantetangga.

Selain itu ,masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, masyarakat hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan bertolak ansur. Jika ada
wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah
yang dihadapi.

Media massa seperti televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan untuk
memupukperpaduan kaum. Hal ini kerana media massa boleh mempengaruhi minda seseorang
tentang sesuatuperkara. Contohnya, stesen televisyen boleh menyiarkan iklan¬iklan yang membawa
mesej perpaduankaum. Surat khabar pula boleh menylarkan rencana tentang kebaikan perpaduan
kaum.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum.
Contohnya, pihak sekolah boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan
kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang program yangmelibatkan pelbagai
kaum di kalangan pelajar sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program sukan dan
bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah

Pihak lain yang boleh memainkan peranan untuk memupuk perpaduan kaum ialah pihak kerajaan.
Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan program yangboleh
memupuk perpaduan kaum Program Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan program yang baik
ke arah perpaduan kaum dan ia mesti diteruskan. Pihak kerajaan juga boleh menangkap individu
yang cuba untuk merosakkan perpaduan kaum.

You might also like