Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Dhoti merupakan pakaian tradisional kaum lelaki india.

Pakaian ini
merupakan merupakan pakaian kemeja panjang yang sampai ke lutut dan
lazimnya dibuat daripada kapas atau linen. Pakaian ini diperbuat
daripada lembaran kain segi empat yang sepanjang 5 hingga 7 ela.
Kemudian kain tersebut akan dihiasi dengan manik-manik kecil untuk
kelihatan lebih menarik. Cara memakainya adalah melilit kain tersebut di
bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan
pada bahu. Pada masa ini, dhoti biasanya dapat dilihat semasa hari
perkahwinan kaum lelaki India.

Sari adalah pakaian wanita India.Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit,
berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjangnya yang dipakai ke
atas badan dalam pelbagai gaya. Sari biasanya mempunyai gabungan warna
yang menarik. Kebanyakkan kain sari adalah jarang dan lembut.

Baju melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini
terdiri daripada baju teluk belanga dan baju cekak musang berserta seluar
panjang turut dilengkapi samping dan juga songkok. Baju melayu biasanya akan
dipakai secara harian seperti menunaikan sembahyang, untuk dipakai ke
pejabat atau sekolah pada hari Jumaat, untuk menghadiri majlis-majlis formal
dan keramaian dan tak ketinggalan juga sebagai pakaian adat.
Baju kurung ialah pakaian tradisional wanita melayu. Baju kurung merupakan
baju yang longgar, labuh hingga ke lutut, berlengan panjang,
berpesak,berkekek serta kembang di bahagian bawah dan dipakai bersama
kain. Baju ini sentiasa menjadi pilihan wanita melayu dan juga bangsa lain
sebagai pakaian harian mahupun pakaian ke majlis-majlis seperti kenduri
kahwin,majlis rasmi dan majlis agama.

Cheongsam ialah pakaian wanita kaum cina. Baju Cheongsam mempunyai leher
yang tinggi,butang pada bahu,bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan
di kiri dan kanan kain. Biasanya cheongsam diperbuat daripada kain sutera
atau satin. Warna baju cheongsam biasanya berwarna merah namun kini
cheongsam banyak diubahsuai dalam pelbagai warna.

You might also like