Presentatian HGF 331 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Bincangkan pertembungan sempadan-

sempadan tektonik keping dan bagaimana


bentuk-bentuk muka bumi baru dihasilkan
akibat pertembungan tersebut.

NAMA AHLI KUMPULAN : NGAN PING PING


MOHD AHMAD IZZAKIR
TING TZE TIONG
MOHD AHMAD B MOHAMAD
PENGENALAN

• Menurut teori plat tektonik, kerak bumi dibahagikan kepada kepingan plat yang berlainan
saiz. Plat-plat ini dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu plat benua dan plat
lautan. Plat benua ialah plat yang membawa benua manakala plat lautan ialah plat yang
membawa lautan.
PERGERAKAN PLAT TEKTONIK

• Plat-plat tektonik sentiasa bergerak dan menyeret antara satu sama lain. Hal ini demikian
kerana di bawah plat tektonik adalah astenosfera. Astenosfera berada di bahagian mantel
atas dan sangat panas serta boleh mengalir dan menyebabkan plat tektonik bergerak.
Dengan erti kata lain, arus perolakan dalam mantel menyebabkan plat-plat bergerak dan
menyeret antara satu sama lain.
3 JENIS PERGERAKAN PLAT TEKTONIK

• 1. pertembungan (convergent)
• 2. pencapahan (divergent)
• 3. perselisihan (Transform)
TIGA JENIS PERTEMBUNGAN SEMPADAN PLAT
TEKTONIK
• 1. pertembungan plat lautan dengan plat lautan
• 2. pertembungan plat lautan dengan plat benua
• 3. pertembungan plat benua dengan plat benua
PERTEMBUNGAN
PLAT LAUTAN
DENGAN PLAT
LAUTAN
PERTEMBUNGAN
PLAT LAUTAN
DENGAN PLAT
BENUA
Pertembungan
plat benua dengan
plat benua
BAGAIMANA BENTUK-BENTUK MUKA BUMI BARU
DIHASILKAN AKIBAT PERTEMBUNGAN TERSEBUT?
Pembentukan banjaran gunung lipat

• lapisan kerak bumi menerima kuasa himpitan tepi yang kuat dan secukupnya untuk
mengatasi batasan elastik batu-batan. Proses ini melibatkan perubahan kedudukan dan
rupa batu-batan yang telah bertukar dari struktur mendatar kepada struktur lipatan.
• Apabila tenaga pemampatan menyebabkan strata batuan terlipat dan membumbung ke
atas untuk membentuk lipatan ke atas atau antiklin. Bagi yang terlentur ke bawah akan
membentuk lipatan ke bawah atau sinklin.
GUNUNG HIMALAYA

• Plat India-Australia bergerak dan bertembung dengan Plat


Eurasia (merupakan Dataran Tinggi Tibet. Tekanan daripada
dua plat ini menghimpit dan memaksa lapisan batuan di
antaranya berkedut atau terlipat. Ini menyebabkan
pembentukan gunung lipat, iaitu Pergunungan Himalaya.
PEMBENTUKAN GUNUNG BERAPI

• Gunung berapi terbentuk di kawasan


sempadan plat. Gunung berapi terbentuk
apabila berlakunya dua plat tektonik atau
kepingan permukaan bumi bergerak dan
bertembung atau bergeser. Pergerakan ini
menyebabkan berlakunya rekahan. Batuan
cair dalam kerak bumi yang dipanggil
magma akan mengalir keluar ke permukaan
bumi melalui rekahan-rekahan secara
perlahan-lahan atau sebagai letusan gunung
berapi.
JURANG LAUTAN

• Jurang lautan merupakan bahagian lautan yang paling dalam. Kedalaman jurang lautan
adalah antara 7000-11000 meter. Jurang lautan terbentuk akibat daripada pergerakan
dasar lautan oleh gerakan tektonik. Jurang lautan yang paling dalam di dunia ialah Jurang
Mariana (11034 m) yang terletak di Filipina.
KESIMPULAN

• Dunia terdiri daripada beberapa plat benua dan plat lautan. Arus perolakan di dalam
mental menyebabkan plat-plat bergerak. Pertembungan plat berlaku antara plat lautan
dengan plat lautan, plat lautan dengan plat benua dan plat benua dan plat benua. Terdapat
pelbagai jenis bentuk muka bumi baru dihasilkan akibat pertembungan plat. Antaranya,
jurang lautan, banjaran gunung, gunung berapi dan sebagainya.

You might also like