Laporan Sukan Tahunan 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2019

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM JELATANG


—————————————————————————————————————————

Pada hari Khamis, 11 April 2019 yang lalu, Sekolah Rendah Arab Jaim Jelatang telah
mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-15 di padang Sekolah Kebangsaan
Lesong Batu. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Dae-
rah Alor Gajah iaitu En. Awell Luding bin Hamid.

Pada hari kejohanan, para peserta, ibu bapa dan guru-guru telah berkumpul dan bersedia
di padang SK Lesong Batu seawal jam 2 petang. Pada jam 2.30 petang, kejohanan telah dimu-
lakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen rumah sukan yang segak bergaya dengan
kostum rumah sukan masing-masing yang bertemakan flora dan fauna.

Kejohanan ini disertai oleh empat buah rumah sukan iaitu Hang Kasturi, Hang Lekir,
Hang Tuah, Hang Jebat. Semua peserta perbarisan berkumpul di padang setelah selesai
melakukan lintas hormat dan acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Melaka
Maju Jaya dan lagu Sekolah. Kemudian, bacaan doa telah dipimpin oleh al-fadil Ustaz Mahthir
bin Abdul Halim diikuti dengan lafaz ikrar kejohanan yang disampaikan oleh ketua murid iaitu
adik Muhammad Arib Mazhud bin Mazlan sebagai tanda semangat kesukanan dan kesunggu-
han dalam menyertai pertandingan.

Setelah selesai acara perasmian dan perbarisan lintas hormat, maka bermulalah
kejohanan sukan tahunan sekolah. Sebanyak 25 jenis acara yang dipertandingkan. Pertandingan
bermula dengan 18 acara balapan iaitu lari pecut 50m, lari pecut, 80m, lari pecut 100m dan
4x100m. Setiap acara ini berdasarkan kategori lelaki dan perempuan.

Kejohanan berhenti rehat selama 30 minit bagi menghormati waktu Asar. Seterusnya,
acara sukaneka dijalankan iaitu sukaneka lari berhalangan, leret bola dengan gelung rotan, lari
dalam guni, terompah berhalangan dan tarik tali akhir juga diikuti dengan acara ibu bapa iaitu
boling padang kategori perempuan dan timbang bulu ayam kategori lelaki.
Pada pukul 5.30 petang, kejohanan diteruskan dengan ucapan alu-aluan Guru Penolong
Kanan 1, En. Amir bin Daud selaku wakil guru besar. Seterusnya, diikuti dengan ucapan
perasmian penutup kejohanan sukan tahunan sekolah yang telah disampaikan oleh Timbalan
Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah iaitu En. Awell Luding bin Hamid. Se-
terusnya, majlis berakhir dengan penyampaian hadiah untuk semua acara yang telah
dipertandingkan.

Kejohanan sukan tahunan sekolah pada tahun ini telah dimenangi oleh rumah biru
sebagai johan keseluruhan diikuti rumah sukan kuning sebagai naib johan dan rumah sukan
merah di tempat ketiga serta rumah sukan hijau di tempar terakhir. Bagi pertandingan
perbarisan terbaik telah dimenangi oleh rumah sukan merah. Tempat kedua dimenangi oleh
rumah kuning, rumah hijau di tempat ketiga dan rumah biru di tempat terakhir.

Olahragawan pada tahun 2019 disandang oleh adik Aminur Raziqin bin Hisham dari
rumah merah dan olahragawati pula dimenangi oleh adik Annur Aida binti Aznan dari rumah
biru. Secara keseluruhannya, semua murid telah melibatkan diri secara aktif dalam sukan
tahunan yang telah diadakan ini. Diharapkan kejohanan sukan tahunan sekolah ini akan diterus-
kan lagi pada tahun hadapan dengan acara-acara yang lebih menarik.

Disediakan oleh,

—————————————————-
(NURRAZIMAH BINTI MOHD YAMAN)
PELAPOR
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SR ARAB JAIM JELATANG 2019
—————————————————————————————————————————
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN
—————————————————————————————————————————

MERENTAS PERBARISAN JUMLAH


RUMAH SUKAN PENCAPAIAN
DESA KESELURUHAN
BIRU 105 39 187 JOHAN

KUNING 99 40.5 173 NAIB JOHAN

MERAH 56 42.5 121 KE-3

HIJAU 70 39.5 104 KE-4

PUNGUTAN PINGAT

KEEMPAT
PINGAT EMAS PERAK GANGSA

BIRU 9 8 5 3

KUNING 7 8 4 7

MERAH 6 5 8 4

HIJAU 1 2 6 9
—————————————————————————————————————————
LAPORAN BERGAMBAR
__________________________________________________________________________________

You might also like