Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tugasan 1: Penulisan Esei

1.0 PENGENALAN
Perkembangan sistem pernomboran yang pelbagai bermula dari sistem pernomboran
awal hingga ke sistem pernomboran Hindu-Arab sekarang. Dengan berlalunya zaman demi
zaman, manusia di tempat-tempat tamadun kuno seperti Mesir, Babylon, Yunani, Rom, Mayan,
Cian, India dan Timur Tengah, telah mencipta berbagai-bagai sistem pernomboran. Tetapi sistem
pernomboran awal yang dibincangakan termasuk adalah sistem pernomboran termasuk sistem
pernomboran orang Mesir, Babylon, Mayan dan juga Roman. Pada masa lampau, manusia
menggunakan pelbagai cara untuk merekod nombor yang diperlukan. Antara, sistem
pernomboran yang telah disebut tadi merupakan antara sistem pernomboran yang penting.

2.0 BANDING BEZA SISTEM PERNOMBORAN AWAL

2.1 Sistem Pernomboran Mesir

Kira-kira 3000 S.M. Orang-orang Mesir sudah menggunakan simbol-simbol itu untuk
mengukur luas lading, membilang tumbuh-tumbuhan, membayar cukai dan membina piramid.
Sistem pernomboran Mesir menggunakan sistem hieroglifik Mesir dengan mengabungkan simbol
hieroglifik yang ditiru yang mewakli kuasa 10 untuk membentuk nombor yang dikehendaki.
Selepas nombor 9, masyarakat Mesir memerlukan satu symbol yang baharu untuk mewakili set
nombor tertentu. Mereka telah memilih simbol ‘tulang tumit’ untuk mewakili 10. Tidak ada nombor
sifar pada sistem masyarakat ini.

Rajah 2.1 Simbol Hieroglif


Sistem penulisan nombor Mesir kuno ditulis dari kanan ke kiri cara penulisan ini masih
kekal dugunakan sehingga ke hari ini namun simbol yang digunakan telah diubah mengikut
kesesuaian semasa. Sistem nombor Mesir kuno digunakan oleh masyarakat pada zaman itu bagi
menyelesaikan masalah harian mereka. Sistem nombor bagi masyarakat Mesir kuno mempunyai
daya tarikan yang tersendiri. Walaupun sistem nombor ini tidak diaplikasikan lagi, namun ia tetap
menjadi asas perkembangan sistem nombor masyarakat Mesir pada hari ini.

Sistem Pernomboran Mesir mempunyai pelbagai kelebihan dan kelemahan. Penggunaan


sistem hieroglifik memudahkan proses penambahan. Selain itu, ia juga telah memperkenalkan
konsep infiniti dan orang mesir mempunyai kemahiran Matematik yang tinggi sehingga membina
pyramid. Seperti yang sedia maklum, pyiramid merupakan salah satu Tujuk Keajaiban Dunia.
Kerajaan Mesir juga boleh melakukan penambahan untuk angka-angka besar nilainya dan
mempunyai kemahiran darab serta memperkenalkan simbol pecahan. Juga terdapat kelemahan
iaitu tidak mempunyai sifar dan sukar difahami kerana setiap penambahan digit diwakili dengan
simbol yang berbeza.

2.2 Sistem Pernomboran Mayan

Budaya tamadun Mayan dibina berdasarkan system angka atau nombor. Mereka
menyusun nombor untuk menandakan nilai tempat berbeza. Angka Mayan merupakan satu sitem
angka yang mempunyai asas dua puluh. Sistem ini menggunakan hanya tiga simbol terdiri dari
sistem cengkerangg, palang dan titik di dalam sistem nilai menegak. Suatu titik mewakili satu,
palang mewakili lima dan cengkerang mewakili sifar.

Rajah 2.2 Nombor Mayan


Angka Mayan juga boleh digambarkan dengan lambang glif wajah atau gambar. Glif wajah
bagi sesebuah nombor mewakili dewa dewi yang dikaitkan dengan nombor tersebut. Nombor glif
wajah ini sangat jarang digunakan dan kebanyakannya cuma boleh ditemui pada ukiran
monumen yang rumit. Sistem mayan dikira dari bawah 1, 20(20), 360 (20.18). 7200 (20.18.20),
14400 (20.18.20.20).Seperti sistem nombor sekarang, nilai tempat digunakan untuk
mengembangkan sistem Mayan bagi mendapatkan nilai yang besar. Bagaimanapun, sisitem ini
mempunyai dua perbezaan yang signifikan berbanding sistem kita gunakan sekarang iaitu nilai
tempat disusun secara menegak dan mereka menggunakan asas 20, atau sistem vigesimal.

Selain itu, kita juga menggunakan kalender untuk mengira hari. Orang Mayan juga lebih
berminat dalam mengira hari dan kelender tahunan mereka mempunyai 360 hari. Maka adalah
lebih sesuai untuk nilai digit ketiga terkecil 20.18 = 360 dan bukan 20.20 = 400. Orang Mayan
menyusun nombor mereka untuk menandakan nilai tempat berbeza.

2.3 Sistem Pernomboran Babylon

Pernomboran Babylon ialah sejenis sistem angka yang digunakan pada zaman kerajaan
Babylon (1894-1530SM) di Mesopotamia. Ia ditulis dalam bentuk tulisan kuneiform yang
berbentuk baji. Orang Babylon yang sangat terkenal dengan pengetahuan mereka tentang ilmu
astronomi, menggunakan sistem angka perenampuhan (asas 60) yang diwarisi dari tamadun
Sumeria dan Akkadia.

Rajah 2.3 Bentuk Tulisan Kuneiform


2.4 Sistem Pernomboran Roman

Sistem penomboran Roman menggunakan 7 simbol dalam sistem tulisan mereka. Tetapi
bezanya adalah mereka gunakan simbol dan bukannya gambar seperti orang Mesir. Mereka
menggunakan sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Latin yang
digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Sistem pernomboran Roman adalah lebih canggih
berbanding dengan sistem Pernomboran Mesir. Hal ini demikan kerana, sistem ini diliputi dengan
penggunaan “Prinsip penolakan” yang membolehkan nombor diwakili secara lebih ringkas. Bukan
itu sahaja, ia juga mempunyai penggunaan “Prinsip pendaraban” yang memudahkan untuk
menulis nombor yang bernilai besar. Berikut adalah contoh sistem tulisan orang Roman.

Rajah 2.4 Angka Roman


3.0 KELEMAHAN DAN KELEBIHAN SISTEM PERNOMBORAN

Sistem pernomboran diliputi dengan pelbagai ciri dan kegunaan yang memudahkan kita
dalam penggunaan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan dalam
sistem penomboran ini. Saya telah memilih dan membincangkan dua sistem pernomboran iaitu,
pernomboran iaitu, pernomboran Mesir dan juga pernomboran dan pernomboran Babylon.

Sistem pernomboran diliputi dengan ciri yang menggunakan angka satu dan
sepuluh. Bukan itu sahaja, ia juga menggunakan sistem kedudukan asas-60. Terdapat beberapa
kelebihan dan kekurangan dalam sistem ini. Antaranya ialah, Sistem Pernomboran Babyloan
lebih canggih daripada Sistem Pernomboran Mesir. Seterusnya, simbol digunakan untuk
mewakili nilai berbeza bergantung kepada tempat yang ditulis. Manakala, menimbulkan
kekeliruan nilai kerana diletakkan ruang untuk membezakan nilai tempat dalam anga. Hal ini
merupakan satu kekurangan dalam Sistem Pernomboran Babylon.

Selanjutnya, pernomboran Mesir yang mempunyai ciri seperti menggunakan sistem


hiroglifik yang merupakan pengumpulan semula. Kelebihan yang terdapat dalam sistem ini
adalah, penggunaan sistem hiroglifik memudahkan proses penambahan berlaku dengan lancar.
Bukan itu sahaja, kemahiran matematik yang tinggi dapat membantu untuk membina pyramid
yang merupakan salah satu Tujuh Keajaiban Dunia. Ia juga mempunyai kelebihan seperti boleh
melakukan penambahan untuk angka-angka yang besar nilainya. Pada masa yang sama,
kerajaan Mesir juga mempunyai simbol pecahan dan juga mempunyai kemahiran darab.
Kelemahan pula, sistem pernomboran Mesir ini tidak mempunyai simbol sifar.

4.0 JUSTIFIKASI PENGGUNAAN SISTEM PERNOMBORAN HINDU ARAB

Sistem pernomboran Hindu-Arab yang digunakan hari ini dikembangkan sekitar tahun
A.D.800. Nama ini diperolehi atas sumbangan dari kedua-dua orang Hindu dan Arab kepada
sistem ini. Orang Hindu memperkembangkan abjad dan menggunkan huruf untuk mewakilkan
digit dalam sistem pernomboran ini. Oleh hal ini demikian, sistem pernomboran Hindu-Arab
dikekalkan sehingga sekarang berbanding sistem pernomboran yang lain.

Antara bukti bagi sistem pernomboran Hindu-Arab dikekalkan adalah, sistem ini
mempunyai ciri yang penting yang membolehkan kita mulis angka bagi sebarang nombor, sama
ada besr atau kecil, meggunakan hanya sepuluh simbol yang dsebut digit 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9.
Perkataan digit bermaksud “jari tangan” atau “jari kaki”. Disebabkan hanya sepuluh simbol asas
yang digunakan, sistem pernomboran Hindu-Arab dipanggil sebagai Sistem Pernomboran
Perpuluhan. Tidak lupa bahawa, sistem pernomboran perpuluhan ini dikekalkan sehingga hari ini
dalam sistem pendidikan.

Bukan itu sahaja, angka Hindu-Arab boleh ditulis dalam bentuk cerakin, dimana nilai bagi
setiap digit dalam setiap kedudukan adalah jelas. Sistem ini juga diliputi dengan sistem nilai
kedudukan atau sistem nilai tempat. Nilai kedudukan dalam sistem ini berasaskan kuasa 10.
Konteks ini tidak dapat dinafikan kerana sistem ini juga dikekalkan sehingga hari ini dalam sistem
pendidikan kita. Jelaslah bahawa, disebabkan konteks ini dikekalkan sehingga hari ini, sistem
Hindu-Arab dikatakan lebih superior berbanding yang lain dan digunakan di seluruh dunia.

5.0 KESIMPULAN

Dengan wujudnya sistem pernomboran pada zaman dahulu, maka wujudlah juga sistem
pernomboran yang ada seperti hari ini. Apabila berlaku perubahan pada zaman ke zaman,
manusia juga berusaha untuk memperbaiki sistem tersebut supaya tugas manusia menjadi lebih
mudah. Daripada simbol yang menggunakan lambang objek sekeliling, tumbuhan dan binatang,
telah berubah kepada simbol nombor yang semakin mudah ditulis dan difahami oleh semua
pihak. Lazimnya, mereka mula menggunakan objek sekeliling, tumbuhan dan binatang sebagai
simbol angka tersebut. Harus ditekakan bahawa, sisitem pernomboran sebegitulah yang menjadi
asas kepada sistem pernomboran kita pada hari ini. Pelbagai simbol yang wujud semakin hari
diperbaiki di dipermudahkan sehinggalah membentuk angka yang kita ada pada hari ini.

Kesimpulannya, daripada kajian sistem-sistem pernomboran Mesir, Babylon, Mayan,


Roman dan Hindu-Arab ini, dapat mengetahui bahawa setiap sistem pernomboran ada perkaitan
antara satu sama lain. Segalanya bermula pada zaman purba dan buat masa sekarang ianya
diteruskan dengan sistem pernomboran Hindu-Arab. Mungkin pada suatu hari nanti, sistem
pernomboran yang lebih canggih akan diwujudkan.
Rujukan

Mok Soon Sang. (1993). Matematik untuk Dinamika Guru. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Seow.S.H. (1995). Pengajaran Matematik KBSR. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

You might also like