Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 28

BAB 3

SENGGARAAN DAN PEMBINAAN PENCAWANG

3.1 PENGENALAN

Pencawang elektrik adalah satu pusat pengumpulan komponen-


komponen perkakasuis yang di gunakan untuk mengarahkan pengaliran
tenaga elektrik di dalam sistem kuasa serta memastikan keselamatan sistem
dengan menyediakan satu badan di mana alat-alat perlindungan ‘automatic’
dan pelencongan pengaliran tenaga. Pencawang elektrik berkaitan dengan
sistem janakuasa secara langsung untuk mengawal pengaliran tenaga elektrik
ke dalam suatu sistem, mengubah nilai voltan bekalan sama ada merendahkan
dan meninggikan voltan yang di keluarkan dari janakuasa elektrik dengan
mengunakan ‘transformer’ ‘step up’ dan ‘step down’. Secara amnya
pencawang elektrik mengandungi beberapa litar pendatang “incoming circuit”
yang dikawal oleh perkakas suis dan bertemu disatu basbar yang sama.

32
3.2 FUNGSI PENCAWANG ELEKTRIK

Pencawang boleh ditakrifkan sebagai satu kumpulan alat-alat atau


perkakasuis elektrik yang bertugas untuk menerima, mengubah, mengendali
dan membahagikan bekalan elektrik kepada pengguna berhampiran:

 Ia memudahkan proses penyuisan masuk atau keluar ke bahagian lain di


dalam suatu sistem.
 Ia membentuk satu ‘nodal point’ yang mana kuasa boleh diubah dan
diagihkan dari satu pencawang ke pencawang yang lain.
 Dapat mengasingkan bahagian yang rosak dalam suatu sistem dengan
cara penyuisan dan bekalan elektrik dapat diteruskan melalui lilat yang lain.

3.3 KEPERLUAN PENCAWANG

Nilai voltan yang terjana pada sesebuah pencawang elektrik akan


dinaikkan untuk penghantaran dan direndahkan untuk pembahagian. Diantara
faedah menggunakan voltan tinggi bagi sistem penghantaran adalah
memerlukan kos pebelanjaan yang rendah serta mengalami nilai susut voltan
yang rendah. Manakala kebaikan menggunakan volatan rendah bagi sistem
pembahagian adalah untuk memudahkan proses pembekalan tenaga elektrik
kepada pengguna kerana perkakasan elektrik yang digunakan oleh pengguna
memerlukan voltan rendah serta kos perbelanjaan perkakasuis rendah.

3.4 SISTEM PENCAWANG

Di dalam sistem bekalan elektrik di semenanjung Malaysia, terdapat tiga


jenis voltan iaitu:

33
 Voltan penjana
 Voltan penghantar
 Voltan pembahagian

Voltan penjanaan Voltan pembahagian Voltan penghantaran


415 KV 11 KV 275 KV
33 KV 33 KV 132 KV
6.6 KV 66 KV
0.4 KV
Jadual 3.4.1 :Jenis-jenis Voltan

3.4.1.1 Sistem penjana

Penjanaan tenaga elektrik merupakan proses menukar tenaga lain


seperti tenaga mekanikal, kimia, solar, udara dan nuklear kepada tenaga
elektrik.

3.4.2 Sistem Penghantaran

Nilai voltan yang terjana akan dinaikkan untuk tujuan penghantaran dan
direndahkan untuk pengagihan. Proses pengendalian meninggikan dan
merendahkan nilai voltan memerlukan pencawang elektrik. Manakala sistem
penghantaran merupakan sistem yang menyambung sistem penjanaan dan
sistem pembahagian. Kesemua stesen janakuasa yang terdapat pada sesuatu
unility perbekalan elektrik disambung secara selari oleh talian sistem
penghantaran untuk mewujudkan satu grid kuasa.

Antara kebaikan voltan tinggi untuk penghantaran:

34
 Ia lebih ekonomi kerana tidak perlu mengubah talian penghantaran jika
voltan ditinggikan
 Voltan tinggi lebih senang dikawal berbanding arus tinggi dengan
menggunakan ‘transfomer’
 Kehilangan kuasa pada talian rendah boleh diminimakan kerana apabila
nilai voltan berubah, nilai kuasa yang hilang tetap sama
 Boleh direntang jauh serta susutan voltan rendah
 Saiz pengalir yang kecil

Keburukan voltan tinggi untuk penghantaran

 berlaku kesan korona “ ionization” udara di sekeliling pengalir “breakdown”


dan hasilnya sinaran violrt dan bunyi ‘hissing’di sekeliling pengalir.
 Kehilangan kuasa akan berlaku.
 Kesan-kesan lain yang akan terjadi adalah ‘flash over’, radio ‘interference’
serta ‘oxone’ yang menyebabkan pengalir dan penebat akan menjadi
lemah.

Cara susunan alat-alat dibahagian pencawang penghantaran adalah seperti


berikut:

 Penangkap kilat
 Alatubah
 Pengasing talian
 Pemutus litar minyak voltan tinggi 275 KV, 132KV, 66 KV
 Basbar
 Pengasing talian ( link )
 Alatubah arus
 Alatubah kuasa

Manakala cara susunan alat- alat dalam bangunan adalah

 Pemutus litar minyak atau udara 33 KV,atau 11 KV

35
 Alat ubah voltan
 Panel pengecas bateri
 Panel alatur voltan automatik
 Alat ubah geganti
 Panel kawalan

3.4.3 Sistem Pembahagian

Sistem pembahagian merupakan sistem yang membekalkan tenaga


elektrik kepada pengguna, walaupun ada juga pengguna-pengguna besar
seperti kilang-kilang. Punca bekalan diperolehi dari Pencawang Mula Utama
( PMU) 132/11kV atau Pencawang Pembahagian Utama (PPU) 33/11kV.
Sistem pembahagian boleh di bahagikan kepada dua kategori iaitu sistem
voltan tinggi dan sistem voltan rendah.

Sistem voltan tinggi :

 Beroperasi pada voltan 33kV, 22kV, 11kVdan 6.6kV menggunakan


sambungan tiga fasa tiga wayar.
 Alatubah di PMU atau PPU di sambung secara STAR-DELTA untuk
mewujudkan sistem tiga fasa tiga dawai.
 Kabel bawah tanah dan talian atas digunakan di kawasan yang terpencil.
 Nilai yang biasa digunakan ialah 11Kv, permintaan bekalan bertambah
maka sistem 33kV mula diperkenalkan.

Sistem voltan rendah :

 Beroperasi pada voltan 415V dan 240V menggunakan tiga fasa empat
dawai.
 Kebaikan dua nilai voltan dapat diperolehi.

36
 Sambungan STAR di bahagian sekunder pembahagian dapat juga
mengurangkan nilai ‘harmonics’.

Faedah- faedah menggunakan voltan rendah untuk pembahagian:

 Kos perbelanjaan perkakasuis yang rendah.


 Mudah dibekalkan kepada pengguna kerana alat- alat elektrik yang
digunakan oleh pengguna hanya memerlukan voltan rendah
sahaja.

3.5 JENIS-JENIS PERALATAN PENCAWANG DAN FUNGSI

Loji janakuasa biasanya mengandungi pelbagai peralatan elektrik.


Jumlah peralatan ini bergantung kepada keupayaan sesebuah loji janakuasa
tersebut. Kebanyakan loji janakuasa dihubungkan melalui sistem grid pada
sebuah stesen pencawang penaik yang berada pada loji janakuasa tersebut.

Peralatan- peralatan utama yang biasa terdapat dalam loji janakuasa


terdiri daripada pengulang alik, peralatan penyegerak, pemutus litar, pengubah,
beza upaya, arus geganti, peralatan perlindungan, pengasing, penangkap
kilat, alat pembumian, bateri, dan pengecas bateri serta pelbagai lagi.

3.5.1 Pengatur, Pengubah ( Transfomer Tap Changing)

Pengatur pengubah di gunakan untuk mengawal voltan bahagian


pandua atau keluaran. Kawalan voltan keluaran dapat di lakukan dengan
melaraskan jumlah lilitan pada bahagian pendua. Voltan keluaran pada pendua
boleh di tambah atau di kurangkan melalui pelarasan lilitan pada bahagian

37
pendua yang telah di sediakan dalam rekabentuknya. Pengatur pengubah
terdiri daripada dua jenis iaitu Pengatur pengubah Beban Henti dan Pengatur
pengubah Beban Hidup.

3.5.2 Pemutus Litar Hampagas ( Vacuum Circuit Breaker-VCB )

Pemutus litar dipasang pada penghantaran voltan tinggi. Ia dipasang di


antara pengasing dan juga pengubah pada pencawang. Pemutus litar boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis dan keperluannya di dalam sesebuah
pencawang bergantung kepada keupayaan tenaga elektrik dalam julat KV yang
hendak dihantar atau diagihkan ke sesuatu kawasan. Tujuan pemasangan
pemutus litar pada sistem penghantaran adalah :

► Membawa arus beban penuh yang berterusan

► Membuka dan menutup litar pada keadaan tanpa beban

► Untuk membuat dan memutuskan arus kendalian ketika keadaan biasa

► Untuk membuat dan memutuskan arus litar pintas mengikut magnitud


ianya di reka bentuk.

Kelebihan Pemutus Litar Hampagas.

 Tahan lama dengan kadar penyenggaraan minimum.


 Tiada risiko kebakaran dan bunyi, jika berlaku kerosakan.
 Pembinaan yang padat dan tertutup.
 Sangat peka pada kerosakan yang berlaku dalam sistem elektrik.
 Tenaga mekanikal yang kecil.

38
Keburukan Pemutus Litar Hampagas.

 Pencucuhan berulang menyebabkan kepekaanya berubah.


 Voltan lampau berlaku arus diputuskan.

Rajah3.5.2.1 :VCB

3.5.3 Pemutus Litar Bergas

Menggunakan gas sulfur ‘hexaflorida’ (SF6) untuk tujuan penebatan dan


perlindungan gangguan.

► Jenis yang biasa digunakan :

 ‘Siemens’
 ‘Merlin Gerin’

39
 ‘Tamco – Falcon Beta’
 ‘Omar Zabal’
 ‘Felten & Guilleaume’

Kelebihan gas sebagai penebat :

 Perlindungannya tinggi.
 Kesesuaiannya dalam operasi.
 Perlukan ruang yang kecil sahaja.
 Memudahkan penyambungan kabel.
 Tidak memerlukan penyenggaraan yang kerap.

Kelemahan gas sebagai penebat :

 Gas berkualiti tinggi yang terhad dan memerlukan ruang pengaliran yang
minimum.
 Memerlukan tenaga ’mekanisme’ yang tinggi untuk memberi tekanan
kepada gas ketika operasi.
 Walaupun gas SF6 bukan gas toksid dan gas yang lengai, bahan yang
terhasil dari tindakbalasnya bersifat menghakis khususnya dengan
kehadiran wap air.

40
RAJAH 3.5.3.1 : Pensuisan-gas sebagai penebat.

3.5.4 Pengasing

Pengasing adalah suis pemisah yang digunakan untuk membuka


sebahagian litar kuasa selepas litar beban diputuskan oleh pemutus.
Pengasing ini terdiri daripada jenis tendom atau OLU dan HFU. Pemasangan
pengasing dalam pencawang bergantung kepada nilai voltan yang
diselaraskan dalam sesebuah pencawang. Pengasing jenis tendom digunakan
pada pengagihan voltan yang melebihi 11KV, manakala pengasing jenis OLU
digunakan di bawah 11KV.

Pengasing dipasang di antara talian kuasa dan peralatan voltan tinggi


pada sistem penghantaran. Pengasing disediakan bagi mencegah voltan yang
dibekalkan kepada bahagian perkakas suis basbar yang dipasang.

3.5.5 Pembumian (Earthing)

Pembumian merupakan sambungan yang dilakukan di antara peralatan


elektrik dan bumi dengan bantuan sambungan dawai yang tidak mempunyai

41
rintangan. Bumi dijadikan sebagai punca rujukan yang keupayaan dianggap
kosong, jadi sebarang benda yang disambung kepadanya akan mempunyai
keupayaan kosong juga. Pencawang peralatan voltan tinggi seperti pengubah
dan lain-lain peralatan akan dibumikan bersama melalui sistem pembumian
pencawang.

Rajah 3.5.5.1: Pembaikian kebumi

3.5.6 Penangkap Luaran (Surge Arrestor)

Penangkap luaran merupakan alat yang digunakan untuk menghadkan


arus lebihan daripada masuk menerusi pengubah dan peralatan yang terdapat
di dalam pencawang. Arus lebihan ini dialirkan ke terminal pembumian. Selain
itu, ia berfungsi sebagai pintu yang mana menangkap arus dan membawanya
kepada bahagian bumi. Penangkap ini akan menyelamatkan perantara muka
bagi litar elektrik dan litar elektronik dalam satu pencawang.

42
3.5.7 Reaktor Penghad Arus

Reaktor adalah gegelung yang mempunyai regangan induktif yang


besar jika dibandingkan rintangan ohmnya. Reaktor dipasang dalam litar
sistem peralatan voltan tinggi bagi menghadkan arus litar pintas yang mengalir
dalam talian. Arus yang mengalir akan dihadkan oleh reaktor pada keadaan
selamat sebelum ianya dialirkan kepada perkakasuis yang terdapat dalam
pencawang. Perkakasuis dalam pencawang dapat dilindungi daripada
mengalami kerosakan akibat daripada litar pintas. Reaktor biasanya dipasang
pada sistem penjana, penyuap dan basbar.

3.5.8 Pengubah Peralatan (Patential Transformer)

Alat ubah kendalian pada kadar voltan melebihi 380 V dan mengalirkan
voltan ini pada peralatan pengukuran dan geganti melalui pengantaraan
gegelung bezaupaya. Pemasangan pengubah ini membolehkan peralatan
pengukuran voltan rendah sesuai bagi mengukur voltan tinggi dan
mengasingkan peralatan ini daripada voltan tinggi. Belitan bahagian utama
pengubah bezaupaya disambungkan pada basbar utama di mana terdapatnya
pemasangan perkakas suis voltan tinggi dan belitan perdua biasanya
disambungkan kepada alat pengukuran dan geganti.

43
Rajah 3.5.8.1 : ‘Transfomer’

3.6 JENIS-JENIS PENCAWANG ELEKTRIK

Terdiri daripada beberapa jenis iaitu:

► Pencawang dalam bangunan 11KV(Indoor)

► Pencawang luar bangunan 11KV(Outdoor)

► Pencawang separuh bangunan 11KV(semi indoor)

► Pencawang Masuk Utama

► Pencawang Padat(Compact Sub)

► Pencawang Atas Tiang (H-Pole)

3.6.1 PENCAWANG DALAM BANGUNAN 11kV ( Indoor )

Pencawang berbagunan bolah dibahagikan kepada tiga jenis;

44
 Pencawang rangkuman bilik dimana alatubah dan perkakas suis di dalam
bilik yang sama.
 Pencawang mempunyai satu bilik alatubah (‘single-chamber’)
 Pencawang mempunyai dua bilik alatubah (‘double-chamber’)

Pencawang berbangunan boleh didirikan dengan dua cara iaitu bangunan


pencawang bersendirian atau bangunan bercantum dengan bangunan-
bangunan bagi tiap-tiap bilik alatubah ialah 1000kVA. Alat-alat yang terdapat di
dalam pencawang ialah;

♠ Perkakas suis
♠ Platubah
♠ Papan agihan voltan rendah
♠ Kabel
♠ Alat penangkap kilat ( untuk PAT)
♠ Alat pemadam api
♠ Carta CPR
♠ Gambar Rajah Skemetik
♠ Tikar getah ( Rubber Mat)
♠ Pendawaian yang lengkap
♠ Sistem pembumian

45
RAJAH 3.6.1.1:P/E dalam bangunan

3.6.2 PENCAWANG LUAR BANGUNAN ( Outdoor )

Peti pembekal biasanya diletakkan di sudut pagarnya. Ia diselaraskan


dengan pagar untuk memudahkan kerja menukar fius yang rosak tanpa perlu
masuk ke dalam pencawang tersebut. Keluasan sebenar adalah di antara 25΄
x 20΄. Terdapat ‘transfomer’ diletakkan yang berjarak empat kaki daripada
dinding pagar. Ia diletakkan di atas pelapik simen atau timbunan pasir kerana
‘transfomer’ ini menerima kadar arus yang tinggi. Kedudukan perkakasuis yang
berukuran 3΄ 2΄ x 2΄ 1΄ bergantung kepada arah mana kabel yang masuk ke
pencawang. Jarak antara perkakasuis dengan pagar yang perlu disediakan
bagi memudahkan kerja-kerja penyenggaraan dilakukan .

46
Kerja- kerja pembumian dilakukan dengan menanam elektrod bumi
(copper rod) di ‘out door sub-station’. Cara kerjanya adalah :

► Lubang untuk ‘earth chamber’ sebelum, elektrod bumi di tanam ( 1΄ 6΄ x


1΄ 6΄ x 1΄ 3΄ ).
► Ukuran ‘copper rod’ ¾΄ x 6΄.

► Tiap-tiap satu penjuru 2 batang rod ditanam.

► ‘Copper rod’ disambungkan dengan ‘copper coupler’ untuk pembumian


yang berkesan.

Bahagian –bahagian yang mesti dibumikan:

♠ ‘Earthing electrode’.
♠ Pagar pada tiang dan ‘angel’.
♠ ‘Transfomer neutral’, ‘body’ dan HV ‘cable’.
♠ ‘Switchgear’ dan HV ‘cable’.
♠ ‘Feeder Pillar neutral’, ‘body’ dan ‘cable’.
♠ ‘Swicthgear’ pada bahagian ‘body’ dan ‘cable box’ gelang disambungkan
pada pengalir pembumian ‘electrode’.
♠ LV ‘Board’ ( Distribution Board ) adalah punca neutral pada bar dan ‘body’
disambungkan pada pengalir keterusan bumi pada ‘electrode’.

RAJAH 3.6.2.1 : P/E Luar Bangunan

47
3.6.3 PENCAWANG SEPARUH BANGUNAN 11 KV (Semi Door)

Pencawang ini terletak di dalam bangunan separa tertutup iaitu di


bahagian atasnya tidak tertutup, bagi mengelakkan daripada berlakunya
kejadian yang tidak diingini. Pencawang semi in-door ini berasal daripada
pencawang tanpa bangunan (out-door) tetapi telah diubah suai menjadi
pencawang separuh bangunan, iatu bahagian atasnya tidak tertutup manakala
bahagian bawahnya tidak berubah.

Rajah 3,6.3.1 : P/E separuh bagunan.

3.6.4 PENCAWANG MASUK UTAMA

Pencawang masuk utama merupakan satu sumber masukan yang


utama bagi bekalan sesebuah daerah seperti Pasir Mas, Tanah Merah dan
banyak lagi. PMU bagi kawasan Pasir Mas terletak di kawasan Lemal yang
menerima bekalan elektrik 275/33 KV daripada Sistem Grid Nasional di Tanah
Merah. Bekalan masuk 275KV kemudianya diturunkan kepada 33 KV dengan
menggunakan alatubah yang berupaya 2 X 45 MVA. PMU ini membekalkan

48
tenaga elektrik di sekitar kawasan Pasir Mas termasuk Rantau Panjang, Lubok
Jong dan juga Lati.

Pencawang utama 33/11 KV yang dipasang hendaklah sekurang-


kurangnya mempunyai dua pengubah 33/11KV dan peralatan-peralatan lain.
Peralatan ini merupakan peralatan khas yang direka bentuk untuk berkendali
pada voltan tinggi.

3.6.5 PENCAWANG PADAT ( Compact Sup)

Pencawang ini merupakan rekaan terkini yang menampilkan yang


kemas, lebih selamat dan hanya memerlukan penjagaan yang lebih mudah
berbanding dengan pencawang yang lain. Saiz pencawang padat ini lebih kecil
daripada pencawang biasa iaitu 2700 mm panjangnya,1950 mm lebar dan
2000 mm tinggi. Kebiasaanya pencawang ini dibina di dalam bentuk padat dan
mempunyai perkakasuis seperti alat ubah, LVDB, ‘feeder’ dan perkakasuis
yang telah dipasang siap pada pencawang tersebut. Pencawang padat ini
mudah dikendalikan kerana peralatannya telah siap dipasang dan canggih.

Rajah3.6.5: P/E Padat

49
Kebaikan P/E Padat

 Tapak yang kecil dan polisi TNB untuk mengunakan jenis ini di mana tapak
untuk membina pencawang adalah sukar diperoleh.
 Perlindungan dari pencemaran udara, kecurian, dan kerosakan dalam
pencawang.
 Senang dipasang dan masa untuk memasang adalah singkat.

Keburukan P/E Padat

 Keupayaan alatubah terhad kepada 300kVA, 500kVA, 750kVA dan


1000kVA.
 Jika mengalami salah satu kerosakan perkakasan peril di ganti kesemua.
.

3.6.6 PENCAWANG ATAS TIANG ( H-POLE )

Pencawang Atas Tiang biasanya digunakan di kawasan luar bandar


kerana permintaan terhadap tenaga elektrik adalah lebih rendah. Biasanya
pengguna tenaga elektrik meningkat pada waktu malam kerana mereka
bekerja pada waktu siang hari. H-pole ini dibina kerana ia tidak memerlukan
kawasan yang luas, dan sukar untuk mendapat tapak tanah untuk dibuat
pencawang.

Alat-alat terdapat pada pencawang atas tiang ialah:

Penebat Pin
Adalah alat yang digunakan untuk membuat pengalir tak bersalut dari disentuhi
oleh bahan-bahan besi yang lain.

50
Peti Kabel
Tempat yang menerima kabel voltan tinggi dan menyambung kabel dengan
pengalir ( talian ).

Penangkap Kilat
Untuk melencongkan pusat kilat ke bumi apabila kilat menyambarkan talian
atau alatubah. Dengan ini, talian aatu alatubah dapat diselamatkan.

Fius Jatuh (Drop fuse)


Fius jatuh digunakan pada alatubah apabila berlaku arus lampau dan untuk
memutuskan litar jika ada kerosakan dalam lilitan.

Saluran Besi 4 in x 2 in.


Untuk mengapit dua tiang besi supaya tiang sentiasa tegak.

Penebat Berbelenggu Voltan Rendah.


Bertindak sebagai penebat untuk voltan rendah yang keluar.

Alatubah
Untuk merendahkan bekalan voltan 11kV kepada 415V. Keupayaan biasa
alatubah pencawang di atas tiang ialah 100kVA.

Pengapit kabel
Untuk mengapit kabel voltan tinggi. Pengapit ini diperbuat daripada kaya.

Tiang keluli.
Tiang ini adalah untuk menampung berat yang ada di pencawang ini.Tinggi
ialah 35 kaki.

Alat pengadang (Anti climbing device)


Untuk mencegah orang yang tidak berkenaan mendekati bahagian litar hidup.

51
Tiang pengapit
Untuk mengapit paip galvanic dengan tiang keluli.

Kabel voltan tinggi


Iaitu kabel masuk dan kabel keluar.

Paip galvani
Paip yang berukuran 3 inci x 10 kaki digunakan untuk perlindungan kabel
voltan tinggi.

Konkrit bawah tanah


Digunakan untuk menguatkan lagi tiang.

Rajah 3.6.6.1: H-Pole 2 tiang Rajah 3.6.6.2 :


H-Pole 4 tiang

3.7 FUNGSI-FUNGSI PERALATAN YANG


TERDAPAT PADA PENCAWANG.

3.7.1 Pengubah Voltan

Alat ini digunakan sebagai menaikan atau menurunkan voltan. Pada

52
bahagian sekunder boleh dilaraskan untuk mendapatkan nilai voltan yang
bersesuaian dengan kehendak pengguna. Terdapat empat jenis yang
digunakan iaitu delta/delta, delta/star, star/star, star/delta.

3.7.2 Perkakasuis (suis gear)

Perkakas suis adalah satu alat yang digunakan untuk mengasingkan


bahagian yang rosak sekiranya berlaku litar pintas, arus lampau serta
memutuskan litar. Ia juga untuk mengelakkan sebarang kerosakan daripada
berlarutan ke bahagian lain. Alat ini digunakan sebagai pemutus liatar secara
automatik apabila berlaku kerosakan bagi mengelakan kerosakan pada
pengubah atau kabel terbakar dan digunakan secara menual apabila ingin
melakukan kerja penyenggaraan.

Antara perkakasuis gear ialah:

 OD
 VL
 HFU
 OLU

Rajah 3.7.2.1 : Suis Gear

53
3.7.3 Perkakas suis Jenis HFU (High Fusing Unit)

Perkakas ini mempunyai tiga ruang:

 Ruang sesentuh dan basbar yang mana dipenuhi dengan minyak sebagai
penebat
 Ruang fius yang bertebat di udara
 Ruang pesawat kerja yang bertebat

Perkakas jenis ini mempunyai dua lengan kendalian iaitu satu lengan untuk
kendalian sesentuh dan satu lagi untuk membumikan fius. Perkakasuis HFU
mempunyai perlindungan daripada fius HRC jenis pelantik pin. Kedudukan fiu-
fius disetiap fasa tersebut dipisahkan antara satu sama lain dengan kotak
pemisah.

Komponen-komponen luar yang terdapat diperkakasuis adalah seperti berikut:

 Penunjuk kendalian suis menunjukkan tiga perkakasuis iatu membumikan


kabel “OFF” dan “ON”
 Butang Pelantik digunakan untuk memutus litar
 Lengan Bumikan Fius untuk menyambungkan fius ke bumi
 Lengan Kendalian Suis untuk mengendalikan perkakasuis dalam salah satu
kedudukan iaitu membumikan kabel “OFF” dan “ONN”
 Penutup Escutheon untuk menutup ruang lengan membumikan fius dengan
lengan kendalian fius
 Pintu Fius untuk menutup ruang fius voltan tinggi
 Peti Kabel iaitu menyambungkan kabel voltan tinggi atau dari basbar
perkakasuis

54
 Soket penguji adalah untuk membuat pengujian di kabel antara perkakas
HFU dengan ‘transfomer’.

Raj ah3
.7.3. 1 :
Alat pensuisan Rajah 3.7.3.2 : Hing Fuse Unit (HFU)

3.7.4 Perkakas suis Jenis OLU (OIL Link UNIT)

Perkakas suis ini mempunyai dua ruang iaitu:

 Ruang sesentuh yang dipenuhi dengan minyak


 Ruang pesawat yang bertebat di udara

Perkakas suis ini tidak mempunyai fius dan sesentuhnya berisi minyak.
Perkakas suis ini boleh dikendalikan dengan tiga kedudukan iaitu “ON” “OFF”
dan “MEMBUMIKAN KABEL” . Hanya satu lengan kendalian sahaja yang
disediakan.

55
Alat-alat diperkakasuis adalah seperti berikut:

 Penunjuk kendalian perkakasuis menunjukkan tiga kedudukan iaitu “ON”


“OFF” dan “ MEMBUMIKAN KABEL”
 Lengan Kendalian perkakasuis ini mengendalikan perkakasuis dalam satu
kedudukan iaitu “membumikan kabel” “on“ dan “off”
 Penutup lengan kendalian untuk menutup ruang lengan perkakasuis
 Peti kabel iaitu menjadi punca sambungan voltan tinggi
 Soket penguji untuk menguji ujian kabel voltan tinggi

Rajah 3.7.4.1. Oil Link Unit (OLU)

1.7.5 Peti Pembekal Voltan Rendah (LVDB)

Peti penbekal voltan rendah ( LVDB) merupakan suatu tempat dimana


bekalan dibahagikan kepada pengguna mengikut kawasan kecil. Ianya terletak

56
diantara bekalan keluar dari alatubah ke unit-unit pengagih. Fungsi peralatan
ini adalah untuk:-.

► Menyukat arus bagi kegunaan sesuatu tempat.

► Membahagi serta mengibang beban di ketiga-tiga fasa.

► Memudah kerja pemotongan bekalan jika terdapat kerosakan di unit-unit


pengagih.

► melindungi peralatan serta perkakasuis daripada berlakunya kerosakan

Rajah 3.7.5.1:LVDB

Komponen – komponen dalam papan pembahagian LVDB

Unit Masuk:
Penyambung antara alatubah bahagian sekunder dengan basbar

Unit Keluar Berfius:


Penyambung antara basbar dan kabel VR ke beban seperti tiang SAVR
atau Papan Suis Pengguna

57
Basbar:
Penyambung antara unit masuk dan unit – unit keluar berfius.

Penunjuk Arus (TDI – Thermal Demand Indicator Meter):


Terdapat 3 penunjuk arus. Jangka digunakan bagi menunjuk arus beban.
Jangka ini mempunyai 2 jarum yang berlainan warna iaitu jarum merah
untuk menunjukkan kehedak maksima di setiap fasa dan jarum hitam
menunjukkan bacaan ketika.

Alatubah Arus:
Berfungsi bagi merendahkan nilai arus pada basbar supaya dapat dibaca
oleh penunjuk arus jenis terma

Fius ‘Minor’ 6A:


Terdapat 3 fius bagi kegunaan pelbagai bekalan 3 fasa

Fius Cut Out dan Neutral Link 60A:


Untuk kegunaan pelbagai bekalan fasa tunggal bagi kegunaan dalam
pencawang

Pengasing Fasa:
Dipasang diantara setiap fasa unit keluar berfius bagi mengelakkan litar
pintas antara fasa.

3.7.6 Penebat Jenis Pin.

Biasanya penebat jenis ini digunakan bagi pencawang atas tiang untuk
voltan rendah iaitu sehingga 33kV bagi satu penebat. Penebat ini mempunyai
pin keluli atau bolt yang dipasang pada palang tiang. Bahagian tembikar

58
diasingkan dari bahagian keluli dengan sejenis logam lembut (thimble ). Bila
sesuatu pencawang menggunakan sisstem 33 kV maka ia hanya memerlukan
satu sahaja penebat ini dan jikalau sesebuah pencawang itu menggunakan
sistem yang melebihi 33KV maka satu susunan unit berganda digunakan.

3.7.7 Penangkap Kilat

Ia berfungsi sebagai alat perlindungan kepada peralatan dalam pencawang


daripada sambaran petir, kilat, dan bocor cara menyerap voltan lampu dan
membawa terus ke bumi. Ia dipasang pada kabel, bangunan serta semua
perkakas elektrik.

59

You might also like