Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TATACARA PERBELANJAAN PERUNTUKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

PEJABAT KEWANGAN KERAJAAN NEGERI PERAK

1. Peruntukan yang diturunkan adalah pada kadar RM 150.00 bagi setiap Murid
Berkeperluan Khas (MBK ) yang berada dalam data Jabatan Pendidikan Negeri Perak
sehingga 8 Mac 2019.

2. Maksud perbelanjaan bagi peruntukan yang diturunkan ini adalah untuk kepentingan
proses pembelajaran MBK.

3. Peruntukan MBK akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG sekolah berdasarkan nama dan
nombor akaun yang telah dipanjangkan ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan
Negeri Perak.

4. Bagi sekolah yang mempunyai bilangan satu hingga lima orang MBK, pihak sekolah perlu
merancang bagi pembelian alat pembelajaran / buku / bahan bantu belajar bagi setiap
MBK pada kadar RM 150.00 seorang.

5. Bagi sekolah yang mempunyai bilangan MBK enam orang dan ke atas, pihak sekolah
boleh :-

5.1 merancang bagi pembelian alat pembelajaran / buku / bahan bantu belajar bagi
setiap MBK pada kadar RM 150.00 seorang; atau

5.2 merancang bagi mengadakan aktiviti / program yang menjurus kepada proses
pembelajaran yang melibatkan semua MBK seperti program lawatan sambil belajar
atau aktiviti inklusif bersama murid perdana atau apa-apa juga aktiviti / program yang
bersesuaian.

6. Peruntukan MBK ini perlu dibelanjakan tidak lewat dari 30 September 2019. Semua
perbelanjaan yang menggunakan peruntukan berkenaan perlu direkodkan untuk
semakan oleh Pejabat Kewangan Negeri Perak.

7. Laporan bagi semua aktiviti / program yang dijalankan bersama penyata kewangan
perbelanjaan peruntukan MBK perlu dikemukakan kepada Unit Pendidikan Khas, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak tidak lewat dari 15 Oktober 2019.

8. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Fakhrul Nizam b. Hj. Pakhruddin ( Penolong
Pengarah Pendidikan Khas ) di talian 05-5015187.

ENI ZANIFAH BINTI MOHD JABERI


Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

You might also like