Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

SUNGAI SIPUT (U)

ANJURAN

TARIKH : JULAI HINGGA OGOS 2019

TEMPAT : SK METHODIST SG SIPUT (U)

MASA : PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

KUMPULAN SASARAN: MURID PENDIDIKAN MORAL


KERTAS KERJA PROGRAM MEMBACA CERITA BERUNSURKAN
NILAI-NILAI MURNI 2019

1.0 PENDAHULUAN
Program ini merupakan anjuran Panitia Pendidikan Moral yang dirancang untuk
meningkatkan sikap membaca dalam kalangan murid murid. Selain itu, melalui membaca cerita
berunsurkan nilai-nilai murni, murid-murid dipercayai dapat meningkatkan keyakinan diri
terutamanya murid-murid yang bemasalah tingkahlaku.

2.0 OBJEKTIF
i.Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti bekerjasama, hormat-
menghormati, menghargai dan tolong-menolong.
ii.Meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid.
iii. Memberi peluang kepada murid-murid yang bermasalah tingkahlaku untuk
meningkatkan keyakinan diri.
iv. Meluaskan tahap penguasaan bacaan dalam kalanagan murid-murid terutamanya
dalam nilai-nilai murni.

4.0 PELAKSANAAN

Murid-murid yang bermasalah tingkahlaku akan diberi peluang untuk membaca cerita-cerita
berunsurkan nilai-nilai murni sewaktu perhimpunan mingguan. Murid-murid ini akan diberi hadiah
sebagai galakan untuk mempupuk nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

5.0 SENARAI JAWATANKUASA

PENGERUSI
EN.MUHAMMAD BIN MAT NOOR
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUSI
EN.MOHAMED BIN BABA
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI
PN.BALBIER KAUR A/P BACHAN SINGH (PK HEM)
EN.LIM BOON SEONG (PK KOKURIKULUM)

PENYELARAS
PN.GAAYATRI A/P KANNAN
KETUA PANITIA PENDIDIKAN MORAL

SETIAUSAHA
PN. KRISHNAMMAL A/P MUTHUSAMY

JURUFOTO DAN DOKUMENTASI


PN.GAAYATRI A/P KANNAN

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Hadiah Galakan
RM 5.00 X 12 orang murid = RM 60.00

7.0 PENUTUP
Program Membaca Cerita Berunsurkan Nilai-Nilai Murni diharapkan dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan diri dan meningkatkan suasana positif untuk pembelajaran yang berterusan semasa di
luar kelas. Diharapkan agar pelaksanaan program ini akan sentiasa disokong dan digalas dengan
penuh komitmen oleh para guru dan kakitangan sekolah yang terlibat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………… ……………………………………
(Gaayatri A/P Kannan) (Mohamed bin Baba)
Ketua Panitia Pendidikan Moral PK Pentadbiran
SK Methodist SK Methodist

You might also like