Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

5.

2 ILMU BARU MELALUI TEMU BUAL

Saya telah menemu bual dengan mentor/guru Yiung dari kelas 5B dan dan juga guru
Yiung dari kelas 4C untuk mengetahui sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
cikgu gunakan semasa PdP Sejarah. Kesemua ilmu pengetahuan dan pengalaman baru yang
diperolehi melalui temu bual akan dijadikan sebagai rujukan kepada saya untuk meningkatkan
profesion keguruan saya.

Berdasarkan temu bual dengan guru Yiung, jelaslah bahawa bahan sumber elektronik
dan internet pdp sejarah lebih menarik minat murid jika berbanding dengan bahan cetak.
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya mampu
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Pengintegrasian TMK telah
memudahkan guru dalam menyampaikan ilmu kepada murid kerana keperhatian murid akan
lebih tertumpu dengan pengajaran yang sedang berlangsung. Kesannya, ia telah memberi
refleksi kepada saya bahawa pengajaran bersifat multimedia mampu menggantikan kaedah
pengajaran tradisional kerana ia dapat menambah baik serta meningkatkan kualiti
pembelajaran murid dan pengajaran guru. Lagipun, murid-murid lebih mudah memahami dan
mengingati sesuatu fakta serta peristiwa yang berkronologi melalui elemen grafik, audio, video
dan filem.

Berdasarkan temu bual dengan guru Teo, boleh dianalisis bahawa beliau masih biasa
dalam kaedah pengajaran secara tradisional. Selain itu, sifat ketidakbukaan terhadap
perubahan yang terkini telah dijelaskan daripada pernyataan beliau di mana beliau
kekurangan motivasi dan kesediaan dalam pembelajaran serta pengaplikasian ICT dalam
PDP. Maka, ia telah memberi refleksi kepada saya bahawa penggunaan buku teks terdapat
kelebihan dan kekurangannya. Namun, dari aspek kebaikan, buku teks adalah panduan asas
untuk semua bahan rujukan yang berkenaan dan juga bahan edaran nota-nota. Hal ini
disebabkan setiap reka bentuk bahan buku rujukan adalah berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (KSSR) buku teks dan ia memudahkan guru dalam metode
pengajaran yang akan digunakan. Dari aspek kelemahan, bahan mengajar yang hanya
disekat dalam buku teks akan terbatas pemikiran serta menyebabkan kekurangan minat dan
tumpuan murid dalam PDP Sejarah.

Kesimpulannya, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan melalui perbincangan


bersama warga sekolah. Saya percaya bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh ini dapat
membawa kebaikan dan manfaat kepada saya sebagai seorang bakal guru yang akan
mendidik anak-anak di sekolah.
5.3 ILMU BARU DAN DAPATAN MELALUI BORANG SOAL SELIDIK

1.0 PENGENALAN

Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita Md. Yusoff dan Norzaliza Ghazali (2016)
menyatakan bahawa penggunaan buku teks, papan hitam dan kapur tulis sahaja tidak
mencukupi sebagai kaedah pengajaran guru dalam proses P&P, bahkan guru perlu
menggunakan teknologi multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
bagi meningkat minat murid terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajarinya serta
memahami sesuatu konsep dengan mudah.

2.0 TUJUAN DAN RASIONAL UNTUK MENGGUNAKAN INSTRUMEN BERKENAAN

Atas tujuan penilaian keberkesanan media PdP yang dihasilkan untuk Tugasan 1,
instrumen yang telah saya gunakan adalah borang soal selidik. Untuk memastikan
ketepatan data, maka soal selidik telah dijalankan secara teknik persampelan rawak
mudah untuk kelas Tahun 4, iaitu 4A, 4B dan 4C berserta guru kelas sejarah masing-
masing, iaitu Cikgu Teo dan Cikgu Yiung di SJK(C) Chung Hua Bintulu. Selain tujuan
penilaian, instrumen ini turut memaparkan keterperincian dan kelengkapan dari segi
aspek isi kandungan, penampilan, elemen grafik, video, animasi dan audio serta kualiti.
Malah, borang soal selidik juga ada bezanya dari segi pengukuran skala, di mana bagi
soal selidik guru, Skala Likert lima mata telah diaplikasikan, dengan rasionalnya ia
tidak bersifat forcing iaitu responden terpaksa menjawab sangat tidak setuju, tidak
setuju ataupun setuju dan sangat setuju dapat dielakkan.

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
setuju
Jadual 1: Skala Likert lima mata
3.0 TAHAP KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA ANDA SEMASA PENGAJARAN
DAN PEMEBELAJARAN BERDASARKAN DATA YANG DIPEROLEH DARI
INSTRUMEN PENILAIAN.

Berdasarkan data yang diperoleh dari borang selidik, secara keseluruhannya pakej
media PdP berkenaan dianggap sebagai berkesan semasa PdP, tidak kira dari
perspektif guru mahupun murid.

Dari aspek kandungan, guru-guru sangat bersetuju bahawa pakej multimedia


berkenaan adalah bukan sekadar bertepatan dengan standard pembelajaran DSKP,
bahkan juga bersesuaian dengan tajuk pembelajaran dengan pengambilan min purata
5.0 , iaitu skala likertnya bernombor 5. Dalam aspek ini, terdapat 23 daripada 30 murid
bersetujui bahawa standard pembelajaran yang telah disenaraikan sebelum
pengajaran multimedia telah memberi garis panduan kepada mereka tentang
pembelajaran mereka. Namun bagi pernyataan c, hanya terdapat 19 orang murid yang
setuju bahawa mereka memahami apa yang disampaikan oleh perisian multimedia ini.
Berdasarkan cadangan cikgu Yiung, beliau bercadang supaya membuat
penambahbaikan dari segi kegunaan bahasa kerana konteks perkataan yang
digunakan dalam perisian ini masih dikira kompleks bagi murid bumiputera. Hal ini
telah menyebabkan min purata 4.5 , iaitu skala likertnya bernombor 4.

Dari aspek penampilan, terdapat 25 murid yang bersetuju bahawa


penggabungan font dengan latar belakang yang bersesuaian telah menarik perhatian
mereka untuk meneruskan pembelajaran sejarah. Ini amat selaras dapatan penilaian
dari guru-guru di mana penggunaan saiz, jenis font, penggunaan warna yang kontras
dengan latar belakang telah memudahkan murid memberikan tumpuan yang baik
dengan pengambilan min purata 5.0 (kategori sangat setuju). Kedua-dua guru turut
sangat setuju bahawa Font perisian adalah bersesuaian lalu memudahkan mereka
membaca. Ini telah disokong oleh seramai 22 murid dengan pernyataan B.

Dari aspek elemen grafik, video, animasi dan audio, kedua-dua guru turut
sangat bersetuju dengan pengintegrasian elemen multimedia (teks, audio, video,
animasi atau grafik) dalam perisian telah memudahkan murid dalam pemahaman topik
dan penyampaian maklumat, tetapi bukan sekadar sebagai hiasan sahaja. Dalam
konteks ini, terdapat lebih daripada 22 orang murid yang berpendapat bahawa
penggunaan audio, video, gambar rajah yang dipaparkan dalam perisian semasa PdP
telah membantu mereka dalam pemahaman, peningkatkan tumpuan, dan juga lebih
berkesan daripada penggunaan buku teks. Begitu juga, kedua-dua guru juga
beranggap bahawa pemilihan elemen multimedia dapat menarik minat dan perhatian
murid dalam pembelajaran Sejarah. Pernyataan ini turut disokong tegas di mana
semua orang murid (30 orang) berasa mereka tidak mudah bosan semasa
pembelajaran berlansung dengan menggunakan perisian multimedia.

Dari aspek kualiti, kedua-dua guru turut sangat bersetuju bahawa latihan
(latihan tubi, soalan KBAT) yang disediakan dalam perisian membantu murid dapat
merangsangkan kognitif murid. Ini dapat dilihat dari dapatan penilaian murid, di mana
terdapat 25 orang murid berkeyakinan semasa menjawab soalan yang diberi selepas
pengajaran menggunakan perisian multimedia dilaksanakan. Dalam pada ini, perisian
juga mempunyai ciri-ciri interaksi dari perspektif guru dengan pengambilan min purata
5.0 kerana ia melibatkan interaksi dengan murid selain memupuk interaksi murid
sesama rakan yang telah disetujui oleh sebanyak 25 orang murid. Tambahan itu,
perisian berkenaan mampu membantu guru dalam mengaitkan tajuk yang dipelajari
dengan situasi dunia sebenar dalam pandangan guru dengan pengambilan min purata
5.0, maka ia dipersetujui oleh 26 orang murid di mana mereka dapat membuat
perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka
sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dengan lancarnya. Dalam aspek
pembelajaran kendiri, terdapat 10 orang murid berasa mereka tidak dapat belajar
sejarah tanpa bimbingan guru walaupun perisian bersembahkan gambar rajah, video,
audio dengan pemilihan kata yang senang. Berdasarkan cadangan cikgu Teo pula,
beliau bercadang supaya konteks kegunaan bahasa dimudahkan.

4.0 BERIKAN CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI MEDIA ANDA.

Sebagai penambaikkan, kegunaan bahasa dalam perisian multimedia saya perlu


diringkaskan lagi supaya ia bersesuaian digunakan untuk situasi pembelajaran semua
murid, terutamanya murid bumiputera. Hal ini disebabkan kekurangan pemahaman
bahasa akan merosot minat murid dalam pembelajaran selain mempengaruhi
pencapaian murid dalam mata pelajaran Sejarah. Oleh itu, kesulitan murid bumiputera
dalam penguasaan bahasa kedua (Bahasa Cina) perlu dipeka kerana bahasa yang
mendalam akan mempengaruhi murid dalam penguasaan isi kandungan sehingga
menjejaskan keberkesanan penggunaan media semasa PdP.

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, menunjukkan bahawa penggunaan multimedia


interaktif dalam PdP amat berkesan semasa PdP Sejarah di mana semua orang murid
(30 orang) sependapat bahawa mereka menikmati kelas yang diajar dengan perisian
maklumat. Maka, seperti yang ditunjuk dari dapatan penilaian borang selidik tidak kira
sama ada guru ataupun murid, kepelbagaian teknologi yang wujud sebenarnya
mampu digunakan ke arah yang lebih positif dan berkesan dalam persekitaran proses
pengajaran dan pembelajaran.

You might also like