Final Year Project

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 71

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Bab ini akan menerangkan secara keseluruhan tentang kajian pengkaji berkenaan
Pembangunan Produk Inovasi Potato Shell Tart berasaskan kentang dan
kepelbagaian variasi shell tart serta tahap penerimaan masyarakat di Kuala Langat
yang dilaksanakan dengan menghuraikan beberapa subtopik iaitu latar belakang
kajian, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian dan skop
kajian. Kajian yang dijalankan ini lebih terperinci kepada penghasilan produk inovasi
berasaskan kentang, kepelbagaian produk tart di pasaran, serta tahap penerimaan
masyarakat di Kuala Langat terhadap produk inovasi yang dihasilkan.

Produk inovasi Potato Shell Tart merupakan produk inovasi yang di hasilkan
oleh pengkaji dengan menggunakan sayuran kentang sebagai bahan utama. Potato
Shell Tart ini amat berbeza dengan produk–produk Shell Tart yang terdapat di
pasaran kerana Shell Tart yang biasa dijual di kebanyakkan pasaraya mahupun kedai
hanya menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama. Berbeza dengan Potato
Shell Tart, penggunaan sayuran kentang sebagai bahan utama yang berkhasiat serta
mempunyai banyak kelebihan untuk tubuh badan menjadikan produk inovasi pengkaji
sangat bernutrisi. Selain daripada itu, Potato Shell Tart ini sesuai dijadikan kudapan
berkhasiat yang boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja. Produk inovasi ini bukan

1
sahaja boleh dimakan dengan inti pedas malahan ia juga boleh dimakan dengan inti
manis seperti jem strawberi, jem blueberi, jem nenas dan pelbagai lagi jem.

Tidak dinafikan bahawa kentang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk
tubuh serta kesihatan badan yang ramai masyarakat tidak ketahui. Bahkan,
sekiranya manusia hanya memakan 1 biji kentang sahaja setiap hari, ia mampu untuk
membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Antara khasiat yang terdapat di dalam
sebiji kentang adalah Mineral seperti Potassium, Magnesium, Copper, Kalsium,
Fosfur, Zink, Zat besi, dan Mangan. Vitamin antaranya Vitamin A, Vitamin B, Vitamin
C, Vtamin B – 12, Vitamin B6 dan Vitamin D serta Elektrolit seperti Sodium dan juga
Kalium. Oleh kerana produk inovasi pengkaji belum lagi pernah dijual di mana-mana
pasaran di sekitar Kuala Langat, pengkaji mengharapkan bahawa penduduk Kuala
Langat dapat menerima baik serta memberikan respon yang positif terhadap produk
inovasi potato shell tart.

Menurut Everett M, Roger (2003) beliau mendefinisikan inovasi sebagai suatu


idea yang diterima oleh seseorang atau sekumpulan orang sebagai sesuatu yang
baru atau berbeza dan boleh digunakan serta dipraktikkan dalam kehidupan
seharian. Bukan itu sahaja, Kuniyoshi Urabe (1988) juga pernah berkata bahawa
inovasi adalah satu aktiviti yang tidak dapat dihasilkan pada satu satu tahap tetapi ia
mengambil suatu proses jangka masa yang panjang untuk ia dihasilkan. Antara
tujuan inovasi dihasilkan adalah untuk meningkatkan kualiti produk atau
perkhidmatan yang sudah sedia ada agar produk yang dihasilkan mempunyai
kelebihan serta faedah daripada produk sebelumnya. Selain daripada itu, penciptaan
produk inovasi dapat mengurangkan kos buruh. Sebagai contoh, jika perniagaan
yang sebelum ini menggunakan tenaga kerja yang banyak maka kos untuk
mengupah para pekerja akan meningkat. Oleh itu, dengan penggunaan produk
inovasi seperti mesin yang mampu mempercepatkan lagi kerja mereka maka
bilangan pekerja dapat dikurangkan dan hal ini dapat mengurangkan kos buruh.
Kesimpulannya, inovasi amat berguna dan memberikan banyak manfaat kepada
manusia dalam kehidupan harian mereka.

Oleh itu, antara tujuan pengkaji menjalankan kajian berkaitan Pembangunan


Produk Inovasi Potato Shell Tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell
tart serta tahap penerimaan masyarakat di Kuala Langat ini adalah bertujuan untuk

2
memperluaskan penggunaan kentang menjadi produk inovasi potato shell tart,
memberi kesedaran kepada masyarakat di Kuala Langat bahawa kentang merupakan
sayuran yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan dan mendapatkan
maklum balas yang positif daripada masyarakat di Kuala Langat tentang produk
inovasi yang di hasilkan. Skop kajian yang dipilih oleh pengkaji untuk mencari
responden adalah penduduk di sekitar Kuala Langat serta tidak mengira lingkungan
umur. Manakala jumlah responden yang dipilih oleh pengkaji adalah seramai 50
orang dan tidak mengira gender serta bangsa.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian tentang Pembangunan Produk


Inovasi Potato Shell Tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart serta
tahap penerimaan masyarakat di Kuala Langat kerana pengkaji mendapati bahawa
penggunaan sayuran kentang tidak meluas dalam bidang bakeri dan pastri
terutamanya pastri. Melalui tinjauan pengkaji di pasaraya sekitar Kuala Langat,
penghasilan produk pastri seperti shell tart kurang diinovasikan menjadi sebuah
produk yang baharu. Kebanyakkan shell tart yang dijual di pasaraya adalah shell tart
yang biasa ditemui yang hanya menggunakan tepung gandum semata-mata sebagai
bahan utama. Antara salah satu sebab mengapa pengkaji memutuskan untuk
memilih produk shell tart sebagai produk yang akan diinovasikan serta menjadi fokus
utama kajian adalah kerana shell tart merupakan produk pastri yang sering menjadi
pilihan utama kebanyakkan masyarakat untuk dimakan. Selain daripada itu, shell tart
biasanya sering dimakan dengan inti manis kerana ia lebih bersesuaian dengan
tekstur serta rasa shell tart.

Pengkaji memilih sayuran kentang sebagai bahan utama penghasilan produk


inovasi kerana pengkaji mengetahui bahawa kentang mempunyai banyak khasiat
khususnya untuk tubuh badan manusia. Bukan itu sahaja, kentang juga boleh
memberikan tenaga kepada tubuh badan kerana ia mampu mengenyangkan perut
walaupun hanya diambil dalam kuantiti atau porsi yang sedikit. Disebabkan itulah,
pengkaji memutuskan untuk membangunkan produk inovasi berasaskan shell tart
dan kentang menjadi sebuah produk baharu yang dikenali sebagai Potato Shell Tart.
Produk inovasi pengkaji ini bukan sahaja bernutrisi dan enak malah ia juga sesuai
dimakan dengan inti manis mahupun inti pedas. Di samping itu, salah satu punca

3
mengapa pengkaji memilih untuk menjalankan kajian ini adalah kerana tidak ramai
masyarakat di Kuala Langat yang mengetahui akan khasiat kentang. Tidak dinafikan
bahawa sebiji kentang sahaja sudah cukup untuk memberikan kita pelbagai kebaikan.
Namun, tidak semua masyarakat mengetahui akan hal itu. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kekurangan pengetahuan am atau kurangnya penghasilan produk
makanan berasaskan kentang di sekitar Kuala Langat. Pengkaji mengharapkan
bahawa dengan penghasilan produk inovasi Potato Shell Tart ini, ia mampu
membuka mata masyarakat tentang kelebihan yang dimiliki oleh kentang.

Input Proses Output


-Memberi kesedaran
kepada masyarakat di
Membangunkan produk
Kuala Langat bahawa
inovasi potato shell tart
berasaskan kentan
kentang merupakan
sayuran yang mempunyai
banyak khasiat untuk tubuh
(Pelajar HBP badan.
DVM 2)
Mengenalpasti kepelbagaian
variasi shell tart di pasaran -Memastikan bahawa
sekitar Kuala Langat.
sayuran kentang boleh
divariasikan menjadi potato
(Kentang) shell tart.

Mengukur tahap
penerimaan msayarakat -Mendapatkan maklum
terhadap produk inovasi balas yang positif daripada
Potato Shell Tart.
masyarakat di Kuala
Langat tentang produk
inovasi yang di hasilkan.

Rajah 1.1 : Menunjukkan kerangka Perlaksanaan Projek

4
1.2.1 PRODUK INOVASI POTATO SHELL TART BERASASKAN

KENTANG

Potato shell tart adalah produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji. Produk
inovasi ini dihasilkan oleh pengkaji bertujuan untuk memberikan nilai
pemakanan yang lebih berkhasiat kepada orang yang memakannya. Potato
shell tart ini berbeza dengan shell tart biasa yang banyak dijual di pasaran
kerana produk yang dihasilkan oleh pengkaji ini mempunyai banyak nutrisi
serta khasiat yang baik untuk kesihatan kerana bahan utama penghasilan
produk ini adalah sayuran kentang yang mana kita ketahui bahawa kentang
mempunyai banyak khasiatnya. Potato Shell Tart ini boleh dimakan dengan
pelbagai jenis inti sama ada inti manis seperti jem strawberi, jem blueberi, jem
nenas, coklat serta macam macam lagi dan ia juga boleh dimakan dengan inti
pedas seperti mash potato, carbonara dan lain-lain. Ianya berbeza dengan
shell tart yang biasa dijual di pasaran luar kerana shell tart biasa tidak sesuai
dimakan dengan inti pedas menyebabkan ia tidak boleh divariasikan.

 KHASIAT BAHAN UTAMA KENTANG

Kentang merupakan sejenis sayuran yang mempunyai kandungan


karbohidrat yang cukup tinggi. Disebabkan kentang mempunyai
kandungan serat yang tinggi, maka ia dapat membekalkan sumber tenaga
di dalam tubuh badan. Bukan itu sahaja, kentang yang termasuk dalam
keluarga jenis ubi merupakan sayuran yang paling banyak digunakan di
seluruh negara. Negara yang berada di benua Eropah dan Asia
khususnya sering menjadikan kentang sebagai salah satu bahan utama
dalam setiap makanan mereka. Terdapat juga yang menggantikan
makanan yang dihasilkan daripada beras mahupun gandum kepada
kentang kerana khasiatnya yang banyak serta bermanfaat untuk tubuh
badan.

Kentang kaya dengan pelbagai khasiat pemakanan khususnya


serat, vitamin dan mineral penting. Mungkin tidak ramai tahu kentang
bersaiz sederhana seberat 148 gram kaya dengan vitamin C. Selain itu, ia

5
juga membekalkan zat kalium apabila dimakan dengan kulit selain hanya
mengandungi 110 kalori serta kurang daripada sembilan peratus nilai
harian karbohidrat. Ia membekalkan serat sebanyak lapan peratus jika
diambil bersama kulit dan tidak mengandungi lemak, natrium serta
kolesterol. Umum mengetahui bahawa kentang kaya dengan pelbagai
khasiat yang dapat meningkatkan nilai pemakanan khususnya serat atau
lebih dikenali sebagai karbohidrat. Kentang juga kaya dengan vitamin
serta mineral yang penting untuk perkembangan tubuh badan. Selain
daripada itu, kentang juga mengandungi zat kalium. Bukan itu sahaja,
terdapat banyak lagi khasiat yang terkandung di dalam sebiji kentang.
Oleh itu, pengkaji akan menyenaraikan khasiat-khasiat kentang dalam
bentuk jadual seperti di bawah.

BIL NUTRISI

1 Mineral Potassium, Magnesium,


Copper, Kalsium, Fosfur,
Zink, Zat besi, dan
Mangan.
Kentang atau
nama saintifiknya Vitamin A, Vitamin B,
Solanum 2 Vitamin Vitamin C, Vtamin B – 12,
tuberosum L Vitamin B6 dan Vitamin D

3 Elektrolit Sodium dan Kalium

Jadual 1.1: Menunjukkan nutrisi yang terdapat di dalam sebiji kentang.

(Sumber : United State Department of Agreculture (2014) )

Untuk makluman semua, sebiji kentang boleh dianggarkan seberat


100 gram. Di dalam sebiji kentang tersebut, terdapat banyak nutrisi seperti
yangtelah di nyatakan di dalam jadual 1.1. Jadi tidak menghairankan jika
kentang telah diklasifikasikan sebagai salah satu sayuran yang berkhasiat
untuk tubuh badan. Jika berat kentang dianggarkan 100 gram maka kalori

6
yang terkandung di dalamnya boleh di anggarkan sebanyak 75 kalori. Di
dalam jadual 1.2 ini, pengkaji akan menunjukkan kandungan nutrisi yang
terkandung di dalam setiap 100 gram kentang.

NUTRISI KANDUNGAN

Tenaga 83 kcl

Karbohidrat 15 , 90 g

Protein 1,89 g

Lemak 0.10 g

Kolesterol 0 mg

Diet Serat 2,5 g

Folat 18 mg

Vitamin A µ7

Vitamin C 11.4 mg

Sodium 6 mg

Kalium 455 mg

Kalsium 10 mg

Besi 0, 73 mg

Magnasium 22 mg

Jadual 1.2 : Menunjukkan nutrisi serta kandungannya yang terdapat pada kentang

(Sumber : S.Gibson (2013)

Jelas melalui jadual 1. 1 dan jadual 1.2 yang telah dinyatakan oleh
pengkaji bahawa kentang mempunyai banyak khasiatnya. Bahkan jika sebiji

7
kentang sahaja yang diambil, khasiatnya tetap tidak berkurang kerana sebiji
kentang sahaja sudah cukup untuk memberikan pengamal yang memakannya
nutrisi yang lengkap. Di antara kebaikan – kebaikan kentang adalah :-

 Membantu pembentukan sel

Vitamin B6 yang terdapat di dalam kentang membantu proses


pembentukan sel di dalam tubuh badan. Sebahagian besar protein
dan asid amino yang juga terdapat di dalam kentang memerlukan
vitamin B6 untuk sintesis dalam pembentukan DNA dalam tubuh. Oleh
itu, Vitamin B6 ini amat penting serta diperlukan untuk melakukan
pemprosesan reaksi kimia agar pembentukan sel dapat dijalankan
dengan lancar.

 Mengawal rasa lapar

Ubi kentang yang mempunyai karbohidrat serta nilai serat yang tinggi
membantu menambahkan tenaga di dalam tubuh badan khususnya
kepada golongan yang ingin menurunkan berat badan. Tenaga yang
terhasil daripada karbohidrat ini boleh digunakan sebagai bahan
bakar semasa melakukan aktiviti – aktiviti seperti bersenam
mahupun bersantai. Pengambilan ubi kentang juga dapat
mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

 Meningkatkan fungsi otak

Kandungan zat besi dan tembaga yang tinggi bagus untuk nutrisi
otak. Selain itu, ubi kentang juga mempunyai kandungan zat zat
yang penting iaitu seperti Vitamin B6 dan asid folat yang merupakan
salah satu zat penting untuk meningkatkan kecerdasan otak.

8
1.2.2 KEPENTINGAN INOVASI POTATO SHELL TART

Reka baru atau lebih dikenali sebagai inovasi dapat ditakrifkan sebagai proses
atau hasil pengembangan pengetahuan, keterampilan serta pengalaman
untuk mencipta atau memperbaiki sesuatu produk yang baru yang dapat
memberikan nilai yang lebih bererti dan signifikan.

Inovasi juga boleh diertikan sebagai penemuan yang berbeza dari


yang sedia ada atau sesuatu yang pernah di ketahui sebelumnya. Inovasi ini
boleh dilakukan oleh semua orang kerana setiap orang pasti mempunyai sifat
inovasi dalam dirinya. Orang yang mempunyai sifat inovatif dalam dirinya
kebiasaannya, akan memperbaiki atau dengan kata mudah menambah baik
sesuatu perkara yang sudah sedia ada menjadi sesuatu yang lebih baik dan
lebih praktikal untuk digunakan. Menurut Stephen Robbins (2007) melalui
jurnal yang ditulis oleh beliau, Organizational Behavior 9th Edition menyatakan
bahawa inovasi dapat diertikan sebagai satu gagasan baru yang di gunakan
untuk memperbaiki sesuatu produk agar menjadi lebih baik. Stephen Robbins
juga turut mengkelaskan inovasi kepada 3 hal berikut iaitu :-

 Inovasi adalah idea baru dimana idea baru tersebut berasal dari
cara pemikiran seseorang untuk melihat fenomena yang terjadi.
Kemudian idea baru yang terhasil tersebut dapat dijadikan sebagai
penemuan baru.

 Produk atau perkhidmatan adalah hasil daripada idea baru yang


dapat direalisasikan dengan kajian dan eksperimen yang dapat
menghasilkan konsep baru dalam bentuk produk atau
perkhidmatan

 Usaha yang sistematik untuk penambahbaikan secara berterusan


agar inovasi yang dihasilkan menjadi lebih berguna.

Begitu juga dengan penghasilan produk inovasi potato shell tart yang
dihasilkan oleh pengkaji. Antara tujuan utama pengkaji menghasilkan produk
inovasi berasaskan kentang adalah kerana pengkaji ingin mengetahui

9
samada sayuran kentang ini boleh diinovasikan menjadi sesuatu yang baharu
yang tidka pernah dijual di mana mana pasaran sebelum ini. Manakala,
kepentingan inovasi potato shell tart adalah seperti berikut :-

 Membangunkan produk inovasi potato shell tart berasaskan


kentang.

 Mengenalpasti kepelbagaian variasi shell tart di pasaran


sekitar Kuala Langat.

 Mengukur tahap keyakinan msayarakat terhadap produk


inovasi potato shell tart.

1.2.3 KEPELBAGAIAN VARIASI SHELL TART DI PASARAN LUAR

Umum mengetahui bahawa produk seperti shell tart sering mendapat


permintaan yang tinggi di pasaran luar. Hal ini dijelaskan dengan kekerapan
produk shell tart yang sering kehabisan stok setiap kali pengkaji mengunjungi
mana-mana kedai bakeri. Walaupun, pihak pengeluar hanya menjual kulit
shell tart sahaja namun ia masih mendapat permintaan yang tinggi daripada
para pelanggan. Ini kerana, penghasilan shell tart yang agak rumit serta
memakan masa yang begitu lama menyebabkan ramai orang mengambil
keputusan untuk membelinya sahaja. Namun, semenjak tiga tahun
kebelakangan ini, pengkaji melihat bahawa terdapat berbagai jenis variasi
shell tart yang amat menarik banyak di jual di pasaran luar. Ada yang
menjualnya secara kecil- kecilan ada juga yang menjualnya secara besar-
besaran. Pengkaji menjumpai banyak variasi shell tart yang telah dijual di
pasaran luar dari segi warna , inti dan juga bentuk.

1.2.3.1 VARIASI DARI SEGI WARNA

Pengkaji mendapati bahawa produk shell tart banyak divariasikan dari


segi warna kulitnya kepada warna-warna yang lebih menarik serta
lebih menyerlah. Tindakan ini mungkin untuk menarik minat para

10
pelanggan untuk mencuba serta membeli produk shell tart yang dijual
oleh mereka. Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa produk
shell tart banyak dijual dengan bermacam-macam variasi warna
seperti ungu, coklat, hijau, merah, kuning dan oren. Walaupun begitu,
kulit shell tart tersebut masih mempunyai rasa yang sama seperti kulit
shell tart yang biasa di jual. Ini kerana warna kulit shell tart yang
berwarna-warni itu hanyalah sekadar warna sahaja. Ia dihasilkan
hanyalah untuk menarik minat para pelanggan dan sama sekali tiada
kena mengena dengan spesifikasi terhadap perisa kulit shell tart
tersebut dengan pewarna yang telah ditambah.

Rajah 1.2 : Menunjukkan variasi shell tart dari segi warna yang

dijual di kedai bakeri di Kuala Langat

(Sumber : Ladyza Cake Sdn.Bhd )

1.2.3.2 VARIASI DARI SEGI BENTUK

Menurut pemerhatian pengkaji, kebanyakkan kedai bakeri yang


terdapat di sekitar Kuala Langat ini amat jarang sekali untuk menjual
produk shell tart yang mempunyai variasi dari segi bentuk.
Kebanyakkan pengeluar hanya menjual shell tart biasa yang boleh
dijumpai di kebanyakkan kedai bakeri. Walaupun begitu, terdapat satu
produk shell tart yang telah divariasikan dari segi bentuk menjadi satu
produk inovasi shell tart yang baharu. Produk tersebut telah menjadi
bualan mulut oleh kebanyakkan rakyat Malaysia termasuklah mereka
yang berada di daerah Kuala Langat.

11
Produk tersebut sebenarnya telah dipopularkan oleh orang luar
negara kemudian produk tersebut telah berjaya menembusi pasaran
di Malaysia. Oleh itu, tidak menghairankanlah jika produk shell tart
tersebut mendapat permintaan yang tinggi sehingga ramai yang turut
mengambil peluang untuk menjual produk tular tersebut. Nama produk
shell tart tersebut adalah Nutella pot. Produk tersebut mempunyai
tekstur yang sama dengan produk shell tart original (biasa), namun
bentuknya sahaja yang berbeza. Ini kerana, Nutella pot mempunyai
bentuk seperti sebuah pasu dan untuk menghasilkan bentuk nutella
pot tersebut hanyalah dengan membuat bulatan di bahagian tengah
bulatan doh kecil dengan menggunakan ibu jari.

Hal ini amat berlainan sekali dengan bentuk shell tart original
(biasa) yang biasa didapati di pasaran. Selain daripada itu, pengkaji
juga mendapati bahawa pengeluar terutamanya kedai-kedai bakeri
turut menjual shell tart original (biasa) yang didatangkan dengan
pelbagai saiz..

Rajah 1.3 : Menunjukkan produk Nutella pot yang mendapat


sambutan hangat di Malaysia.

(Sumber : Norazlita aziz ( 2018)

1.2.3.3 CONTOH VARIASI SHELL TART

Pada jadual 1.3 di bawah, pengkaji akan menunjukkan senarai variasi


shell tart yang terdapat di kedai kedai bakeri sekitar Kuala Langat

12
Bil Variasi Shell Tart Nama Syarikat

1
M & M HAIFA ENTERPRISE
Lot 1698 batu 7 kampung sijangkang
42500 telok panglima garang
selangor

2 THE GOOD STORE


No.40, Ground Floor, Jalan 1/3,
Taman Seri Jaromas,, 42600
Jenjarom, Selangor

3
BAKERI IZDIHAR NABIHAN
No. 194, Jalan Bunga Pekan,
banting 42700

Jadual 1.3 : Variasi Shell Tart yang terdapat di kedai bakeri sekitar Kuala

Langat.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Sebelum pengkaji menjalankan kajian berkaitan pembangunan produk inovasi potato


shell tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart di pasaran serta
tahap penerimaan masyarakat di Kuala Langat, pengkaji sudah mengkaji terlebih
dahulu masalah yang dihadapi di kalangan masyarakat Kuala Langat.

13
Antara pencetus masalah yang menyebabkan pengkaji ingin menjalankan
kajian adalah penggunaan sayuran kentang yang tidak meluas dalam bidang pastri.
Sungguhpun sayuran kentang mempunyai banyak khasiat yang terkandung di
dalamnya, namun penghasilan produk bakeri dan pastri daripada sayuran kentang
tidak meluas berbanding penggunaan kentang dalam bidang kulinari. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kandungan air dalam kentang yang banyak menyebabkan ia sukar
untuk diinovasikan menjadi sebuah produk pastri. Umum mengetahui bahawa
penghasilan pastri perlu dihasilkan dengan teliti tanpa ada kekurangan atau lebihan
bahan yang dgunakan. Oleh disebabkan kentang mempunyai kandungan air
sebanyak 80% menyebabkan ia susah untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam
penghasilan produk pastri yang akhirnya menyebabkan pengkaji ingin menjalankan
kajian serta membangunkan produk pastri daripada sayuran kentang.

Selain daripada itu, masih tidak ramai sebenarnya masyarakat di Kuala


Langat yang mengetahui bahawa kentang boleh divariasikan. Walaupun kentang
mempunyai kandungan air yang banyak, namun sebenarnya, sayuran kentang masih
boleh divariasikan menjadi sebuah produk baharu. Cumanya, cara penyediaan
produk tersebut agak sedikit rumit kerana pengkaji perlu menyahkan dahulu
kandungan air yang terdapat di dalam kentang untuk mengelakkan produk yang
dihasilkan daripada menjadi terlalu lembik.

Bukan itu sahaja, sebelum menjalankan kajian ini pengkaji juga mendapati
bahawa masyarakat di Kuala Langat masih tidak terdedah dengan produk inovasi
berasaskan kentang. Hal ini disebabkan oleh kekurangan penghasilan produk bakeri
dan pastri daripada sayuran kentang. Untuk memberikan pendedahan kepada
masyarakat di Kuala Langat tentang variasi sayuran kentang, pengkaji perlu terlebih
dahulu menghasilkan produk inovasi berasaskan sayuran kentang. Namun, tidak
mudah sebenarnya untuk menarik minat masyarakat untuk mencuba produk inovasi
yang baharu dihasilkan untuk mereka. Jadi solusinya pengkaji memilih produk shell
tart untuk diinovasikan menjadi produk baharu dengan menggunakan kentang
sebagai bahan utama. Antara salah satu tujuan pengkaji memilih produk shell tart
adalah kerana produk pastri tersebut sering mendapat permintaan tinggi daripada
pelanggan sekitar Kuala Langat tidak mengira bangsa mahupun jantina. Tidak lupa
juga bahawa shell tart digemari oleh semua lapisan umur tidak kira tua ataupun muda

14
1.4 TUJUAN

Tujuan pengkaji menjalankan kajian berkaitan pembangunan produk inovasi potato


shell tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart di pasaran serta
tahap penerimaan masyarakat di Kuala Langat adalah :-

1.4.1 Memberi kesedaran kepada masyarakat di Kuala Langat bahawa


kentang merupakan sayuran yang mempunyai banyak khasiat untuk
tubuh badan.

1.4.2 Memastikan bahawa sayuran kentang boleh divariasikan menjadi


potato shell tart.

1.4.3 Mendapatkan maklum balas yang positif daripada masyarakat di Kuala


Langat tentang produk inovasi yang di hasilkan.

1.5 OBJEKTIF

Objektif utama pengkaji melaksanakan kajian berkaitan pembangunan produk inovasi


potato shell tart berasaskan kentang dan proses pengeluaran produk serta tahap
penerimaan masyarakat di Kuala Langat adalah kerana :-

1.5.1 Membangunkan produk inovasi potato shell tart berasaskan


kentang.

1.5.2 Mengenalpasti kepelbagaian variasi shell tart di pasaran


sekitar Kuala Langat.

1.5.3 Mengukur tahap penerimaan msayarakat terhadap produk


inovasi potato shell tart.

15
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Pengkaji merasakan bahawa kajian berkenaan Pembangunan produk inovasi potato


shell tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart serta tahap
penerimaan masyarakat di Kuala Langat amat berguna kepada pengkaji sendiri,
Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad dan juga berguna untuk industri pembuatan
makanan khususnya di daerah Kuala Langat. Pengkaji mendapati kajian yang
dilakukan amat berguna kepada diri sendiri kerana melalui kajian pembangunan
produk inovasi potato shell tart yang dijalankan, ia dapat meningkatkan daya kreativiti
serta inovatif pada diri. Ini kerana, pengkaji perlu memerah otak serta memikirkan
secara kritis produk apakah yang ingin dibangunkan oleh pengkaji serta perlu
memikirkan baik dan buruk produk yang dihasilkan samada ia bersesuaian dengan
kehendak pelanggan

Di samping produk inovasi tersebut mestilah produk yang belum pernah


dicipta serta dikeluarkan oleh mana-mana syarikat pengeluaran. Selain daripada itu,
produk inovasi yang dibangunkan juga boleh menambah pendapatan kepada
pengkaji. Sebagai contoh, produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji boleh dijual
serta dipasarkan ke pasaran luar di daerah Kuala Langat. Pengkaji boleh
memasarkan produk inovasi tersebut secara kecil-kecilan mahupun secara besaran.
Bukan itu sahaja, malah melalui kajian yang dijalankan juga pengkaji dapat
menambah ilmu pengetahuan tentang penghasilan inovasi produk.

Kepentingan kajian yang kedua adalah kepada Kolej vokasional Sultan Abdul
Samad. Pengkaji berharap bahawa produk inovasi potato shell tart berasaskan
kentang yang dibangunkan oleh mereka dapat dibawa bertanding ke peringkat yang
lebih tinggi dan berprestij. Bukan itu sahaja, pengkaji juga mengharapkan agar
produk inovasi tersebut dapat diperkenalkan kepada masyarakat luar sekaligus
memperkenalkan kepada orang ramai bahawa kentang juga boleh diinovasikan serta
dikormesialkan menjadi sebuah produk baru yang lebih menarik. Di samping itu,
umum mengetahui bahawa Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad merupakan sebuah
kolej vokasional yang amat sibuk saban tahun dengan pelbagai aktiviti serta majlis
keraian yang dihadiri oleh tetamu istimewa atau digelar VVIP (Very Very important
Person), justeru itu pengkaji berharap bahawa produk inovasi yang dihasilkan ini
dapat diperkenalkan kepada golongan VVIP, di mana sekiranya produk inovasi ini

16
digemari oleh mereka, pasti produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji dapat
dipromosikan kepada rakan-rakan korporat mereka yang lain.

Kepentingan kajian yang ketiga adalah untuk industri pembuatan makanan


khususnya di Kuala Langat. Pengkaji amat mengharapkan agar produk inovasi yang
dihasilkan oleh mereka dapat diperkenalkan serta dipasarkan ke pasaran Kuala
Langat. Umum mengetahui bahawa Kuala Langat merupakan di antara daerah di
Negeri Selangor yang banyak mengeluarkan produk makanan dan minuman.
Sungguhpun begitu, pengkaji tidak gentar untuk memasarkan produk inovasi mereka
di pasaran Kuala Langat kerana pada pendapat pengkaji, produk terutamanya
produk makanan dan minuman pasti mudah diterima oleh masyarakat walaupun pada
mulanya mungkin ia sukar untuk menarik minat masyarakat untuk mencubanya buat
kali pertama. Selain itu, sekiranya pengkaji memasarkan produk inovasi berasaskan
kentang yang dihasilkan oleh mereka ke pasaran sekitar Kuala Langat, ia akan
meningkatkan daya saing kepada pengeluar produk makanan dan minuman lain agar
lebih berinovatif untuk menghasilkan produk inovasi yang lain.

1.7 SKOP PROJEK

Skop projek bagi kajian Pembangunan produk inovasi potato shell tart berasaskan
kentang dan kepelbagaian variasi shell tart serta tahap penerimaan masyarakat di
Kuala Langat hanya tertumpu di kawasan sekitar Kuala Langat. Kami menjalankan
memberikan uji rasa produk inovasi kami di sekitar kawasan tumpuan pengunjung
atau orang ramai seperti di kedai makan, kedai dobi, di pasaraya tesco dan econsave
memandangkan kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering dikunjungi oleh
penduduk Kuala Langat. Selain daripada itu, skop projek bagi kajian kami ini sesuai
untuk semua peringkat umur. Kami tidak menetapkan anggaran umur responden
kami kerana produk inovasi yang dihasilkan oleh kami sesuai untuk pelbagai
peringkat umur. Bukan itu sahaja, skop projek kami juga tidak mengira jantina serta
bangsa. Di samping itu, kami juga hanya memilih seramai 50 orang responden
sahaja.

17
1.8 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini menjelaskan dan menerangkan secara keseluruhan tentang


asas kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini
mempunyai 3 asas utama yang menjadi teras atau penyebab pengkaji menjalankan
kajian ini. Antara asas tersebut adalah persepsi masyarakat, kesedaran orang ramai
serta kepelbagaian variasi shell tart Pernyataan masalah pula mengupas mengenai
situasi semasa yang mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian ini yang mana ia
dipengaruhi oleh faktor yang kukuh. Selain daripada itu, objektif pula lebih difokuskan
ke arah tahap penerimaan masyarakat terhadap produk inovasi yang dihasilkan.

18
BAB 2

METODOLOGI

2.0 PENDAHULUAN

Bab ini akan menerangkan tentang reka bentuk dan kaedah-kaedah yang digunakan
dalam kajian ini serta beberapa perkara berkaitan perkara-perkara yang akan
diterangkan di dalam bab ini seperti lokasi kajian, subjek kajian, instrumen kajian,
prosedur kajian yang merangkumi bahan serta fungsi, peralatan serta fungsi, carta
alir penyediaan produk, carta alir prosedur kajian, penerangan mengenai borang soal
selidik serta kos pengeluaran produk dan sebagainya.

Menurut Othman Mohamed (2001), menerusi penulisan tesis beliau dalam


bidang sains sosial terapan berkata, metodologi merupakan prosedur yang
sistematik, menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang
sealiran dengan peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi kajian penyelidikan
dapat dicapai dengan baik dan sempurna. Selain daripada itu, peringkat metodologi
juga turut menerangkan mengenai kaedah serta teknik yang digunakan sepanjang
kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan.
Untuk mencapai sasaran objektif terhadap kajian yang dijalankan, beberapa kaedah
telah digunakan iaitu kaedah pengumpulan data serta pengedaran borang soal selidik
kepada responden. Seterusnya membuat analisis terhadap data yang diperolehi
sepanjang kajian dijalankan. Dengan itu, kajian yang dijalankan lebih sempurna dan
tersusun serta selari dengan objektif kajian yang dibuat. Bukan itu sahaja, pencarian
maklumat serta data akan menjadi lebih mudah sekiranya pengkaji mengetahui
kaedah-kaedah pelaksanaan kajian. Di samping itu, ia digunakan untuk

19
mendapatkan seberapa banyak data yang diperlukan untuk melengkapkan kajian ini.
Segala langkah dibuat secara berperingkat supaya perjalanan projek dapat disiapkan
dengan lancar dan lebih teratur.

2.1 REKA BENTUK KAJIAN

Untuk menjalankan kajian mengenai pembangunan produk inovasi potato shell tart
berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart di pasaran serta tahap
penerimaan masyarakat di Kuala Langat ini, kami telah menggunakan kaedah
borang soal selidik dan kaedah pengumpulan data. Tujuan kami menjalankan kajian
ke atas responden yang telah dipilih adalah untuk mengetahui sama ada produk
inovasi potato shell tart yang dihasilkan oleh kami sendiri diterima oleh masyarakat
ataupun tidak, adakah produk inovasi tersebut menepati citarasa serta kehendak
masyarakat. Selain daripada itu, antara tujuannya adalah pengkaji ingin mengkaji
sama ada responden pernah menjumpai atau merasai variasi shell tart yang dijual
di pasaran. Bukan itu sahaja, melalui kaedah yang dijalankan pengkaji dapat
mengetahui bahawa produk inovasi yang dihasilkan berjaya dibangunkan ataupun
tidak. Kaedah yang digunakan ini adalah berbentuk fakta hasil daripada responden
yang diberikan oleh masyarakat.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, data di dalam kajian ini berbentuk
data kuantitatif. Data kuantitatif merupakan dapatan hasil daripada borang soal selidik
yang telah diedarkan serta diisi oleh responden. Data-data ini dikumpul melalui
soalan daripada borang soal selidik. Antara bentuk soalan yang terdapat di dalam
borang soal selidik berdasarkan :-

1. Mengenalpasti produk inovasi yang dihasilkan mampu berdaya saing dengan


produk yang sedia ada.

2. Mengukur tahap penerimaan masyarakat terhadap produk inovasi potato shell


tart.

3. Mengenalpasti kepelbagaian variasi shell tart di pasaran sekitar Kuala Langat.

20
2.2 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas masyarakat di daerah Kuala Langat. Dianggarkan,


seramai 258,181 orang jumlah penduduk yang menjadikan daerah Kuala Langat
sebagai penempatan tetap mereka. Namun, pengkaji hanya mengambil sebahagian
daripada jumlah besar penduduk di Kuala Langat iaitu seramai 50 orang responden
sahaja.

2.3 SUBJEK KAJIAN

Subjek kajian adalah terdiri daripada 50 orang masyarakat di daerah Kuala Langat
yang dipilih secara rawak untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang dinyatakan
di dalam borang soal selidik. Menerusi soalan- soalan yang dinyatakan, responden
dapat memberikan pandangan mereka terhadap produk inovasi yang dihasilkan oleh
pengkaji secara telus. Responden juga boleh memberikan komen berkenaan soalan-
soalan yang perlu dinyatakan di ruang yang telah diberikan.

2.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah sebuah set soal selidik berupa
borang yang mengandungi banyak soalan yang perlu diisi dan dijawab oleh
responden. Soalan-soalan yang dinyatakan di dalam borang soal selidik tersebut
merupakan soalan yang mempunyai kaitan dengan perkara yang hendak dikaji oleh
pengkaji. Borang soal selidik ini diwujudkan bertujuan untuk mendapatkan
maklumbalas responden serta mengkaji tahap penerimaan masyarakat terhadap
produk yang dihasilkan. Selain itu, ia turut mengkaji tentang kepelbagaian variasi
produk shell tart yang terdapat di pasaran. Item-item yang digunakan di dalam borang
soal selidik adalah berupa soalan tertutup dengan beberapa pilihan jawapan.

Noraini Idris (2010) berkata, data merujuk kepada maklumat yang diperoleh
penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian. Contoh data pula adalah
maklumat demografi responden seperti umur, jantina, bangsa, status perkahwinan
dan lain-lain. Bukan itu sahaja, malah skor bagi ujian yang dibina oleh penyelidik,

21
respon kepada soalan penyelidik sama ada melalui temu bual atau jawapan bertulis
dalam borang soal selidik juga merupakan data yang perlu pengkaji perolehi.
Manakala, alatan seperti ujian pensil dan kertas, borang soal selidik mahupun skala
perkadaran yang digunakan untuk mengumpul data pula dinamakan sebagai
instrumen.

Untuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji, borang soal selidik yang telah
diwujudkan mempunyai tiga bahagian, di mana setiap bahagian mempunyai soalan
yang berbeza-beza. Ketiga-tiga bahagian soalan tersebut dikelaskan mengikut abjad
iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Pada bahagian A, soalan-soalan yang
dinyatakan adalah soalan berbentuk demografi iaitu soalan berkaitan latar belakang
responden meliputi jantina, status perkahwinan dan juga bangsa. Untuk bahagian ini,
pengkaji telah menggunakan skala pengukuran secara internal di mana responden
dikehendaki menandakan pilihan jawapan yang bersesuaian.

Manakala, bahagian B pula merupakan soalan berkaitan mengenalpasti


maklumat serta pandangan masyarakat mengenai produk inovasi yang dihasilkan
oleh pengkaji. Skala pengukuran yang digunakan pada soalan bahagian B pula
adalah secara ordinari. Skala berbentuk ordinari memerlukan responden untuk
memilih jawapan berdasarkan skala likert 1 hingga 5. Skala 1 hingga 5 digunakan
untuk mengukur sesuatu pernyataan yang mewakili ciric-ciri yang hendak diukur.

Soalan pada bahagian C pula adalah soalan-soalan yang mengukur


kebolehan dan penerimaan masyarakat terhadap produk inovasi yang dihasilkan.
Bahagian ini juga menyediakan ruang ulasan dan penambahbaikan bagi
mendapatkan pandangan masyarakat dan komen berkenaan produk inovasi yang
dihasilkan.

2.5 PROSEDUR KAJIAN

Prosedur kajian akan dipecahkan kepada beberapa peringkat bagi mendapatkan


maklumat yang teratur. Pada peringkat awal, satu struktur kerja dibentuk bagi
mendapatkan gambaran tentang perjalanan kajian.

22
2.5.1 RESIPI POTATO SHELL TART

Menurut jadual 1.4 di bawah, pengkaji akan menunjukkan prosedur atau


proses penghasilan produk inovasi potato shell tart berasaskan kentang
mengikut langkah demi langkah. Resipi tersebut adalah resipi bagi 1 adunan
potato tart shell. Untuk satu adunan potato shell tart ini, pengkaji boleh
mneghasilkan sebanyak 55 buah shell tart sekiranya menggunakan acuan
shell tart berdiameter 3cm serta berketinggian 1.5cm.

Bahan Sukatan (g)


Kentang 3 biji
Tepung gandum 250 g
Garam 3g
Gula 5g
Telur 60 g
Potato Tart
Shell Mentega 120 g
Langkah - langkah

1. Sukat dan timbang bahan – bahan mengikut resipi


dengan sukatan yang tepat.
2. Sediakan peralatan yang hendak digunakan. Pastikan
peralatan sudah dibasuh dan dilap dengan kain
bersih.
3. Kupas kentang hingga bersih dan basuh dengan
menggunakan air yang bersih. Kemudian, rebus
kentang tersebut sehingga empuk.
4. Setelah kentang sudah empuk, toskan dengan
menggunakan penapis.
5. Masukkan mentega ke dalam mangkuk adunan
bersama sama gula. Kemudian, pukul hingga kedua –
dua bahan tersebut sebati dengan menggunakan
whisk.
6. Setelah itu, masukkan kentang yang sudah direbus ke
dalam mangkuk adunan. Lenyekkan kentang
sehingga ia hancur.

23
7. Masukkan pula tepung gandum, garam ke dalam
mangkuk adunan dan gaulkan kesemua campuran
bahan – bahan tersebut sehingga sebati.
8. Masukkan pula telur dan gaul sehingga adunan
membentuk doh. Biarkan adunan seketika.
9. Ambil sedikit demi sedikit adunan potato tart shell dan
bentukkan di dalam acuan tart.
10. Cucuk bahagain tengah serta tepi tart supaya kulit
tart tidak menggelembong semasa dibakar.
11. Bakar tart selama 30 minit pada suhu 180 darjah
celcius.
12. Setelah tart selesai di bakar. Sejukkan seketika.

Jadual 1.4 : Resipi dan Langkah menghasilkan potato shell tart

2.5.2 BAHAN SERTA FUNGSI

Walaupun bahan utama untuk menghasilkan produk inovasi adalah kentang,


namun terdapat juga bahan-bahan lain yang ditambah oleh pengkaji untuk
menyeimbangkan rasa serta mengukuhkan lagi struktur potato shell tart
agar tidak terlalu lembik. Pengkaji akan menunjukkan senarai bahan bahan
menghasilkan potato shell tart serta fungsinya pada jadual 1.5 di bawah.

BIL BAHAN FUNGSI

1  Merupakan bahan utama untuk


menghasilkan potato tart shell.
 Memberi nilai pemakanan yang lebih
Kentang berkhasiat pada produk.
 Memberikan rasa kentang yang asli pada
produk.

24
2  Mentega akan memberikan tekstur yang
lebih lembut pada produk.
 Bukan itu sahaja, mentega juga akan
menambah nilai pemakanan serta rasa yang
Mentega lebih berlemak kepada produk.

3  Tepung merupakan bahan yang membantu


membentuk struktur asas pada potato tart
shell.
 Tepung gandum juga turut mempengaruhi
Tepung gandum aroma produk agar lebih beraroma.

4  Gula kastor akan memberikan rasa yang


manis kepada produk.
 Memberikan warna keperangan pada
permukaan produk.
Gula pasir

5  Garam yang terdapat pada produk dapat


memperbaiki tekstur produk.
 Tekstur produk lebih kenyal serta ia kurang

Garam halus melekit.

 Telur berfungsi sebagai bahan penaik


6 semula jadi di dalam adunan potato tart
shell.
 Selain daripada itu juga, telur berfungsi
sebagai bahan yang akan menyebatikan
Telur kesemua campuran bahan – bahan kering
dan bahan – bahan basah.

Jadual 1.5 : Bahan menghasilkan potato shell tart beserta fungsinya

25
2.5.3 PERALATAN SERTA FUNGSI

Pengkaji juga turut menyatakan peralatan – peralatan yang digunakan untuk


menghasilkan produk inovasi potato shell tart beserta fungsinya seperti yang
dinyatakan pada jadual 1.6 di bawah.

BIL PERALATAN FUNGSI


 Untuk membakar produk yang dihasilkan
1 Ketuhar
mengikut kawalan suhu dan masa yang
diperlukan.

 Sebagai alas membakar produk untuk


2 Dulang Pembakar
memudahkan pengendalian.

 Memasak bahan seperti merebus kentang


3 Dapur Gas
yang digunakan.
 Memanaskan atau memasak bahan
makanan seperti inti.

26
 Merebus kentang yang menjadi bahan
4 Periuk
asas untuk produk shell tart.
 Digunakan untuk memasak bahan
makanan seperti inti.

 Membentuk produk dengan hasil yang


5 Acuan Tart
sekata dan kemas.
 Memudahkan pembentukkan produk.

 Meletakkan bahan yang ditimbang.


6 Mangkuk Adunan
 Untuk mencampur dan mengadun bahan.
 Menyimpan bahan yang digunakan.

 Menimbang bahan untuk mendapatkan


7 Penimbang
sukatan yang betul dan tepat.

 Mengadun dan mengaul bahan.


8 Senduk Kayu
 Menyenduk bahan dengan cermat.

 Manapis tepung utntuk mengasingikan


9 Pengayak
benda asing.

Jadual 1.6 : Peralatan Menghasilkan Potato Shell Tart Serta Fungsinya

27
2.5.4 CARTA ALIR PENYEDIAAN PRODUK

Proses penyediaan untuk menghasilkan produk inovasi Potato Shell Tart


berasaskan kentang tidaklah terlalu rumit, cuma ianya mengambil masa
yang agak lama untuk menyiapkan keseluruhan produk. Proses penghasilan
produk inovasi ini mempunyai banyak proses yang perlu dilalui sebelum ia
menjadi Potato Shell Tart antaranya adalah proses merebus, mengadun,
membentuk dan membakar. Pengkaji akan menunjukkan carta alir proses
penyediaan produk inovasi mengikut posedur yang telah ditetapkan di carta
alir 1.1 seperti di bawah ini.

28
Mula
Sukat dan sediakan bahan dan peralatan

Kupas kentang sehingga bersih

Rebus kentang sehingga empuk

Lenyekkan kentang sehingga teksturnya menjadi halus

Ayak tepung gandum

Gaul ramas tepung gandum dan mentega

Masukkan sedikit gula dan garam

Masukkan kentang yang sudah dilenyek

Masukkan telur

Gaul sehingga membentuk doh

Bentukkan potato shell tart menggunakan acuan shell tart

Panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius

Bakar potato shell tart selama 30 minit

Sejukkan seketika potato shell tart

Tamat
Menghidang dan mendapatkan maklum balas dari orang
ramau

Carta alir 1.1 : Menunjukkan proses penyediaan Potato Shell Tart

29
2.5.5 CARTA ALIR PROSEDUR KAJIAN

Carta alir 1.2 di bawah menunjukkan langkah-langkah prosedur kajian yang


dijalankan oleh pengkaji sebelum menjalankan kajian pembangunan produk
inovasi potato shell tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell
tart di pasaran serta tahap penerimaan masyarakat di Kuala Langat bermula
dari proses mula hingga tamat.

Mula
Mencari idea dan inspirasi untuk
menghasilkan produk

Mengenal pasti permasalahan dan bidang


kajian dan mengenal pasti populasi dan
pensampelan yang sesuai.

Penyediaan borang soal selidik.

Mengedarkan soal selidik kepada


masyarakat.

Mengumpulkan data hasil daripada edaran


yang dibuat.

Menganalisis data daripada borang soal


selidik.

Membuat keputusan.

TAMAT
Membuat rumusan dan cadangan untuk
kajian yang telah dijalankan.

Carta alir 1.2 : Menunjukkan langkah-langkah prosedur kajian

30
2.5.6 SOAL SELIDIK

Kajian berbentuk soal selidik merupakan satu bentuk kajian yang paling
digemari dikalangan pengkaji kerana ia sering digunakan untuk
mengumpulkan data responden. Hal ini mungkin kerana kaedah berbentuk
soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas serta boleh dirangka dengan
mudah. Selain daripada itu, melalui soal selidik juga, maklumat berkaitan
responden adalah dirahsiakan. Oleh itu, responden boleh menjawab soalan
berkenaan dengan selesa, telus dan jujur tanpa rasa risau mahupun bimbang.

Soalan-soalan yang terdapat pada borang soal selidik terbahagi


kepada tiga bahagian. Bahagian pertama iaitu bahagian A adalah mengenai
maklumat demografi responden. Bahagian kedua iaitu bahagian B adalah
mengenai soalan berkaitan tentang pembangunan produk inovasi potato shell
tart dan penerimaan kepelbagaian variasi shell tart di pasaran . Manakala,
bahagian yang terakhir iaitu bahagian C adalah mengenai tahap penerimaan
masyarakat terhadap produk inovasi potato shell tart serta pembungkusan, di
mana pada bahagian C ini mempunyai 12 buah soalan.

Bentuk soalan yang dikemukan di dalam borang soal selidik ini adalah
soalan-soalan berbentuk mudah yang boleh dijawab oleh responden tanpa
memerlukan masa yang panjang untuk berfikir. Soalan jenis ini mudah untuk
dianalisis disamping memudahkan responden untuk menjawab soalan yang
dikemukan pada borang soal selidik kerana mereka hanya perlu memilih atau
menandakan skala mahupun pernyataan “ya atau tidak” mengikut citarasa
mereka.

2.6 MAJLIS PERKAHWINAN

Pada 30 September 2018 yang lalu, pengkaji telah menerima satu tempahan
daripada Cik Nurul Fazliyana Binti Abdul Rahim sempena majlis perkahwinannya
yang akan berlangsung pada 6 November 2018 akan datang. Beliau telah menempah
sebanyak 5 buah bekas Potato shell tart untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada
para tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan beliau. Menurut Cik Nurul Fazliyana,

31
beliau mengenali produk inovasi potato shell tart ini selepas menjadi salah seorang
daripada responden kajian ini. Beliau juga berkata bahawa dia amat tertarik dengan
keunikan potato shell tart yang lain daripada yang lain. Disebabkan itulah, beliau
memilih produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji sebagai buah hati yang akan
diberikan kepada tetamu yang hadir.

Sebelum menyiapkan tempahan tersebut, pengkaji perlu menyenaraikan kos


pengeluaran produk, jadual pengeluaran serta resipi standard beserta bahan dan
peralatan yang perlu digunakan.

2.6.1 KOS PENGELUARAN

Sebelum menjual produk inovasi potato shell tart kepada pelanggan, para
pengkaji perlu membuat pengiraan kos pengeluaran untuk medapatkan harga
bagi satu bekas potato shell tart yang dijual. Di dalam satu bekas, terdapat 40
biji potato shell tart. Pada jadual 1.7 di bawah, pengkaji telah menunjukkan
harga bagi setiap bahan-bahan serta kos keseluruhan potato shell tart dalam
satu bekas. Untuk makluman, bekas pembungkusan yang digunakan adalah
berbentuk bulat berukuran (diameter) 38MM serta boleh memuatkan 50
hingga 56 buah Potato Shell Tart.

BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT KOS


YANG PENGGUNAAN
DIGUNAKAN BAHAN

Tepung Gandum 200g RM 1.80/ 1 kg RM 0.36


Telur 1 biji RM 0.50/ 1 biji RM 0.50
Mentega 250g RM 3.00/ 250 g RM 3.00
Gula 10 g RM 2.00/ 1 kg RM 0.02
Kentang 400 g RM 10.00/ 1 kg RM 4.00
JUMLAH : RM 7.88

32
Pekerja : 3 pekerja
Upah : RM 2.00
Masa penyediaan : 5 jam
Bil air : Rm 0.80
Elektrik : Rm 3.00
Mark-up : 40%
Kos Buruh
Pekerja x Jam x harga

= 3 x 5 jam x RM 1.00

= RM 15.00
Kos Overhead
Kos buruh + kos elektrik +kos air

= RM15.00 + RM3.00 + RM0.80

= RM 18.80

Kos Prima RM 7.88 + RM18.80

= RM 26.68
Tambah Harga
50 x RM 26.68

100

= RM 13.34

Kos Jualan RM 13.34 + RM 26.68

= RM 40.02

Untung kasar RM 40.02 - RM 26.68

= RM 13.34

Untung Bersih RM 26.68 – RM 13.34

= RM 13.34

Jadual 1.7 : Kos Pengiraan bagi Potato Shell Tart dalam bagi setiap satu bekas

33
2.6.2 JADUAL PENGELUARAN

Selain perlu menyediakan kos pengeluaran produk, pengkaji juga perlu


menyediakan jadual pengeluaran. Tujuan jadual pengeluaran diwujudkan
adalah untuk memudahkan kerja serta menjadikan ia lebih sistematik, teratur
dan juga terancang. Melalui jadual pengeluaran ini juga, produk inovasi yang
dihasilkan dapat diproses mengikut spesifikasi serta aturan yang telah
ditetapkan mengikut kehendak pengkaji. Jadual 1.8 di bawah, menunjukkan
jadual pengeluaran produk inovasi Potato shell tart.

NAMA NAMA BAHAN KUANTITI CACATAN


PEKERJA PRODUK

1. Sukat dan timbang


Kentang 3 biji
NurulIzziani bahan.
Bt Musaddek Adunan Potato Tepung gandum 250 g 2. Rebus kentang
Shell Tart sehingga empuk.
Garam 3g
3. Adun bahan kering
Gula 5g dan bahan mentah
serta masukkan
Telur 60 g
kentang rebus yang
Mentega 120 g sudah dilenyek ke
dalam adunan.
4. Adun sehingga
membentuk doh.

1. Basuh dan bilas


Nurul acuan shell tart
Haziqah Bt sehingga bersih.
Abd Rahim 2. Lap acuan sehingga
kering.
3. Bentuk adunan
Membentuk adunan Potato shell tart Potato shell tart di
dalam acuan.
4. Cucuk bahagian
tengah adunan shell
tart yang sudah di
bentuk di dalam acuan.
5. Bakar pada suhu 180
darjah celcius selama
10-15 minit.

34
1. Potato shell tart yang
Alisya Bt sudah selesai di bakar
Abdullah Pembungkusan Potato shell tart akan disejukkan di atas
redai.
2. Setelah itu, susun 40
biji potato shell tart di
dalam setiap bekas.
3. Tampal stiker
syarikat yang
mengandungi logo,
nama syarikat, nama
produk, gambar
produk, isi kandungan,
alamat syarikat serta
tarikh tamat tempoh.

Jadual 1.8 : Menunjukkan Jadual Pengeluaran Produk Inovasi Potato Shell Tart

2.7 PENGENDALIAN DATA STATISTIK

Data yang dikumpulkan hasil daripada kajian melalui borang soal selidik yang telah
diedar dan dikumpul semula ini akan diproses dengan menggunakan perisian kaedah
manual iaitu Microsoft Excel Worksheet 2003 untuk menganalis data yang diperolehi
bertujuan mendapatkan dapatan kajian.

2.8 ANALISIS DESKRIPTIF

Memberi gambaran (deskripsi) tentang sesuatu data, seperti min, jumlah, varians,
nilai maksimum, nilai minimum dan sebagainya. Analisis deskriptif mempunyai ciri-
ciri variable seperti demografi dan sebagainya. Menggunakan kaedah berangka dan
grafik untuk menentukan corak set data yang dikumpul daripada sampel dalam
bentuk yang lebih menarik.

35
2.9 PENGUMPULAN DATA

Terdapat 50 set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden di daerah
Kuala Langat untuk mendapatkan pandangan dan cadangan terhadap produk inovasi
yang di hasilkan. Responden diberi masa dua puluh minit untuk menjawab soalan
soal selidik. Responden juga diberi peluang untuk bertanya sekiranya terdapat soalan
yang kurang jelas atau tidak difahami.

Melalui kajian ini, data-data yang diperolehi melalui borang soal selidik yang
telah diisi oleh responden perlu dikumpulkan untuk dianalisis seterusnya untuk
mendapatkan dapatan kajian agar pengkaji mengetahui sama ada kajian yang
dijalankan oleh mereka mencapai objektif serta tujuan yang telah disasarkan seawal
waktu kajian ini masih dirancang pada peringkat permulaan lagi. Dari sini juga,
pengkaji akan mengetahui kemampuan mereka dalam membangunkan produk
inovasi ini sama ada berhasil ataupun tidak. Selain itu, pengkaji juga turut
mengetahui sama ada responden pernah menjumpai atau merasai variasi shell tart
yang terdapat di pasaran sekitar Kuala Langat. Bukan itu sahaja, malah pengkaji juga
mengetahui sekiranya masyarakat di Kuala Langat ini menggemari ataupun tidak
produk inovasi yang dihasilkan oleh mereka.

Untuk makluman semua, instrumen yang digunakan di dalam kajian ini adalah
soal selidik di mana borang soal selidik ini dibangunkan sendiri oleh pengkaji
berdasarkan objektif kajian. Soalan-soalan pula dirangka dalam bentuk yang mudah
serta ringkas namun difahami untuk memastikan agar responden faham dengan jelas
soalan yang perlu dijawab tanpa memerlukan masa yang lama untuk responden
mengisi jawapan. Antara soalan yang dinyatakan di dalam borang soal selidik adalah
seperti berikut :-

1. Sejauh mana kemampuan yang produk inovasi yang dihasilkan.

2. Adakah produk inovasi mampu dipasarkan dan bersaing dengan produk yang
sedia ada.

3. Mengetahui tahap penerimaan masyarakat terhadap produk inovasi yang


dihasilkan.

36
2.10 TEKNIK ANALISIS DATA

Sebelum menganalisis data, pengkaji terlebih dahulu perlu mengumpulkan


kesemua data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik. Setelah
kesemua data tersebut telah dikumpulkan, data tersebut akan dianalisis mengikut
bahagian kerana setiap bahagian adalah berbeza-beza cara pengiraannya
disamping kaedah penggunaan pengisian jawapan yang berlainan untuk setiap
bahagian. Kemudian, data-data ini akan dianalisis secara kuantitatif dengan
mengenalpasti kategori-kategori berdasarkan soalan-soalan kajian. Di samping
itu, skala pengukuran pula digunakan secara ordinal, di mana responden perlu
memilih jawapan berdasarkan skala likert. Skala likert digunakan untuk mengukur
sesuatu pernyataan yang mewakili ciri-ciri yang hendak diukur.

Skala Likert Skor


Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Jadual 1.9 : Skala Likert berserta dengan markah skor

(Sumber : Mohd Majid (1999) )

Set borang soal selidik yang diedarkan dalam kajian rintis ini digunakan oleh
penyelidik untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik sebelum kajian sebenar
dijalankan. Menurut Mohd Majid (1990), statistik deskriptif merupakan organisasi dan
ringkasan data yang diperolehi daripada pemerosesan data. Operasinya boleh dalam
bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah atau graf tentang data atau maklumat.
Manakala interpretasi skor bagi kajian ini menggunakan sumber dari Mr. Jamil
Ahmad (2002).

Melalui penggunaan skala Likert 5 mata ini, data yang diperolehi setelah
dikumpulkan akan dianalisis serta dinyatakan mengikut kekerapan, peratusan dan

37
min. Hasil analisis data telah diringkaskan oleh pengkaji kepada tiga kategori iaitu
rendah, sederhana dan juga tinggi. Ketiga-tiga kategori tersebut mempunyai julat min
yang berlainan. Untuk skala rendah, julat min di antara 1.00 hingga 2.33 sahaja.
Manakala, skala sederhana di antara 2.34 hingga 3.66. Julat min antara skala tinggi
pula di antara 3.67 hingga 5.00. Selain daripada itu, Mohd Majid (1990) menerangkan
bahawa statistik deskriptif merupakan organisasi dan ringkasan data yang diperolehi
daripada pemprosesan data. Ia boleh dinyatakan dalam bentuk jadual, ilustrasi dalam
bentuk rajah ataupun graf. Manakala, interprestasi skor yang turut digunakan di
dalam kajian ini menggunakan sumber rujukan dari Mr. Jamil Ahmad (2002).

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 2.33 Rendah (kurang setuju/ kurang membantu/ kurang mahir/
kurang memenuhi/ tidak pasti/ kadang-kadang/ tiada/
sebahagian kecil)

2.34 hingga 3.66 Sederhana (setuju/ membantu/ mahir/ memenuhi/ separuh)

3.67 hingga 5.00 Tinggi (sangat setuju/ sangat membantu/ sangat mahir/ sangat
memenuhi/ sangat selalu/ semua/ sebahagian besar)

Jadual 1.10 : Skala Skor Min dan Interpretasi

(Sumber : NH Mohammad (2012) )

2.11 KESIMPULAN

Bab ini membincangkan mengenai metodologi yang digunakan untuk melaksanakan


kajian yang dijalankan oleh pengkaji yang mana ia meliputi keseluruhan reka bentuk
kajian, pemilihan responden, lokasi sasaran kajian, tatacara pengumpulan data yang
diambil serta tatacara untuk menganalisa data kajian beserta perisian yang
digunakan. Ini dapat membantu pengkaji memudahkan proses penganalisian data
kajian agar lebih mudah, cepat dan lebih sistematik. Metodologi kajian yang
digunakan pula adalah konsisten serta tidak lari daripada objektif serta tujuan asal kaj

38
BAB 3

DAPATAN KAJIAN

3.0 PENDAHULUAN

Bab ini memberi fokus terhadap huraian yang dibuat secara terperinci mengenai
dapatan kajian. Bab ini juga turut membentangkan hasil dapatan yang diperolehi
menerusi instrumen soal selidik yang dijalankan ke atas kumpulan responden yang
telah disasarkan. Seramai 50 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang
terdiri daripada penduduk di sekitar Kuala Langat. Dapatan kajian ini dianalisis
dengan huraian deskriptif bagi melihat peratus serta min bagi setiap bahagian dalam
instrumen untuk mendapatkan keputusan sama ada kajian yang dilakukan ini
menepati serta mencapai objektif kajian ataupun tidak. Selain daripada itu, dapatan
kajian yang diperolehi akan dipaparkan dalam bentuk graf, carta pai serta jadual bagi
memudahkan pemahaman serta penghuraian yang lebih berkesan. Di samping itu,
pengkaji juga turut menghuraikan analisis terhadap data serta maklumat yang
diperolehi mengikut susunan objektif kajian. Berikut adalah bentuk kaedah atau
instrumen yang digunakan oleh pengkaji untuk kajian yang dijalankan bagi menjawab
soalan – soalan yang telah dikemukan.

39
3.1 HASIL DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merupakan hasil daripada kajian yang telah dilakukan dan maklumat
yang telah diperolehi pengkaji mengenai sesuatu perkara yang telah dikaji. Kaedah
yang dihunakan untuk mendapatkan data akan dijadikan sebagai sebagai hasil
dapatan kajian.

3.2 SOAL SELIDIK

Soal selidik ini telah dijalankan secara rawak ke atas 50 orang responden yang terdiri
daripada penduduk di daerah Kuala Langat. Menurut, laman portal rasmi milik
Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat (PDT) telah dinyatakan jumlah penduduk di
Kuala Langat. Di anggarkan pada tahun 2016, bahawa seramai 258,181 orang tidak
mengira bangsa, jantina, serta had umur telah menetap di Daerah Kuala Langat.
Jumlah kepadatan penduduk di Kuala Langat yang semakin hari semakin bertambah
telah menyebabkan industri makanan mudah membangun dengan pesat.

Dapatan kajian daripada soal selidik ini meliputi satu bentuk data sahaja iaitu
data kuantitatif. Data kuantitatif merupakan sebuah data yang diperolehi daripada
respon pilihan aneka jawapan serta skala likert yang digunakan dalam item soal
selidik yang dihasilkan oleh pengkaji. Di samping itu, kumpulan data ini kemudiannya
akan dianalisis dengan menggunakan kaedah manual iaitu Microsoft Excel bagi
huraian dalam bentuk frekuensi, min dan juga peratus.

Menurut Mohd Majid (1990), statistik deskriptif merupakan organisasi dan


ringkasan data yang diperolehi daripada pemerosesan data. Operasinya boleh dalam
bentuk jadual, ilustrasi dalam bentuk rajah atau graf tentang data atau maklumat.

40
Skor Min Interpretasi Skor Min
(Kurang setuju / kurang membantu / kurang mahir /
1.00 – 2.33 Rendah kurang memenuhi / tidak pasti / kadang-kadang / tiada
/ sebahagian kecil)
2.34 – 3.67 Sederhana (Setuju / membantu / mahir / memenuhi / separuh)
(Sangat setuju / sangat membantu / sangat mahir /
3.68 - 500 Tinggi sangat memenuhi / sangat selalu/ semua / sebahagian
besar)

Jadual 1.11 : Skala Skor Min dan Interprestasi

(Sumber : Landell, (1977) )

Item yang menggunakan respon aneka pilihan jawapan adalah bagi bahagian
A iaitu demografi responden, manakala item respon untuk skala likert pula digunakan
untuk merumuskan tahap penerimaan responden yang telah merasai produk inovasi
potato shell tart yang dihasilkan oleh pengkaji serta untuk mengetahui kepelbagaian
variasi produk shell tart yang terdapat di pasaran melalui pendapat daripada
responden.

3.2.1 BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDEN

Sampel yang digunakan dalam instrumen ini ialah sebanyak 50 orang


responden yang terdiri daripada penduduk di Kuala Langat. Pada bahagian
ini, pengkaji hanya menjalankan kajian terhadap maklumat – maklumat
penting pihak responden sahaja yang mempunyai kaitan dengan kajian yang
dijalankan seperti :-

1. Jantina
2. Bangsa
3. Status.

Pengkaji tidak meletakkan sebarang limitasi terhadap responden kerana


kajian yang dijalankan ini bersesuaian dengan faktor jantina, bangsa serta
status responden tersebut. Maklumat – maklumat seperti jantina, bangsa

41
serta status ini telah dipilih secara rawak oleh pengkaji. Hal ini kerana,
pengkaji menjalankan kajian di berbagai kawasan di daerah Kuala Langat
yang mana setiap kawasan tersebut mempunyai kelompok penduduk yang
berbeza.

Jantina Kekerapan Peratus


Lelaki 21 42%
Perempuan 29 58%
Jumlah 50 100

Jadual 1.12 : Jantina Responden Kajian

Peratus Jantina Responden

42%

58%

Lelaki Perempuan

Carta Pai 1.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 1.12 menunjukkan bahawa 42% atau 21 orang daripada


jumlah keseluruhan jumlah responden adalah lelaki manakala, seramai 29
orang responden yang mewakili 58% adalah terdiri daripada perempuan.
Kesemua responden yang dipilih secara rawak ini tidak dihadkan umur
mereka. Manakala carta pai 1.1 pula menunjukkan peratusan bagi taburan
responden mengikut jantina

42
Bangsa Kekerapan Peratus
Melayu 28 56%
Cina 9 18%
India 12 24%
Lain-lain 1 2%
Jumlah 50 100

Jadual 1.13 : Bangsa Responden kajian

Peratus Bangsa Responden


60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Melayu Cina India Lain-lain

Melayu Cina India Lain-lain

Graf 1.1 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

Berdasarkan jadual 1.13 serta graf 1.1 menunjukkan responden


berbangsa melayu mencatat bilangan yang tertinggi di antara ketiga-tiga
bangsa yang lain. Daripada 50 responden kajian, separuh daripadanya
adalah bangsa melayu iaitu sebanyak 28 orang yang telah mencatatkan
hampir separuh daripada bilangan peratus sebanyak 56%. Responden
daripada bangsa Cina pula adalah sebanyak 9 orang iaitu bersamaan dengan
18%. Manakala responden daripada Bangsa India pula adalah sebanyak 12
orang dan jumlah peratusannya pula mencatatkan sebanyak 24%. Kemudian,
2% selebihnya pula mewakili lain-lain bangsa.

43
Status Kekerapan Peratus
Bujang 30 60%
Berkahwin 20 40%
Jumlah 50 100

Jadual 1.14 : Status Responden Kajian

Peratus Status Responden

40%

60%

Bujang Berkahwin

Carta Pai 1.2 : Taburan Responden Mengikut Status

Jadual 1.14 menjelaskan bilangan tertinggi responden mengikut


status adalah di kalangan bujang iaitu sebanyak 30 orang daripada 50 orang
responden yang di pilih. Manakala jumlah peratus pula sebanyak 60% iaitu
lebih daripada peratusan keseluruhan (100.0). Di sampaing itu, bilangan
responden berstatus berkahwin pula hanya sebanyak 20 orang iaitu 40%
sahaja. Hal ini juga boleh dijelaskan serta difahamkan melalui carta pai 1.2 di
atas.

44
3.2.2 BAHAGIAN B : PENERIMAAN KEPELBAGAIAN VARIASI SHELL

TART DI PASARAN

Soalan pada bahagian B iaitu Penerimaan kepelbagaian variasi shell


tart di pasaran kesemuanya merangkumi 6 soalan. Pada bahagian B ini, ia
merangkumi soal selidik tentang mengenal pasti maklumat dan pandangan
masyarakat mengenai produk inovasi yang dihasilkan. Skala pengukuran
yang digunakan ialah secara ordinal, di mana reponden diminta memilih
jawapan berdasarkan skala likert 1 hingga 5. Skala 1 hingga 5 digunakan
untuk mengukur sesuatu pernyataan yang mewakili ciri-ciri yang hendak
diukur

Pada bahagian B, soalan-soalan yang dikemukakan merangkumi


soalan mengenai soal selidik berkaitan maklumat serta pandangan
masyarakat berkaitan produk inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji. Bukan itu
sahaja, soalan pada bahagian B ini juga turut berkisar tentang kepelbagaian
variasi shell tart yang terdapat di pasaran di daerah Kuala Langat. Tujuan
soalan pada bahagian B ini dihasilkan adalah untuk mengkaji kepelbagaian
variasi shell tart di pasaran sekitar Kuala Langat serta sejauhmana
masyarakat pernah mencuba serta merasai variasi tersebut. Selain itu,
bahagian ini juga turut mengkaji penggunaan kentang yang digunakan
sebagai bahan utama dalam penghasilan produk inovasi potato shell tart ini
sama ada bersesuaian ataupun tidak untuk diinovasikan menjadi sebuah
produk yang baharu menurut pendapat responden yang telah merasai produk
inovasi yang dihasilkan oleh pengkaji.

Bukan itu sahaja, soalan-soalan pada bahagian ini turut mengkaji


pendapat responden mengenai keberhasilan produk inovasi yang dihasilkan
samada ia boleh dipasarkan ke pasaran yang lebih besar ataupun tidak.
Jadual pada 1.15 akan menunjukkan hasil dapatan bahagian B.

45
Bil Soalan Kekerapan/Peratus
Ya Tidak
Shell Tart mempunyai variasi lain di 18 32
1
pasaran? 36% 64%
Anda pernah mencuba variasi shell
16 34
2 tart lain di paaran dan adakah ia
68% 32%
menepati citarasa anda?
Kentang sesuai dijadikan bahan 36 14
3
utama dalam pembuatan shell tart? 72% 28%
Anda tahu khasiat yang terdapat 23 27
4
dalam kentang? 47% 54%
Variasi potato shell tart ini menepati 29 21
5
citarasa anda? 58% 42%
Produk inovasi ini boleh dipasarkan ke 31 19
6
pasaran luar? 62% 38%

Jadual 1.15 : Penerimaan Kepelbagaian Variasi Shell Tart Di Pasaran

80%

70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 5 Soalan 6

Ya Tidak

Graf 1. 2 : Menunjukkan Peratusan Penerimaan kepelbagaian Variasi Shell

Tart Di Pasaran

46
Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi bagi soalan pada bahagian b
iaitu penerimaan kepelbagaian variasi shell tart di pasaran, pengkaji mendapati
bahawa peratus tertinggi adalah 72% iaitu soalan 3 berkenaan kentang sesuai
dijadikan bahan utama dalam pembuatan shell tart?. Seramai 36 orang responden
daripada 50 orang (72%) memilih ya manakala 14 lagi orang responden (28%)
memilih tidak sebagai pilihan jawapan mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa
sebanyak 72% daripada jumlah keseluruhan responden, bersetuju bahawa kentang
sesuai dijadikan sebagai bahan utama dalam pembuatan shell tart.

Manakala, peratus sederhana pula adalah setinggi 58% iaitu soalan 5


berkenaan variasi potato shell tart ini menepati citarasa anda. Kenapa?, pengkaji
mendapati , seramai 29 orang responden iaitu bersamaan dengan 58% telah memilih
ya manakala seramai 21 orang responden bersamaan 42% memilih jawapan
sebaliknya iaitu tidak. Dapatan ini menunjukkan bahawa seramai 58% responden
memilih ya kerana mereka berpendapat bahawa potato shell tart yang dihasilkan oleh
pengkaji menepati citarasa responden.

Bilangan peratus terendah pula adalah sebanyak 36% pada soalan 1 iaitu
soalan berkenaan Shell Tart mempunyai variasi lain di pasaran?. Seramai 18
daripada 50 orang responden iaitu sebanyak 36% telah memilih pilihan jawapan ya
manakala selebihnya iaitu sebanyak 32 orang responden bersamaan dengan 64%
memilih tidak sebagai pilihan jawapan.Secara keseluruhannya, sebanyak 64% sahaja
daripada responden menyatakan tidak sebagai pilihan jawapan pada soalan 1.
Melalui soalan 1 ini juga, pengkaji dapat mengkonklusikan bahawa separuh daripada
responden tidak mengetahui akan kewujudan variasi shell tart yang terdapat di
pasaraya sekitar Kuala Langat.

47
3.2.3 BAHAGIAN C : TAHAP PENERIMAAN MASYARAKAT KUALA LANGAT
TERHADAP PRODUK INOVASI POTATO SHELL TART DAN PEMBUNGKUSAN
PRODUK

Sangat
Bil Perkara Tidak Tidak Kurang Setuju Sangat Min
Setuju Setuju Setuju Setuju
1 Produk inovasi ini menarik 0 2 18 24 6 3.70
perhatian anda. (40%) (36%) (48%) (12%)
2 Potato Shell Tart mempunyai 0 3 9 22 16 4.02
rasa kentang. (6%) (18%) (44%) (32%)
3 Potato Shell Tart mempunyai 2 14 11 15 8 3.26
tekstur yang rapuh. (40%) (28%) (22%) (30%) (16%)
4 Potato Shell Tart mempunyai 3 12 9 18 8 3.32
tekstur yang rangup. (6%) (24%) (18%) (36%) (16%)
5 Potato Shell Tart mempunyai 1 6 4 25 14 3.90
rasa yang enak. (2%) (12%) (8%) (50%) (28%)
6 Warna Potato Shell Tart 1 3 15 12 19 3.90
menarik. (2%) (6%) (30%) (24%) (38%)
7 Potato Shell Tart tidak lemau. 3 9 15 18 5 3.26
(6%) (18%) (30%) (36%) (10%)
8 Ketebalan Potato Shell Tart 1 4 15 23 7 3.62
sesuai. (2%) (8%) (30%) (46%) (14%)
9 Label Potato Shell Tart sangat 0 5 8 22 15 3.94
menarik. (10%) (16%) (44%) (30%)
10 Label pembungkusan 0 0 7 31 12 4.10
mempunyai maklumat yang (14%) (62%) (24%)
terperinci berkaitan produk.
11 Label produk bersesuaian 0 1 13 17 19 4.06
dengan bekas pembungkusan. (2%) (26%) (34%) (38%)
12 Bekas pembungkusan yang di 0 2 9 21 18 4.10
gunakan bersesuaian. (40%) (18%) (42%) (36%)
Purata Keseluruhan Min Bagi Setiap Soalan : 3.80

Jadual 1. 16 : Tahap Penerimaan Masyarakat Kuala Langat Terhadap Produk


Inovasi Potato Shell Tart Dan Pembungkusan Produk

48
PURATA KESELURUHAN MIN BAGI
SOALAN BAHAGIAN C
Min

4.06
4.02

4.1

4.1
3.94
3.9

3.9

3.62
3.7

3.32
3.26

3.26
Graf 1.3 : Menunjukkan Tahap Penerimaan Masyarakat Kuala Langat

Terhadap Produk Inovasi Potato Shell Tart Dan Pembungkusan Produk

Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi bagi soalan pada


bahagian b iaitu penerimaan kepelbagaian variasi shell tart di pasaran,
pengkaji mendapati bahawa pada soalan nombor 11 iaitu label
pembungkusan mempunyai maklumat yang terperinci berkaitan produk dan
soalan nombor 12 iaitu bekas pembungkusan yang di gunakan bersesuaian
dimana kedua-dua soalan ini mencatat skor min tertinggi iaitu 4.10.
Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan melalui borang soal selidik, dapat
dilihat bahawa responden bersetuju bahawa label serta kotak pembungkusan
yang digunakan bersesuaian dengan produk inovasi yang dihasilkan. Selain
daripada itu, label pembungkusan produk juga mempunyai kandungan
maklumat yang lengkap dengan maklumat berkenaan produk.

Manakala, peratus sederhana pula adalah setinggi 3.70 iaitu pada


soalan 1 berkenaan produk inovasi ini menarik perhatian anda, pengkaji
mendapati bahawa 48% daripada responden memilih skala 4 di mana mereka
bersetuju bahawa produk inovasi potato shell tart yang dihasilkan oleh
pengkaji amat menarik perhatian. Hal ini kerana, produk seperti shell tart ini
kurang divariasikan serta diinovasikan menjadi sebuah produk baharu

49
menyebabkan ia sukar untuk diperoleh di pasaran sekitar Kuala Langat, oleh
itu responden berpendapatan bahawa produk potato shell tart ini lain daripada
yang lain.

Bukan itu sahaja, pengkaji juga mendapati bahawa soalan pada


nombor 3 iaitu Potato Shell Tart mempunyai tekstur yang rapuh dan soalan
pada nombor 7 iaitu Potato Shell Tart tidak lemau mencatat skor min terendah
iaitu 3.26. Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan melalui borang soal
selidik, pengkaji mendapati bahawa responden merasakan bahawa potato
shell tart yang dihasilkan rapuh serta lemau. Sungguhpun begitu, seramai
30% daripada 100% orang responden memilih skala 4 yang menyatakan
bahawa mereka bersetuju bahawa produk yang dihasilkan oleh pengkaji
mempunyai tekstur yang rangup manakala setinggi 16% memilih sangat
setuju bagi soalan yang sama.

3.3 HASIL ANALISIS KAJIAN

Hasil analisis yang dijalankan terhadap pembangunan produk inovasi potato shell tart
berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart serta tahap penerimaan
masyarakat di Kuala Langat mendapati bahawa borang soal selidik yang telah
diedarkan sebanyak 50 buah edaran mendapat maklum balas yang positif . Pengkaji
akan menerangkan dan menjelaskan hasil dapatan yang diperolehi satu persatu agar
lebih jelas dan mudah untuk difahami.

3.3.1 Bahagian A : Latar Belakang / Demografi Responden

Soalan pada bahagian A merupakan soalan-soalan berkaitan latar belakang


(demografi) yang wajib dijawab oleh responden. Hal ini untuk mengetahui
apakah jantina, bangsa dan status perkahwinan responden yang
mendominasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Pada bahagian ini, skala
pengukuran secara internal digunakan, di mana responden dikehendaki untuk
menandakan pilihan jjawapan yang bersesuaian. Hasil dapatan pada
bahagian A ini mendapati bahawa seramai 29 orang responden bersamaan
58% adalah terdiri daripada responden perempuan manakala selebihnya pula
50
iaitu seramai 21 orang bersamaan dengan 42% adalah terdiri daripada
responden lelaki. Ini jelas menunjukkan bahawa bilangan perempuan yang
menjadi responden untuk kajian ini adalah lebih ramai berbanding responden
dikalangan lelaki.

Dari segi status perkahwinan pula, pengkaji hanya memberikan dua


pilihan jawapan sahaja iaitu bujang dan berkahwin. Hasil dapatan bagi status
perkahwinan yang mencatatkan bilangan paling tinggi adalah status bujang
iaitu setinggi 60% mewakili 30 orang responden manakala selebihnya pula
merupakan status berkahwin iaitu seramai 40% mewakili 20 orang responden
sahaja.

Dari segi bangsa pula, terdapat 4 jenis bangsa yang dinyatakan pada
borang soal selidik bahagian A iaitu melayu, cina, india dan lain-lain bangsa.
Untuk kategori bangsa pula, bilangan yang mencatatkan peratusan tertinggi
ialah bangsa melayu sebanyak 56% mewakili 28 orang, manakala bangsa
india mencatatkan bilangan kedua tertinggi iaitu 24% kira-kira seramai 12
orang sahaja. Bangsa cina pula hanya mencatatkan 18% sahaja mewakili 9
orang responden sahaja. 2% selebihnya pula mewakili lain-lain bangsa.

3.3.2 Bahagian B : Penerimaan Kepelbagaian Variasi Shell Tart di


Pasaran

Soalan pada bahagian B iaitu penerimaan kepelbagaian variasi shell tart di


pasaran ini terdiri daripada 6 soalan yang menggunakan skala pengukuran
secara internal di mana, responden dikehendaki perlu menandakan pilihan
jawapan yang bersuaian. Selain itu, responden juga perlu menyatakan
cadangan serta pandangan mereka yang dirasakan sesuai di ruang jawapan
yang telah disediakan. Soalan-soalan yang terdapat pada bahagian B ini
adalah berkaitan pembangunan produk inovasi yang dibangunkan dan juga
kepelbagaian variasi shell tart yang terdapat di pasaran. Terdapat juga sedikit
soalan-soalan berunsur penerimaan masyarakat terhadap produk inovasi
pengkaji. Pada soalan ini, responden didedahkan dengan maklumat

51
berkenaan produk inovasi dan meminta untuk memberi pandangan atau
maklum balas secara telus.

Terdapat 6 soalan yang terdapat pada bahagian B, soalan pertama


mengenai adakah shell tart mempunyai variasi lain di pasaran mendapat
maklum balas daripada 18 orang responden mewakili 36% yang tahu akan
kewujudan shell tart bervariasi manakala 32 orang responden lagi yang
mewakili 64% tidak mengetahui akan kewujudan shell tart bervariasi di
pasaran. Bagi soalan kedua berkenaan dengan adakah anda pernah
mencuba variasi shell tart lain di pasaran dan adakah ia menepati citarasa
anda seramai 16 orang responden mewakili 32% yang menyatakan bahawa
produk shell tart bervariasi dipasaran menepati citarasa mereka dan seramai
34 orang responden iaitu 68% mengatakan tidak kerana tidak pernah
mencuba atau tahu tentang shell tart bervariasi dipasaran.

Soalan seterusnya iaitu soalan ketiga mengenai kesesuaian kentang


untuk dijadikan bahan utama dalam pembuatan shell tart mendapat
peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72% mewakili 36 orang responden. Pada
soalan ini juga, 36 orang responden ini yang memilih ya sebagai pilihan
jawapan mengatakan bahawa kentang sesuai di jadikan sebagai bahan utama
kerana ia mempunyai rasa yang enak. Manakala, selebihnya pula iaitu
seramai 14 orang yang mewakili 28% memilih tidak kerana ianya tidak sesuai
dijadikan bahan utama dalam pembuatan shell tart mengikut persepsi mereka.
Soalan keempat pula tentang anda tahu khasiat yang terdapat dalam
kentang,mendapat bilangan tertinggi sebanyak 54% iaitu seramai 27 orang
memilih ya kerana mereka tidak tahu tentang khasiat kentang. Selebihnya
pula seramai 23 orang responden iaitu 46% sahaja yang mengetahui khasiat
kentang.

Bagi soalan kelima pula iaitu mengenai variasi potato shell tart ini
menepati citarasa anda, seramai 29 orang responden iaitu sebanyak 58%
mengatakan produk yang dihasilkan oleh pengkaji menepati citarasa mereka
dan sebahagian daripadanya pula iaitu seramai 21 orang responden mewakili
42% tidak menyukai dan mengatakan bahawa produk potato shell tart yang
dihasilkan oleh pengkaji tidak menepati citarasa mereka. Soalan yang

52
keenam berkenaan produk inovasi ini boleh dipasarkan ke pasaran luar
mendapat maklum balas yang positif kerana seramai 31 orang responden iaitu
sebanyak 62% memberi pandangan bahawa produk inovasi ini boleh
dipasarkan ke pasaran luar manakala seramai 19 orang responden mewakili
38% tidak menyokong dan mengatakan produk potato shell tart ini tidak boleh
dipasarkan.

Kesimpulan yang dapat disimpulkan daripada setiap soalan yang


dijawab oleh responden adalah masyarakat menerima serta memberi respon
yang positif terhadap produk potato shell tart yang dihasilkan oleh pengkaji.

3.3.3 Bahagian C : Tahap Penerimaan Masyarakat Terhadap Produk

Inovasi Potato Shell Tart dan Pembungkusan

Soalan pada bahagian C pula terdiri daripada 12 soalan yang menggunakan


konsep skala. Skala 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4
(setuju) dan 5 (sangat setuju). Soalan pada bahagian ini adalah berkaitan
dengan tahap penerimaan masyarakat terhadap produk inovasi potato shell
tart dan pembungkusan. Ini bermakna, soalan-soalan yang dinyatakan adalah
berkisar tentang produik yang dihasilkan menepati citarasa dan kehendak
pelanggan melalui soalan berkaitan fizikal,tekstur, rupa dan macam-macam
lagi. Pada bahagian ini juga, responden boleh menentukan kualiti produk
potato shell tart mengikut skala yang diberikan. Bagi soalan pertama iaitu
produk inovasi ini menarik perhatian anda, seramai 24 orang responden
memilih skala 4 kerana produk potato shell tart yang dihasilkan menarik
perhatian dan seramai 6 orang responden pula memilih skala 5 manakala
selebihnya mengatakan tidak setuju dan tidak pasti.

Soalan kedua pula berkenaan berkenaan potato shell tart mempunyai


rasa kentang, seramai 22 orang responden memilih skala 4, dan selebihya
pula seramai 16 orang memilih skala 5 kerana mereka merasakan bahawa
potato shell tart ini kaya dengan rasa kentang manakala selebihnya pula
memilih skala 1 hingga 3 sebagai pilihan jawapan kerana mereka
berpendapat bahawa potato shell tart yang dihasilkan oleh pengkaji tidak

53
mempunyai rasa kentang yang rapuh. Selain itu, soalan ketiga iaitu soalan
mengenai potato shell tart mempunyai tekstur yang rapuh, seramai 15 orang
memilih skala 4 dan 8 orang memilih skala 5 yang mengatakan potato shell
tart bertekstur rapuh, manakala seramai 27 orang pula memilih skala 1 hingga
3 yang berpendapat bahawa tekstur potato shell tart tidak rapuh. Bagi soalan
keempat pula, seramai 18 orang memilih skala 4 dan 8 orang lagi memilih
skala 5 yang bersetuju bahawa produk potato shell tart bertekstur rangup
manakala selebihnya iaitu seramai 24 orang memilih skala 1 hingga 3 dan
tidak bersetuju pada kenyataan soalan tersebut. Bagi soalan bertajuk potato
shell tart mempunyai tekstur yang rangup, sebanyak 36% mewakili 16 orang
responden memilih skala 4, iaitu setuju kepada soalan yang telah
dikemukakan bahawa Potato Shell Tart mempunyai tekstur yang rapuh.

Soalan kelima iaitu potato shell tart mempunyai rasa yang enak,
seramai 25 orang memilih skala 4 dan seramai 14 orang memilih skala 5
kerana mereka berpendapat bahawa potato shell tart mempunyai rasa yang
enak manakala seramai 11 orang memilih skala 1 hingga 3 yang menyatakan
tidak bersetuju dengan pernyataan soalan. Bagi soalan keenam pula
mengenai warna potato shell tart menarik, seramai 12 orang memilih skala 4
dan 19 orang memilih skala 5 manakala yang selebihnya iaitu seramai 19
orang memilih skala 1 hingga 3 yang menyatakan bahawa warna potato shell
tart kurang menarik dan pucat.

Soalan ketujuh adalah berkenaan potato shell tart tidak lemau.


Seramai 18 orang memilih skala 4 dan i 5 orang memilih skala 5 kerana
mereka bersetuju dan berpendapat bahawa produk inovasi yang dihasilkan
oleh pengkaji tidak lemau manakala seramai 27 orang pula memilih skala 1
hingga 3 yang menyatakan bahawa produk potato shell tart ini lemau.
Seterusnya, Soalan kelapan iaitu adakah ketebalan potato shell tart
bersesuaian, seramai 23 orang bersetuju dengan pernyataan soalan dan
memilih skala 4 serta seramai 7 orang memilih skala 5 manakala sebahagian
daripada itu memilih skala 1 hingga 3 yang tidak bersetuju dengan pernyataan
soalan seramai 20 orang.

54
Bagi soalan kesembilan berkenaan label produk potato shell tart
sangat menarik mendapat maklum balas yang tinggi untuk skala 4 iaitu
seramai 22 orang responden. Manakala, seramai 15 orang responden pula
memilih skala 5 yang menandakan bahawa mereka bersetuju label produk
tersebut amat menarik perhatian. Selebihnya pula iaitu seramai 13 orang
responden memilih skala 1 hingga 3. Soalan kesepuluh pula iaitu label
pembungkusan mempunyai maklumat yang terperinci berkaitan produk
mendapat jumlah tertinggi untuk skala 4 iaitu seramai 31 orang, 12 orang
responden pula memilih skala 5 mencatatkan bilangan kedua tertinggi
manakala selebihnya pula iaitu seramai 7 orang responden memilih skala 1
hingga 3 yang menyatakan bahawa labelpada produk masih kekurangan
maklumat.

Bagi soalan kesebelas pula, seramai 17 orang memilih skala 4 dan 19


orang lagi memilih skala 5 bagi selebihnya adalah 14 orang yang memilih
skala 1 hingga 3. Soalan terakhir iaitu soalan keduabelas berkenaan dengan
bekas pembungkusan yang digunakan bersesuaian, mencatatkan seramai 21
orang responden menandakan skala 4, seramai 18 orang responden pula
memilih skala 5 yang bersetuju bahawa pembungkusan yang digunakan
bersesuaian. Akhir sekali, seramai 11 orang responden menyatakan serta
memilih skala 1 hingga 3 untuk soalan yang ke dua belas kerana mereka
berpendapat bahawa label yang digunakan tidak bersesuaian dengan produk.

3.4 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya yang dapat disimpulkan, hasil dapatan daripada penggunaan


kaedah borang soal selidik yang diwujudkan oleh pengkaji jelas menunjukkan
bahawa kaedah tersebut amat berkesan untuk mendapatkan hasil dapatan kajian
yang lebih terperinci. Setelah kesemua data-data dapatan dikumpulkan dan dianalisa,
pengkaji dapat menyimpulkan bahawa masyarakat memberikan maklum balas yang
positif terhadap produk inovasi yang dihasilkan. Responden yang telah merasai
produk inovasi pengkaji melalu tester yang diberikan dan menjawab kesemua soalan
pada borang soal selidik menerima baik dengan positif. Walau bagaimanapun,
dapatan kajian ini hanya tertumpu dan difokuskan kepada 50 orang responden yang

55
dipilih secara rawak di sekitar Kuala Langat yang mempunyai latar belakang dan umur
yang berbeza serta berbilang bangsa.

56
BAB 4

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi seperti yang
ditunjukkan dalam bab 3. Perbincangan ini dipecahkan menjadi empat bahagian iaitu
merangkumi dapatan kajian, cadangan penambahbaikkan, kesimpulan keseluruhan
projek dan rumusan. Bahagian pertama pada bab ini adalah dapatan kajian yang
diperoleh meliputi pernyataan, tujuan kajian, metodologi kajian, skop kajian, kaedah
pemgumpulan data dan penganalisis data. Seterusnya bahagian kedua adalah
cadangan penambahbaikan yang akan dibuat untuk memperbaiki kesilapan yang
dilakukan semasa kajian di jalankan. Selain itu, bahagian kesimpulan keseluruhan
projek dan rumusan menerangkan hasil daripada kajian yang telah dibuat dan
dijalankan.

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk memperluaskan penggunaan


kentang menjadi sebuah produk inovasi yang baharu seperti potato shell tart. Selain
daripada itu, ia juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di Kuala Langat
bahawa kentang merupakan sayuran yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh
badan kerana tidak semua masyarakat tahu akan khasiat yang diperolehi daripada
sayuran kentang. Selain itu, kajian ini juga diharapkan mendapatkan maklum balas

57
yang positif daripada masyarakat di Kuala Langat tentang produk inovasi yang di
hasilkan.

4.2 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini berdasarkan objektif kajian, persoalan kajian, kajian literatur dan
pendekatan yang di rumuskan seperti berikut :-

4.2.1 Membangunkan Produk Inovasi Potato Shell Tart Berasaskan

Kentang.

Berdasarkan hasil kajian melalui borang soal selidik pada bahagian B


mendapati bahawa bilangan peratus tertinggi untuk jawapan ya adalah soalan
3 iaitu sebanyak 72%. Soalan 3 yang berkaitan dengan kesesuaian kentang
untuk dijadikan sebagai bahan utama dalam pembuatan shell tart mendapat
bilangan peratus tertinggi di antara enam soalan. manakala bilangan peratus
untuk jawapan tidak pula hanyalah sebanyak 28%. Untuk soalan 4 pula,
bilangan peratus tertinggi adalah jawapan tidak iaitu sebanyak 54%. Melalui
kedua- dua soalan tersebut, pengkaji dapat merumuskan bahawa seramai 34
orang daripada 50 orang responden bersetuju dengan menyatakan ya
bahawa kentang sesuai dijadikan sebagai bahan utama dalam penghasilan
produk inovasi potato shell tart yang dihasilkan oleh pengkaji.

Selain itu, seramai 27 orang daripada 50 orang responden tidak


mengetahui akan khasiat yang dimiliki oleh kentang yang baik untuk tubuh
badan. Hal ini mungkin disebabkan oleh pengambilan sayuran yang semakin
berkurangan dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan mereka tidak
mengambil tahu langsung manfaat setiap sayuran. Perkara ini boleh
dijelaskan melalui artikel pada keratan akhbar Sinar Online (2016) bertajuk
Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur Dan Buah. Menerusi artikel tersebut,
Timbalan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohamad Jusoh berkata
mengikut kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
pada 2015, nisbah rakyat Malaysia yang mengambil sayur-sayuran dan buah-

58
buahan adalah 1:15 atau kira-kira 6 peratus sahaja berbanding 7.5 peratus
pada 2011. Tidak dinafikan, bahawa ini mungkin boleh menjadi penyebab
mengapa kebanyakkan masyarakat kurang mengetahui akan khasiat yang
dimiliki oleh kentang .

4.2.2 Kepelbagaian Variasi Shell Tart di Pasaran Kuala Langat

Berdasarkan hasil dapatan kajian yang dirumuskan daripada soalan B pada


soal selidik mendapati bahawa soalan 1 untuk jawapan tidak, mendapat
bilangan peratus yang paling tinggi berbanding jawapan ya iaitu sebanyak
64%. Melalui soalan 1 ini, pengkaji dapat mengklonklusikan bahawa hampir
sebahagian daripada 50 orang responden yang menjawab soal selidik ini
tidak pernah menjumpai variasi shell tart yang dijual di pasaran sekitar Kuala
Langat. Manakala 36% peratus responden yang menjawab ya pula
menyatakan bahawa mereka pernah menjumpai shell tart berwarna sahaja.

Selain daripada itu, soalan 2 bagi jawapan tidak juga mendapat


bilangan peratus tertinggi iaitu sebanyak 68%. Seramai 34 orang responden
memilih ya manakala selebihnya pula, iaitu sebanyak 34% mewakili 16 orang
responden memilih tidak sebagai pilihan jawapan . Melalui soalan 2 ini,
pengkaji dapat menyatakan bahawa 34 orang responden yang menjawab ya
tidak pernah mencuba untuk merasai variasi shell tart yang terdapat di
pasaran sekitar Kuala Langat. Namun, terdapat 2 orang responden yang
menjawab ya pada soalan 1 menjawab tidak pada soalan 2. Menerusi
jawapan tersebut, dapat dirumuskan bahawa 2 orang responden ini pernah
menjumpai serta merasai variasi shell tart yang dijual di pasaran sekitar
Kuala langat namun mereka tidak menggemari akan rasanya.

Menerusi soalan 1 dan soalan 2 bahagian B ini pengkaji dapat


merumuskan bahawa hampir separuh daripada jumlah responden yang dipilih
secara rawak tidak pernah menjumpai mana-mana variasi produk shell tart
sama ada yang dijual di pasaraya besar seperti Tesco, Econsave dan Giant
ataupun pasaraya kecil seperti kedai bakeri mahupun kedai runcit yang
terdapat di sekitar Kuala Langat. Manakala, 2 daripada 34 orang responden

59
yang pernah menjumpai variasi produk shell tart tidak menyukainya kerana
rasanya yang tidak menepati citarasa mereka.

4.2.3 Tahap Penerimaan Masyarakat di Kuala Langat

Hasil kajian bagi soalan bahagian c iaitu tahap penerimaan masyarakat Kuala
Langat terhadap produk inovasi potato shell tart dan pembungkusan produk
mendapati bahawa nilai min yang mencatat bilangan paling banyak secara
keseluruhan adalah soalan nombor 11 iaitu label pembungkusan mempunyai
maklumat yang terperinci berkaitan produk dan soalan nombor 12 iaitu bekas
pembungkusan yang di gunakan bersesuaian dimana kedua-dua soalan ini
mencatat skor min tertinggi iaitu 4.10. Berdasarkan hasil kajian yang
dijalankan melalui borang soal selidik, dapat dilihat bahawa responden
bersetuju bahawa label serta kotak pembungkusan yang digunakan
bersesuaian dengan produk inovasi yang dihasilkan. Selain daripada itu, label
pembungkusan produk juga mempunyai kandungan maklumat yang lengkap
dengan maklumat berkenaan produk.

Melalui analisis data yang diperolehi, pengkaji mendapati bahawa


pembungkusan serta label memainkan peranan yang amat penting dalam
mempengaruhi fikiran serta pandangan pelanggan terhadap produk.
Menerusi penyelidikan yang dilakukan oleh Fawizah Binti Ramli (2012)
mendapati bahawa pembungkusan produk mampu mempengaruhi kejayaan
serta kegagalan sesebuah produk yang dihasilkan bergantung kepada
bagaimana pembungkusan itu dapat menarik minat pelanggan. Malah,
Muhammad Mashuri Alif (2017), menerusi penyelidikan beliau berkaitan
pengaruh label kepada pelanggan juga memberikan pendapat yang sama
bahawa dengan adanya label yang mengandungi maklumat berkaitan produk,
pelanggan dapat membuat pilihan sebelum membeli produk tersebut agar
mereka dapat membuat keputusan yang bijak untuk membeli produk yang
memenuhi kehendak mereka dari segi harga, khasiat, manfaat dan
sebagainya.

60
4.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Daripada hasil kajian yang telah pengkaji lakukan pengkaji akan mengemukakan
beberapa cadangan penambahbaikkan untuk mempertingkatkan lagi hasil kajian
yang dilaksanakan. Dengan adanya cadangan ini, maka usaha untuk
memperkenalkan produk inovasi potato shell tart berasaskan kentang di sekitar Kuala
Langat akan lebih mudah untuk difahami oleh masyarakat kawasan sekitar. Antara
cadangan pengkaji untuk menambahbaik produk inovasi serta kajian yang dijalankan
adalah dengan :-

4.3.1 Menambahbaik label serta pembungkusan produk menjadi lebih

menarik

Walaupun 50 orang responden sudah bersetuju bahawa label serta


pembungkusan yang digunakan untuk membungkus produk bersesuaian
serta mempunyai kandungan maklumat yang tepat dan lengkap, namun
pengkaji merasakan bahawa label produk serta pembungkusan perlu
ditambahbaik. Hal ini kerana, kotak pembungkusan yang digunakan tidak
cukup untuk memuatkan 50 biji shell tart kerana saiznya yang nipis
menyebabkan potato shell tart hanya boleh diletakkan tidak lebih daripada 40
biji. Pengkaji juga turut menyarankan agar label produk perlu lebih menarik
dari segi rekabentuk dan warna. Kandungan maklumat berkaitan produk juga
perlu lebih kreatif seperti meletakkan simbol atau logo yang bersesuaian
dengan produk agar mereka yang melihatnya akan tertarik untuk merasai
serta membaca maklumat-maklumat berkenaan produk pada label.

4.3.2 Ingin memasarkan produk inovasi potato shell tart ke pasaran


industri kecil dan sederhana (IKS)

Menurut Zaim Shah Bin Adnan (2016), melalui jurnal yang ditulis oleh beliau
bertajuk Inovasi dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pembuatan
makanan dan minuman menyatakan bahawa perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) atau juga turut dikenali sebagai IKS memberikan

61
sumbangan yang penting kepada ekonomi negara khususnya Keluaran
Negeri Kasar (KDNKK), pekerjaan dan eksport negara. Untuk makluman
semua, IKS telah menyumbangkan sebanyak 32% daripada KDNKK , 59%
daripada guna tenaga manakala 19% lagi daripada eksport negara. Tidak lupa
juga bahawa lokasi utama PKS pembuatan makanan dan minuman di
Malaysia adalah tertumpu di Negeri Selangor. Ini sudah menunjukkan bahawa
Negeri Selangor merupakan negeri terbesar dalam taburan PKS di Malaysia.

Oleh disebabkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di daerah


Kuala Langat ini semakin berkembang pesat dari tahun ke tahun serta mampu
mendapat pulangan yang lumayan, pengkaji ingin memasarkan produk
inovasi shell tart yang dihasilkan ke pasaran PKS.

4.4 KESIMPULAN KESELURUHAN PROJEK

Kesimpulan kepada keseluruhan projek ini adalah pengkaji pada mulanya sedar
bahawa kentang merupakan di antara sayuran yang paling banyak khasiat untuk
tubuh badan, di samping penggunaan sayuran kentang dalam bidang industri
makanan yang sering mendapat permintaan tinggi di Malaysia khususnya dalam
bidang perniagaan makanan segera seperti Mcdonold, Kentucky Fried Chicken
(KFC), Chicken Texas dan sebagainya membuktikan bahawa kentang sangat
digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira had umur. Namun,
penggunaan sayuran kentang tidak meluas dalam bidang bakeri dan pastri jika
hendak dibandingkan dengan penggunaan sayuran tersebut dalam bidang kulinari.
Hal ini mungkin, terhadnya penggunaan kentang untuk dijadikan produk bakeri dan
pastri. Oleh disebabkan itulah, pengkaji ingin membangunkan sebuah produk inovasi
berasaskan kentang dan disebabkan, pastri tersebut tidak lari daripada produk shell
tart, maka pengkaji memutuskan untuk menjalankan kajian berkenaan produk inovasi
potato shell tart berasaskan kentang.

Umum mengetahui bahawa untuk mencipta serta membangunkan produk


inovasi, ia mengambil masa yang agak lama hal ini kerana ia perlu dikaji dengan
lebih mendalam secara teliti agar produk yang dihasilkan mampu mecapai objektik
kajian. Untuk memastikan bahawa produk inovasi yang dihasilkan mencapai objektif

62
kajian, borang soal selidik perlu disediakan kepada responden dengan beberapa
pembahagian soalan mengikut objektik yang telah ditetapkan. Sekiranya skor min
serta peratus setiap soalan mempunyai jumlah bilangan yang tinggi, maka produk
inovasi yang dihasilkan telah mencapai objektif kajian serta diterima ramai oleh
responden.

4.5 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, bab ini membincangkan tentang analisis yang diperoleh


daripada pengkaji melalui kajian yang dijalankan. Perbincangan mengenai dapatan
kajian meliputi tentang pembangunan produk inovasi potato shell tart berasaskan
kentang, kepelbagaian variasi shell tart di pasaran serta tahap penerimaan
masyarakat di Kuala Langat terhadap produk inovasi yang dihasilkan. Tidak lupa
juga, implikasi kajian turut dinyatakan di dalam bab ini bertujuan untuk memberi
manfaat serta faedah kepada pengkaji sendiri, pihak kolej vokasional sultan abdul
samad serta masyarakat di Kuala Langat. Bukan itu sahaja, beberapa cadangan juga
turut dikemukakan bagi memperkukuhkan lagi produk inovasi yang dihasilkan serta
kajian yang dijalankan agar dapat mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.
Oleh itu, melalui dapata kajian yang diperolehi serta cadangan-cadangan yenag telah
dinyatakan untuk membuat penambahbaikkan, diharapkan agar penduduk di sekitar
kuala Langat dapat menerima dengan positif terhadap produk inovasi yang
dihasilkan.

63
RUJUKAN

Alif, M. M. (2016). Pengaruh Label Kepada Pelanggan. Kajian Mengenai Reka Bentuk Produk
Coklat Di Malaysia, 40-55.

Azwil, V. T. (24 Januari , 2018). Kepentingan Pembungkusan Produk Dalam Pemasaran.


Retrieved from Sinar Online: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kepentingan-
pembungkusan-produk-dalam-pemasaran-1.788282

Husain, M. A. (2015). Kepentingan Kuasa Beli Pengguna Dalam Menentukan Keasaan


Pasaran. Journal of Business Strategy, 1-12.

Noraihan Mohammad, M. S. (2017). Pengaruh Ciri-Ciri Produk Kepada Kesetiaan Pelanggan :


Pengalaman Pelanggan Sebagai Faktor Penyerderhanaan. Journal of Business and
Sosial Develepment, 36-47.

Ramli, F. B. (2014). Pembungkusan Produk Mempengaruhi pelanggan. Kajian Reka Bentuk


Pembungkusan Produk Tempe, 25-30.

Roffe. (2013). Innovation And Creativity in Organiation : A Review of The Implications for
Training and Develepment. Journal of European Industrial Training, 23 (4/5), 224-
241.

Saari, N. H. (11 Disember, 2009). Inovasi : Inovasi Organisasi Pemangkin Kecemerlangan.


Retrieved from Utusan Malaysia:
http;//ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=20009&dt=1211&pub=Utusan_Mal
aysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Sulistiana, A. (29 Mac, 2009). Pengertian Tentang Tanaman Kentang. Retrieved from Arsip
Blog:
https://owl.purdue.edu/owl/research_and_citation/apa_style/apa_formatting_and
_style_guide/reference_list_articles_in_periodicals.html

Sunarjono. (2013). Deskripsi,Komposisi Kimia, dan Kegunaan Kentang . Tanaman Umbi


Kentang (Solanum Tuberosum L), 1-20.

Zaim Shah Bin Adnan, H. B. (2014). Inovasi Dalam Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS)
Pembuatan Makanan Dan Minuman. Journal of Global Business and Sosial
Entrepreneunship, 79-88.

64
Zainuddin, Z. (14 Jun, 2016). Rakyat Malaysia Kurang Makan Sayur dan Buah. Retrieved from
Sinar Harian Online:
http;//www.sinarharianonline.com/2016/14/2016/Raykat_Malaysia_Kurang_Maka
n_Sayur_Dan_Buah

Zakaria, Z. L. (2012). Semarakkan Kreativiti Budayakan Inovasi. Pusat Pengurusan


Penyelidikan Dan Inovasi, 44-60.

65
LAMPIRAN 1 : CARTA GANTT

PELAN TINDAKAN PERLAKSANAAN PTA

KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD, BANTING

CARTA GANTT PROJEK TAHUN AKHIR 2

JANUARY FEBRUARY MARCH APRIL MAY JUNE JULY AUGUST SEPTEMBER OCTOBER NOVEMBER DECEMBER
AKTIVITI PERLAKSANAAN
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

TAKLIMAT PROJEK TAHUN AKHIR

PERJUMPAAN BERSAMA PENYELIA

PEMILIHAN TAJUK KAJIAN DANKERTAS CADANGAN

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH, OBJEKTIF


KAJIAN DAN TUJUAN KAJIAN

SKOP KAJIAN, LITERATUR DAN METODOLOGI

PERANCANGAN PELAKSANAAN PROJEK

PERANCANGAN MEMBUAT PRODUK INOVASI POTATO


SHELL TART

MEMBUAT BORANG SOAL SELIDIK

MENCARI PENYELESAIAN MASALAH, OBJEKTIF


KAJIAN DAN TUJUAN KAJIAN

MEMBUAT RANGKA BAB1

MEMBUAT BAB 1 : PENGENALAN

MEMBUAT BAB 2 : KAJIAN LITEATUR

MEMBUAT BAB 3 : METODOLOGI

MEMBUAT BAB 4 : PENGANALISIAN DATA

MEMBUAT BAB 5 : CADANGAN DAN KESIMPULAN

MEMBUAT SILDE

MEMBUAT PRA PEMBENTANGAN DAN


PENAMBAHBAIKAN BAB 1, 2, 3, 4 DAN 5

PENGHANTARAN KERTAS CADANGAN DAN BAB 1, 2,


3, 4, DAN 5.

PERANCANGAN
PETUNJUK :
PELAKSANAAN

66
LAMPIRAN 2 : CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

THE CAKERY HOUSE SDN. BHD


KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK,
42700, BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN

BORANG SOAL SELIDIK


PEMBANGUNAN PRODUK INOVASI POTATO SHELL TART BERASASKAN KENTANG DAN
KEPELBAGAIAN VARIASI SHELL TART SERTA TAHAP PENERIMAAN MASYARAKAT DI KUALA
LANGAT.

PENGENALAN :

Borang soal selidik in digunakan untuk membuat kajian terhadap pembangunan produk inovasi potato
shell tart berasaskan kentang dan kepelbagaian variasi shell tart serta tahap penerimaan masyarakat di
kuala Langat. Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan dan ia akan hanya digunakan bagi
kepentingan kajian sahaja.

BAHAGIAN A Demografi
BAHAGIAN B Penerimaan Kepelbagaian Variasi Shell Tart di
Pasaran
BAHAGIAN C Tahap Penerimaan Masyarakat Kuala Langat Terhadap
Produk Inovasi Potato Shell Tart dan Pembungkusan
Produk.

BAHAGIAN A : DEMOGRAFI

Arahan : Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai latar belakang anda.

Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.

1. Jantina

Lelaki Perempuan

2. Bangsa

Melayu Cina India

Lain – lain

3. Status

Bujang Berkahwin

67
BAHAGIAN B : PENERIMAAN KEPELBAGAIAN VARIASI SHELL TART DI PASARAN

Arahan : Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai produk inovasi potato tart shell.

Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.

1. Shell Tart mempunyai variasi lain dipasaran ?

YA TIDAK

Nyatakan :

2. Anda pernah mencuba variasi Shell Tart lain di pasaran dan adakah ia menepati citarasa
anda?

YA TIDAK

Nyatakan :

3. Kentang sesuai dijadikan bahan utama dalam pembuatan Shell Tart?

YA TIDAK

4. Anda tahu khasiat yang terdapat dalam kentang?

YA TIDAK

5. Variasi Potato Shell Tart ini menepati citarasa anda? Kenapa?

YA TIDAK

Nyatakan :

6. Produk inovasi ini boleh dipasarkan ke pasaran luar?

YA TIDAK

Nyatakan :

68
BAHAGIAN C : TAHAP PENERIMAAN MASYARAKAT KUALA LANGAT TERHADAP PRODUK
INOVASI POTATO SHELL TART DAN PEMBUNGKUSAN PRODUK.

Arahan : Bahagian ini merupakan soal selidik mengenai kesedaran terhadap khasiat yang dimiliki oleh
kentang.

Sila tandakan (/) pada ruangan yang disediakan.

1 ( Sangat Tidak Setuju) 2 (Tidak Setuju) 3 (Tidak Pasti) 4 (Setuju) 5 (Sangat Setuju)

Bil Soalan Skala

1 2 3 4 5

1 Produk inovasi ini menarik perhatian anda

2 Potato Shell Tart mempunyai rasa kentang

3 Potato Shell Tart mempunyai tekstur yang rapuh

4 Potato Shell Tart mempunyai tekstur yang


rangup

5 Potato Shell Tart mempunyai rasa yang enak

6 Warna Potato Shell Tart menarik

7 Potato Shell Tart tidak lemau

8 Ketebalan Potato Shell Tart sesuai atau tidak

9 Label Potato Shell Tart sangat menarik

10 Label pembungkusan mempunyai maklumat


yang terperinci berkaitan produk

11 Label produk bersesuaian dengan bekas


pembungkusan

12 Bekas pembungkusan yang di gunakan


bersesuaian

Ulasan / penambahbaikkan berkenaan Potato Shell Tart

“Kerjasama tuan tuan dan puan puan untuk menjawab soal selidik ini dengan ikhlas dan telus amat
dihargai.

Sekian, terima kasih

69
LAMPIRAN 3 : BROSUR PRODUK POTATO SHELL TART

70
LAMPIRAN 4 : LABEL PRODUK POTATO SHELL TART

71

You might also like