Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Rentap

Rentap ialah pahlawan Iban yang menentang pemerintahan Raja Putih


James Brooke di Sarawak. Nama asal Rentap ialah Libau yang bermaksud
'Penggoncang Dunia'. Beliau dilahirkan pada tahun 1800. Rentap
merupakan pemimpin Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas.

Antara sebab penentangan Rentap ialah keluarga Brooke


menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun. James Brooke
mendirikan kubu di Sungai Skrang untuk mengawasi pergerakan orang
Iban. Selain itu, Rentap juga menghalang kezaliman James Brooke di Kubu
Nanga Skrang. Ini kerana James Brooke menghapuskan penempatan orang
Iban di Sungai Skrang.

Pada tahun 1853, pasukan Rentap telah menyerang kubu James


Brooke di Nanga Skrang. Mereka telah berjaya dan seorang pegawai
British iaitu Allan Lee telah terbunuh. Kejayaan ini mengharumkan nama
Rentap dalam kalangan orang Iban.

Pada tahun 1854, James Brooke menawan kubu Rentap di Sungai


Lang dan membakar perkampungan Rentap. Pengikut Rentap berundur ke
Bukit Sadok dan membina kubu. Perjuangan Rentap mendapat sokongan
padu penduduk Iban dan digelar 'Raja Ulu'.

Pada tahun 1857, James Brooke menghantar Raja Muda Charles


Brooke untuk menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke
berjaya mempengaruhi 3000 orang Iban dan 500 orang Melayu supaya
menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok. Charles Brooke gagal
menewaskan Rentap kerana kubu pertahanan yang kukuh.

Pada tahun 1858, serangan kedua Charles Brooke sekali lagi cuba
menyerang Bukit Sadok tetapi gagal. Rentap mencabar kewibawaan
keluarga Brooke dengan berkata 'Bawalah semua meriam kamu dari
Eropah, kami tidak takut kepada kamu orang Eropah'.

Pada tahun 1861, James Brooke mengetuai sendiri pasukan


menyerang Rentap di Bukit Sadok. Pertempuran sengit antara kedua-dua
pihak berlanjutan selama sebulan. Brooke dapat menewaskan Rentap dan
kubu serta rumah pengikut telah dibakar. James menggunakan meriam
'Bujang Sadok' untuk menentang Rentap.

Rentap pula menggunakan sejenis meriam besi 'Bujang Timpang


Berang' untuk menentang pasukan Brooke. Rentap berundur ke Entabai
untuk mengatur strategi baru. Pada tahun 1870, beliau telah meninggal
dunia akibat sakit tua.

Rentap TIDAK PERNAH tunduk kepada desakan Brooke dan kerana


itulah beliau menjadi musuh kepada Brooke sehingga banyak serangan
yang dibuat ke atasnya. Sebagai anak Sarawak, kita harus mempunyai
semangat yang ada pada Rentap. Berjuang selagi terdaya.
Agi Idup Agi Ngelaban

You might also like