Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

VOLUNTEER SMARTPHONE PATROL

(VSP).
Bersama Membanteras Jenayah melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP)

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja
Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama
masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.
Jika dahulu masyarakat boleh melaporkan jenayah melalui talian hotline PDRM dan perkhidmatan
sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi melalui VSP, masyarakat kini boleh menyalurkan aduan/maklumat
yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.
VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM
telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan
Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai 'Initiative Owner'.

FAEDAH-FAEDAH MENGGUNAKAN VSP

 Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan
seperti mencegah dan membanteras jenayah.
 Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan
masyarakat kepada pihak polis.
 Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.
CARA-CARA MENGGUNAKAN VSP
KESIMPULAN
Masyarakat diseru untuk bersama-sama memanfaatkan aplikasi VSP ini sepenuhnya bagi membantu pihak polis memerangi
dan mencegah jenayah. Keamanan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama.
Masyarakat Dan Polis Mencegah Jenayah!

You might also like