Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: SEMESTER 1 / 2018

Program: PROGRAM IJAZAH SARJANA Nama Pelajar:


MUDA PERGURUAN (PISMP)

Kod: MTES3182 Semester / Tahun: SEM 1 TAHUN 1


Ambilan: Jun 2016
Nama Kursus: PENGAJARAN SUKATAN,
Kumpulan: Matematik MAJOR &
GEOMETRI DAN PERWAKILAN DATA
ELEKTIF
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. KUIZ 1 (30 min) – TOPIK 1 & 3 - 10% 17 Ogos 2018 -

2. PEMBENTANGAN (30 min) – Topik 2 -


09 Julai 2018 20 Julai 2018
10%

3. KUIZ 2 (30 min) – TOPIK 4, 5 & 6 - 10% 28 September -


2018
4. PROJEK – PENULISAN LAPORAN
23 Julai 2018 30 Ogos 2018
(1000pp: Topik 3, 4, 5, 6 atau 7) – 30%

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

1. Melakukan operasi asas ke atas pelbagai jenis nombor dengan mengaplikasikan


teorem dan rumus yang berkaitan. (C3, P2, PLO1, PLO3, CPTS3)
2. Mengaplikasikan nombor bukan nisbah dalam aktiviti kehidupan seharian. (C3, A5,
PLO1, PLO3, CTPS3)
3. Membanding beza pelbagai sistem angka purba berpandukan kepada ciri-ciri sistem
angka Hindu-Arab. (C4, A5, PLO1, PLO3, CTPS3)
4. Membentang perkaitan antara nombor pelbagai asas secara berkumpulan. (C4, A4,
PLO3, PLO4, PLO5, CTPS2, CS3, TS3)
5. Menyelesaikan masalah bukan rutin melibatkan pelbagai jenis nombor. (C5, A5,
PLO1, PLO3, CTPS4)
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Membanding beza kepelbagaian sistem angka.


2. Menerangkan perkaitan antara nombor pelbagai asas.
3. Menguasai tentang Nombor Perdana dan Nombor Gubahan.
4. Mengaplikasikan Nombor Fibonacci, Nombor Modular, Petak Ajaib dan Nisbah
Keemasan dalam aktiviti kehidupan seharian.
5. Menyelesaikan masalah bukan rutin yang melibatkan Nombor Fibonacci, Nombor
Modular, Petak Ajaib dan Nisbah Keemasan.

TUGASAN PROJEK (60%)

1. Kuiz 1: Topik 1 dan 3 (10%)


Tarikh : 17 Ogos 2018
Kuiz yang mengandungi 2 soalan struktur dalam masa 30 minit

2. Pembentangan (Berpasangan) : Topik 2 (10%)

Selain daripada sistem nombor asas sepuluh, sistem nombor asas yang lain juga
penting dan perlu diketahui. Bincangkan dengan memberikan contoh yang jelas,
perkaitan antara sistem nombor pelbagai asas ini.

Sediakan slaid persembahan bagi perbincangan di atas yang tidak melebihi 15 slaid.
Kemudian bentangkan hasil perbincangan anda tidak lebih dari 30 minit pada 09 –
20 Julai 2018.

3. Kuiz 2: Topik 4, 5 dan 6 (10%)


Tarikh : 28 September 2018
Kuiz yang mengandungi 3 soalan struktur dalam masa 30 minit.

4. Projek - Penulisan Laporan : Topik 3, 4, 5, 6 atau 7 (30%)

a. Pada zaman pertengahan, Leonardo Pisano Bigollo merupakan ahli


matematik yang berbakat besar dan beliau telah mengolah dan
mengeluarkan teori nisbah emas (golden ratio).

Huraikan kronologi asal usul teori nisbah emas ini. Jalankan kajian untuk
membuktikan keunikan nisbah keemasan dengan menggunakan satu contoh
yang berkait dengannya di alam dunia ini. Buat laporan tentang kajian anda.

b. Nombor Fibonacci ialah satu urutan nombor yang terbentuk daripada


hasiltambah dua angka sebelumnya. Modular pula adalah satu bentuk
aritmetik asas yang sama seperti jam, di mana sebaik sahaja sampai ke dua
belas nombor kembali ke sifar.

Anda dikehendaki meneroka satu masalah bukan rutin yang berkaitan salah
satu dari tajuk berikut – Nombor Fibonacci atau Nombor Modular. Seterusnya
bina satu contoh penyelesaian masalah dan aplikasi tajuk yang anda pilih
dalam kehidupan harian.

Penulisan laporan ini hendaklah tidak melebihi daripada 1000 patah


perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1, 3 dan 4 dilaksanakan secara Individu manakala Tugasan 2 dijalankan


secara berpasangan.

2. Buat rujukan yang mencukupi dan lampirkan senarai rujukan dalam laporan anda.

3. Format penulisan laporan adalah seperti berikut:


i. Muka depan hendaklah templat terkini
ii. Fon Arial, saiz 11
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan mesti disertakan dan dicatatkan mengikut format APA.

4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.

5. Anda WAJIB sertakan Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan.

6. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang
dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus
anda.

7. Wajaran markah bagi kerja tugasan ini ialah 60 peratus.

8. Kelewatan menghantar kerja laporan akan ditolak markah mengikut bilangan harian.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________________ ________________________________
(Nama : Dr. TAN TONG HOCK) (Nama: PN SITI KHADZIMAH BT. SALLIP)

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras


Kursus / Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

_______________________________________
(Nama : Dr. WAN NOOR ADZMIN MOHD SABRI)

Ketua Jabatan
Jabatan Matematik
IPG Kampus Pendidikan Teknik

You might also like