Penulisan Akademik Hubungan Etnik

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

1.

0 Pengenalan

Hubungan etnik merupakan frasa yang sangat sesuai dengan keadaan negara kita,
Malaysia. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan bermaksud kaitan atau pertalian
manakala etnik pula didefinisikan sebagai hubungan antara kelompok manusia yang
mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan
kegiatan ekonomi. Jadi, hubungan etnik bermaksud pertalian antara masyarakat yang
mengamalkan budaya yang sama.

2.0 Hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaian budaya

2.1 Aspek ekonomi

Hubungan etnik sangat mempengaruhi sektor politik, ekonomi dan juga agama negara
kita. Sebelum merdeka, British telah mengamalkan dasar pecah dan perintah dimana
memisahkan orang Melayu, India dan Cina mengikut kegiatan ekonomi. Orang Melayu kekal
dengan pekerjaan tradisional iaitu pertanian dan perikanan, orang India pula ditempatkan di
ladang-ladang getah manakala orang Cina ditempatkan berhampiran dengan bandar bagi
mengusahakan perindustrian bijih timah. Sehubungan dengan dasar pecah dan perintah ini
wujud tidak keseimbangan ekonomi iaitu jurang ekonomi antara kaum. Hal ini menyebabkan
rusuhan kaum 13 Mei 1969 berlaku. Ekoran dengan peristiwa tersebut Dasar Ekonomi Baru
(DEB) diperkenalkan. Matlamat utama DEB adalah untuk membasmi kemiskinan dan
menyusun semula struktur masyarakat dan ini mejurus kepada perpaduan kaum. Pada tahun
1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dilancarkan bagi menggantikan DEB.

2.2 Aspek politik

Hubungan etnik mempengaruhi juga aspek politik negara kita. Sebelum kemerdekaan
iaitu ketika penjajahan British, orang British mengambil alih kuasa orang Melayu dalam politik.
Orang Inggeris mempunyai kuasa mutlak dalam mengambil sebarang keputusan mengenai
politik di Tanah Melayu. Kehilangan kuasa ini menjurus kepada penubuhan parti-parti politik
oleh penduduk tanah melayu. Orang Melayu telah menubuhkan United Malays Nasional
Organisation (UMNO), orang Cina pula menubuhkan Malaysian Chinese Association (MCA)
manakala orang India pula bekerjasama menubuhkan Malaysian Indian Congress (MIC).
UMNO, MCA dan juga MIC berganding bahu sebagai Parti Perikatan bagi mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1957, Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada British
setelah menandatangani perjanjian. Kini, sudah 61 tahun kita meraikan kemerdekaan dan
parti-parti politik tersebut masih mengetuai kita atas nama Barisan Nasional (BN).
2.3 Agama

Hubungan etnik sangat berkait rapat dengan kepelbagaian agama. Agama bermaksud
satu sistem keyakinan yang dianuti dan amalan yang diwujudkan oleh kelompok atau
masyarakat. Kepelbagaian agama adalah amalan dan kepercayaan pelbagai yang diikuti di
Malaysia. Seperti yang telah diketahui, agama-agama utama di Malaysia adalah Islam,
Hindhu, Buddha dan Kristian. Dalam perlembagaan ianya telah ditetapkan bahawa agama
Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Penganut agama lain pun tidak membantah dan
menerima perlembagaan ini dengan hati yang terbuka. Sebelum kemerdekaan, masyarakat
yang tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi kini tinggal bersama-sama tanpa
sebarang pertelingkahan. Masyarakat Malaysia bertolak ansur antara satu sama lain dan
hidup harmoni. Sebagai contoh, pada musim perayaan, masyarakat Malaysia tidak
mempedulikan masalah-masalah yang berlaku terutamanya kesesakan lalu lintas. Kini,
masyarakat hidup dengan aman dan damai tanpa sebarang pertelingkahan faham.

3.0 Huraian berhubung masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak dan Sabah,
Kesultanan Melayu Melaka, Penjajahan British dan selepas Pembentukan Malaysia

Masyarakat pluralistik merupakan kewujudan pelbagai agama dan bangsa di sesuatu


tempat yang tertentu. Masyarakat pluralistik ini wujud atas paksaan oleh pihak-pihak tertentu.
Pihak-pihak tertentu di sini tertumpu kepada orang British yang menjajah Tanah Melayu.
Orang British bertindak sedemikian bagi menjaga kepentingan ekonomi dan politik Inggeris.
Masyarakat pluralistik hidup berasingan daripada kelompok lain walaupun berada di tempat
yang sama.

3.1 Alam Melayu

Sebelum wujudnya masyarakat pluralistik, wujud pula masyarakat pluraliti di Alam


Melayu. Sebelum kedatangan British, Alam Melayu dilihat sebagai satu tempat pertemuan
pelbagai budaya dan tamadun dari seluruh dunia. Suasana ini muncul kerana pedagang-
pedagang dari seluruh dunia menetap sementara di pelabuhan Melaka, Srivijaya, Majapahit,
Acheh dan pelabuhan Lembah Bujang. Golongan pedagang datang dan berdagang secara
sukarela tanpa paksaan demi mencari kekayaan bersama keluarga. Pedagang-pedagang
berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu.
Masyarakat tempatan juga menerima dan mengamalkan budaya pedagang-pedagang
tersebut.
3.2 Sabah dan Sarawak

Terdapat pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak. Masyarakat asal Sabah dan Sarawak
digelar sebagai Bumiputera. Etnik terbesar di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan juga
Murut. Masyarakat Sabah menetap di kawasan pendalaman iaitu sekitar sungai. Mereka
menanam padi, menternak binatang dan memungut hasil hutan bagi menampung keperluan
kehidupan mereka. Masyarakat Bumiputera Sarawak terdiri daripada Iban, Melanau dan
sebagainya. Masyarakat Bumiputera Sarawak menetap di tepi sungai sama seperti
masyarakat Sabah. Di Sarawak, masyarakat Bumiputera bekerja sebagai nelayan, petani dan
juga peniaga bagi memenuhi keperluan harian mereka.

3.3 Kesultanan Melayu Melaka

Masyarakat pluraliti wujud juga di Kesultanan Melayu Melaka. Perlembagaan Melaka


dilaksana berdasarkan agama Islam iaitu Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
Pemerintahan di Melaka bersifat diplomatik dan juga terbuka. Dari aspek ekonomi pula,
perdagangan merupakan kegiatan utama di Melaka. Kegiatan perdagangan Melaka dikatakan
rancak hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap.
Keadaan Selat Melaka yang selamat juga merupakan faktor kejayaan perdagangan. Proses
penghijrahan di Melaka berlaku secara sukarela dimana ia tidak memerlukan dokumen-
dokumen penting. Melaka maju sebagai pelabuhan utama dunia kerana hasil rempah ratus
dan tahap keselamatan yang tinggi menjadi daya tarikan pedagang-pedagang.

3.4 Semasa Penjajahan British

Keadaan pluraliti ini berubah kepada pluralistik setelah British berjaya menduduki dan
menjajah Tanah Melayu. Fokus utama orang British adalah kegiatan ekonomi yang memberi
keuntungan kepada mereka. British membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu
melalui sistem Kangani dan Kangcu serta menempatkan orang Melayu, Cina dan India secara
berasingan melalui dasar pecah dan perintah. (Masariah, Johara & Ridzuan, 2002). Di Sabah
dan Sarawak juga orang Cina, India dan Indonesia dibawa masuk oleh syarikat-syarikat
tembakau dan Kompeni Berpiagam Borneo Utara. Ianya boleh disimpulkan bahawa British
membawa masuk orang dari negara lain secara paksaan demi menikmati keuntungan.

3.5 Selepas Pembentukan Malaysia

Selepas kemerdekaan, wujud juga masyarakat pluralistik menerusi aspek politik,


perlembagaan, ekonomi dan pendidikan. Dari segi politik, Malaysia melaksanakan sistem
demokrasi dengan berkesan dimana kerjasama antara parti-parti politik juga meningkat.
Selain itu, perlembagaan merupakan panduan yang asas kepada asas pelaksanaan sistem
politik di negara ini. Sistem pendidikan pula diseragamkan untuk menyatukan kanak-kanak di
bawah satu sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa penghantar. Dari segi ekonomi, kerajaan mempengaruhi ekonomi dengan
memperkenalkan beberapa langkah pembangunan seperti Rancangan Malaysia, DEB,
Wawasan 2020 dan sebagainya.
4.0 Membincangkan konsep perlembangan sebagai asas pembinaan jati diri dan
Negara bangsa
Perlembagaan merupakan satu dokumen undang-undang yang menentukan organisasi
kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah. Perlembagaan menjamin
hak semua bangsa negara kita (Ahmad, 2018). Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu
perlembagaan bertulis yang diamalkan di negara-negara seperti Malaysia dan Amerika
Syarikat serta perlembagaan tidak bertulis dimana ia diamalkan di negara seperti Britain.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan
menjadi asas kepada pembinaan jati diri dan negara bangsa. Jati diri di sini didefinsikan
sebagai maruah atau identiti negara manakala negara bangsa pula negara dimana
masyarakat hidup bersatu padu tanpa sebarang konflik.

Salah satu perkara yang penting dalam Perlembagaan Malaysia adalah Bahasa
Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Malaysia merupakan medium komunikasi
antara masyarakat Malaysia. Seperti yang telah diketahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan bahasa. Orang Cina dan India menerima perlembagaan yang telah ditetapkan
dengan hati yang terbuka walaupun bahasa Malaysia merupakan bukan bahasa ibunda
mereka. Sikap ini mendorong kepada perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia dan
dengan ini, Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat luar negara. Secara tidak langsung,
jati diri negara kita dipertingkatkan.

Seterusnya, ternyata juga dalam perlembagaan Malaysia bahawa agama Islam


sebagai agama rasmi Malaysia. Walaupun agama Islam diistyiharkan sebagai agama rasmi,
namun agama-agama lain tetap boleh diamalkan di Malaysia. Masyarakat Islam juga
mempunyai keutamaan yang tertentu disebabkan agama Islam. Masyarakat Malaysia yang
menganuti pelbagai agama tidak mempertikaikan kedudukan istimewa Islam malah mereka
menghormati perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Masyarakat Islam
juga tidak lupa untuk menerima dan menghormati agama lain. Keadaan ini membentuk
perpaduan antara kaum serta meningkatkan jati diri negara dan ini mendorong kepada
pembinaan negara bangsa.
5.0 Menilai Usaha ke arah Integrasi Nasional serta Cabaran yang dihadapi dalam Usaha
Mengekalkan Hubungan Etnik yang Baik
Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.
Perbezaan agama, budaya dan bahasa menjadikan integrasi nasional sebagai satu isu yang
sangat besar di negara kita. Integrasi nasional adalah proses penyatuan masyarakat yang
berasal daripada latar belakang, budaya dan cara hidup yang berbeza untuk membentuk satu
entiti yang berlandaskan norma masyarakat tertentu demi kepentingan bersama. Kerajaan
telah mengambil beberapa inisiatif bagi mencapai integrasi nasional.

5.1 Usaha ke arah Integrasi Nasional

Usaha yang utama adalah prinsip Rukun Negara. Rukun Negara adalah ikrar
pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa
Malaysia. Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong
keempat (Razul, 2017). Objektif Rukun Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang erat
di kalangan masyarakat. Rukun Negara dipraktikkan dalam kehidupan seharian dimana ia
diajar kepada murid-murid sejak kecil lagi. Usaha ini berjaya meningkatkan integrasi nasional
dimana masyarakat mengikuti prinsip-prinsip Rukun Negara sehingga hari ini.

Selain itu, usaha yang sangat besar adalah Wawasan 2020. Wawasan 2020 adalah
satu pandangan jauh yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri kita, Datuk Sri Dr. Mahathir
bin Mohamad. Objektif Wawasan 2020 adalah membentuk sebuah negara yang benar-benar
maju menjelang tahun 2020 dalam semua aspek seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan. Wawasan 2020 mengandungi sembilan cabaran yang perlu
ditangani oleh semua pihak. Bagi memantapkan lagi perpaduan, Wawasan 2020 dilanjutkan
dengan Transformasi Nasional 2050 (TN 50).

Usaha yang seterusnya adalah penubuhan Sekolah Wawasan. Sekolah Wawasan


adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang
sama tanpa mengira kaum atau agama. Menurut Sua (2016), Sekolah Wawasan
membolehkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan berkongsi kemudahan
bagi mewujudkan hubungan erat antara pelajar pelbagai kaum. Usaha ini kurang berjaya dan
masih memerlukan masa untuk mencapai integrasi nasional melaui sistem persekolahan ini.
5.2 Cabaran yang dihadapi dalam Usaha Mengekalkan Hubungan Etnik yang Baik

Walaupun pelbagai usaha dirancang dan dilaksanakan malah terdapat juga pelbagai
cabaran dari pelbagai aspek yang menghalang usaha-usaha ini. Cabaran yang pertama
adalah dari segi politik. Seperti mana yang diketahui parti-parti politik telah memainkan
peranan yang sangat penting dalam proses mencapai kemerdekaan. Kini, ahli-ahli politik lupa
akan matlamat parti-parti politik. Mereka sangat memberi kepentingan kepada masyarakat
kaum tersendiri. Ini menjurus kepada kebajikan masyarakat kaum lain kurang dijaga. Sikap
ahli-ahli politik ini menimbulkan perasaan kurang senang hati dan pertelingkahan faham
antara masyarakat. Situasi ini menghalang kita mancapai integrasi nasional.

Selain itu, halangan juga berlaku dari segi ekonomi negara. Sebelum kemerdekaan
British mengamalkan dasar pecah dan perintah dimana memisahkan orang Melayu, India dan
Cina mengikut kegiatan ekonomi bagi mengelakkan perpaduan antara kaum. Walaupun
sudah 61 tahun kita meraikan kemerdekaan namum terdapat pemisahan kegiatan ekonomi
antara masyarakat sehingga hari ini. Sebagai contoh, orang Cina sangat berleluasa dalam
sektor perniagaan. Keadaan ini mendorong kepada jurang pendapatan yang tidak seimbang
antara masyarakat majmuk. Ekoran daripada ini, rasa tidak puas hati wujud antara
masyarakat dan ini akan menghancurkan usaha negara kea rah integrasi nasional.

6.0 Kesimpulan

Secara rumus, Malaysia terdiri daripada masyarakat bebilang kaum, agama, bahasa
dan juga tradisi. Perkara yang sangat menakjubkan masyarakat luar negara adalah
perpaduan antara masyarakat majmuk di negara kita. Faktor utama pelancong-pelancong
datang ke Malaysia adalah perpaduan kaum. Mereka menghormati dan memandang tinggi
negara kita. Dengan ini, maruah Malaysia terpelihara atas pentas dunia. Oleh itu, masyarakat
Malaysia perlu berganding bahu dan sentiasa bersatu padu agar nama baik Malaysia sentiasa
terjaga.
Rujukan

Ahmad Ibrahim. (2018). Perlembagaan jamin hak semua bangsa. Diperolehi daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/02/391327/perlembagaan-jamin-hak-
semua-bangsa

Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, & Ridzuan Hasan. (2002). Sejarah:
tingkatan 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Razul Ikmal Ramli. (2017). Memperkukuh lafaz Rukun Negara. Diperolehi daripada
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/memperkukuh-lafaz-rukun-negara-
1.520829

SUA, T. Y. (2016). Isu Bahasa, Etnik Dan Pembinaan Negara Bangsa Dalam Sistem
Pendidikan Malaysia. S.l., Pulau Pinang: Penerbit USM.
LAMPIRAN
Perlembagaan jamin hak semua bangsa
Oleh Ibrahim Ahmad
bhrencana@bh.com.my

Umumnya, konsep negara bangsa mempunyai definisi yang luas kerana ia merujuk kepada
kedaulatan negara dengan rakyat hidup harmoni walaupun berbeza bangsa, agama, bahasa
dan budaya.

Kamus Dewan mendefinisikan negara bangsa sebagai negara berdaulat didiami oleh satu
bangsa. Hal ini bermakna ciri negara bangsa itu merangkumi aspek 'semangat kenegaraan'
dan 'rasa kekitaan' dalam kalangan penduduk negara berkenaan.

Kerangka yang sering dirujuk bagi mendefinisikan negara bangsa ialah Perjanjian Versailles
ketika tamat Perang Dunia Pertama di antara pihak bersekutu dengan Jerman pada 28 Jun
1919. Mengikut takrifan itu, negara perlu diasaskan atas 'bangsa' yang disusun dalam satu
organisasi, iaitu negara.

Kewujudan Empayar Funan, Champa, Sriwijaya dan Majapahit membuktikan bangsa Melayu
sudah mempunyai organisasi politik berteraskan negara bangsa sejak awal.

Dalam konteks Malaysia, sejarahnya bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada
awal abad ke-15. Identiti negara bangsa begitu jelas apabila Sultan Melayu memerintah
empayar berkenaan.

Sekalipun Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 1511, ia tidak melenyapkan negara
bangsa Melayu yang terbina. Negara bangsa Melayu berterusan melalui Kerajaan Melayu lain
seperti Johor-Riau, Pahang dan Perak.
Sekitar 1879 wujud suara di Parlimen Honolulu, Hawaii untuk membentuk Dunia Melayu-
Polinesia, diikuti cadangan warga Filipina, Apolinaro Mabini di Manila mengenai penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu pada 1898.

Seterusnya, gagasan 'Indonesia Raya' atau 'Melayu Raya' oleh Muhamad Yamin pada 1932,
manakala di Tanah Melayu, Ibrahim Yaacob mengemukakan idea sama, tetapi terhad di
Tanah Melayu dan Indonesia.

Bangsa Malaya

Sekadar mengambil contoh dari aspek politik, usaha membentuk bangsa Malaysia pada
asalnya melalui gabungan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat dan All Malayan Council
for Joint Action) pada 1946.

Berteraskan perjuangan 'Melayu Raya', Perlembagaan Rakyat yang dibentuk menampilkan


konsep 'bangsa Malaya' merangkumi semua kaum yang mengaku Tanah Melayu sebagai
tanah airnya, dan akan taat setia kepadanya.

Namun, usaha ini tidak kesampaian lantaran longgarnya kesepakatan.

Kemuncak negara bangsa ialah ketika bangkit bangsa Melayu di Tanah Melayu menentang
Malayan Union pada 1946 dan dua tahun kemudian terbentuk Persekutuan Tanah Melayu.

Berbekalkan identiti bangsa, orang Melayu melalui Parti Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) mengorak langkah ke arah berkerajaan sendiri, bukan lagi bernaung di bawah
penjajah British.

Semangat untuk membina negara berteraskan bangsa Melayu akhirnya makbul pada 31
Ogos 1957, seterusnya pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Kewujudan Parti Perikatan dan kemudian Barisan Nasional (BN) mencerminkan penerimaan
konsep negara bangsa Malaysia yang bersifat terbuka. Orang Melayu dan kaum Cina serta
India sepakat berjuang sebumbung di bawah satu gagasan politik.

Hal sama juga berlaku ketika pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) apabila orang
Melayu memegang ekuiti 30 peratus saja walaupun nisbah bangsa ini jauh lebih banyak pada
masa itu.

Sifat terbuka ini juga ketara semasa pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang turut
menerima unsur kebudayaan lain yang sesuai sebagai satu prinsipnya.
Kejayaan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia ialah kemuncak
pembentukan sebuah negara bangsa. Tanah Melayu dan Malaysia adalah nama yang
bersandar kepada satu bangsa, iaitu Melayu.

Nama ini dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 1(1), iaitu
'Persekutuan dinamakan Malaysia dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris'.

Identiti Melayu

Identiti Melayu pula diikat dengan agama melalui Perkara 3(1) yang menyebut Islam sebagai
agama Persekutuan.

Hal ini dikukuhkan lagi melalui Perkara 160(2), iaitu "Orang Melayu ertinya seseorang yang
menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu."

Tidak terkecuali, hal ini turut merangkumi Perkara 161A (6) berkaitan 'anak negeri' Sarawak
dan Sabah kerana mereka juga sebahagian daripada rumpun Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula berkaitan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, manakala Perkara 89 menyentuh hal Tanah Simpanan Melayu.

Selain itu, jika diteliti satu demi satu identiti ini juga dimaktubkan melalui Perkara 32(1), iaitu
Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara, Perkara 37 berkaitan sumpah jawatan
bagi Yang di-Pertuan Agong dan Perkara 38 berkaitan Majlis Raja-Raja.

Yang pasti, Raja ini berbangsa Melayu dan bersesuaian dengan fitrah alam Melayu.

Begitu jelas identiti berteraskan bangsa Melayu disuratkan dalam Perlembagaan Persekutuan
dan menjadi undang-undang tertinggi negara.

Kepentingan kaum lain

Adakah negara bangsa ini meminggirkan kaum lain yang menjadi sebahagian rakyat
Malaysia? Jawapan persoalan ini perlu berbalik kepada konsep alam budaya bangsa
disebabkan masing-masing bangsa mempunyai alam budaya tersendiri.

Jika bangsa Melayu, alam budayanya di wilayah alam Melayu, sudah tentu bangsa India,
Cina, Arab dan lain-lain mempunyai alam budaya masing-masing yang lazimnya, merujuk
kepada tempat asal nenek moyang mereka.
Walaupun alam budaya Melayu dipecahkan oleh penjajah Barat hingga wujudnya perbezaan
nama seperti Malaysia, Indonesia Filipina dan Brunei, bangsa terasnya tetap bangsa Melayu.

Sekalipun Perlembagaan Persekutuan tidak mencatat bangsa itu dengan 'kata nama khas',
bukan bererti mereka diabaikan.

Perkara 153 jelas tertera klausa 'kepentingan sah kaum lain' yang merujuk kepada kaum Cina
dan India atau bangsa lain yang diterima sebagai warga negara Malaysia.

Inilah yang menjadi kunci kepada mereka untuk menikmati segala keistimewaan seperti hak
berpolitik, mengurus ekonomi, pendidikan dan kemudahan sosial lain dengan pribumi
Malaysia.
MEMPERKUKUH LAFAZ RUKUN NEGARA
Oleh Razul Ikmal Ramli

PERISTIWA 13 Mei 1969 sungguh pun pahit untuk diingati, namun pastinya begitu signifikan
kepada semua. Detik tersebut menguji daya tahan penyatuan rakyat yang pelbagai resam
dan budaya dalam sebuah Persekutuan dinamakan Malaysia.

Biar apa sekalipun sumber yang dirujuk, tidak dapat dinafikan bahawa formula perpaduan
yang diperkenalkan oleh pemimpin terdahulu telah diganggu-gugat oleh tindakan melampau
yang didorong matlamat politik sempit - yang hampir menjerumuskan tanah air dicintai ini ke
arah kebinasaan.

Akhirnya dengan kebijaksanaan serta kematangan, dijelmakan Rukun Negara yang


diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai ideologi yang menjadi panduan hidup bernegara
sehingga kini.

Berteraskan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara tersebut masih lagi utuh berdiri
sebagai pegangan yang mendasari perancangan negara dan lain-lain konsep yang
diperkenalkan oleh kerajaan termasuklah yang terkini 1Malaysia Negaraku.

Dokumen Rukun Negara yang diisytiharkan ini mempunyai dua komponen iaitu Kepercayaan
dan Prinsip Rukun Negara. Kepercayaan yang diisytiharkan merujuk kepada cita-cita
Malaysia untuk mencapai lima matlamat berikut:

1. Perpaduan yang erat dalam kalangan seluruh rakyatnya;

2. Memelihara satu cara hidup yang demokratik;

3. Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati
secara adil dan saksama;

4. Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan
pelbagai corak.

5. Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Ke arah mencapai cita-cita tersebut, maka lima prinsip Rukun Negara dijelmakan sebagai
pegangan melalui ikrar berikut:

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

l Kepercayaan kepada Tuhan;

l Kesetiaan kepada Raja dan Negara;


l Keluhuran Perlembagaan;

l Kedaulatan Undang-Undang;

l Kesopanan dan Kesusilaan.

Ketika di sekolah, saya diajar untuk menghafal prinsip Rukun Negara tanpa penekanan
kepada nilai kepercayaan yang sebenarnya juga amat penting untuk difahami dan dihayati
khususnya dalam meniupkan sense of purpose kepada Rukun Negara.

Maka lafaz Rukun Negara yang biasa diperdengarkan bermula dengan “MAKA KAMI Rakyat
Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-
cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut.”

Persoalannya, tidak pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri perkataan ‘cita-cita tersebut’
merujuk kepada apa sebenarnya?

Bukankah agak canggung lafaz yang sedemikian tanpa menyebut lima nilai kepercayaannya
sepertimana diisytiharkan di dalam dokumen asal Rukun Negara?

Penjelasan mengenai perkara ini seharusnya menyedarkan kita bahawa melafaz dan
memahami Rukun Negara perlulah secara menyeluruh dan bukan hanya sekadar menghafal
lima prinsip Rukun Negara.

Pengalaman ketika meneliti tulisan Tan Sri Omar Abdul Rahman dalam buku The Essential
Science, Technology and Innovation Policy (2013) membuatkan saya tercari-cari apakah yang
dimaksudkan penulis dengan komitmen Malaysia untuk melaksanakan agenda sains
teknologi dan inovasi telah sedia ada sejak 1970, yang dizahirkan secara nyata di dalam
Rukun Negara.

Rupa-rupanya yang dimaksudkan beliau adalah nilai kepercayaan yang kelima iaitu membina
satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Begitulah
besarnya aspirasi Rukun Negara jika kita amati - tidak hanya tertumpu kepada aspek
penyatuan masyarakat tetapi memandu ke arah pembentukan sebuah negara maju dan
sejahtera.

Sesungguhnya, pengalaman ini telah menjadi satu pukulan yang menimbulkan kesedaran
mengenai jurang pemahaman Rukun Negara di peringkat individu, yang saya percaya
berpunca daripada ketidaksempurnaan lafaz yang diamalkan sejak di bangku sekolah.

Kebimbangan mengenai perkara ini sebenarnya telah dibangkitkan dalam salah satu laporan
yang ditulis pada 1971 yang ditemui di Arkib Negara. Laporan tersebut antara lain menyebut
penceramah yang menyampaikan syarahan mengenai Rukun Negara kepada pegawai-
pegawai kerajaan lebih menumpukan kepada penjelasan lima prinsip Rukun Negara dan tidak
menjelaskan nilai-nilai kepercayaan Rukun Negara dengan berkesan.

Justeru, bagi memastikan pemahaman Rukun Negara yang mantap dapat diwujudkan,
laporan tersebut mencadangkan agar pelaksanaan latihan mengenai Rukun Negara ini perlu
mencakupi kedua-dua elemen prinsip dan nilai kepercayaan Rukun Negara.

Perkongsian ini bukan bertujuan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak tetapi
diilhamkan ikhlas daripada naluri seorang warganegara yang ingin menyumbang ke arah
pemantapan ketertiban melafaz dan memahami Rukun Negara kita.
Sewajarnya tindakan segera perlu diambil oleh kerajaan untuk menyemak semula amalan
lafaz Rukun Negara di peringkat organisasi, sekolah dan majlis-majlis rasmi. Ini bagi
membolehkan garis panduan yang betul disediakan ke atas perkara ini.

Cadangan ini mungkin kecil pada pandangan sesetengah pihak, tetapi biarlah kita mulakan
dengan yang kecil tetapi betul.

Marilah kita bekerjasama ke arah membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul
dalam melafaz dan seterusnya memahami Rukun Negara. Salam 1Malaysia Negaraku.

You might also like