Download as xlsx, pdf, or txt
Download as xlsx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Berkunjung ke dusun datuk

Pada hari Sabtu yang lalu, ibu telah membawa saya ke dusun datuk. Kami

pergi ke sana dengan menaiki kereta.

Setibanya di sana, datuk membawa kami ke dusun buah-buahannya. Banyak

pokok buah-buahan ditanam oleh datuk, seperti pokok rambutan, pokok duku,

pokok manggus dan pokok durian.

Pokok durian sedang berbuah lebat. Banyak buah durian yang telah gugur.

Saya membantu datuk mengutip buah durian. Saya juga memanjat pokok

rambutan untuk memetik buahnya.

Kami makan buah-buahan sepuas-puasnya. Selepas makan, kami pun terus

mandi-manda di sebatang sungai yang terletak berhampiran dusun datuk.

Sebelum pulang, datuk saya telah memberi buah rambutan dan beberapa

biji buah durian untuk dibawa pulang.

You might also like