Tokoh Keris

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Tokoh Seni Ukiran

TOKOH: ROSMAN TALIF

Biodata

Kerjaya : Pakar Ukiran Kayu dan Keris

Nama : Rosman Talif

Umur : 44 tahun

Alamat : No. 4, Kampung Pauh Dara, Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Asal : Kampung Morten, Bandar Melaka

Isteri : Nik Som Latif

Umur : 29 tahun

Anak : Mohd Iman dan Nik Nurulsifa

Syarikat : Seni Ukir Teras

Info : Mula mengukir ketika berusia 18 tahun

Telefon : 019-9119516 (hp)

Email : seniukirteras@yahoo.com.my

Blog : www.seniukirteras.blogspot.com
Latar Belakang

Rosman dikenali kerana hasil tangannya yang menarik termasuk sepasang keris disimpan
Ratu England. Ketika berusia 18 tahun beliau sudah mula menapak dalam industri seni ukir.
Langkahnya bermula dengan menimba ilmu asas ukiran di pusat kraftangan Temerloh,
Pahang selama setahun setengah dan daripada situ bermula hidupnya sebagai tukang ukir
apabila diterima bekerja di Kelantan Woods Craf pada awal 1980-an.

Pengalaman bekerja selama 10 tahun di syarikat berkenaan di bawah dua pengurusan berbeza
iaitu adik beradik Abdul Rahman Long dan Latif Long banyak mengajarnya erti kedewasaan
dalam dunia seni ukir. Hasil buatan tangannya sudah tersebar ke merata ceruk dan paling
membanggakan, sepasang keris bersarung lengkap yang diukir halus pernah dianugerahkan
kepada Ratu England oleh kerajaan Malaysia ketika menghadiri sidang Komanwel di Kuala
Lumpur.

Itu hasil kerjanya ketika masih berkhidmat dengan Kelantan Woods Craff dan kini anak
kelahiran Melaka ini nekad untuk mencipta ‘jenama’ sendiri. Antara ilham Rosman, ulu keris
berbentuk kepala singa dan burung. Cukup yakin dengan kemampuan diri berbekalkan
pengalaman serta kemahiran yang dimiliki, beliau menubuhkan syarikat Seni Ukir Teras yang
diusahakan di bengkel bersebelahan rumahnya di Kampung Pauh Dara, Cherang Ruku, Pasir
Puteh,Kelantan.

Kini, beliau mengusahakan seni ukir membuat sarung keris, ulu keris, parang, ukiran dinding
termasuk menyediakan keris diraja dan ukiran dinding untuk istana. Keistimewaannya cukup
jelas, beliau masih percaya dan berpegang kepada hasil kerja secara tradisional, menggunakan
kaedah lama buatan tangan kerana baginya, buatan itu dianggap eksklusif dan khas untuk
pelanggan yang menempahnya. Menyingkap sejarah ringkas hidupnya, bapa kepada dua anak
ini sebenarnya pernah bertugas sebagai pengukir ais untuk majlis khas di hotel di ibu negara.
Berdasarkan kemahiran mengukir kayu, beliau dianggap layak menjalankan tugas berkenaan.

Kini, pengalaman mengukir kayu dan ais itu digabungkan dalam menghasilkan ukiran halus
berkualiti kerana secara asasnya walaupun kedua-duanya adalah ukiran, tetapi ia di pentas
berbeza iaitu kayu dan ais.
Mengulas bagaimana menghasilkan seni ukir yang baik, Rosman menjelaskan ia perlu
menjiwai peranan setiap ukiran dengan memberi contoh sepasang keris siap bersarung ukir
umpama seseorang yang lengkap berpakaian. Menurut beliau, ukiran halus paling susah dan
mahal ialah menggunakan gading gajah. Biasanya ia khas untuk membuat ulu dan sarung
keris diraja dan boleh disiapkan dalam tempoh sebulan, cukup rumit dan keras. Bukan boleh
guna sembarangan pahat kerana memang kerap mata pahat patah.

Baginya, bagaimana seseorang perlu kelihatan cantik melalui cara berpakaian, hiasan diri dan
kekemasan, begitu jugalah sepasang keris bersarung perlu digubah dan dihias cantik kerana ia
mencerminkan identiti pembuat dan pemiliknya. Berdasarkan pengalaman dan kemahiran
dimiliki, Rosman turut menerima tanggungjawab daripada beberapa agensi yang memintanya
berkongsi pengalaman termasuk mengadakan kursus untuk warden penjara dan kursus
intensif kayu anjuran perbadanan perkayuan Malaysia di Cheras. - Berita Harian Online

Tempahan Senjata-Senjata Melayu yang diterima


Info Seni Ukiran Rosman Talif

Tema ukiran Keris

- Mata anak alang dan ulu tajung khas untuk keris tanjung
- Sapir Cenuk (berasal dari Pattani, Thailand)
- Sapir buah jering
- Sapir Semenanjung
- Sapir Bugis

Jenis kayu yang digunakan :

- Kemuning merupakan kayu yang paling cantik, padat dan sedaging. Ia tidak mudah pecah
dan sangat sesuai untuk digunakan dalam seni ukiran halus.
- Gading gajah merupakan jenis bahan yang paling mahal dan biasa digunakan untuk
membuat keris Diraja.
- Kayu jenis Halban, Sena dan Cengal turut digunakan.

Tema Ulu Keris yang menjadi pilihan :

- Jawa demang
- Anak ayam
- Burung kakak tua
- Tajung
- Tapak kuda
- Anak ayam teleng

Proses membuat kraf sarung senjata :

- Tempoh masa untuk menyiapkan sebilah keris bersarung adalah lebih kurang sebulan.
- Harga paling murah untuk asas sarung keris ialah RM 150.
- Tema pilihan pelanggan ialah harimau dan burung.
- Bekalan kayu biasanya diperoleh daripada Gua Musang, Kelantan dan Terengganu.
Kerjaya

Rosman Talib juga turut bergiat aktif memperturunkan kemahiran yang ada dengan mengajar
warden penjara dan menjadi tenaga pengajar kursus intensif kayu anjuran Perbadanan
Perkayuan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur. Antara contoh motif ukiran kayu yang diajar
adalah Ketam, Daun dan Bunga. Kemahiran beliau mengukir dikenali ramai apabila hasil
pertukangannya mendapat liputan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian (Edisi Kelantan).
Hasil Kerja Tangan Rosman Talif

Rosman sedang mengukir hulu keris

Ukiran Hulu Keris

Hulu Burung Kak Tua


Hulu Harimau

Ukiran Hulu Badik yang belum diukir

Ukiran Hulu Badik yang sudah diukir

Cokmar UiTM
Keris Cokmar UiTM yang dihasilkan Rosman

Hasil Kerja Tangan Lain

Singgahsana Diraja

Singgahsana Istana Anak Bukit Kedah Singgahsana Istana Bukit Candan Perak

Cenderamata
Cenderamata untuk Ratu Elizabeth England

Tongkat

Tongkat Datuk Seri Utama Rais Yatim

Kepelbagaian ukiran Rosman


Bekas Barang Kemas

Tambahan kerja Ukiran untuk rumah tradisional

Tempat Letak Surat Tiang larik untuk rumah tradisional.

Rujukan
1) http://seniukirteras.blogspot.com/2009/07/rosman-talif-sebagai-pengajar-seni.html
2) http://seniukirteras.blogspot.com/2009/07/hasil-kerja-tangan-rosman-talif-
ukiran_03.html
3) http://www.seniukirteras.blogspot.com/
4) http://www.youtube.com/watch

You might also like