Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

BARANGAN AWAM

1. Maksud Barang Awam

Barangan awam adalah barang dimana faedah drpd penggunaan barang tersebut tidak

boleh dikecualikan bagi mereka yang tidak membayarnya dan dikongsi secara

bersama dalam satu kumpulan pengguna yang besar. Barang ini biasanya ditentukan

dalam pasaran politik dan bukan melalui pasaran biasa (mekanisme harga). Kerajaan

akan menyediakan barangan ini & kos pengeluaran ditanggung daripada hasil kutipan

cukai.

2. Ciri-ciri Barang Awam

a. Tiada persaingan dalam penggunaan

Individu bolehmenggunakan barang yang sama tanpa menurunkan bilangan dan

nilainya kepadaindividu yang lain. Ia merupakan barangan yang dapat dinikmati

serentak oleh bilangan pengguna yang tidak terhad

b. Tiada pengasingan dalam penggunaan

Apabila ia wujud,semua orang berhak untuk menggunakannya. Individu tidak

boleh dicegah darimenggunakan barang tersebut

3. Contoh Barang Awam

a. pertahanan negara

b. perlindungan polis

c. penambahbaikan jalanraya
d. lebuhraya

e. jambatan

f. lampu isyarat

g. pendidikan sekolah rendah dan menengah

h. tempat letak kereta awam

i. siaran radio awam

j. siaran televisyen awam

k. penjagaan kualiti udara dan air

BARANGAN SWASTA

1. Maksud Barang Swasta

Sesuatu barang dianggap barang swasta apabila seseorang

meningkatkan penggunaannya melalui beberapa kuantiti lalu mengurangkan jumlah

kuantiti yang sedia adakepada yang lain. Barang swasta ialah barang yang digunakan oleh

satuorang atau firma, yang mungkin tiada untuk yang lain-lain. Umumnya, barang

inidiperuntukkan oleh firma-firma swasta. Tambahan lagi, barangan ini

diperuntukkan melalui mekanisme pasaran

2. Ciri-Ciri Barang Swasta

a. Pengasingan

b. Persaingan
3. Contoh Barang Swasta

a. Makanan

b. Pakaian

c. Mainan

d. Perabot

e. Kereta

f. Komputer

g. Minyak Petrol

h. Buku

i. Klinik Swasta

j. Hospital Swasta

k. Sekolah Swasta

l. Air dan elektrik

BARANGAN TOL

2. Ciri-Ciri Barang Tol

Barang Tol bukan barangan awam tulen dan memiliki salah satu ciri barangan swasta.

Merupakan barang yang tiada saingan (non-rivalrous) dimana individu boleh

menggunakan barang atau perkhidmatan yang disediakan tanpamengurangkan

bilangannya terhadap individu lain. Namun begitu, ia merupakan barang pengasingan

(excludable) yang tinggi di mana individu yang menggunakan barang atau perkhidmatan tersebut

perlu membayarnya.
1. Contoh Barang Tol

a. Syarikat Lebuhraya Plus

b. Siaran televisyen satelit ASTRO

c. Kelab golf

d. Wayang

e. Petrosains

SPILLOVER COST

-Merupakan gambaran bagi menunjukkan kerugian yang disebabkan oleh pihak ketiga.

-Pihak ketiga akan membayar setiap kerugian walaupun mereka bukanlah pembeli

mahupun penjual.

-Sebagai contoh, apabila sebuah kereta mengalami kerosakan yang menyebabkan

berlakunya kesesakan lalu lintas dan memberi kesan kepada orang lain.

EXTERNALITI

- Ianya berlaku kesan daripada pihak ketiga.

- Transaksi pasarannya tidak dikenakan sebarang bayaran


Terdapat 2 jenis iaitu ekstenaliti positif dan ekstenaliti negatif.

- Contoh ekstenaliti positif pula ialah latihan yang diberikan oleh firma kepada

pekerjanya dapat memberi faedah kepada firma lain apabila pekerja ini

berpindah ke firma lain.

- Contoh ekstenaliti negatif ialah pencemaran air oleh kilang membuat kertas

sehingga menyebabkan masyarakat sekeliling mengalami masalah kesihatan

serta terpaksa menanggung kosperubatan tambahan

You might also like