Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Tindak Balas Peneutralan

Peneutralan ialah tindak balas antara suatu asid dengan suatu bes atau
alkali untuk menghasilkan garam dan air.
Asid + alkali → garam + air

Persamaan ion bagi peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat adalah
seperti berikut
H+ + OH– → H2O

Contoh contoh tindak balas peneutralan:


Asid Hidroklorik + Natrium Hidroksida
HCl + NaOH → NaCl + H2O
Asid Nitrik + Larutan Ammonia
HNO3 + NH3 → NH4NO3 + H2O
Asid Etanoik + Kalium Hidroksida
CH3COOH + KOH → CH3COOK + H2O

Aplikasi Peneutralan
Peneutralan Dalam Pertanian

1. Meneutralkan Tanah Berasid

Tumbuh-tumbuhan tidak tumbesar dengan baik jika keasidan tanah


terlalu tinggi.

Tanah yang terlalu berasid, boleh dineutralkan dengan bes seperti kapur
tohor (kalsium oksida), kapur mati (kalsium hidroksida) atau batu kapur
(kalsium karbonat).

Merawat Tanah Beralkali

1.Tumbuhan juga tidak boleh membesar dengan baik dalam tanah yang
mempunyai pH yang terlalu tinggi.

2.Kompos daripada sayuran atau daun yang sedang mengurai diguna


oleh petani untuk merawat tanah beralkali.
3.Semasa penuraian, gas karbon dioksida dibebaskan. Gas ini larut dalam
air membentuk asid karbonik yang boleh meneutralkan alkali dalam
tanah beralkali.

Peneutralan Dalam Industri

Penyaduran Elektrik

1. Dalam industri penyaduran elektrik hasil buangan seperti asid sulfurik


perlu dineutralkan sebelum disalur ke dalam sungai atau tasik
2. Asid sulfurik ini Biasanya dineutralkan dengan kapur.

Pembuatan Asid Sulfurik

1. Proses Sentuh digunakan untuk membuat asid sulfurik dalam industri.

2. Dalam proses Sentuh gas sulfur dioksida dihasilkan daripada


pembakaran sulfur dalam udara.

3. Untuk mengelakkan gas sulfur dioksida daripada terbebas ke


atmosfera, gas buangan diolahkan dengan serbuk kapur.

4. Kapur boleh meneutralkan sulfur dioksida yang berasid.

Peneutralan Dalam Perubatan

1. Merawat Gastrik

Asid yang berlebihan dalam perut menyebabkan sakit gastrik.

Ubat mengandungi bes lemah seperti magnesium hidroksida atau


natrium hidrogen karbonat digunakan untuk meneutralkan asid
berlebihan dalam perut.

2. Sengatan Semut dan Lebah


Sengatan lebah atau semut adalah berasid dan boleh dirawat dengan
menggunakan krim beralkali atau serbuk penaik.

Sengatan tebuan pula bersifat alkali dan boleh dirawat dengan


menggunakan cuka.

3. Ubat Gigi

Ubat gigi mengandungi bes (seperti magnesium hidroksida) untuk


meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria dalam mulut.

1. Tanah neutral ( padi )

Baja dapat meneutralkan bahan kimia di dalam tanah yang seterusnya


boleh membantu meningkatkan pengeluaran padi dan juga pelbagai
tanaman lain.

Bagaimana untuk mengurangkan keasidan tanah

Tanah liat tidak menguntungkan untuk menanam banyak tanaman.Oleh itu, adalah perlu
untuk mengurangkan keasaman buatan untuk meningkatkan kesuburan tanah.
Meneutralkan tanah berasid boleh digunakan dengan kapur terhidrat, tepung dolomit, batu
kapur, kapur tanah, kapur batu kapur, debu simen.

Bahan yang dipilih paling baik digunakan pada tanah pada musim bunga. Taburkan tanah
dengan kapur hingga satu cawan satu meter persegi tanah. Kemudian teliti menggali tanah
dan tingkatnya dengan meraih. Walau bagaimanapun berhati-hati. Pastikan keasidan tanah
dan kemudian ambil tindakan. Kerana jika tanahnya beralkali, kapur akan menyakitkan,
tumbuh-tumbuhan di tanah ini tumbuh buruk.
PENEUTALAN DALAM KESIHATAN

Ubat gastrik digunakan untuk meneutralkan dan mengurangkan keadaan


asid dalam perut.

1) Antasid

Ubat antasid adalah ubat yang digunakan untuk meneutralkan asid di


dalam perut. Ianya sesuai digunakan apabila masalah gastrik sedang
berlaku.

Contoh ubat masalah gastrik ini adalah:

Aluminium & Magnesium hydroxide


Magnesium tricylicate
Calcium carbonate

Contoh antasid (jenama) yang senang didapati di farmasi-farmasi ialah


Gaviscon®️, Maalox®️, Povil®️, Gastrorelief®️, Alucid®️, Eviline Forte

Magnesium trisilicate

Boleh didapati dalam bentuk tablet dan cecair.

Dos dewasa

Tablet 1 – 2 biji perlu dikunyah, dan boleh diambil sehingga 6 kali sehari sebelum
makan

Cecair 15ml atau satu sudu besar, dan boleh diambil sehingga 6 kali sehari sebelum
makan.

Dos kanak-kanak: berumur 6 tahun ke atas, diambil sebiji untuk 3-4 kali sehari.
Campuran Sodium Bicarbonate, Magnesium Carbonate, Tincture Cardamom
Compound

Dos dewasa: 10 – 20 ml diambil 3 kali sehari.

sodium Bicarbonate Mixture (Pediatrik)

Didapati dalam bentuk cecair

Dos kanak-kanak: 5ml untuk umur bawah 1 tahun, 10ml untuk umur 1-5 tahun;
diambil 4 hingga 6 kali sehari

Aluminium Hydroxide 600 mg

Didapati dalam bentuk tablet

Dos dewasa: 600mg – 1200mg diambil 4 kali sehari termasuk sebelum waktu tidur

Komposisi dan Bahan Aktif


Gaviscon Liquid Suspension mengandungi bahan aktif berikut (garam)

 Calcium Carbonate - 160Mg/10Ml


 Sodium Alginate - 500Mg/10Ml
 Sodium Bicarbonate - 267Mg/10Ml

Bagaimana antasid bertindak?


Antasid bertindak dengan mengurangkan tahap keasidan dalam perut.

Ia akan berinteraksi dengan cecair perut yang mengandungi asid


hidroklorik (satu cecair yang dirembes oleh perut untuk mencerna
makanan). Antasid kemudiannya akan meningkatkan nilai pH ke satu
tahap yang lebih neutral.

Secara normal, perut manusia disesuaikan tahap keasidannya pada skala


pH antara 1.5 hingga 3.5.

You might also like