Kesan Karbon Dioksida Terhadap Kehidupan Di Bumi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KESAN KARBON DIOKSIDA BERLEBIHAN TERHADAP KEHIDUPAN DI BUMI

Umumnya, kesan daripada karbon dioksida sering dikaitkan dengan pencemaran udara.
Pencemaran udara boleh ditakrifkan sebagai gas, cecair, atau zarah yang terkandung di udara
sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan
tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan
haiwan. Bahan-bahan ini boleh masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke saluran-saluran darah. Ini mengakibatkan pelbagai penyakit
seperti penyakit barah, asma, kekejangan dan anemia. Di samping itu, habuk, asap, kabus, wap
atau bahan-bahan lain juga boleh menghalang penglihatan merupakan pelbagai bentuk
pencemaran udara. pencemaran udara boleh dikelaskan kepada pencemaran primer dan sekunder.
Pencemaran primer merupakan penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat
daripada proses pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus
terampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan. Kebanyakannya disebabkan
oleh ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Dan Haiwan

Tumbuhan

Fotosintesis merupakan proses pembuatan makanan yang penting bagi tumbuh-tumbuhan di mana
karbon dioksida, klorofil, air dan tenaga suria diperlukan. Beberapa penyelidikan yang dibuat
terhadap sesuatu tumbuhan itu akan tercedera dan didapati kadar fotosintesis berkurang
disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang berlebihan.

Secara amnya, bahan pencemaran ini iaitu karbon dioksida akan meresap masuk ke dalam
tumbuh-tumbuhan melalui stomata daunnya. Apabila ia berada di dalam daun, ia akan
memusnahkan klorofil, sel-sel daun, mengurangkan kadar fotosintesis dan membinasakan pokok
tersebut pada akhirnya.
Haiwan

Bahan pencemaran terutama gas karbon dioksida yang memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan
secara tidak langsung atau langsung ini seterusnya akan mengancam keselamatan binatang darat
atau laut. Adalah diketahui bahawa tumbuh-tumbuhan dan binatang adalah saling bergantungan
untuk mendapatkan makanan. Demi menjamin kehidupan terus-menerus yang lebih selesa, adalah
mustahak memastikan perantaian makanan semulajadi ini tidak terganggu.

Kesan Terhadap Manusia

Kita sering dengan di dada-dada akhbar, laman social atau melalui televisyen tentang bahayanya
pencemaran udara terutamanya gas karbon dioksida terhadap kesihatan manusia. Laporan
perubatan menunjukkan kadar penyakit kanser paru-paru dan emphisema telah berlipat ganda
banyaknya sejak awal tahun 1970an. Pencemaran udara dianggap sebagai penyumbang langsung
kepada proses pencepatan tua, penyakit asthma, berilliosis, emphisema, mesothelioma dan juga
sebagai sumbangan yang menyebabkan bronkitis dan barah terutamanya jenis saluran pernafasan.
Di samping itu, kesan daripada kepekatan karbon dioksida yang tinggi juga mempengaruhi lapisan
ozon pada atmosfera dan menambahkan penerimaan pancaran ultra-ungu pada permukaan bumi.
Walaupun pancaran ultra-ungu adalah penting untuk menghasilkan vitamin D serta pigmen kulit
tetapi kelebihan pancaran tersebut sebagaimana yang dilaporkan kebelakangan ini akan
mengakibatkan kebakaran kulit dan barah kulit.

Oleh kerana kesan-kesan dari bahan pencemaran udara pada badan manusia adalah sangat
lambat malah berpuluh-puluh tahun lamanya, adalah susah untuk mengenalpasti tanda-tandanya
pada peringkat awal dan biasanya sesuatu penyakit itu hanya dapat ditentukan pada peringkat akhir
di mana pesakit tersebut sudah berada dalam keadaan tenat, Oleh itu adalah sukar untuk diubati.

You might also like