Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SMKPZ - 01/44/ Jld ( )


Tarikh : 21 Oktober 2019

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)


SMK Pendeta Za’ba
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khursus

KFC Holding ( Malaysia ) Bhd,


Level 14-18 Wisma KFC,
No. 17 Jln Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur.

Melalui
Pengetua,
SMK Pendeta Za’ba
Taman Paroi Jaya
70400 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khursus

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN KFC UNTUK PROGRAM JAMUAN LAWATAN


PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK PENDETA
ZA’BA 2019.

Saya dengan segala hormat takzimnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar PPKI SMK Pendeta Za’ba akan mengadakan
lawatan sambil belajar ke Seremban seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 November 2019


Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi –12.00 tengahari
Tempat : AEON Seremban 2
Bilangan : 80 orang

3. Sehubungan dengan itu, pihak PPKI SMK Pendeta Zaba ingin memohon tajaan makanan
KFC untuk pelajar-pelajar PPKI kami dalam memeriahkan lawatan tersebut.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar PPKI di sini terdiri daripada pelajar
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah seperti Masalah Pembelajaran, Kerencatan Akal
Ringan, Hyperaktif, Autisme dan sebagainya.
Sekian, perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan tugas,

……………………………………
(NORAKMAR BT MD YUSOF)
Guru Program Lawatan
SMK Pendeta Zaba

You might also like