Kata Hubung Pancangan Relatif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kata hubung pancangan relatif

ialah kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama


dengan klausa yang kecil. Kata jenis ini hanyalah "yang"

Contoh:
a. Banyak nilai positif terdapat pada individu (ayat utama)
b. Banyak individu mempunyai kecerdasan emosi. (ayat kecil)
c. Banyak nilai positif terdapat pada individu yang mempuyai
kecerdasan emosi.

Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen
pada satu klausa utama. (Komplemen bermaksud pelengkap).
Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan
klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu
ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:
a. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya
mendapat enam A.
b. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli
perniagaan besar.
c. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

Isi tempat kosong bagi kata hubung pancangan relatif dan


komplemen yang sesuai.

1. Dia menyatakan ________________ kebakaran itu berpunca daripada


litar pintas.
2. Gadis itu menyedari ________________ dia dalam bahaya sekarang.
3. Pelakon itu sedar _________________ dia sudah tidak popular seperti
dahulu.
4. Rashid Sidek merupakan pemain badminton ____________ dikenali
ramai pada tahun 80-an.
5. Menara Eiffel ialah ________________ paling terkenal antara banyak
menara sedemikian di Perancis.
6. Beliaulah tokoh ___________________ memenangi anugerah tersebut
bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini.
7. Polis bersetuju ______________________ kebanyakan kejadian jenayah di
negeri itu dilakukan oleh pendatang asing

Nyatakan ayat di bawah sama ada betul (✔️) ataupun salah (❌).
Jika ayat tersebut salah, berikan kata hubung yang sesuai.

1. Kami berpendapat yang mutu sukan bola sepak negara kita


semakin merudum. (______________)

2. Mereka berpendirian bahawa usaha itu akan mendatangkan


kejayaan yang cemerlang. (______________)

3. Pegawai itu mengesahkan yang tembikar itu tulen seperti yang


dilihatnya di China. (______________)

4. Usaha tersebut sangat sukar setelah pihak bomba


memaklumkan yang tiada mangsa yang ditemukan.
(______________)

5. Beliaulah tokoh yang memenangi anugerah tersebut


bersempena dengan Hari Bapa pada tahun ini. (______________)

6. Polis bersetuju yang kebanyakan kejadian jenayah di negeri itu


dilakukan oleh pendatang asing. (______________)

7. Kerajaan telah mengisytiharkan yang hari Jumaat ini merupakan


hari kelepasaan am bagi seluruh Malaysia. (______________)

8. Roslin memberitahu Hafizullah yang dia tidak dapat mengikuti


kursus kejurulatihan di Kulim. (______________)

You might also like