Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI KURSUS PENGAJIAN MALAYSIA

Asslamualaikum sebagai pembuka kata refleksi tugasan Pengajian Malaysia dalam bab 4 iaitu
sistem dan struktur pentadbiran negara. Saya Nur Ain Syamira Bt Muhamad Nor sangat
berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya laksanakan dengan baik sekali.
Oleh itu ,dengan bantuan bersama Dr Azimah Bt Ismail yang telah banyak membantu dan
memberi didikan dengan sempurna, saya mnugucapkan ribuan terima kasih atas usaha
segalanya. Semua ini tidak akan berlaku sekiranya rakan-rakan, pensyarah dan ibu bapa saya,
tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada
mulanya ia nampak seperti susah untuk disiapkan namun, berkat doa dan pertolongan
pensyarah, saya telah berjaya melalukannya tanpa berlengah.

Dalam menghasilkan tugasan ini,saya telah memperolehi banyak ilmu dan


pengetahuan mengenai sistem dan struktur pentadbiran negara. Seperti yang diketahui,
negara Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berasaskan raja
perlembagaan. Namun begitu, maksud raja perlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja
mengikut perlembagaan Malaysia dan mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara
serta dibantu oleh perdana menteri. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dilantik daripada 9
kalangan Raja Melayu daripada 9 buah negeri Melayu. Oleh itu, negara kita telah berkembang
dengan pesatnya kerana sistem pemerintahan yang sangat bagus. Dengan itu, sebagai
masyarakat yang bijak, kita mestilah mengetahui serba sedikit mengenai tugas-tugas khas dan
tertentu yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat empat bidang yang di
kuasai oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara salah satunya ialah sebagai ketua negara. Selain
itu,Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik perdana menteri . Seterunya ,Yang di-pertuan
Agong juga adalah sebagai ketua tertinggi angkatan bersenjata serta berhak menjaga dan
memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Selain itu, sistem pentadbiran
negara Malaysia mempunyai tiga komponen utama iaitu badan perundangan, badan
kehakiman, badan pelaksana. Tugas badan perundangan ialah menggubal undang-undang
bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan dengan itu ,tugas parlimen
ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita.
Lebih terang lagi, parlimen ini terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara, Dewan
Rakyat.

1
Lanjut itu,ciri-ciri dewan negara ialah dewan yang tertinggi,mengandungi 70 orang
ahli,ahlinya digelar senator danmewakili setiap negeri serta dilantik oleh YDPA tanpa melalui
pertandingan dalam pilihan raya.Memegang jawatan tempoh 3 tahun dan berumur sekurang-
kurangnya 30 tahun.Taraf senator adalah sama dengan ahli parlimen dan juga boleh dilantik
menjadi jemaah menteri.Seterusnya,ciri-ciri dewan rakyat pula,dewan yang terpenting yang
telah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.Dewan rakyat mengandungi 222 ahli dan mewakili
semua kawasan pilihan raya di seluruh negara serta tempoh jawatan ialah 5 tahun.Dewan
rakyat berperanan sebagai menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan
Rakyat.

Selain itu, badan kehakiman pula berfungsi sebagai menentukan kesahihan undang-
undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Ia juga berkuasa
mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.Ini menunjukkan semua
hakim telah dilantik oleh YDPA dengan nasihat perdana menteri.justeru dalam urusan
pelantikan, kenaikkan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Prertuan Agong. Tatkala itu, hakim tidak boleh di pecat
sewenang-wenangnya. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya
dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-
undang. Oleh itu, penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Antara tugas
peguam negara ialah menjadi pendakwa raya atau peguam bela bagi kerajaan. Peguam
negara juga dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.

Seterusnya, badan pelaksana (EKSEKUTIF). Maksud jemaah menteri atau kabinet ialah
jemaah menteri merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet pula merupakan
pembuat dasar tertinggi Negara. Tugas jemaah menteri atau kabinet ialah menggubal dasar-
dasar kerajaan dalam semua perkara. Peranan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri ialah merupakan ketua jemaah Menteri. Selain itu, Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana menteri ditugaskan untuk mengetuai sesebuah negara atau beberapa kementerian.

Dengan itu, sebagai rakyat taat kepada negara, kita mestilah mengetahui kepentingan
kesetiaan kepada raja dan negara. Antaranya ialah dapat meneguhkan kedaulatan negara.
Oleh itu, negara kita tidak lagi di jatuh kepada penguasan orang asing lagi dengan sewenang-
wenangnya. Selain itu, dapat menjamin keamanan negara seperti rakyat dapat hidup dengan
aman dan harmoni tanpa ditakuti oleh orang luar yang ingin menakluki negara kita.

2
Seterusnya, dapat menjamin kestabilan politik. Contohnya ialah negara kita menjalankan
sistem demokrasi berparlimen. Disamping itu, dapat kemakmuran negara seperti pemimpin
kita adalah tonggak utama akan memakmurkan dan kemajuan negara. Akhir sekali, dapat
memajukan ekonomi seperti negara kita maju dalam sektor perindustrian yang dapat
menaikkan nama negara hingga ke seantero dunia.

Secara keseluruhannya, fungsi majlis Raja-Raja dan Yang di-pertuan Agong mempunyai
peranannya yang penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan negara. Kebanyakan negara-
negara yang ada diseluruh dunia yang pada masa dahulu mempunyai sultan atau raja kini
lenyap institusi beraja itu dan kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghargai dan
berbangga kerana masih mempunyai Sultan atau Raja yang dilihat sebagai simbol perpaduan
di dalam negara.

You might also like