Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Aras 3 &4, Blok E11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel 603-88843500
62604 PUTRAJAYA Faks (Fax) 603-88895244
MALAYSIA Laman Web http://www.moe.gov.my

SULIT

Ruj. Kami : KPM.BPM.S.600-2/3/2 (/?)


Tarikh : a5"Jun2019

Encik Muzzammil bin Mash or


Head of Public Sector
Maxis Enterprise
Level 17, Menara Maxis
Kuala Lumpur City Centre
50088, KUALA LUMPUR.

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Tuan,

KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA PEMASANGAN


TALIAN INTERIM Dl AGENSI DAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA (KPM)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


telah melantik pihak tuan melalui Surat Setuju Terima (SST), KPM.BPLS.400-
10/3/128 Jilid 2 (33) bertarikh 24 Jun 2019 bagi menyediakan perkhidmatan talian
internet di agensi dan sekolah KPM untuktempoh enam (6) bulan bermula 1 Julai
2019 - 31 Disember 2019. Senarai lokasi yang terlibat dibawah Maxis Berhad
adalah seperti di Lampiran A.

SULIT
3. Bagi tujuan pemasangan, Pihak syarikat adalah dimohon untuk berurusan
terus dengan Ketua Sektor ICT di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pihak
syarikat dimohon mematuhi segala peraturan yang berkuatkuasa dan proses
pemasangan tidak memberi sebarang gangguan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara perkara yang perlu diberi perhatian seperti berikut:-

i. Menerima surat arahan Perkhidmatan Talian Internet Interim


daripada KPM;
ii. Menyediakan perkhidmatan berdasarkan surat arahan yang telah
ditetapkan;
iii. Pihak syarikat perlu mengadakan perbincangan dengan JPN dan
PPD bagi tujuan urusan pelaksanaan perkhidmatan pelaksanaan
talian internet interim;
iv. Syarikat perlu menyenaraikan nama kakitangan berdaftaryang akan
melaksanakan kerja-kerja pemasangan talian internet di sekolah
berserta kad kuasa bergambar dan surat kebenaran;
v. Kakitangan syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi untuk
menjalankan kerja-kerja penyenggaraan atau Iain-Iain yang
melibatkan talian internet mesti memakai kad pengenalan diri;
vi. Syarikat yang hadir ke sekolah / lokasi mesti melaporkan diri dan
memohon kebenaran daripada pihak pentadbir sekolah, jika gagal
pihak sekolah berhak untuk tidak membenarkan syarikat
menjalankan kerja-kerja;
vii. Syarikat hendaklah boleh dihubungi melalui surat, lisan, telefon,
faks, e-mel atau Iain-Iain cara bagi menyelesaikan sebarang
masalah capaian internet di sekolah;
viii. Syarikat dikehendaki menyerahkan bil bulanan kepada BSTP,
BTPN, PTPB, PKG dan sekolah-sekolah KPM mengenai caj
bayaran talian internet sekolah-sekolah selewat-lewatnya 5hb setiap
bulan di bulan berikutnya; dan
ix. Syarikat dikehendaki menyerahkan ringkasan bil bulanan kepada
BTPN, PTPB dan PPD.

SULIT
4. Bagi kesinambungan perkhidmatan internet, pihak tuan adalah dimohon
untuk menyediakan perkhidmatan talian internet bermula pada 1 Julai 2019.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung perkara ini sila hubungi BPM
melalui emel interim(a)moe.qov.mv.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(NORIZAN BINTI HARUN)


b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

SULIT

You might also like