Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

NAMA

NO MATRIKS
EMAIL

Keluaran Negara Kasar potensi ialah


A. keluaran negara yang dihitung pada harga tetap
B. keluaran negara semasa pada guna tenaga penuh
C. keluaran negara yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran sedia ada
D. keluaran negara maksimum yang boleh dihasilkan oleh sebuah ekonomi

Yang manakah merupakan pemboleh ubah makroekonomi?

A. Pengangguran
B. Eksport bersih
C. Perbelanjaan kerajaan
D. Keluk kemungkinan pengeluaran

Yang manakah yang berikut merupakan alat yang digunakan dalam pelaksanaan dasar fiskal ?

A. Mengubah nisbah rizab berkanun


B. Mengawal bekalan wang dan kadar bunga
C. Mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai
D. Menetapkan harga maksimum dan harga minimum

Yang manakah daripada pembolehubah berikut merupakan petunjuk penting dalam menentukan
prestasi ekonomi sesebuah negara.

A. Pertambahan import dari luar negara


B. Pertambahan pelaburan ke luar negara
C. Pertambahan jumlah tenaga buruh di sesebuah negara
D. Pertambahan jumlah keluaran yang dihasilkan dalam negara

Penghitungan pendapatan negara dibuat berasaskan konsep nilai ditambah bertujuan untuk

A. mengira kos bagi sesuatu aktiviti ekonomi


B. menghasilkan keluaran negara lebih tinggi
C. mengelakkan nilai keluaran dikira lebih daripada sekali
D. menghitung pendapatan negara berdasarkan kos yang ditambah ke atas bahan mentah
Perbandingan taraf hidup berdasarkan pendapatan negara antara dua tempoh masa perlu
mengambil kira

A. tingkat harga umum telah berubah


B. nilai mata wang asing telah berubah
C. agihan pendapatan negara yang setara
D. tafsiran butir pendapatan negara yang berbeza

Masalah pengiraan dua kali dalam penghitungan pendapatan negara dapat dielakkan dengan

A. menolak nilai import daripada jumlah nilai eksport


B. tidak merekodkan nilai perbelanjaan ke atas barang-barang peralihan
C. mengambil kira nilai barang yang dihasilkan dan bukan nilai perkhidmatan
D. menolak cukai tak langsung dan mencampurkan subsidi ke atas nilai output

Yang manakah yang bukan kegunaan data pendapatan negara?

A. Mengukur data pertumbuhan ekonomi


B. Membuat perancangan ekonomi masa depan
C. Mengetahui kadar perubahan keluaran negara kasar
D. Mengetahui sumbangan ekonomi negara mengikut sektor

Fungsi penggunaan sebuah ekonomi telah berubah daripada C=100+0.7Yd kepada C=100+0.65Yd.
Perubahan ini menunjukkan

A. nilai pengganda akan berkurang


B. kecenderungan menabung sut akan berkurangan
C. kecenderungan mengguna purata akan bertambah
D. kecenderungan menabung purata akan berkurangan

Yang manakah yang merupakan suntikan dalam aliran pusingan pendapatan negara?

A. Penggunaan autonomi
B. Pembelian barang dari luar negeri
C. Kenaikan cukai pendapatan perseorangan
D. Perbelanjaan kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan

Yang manakah yang berikut akan menurunkan kecerunan fungsi perbelanjaan agregat?
A. Kenaikan nilai pengganda
B. Kenaikan tingkat harga umum
C. Penurunan nilai kecenderungan mengguna sut
D. Penurunan nilai kecenderungan menabung sut

Yang manakah pernyataan yang benar jika perbelanjaan agregat melebihi keluaran negara?
A. Wujud penggunaan autonomi
B. Jumlah bocoran melebihi jumlah suntikan
C. Jumlah suntikan melebihi jumlah bocoran
D. Jumlah tabungan melebihi jumlah pelaburan

Dengan keluk permintaan agregat yang tetap, perpindahan keluk penawaran agregat dari kanan ke
kiri akan menyebabkan

A. harga umum naik dan keluaran negara benar turun


B. harga umum turun dan keluaran negara benar naik
C. kedua-dua harga umum dan keluaran negara benar naik
D. kedua-dua harga umum dan keluaran negara benar turun

Peningkatan cukai berkadar akan menyebabkan


A. nilai pengganda semakin meningkat
B. tabungan autonomi semakin berkurang
C. kecerunan keluk penggunaan semakin landai

D. kecenderungan mengguna sut(MPC) tidak berubah

Yang manakah yang berikut tidak diambilkira dalam pengiraan pendapatan negara.

A. Pembelian kereta baharu


B. Penjualan semula bangunan yang dimiliki
C. Komisen yang diterima oleh pemegang saham
D. Pembayaran cukai pendapatan oleh pengusaha

Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan yang berikut kecuali

A. mengukur taraf hidup penduduk


B. mengukur pertumbuhan ekonomi
C. mengukur kadar pengangguran dalam ekonomi
D. mengukur sumbangan pelbagai sektor ekonomi
Data di bawah menunjukkan perbelanjaan penggunaan (C), pelaburan (I), perbelanjaan kerajaan
(G) , cukai (T) dan Yd ialah pendapatan bolehguna.

C = 1000 + 0.75 Yd
T = 240
G = 600
I = 1200

Jika cukai dinaikkan kepada 400 , keseimbangan pendapatan negara akan berkurangan
sebanyak
A. RM 160
B. RM 480
C. RM1 000
D. RM10 000

Dalam ekonomi tiga sektor, fungsi tabungan, S= - 700 + 0.25Yd, pelaburan, I=RM320 juta ,
perbelanjaan kerajaan, G=RM120 juta dan cukai, T=0.2Y.

Berapakah nilai pengganda .


A. 1.2
B. 2.5
C. 4.0
D. 5.0

Berikut adalah maklumat tentang suatu ekonomi tiga sektor. Diberikan fungsi penggunaan, C = 30
+ 0.75 Yd , cukai, T = 10 , pelaburan, I = 25 dan perbelanjaan kerajaan, G =32.
Apakah fungsi bocoran ( W ) ekonomi tersebut ?
A. W = - 22.5 + 0.25 Y
B. W = - 32.5 + 0.25 Y
C. W = - 87.0 + 0.25 Y
D. W = - 87.5 + 0.25 Y

Jika cukai naik dengan jumlah yang sama dengan jumlah perbelanjaan kerajaan dan pembolehubah
lain diandaikan malar, hal ini akan menyebabkan

A. hasil cukai akan naik


B. pendapatan negara naik
C. pendapatan negara turun
D. pendapatan negara tak berubah

Yang manakah aset yang paling menguntungkan bagi sebuah bank perdagangan?
A. Wang tunai
B. Bil perbendaharaan
C. Pelaburan dan pinjaman
D. Pinjaman jangka pendek

Dalam sebuah ekonomi yang semakin berkembang, bentuk wang yang paling banyak terdapat
dalam ekonomi tersebut ialah
A. cek
B. kad kredit
C. wang kertas
D. deposit bank

Andaikan bahawa jumlah urusniaga ialah 500 unit, manakala halaju pusingan wang ialah 4. Jika
penawaran wang bertambah daripada RM400 kepada RM500, berapakah tingkat harga baru
berasaskan Teori Kuantiti Wang?
A. RM3.20
B. RM4.00
C. RM5.00
D. RM5.50

Tujuan bank pusat membeli surat jaminan di pasaran terbuka ialah


A. menambahkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga
B. mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga
C. menambahkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga
D. mengurangkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga

Andaikan simpanan permulaan di bank perdagangan ialah RM1000 dan nisbah rizab ialah 20
peratus. Berapakah jumlah pinjaman yang dapat diciptakan setelah melalui tiga peringkat proses
penciptaan kredit berlaku?
A. RM 512
B. RM1 952
C. RM4 000
D. RM5 000
Langkah yang paling sesuai untuk mengatasi pengangguran geseran ialah
A. meningkatkan kadar bank
B. menjual surat jaminan kerajaan di pasaran
C. meningkatkan cukai dan menurunkan perbelanjaan kerajaan
D. menyebarkan maklumat pekerjaan dan meningkatkan keselesaan ditempat kerja

Akaun semasa dalam belanjawan negara merujuk kepada


A. perbezaan di antara jumlah hasil cukai dengan hasil bukan cukai
B. perbezaan di antara jumlah hasil kerajaan dengan jumlah perbelanjaan kerajaan
C. perbezaan di antara jumlah hasil kerajaan dengan jumlah perbelanjaan
mengurus
D. perbezaan di antara jumlah hasil kerajaan dengan jumlah perbelanjaan pembangunan

Yang berikut merupakan cukai tak langsung kecuali


A. cukai jalan
B. cukai eksais
C. cukai import
D. cukai perkhidmatan

Dasar fiskal mengembang digunakan untuk mengatasi masalah


A. pengangguran
B. lompang inflasi
C. inflasi tolakan kos
D. belanjawan lebihan

Yang manakah yang berikut bukan alasan perlunya perdagangan antarabangsa?

A. Penggunaan matawang berbeza


B. Cira rasa penduduk yang berbeza
C. Kemahiran penduduk yang berbeza
D. Kualiti faktor pengeluaran yang berbeza

Keluk permintaan Dolar Singapura beralih ke kanan disebabkan oleh


A Kadar bunga di Malaysia telah meningkat
B Eksport Malaysia ke Singapura telah bertambah
C Import Malaysia dari Singapura telah bertambah
D Pelancong Singapura yang melawat Malaysia semakin ramai
Berikut merupakan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika
(US$) dan Dollar Australia (AU$).

US$1 = RM2.50
AU$1 = RM4.80

Kadar pertukaran matawang US$ dengan AU$ ialah


A US$1 = AU$0.52
B US$1 = AU$1.25
C US$1 = AU$1.92
D US$1 = AU$2.30

Yang manakah yang berikut merupakan langkah kerajaan bagi mempercepatkan pertumbuhan
ekonomi Malaysia
A meningkatan taraf pendidikan
B pengagihan semula pendapatan masyarakat
C meningkatkan kadar cukai keuntungan syarikat
D menstruktur semula cukai pelaburan langsung asing (FDI)

Andaikan bahawa penawaran wang dalam sebuah ekonomi ialah RM300 juta, halaju edaran
wang ialah 4, dan urus niaga ialah RM60 juta. Mengikut Teori Kuantiti Wang, sekiranya
penawaran wang bertambah sebanyak 30%, maka tingkat harga akan meningkat daripada
RM20.00 kepada

A. RM22.00
B. RM24.00
C. RM26.00
D. RM38.00

Mengikut Teori Kewangan Keynes, pertambahan penawaran wang dalam keadaan perangkap
kecairan akan menyebabkan

A. kadar bunga menurun


B. tingkat harga meningkat
C. kadar bunga tidak berubah
D. keluaran negara berkurangan

Berdasarkan Teori Kuantiti Wang Fisher, tambahan bekalan wang sebanyak 15% akan diikuti
oleh
A. kenaikan pendapatan negara sebanyak 15%
B. kenaikan perbelanjaan negara sebanyak 15%
C. kenaikan tingkat harga umum sebanyak 15%
D. kenaikan halaju pusingan wang sebanyak 15%

Alat dasar fiskal yang berikut dapat mengatasi masalah pengangguran kecuali

A. mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai


B. menaikkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai
C. mengekalkan perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai
D. menaikkan perbelanjaan kerajaan dan cukai dengan jumlah yang sama

Langkah kerajaan mengurangi cukai dan menambahkan perbelanjaan semasa ekonomi berada
dalam guna tenaga penuh telah memberi kesan terhadap

A. peningkatan kadar inflasi


B. tidak berubah pendapatan negara
C. belanjawan kerajaan menjadi seimbang
D. dalam ekonomi tiada berlaku pengangguran geseran

Alasan untuk sesebuah negara berdagang dengan negara lain adalah seperti berikut kecuali

A. cita rasa penduduk yang berbeza


B. sumber semula jadi yang berbeza
C. penggunaan matawang yang berbeza
D. penduduk mempunyai lebih banyak pilihan

Sekatan berbentuk tarif lebih berkesan apabila

A. dasar fiskal mengembang dilaksanakan


B. permintaan terhadap import anjal terhadap perubahan harga
C. permintaan terhadap import tidak anjal terhadap perubahan harga
D. sebahagian besar import sesebuah negara merupakan barangan keperluan asas

Yang manakah bukan faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi


A. Perluasan pasaran
B. Berlaku ledakan penduduk
C. Kekurangan tenaga buruh mahir

D. Mengamalkan ekonomi tradisional

You might also like