Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1 IEEH 1101 PRINSIP EKONOMI*KEANJALAN

SOALAN SATU

Jawab semua soalan di bawah. Tunjukkan jalan pengiraan.

Fungsi permintaan dan fungsi penawaran bagi sesuatu barang dalam pasaran adalah
seperti berikut:

Qd = 60 – 5P
Qs = 10P

Di mana,

Qd = Kuantiti diminta (unit)


Qs = Kuantiti ditawarkan (unit)
P = Harga (RM)

a) Lakar keluk permintaan dan keluk penawaran.


b) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan?
c) Kira nilai keanjalan permintaan harga pada titik keseimbangan.
d) Jika harga barang pengganti bagi barang tersebut naik, kuantiti diminta barang
tersebut akan berubah sebanyak 10 kg pada setiap tingkat harga. Lakar
perubahan terhadap keluk permintaan barang tersebut pada lakaran yang sama
dalam (a)
e) Kira nilai keanjalan permintaan harga pada titik keseimbangan baru dan
nyatakan kadar perubahannya

SOALAN DUA

Jawab semua soalan di bawah. Tunjukkan jalan pengiraan.

Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga barang A dengan kuantiti permintaan
barang P, Q dan R.

Harga barang A Kuantiti permintaan (unit)


(RM)
Barang P Barang Q Barang R
2 10 8 4
3 15 5 4

a) Jika harga barang A naik dari RM2 ke RM3, tentukan nilai keanjalan permintaan
silang antara barang A dengan
i. Barang P
ii. Barang Q
iii. Barang R

1 Ahmadazams@um.edu.my
2 IEEH 1101 PRINSIP EKONOMI*KEANJALAN

b) Berdasarkan nilai keanjalan permintaan silang dalam (a), tentukan hubungan


antara barang A dengan

i. Barang P
ii. Barang Q
iii. Barang R

Jelaskan jawapan anda.

SOALAN TIGA

Jawab semua soalan di bawah. Tunjukkan jalan pengiraan.

Jaduai di bawah menunjukkan harga ayam daging, kuantiti ayam daging diminta, dan
kuantiti daging lembu diminta oleh seorang pengguna.

Harga ayam daging (RM per Kuantiti ayam daging diminta Kuantiti daging lembu
kilogram) (kg) diminta (kg)
8.00 1.0 18.0
7.00 1.5 17.0
6.00 2.5 16.0
5.00 3.5 15.0
4.00 5.0 13.0
3.00 7.0 11.0
2.00 10.0 8.0

a) Hitung jumlah hasil ayam daging pada setiap tingkat harga.


b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga ayam daging
(i) apabila harga turan daripada RM8.00 kepada RM6.00, dan

(ii) apabila harga naik daripada RM3.00 kepada RM5.00.

c) Berdasarkan jaduai yang diberikan, apakah hubungan antara ayam daging dengan
daging lembu?. Jelaskan jawapan anda.
d) Sekiranya harga daging lembu turan daripada RM 12.00 kepada RM 10.00 per
kilogram, terangkan kesan yang mungkin timbul terhadap permintaan ayam
daging.

2 Ahmadazams@um.edu.my
3 IEEH 1101 PRINSIP EKONOMI*KEANJALAN

SOALAN EMPAT

JADUAL 2 di bawah menunjukkan harga, kuantiti permintaan dan penawaran bagi beras.

Berdasarkan JADUAL 2 di atas, jawab soalan berikut :

JADUAL 2 : Permintaan dan Penawaran

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawar (unit)


6.00 22 14
8.00 20 16
10.00 18 18
12.00 16 20
a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga lengkuk apabila harga beras meningkat
daripada RM8.00 kepada RM10.00.
b) Hitung nilai keanjalan penawaran lengkuk apabila harga beras meningkat daripada
RM8.00 kepada RM10.00.
c) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan?
d) Jelaskan keadaan yang berlaku di pasaran pada tingkat harga beras RM6.00 dan
RM12.00.
e) Selain cukai kerajaan, nyatakan dua faktor lain yang boleh menyebabkan
berlakunya perubahan keluk penawaran barang berkenaan,

SOALAN LIMA

a) Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga bagi suatu barang ialah
barang pengganti dan keanjalan pendapatan." Dengan memberikan contoh
yang sesuai, huraikan bagaimana setiap faktor tersebut mempengaruhi keanjalan
permintaan harga.
b) Bagaimanakah anda dapat membezakan sesuatu barang yang mempunyai nilai
keanjalan permintaan silang yang berikut a) Ex=1.5 b)Ex=-2.5

SOALAN ENAM

a) Dengan memberikan contoh, terangkan maksud keanjalan permintaan harga dan


keanjalan permintaan silang.
b) Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, jelaskan bagaimana darjah
keanjalan permintaan harga dlhubungkaitkan dengan jumlah perbelanjaan
seseorang pengguna.

SOALAN TUJUH

a) Terangkan mengapa keanjalan permintaan berbeza antara barang.


b) Jelaskan bagaimana dua barang itu dianggap sebagai barang penggenap dan
bagaimana pula dua barang itu dianggap sebagai barang pengganti.

3 Ahmadazams@um.edu.my
4 IEEH 1101 PRINSIP EKONOMI*KEANJALAN

SOALAN LAPAN

a) Terangkan penentu-penentu penting yang mempengaruhi keanjalan penawaran.


b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan terhadap
penawaran apabila kerajaan
i. Menggunakan dasar harga maksimum
ii. Menggunakan dasar harga minimum
iii. Bila dasar-dasar ini sesuai digunakan?

SOALAN SEMBILAN

a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan penawaran?


b) Huraikan bagaimana keanjalan permintaan harga boleh mempengaruhi setiap
perkara yang berikut apabila cukai terhadap per unit output dikenakan.

I. Beban cukai yang ditanggung oleh pengguna dan pengeluar


II. Hasil kerajaan
III. Lebihan pengguna

SOALAN SEPULUH

a) Berdasarkan konsep keanjalan permintaan,terangkan tingkat harga yang membolehkan


pengusaha memaksimumkan jumlah hasil
b) Takrifkan keanjalan permintaan harga. Dengan memberikan contoh yang sesuai,
jelaskan bagaimana keanjalan tersebut diukur.

4 Ahmadazams@um.edu.my

You might also like